SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
MORFOLOGI
           DAN
        SINTAKSIS

     HJ FAUZI BIN SALLEH
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
        27200 KUALA LIPIS
Secara          umumnya, tatabahasa bahasa
                                  Melayu mencakupi dua bidang:
                                  Morfologi: kajian tentang kata dan
                                  pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.
                                  Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

                                  Morfologi ialah bidang yang mengkaji
•1 Morfologi
     o   1.1 Morfem                     struktur,  pembentukan     kata   dan
                                        golongan kata. Dalam morfologi, unit
            1.1.1 Morfem terikat/imbuhan
     o   1.2 Proses Pembentukan Kata terkecil yang mempunyai makna dan
     o   1.3 Golongan Kata              tugas nahu ialah morfem. Para pelajar
•2 Sintaksis
     o   2.1 Ayat                       juga perlu mengetahui maksud istilah
     o   2.2 Frasa                      morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua
•3 Lihat juga
                                        adalah berbeza dari segi fungsi dan
                                  konsep.
Tatabahasa                      Sintaksis
bahasa Melayu                    Golongan kata
                                         Kata nama
                                       Kata ganti nama
  Morfologi                              Kata kerja
                                         Kata sifat
  Jenis ayat                             Kata tugas
Ayat penyata                             Kata hubung
       Ayat transitif                 Kata keterangan
    Ayat intransitif                     Kata sendi
        Ayat aktif          Pembentukan kata
        Ayat pasif
        Ayat nafi
                               Imbuhan kata nama
    Ayat songsang
                               Imbuhan kata kerja
        Ayat inti
                                   Istilah pinjaman
    Ayat gabungan                      Lain-lain
Ayat perintah
   Ayat tanya
                                      Kata bilangan
    Ayat seru
                                        Kata istilah
                                Penjodoh bilangan
                                      Bentuk jamak
                                       Hukum D-M
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata
tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil,
maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika
dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh
dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya,
perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
                   Morfem Bebas                 Morfem terikat/imbuhan
          Dapat berdiri sendiri, misalnya:   Bentuk imbuhan, misalnya:
            minum, cuti, sekolah, periksa      mem, per, kan, ber

                                             Tidak mempunyai makna tetapi 
                                             mempunyai fungsi tatabahasa atau 
          Mempunyai maksud sendiri.          nahu. Boleh mengubah makna 
                                             sesuatu kata dan seterusnya makna 
                                             ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
•Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
•Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
•Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
•Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran
kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan.

Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA -->
AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat.

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit
yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad
sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek
dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.

Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK,
FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa
endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur
inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini
kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Frasa




Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis
kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak
mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah .
Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada
tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua
ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan
dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana
 berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego
individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup
moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif
yang menekankan pelaku".
Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya
berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua
ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan
dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif
secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan.
Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama
lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana
 berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau
sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli
bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan
berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan
budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego
individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup
moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif
yang menekankan pelaku".
Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri
daripada dua langkah:
Objek dipindahkan ke pangkal ayat;
Awalan meN digugurkan.
Kesalahan yang biasa berlaku
1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris
Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap
keinggerisan. Misalnya:
Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.
Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima:
That letter was sent by me yesterday.
The form must be filled by you first.
Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku
ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.
Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan
aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
2. Kesalahan tidak menggugurkan meN

                                                           Ayat pasif
           Ayat aktif
                                             Salah                            Betul
  Saya membeli kereta itu         Kereta itu saya                Kereta itu saya belidaripada 
  daripada Ali.                   membelidaripada Ali.           Ali.
  Anda mesti                      Soalan-soalan itu mesti anda   Soalan-soalan itu mesti anda
  menjawab soalan-soalan itu.     menjawab.                      jawab.
  Kamu mestilah menyiapkan        Kerja itu mesti kamu           Kerja itu mesti kamu
  kerja itu hari ini.             menyiapkan hari ini.           siapkan hari ini.
 3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata
 kerja pasif
 Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak
 boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau
 kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata
 kerja pasif.

                     Salah                                           Betul
 Buku itu saya telah baca.                       Buku itu telah saya baca.
 Buku itu saya tidak baca.                       Buku itu tidak saya baca.
 Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini.          Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
Ayat pasif untuk pelaku ketiga
Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan
aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat
oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat
pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa
Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah.
Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua
orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi
aturan.

Kesalahan yang biasa berlaku
Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga
dianggap betul.


