SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK
Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam
1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat)
– Asmah Haji Omar
2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu – Abdullah Hassan
3. Tatabahasa Bahasa Malaysia – Arbak Othman
NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613)
KUMPULAN UPSI 06
AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEK. REN., KOHORT 3
SEM 1, SESI 2013/2014
PENSYARAH
DR. IDRIS BIN MOHD RADZI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN 1
1.0 PENGENALAN 2
1.1 KATA ADJEKTIF 2
2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR 3
2.1 DEFINISI 3 – 6
2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6
2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6 - 7
DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN
3.0 ABDULLAH HASSAN
SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 7
3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 7 – 15
4.0 ARBAK OTHMAN – TATABAHASA BAHASA MALAYSIA 15
4.1 KATA SIFAT 15 – 21
5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 22 - 24
6.0 PENUTUP 24 - 25
RUJUKAN 26
LAMPIRAN 1 27
LAMPIRAN 2 28
1.0 PENGENALAN
Manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan. Perkataan boleh terbina
secara semula jadi sebagai perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada
perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah
perkataan baharu. Setap perkataan mempunyai makna. Bahasa adalah kepunyaan
masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah
penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi
penggunaannya. Menurut Nik Safiah Karim et al (1996), proses pembentukan kata dalam
sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi
bahasa itu.
Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu
Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
dan penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan
adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.
1.1 KATA ADJEKTIF
Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau
beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain
seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan
daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh
kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam ayat
berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. (Nik
Safiah Karim et.al 2004)
Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja,
iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu menyatakan keadaan. Kata kerja
adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah
2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai
golongan ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan
sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung
rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan
perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008)
2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT
2.1 DEFINISI
Kata sifat adalah golongan dari golongan kata karyaan. Fungsi dalam ayat mempunyai
persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak mengambil objek. Ada
beberapa perbezaan antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai penambahan sendiri.
Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak.
Kata Sifat Tabii
Kata sifat tabii memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau
perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan
sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan
kepada subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal )
Kata Sifat Warna
Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah
berdiri sebagai unsur adverva.
Kata Sifat Ukuran
Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak.
Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan
saiz atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat
ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga tidak dapat berdiri sebagai
adverva.
Kata Sifat Bentuk
Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri benda bernyawa atau tidak bernyawa yang
konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat
bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva.
Kata Sifat Indera
Menerangkan ciri-ciri sesuatu berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah satu
daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh;
i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat )
ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )
iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar )
iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik )
v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu )
Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau
bahagian dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya;
a) Dia menyanyi dengan merdunya.
b) Dia masuk dengan senyap-senyap.
Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya.
- Dia bertutur dengan manisnya.
Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap
tidak betul.
- Dia bercakap dengan tawarnya.
Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi
sebagai bahagian daripada adverva gaya. Contohnya:
- Projek ini berjalan dengan licinnya.
- Mereka bercakap dengan kasar sekali.
Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya;
- Dia bercakap dengan menggerutu sekali
- Dia bercakap dengan lembiknya.
Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya.
Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera. Contoh;
- tenteram ( gabungan dengar dan pandang )
- selesa ( gabungan sentuh dan pandang )
- bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
- kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau )
Kata Sifat Waktu
Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan
sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera.
Kata Sifat Jarak
Menerangkan jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu adalah
seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh;
- Orang jauh sudah pun tiba.
- Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.
Kata Sifat Kecepatan
Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan.
- Dia berjalan cepat.
- Dia bergerak lambat.
Kata Sifat Kuasa Tenaga
Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya.
- Dia menggertak kuat-kuat.
- Dia berdiri dengan tegapnya.
- Sungai mengalir lesu.
Kata Sifat Taraf
Merujuk kepada taraf seseorang dalam masyarakat meliputi aspek kebendaan atau bukan
kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan sebagainya. Kata sifat
subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya atau bahagian dari adverva
tersebut.
2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS
Bentuk kata sifat
Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan.
Bentuk akar
Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan.
Bentuk berlapis
Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat.
Terhasil dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se.
2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN
Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat
seperti;
Pro-, anti- ,
Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai kata
sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti ayat
contoh berikut;
- Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada
kerajaan.
- Prokerajaan menang dalam peperangan itu.
-iah
Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah dan akaliah.
-isme
Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat
akhiran. Contohnya;
- Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol.
- Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme.
-wi
Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan
akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi
–is.
-is adalah penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan digunakan
diakhiran. Pinjaman daripada bahasa Belanda Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical.
Contohnya;
Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Geographical
Economical
Phonological
Geografis
Ekonomis
Fonologis
3.0 ABDULLAH HASSAN
SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968,
1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada
kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.
3.1 Awalan Kata Adjektif
Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-,
se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan -
em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di
atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan
–an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini
dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya.
Jadual : rajah Binaan kata adjektif
Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran
teR-
peN-
ke- -el-
se- er- -an
meN- -em
beR-
peR-
Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu:
teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini.
Awalan teR-
Bentuk awalan teR-
Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam
awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya:
teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik
Fungsi Awalan teR-
menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan
darjah sesuatu kata terbitan tersebut.
Makna Awalan teR-
Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling.
Contoh:
a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ )
b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang )
c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap )
Awalan peN-
Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan
peN- juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti
frasa adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama.
Bentuk Awalan peN-
Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-
bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya.
Fungsi Awalan peN-
Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan
kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila
dilihat fungsinya dalam frasa nama.
Makna Awalan peN-
Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata
dalam kata dasar itu sendiri, contohnya;
pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat
Awalan ke-
Awalan ke- berlaku sebagaio awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata
adjektif. Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.
Bentuk Awalan ke-
Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan
oleh kata dasar.
Fungsi awalan ke-
Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.
Makna awalan ke-
Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.
a. Menunjukkan keadaan
hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang
b. Bilangan atau giliran
dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta
Awalan beR-
Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.
Bentuk Awalan beR-
Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.
Fungsi Awalan beR-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang
berfungsi sebagai adjektif.
Makna Awalan ber-
Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang
wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;
a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’
b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’
c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’
Awalan meN-
Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun
awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan
yang berfungsi sebagai kata adjektif.
Bentuk Awalan meN-
Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,
meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata
dasarnya.
Fungsi awalan meN-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Awalan meN-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,
meluas dan berlarutan, contohnya:
kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang
Awalan se-
Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat
digunakan sebagai kata adjektif.
Bentuk Awalan se-
Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang
konsonan yang menjadi pangkal kata dasar.
Fungsi Awalan se-
Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.
Makna Awalan se-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang
asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.
Contohnya;
kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil
Awalan pada di- pada Diraja
Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan
ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya
difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.
Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,
Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.
Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi
bermakna ‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335
& 445). Dalam bahasa sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam
adhivijaya ‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’.
Apabila imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan
meluasnya, maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di-
timbul setelah adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )
Akhiran Kata Adjektif
Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata
nama juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata
akhiran - an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru
tatabahasa Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981)
juga membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme
dalam egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam
bahagian akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.
Bentuk Akhiran –an
Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada
sebarang kata dasar.
Fungsi Akhiran -an
Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan
akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan
sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak
digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif
saja. Contohnya;
duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )
Apitan
Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.
Imbuhan beR- ... –an
Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Bentuk Apitan ber- .... –an
Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan
yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.
Fungsi Apitan beR- ... –an
Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini
beR- ... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Apitan beR- .. –an
Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata
nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :
hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )
jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )
kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )
Apitan ke- -- - an
Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang
berfungsi bagi menerangkan kata nama.
Bentuk Apitan ke- .... –an
Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi
pangkal kata dasarnya.
Fungsi Apitan ke- ... –an
Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama
yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi
sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.
Makna Apitan ke- .. –an
Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai
sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi
kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:
Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.
Apitan peR- ... – an
Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.
Bentuk Apitan peR- .... –an
Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini
adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.
Fungsi Apitan peR- ... –an
Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu
menerangkan sifat kata nama.
Makna Apitan peR- .. –an
Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.
Contohnya:
hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )
tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )
Sisipan
Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan
pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.
Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em-
adalah tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.
Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif
yang memberi sifat pada kata nama.
Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang
terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada
kata nama. Contohnya:
sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,
serbak .... semerbak ( bau semerbak )
gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )
5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan (
2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba
(1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah
Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002)
bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah
adjektif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah
berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara
bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk bebas ) disenyawakan dalam satu
binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika
diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana
penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan
daripada makna asal.
Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau
sifat sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat
dan tingkah laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau
kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek
ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat
mudah @ kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata
sifat mudah ataupun yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh
diperluaskan dengan menambah kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum
atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-jenisnya. Pengecaulian kata keterangan
darjah yang boleh berlaku di depan atau di belakangnya, kata keterangan jenis-jenis
yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja dalam rangkai kata predikat
sesuatu ayat.
Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan
perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra
yang diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat
mempunyai tingkahlaku yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu.
Cuma yang membezakannya dari kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat
itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah sebagai keterangannya,
sedangkan kata kerja tidak.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti
merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-
bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur
keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata
adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir
sesudah kata nama.
Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:
Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Kakaknya sangat pandai.
2. Markahnya rendah.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Perangainya tentu baik.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Warna bajunya kemerah-merahan.
7. Perusahaan itu paling besar sekali.
8. Suara penyanyi itu merdu.
9. Malam ini gelap benar.
10. Pejabatnya jauh dari sini.
(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:
Subjek Predikat
Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )
11 Dia
12 Mereka
13 Kanak-kanak itu
14 Jirannya
15 Jalan itu
berjalan sangat cepat
pulang segera
tidur sungguh nyenyak
datang terlalu kerap
menurun amat curam
(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:
Subjek Predikat
Frasa Nama Penerang
16 Dia
17 Harimau
18 Pak Lutfi
19 Asam pedas
20 Bas ekspres
budak pandai.
binatang liar.
orang kaya.
masakan asli.
kenderaan cepat.
Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan
perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama
ada di hadapan atau di belakangnya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat
- sangat pandai -
- Terlalu nakal -
sudah besar -
belum tua -
- malas benar
- jahat betul
- baik Amat
masih kecil Amat
- cantik Sekali
- ganas -
Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian
inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:
(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan
6.0 PENUTUP
Dapatlah disimpulkan bahawa, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti
oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang
seterusnya. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti
frasa adjektif dan disertai dengan kata penguat. Bagi AsmahHaji Omar dan Abdullah
Hassan walaupun terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi
asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang
dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang
diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar memerikan nahu mengikut unsur-unsur
dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah Hassan pula memerikan nahu
mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran
tagmemik. Arbak Othman pula kata sifat boleh berupa kata dasar atau kata sifat
terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata
sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
Jika kita mengambil satu pegagang atau rujukan terhadap sesuatu
tatabahasa, kita dapat mengesan alirannya. Hal ini cukup mudah keranan sebagai
contoh penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria
teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan
kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada
satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta
menerapkan ke atas bahasa aaamelayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta
tuntas yang boleh dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih
memahami dan berbangga dengan bahasa mereka.
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman
dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan
Bahasa Melayu Malaysia.
3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.
7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 

