SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK
Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam
1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat)
– Asmah Haji Omar
2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu – Abdullah Hassan
NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)
KUMPULAN UPSI 06
A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEK. REN., KOHORT 3
SEM 1, SESI 2013/2014
PENSYARAH
DR. IDRIS BIN MOHD RADZI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 KATA ADJEKTIF 2
1.1.1 CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF 2 - 6
2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR
EDISI KE EMPAT 6
2.1 DEFINISI 6 - 9
2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 9
2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS
DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN 9 - 10
3.0 ABDULLAH HASSAN - SIRI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 10
3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 10 - 16
4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 16 - 19
5.0 PENUTUP 19 - 20
RUJUKAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1
1.0 PENGENALAN
Bahasa digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Manusia berkomunikasi dengan
pelbagai cara. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari dan difahami.
Bahasa Melayu mempunyai morfologi dan sintaksis yang mudah dan ringkas.Bahasa
merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan makna yang ingin
disampaikan. Perkataan bermakna dan ayat digunakan dalam komunikasi.Perkataan yang
digunakan boleh terbina secara semula jadi sebagai satu perkataan atau dibina dengan
mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan
berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Gabungan perkataan – perkataan ini akan
menghasilkan pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.Setiap
perkataan pastinya mempunyai makna. Bahasa adalah hak atau kepunyaan setiap masyarakat
yang menuturkannya. Semakin besar jumlah atau bilangan penuturnya, semakin luaslah
daerah penguasaan dan penyebaran bahasa itu. Secara tidak langsung akan wujud atau berlaku
banyak perbezaan dari segi penggunaannya. Dalam hal ini, menurut Nik Safiah Karim et al
(1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan
morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan
adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
2
1.1 KATA ADJEKTIF
Kata adjektif umumnya dikenali sebagai kata sifat, Perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata
adjektif atau beberapa perkataan yang terdapat kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang
lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan
daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata
penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam sesuatu ayat
berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
(Nik Safiah Karim et.al 2004)
Terdapat juga ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata
kerja, iaitu kata kerja yang berkaitan dengan keadaan. Ini kerana kata adjektif itu akan
menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan. Kata kerja adjektif juga dapat
menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan
ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai
golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan
kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara. Pendeta
Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)
1.1.1Ciri-ciri kata Adjektif.
Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam menentukan
kata sifat yang perlu difahami.
a)Kata adjektif sebagai penerang kata nama.
Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam
fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam keadaan ini kata adjektif hadir
selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu.
Contohnya;
-udara nyaman
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
3
-lelaki tampan
-kanak-kanak yang pintar.
Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi sebagai
penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau selepas kata hubung relatif
yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan kata bantu.
b)Fungsi predikat.
Kata adjektif juga boleh berfungsi sebagai predikat iaitu pelengkap kepada subjek.Contohnya
i.Abang sulung saya rajin.
Abang sulung saya ( subjek) dan rajin ( predikat)
ii.Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali.
Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat)
c)Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat.
Kata penguat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat
hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh penguat hadapan ialah
terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas pula ialah agak , sungguh dan amat.
Manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi
penanda bagi mengenal pasti kata adjektif .
d)Kata adjektif boleh dibuat perbandingan.
Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau
perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh dilakukan dengan
menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif atau menggandingkan perkataan
sama dengan kata adjektif seperti dalam contoh ayat yang diberikan.
1.Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu.
2.Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
4
Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau digandingkan
kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan perbandingan. Contohnya;
1.Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain.
2.Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu.
3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia.
e)Imbuhan se- dan ter-
Setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya.
Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se dan ter. Imbuhan
se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini
dapat menunjukkan perbandingan (mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter.
Contohnya;
PerkataanImbuhan Kata terbitan
baik se sebaik
ter terbaik
luas se seluas
ter terluas
mahal se semahal
ter termahal
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
5
f)Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa
Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya terdiri daripada
kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai
penerang atau predikat lazimnya merupakan kata dasar.Contohnya:
Zaman awal
Perkara aneh
Pemimpin bijak.
Contoh ayat;
- Makanan di restoran itu enak sekali.
- Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya.
 Pangkat-pangkat adjektif
Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:
 Pangkat biasa
Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:
 Baju dia cantik.
 Buah betik itu manis.
 Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:
 Tenaganya sekuat Badang.
 Buah jambu itu semanis gula.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
6
 Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh:
 Cuaca hari ini sangat mendung.
 Buah rambutan ini terlalu masak.
 Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:
 Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
 Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT
2.1 DEFINISI
Kata sifat adalah kata dari golongan kata karyaan. Fungsinya dalam sesuatu ayat mempunyai
persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak diikuti atau mengambil
objek. Ada beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai
penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja
tidak.
 Kata Sifat Tabii
Kata sifat tabii pula lebih memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat
atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan
sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada
subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )
 Kata Sifat Warna
Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah
berdiri sebagai unsur adverva.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
7
 Kata Sifat Ukuran
Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.
Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz
atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran
saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak
dapat berdiri sebagai adverva.
 Kata Sifat Bentuk
Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada benda bernyawa atau tidak bernyawa
yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat
bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.
 Kata Sifat Indera
Menerangkan akan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah
satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;
i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )
ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )
iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )
iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )
v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )
Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian
dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;
a) Dia menyanyi dengan merdunya.
b) Dia masuk dengan senyap-senyap.
Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya.
- Dia bertutur dengan manisnya.
Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap
tidak betul.
- Dia bercakap dengan tawarnya.
Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai
bahagian daripada adverva gaya. Contohnya:
- Projek ini berjalan dengan licinnya.
- Mereka bercakap dengan kasar sekali.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
8
Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya;
- Dia bercakap dengan menggerutu sekali
- Dia bercakap dengan lembiknya.
Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.
 Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera.
Contoh;
- tenteram ( gabungan pandang, dengar dan pandang )
- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )
- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
Kata sifat gabungan indera merupakan satu perkataan yang mengandungi lebih
daripada dua indera.
 Kata Sifat Waktu
Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan
sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera.
Perkataan –perkataan ini berkait rapat dengan waktu atau masa.
 Kata Sifat Jarak
Menerangkan mengenai jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu
adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh;
- Orang jauh sudah pun tiba.
- Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.
 Kata Sifat Kecepatan
Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan.
- Dia berjalan cepat.
- Dia bergerak lambat.
 Kata Sifat Kuasa Tenaga
Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya.
- Dia menggertak kuat-kuat.
- Dia berdiri dengan tegapnya.
- Sungai mengalir lesu.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
9
 Kata Sifat Taraf
Merujuk kepada taraf kedudukan atau tahap pengiktirafan seseorang dalam masyarakat
meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan
sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya.
2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS
 Bentuk kata sifat
Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.
Bentuk akar
Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.
Bentuk berlapis
Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil
dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se.
2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN
PINJAMAN
Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti;
Pro-, anti- ,
Dalam sistem bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai
kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti
ayat contoh berikut;
- Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan
yang baru dipilih..
- Prokerajaan menang dalam peperangan itu.
-iah
Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah, rohaniah dan akaliah.
-isme
Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat
akhiran. Contohnya;
- Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol.
- Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
10
-wi
Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan
akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi
–is.
-is digunakan pada penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan
digunakan diakhiran. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda
Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya;
Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Geographical
Economical
Phonological
Geografis
Ekonomis
Fonologis
3.0 ABDULLAH HASSAN
SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993),
Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif.
Tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.
3.1 Awalan Kata Adjektif
Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-,
se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan - em-.
Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di atas
tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan –an,
imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini
dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.
Jadual : rajah Binaan kata adjektif
Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran
teR-
peN-
ke- -el-
se- er- -an
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
11
meN- -em
beR-
peR-
Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:
teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.
Awalan teR-
Bentuk awalan teR-
Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam
awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:
teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik
Fungsi Awalan teR-
menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah
sesuatu kata terbitan tersebut.
Makna Awalan teR-
Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.
Contoh:
a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ )
b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )
c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap )
Awalan peN-
Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peN-
juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa
adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.
Bentuk Awalan peN-
Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-
bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya.
Fungsi Awalan peN-
Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan
kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat
fungsinya dalam frasa nama.
Makna Awalan peN-
Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata
dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
12
pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat
Awalan ke-
Awalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.
Bentuk Awalan ke-
Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan
oleh kata dasar.
Fungsi awalan ke-
Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.
Makna awalan ke-
Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.
a. Menunjukkan keadaan
hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang
b. Bilangan atau giliran
dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta
Awalan beR-
Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.
Bentuk Awalan beR-
Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.
Fungsi Awalan beR-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang
berfungsi sebagai adjektif.
Makna Awalan ber-
Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang
wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;
a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’
b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’
c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’
Awalan meN-
Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun
awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan
yang berfungsi sebagai kata adjektif.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
13
Bentuk Awalan meN-
Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,
meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya.
Fungsi awalan meN-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Awalan meN-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,
meluas dan berlarutan, contohnya:
kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang
Awalan se-
Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat
digunakan sebagai kata adjektif.
Bentuk Awalan se-
Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan
yang menjadi pangkal kata dasar.
Fungsi Awalan se-
Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.
Makna Awalan se-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang
asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.
Contohnya;
kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil
Awalan pada di- pada Diraja
Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan
ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya
difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.
Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,
Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.
Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna
‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445).
Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya
‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’. Apabila
imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya,
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
14
maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah
adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )
Akhiran Kata Adjektif
Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama
juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran -
an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa
Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga
membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam
egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian
akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.
Bentuk Akhiran –an
Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada
sebarang kata dasar.
Fungsi Akhiran -an
Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan
akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan
sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak
digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif
saja. Contohnya;
duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )
Apitan
Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.
Imbuhan beR- ... –an
Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Bentuk Apitan ber- .... –an
Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan
yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.
Fungsi Apitan beR- ... –an
Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR-
... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Apitan beR- .. –an
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
15
Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata
nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :
hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )
jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )
kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )
Apitan ke- -- - an
Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang
berfungsi bagi menerangkan kata nama.
Bentuk Apitan ke- .... –an
Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi
pangkal kata dasarnya.
Fungsi Apitan ke- ... –an
Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama
yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi
sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.
Makna Apitan ke- .. –an
Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai
sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi
kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:
Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.
Apitan peR- ... – an
Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.
Bentuk Apitan peR- .... –an
Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini
adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.
Fungsi Apitan peR- ... –an
Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu
menerangkan sifat kata nama.
Makna Apitan peR- .. –an
Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.
Contohnya:
hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )
tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
16
Sisipan
Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan
pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.
Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em- adalah
tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.
Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif
yang memberi sifat pada kata nama.
Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang
terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada
kata nama. Contohnya:
sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,
serbak .... semerbak ( bau semerbak )
gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )
4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993)
Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif
dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu
persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk
bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan
tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan
di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada
makna asal.
Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat
sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
17
laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang
boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai
subjek disebut sifat ragam nama.
Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @
kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun
yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah
kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-
jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di
belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja
dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat.
Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan
perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang
diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku
yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari
kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan
darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang
berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur
penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:
Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Kakaknya sangat pandai.
2. Markahnya rendah.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Perangainya tentu baik.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Warna bajunya kemerah-merahan.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
18
7. Perusahaan itu paling besar sekali.
8. Suara penyanyi itu merdu.
9. Malam ini gelap benar.
10. Pejabatnya jauh dari sini.
(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:
Subjek Predikat
Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )
11 Dia
12 Mereka
13 Kanak-kanak itu
14 Jirannya
15 Jalan itu
berjalan sangat cepat
pulang segera
tidur sungguh nyenyak
datang terlalu kerap
menurun amat curam
(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:
Subjek Predikat
Frasa Nama Penerang
16 Dia
17 Harimau
18 Pak Lutfi
19 Asam pedas
20 Bas ekspres
budak pandai.
binatang liar.
orang kaya.
masakan asli.
kenderaan cepat.
Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan
yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakangnya.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
19
Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat
- sangat pandai -
- Terlalu nakal -
sudah besar -
belum tua -
- malas benar
- jahat betul
- baik Amat
masih kecil Amat
- cantik Sekali
- ganas -
Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula
terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:
(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan
5.0 PENUTUP
Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa, setiap perbezaan aliran yang
dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang
dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif
dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun
terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun
pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian
penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar
memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah
Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang
mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata
dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek
ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
20
Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan
aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan
berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria
sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya
daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta
menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh
dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga
dengan bahasa mereka.
Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata
penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir
di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau
kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat
Tatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam
konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting
kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna
pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula
dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan
penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam
segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-
sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan
Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 1
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
Kriteria Penggolongan Kata
Golongankata
kata nama
kata nama
am
kata nama
khas
kata kerja
kata kerja tak
transitif
kata kerja
transitif
kata adjektif
sifatan
warna
pancaindera
bentuk
ukuran
perasaan
cara
waktu
jarak
kata tugas
penyambung
ayat
prakluasa
prafrasa&
pascafrasa
pascakata
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 2
Binaan frasa adjektif
Binaanfrasa adjektif
Binaansatu
perkataan
Binaandua
perkataan
Kata adjektif+ Kata
adjektif
Dua kata adjektif
yang menerangkan
keserasian makna
Dua kata adjektif
yang menerangkan
makna berlawanan
kata adjektif+ Kata
nama
Frasa adjektifyang
membawa maksud
keserupaan
Frasa adjektifyang
membawa maksud
kiasan