                   Salah                                     Betul
Buku itu Ahmad baca.                       Buku itu dibaca oleh Ahmad.
Surat itu abang hantar semalam.            Surat itu dihantar oleh abang semalam.
                                           Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari 
Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini.
                                           ini.
Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri

                           Pasif diri
  Kata kerja aktif                         Pasif diri kedua         Pasif diri ketiga
                           pertama
     memberi                saya beri          anda beri                 diberi
     menyapu                 kusapu            kausapu                  disapu
      melukis              kami lukis         kamu lukis                dilukis
     membayar              kita bayar         anda bayar                dibayar
  Ayat pasif yang lain
  Ayat pasif "ber"
  Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang
  juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai
  ganti untuk awalan "di":

             Penggunaan "ber"                       Penggunaan "di"
    Seluar saya belum berjahit.           Seluar saya belum dijahit.
    Surat itu sudah bertaip.              Surat itu sudah ditaip.
    Pintu rumah sudah berkunci.           Pintu rumah sudah dikunci.
Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan.
Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan
dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku
sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh",
umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun,
penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya
bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik.

Ayat pasif "ter"
Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan
tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.
     Menunjukkan keupayaan                       Menunjukkan perbuatan yang siap
 Batu yang besar 
                                      Kedai itu tertutup sejak tadi.
 itu terangkat olehku.
 Projek yang rumit 
 itu terlaksana juga oleh usahawan    Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan.
 baru.
 Cita-cita ibu yang besar 
                                      Perabot di ruang tamu itutersusun.
 itu tertunai juga olehnya.
Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk
 menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah.

 Ayat pasif "ke-an"
 Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk
 "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak
 dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang
 sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.



   Penggunaan bentuk pasif "ke-an"                      Maksud
Kerana lewat bangun, saya  ketinggalan   Kerana lewat bangun, saya mengalami
bas.                                     keadaan "ditinggalkan bas".
                                         Jiran saya mengalami keadaan "hartanya
Jiran saya kecurian malam tadi.
                                         dicuri orang".
                                         Orang itu mengalami keadaan "suaminya
Orang itu baru kematian suami.
                                         mati".
Ayat pasif "kena"
 Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai
 ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh
 orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif
 ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai
 pilihan lain.

   Penggunaan "kena"            Penggunaan "di"
Pemandu itu kena saman.     Pemandu itu disaman.
Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul.
Pencuri itu kena tangkap.   Pencuri itu ditangkap.
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan
maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan
sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat
saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu,
sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
Ayat penyata:
     Ayat transitif dan ayat intransitif
     Ayat aktif dan ayat pasif
     Ayat sungsang
     Ayat nafi
     Ayat inti dan ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
.
Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan
subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap
objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang
anda hendak pentingkan atau menegaskan.
Contohnya:
Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
Perkara itu sudah diselesaikan
adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu",
bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu.
Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan
perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu
yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan,
ajakan, silaan, doa, dan harapan.
           Jenis perintah          Contoh penggunaan
Perintah                    Berdiri di atas kerusi itu.
Suruhan                     Ikat tali kasut anda dengan betul.
                            Jangan pergi ke sungai yang 
Larangan
                            dalam airnya.
Permintaan                  Tolong angkat baju itu.
Ajakan                      Mengucaplah banyak-banyak.
Silaan                      Sila jamu selera.
Doa                         Syukurlah kamu sudah kembali.
                            Harap-harap hari tidak hujan.
Harapan
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai
susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan.
Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada
orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa
awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan.
Aturan yang perlu dipegang ialah:
Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak
memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan
objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan
"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk
menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:

             Ayat biasa                        Ayat nafi
                                  Cadangannya tidak perlu kita 
 Cadangannya harus diketepikan.
                                  pedulikan.

 Kerja ketua memang susah.        Kerja ketua tidak pernah senang.
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di
atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi
menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa
menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh
diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
Bukankah orang itu guru kamu?
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
Ini bukan kucing.
Malaysia bukan negara republik.
Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada
frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
Dia bukan bodoh, tetapi malas.
Dia bukan belajar, tetapi bermain.
Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata
tidak":
Dia tidak bodoh, tetapi malas.
Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit
perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara
biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua
keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut
kesesuaian, umpamanya:
Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Saya bukan dari sektor kerajaan.
Malaysia bukan di benua Afrika.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh
saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan
kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara
penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
[sunting]Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
[sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
[sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata

           Ayat penyata                           Ayat tanya
 Tetamu sudah tiba.                    Tetamu sudah tiba?
 Buah itu sudah masak.                 Buah itu sudah masak?
 Mereka hendak menolong kita.          Mereka hendak menolong kita?
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya
boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam
pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir
ayat.
[sunting]2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui
penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:


           Ayat penyata                         Ayat tanya
   Tetamu sudah tiba?                  Sudah tibakah tetamu?
   Buah itu sudah masak?               Sudah masakkah buah itu?
   Mereka hendak menolong              Hendak menolong 
   kita?                               kitakah mereka?
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk
mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan
kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa.