What's hot (20)

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Seloka
SelokaSeloka
Seloka
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Teori Nahu Tradisional
Teori Nahu TradisionalTeori Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional
 

Viewers also liked (13)

Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaSintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesia
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 

Similar to Morfologi Bahasa Melayu

Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)maee68
 
Ragam frasa verba
Ragam frasa verbaRagam frasa verba
Ragam frasa verbaDita Devi
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Assignement
AssignementAssignement
AssignementSJKCHAU
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarDedi Damhudi
 
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdfModul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdfwzg25129
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasakunmartih
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Hildadp
 
Tugas power point
Tugas power pointTugas power point
Tugas power pointMakarina
 
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxImyLasama
 
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptx
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptxMINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptx
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptxPeraWati12
 
Buku penghubung 2018
Buku penghubung 2018Buku penghubung 2018
Buku penghubung 2018Vania Aqil
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxJenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxZukét Printing
 

Similar to Morfologi Bahasa Melayu (20)

Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
 
Ragam frasa verba
Ragam frasa verbaRagam frasa verba
Ragam frasa verba
 
Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Assignement
AssignementAssignement
Assignement
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasar
 
Semantik makna
Semantik maknaSemantik makna
Semantik makna
 
Bm cik umar individu
Bm cik umar individuBm cik umar individu
Bm cik umar individu
 
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdfModul 2 MORFOLOGI.pdf
Modul 2 MORFOLOGI.pdf
 
Hakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtwsHakikat kata rrtrtrtrtws
Hakikat kata rrtrtrtrtws
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasa
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3
 
Tugas power point
Tugas power pointTugas power point
Tugas power point
 
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptxpower_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
power_point_bahasa_indonesia_kelompok_4.pptx
 
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptx
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptxMINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptx
MINGGU KE-3 (RAGAM BAHASA).pptx
 
Buku penghubung 2018
Buku penghubung 2018Buku penghubung 2018
Buku penghubung 2018
 
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docxJenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
Jenis Kata dan Klasifikasi Kata.docx
 

Recently uploaded

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 

Recently uploaded (20)

LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 

Morfologi Bahasa Melayu

  • 1. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam 1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Abdullah Hassan 3. Tatabahasa Bahasa Malaysia – Arbak Othman NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 AT05 : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH DR. IDRIS BIN MOHD RADZI FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
  • 2. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT ISI KANDUNGAN 1 1.0 PENGENALAN 2 1.1 KATA ADJEKTIF 2 2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR 3 2.1 DEFINISI 3 – 6 2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6 2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS 6 - 7 DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN 3.0 ABDULLAH HASSAN SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 7 3.1 AWALAN KATA ADJEKTIF 7 – 15 4.0 ARBAK OTHMAN – TATABAHASA BAHASA MALAYSIA 15 4.1 KATA SIFAT 15 – 21 5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN 22 - 24 6.0 PENUTUP 24 - 25 RUJUKAN 26 LAMPIRAN 1 27 LAMPIRAN 2 28
  • 3. 1.0 PENGENALAN Manusia berkomunikasi dengan menggunakan perkataan. Perkataan boleh terbina secara semula jadi sebagai perkataan atau dibina dengan mencantum imbuhan kepada perkataan lain atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan menjadi sebuah perkataan baharu. Setap perkataan mempunyai makna. Bahasa adalah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Menurut Nik Safiah Karim et al (1996), proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am, 2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. 1.1 KATA ADJEKTIF Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat, perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandung kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif dapat dikenalpasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sungguh, terlalu, sekali dan sangat. Kata adjektif dalam ayat berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama. (Nik Safiah Karim et.al 2004)
  • 4. Ada ahli bahasa yang menganggap golongan kata adjektif itu sebagai kata kerja, iaitu kata kerja keadaan. Ini adalah kerana kata adjektif itu menyatakan keadaan. Kata kerja adjektif juga dapat menerima imbuhan dan kata bantu sama seperti kata kerja (Abdullah 2008). Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kata adjektif dianggap sebagai golongan ketiga. Manakala dalam buku Tatabahasa Pedagogi, kata adjektif disenaraikan sebagai golongan kedua selepas kata nama. Ini dilakukan kerana kata adjektif berhubung rapat dengan kata nama. Kata adjektif memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara. Pendeta Z’aba menggunakan istilah sifat nama untuk kata adjektif. (Abdullah 2008) 2.0 ASMAH HAJI OMAR – NAHU MELAYU MUTAKHIR, EDISI KEEMPAT 2.1 DEFINISI Kata sifat adalah golongan dari golongan kata karyaan. Fungsi dalam ayat mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif dan kedua-duanya tidak mengambil objek. Ada beberapa perbezaan antara kedua-duanya iaitu kata sifat mempunyai penambahan sendiri. Kata sifat boleh memasuki skala perbandingan sedangkan kata kerja tidak. Kata Sifat Tabii Kata sifat tabii memberi pencirian kepada kualiti tertentu yang ada pada tabiat atau perangai manusia. Kata sifat tersebut adalah baik, jahat, nakal, tertib, kasar dan sebagainya. Ada yang berfungsi sebagai adverva. Kata sifat tabii boleh dibahagikan kepada subgolongan positif ( baik, tertib ) dan subgolongan negatif ( jahat, nakal ) Kata Sifat Warna Warna boleh berfungsi sebagai kata nama dan juga kata sifat. Kata sifat warna tidak pernah berdiri sebagai unsur adverva. Kata Sifat Ukuran Merujuk kepada ukuran benda bernyawa dan tidak bernyawa, konkrit atau abstrak. Contohnya besar, kecil, gemuk, panjang dan sebagainya. Sifat ukuran juga menerangkan saiz atau berat ringan sesuatu. Kita boleh membahagikan subgolongan ini kepada sifat ukuran saiz dan kata sifat ukuran kapasiti. Kata sifat ukuran juga tidak dapat berdiri sebagai adverva. Kata Sifat Bentuk Menerangkan tentang sesuatu bentuk atau ciri benda bernyawa atau tidak bernyawa yang konkrit. Contohnya, bulat, bundar, bujur, bengkok, lonjong dan sebagainya. Kata sifat bentuk tidak boleh berfungsi sebagai adverva atau sebagai unsur adverva. Kata Sifat Indera Menerangkan ciri-ciri sesuatu berdasarkan kesan yang diperolehi melalui salah satu daripada pancaindera rasa, sentuh, pandang, dengar, dan bau. Sebagai contoh; i. Kata sifat indera rasa ( sedap, lazat, manis, pahit, kelat ) ii. Kata sifat indera pandang ( cantik, hodoh, segak, ayu, tampan )
  • 5. iii. Kata sifat indera dengar ( merdu, mersik, bising, senyap, hingar ) iv. Kata sifat indera bau ( wangi, busuk, hapak, tengik ) v. Kata sifat indera sentuh ( kasar, halus, lembut, menggerutu ) Di antara kata sifat indera, subgolongan yang boleh berfungsi sebagai adverva atau bahagian dari adverva ialah kata sifat indera dengar, misalnya; a) Dia menyanyi dengan merdunya. b) Dia masuk dengan senyap-senyap. Sifat indera rasa hanya manis yang dapat berfungsi sebagai sebahagian dari adverva gaya. - Dia bertutur dengan manisnya. Kata sifat indera rasa yang lain tidak dapat memegang fungsi yang berkenaan dan dianggap tidak betul. - Dia bercakap dengan tawarnya. Kata sifat indera sentuh seperti kasar, halus, licin, keras dan lembut boleh berfungsi sebagai bahagian daripada adverva gaya. Contohnya: - Projek ini berjalan dengan licinnya. - Mereka bercakap dengan kasar sekali. Kata sifat menggerutu dan lembik tidak boleh berfungsi dalam frasa adverva. Contohnya; - Dia bercakap dengan menggerutu sekali - Dia bercakap dengan lembiknya. Kata sifat indera bau tidak ada langsung yang dapat befungsi dalam frasa adverva gaya. Kata Sifat Gabungan Indera yang mempunyai lebih daripada dua indera. Contoh; - tenteram ( gabungan dengar dan pandang ) - selesa ( gabungan sentuh dan pandang ) - bersih ( gabungan pandang, sentuh dan bau ) - kotor ( gabungan pandang, sentuh dan bau ) Kata Sifat Waktu Kata sifat waktu boleh diwakili oleh kata sifat seperti: lama, baru, segera dan sebagainya, dalam rangkai kata pula seperti : kawan lama, baju baru, susu segera. Kata Sifat Jarak Menerangkan jarak antara dua titik, penutur kepada yang dirujuknya. Kata-kata itu adalah seperti: jauh, dekat, hampir, nyaris. Ayat contoh; - Orang jauh sudah pun tiba. - Kami mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat.
  • 6. Kata Sifat Kecepatan Merujuk kepada daya cepatnya sesuatu gerak. Contohnya; lambat, laju, cepat, perlahan. - Dia berjalan cepat. - Dia bergerak lambat. Kata Sifat Kuasa Tenaga Kata sifat ini mewakili oleh kata-kata seperti segar, sihat, kuat, lemah, lesu dan sebagainya. - Dia menggertak kuat-kuat. - Dia berdiri dengan tegapnya. - Sungai mengalir lesu. Kata Sifat Taraf Merujuk kepada taraf seseorang dalam masyarakat meliputi aspek kebendaan atau bukan kebendaan. Contohnya ternama, terkenal, masyhur dan sebagainya. Kata sifat subgolongan ini tidak dapat berdiri sebagai adverva gaya atau bahagian dari adverva tersebut. 