More Related Content

What's hot

Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Ahmad NazRi
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
fitri norlida
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
IPG
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Sharmilah Mimi
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
Hafizzudin Zainudin
 

What's hot (20)

ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayuTatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
Tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Polisemi
PolisemiPolisemi
Polisemi
 
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa MelayuAnalisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
Analisis Perbezaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
Prinsip Kerjasama Grice (Semantik & Pragmatik)
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 

Viewers also liked (8)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata Adjektif
Kata AdjektifKata Adjektif
Kata Adjektif
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Kata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektifKata penguat kata adjektif
Kata penguat kata adjektif
 

Similar to Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
darminladiro
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
maee68
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
Darwis Maulana
 
Full asgment morfologi group
Full asgment morfologi groupFull asgment morfologi group
Full asgment morfologi group
Nur Khairani
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Norhayati Muhamad
 
Proposal linguistik
Proposal linguistikProposal linguistik
Proposal linguistik
Yeti Dwi
 

Similar to Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif) (20)

A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
 
5 peristilahan
5 peristilahan5 peristilahan
5 peristilahan
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxBahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
 
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa IndonesiaMakalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
Makalah Semantik dan Sintaksis dalam Bahasa Indonesia
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Morfofonemik
MorfofonemikMorfofonemik
Morfofonemik
 
Diksi dan arti
Diksi dan artiDiksi dan arti
Diksi dan arti
 
Artikel
ArtikelArtikel
Artikel
 
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan KomunikasiTugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
 
Full asgment morfologi group
Full asgment morfologi groupFull asgment morfologi group
Full asgment morfologi group
 
Tugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deliTugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deli
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
 
Morfologi 2 april-2019 isi
Morfologi 2 april-2019 isiMorfologi 2 april-2019 isi
Morfologi 2 april-2019 isi
 
Proposal linguistik
Proposal linguistikProposal linguistik
Proposal linguistik
 
Ragam frasa verba
Ragam frasa verbaRagam frasa verba
Ragam frasa verba
 
Ciri Kebahasaan Bahasa Indonesia Keilmuan Ragam Formal
Ciri Kebahasaan Bahasa Indonesia Keilmuan Ragam FormalCiri Kebahasaan Bahasa Indonesia Keilmuan Ragam Formal
Ciri Kebahasaan Bahasa Indonesia Keilmuan Ragam Formal
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 

Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)