                                                 Ayat tanya
            Kata
                             Tanpa partikel "kah"         Dengan partikel "kah"
Ada                        Tiada                         Adakah cara saya ini betul?
                                                         Apakah yang kamu beli 
Apa                        Apa yang kamu beli tadi?
                                                         tadi?
                           Bagaimana cara untuk          Bagaimanakah cara untuk 
Bagaimana
                           mendaftar diri?               mendaftar diri?
Bila                       Bila ayah kamu pulang?        Bilakah ayah kamu pulang?
                           Mengapa kamu datang           Mengapakah kamu datang 
Mengapa
                           lambat hari ini?.             lambat hari ini?.
Mana                       Mana ibu?                     Manakah ibu?
                                                         Siapakah nama jiran baru 
Siapa                      Siapa nama jiran baru kamu?
                                                         kamu?
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah".
Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
Tetamu sudah tibakah?
Buah itu sudah masakkah?
Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti
berikut:
Tetamu sudah tibake?
Buah itu sudah masakke?
Mereka hendak menolong kitake?
"Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan
dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula
terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat
biasa:
AYAT BIASA
→
SUBJEK + PREDIKAT
AYAT SONGSANG
→
PREDIKAT + SUBJEK
AYAT PASIF
→
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu
supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang
sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar.
Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan
predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat           Susunan biasa                 Susunan songsang
                           Encik Yosri birokrat.           Birokratlah Encik Yosri.
 Ayat inti
                           Kucing itu ke sana.             Ke sana kucing itu.
                           Orang itu adik kamu?            Adik kamukah orang itu?
 Ayat tanya
                           Kamu belum makan?               Belum makankah kamu?
                           Surat itu akan saya kirimkan.   Akan saya kirimkan surat itu.
 Ayat pasif                Saya ketinggalan bas pada       Ketinggalan bas saya pada 
                           hari itu.                       hari itu.

Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel
"kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu
digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
[sunting]Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk
menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan
sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas
ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti
amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu,
sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan
cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang
digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung
seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan
pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu
mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
Ayat dengan ayat
Subjek dengan subjek
Predikat dengan predikat
Adverba dengan adverba
Objek dengan objek.
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan            Ayat komponen                   Ayat gabungan
                            Abu amat rajin bekerja.         Abu amat rajin bekerja dan 
Ayat dengan ayat
                            Majikan menaikkan gajinya.      majikan menaikkan gajinya.

                            Ali suka makan manggis.         Ali dan Ahmad suka makan 
Subjek dengan subjek
                            Ahmad suka makan manggis.       manggis.

                            Mereka menghadiri ceramah 
                                                            Mereka menghadiri ceramah itu 
                            itu.
Predikat dengan predikat                                    kerana mereka menganggap 
                            Mereka menganggap ceramah 
                                                            ceramah itu sangat berfaedah.
                            itu sangat berfaedah.

                            Saya akan menghabiskan kerja 
                            itu besok.                      Saya akan menghabiskan kerja 
Adverba dengan adverba
                            Jika tidak jadi, saya akan      itu besok atau lusa.
                            menghabiskan kerja itu lusa.
                            Ibu membeli sayur di pasar.     Ibu membeli sayur dan ikan di 
Objek dengan objek
                            Ibu membeli ikan di pasar.      pasar.
Ayat gabungan dengan kata                                   Sedangkan dia tidak dapat 
penghubung yang             -                               memasuki kolej itu, apatah lagi 
berpasangan                                                 saya.
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat
mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal
sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
[sunting]Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar
dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih
askar berbanding dengan tentera Jepun.
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian
yang besar:
Kata nama
Kata kerja
Adjektif
Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian
dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat,
walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan
faktorsintesis dan semantik.
Kata nama
Rencana utama: Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama
khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang
digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata
nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti
nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang
atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am
atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata kerja
Rencana utama: Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan,
dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja
transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan
tidak Melampau ).
[sunting]Adjektif
Rencana utama: Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif
seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang
menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat
sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata
berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Rencana utama: Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama
dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
[sunting]Kata hubung
Rencana utama: Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
[sunting]Kata seru
Rencana utama: Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah,
gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
[sunting]Kata tanya
Rencana utama: Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya
hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila
digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau
di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada
akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana,
bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Rencana utama: Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang
mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan
sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar,
contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di
akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan
pula tersisip di tengah perkataan.

