SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Pengenalan
Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan
kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan
menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa.
Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya.
Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap dan mudah difahami serta mencerminkan
kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum
bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan
perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang
meliputi bidang morfologi dan sintaksis
Konsep morfologi
Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata
dalam bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (1996) mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang ilmu
bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga
penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang bermakna
dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk
tunggal ataupun perkataanyang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan
fungsinya.
Menurut SamsuYaacob (1993), morfologi dapatdidefinisikansebagai bidanglinguistikyang
mengkaji bentuk-bentukkatadanprosespembinaannya. Unit-unitmorfologi dapatdibahagikankepada
morfemterikatdanmorfembebas. Pembentukankatayangturut dikaji dalambidangmoforlogi ialah
pembentukankatatunggal,kataterbitan,katagandadan kata majmuk.
Menurut Raminah hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) , morfologi ialah satu bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak
Abdullah pula telah menyataka bahawa morfologi adalah kajian tentang struktur dalaman kata-
kata atau bentuk-bentuk kata. Beliau mengertikan morfologi sebagai bdang ilmu yang
membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan
struktur kata terhadap golongan dan erti kata.
Rajah 1.1: Huraian tentang morfologi mengikut Marzukhi (1993)
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula, morfologi ialah kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang termasuk jenispengimbuhan,kataterbitandanjuga
pemajmukan. Pengimbuhanadalahprosesbagaimanasuatukatadasardiperluaskandengan
menambahsatuatau lebihimbuhan.Bentuk-bentukimbuhanialahimbuhanawalan,akhiran,apitan
dan jugaimbuhansisipan.Kataterbitanialahbentukkatayangterdiri daripadakatadasaryang telah
mengalami prosespengimbuhandanberubahmaksudnahunya.Pemajmukanpulabentukkatayang
wujudapabiladuakata dasar dirangkaikanmenjadi satukesatuansintaksisyangbermakna.
Secara umumnya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Mengikut Nik Safiah Karim, bidang morfologi dapat digolongkan berdasarkan aspek imbuhan,
bentuk perkataan dan golongan kata
a) Imbuhan
Imbuhan membawa maksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk
lain yang menyebabkan perubahan maksud perkataan. Imbuhan terbahagi kepada tiga jenis iaitu
awalan, akhiran dan apitan.
Bentuk
Imbuhan
Pengertian
Contoh kata
Awalan Imbuhan yang ditambah
pada bahagian hadapan kata
dasar
bermain, berbasikal,berpunca
menelefon, menanam, meluas, semakin, secara,
segelintir,
terhadap, terjatuh, terlihat
dituduh, dimarah, dibaca
penanyi, peluki, penyapu
Akhiran Imbuhan yang ditambahkan
pada bahagian belakang
kata dasar
warisan, gambaran,lukisan,
baiki,masuki, mulai,contohi
bersihkan, hidangkan, siapkah
Apitan Imbuhan yang ditambahkan
serentak pada hadapan dan
pada belakang kata dasar
menghormati,menyatakan,menghentikan,pembinaan,
perasaan, diamalkan, keputusan,berpandukan
b) Bentuk perkataan
Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada
satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat diklasifikasikanseperti
berikut:
 kata terbitan
 kata tunggal
 kata ganda
 kata majmuk
Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai
dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat
berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau
bentuk akarnya.
Kata Terbitan Berawalan:
Awalan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
peng ganas pengganas
pe lampau pelampau
Awalan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
mem beri memberi
mem bakar membakar
ber tindak bertindak
men cerca mencerca
Awalan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan
Se Benar sebenar
Kata Terbitan Berakhiran
Akhiran Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
-an waris Warisan
-an gambar gambaran