  • 1. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam 1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Abdullah Hassan NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH DR. IDRIS BIN MOHD RADZI FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
  • 2. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 1.1 KATA ADJEKTIF 2 1.1.1 CIRI-CIRI KATA ADJEKTIF 2 - 6 2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR EDISI KE EMPAT 6 2.1 DEFINISI 6 - 9 2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 9 2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN 9 - 10 3.0 ABDULLAH HASSAN - SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 10 3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 10 - 16 4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 16 - 19 5.0 PENUTUP 19 - 20 RUJUKAN LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2
  • 3. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1 1.0 PENGENALAN Bahasa digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi.Manusia berkomunikasi dengan pelbagai cara. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Bahasa Melayu mempunyai morfologi dan sintaksis yang mudah dan ringkas.Bahasa merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk menyatakan makna yang ingin disampaikan. Perkataan bermakna dan ayat digunakan dalam komunikasi.Perkataan yang digunakan boleh terbina secara semula jadi sebagai satu perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Gabungan perkataan – perkataan ini akan menghasilkan pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan maklumat dan penerangan.Setiap perkataan pastinya mempunyai makna. Bahasa adalah hak atau kepunyaan setiap masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah atau bilangan penuturnya, semakin luaslah daerah penguasaan dan penyebaran bahasa itu. Secara tidak langsung akan wujud atau berlaku banyak perbezaan dari segi penggunaannya. Dalam hal ini, menurut Nik Safiah Karim et al (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.
  • 4. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 2 1.1 KATA ADJEKTIF Kata adjektif umumnya dikenali sebagai kata sifat, Perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa atau ayat adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang terdapat kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam sesuatu ayat berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. (Nik Safiah Karim et.al 2004) Terdapat juga ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja, iaitu kata kerja yang berkaitan dengan keadaan. Ini kerana kata adjektif itu akan menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu keadaan. Kata kerja adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008) 1.1.1Ciri-ciri kata Adjektif. Menurut Ahmad Khair dan Norliza Hj Jamaludin ,terdapat enam kriteria dalam menentukan kata sifat yang perlu difahami. a)Kata adjektif sebagai penerang kata nama. Ciri utama dalam kata sifat adalah kata adjektif berfungsi sebagai penerang kata nama. Dalam fungsi ini kata adjektif lazimnya hadir dalan frasa nama. Dalam keadaan ini kata adjektif hadir selepas kata nama inti atau selepas kata hubung relatif yang atau selepas kata bantu. Contohnya; -udara nyaman
  • 5. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 3 -lelaki tampan -kanak-kanak yang pintar. Dalam contoh ayat yang diberi dapatlah kita fahamkan kata adjektif berfungsi sebagai penerang nama apabila kata adjektif hadir selepas kata nama atau selepas kata hubung relatif yang dan juga hadir selepas kata relatif yang dan kata bantu. b)Fungsi predikat. Kata adjektif juga boleh berfungsi sebagai predikat iaitu pelengkap kepada subjek.Contohnya i.Abang sulung saya rajin. Abang sulung saya ( subjek) dan rajin ( predikat) ii.Sambutan hari kemerdekaan meriah sekali. Sambutan hari kemerdekaa ( subjek) dan meriah sekali ( predikat) c)Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata penguat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kata penguat hadapan , kata penguat bebas dan kata penguat belakang. Contoh penguat hadapan ialah terlalu, paling, makin dan kurang. Kata penguat bebas pula ialah agak , sungguh dan amat. Manakala kata penguat belakang ialah betul, sekali,benar dan nian. Kata penguat menjadi penanda bagi mengenal pasti kata adjektif . d)Kata adjektif boleh dibuat perbandingan. Perbandingan kata adjektif dapat dilakukan sama ada perbandingan yang sama tara atau perbandingan yang tidak setara . Perbandingan sama tara boleh dilakukan dengan menggandingkan imbuhan se bersama-sama kata adjektif atau menggandingkan perkataan sama dengan kata adjektif seperti dalam contoh ayat yang diberikan. 1.Hubungan mereka berdua tidak semesra dahulu. 2.Perumahan di kawasan ini sama cantik perumahan di Taiping.
  • 6. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 4 Perbandingan tidak setara pula menggunakan perkataan lebih dan kurang atau digandingkan kata adjektif dengan imbuhan ter bersama bagi melakukan perbandingan. Contohnya; 1.Anak bongsunya lebih manja berbanding anak-anak yang lain. 2.Rumah barunya kurang selesa berbanding rumah lamanya dahulu. 3. Wanita itu merupakan pelakon terkenal di Malaysia. e)Imbuhan se- dan ter- Setiap golongan kata mempunyai imbuhan tertentu yang menjadi penanda bagi golongannya. Bagi kata adjektif penanda golongannya dapat dilihat menerusi imbuhan se dan ter. Imbuhan se dan ter ini menunjukkan perbandingan dan darjah kepalinagan. Kedua-dua imbuhan ini dapat menunjukkan perbandingan (mimbuhan se) atau darjah kepalingan imbuhan ter. Contohnya; PerkataanImbuhan Kata terbitan baik se sebaik ter terbaik luas se seluas ter terluas mahal se semahal ter termahal
  • 7. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 5 f)Kata adjektif sebagai kata dasar dalam frasa Kata adjektif yang hadir dalam binaan frasa atau klausa atau ayat lazimnya terdiri daripada kata dasar ( Norliza Jamaludin, 2011) Kata adjektif yang menjalankan fungsi sebagai penerang atau predikat lazimnya merupakan kata dasar.Contohnya: Zaman awal Perkara aneh Pemimpin bijak. Contoh ayat; - Makanan di restoran itu enak sekali. - Kakak sulungnya tidak cerewek dalam memilih pakaiannya.  Pangkat-pangkat adjektif Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:  Pangkat biasa Ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:  Baju dia cantik.  Buah betik itu manis.  Pangkat perbandingan Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:  Tenaganya sekuat Badang.  Buah jambu itu semanis gula.
  • 8. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 6  Pangkat menyangat Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:  Cuaca hari ini sangat mendung.  Buah rambutan ini terlalu masak.  Pangkat penghabisan Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:  Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.  Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. 2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT 2.1 DEFINISI Kata sifat adalah kata dari golongan kata karyaan. Fungsinya dalam sesuatu ayat mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak diikuti atau mengambil objek. Ada beberapa perbezaan ketara antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak.  Kata Sifat Tabii Kata sifat tabii pula lebih memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )  Kata Sifat Warna Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah berdiri sebagai unsur adverva.