Awalan
[sunting]ke-
Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan
tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung
dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan
dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk
membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud
berikut kepada kata dasar:
penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata
dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
pe(n)-
Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa
erti-erti berikut:
alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Fonem pertama
Bentuk imbuhan                   Gugurkan?         Contoh                    Huraian
                   kata dasar
                      /b/          Tidak       baris → pembaris

    mem-                                                           Kecuali kata pinjaman dan 
                      /p/           Ya        panah → pemanah      sebilangan kecil kata jati
                                                                   Cth: pempamer
                       /c/                       curi → pencuri
                       /d/                    datang → pendatang
                                   Tidak
                       /j/                      jahat → penjahat
    men-              /sy/                    syarah → pensyarah
                                                                   Kecuali kata pinjaman dan 
                      /t/           Ya           tari → penari     sebilangan kecil kata jati
                                                                   Cth: pentadbir
                    (vokal)        Tidak       arah → pengarah
                      /g/          Tidak       ganti → pengganti
    meng-                                                          Kecuali kata pinjaman dan 
                      /k/           Ya         karat → pengarat    sebilangan kecil kata jati
                                                                   Cth: pengkaji
                                                                   Kecuali sesetengah kata 
                                                                   pinjaman dan sebilangan 
    meny-             /s/           Ya         sakit → penyakit
                                                                   kecil kata jati
                                                                   Cth: penstabil

                       /l/
                      /m/
                                             lambung → pelampung
                       /n/
                                               makan → pemakan
                      /ng/
     me-                           Tidak       nyanyi → penyanyi
                      /ny/
                                                 rasa → perasa
                       /r/
                                               wangi → pewangi
                      /w/
                       /y/
                                                                   Untuk kata dasar satu suku 
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan
berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan
penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan
konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti
penggosok disebut peng-go-sok.
Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
[sunting]pe-
Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-")
menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar
yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-"
hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut:
pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta
penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit
[sunting]per-
Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang
sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
Akhiran
[sunting]-an
Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut.
benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan
hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan
tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan
benda kata dasar yang besar atau luas: lautan
[sunting]Apitan
[sunting]ke-…-an
Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan
keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan
[sunting]pe(n)-…-an
Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud
tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti
berikut:
perbuatan: pemeriksaan, pemilihan
hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata
kerja.
per-…-an
Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu
kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut:
perbuatan: pertandingan, pergeseran
tempat: perumahan, perkuburan
Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja.
[sunting]Sisipan
Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh
imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak →
telapak; kuning → kemuning.
Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda.
Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
Kata bilangan tentu
Contoh: satu, dua, tiga
Kata bilangan tak tentu
Contoh: beberapa, banyak, segala
Kata bilangan himpunan
Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
Kata bilangan pecahan
Contoh: setengah, tiga suku
Kata bilangan pisahan
Contoh: tiap-tiap, masing-masing
Kata bilangan tingkat
Contoh: pertama, kedua, ketiga
Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk
mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.
[sunting]Definisi dan contoh
Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh
disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan
 sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh
memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu,
penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan
orang, tanpa mengira apa peranan mereka:
tiga orang pelajar
tiga orang guru
Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun,
bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan
bahasa-bahasa Maya.
[sunting]Lihat juga
Penjodoh bilangan bahasa Melayu
Penjodoh bilangan bahasa Cina
Kategori: Linguistik
Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang
mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan
mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah
Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam
bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia.

[sunting]Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap
keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa
Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang
sering berlaku adalah seperti berikut:

                                 Padanan bahasa
         Kesalahan                                             Pembetulan
                                    Inggeris
  dalam lain perkataan        in other words             dengan kata-kata lain
  lain-lain perkara           other matters              perkara-perkara lain
  Minah Restoran              Minah Restaurant           Restoran Minah
  Dunlop tayar                Dunlop tyre                tayar Dunlop
  goreng pisang               fried banana               pisang goreng
  cili sos                    chilli sauce               sos cili

More Related Content

What's hot (20)

Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa Kata tunggal bahasa
Kata tunggal bahasa
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kata
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Kata Ganda
 Kata Ganda  Kata Ganda
Kata Ganda
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Sintaksis ayat
Sintaksis ayatSintaksis ayat
Sintaksis ayat
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 

Similar to Morfologi

Similar to Morfologi (20)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
 
Kalimat dalam Bahasa Indonesia
Kalimat dalam Bahasa IndonesiaKalimat dalam Bahasa Indonesia
Kalimat dalam Bahasa Indonesia
 
Kalimat verbal dan nominal
Kalimat verbal dan nominalKalimat verbal dan nominal
Kalimat verbal dan nominal
 