Akhiran Kata kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
-an liput liputan
-an tomah tomahan
Kata Terbitan Berapitan
Apitan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
meng....i hantu menghantui
ke....an manusia kemanusiaan
Apitan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
meny....kan sebab Menyebabkan
di....kan suara disuarakan
Apitan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan
di....kan buruk diburukkan
mem....kan buruk memburukkan
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, yakni
yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Berikut merupakan
contoh-contoh kata tunggal berdasarkan kategorinya.
Satu suku kata di dan,hak yang
KV KVK KVKK
Dua suku kata ini, itu,isu,ada akan,umat,asas, baru, kata, nabi
V + KV V + KVK KV + KV
tentu, perlu dalam, sudah, pihak,malah, kesat, bukan,fobia
KVK + KV KV + KVK
majmuk
KVK + KVK
Tiga suku kata ketika, kepada agama
KV + KV +VK V + KV+ KV
Empat suku kata atau
lebih
islamofobia karikatur
VK + KV +KV+ KV+KVV KV+KV+KV+KVK
tanggungjawab kerjasama
KVK+KVK+KV+KVK KVK+KV+KV+KV
Akronim ASEAN , AS, OIC, SAW
Kata ganda merupakan satu proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat empat jenis
penggandaan seperti berikut;
Kata ganda penuh agar-agar, orang-orang, budak-budak,
baru-baru, akhir-akhir, kura-kura, anai-anai
Kata ganda separa cecair, bebiri, dedaun, jejentik, kekisi,
lelangit, tetupai, rerumput, pepohon
Kata ganda berirama/ berentak Kuih-muih, tanah-tanih, laut-pauk, sayur-
mayur, calar-balar, kusut-masai, sorak-sorai
Kata ganda berimbuhan Hormat-menghormati, teresak-esak,
tergeleng-geleng, berpegang-pengangan
Kata majmuk terbentuk melalui proses pemajmukan yang merangkaikan dua kata dasar
atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah antara satu sama lain.
Janis-jenis kata majmuk adalah seperti berikut;
Kata majmuk rangkaian kata bebas alat tulis, air hujan, balai raya, pasar raya,
seni bina, terima kasih, jam tangan, jalan raya
Kata majmuk istilah khusus atur cara, isi padu, muat turun, ulang tahun,
segi tiga, garam mineram, kertas kerja, urus
setia
Kata majmuk kiasan anak emas, ada hati cari jalan, harga diri,
kepala batu, makan suap, kera sumbang
Kata majmuk yang telah mantap antarabangsa, kakitangan, warganegara,
olahraga, matahari, setiausaha, tandatangan
Konsep sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum
atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Bidang ilmu bahasa
ini mengkaji proses pembinaan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek
perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam aya
AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang
ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja
mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat
dalam bahasa.
Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik
deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.
Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk ‘ Sintaksis Bahasa Melayu ‘ ada menyatakan
unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan
(2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis
antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat.
“Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah
ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap
peraturan atau tatabahasa yang dipelajarinya atau yang dituturkannya." - Ahmad Khair Mohd Nor, dll.,
Tatabahasa Asas,Rawang:PersatuanPendidikanBahasaMelayuMalaysia(2012:522).
Analisis Kesalahan Penggunaan Iimbuhan
Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan
makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan
apitan.
1.) Kesalahan tatabahasa kerana pelajar kerana tidak mengimbuhkan kata kerja dasar.
Sample 1 Kesalahan tatabahasa Aku berjanji memberikan khidmat yang terbaik...
Ayat yang betul Aku berjanji memberikan perkhidmatan yang terbaik...
Sample 2 Kesalahan tatabahasa Aku bentuk segi empat tepat.
Ayat yang betul Aku berbentuk segi empat tepat.
Sample 10 Kesalahan tatabahasa ...memancing ikan ialah gemar saya.
Ayat yang betul ...memancing ikan ialah kegemaran saya.
2. Kesalahan dalam meletakkan imbuhan yang tidak bersesuaian dengan tujuan ayat.
Imbuhan akhiran ..-kan pada perkataan harus ditambah untuk menjelaskan ayat.
Sample 2 Kesalahan tatabahasa Mereka meletak makanan dan minuman ke dalam....
Ayat yang betul Mereka meletakkan makanan dan minuman ke dalam....