  • 9. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 7  Kata Sifat Ukuran Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga seperti kata sifat warna iaitu tidak dapat berdiri sebagai adverva.  Kata Sifat Bentuk Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri pada benda bernyawa atau tidak bernyawa yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.  Kata Sifat Indera Menerangkan akan ciri-ciri sesuatu perkara berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh; i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat ) ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan ) iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar ) iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik ) v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu ) Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya; a) Dia menyanyi dengan merdunya. b) Dia masuk dengan senyap-senyap. Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya. - Dia bertutur dengan manisnya. Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap tidak betul. - Dia bercakap dengan tawarnya. Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai bahagian daripada adverva gaya. Contohnya: - Projek ini berjalan dengan licinnya. - Mereka bercakap dengan kasar sekali.
  • 10. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 8 Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya; - Dia bercakap dengan menggerutu sekali - Dia bercakap dengan lembiknya. Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.  Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera. Contoh; - tenteram ( gabungan pandang, dengar dan pandang ) - selesa ( gabungan sentuh dan pandang ) - bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau ) - kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau ) Kata sifat gabungan indera merupakan satu perkataan yang mengandungi lebih daripada dua indera.  Kata Sifat Waktu Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera. Perkataan –perkataan ini berkait rapat dengan waktu atau masa.  Kata Sifat Jarak Menerangkan mengenai jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh; - Orang jauh sudah pun tiba. - Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.  Kata Sifat Kecepatan Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan. - Dia berjalan cepat. - Dia bergerak lambat.  Kata Sifat Kuasa Tenaga Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya. - Dia menggertak kuat-kuat. - Dia berdiri dengan tegapnya. - Sungai mengalir lesu.
  • 11. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 9  Kata Sifat Taraf Merujuk kepada taraf kedudukan atau tahap pengiktirafan seseorang dalam masyarakat meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya. 2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS  Bentuk kata sifat Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan. Bentuk akar Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan. Bentuk berlapis Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se. 2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti; Pro-, anti- , Dalam sistem bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti ayat contoh berikut; - Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan yang baru dipilih.. - Prokerajaan menang dalam peperangan itu. -iah Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah, rohaniah dan akaliah. -isme Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat akhiran. Contohnya; - Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol. - Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.
  • 12. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 10 -wi Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi –is. -is digunakan pada penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan digunakan diakhiran. Perkataan ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya; Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia Geographical Economical Phonological Geografis Ekonomis Fonologis 3.0 ABDULLAH HASSAN SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993), Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif. 3.1 Awalan Kata Adjektif Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-, se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan - em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan –an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya. Jadual : rajah Binaan kata adjektif Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran teR- peN- ke- -el- se- er- -an
  • 13. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 11 meN- -em beR- peR- Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu: teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini. Awalan teR- Bentuk awalan teR- Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya: teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik Fungsi Awalan teR- menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah sesuatu kata terbitan tersebut. Makna Awalan teR- Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling. Contoh: a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ ) b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang ) c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap ) Awalan peN- Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peN- juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama. Bentuk Awalan peN- Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge- bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya. Fungsi Awalan peN- Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat fungsinya dalam frasa nama. Makna Awalan peN- Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;
  • 14. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 12 pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat Awalan ke- Awalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-. Bentuk Awalan ke- Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan oleh kata dasar. Fungsi awalan ke- Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama. Makna awalan ke- Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran. a. Menunjukkan keadaan hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang b. Bilangan atau giliran dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta Awalan beR- Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja. Bentuk Awalan beR- Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan. Fungsi Awalan beR- Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang berfungsi sebagai adjektif. Makna Awalan ber- Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya; a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’ b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’ c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’ Awalan meN- Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif.