Tugas bindo
Tugas bindoTugas bindo
Tugas bindo
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
3. tatabahasa
3. tatabahasa3. tatabahasa
3. tatabahasa
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia7 kelas kata bahasa indonesia
7 kelas kata bahasa indonesia
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
 
Dr ton sintaksis
Dr ton sintaksisDr ton sintaksis
Dr ton sintaksis
 
Kalimat efektif ppt
Kalimat efektif pptKalimat efektif ppt
Kalimat efektif ppt
 
Frasa 2010
Frasa 2010 Frasa 2010
Frasa 2010
 

Morfologi

  • 1. MORFOLOGI DAN SINTAKSIS HJ FAUZI BIN SALLEH IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS
  • 2. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.   Morfologi ialah bidang yang mengkaji •1 Morfologi o 1.1 Morfem struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit  1.1.1 Morfem terikat/imbuhan o 1.2 Proses Pembentukan Kata terkecil yang mempunyai makna dan o 1.3 Golongan Kata tugas nahu ialah morfem. Para pelajar •2 Sintaksis o 2.1 Ayat juga perlu mengetahui maksud istilah o 2.2 Frasa morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua •3 Lihat juga adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
  • 3. Tatabahasa Sintaksis bahasa Melayu Golongan kata  Kata nama  Kata ganti nama Morfologi  Kata kerja  Kata sifat Jenis ayat  Kata tugas Ayat penyata  Kata hubung  Ayat transitif  Kata keterangan  Ayat intransitif  Kata sendi  Ayat aktif Pembentukan kata  Ayat pasif  Ayat nafi  Imbuhan kata nama  Ayat songsang  Imbuhan kata kerja  Ayat inti  Istilah pinjaman  Ayat gabungan Lain-lain Ayat perintah Ayat tanya  Kata bilangan Ayat seru  Kata istilah  Penjodoh bilangan  Bentuk jamak  Hukum D-M
  • 4. Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan Dapat berdiri sendiri, misalnya: Bentuk imbuhan, misalnya:   minum, cuti, sekolah, periksa   mem, per, kan, ber Tidak mempunyai makna tetapi  mempunyai fungsi tatabahasa atau  Mempunyai maksud sendiri. nahu. Boleh mengubah makna  sesuatu kata dan seterusnya makna  ayat.
  • 5. Morfem terikat/imbuhan Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: •Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. •Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. •Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak) •Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
  • 6. Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
  • 7. Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
  • 8. Frasa Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
  • 9. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 10. Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku. Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun. Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak ditekankan. Kebetulan, hikayat-hikayat Melayu dan karya sastera Melayu lama lebih banyak menggunakan ayat pasif. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya, "barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".
  • 11. Ayat pasif untuk pelaku pertama dan kedua Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah: Objek dipindahkan ke pangkal ayat; Awalan meN digugurkan. Kesalahan yang biasa berlaku 1. Kesalahan menggunakan aturan ayat pasif bahasa Inggeris Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Misalnya: Surat itu telah dihantar oleh saya semalam. Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu. Dalam bahasa Inggeris, ayat di atas memang boleh diterima: That letter was sent by me yesterday. The form must be filled by you first. Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga. Umpamanya, ayat-ayat yang berikut adalah betul: Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam. Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu. Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga".
  • 12. 2. Kesalahan tidak menggugurkan meN Ayat pasif Ayat aktif Salah Betul Saya membeli kereta itu  Kereta itu saya Kereta itu saya belidaripada  daripada Ali. membelidaripada Ali. Ali. Anda mesti Soalan-soalan itu mesti anda Soalan-soalan itu mesti anda menjawab soalan-soalan itu. menjawab. jawab. Kamu mestilah menyiapkan Kerja itu mesti kamu Kerja itu mesti kamu kerja itu hari ini. menyiapkan hari ini. siapkan hari ini. 3. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Salah Betul Buku itu saya telah baca. Buku itu telah saya baca. Buku itu saya tidak baca. Buku itu tidak saya baca. Kerja itu kamu mesti siapkan hari ini. Kerja itu mesti kamu siapkan hari ini.
  • 13. Ayat pasif untuk pelaku ketiga Oleh sebab aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan aturan ayat pasif bahasa Inggeris, kesalahan ayat pasif ini jarang dibuat oleh mereka yang bersikap keinggerisan. Sebaliknya, kesalahan ayat pasif ini dibuat oleh kalangan yang sepatutnya fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka menggunakan bahasa dengan cara yang mudah. Memang ada baiknya menggunakan bahasa yang mudah supaya semua orang mudah faham, tetapi bahasa yang mudah mesti juga mematuhi aturan. Kesalahan yang biasa berlaku Ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul. Salah Betul Buku itu Ahmad baca. Buku itu dibaca oleh Ahmad. Surat itu abang hantar semalam. Surat itu dihantar oleh abang semalam. Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari  Kerja itu mereka mesti siapkan hari ini. ini.