Sample 4 Kesalahan tatabahasa Aku berjanji memberi perkhidmatan...
Ayat yang betul Aku berjanji memberikan perkhidmatan...
3. Kesalahan mengeja imbuhan
Sample 9 Kesalahan tatabahasa Mereka memasukan makanan dan minuman ke dalam....
Ayat yang betul Mereka memasukkan makanan dan minuman ke dalam....
Sample 4 Kesalahan tatabahasa Saya berlajar dengan bersungguh-sungguh.
Ayat yang betul Saya belajar dengan bersungguh-sungguh.
Analisis Kesalahan Penggunaan Istilah
1. Istilah yang digunakan untuk menegaskan sesuatu adalah tidak bertepatan.
Sample 2 Kesalahan tatabahasa Apabila aku tengah dibuat, aku dihantar...
Ayat yang betul Apabila aku siap dibuat, aku dihantar...
Sample 2 Kesalahan tatabahasa Beliau membawa aku dengan baik.
Ayat yang betul Beliau menjaga aku dengan baik.
Sample 9 Kesalahan tatabahasa Aku selalu bercakap dengan mereka.
Ayat yang betul Aku selalu berbual-bual dengan mereka.
2. Penggunaanperkataan dalambahasaInggeris .
Sample 4 Kesalahan tatabahasa Aku berbentuk rectangle.
Ayat yang betul Aku berbentuk segi empat tepat.
Sample 8 Kesalahan tatabahasa Gotong-royong diadakan pada 5 May 2019 yang lalu.
Ayat yang betul Gotong-royong diadakan pada 5 Mei 2019 yang lalu.
Sample 8 Kesalahan tatabahasa Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 11.00 a.m.
Ayat yang betul Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 11.00 pagi.
Analisis Kesalahan Penggunan Tanda Baca
1. Kesalahan tidak menggunakan tanda koma di pertengahan ayat.
Sample 1:
Analisi Kesalahan Penggunaan Kata Penyambunga Ayat / Kata Hubung
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis,
yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor, 2006).
Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk
Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan
semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan. Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai
dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan.
pada pukul 1.00 tengahari
pada pukul 1.00 tengah hari
kami singah di bandaraya
kami singgah di bandar raya.
Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau
kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ialah
di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga, tentang dan lain-lain lagi
a.) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama ‘di’ bagi konteks yang bermaksud “arah
tuju” atau “tempat sesuatu diletakkan”.
memasukkan sayur mayur di dalm badan aku.
memasukkan sayur-mayur ke dalam badan aku.
b.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘pada’. Kata ‘di’ digunakan untuk tempat sahaja.
Kata ‘pada’ digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Di setiap hujung minggu
Pada setiap hujung minggu
c.) Penggunaan kata sendi nama ‘akan’ dalam ayat. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan,
mesti diikuti dengan kata sendi ‘akan’.
Dia amat sayang aku
Dia amat sayang akan aku
d.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan
‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui
kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada
pula menunjukkan punca sesuatu perkara.
Cara
a. Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah.
Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu dikuasai
terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila menimba ilmu
yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian ciri dalam kalangan
murid. Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran tatabahasa dengan cepat dan
ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan pengajaran yang mengikut aras
tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara adil dan saksama.
b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dapat
memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan kefahaman yang
cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu murid dalam
penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap kuliah yang
diberikan oleh guru.
c. Memberikan latih tubi
Tidak dapat dinafikan lagi, untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid,
latih tubi sejak dari dahulu mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan. Ia
melibatkan pengulangan sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar dapat
mencapai objekif pembelajaran. Latih tubi membantu murid untuk mengekalkan ingatan
terhadap aspek tatabahasa yang dipelajari. Selain itu, murid dapat mengenal pasti