  • 15. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 13 Bentuk Awalan meN- Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-, meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya. Fungsi awalan meN- Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif. Makna Awalan meN- Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar, meluas dan berlarutan, contohnya: kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang Awalan se- Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat digunakan sebagai kata adjektif. Bentuk Awalan se- Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan yang menjadi pangkal kata dasar. Fungsi Awalan se- Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva. Makna Awalan se- Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam. Contohnya; kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil Awalan pada di- pada Diraja Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif. Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah, Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja. Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna ‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445). Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya ‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’. Apabila imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya,
  • 16. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 14 maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h ) Akhiran Kata Adjektif Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran - an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif. Bentuk Akhiran –an Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada sebarang kata dasar. Fungsi Akhiran -an Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif saja. Contohnya; duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan ) Apitan Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif. Imbuhan beR- ... –an Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang berfungsi sebagai kata adjektif. Bentuk Apitan ber- .... –an Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja. Fungsi Apitan beR- ... –an Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR- ... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif. Makna Apitan beR- .. –an
  • 17. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 15 Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya : hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran ) jiran ----- berjiranan ( orang berjiran ) kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan ) Apitan ke- -- - an Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang berfungsi bagi menerangkan kata nama. Bentuk Apitan ke- .... –an Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi pangkal kata dasarnya. Fungsi Apitan ke- ... –an Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi sebagai kata kerja dan kata nama terbitan. Makna Apitan ke- .. –an Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya: Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran. Apitan peR- ... – an Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama. Bentuk Apitan peR- .... –an Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama. Fungsi Apitan peR- ... –an Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu menerangkan sifat kata nama. Makna Apitan peR- .. –an Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan. Contohnya: hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan ) tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )
  • 18. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 16 Sisipan Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif. Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em- Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em- adalah tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar. Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em- Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif yang memberi sifat pada kata nama. Makna Sisipan –el-, -er- dan –em- Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya: sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) , serbak .... semerbak ( bau semerbak ) gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang ) 4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal. Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah
  • 19. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 17 laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama. Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @ kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis- jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat. Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama. Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat: Subjek (FN) Predikat (FA) 1. Kakaknya sangat pandai. 2. Markahnya rendah. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Perangainya tentu baik. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Warna bajunya kemerah-merahan.
  • 20. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 18 7. Perusahaan itu paling besar sekali. 8. Suara penyanyi itu merdu. 9. Malam ini gelap benar. 10. Pejabatnya jauh dari sini. (ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat: Subjek Predikat Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif ) 11 Dia 12 Mereka 13 Kanak-kanak itu 14 Jirannya 15 Jalan itu berjalan sangat cepat pulang segera tidur sungguh nyenyak datang terlalu kerap menurun amat curam (iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang: Subjek Predikat Frasa Nama Penerang 16 Dia 17 Harimau 18 Pak Lutfi 19 Asam pedas 20 Bas ekspres budak pandai. binatang liar. orang kaya. masakan asli. kenderaan cepat. Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
  • 21. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 19 Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat - sangat pandai - - Terlalu nakal - sudah besar - belum tua - - malas benar - jahat betul - baik Amat masih kecil Amat - cantik Sekali - ganas - Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan 5.0 PENUTUP Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa, setiap perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
  • 22. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU 20 Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga dengan bahasa mereka. Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat Tatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama- sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
  • 23. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU RUJUKAN 1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. 3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 24. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LAMPIRAN 1 Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) Kriteria Penggolongan Kata Golongankata kata nama kata nama am kata nama khas kata kerja kata kerja tak transitif kata kerja transitif kata adjektif sifatan warna pancaindera bentuk ukuran perasaan cara waktu jarak kata tugas penyambung ayat prakluasa prafrasa& pascafrasa pascakata
  • 25. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU LAMPIRAN 2 Binaan frasa adjektif Binaanfrasa adjektif Binaansatu perkataan Binaandua perkataan Kata adjektif+ Kata adjektif Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna Dua kata adjektif yang menerangkan makna berlawanan kata adjektif+ Kata nama Frasa adjektifyang membawa maksud keserupaan Frasa adjektifyang membawa maksud kiasan