  • 14. Perbandingan antara bentuk kata kerja pasif diri Pasif diri Kata kerja aktif Pasif diri kedua Pasif diri ketiga pertama memberi saya beri anda beri diberi menyapu kusapu kausapu disapu melukis kami lukis kamu lukis dilukis membayar kita bayar anda bayar dibayar Ayat pasif yang lain Ayat pasif "ber" Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kekadang juga digunakan dalam ayat pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di": Penggunaan "ber" Penggunaan "di" Seluar saya belum berjahit. Seluar saya belum dijahit. Surat itu sudah bertaip. Surat itu sudah ditaip. Pintu rumah sudah berkunci. Pintu rumah sudah dikunci.
  • 15. Bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber" tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan bahawa "di" sering diikuti oleh "oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan menarik. Ayat pasif "ter" Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku. Menunjukkan keupayaan Menunjukkan perbuatan yang siap Batu yang besar  Kedai itu tertutup sejak tadi. itu terangkat olehku. Projek yang rumit  itu terlaksana juga oleh usahawan  Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan. baru. Cita-cita ibu yang besar  Perabot di ruang tamu itutersusun. itu tertunai juga olehnya.
  • 16. Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang, tetapi masih sah. Ayat pasif "ke-an" Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Bagaimanapun, dengan berdasarkan pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan. Penggunaan bentuk pasif "ke-an" Maksud Kerana lewat bangun, saya  ketinggalan Kerana lewat bangun, saya mengalami bas. keadaan "ditinggalkan bas". Jiran saya mengalami keadaan "hartanya Jiran saya kecurian malam tadi. dicuri orang". Orang itu mengalami keadaan "suaminya Orang itu baru kematian suami. mati".
  • 17. Ayat pasif "kena" Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan. Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain. Penggunaan "kena" Penggunaan "di" Pemandu itu kena saman. Pemandu itu disaman. Budak nakal itu kena pukul. Budak nakal itu dipukul. Pencuri itu kena tangkap. Pencuri itu ditangkap.
  • 18. Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan. Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: Ayat penyata: Ayat transitif dan ayat intransitif Ayat aktif dan ayat pasif Ayat sungsang Ayat nafi Ayat inti dan ayat gabungan Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru .
  • 19. Ayat pasif Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu) Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya: Perkara itu sudah diselesaikannya; atau Perkara itu sudah diselesaikan adalah ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
  • 20. Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan. Jenis perintah Contoh penggunaan Perintah Berdiri di atas kerusi itu. Suruhan Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang  Larangan dalam airnya. Permintaan Tolong angkat baju itu. Ajakan Mengucaplah banyak-banyak. Silaan Sila jamu selera. Doa Syukurlah kamu sudah kembali. Harap-harap hari tidak hujan. Harapan
  • 21. Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan. Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah: Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan. Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
  • 22. Ayat nafi Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya: Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap. Aurora bukan jururawat, tetapi doktor. Disamping itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud. Contohnya: Ayat biasa Ayat nafi Cadangannya tidak perlu kita  Cadangannya harus diketepikan. pedulikan. Kerja ketua memang susah. Kerja ketua tidak pernah senang.
  • 23. Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja. Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya: Bukankah orang itu guru kamu? Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu? Anda sudah faham, bukan?
  • 24. Penggunaan dengan frasa nama Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya: Ini bukan kucing. Malaysia bukan negara republik. Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia. Selain itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut: Dia bukan bodoh, tetapi malas. Dia bukan belajar, tetapi bermain. Kata "bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak": Dia tidak bodoh, tetapi malas. Dia tidak belajar, tetapi bermain. Bagaimanapun, penggantian "bukan" dengan "tidak" menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan" menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
  • 25. Penggunaan dengan frasa sendi Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya: Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit. Saya bukan dari sektor kerajaan. Malaysia bukan di benua Afrika. Buku ini bukan untuk anda. Kata "bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