kesalahan yang sering dilakukan dalam pembelajaran tatabahasa.
d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.
Guru perlulah jelas dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir
dalam profesionnya agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam kalangan
murid. Guru perlu peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah unsur yang
sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman.
e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan yang digunakan.
Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman terhadap hukum
tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa Malaysia. Sebagai contoh
perkataan ‘perang’. Untuk kata sifat, ‘perang’ bermaksud warna dan disebut secara ‘e-
taling’. Manakala untuk kata kerja, ‘perang’ bermaksud suatu perlakuan yang melibatkan
pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan disebut secara ‘e-pepet’. Oleh itu, guru
perlu membantu murid memahami aspek sedemikan untuk mengelakkan kekeliruan.
Selain itu, murid juga harus memahami cara penggunaan ayat dalam konteks yang
berlainan contohnya dalam aspek penulisan. Murid haruslah dapat membezakan format
dan gaya bahasa penulisan karangan fakta dengan keperihalan.
Justeru, sebagai guru, kita haruslah membantu murid untuk mengatasi permasalahan tersebut dan
usaha itu adalah secara berterusan kerana manusia mudah lupa. Pelbagai cara yang boleh
dilaksanakan dalam menambahbaik masalah aspek tatabahasa yang dihadapi oleh murid.
1. Latih-tubi
Teknik ini merupakan teknik tradisional namun keberkesannnya diakui sehingga hari ini.
Tidak kira dalam subjek apa sekali pun, latih tubi sentiasa diaplikasikan untuk
mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Sebagai contoh, murid
kerap kali menulis perkataan seperti ‘dimana, di perbuat’. Oleh itu, guru perlu
menyediakan satu set latih tubi yang mengkategorikan penggunaan ‘di’ dengan tepat.
2. Pameran berfokus aspek tatabahasa
Ini merupakan inisiatif guru itu sendiri. Pembelajaran tatabahasa bukan sahaja berlaku di
dalam kelas malah di luar kelas. Guru akan menyediakan satu pameran berfokus yang
menitikberatkan penggunaan tatabahasa dengan betul dan tepat. Sebagai contoh, guru
akan menyenaraikan penggunaan tatabahasa yang salah dan membandingkan dengan
penggunaan tatabahasa yang tepat. Oleh itu, semua murid dan guru di sekolah mendapat
info tentang penggunaan tatabahasa yang tepat.
3. Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Sesetengah murid berpendapat, pembelajaran tatabahasa itu membosankan apatah lagi
jika guru hanya menyampaikan pengajaran secara deduktif. Guru perlulah kreatif dan
bijak merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh,
melibatkan aktiviti permainan bahasa, projek bahasa dan kuiz bahasa dalam sesi
pengajaran.
4. Penggunaan bahasa standard.
Murid-murid sering kali menuturkan bahasa melayu yang tidak standard. Adakalanya,
mereka menggabungkan bahasa melayu dengan bahasa kebiasaan (bahasa pasar). Sebagai
contoh, apabila murid meminta izin pergi ke tandas, segelintir murid mengatakan
sedemikian :
“Cikgu, tandas”. (Salah)
“Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas”. (Betul)
Terdapat juga murid yang segan menuturkan bahasa standard sesama mereka atau dengan
guru. Oleh yang demikian, guru haruslah menjadi contoh atau role model terlebih dahulu
kerana apa yang dilakukan oleh guru sudah pastinya akan diikuti oleh murid.
Penutup
Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat
global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran ini.
Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu di persada
antarabangsa. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan penggunaan
bahasa yang standard.
Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata,
susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni.
Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari.
Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik
dan terperinci. Morfologi berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan
perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.
Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan
pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri
sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling
bergantungan. Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.

More Related Content

What's hot

A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Sintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaSintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaImam Suwandi
 
Morphological typology
Morphological typologyMorphological typology
Morphological typologyRezqan Farid
 
Morphological typology
Morphological typologyMorphological typology
Morphological typologypenipenny
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologimaulidanabilar
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayunoorabib
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologiepoicikgu
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjjshamrina85
 

What's hot (20)

semantik
semantiksemantik
semantik
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Pandangan tokoh
Pandangan tokohPandangan tokoh
Pandangan tokoh
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Makalah semantik
Makalah semantikMakalah semantik
Makalah semantik
 
Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa IndonesiaMakalah Sintaksis Bahasa Indonesia
Makalah Sintaksis Bahasa Indonesia
 
Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111
 
Forum semantik
Forum semantikForum semantik
Forum semantik
 
Sintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaSintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesia
 
Morphological typology
Morphological typologyMorphological typology
Morphological typology
 
Morphological typology
Morphological typologyMorphological typology
Morphological typology
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
 
Jenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis SemantikJenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis Semantik
 
Semantik sem.6
Semantik sem.6Semantik sem.6
Semantik sem.6
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologi
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 

Similar to Assignement

Similar to Assignement (20)

Morfologi 2 april-2019 isi
Morfologi 2 april-2019 isiMorfologi 2 april-2019 isi
Morfologi 2 april-2019 isi
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
MAKALAH AFIKASI PEMBENTUKAN VERBA (Autosaved).pdf
MAKALAH AFIKASI PEMBENTUKAN VERBA (Autosaved).pdfMAKALAH AFIKASI PEMBENTUKAN VERBA (Autosaved).pdf
MAKALAH AFIKASI PEMBENTUKAN VERBA (Autosaved).pdf
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasar
 
Ragam frasa verba
Ragam frasa verbaRagam frasa verba
Ragam frasa verba
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
 
Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
 
Semantik makna
Semantik maknaSemantik makna
Semantik makna
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Morfofonemik
MorfofonemikMorfofonemik
Morfofonemik
 
ppt kel 3.pptx
ppt kel 3.pptxppt kel 3.pptx
ppt kel 3.pptx
 
Makalah semantik tentang makna
Makalah semantik tentang maknaMakalah semantik tentang makna
Makalah semantik tentang makna
 
Kuliah 1 bml 3183
Kuliah 1 bml 3183Kuliah 1 bml 3183
Kuliah 1 bml 3183
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Morphological typology
Morphological typologyMorphological typology
Morphological typology
 

Recently uploaded

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 

Recently uploaded (20)