  • 26. Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak". [sunting]Ayat tanya Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara: [sunting]Cara-cara untuk membentuk ayat tanya [sunting]1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba. Tetamu sudah tiba? Buah itu sudah masak. Buah itu sudah masak? Mereka hendak menolong kita. Mereka hendak menolong kita?
  • 27. Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat. [sunting]2. Menggunakan partikel "kah" Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang: Ayat penyata Ayat tanya Tetamu sudah tiba? Sudah tibakah tetamu? Buah itu sudah masak? Sudah masakkah buah itu? Mereka hendak menolong  Hendak menolong  kita? kitakah mereka?
  • 28. Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna. 3. Menggunakan pelbagai kata Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa,mengapa, mana, dan siapa. Ayat tanya Kata Tanpa partikel "kah" Dengan partikel "kah" Ada Tiada Adakah cara saya ini betul? Apakah yang kamu beli  Apa Apa yang kamu beli tadi? tadi? Bagaimana cara untuk  Bagaimanakah cara untuk  Bagaimana mendaftar diri? mendaftar diri? Bila Bila ayah kamu pulang? Bilakah ayah kamu pulang? Mengapa kamu datang  Mengapakah kamu datang  Mengapa lambat hari ini?. lambat hari ini?. Mana Mana ibu? Manakah ibu? Siapakah nama jiran baru  Siapa Siapa nama jiran baru kamu? kamu?
  • 29. Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya: Tetamu sudah tibakah? Buah itu sudah masakkah? Mereka hendak menolong kitakah? Kesalahan ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut: Tetamu sudah tibake? Buah itu sudah masakke? Mereka hendak menolong kitake? "Ke" sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak boleh digunakan di hujung ayat.
  • 30. Ayat songsang Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa: AYAT BIASA → SUBJEK + PREDIKAT AYAT SONGSANG → PREDIKAT + SUBJEK AYAT PASIF → OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK Ayat songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat disongsangkan.
  • 31. Jenis ayat Susunan biasa Susunan songsang Encik Yosri birokrat. Birokratlah Encik Yosri. Ayat inti Kucing itu ke sana. Ke sana kucing itu. Orang itu adik kamu? Adik kamukah orang itu? Ayat tanya Kamu belum makan? Belum makankah kamu? Surat itu akan saya kirimkan. Akan saya kirimkan surat itu. Ayat pasif Saya ketinggalan bas pada  Ketinggalan bas saya pada  hari itu. hari itu. Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu. [sunting]Ayat inti Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu) Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  • 32. Ayat gabungan Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu: Ayat dengan ayat Subjek dengan subjek Predikat dengan predikat Adverba dengan adverba Objek dengan objek. Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
  • 33. Jenis ayat gabungan Ayat komponen Ayat gabungan Abu amat rajin bekerja. Abu amat rajin bekerja dan  Ayat dengan ayat Majikan menaikkan gajinya. majikan menaikkan gajinya. Ali suka makan manggis. Ali dan Ahmad suka makan  Subjek dengan subjek Ahmad suka makan manggis. manggis. Mereka menghadiri ceramah  Mereka menghadiri ceramah itu  itu. Predikat dengan predikat kerana mereka menganggap  Mereka menganggap ceramah  ceramah itu sangat berfaedah. itu sangat berfaedah. Saya akan menghabiskan kerja  itu besok. Saya akan menghabiskan kerja  Adverba dengan adverba Jika tidak jadi, saya akan  itu besok atau lusa. menghabiskan kerja itu lusa. Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli sayur dan ikan di  Objek dengan objek Ibu membeli ikan di pasar. pasar. Ayat gabungan dengan kata Sedangkan dia tidak dapat  penghubung yang - memasuki kolej itu, apatah lagi  berpasangan saya.
  • 34. Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar. Polar tidak percaya. Kedua-dua ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan yang berikut amat perlu digunakan: Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya. [sunting]Ayat pancangan Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya: Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya. Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah. Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.
  • 35. Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar: Kata nama Kata kerja Adjektif Kata tugas. Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktorsintesis dan semantik.
  • 36. Kata nama Rencana utama: Kata nama Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitunama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
  • 37. Kata kerja Rencana utama: Kata kerja Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ). [sunting]Adjektif Rencana utama: Adjektif Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
  • 38. Kata sendi Rencana utama: Kata sendi Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. [sunting]Kata hubung Rencana utama: Kata hubung Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. [sunting]Kata seru Rencana utama: Kata seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. [sunting]Kata tanya Rencana utama: Kata tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.