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 

Assignement

  • 1. Pengenalan Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis Konsep morfologi Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (1996) mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan-perkataan. Kajian morfologi meliputi aspek struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau bunyi lambang yang bermakna dalam sesuatu unit bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa itu sendiri, sama ada berbentuk tunggal ataupun perkataanyang terhasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Manakala penggolongan kata pula proses mengkategorikan perkataan berdasarkan bentuk dan fungsinya. Menurut SamsuYaacob (1993), morfologi dapatdidefinisikansebagai bidanglinguistikyang mengkaji bentuk-bentukkatadanprosespembinaannya. Unit-unitmorfologi dapatdibahagikankepada morfemterikatdanmorfembebas. Pembentukankatayangturut dikaji dalambidangmoforlogi ialah pembentukankatatunggal,kataterbitan,katagandadan kata majmuk. Menurut Raminah hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) , morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Marzukhi Nyak Abdullah pula telah menyataka bahawa morfologi adalah kajian tentang struktur dalaman kata- kata atau bentuk-bentuk kata. Beliau mengertikan morfologi sebagai bdang ilmu yang
  • 2. membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Rajah 1.1: Huraian tentang morfologi mengikut Marzukhi (1993) Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula, morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang termasuk jenispengimbuhan,kataterbitandanjuga pemajmukan. Pengimbuhanadalahprosesbagaimanasuatukatadasardiperluaskandengan menambahsatuatau lebihimbuhan.Bentuk-bentukimbuhanialahimbuhanawalan,akhiran,apitan dan jugaimbuhansisipan.Kataterbitanialahbentukkatayangterdiri daripadakatadasaryang telah mengalami prosespengimbuhandanberubahmaksudnahunya.Pemajmukanpulabentukkatayang wujudapabiladuakata dasar dirangkaikanmenjadi satukesatuansintaksisyangbermakna. Secara umumnya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
  • 3. Mengikut Nik Safiah Karim, bidang morfologi dapat digolongkan berdasarkan aspek imbuhan, bentuk perkataan dan golongan kata a) Imbuhan Imbuhan membawa maksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan maksud perkataan. Imbuhan terbahagi kepada tiga jenis iaitu awalan, akhiran dan apitan. Bentuk Imbuhan Pengertian Contoh kata Awalan Imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar bermain, berbasikal,berpunca menelefon, menanam, meluas, semakin, secara, segelintir, terhadap, terjatuh, terlihat dituduh, dimarah, dibaca penanyi, peluki, penyapu Akhiran Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar warisan, gambaran,lukisan, baiki,masuki, mulai,contohi bersihkan, hidangkan, siapkah Apitan Imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar menghormati,menyatakan,menghentikan,pembinaan, perasaan, diamalkan, keputusan,berpandukan b) Bentuk perkataan
  • 4. Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat diklasifikasikanseperti berikut:  kata terbitan  kata tunggal  kata ganda  kata majmuk Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk akarnya. Kata Terbitan Berawalan: Awalan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan peng ganas pengganas pe lampau pelampau Awalan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan mem beri memberi mem bakar membakar ber tindak bertindak men cerca mencerca Awalan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan Se Benar sebenar Kata Terbitan Berakhiran Akhiran Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
  • 5. -an waris Warisan -an gambar gambaran Akhiran Kata kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan -an liput liputan -an tomah tomahan Kata Terbitan Berapitan Apitan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan meng....i hantu menghantui ke....an manusia kemanusiaan Apitan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan meny....kan sebab Menyebabkan di....kan suara disuarakan Apitan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan di....kan buruk diburukkan mem....kan buruk memburukkan Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Berikut merupakan contoh-contoh kata tunggal berdasarkan kategorinya. Satu suku kata di dan,hak yang KV KVK KVKK Dua suku kata ini, itu,isu,ada akan,umat,asas, baru, kata, nabi V + KV V + KVK KV + KV
  • 6. tentu, perlu dalam, sudah, pihak,malah, kesat, bukan,fobia KVK + KV KV + KVK majmuk KVK + KVK Tiga suku kata ketika, kepada agama KV + KV +VK V + KV+ KV Empat suku kata atau lebih islamofobia karikatur VK + KV +KV+ KV+KVV KV+KV+KV+KVK tanggungjawab kerjasama KVK+KVK+KV+KVK KVK+KV+KV+KV Akronim ASEAN , AS, OIC, SAW Kata ganda merupakan satu proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat empat jenis penggandaan seperti berikut; Kata ganda penuh agar-agar, orang-orang, budak-budak, baru-baru, akhir-akhir, kura-kura, anai-anai Kata ganda separa cecair, bebiri, dedaun, jejentik, kekisi, lelangit, tetupai, rerumput, pepohon Kata ganda berirama/ berentak Kuih-muih, tanah-tanih, laut-pauk, sayur- mayur, calar-balar, kusut-masai, sorak-sorai Kata ganda berimbuhan Hormat-menghormati, teresak-esak, tergeleng-geleng, berpegang-pengangan Kata majmuk terbentuk melalui proses pemajmukan yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah antara satu sama lain. Janis-jenis kata majmuk adalah seperti berikut; Kata majmuk rangkaian kata bebas alat tulis, air hujan, balai raya, pasar raya,
  • 7. seni bina, terima kasih, jam tangan, jalan raya Kata majmuk istilah khusus atur cara, isi padu, muat turun, ulang tahun, segi tiga, garam mineram, kertas kerja, urus setia Kata majmuk kiasan anak emas, ada hati cari jalan, harga diri, kepala batu, makan suap, kera sumbang Kata majmuk yang telah mantap antarabangsa, kakitangan, warganegara, olahraga, matahari, setiausaha, tandatangan Konsep sintaksis Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Bidang ilmu bahasa ini mengkaji proses pembinaan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam aya AYAT KLAUSA FRASA KATA Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja
  • 8. mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk ‘ Sintaksis Bahasa Melayu ‘ ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. “Kesalahan bahasa merujuk kepada bentuk bahasa yang binaannya menyalahi peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini berlaku mungkin kerana kealpaan, ketidakfahaman atau kejahilan pengguna terhadap peraturan atau tatabahasa yang dipelajarinya atau yang dituturkannya." - Ahmad Khair Mohd Nor, dll., Tatabahasa Asas,Rawang:PersatuanPendidikanBahasaMelayuMalaysia(2012:522). Analisis Kesalahan Penggunaan Iimbuhan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang diimbuhkan pada kata dasar yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi bentuk-bentuk terikat seperti awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
  • 9. 1.) Kesalahan tatabahasa kerana pelajar kerana tidak mengimbuhkan kata kerja dasar. Sample 1 Kesalahan tatabahasa Aku berjanji memberikan khidmat yang terbaik... Ayat yang betul Aku berjanji memberikan perkhidmatan yang terbaik... Sample 2 Kesalahan tatabahasa Aku bentuk segi empat tepat. Ayat yang betul Aku berbentuk segi empat tepat. Sample 10 Kesalahan tatabahasa ...memancing ikan ialah gemar saya. Ayat yang betul ...memancing ikan ialah kegemaran saya. 2. Kesalahan dalam meletakkan imbuhan yang tidak bersesuaian dengan tujuan ayat. Imbuhan akhiran ..-kan pada perkataan harus ditambah untuk menjelaskan ayat. Sample 2 Kesalahan tatabahasa Mereka meletak makanan dan minuman ke dalam.... Ayat yang betul Mereka meletakkan makanan dan minuman ke dalam.... Sample 4 Kesalahan tatabahasa Aku berjanji memberi perkhidmatan... Ayat yang betul Aku berjanji memberikan perkhidmatan... 3. Kesalahan mengeja imbuhan Sample 9 Kesalahan tatabahasa Mereka memasukan makanan dan minuman ke dalam.... Ayat yang betul Mereka memasukkan makanan dan minuman ke dalam.... Sample 4 Kesalahan tatabahasa Saya berlajar dengan bersungguh-sungguh. Ayat yang betul Saya belajar dengan bersungguh-sungguh. Analisis Kesalahan Penggunaan Istilah 1. Istilah yang digunakan untuk menegaskan sesuatu adalah tidak bertepatan. Sample 2 Kesalahan tatabahasa Apabila aku tengah dibuat, aku dihantar... Ayat yang betul Apabila aku siap dibuat, aku dihantar... Sample 2 Kesalahan tatabahasa Beliau membawa aku dengan baik.
  • 10. Ayat yang betul Beliau menjaga aku dengan baik. Sample 9 Kesalahan tatabahasa Aku selalu bercakap dengan mereka. Ayat yang betul Aku selalu berbual-bual dengan mereka. 2. Penggunaanperkataan dalambahasaInggeris . Sample 4 Kesalahan tatabahasa Aku berbentuk rectangle. Ayat yang betul Aku berbentuk segi empat tepat. Sample 8 Kesalahan tatabahasa Gotong-royong diadakan pada 5 May 2019 yang lalu. Ayat yang betul Gotong-royong diadakan pada 5 Mei 2019 yang lalu. Sample 8 Kesalahan tatabahasa Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 11.00 a.m. Ayat yang betul Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 11.00 pagi. Analisis Kesalahan Penggunan Tanda Baca 1. Kesalahan tidak menggunakan tanda koma di pertengahan ayat. Sample 1: Analisi Kesalahan Penggunaan Kata Penyambunga Ayat / Kata Hubung Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor, 2006).
  • 11. Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan. Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara berasingan. pada pukul 1.00 tengahari pada pukul 1.00 tengah hari kami singah di bandaraya kami singgah di bandar raya. Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga, tentang dan lain-lain lagi a.) Kesalahan kerana menggunakan kata sendi nama ‘di’ bagi konteks yang bermaksud “arah tuju” atau “tempat sesuatu diletakkan”. memasukkan sayur mayur di dalm badan aku. memasukkan sayur-mayur ke dalam badan aku. b.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’ dan ‘pada’. Kata ‘di’ digunakan untuk tempat sahaja. Kata ‘pada’ digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Di setiap hujung minggu