  • 39. Kata perintah Rencana utama: Kata perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan [sunting]ke- Awalan "ke-" boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan "ke-". Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Awalan "ke-" boleh membawa maksud berikut kepada kata dasar: penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama): kekasih, ketua, kemudi
  • 40. pe(n)- Imbuhan awalan "pe(n)-" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
  • 41. Fonem pertama Bentuk imbuhan Gugurkan? Contoh Huraian kata dasar /b/ Tidak baris → pembaris mem- Kecuali kata pinjaman dan  /p/ Ya panah → pemanah sebilangan kecil kata jati Cth: pempamer /c/ curi → pencuri /d/ datang → pendatang Tidak /j/ jahat → penjahat men- /sy/ syarah → pensyarah Kecuali kata pinjaman dan  /t/ Ya tari → penari sebilangan kecil kata jati Cth: pentadbir (vokal) Tidak arah → pengarah /g/ Tidak ganti → pengganti meng- Kecuali kata pinjaman dan  /k/ Ya karat → pengarat sebilangan kecil kata jati Cth: pengkaji Kecuali sesetengah kata  pinjaman dan sebilangan  meny- /s/ Ya sakit → penyakit kecil kata jati Cth: penstabil /l/ /m/ lambung → pelampung /n/ makan → pemakan /ng/ me- Tidak nyanyi → penyanyi /ny/ rasa → perasa /r/ wangi → pewangi /w/ /y/ Untuk kata dasar satu suku 
  • 42. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok. Imbuhan "pe(n)-" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja. [sunting]pe- Imbuhan awalan "pe-" (tanpa pembolehubah (n) dalam "pe(n)-") menerbitkan kata nama memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Berbeza dengan imbuhan "pe(n)-", imbuhan "pe-" hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu seperti berikut: pelaku tindakan dalam kata dasar: pesaing, peserta penerima tindakan atau kesan dalam kata dasar: pesalah, pesakit [sunting]per- Imbuhan awalan "per-" digunakan untuk mengimbuhkan kata dasar yang sering dijadikan kata kerja dengan berimbuhkan awalan "ber-".
  • 43. Akhiran [sunting]-an Imbuhan akhiran "-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut. benda, bahan yang dilakukan kata dasar: kiriman, makanan hasil perbuatan kata dasar: tulisan, bungkusan tempat yang disifatkan kata dasar: ruangan benda kata dasar yang besar atau luas: lautan [sunting]Apitan [sunting]ke-…-an Imbuhan apitan "ke-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: hasil perbuatan kata dasar: keberanian, kepercayaan keadaan yang disifatkan kata dasar: keindahan, keselesaan [sunting]pe(n)-…-an Imbuhan apitan "pe(n)-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pemeriksaan, pemilihan hasil perbuatan: pembangunan, pelaburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "me(n)-" untuk kata kerja.
  • 44. per-…-an Imbuhan apitan "per-…-an" menerbitkan kata nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya, dengan membawa erti-erti berikut: perbuatan: pertandingan, pergeseran tempat: perumahan, perkuburan Imbuhan "pe(n)-…-an" berpadan fungsinya dengan imbuhan "ber-" untuk kata kerja. [sunting]Sisipan Sesetengah kata dasar boleh diubah atau diperkuat maknanya dengan dibubuh imbuhan sisipan "-el-", "-em-", "-er-" dan "-in-". Contoh: tapak → telapak; kuning → kemuning. Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu: Kata bilangan tentu Contoh: satu, dua, tiga Kata bilangan tak tentu Contoh: beberapa, banyak, segala Kata bilangan himpunan Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan Kata bilangan pecahan Contoh: setengah, tiga suku Kata bilangan pisahan Contoh: tiap-tiap, masing-masing Kata bilangan tingkat Contoh: pertama, kedua, ketiga
  • 45. Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya. [sunting]Definisi dan contoh Dalam sesuatu bahasa yang ada penjodoh bilangan, sesuatu kata nama boleh disertakan penjodoh bilangan, yang menunjukkan pengelasan konsepsi rujukan sesuatu kata nama dan sering digunakan dalam pembilangan. Sesuatu bahasa boleh memiliki beratus-ratus penjodoh bilangan. Contohnya, dalam bahasa Melayu, penjodoh bilangan untuk orang ialah orang, dan digunakan untuk mengira bilangan orang, tanpa mengira apa peranan mereka: tiga orang pelajar tiga orang guru Antara bahasa-bahasa yang ada penjodoh bilangan termasukbahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa-bahasa Asia Tenggara,bahasa-bahasa Austronesia, dan bahasa-bahasa Maya. [sunting]Lihat juga Penjodoh bilangan bahasa Melayu Penjodoh bilangan bahasa Cina Kategori: Linguistik
  • 46. Hukuman D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. [sunting]Kesalahan yang biasa berlaku Kesalahan yang biasa berlaku, khususnya di kalangan orang yang bersikap keinggerisan, disebabkan oleh kekeliruan antara susunan kata nama majmuk bahasa Melayu dengan kata nama majmuk bahasa Inggeris. Sebilangan kesalahan yang sering berlaku adalah seperti berikut: Padanan bahasa Kesalahan Pembetulan Inggeris dalam lain perkataan in other words dengan kata-kata lain lain-lain perkara other matters perkara-perkara lain Minah Restoran Minah Restaurant Restoran Minah Dunlop tayar Dunlop tyre tayar Dunlop goreng pisang fried banana pisang goreng cili sos chilli sauce sos cili