  • 12. Pada setiap hujung minggu c.) Penggunaan kata sendi nama ‘akan’ dalam ayat. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan kata sendi ‘akan’. Dia amat sayang aku Dia amat sayang akan aku d.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada pula menunjukkan punca sesuatu perkara. Cara a. Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah. Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu dikuasai terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila menimba ilmu yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian ciri dalam kalangan murid. Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran tatabahasa dengan cepat dan ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan pengajaran yang mengikut aras tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara adil dan saksama. b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dapat memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan kefahaman yang cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu murid dalam penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap kuliah yang diberikan oleh guru. c. Memberikan latih tubi
  • 13. Tidak dapat dinafikan lagi, untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid, latih tubi sejak dari dahulu mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan. Ia melibatkan pengulangan sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar dapat mencapai objekif pembelajaran. Latih tubi membantu murid untuk mengekalkan ingatan terhadap aspek tatabahasa yang dipelajari. Selain itu, murid dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam pembelajaran tatabahasa. d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlulah jelas dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir dalam profesionnya agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam kalangan murid. Guru perlu peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah unsur yang sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman. e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan yang digunakan. Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman terhadap hukum tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa Malaysia. Sebagai contoh perkataan ‘perang’. Untuk kata sifat, ‘perang’ bermaksud warna dan disebut secara ‘e- taling’. Manakala untuk kata kerja, ‘perang’ bermaksud suatu perlakuan yang melibatkan pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan disebut secara ‘e-pepet’. Oleh itu, guru perlu membantu murid memahami aspek sedemikan untuk mengelakkan kekeliruan. Selain itu, murid juga harus memahami cara penggunaan ayat dalam konteks yang berlainan contohnya dalam aspek penulisan. Murid haruslah dapat membezakan format dan gaya bahasa penulisan karangan fakta dengan keperihalan. Justeru, sebagai guru, kita haruslah membantu murid untuk mengatasi permasalahan tersebut dan usaha itu adalah secara berterusan kerana manusia mudah lupa. Pelbagai cara yang boleh dilaksanakan dalam menambahbaik masalah aspek tatabahasa yang dihadapi oleh murid. 1. Latih-tubi Teknik ini merupakan teknik tradisional namun keberkesannnya diakui sehingga hari ini. Tidak kira dalam subjek apa sekali pun, latih tubi sentiasa diaplikasikan untuk
  • 14. mengukuhkan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Sebagai contoh, murid kerap kali menulis perkataan seperti ‘dimana, di perbuat’. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu set latih tubi yang mengkategorikan penggunaan ‘di’ dengan tepat. 2. Pameran berfokus aspek tatabahasa Ini merupakan inisiatif guru itu sendiri. Pembelajaran tatabahasa bukan sahaja berlaku di dalam kelas malah di luar kelas. Guru akan menyediakan satu pameran berfokus yang menitikberatkan penggunaan tatabahasa dengan betul dan tepat. Sebagai contoh, guru akan menyenaraikan penggunaan tatabahasa yang salah dan membandingkan dengan penggunaan tatabahasa yang tepat. Oleh itu, semua murid dan guru di sekolah mendapat info tentang penggunaan tatabahasa yang tepat. 3. Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Sesetengah murid berpendapat, pembelajaran tatabahasa itu membosankan apatah lagi jika guru hanya menyampaikan pengajaran secara deduktif. Guru perlulah kreatif dan bijak merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, melibatkan aktiviti permainan bahasa, projek bahasa dan kuiz bahasa dalam sesi pengajaran. 4. Penggunaan bahasa standard. Murid-murid sering kali menuturkan bahasa melayu yang tidak standard. Adakalanya, mereka menggabungkan bahasa melayu dengan bahasa kebiasaan (bahasa pasar). Sebagai contoh, apabila murid meminta izin pergi ke tandas, segelintir murid mengatakan sedemikian : “Cikgu, tandas”. (Salah) “Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas”. (Betul) Terdapat juga murid yang segan menuturkan bahasa standard sesama mereka atau dengan guru. Oleh yang demikian, guru haruslah menjadi contoh atau role model terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh guru sudah pastinya akan diikuti oleh murid.
  • 15. Penutup Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran ini. Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni. Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari. Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci. Morfologi berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan. Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.