2.2 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS Bentuk kata sifat Kata sifat terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan gandaan. Bentuk akar Hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat sebarang penambahan. Bentuk berlapis Terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-kurangnnya satu morfem terikat. Terhasil dengan proses penambahan awalan seperti ter-, -ke dan –se. 2.3 PEMBENTUKAN KATA SIFAT BERLAPIS DENGAN PENAMBAHAN PINJAMAN Penambahan pinjaman yang digunakan dalam pembentukan kata kerja dan kata sifat seperti; Pro-, anti- , Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang ,mempunyai pro dan anti berfungsi sebagai kata sifat. Antikomunis dan prokerajaan boleh digunakan sebagai kata nama. Sebagai bukti ayat contoh berikut; - Antikomunis itu keluar beramai-ramai menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan. - Prokerajaan menang dalam peperangan itu. -iah Pinjaman bahasa Arab dan jumlahnya agak terbatas contohnya ilmiah dan akaliah. -isme
  • 7. Diambil daripada bahasa Eropah. Dalam Bahasa Malaysia ia memasuki golongan kata sifat akhiran. Contohnya; - Sikap Kelantanrismenya menonjol-nonjol. - Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh oleh fahaman komunisme. -wi Pinjaman daripada bahasa Arab berfungsi sebagai penggubah golongan. Pengimbuhan akhiran. Contohnya; duniawi, Romawi, sejarawi –is. -is adalah penghujung kata sahaja, oleh sebab telah menjadi kebiasaan, dan digunakan diakhiran. Pinjaman daripada bahasa Belanda Indonesia -isch dan bahasa Inggeris -ical. Contohnya; Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia Geographical Economical Phonological Geografis Ekonomis Fonologis 3.0 ABDULLAH HASSAN SIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif. 3.1 Awalan Kata Adjektif Ada beberapa imbuhan yng menghasilkan kata adjektif terbitan iaitu: teR-, pe-, ke-, se-, meN-, beR- di-, beR-... di-... –an. Pe-...-an, ke- ...-an, -an dan sisipan –el-, -er- dan - em-. Memang imbuhan-imbuhan ini ditemui dalam penerbitan kata nama dan kata kerja di atas tadi, dan kata adverva yang akan dibincnagkan kelak. Selain daripada teR-, peN- dan –an, imbuhan-imbuhan lain tidaklah produktif. Walau bagaimanapun imbuhan-imbuhan ini dibincangkan satu persatu bagi mengetahui proses dan potensinya. Jadual : rajah Binaan kata adjektif Awalan Dasar dan Sisipan Akhiran teR- peN- ke- -el- se- er- -an
  • 8. meN- -em beR- peR- Ada enam buah awalan yang menerbitkan kata adjektif iaitu: teR-, peN-, ke-, beR-, mem- dan di- yang dibaicangkan dalam bab ini. Awalan teR- Bentuk awalan teR- Boleh berlaku dalam bentuk ter- dan te-. Unsur R boleh menjadi r atau Ø. Bentuk R dalam awalan teR- ini adalah serupa sahaja denan bentuk R- dalam kata kerja. Contohnya: teR + besar = terbesar, teR + cantik = tercantik Fungsi Awalan teR- menerbitkan kata adjektif yang boleh digunakan bagi menjelaskan kualiti, keadaan dan darjah sesuatu kata terbitan tersebut. Makna Awalan teR- Membawa dua makna umum: keadaan perbandingan, keadaan kualiti dan keadaan paling. Contoh: a. Perbandingan ( besar ___ terbesar ‘lebih besar’, labuh ____ terlabuh ‘lebih labuh’ ) b. Keadaan Kualiti ( susun ___ tersusun, bentang ___ terbentang ) c. Keadaan Paling ( kenal ___ terkenal, sedap ____ tersedap ) Awalan peN- Awalan peN- juga wujud sebagai salah satu daripada imbuhan kata nama, tetapi awalan peN- juga menerbitkan kata adjektif. Kata adjektif yang diterbitkan berfungsi sebagai inti frasa adjektif atau penerang kata nama dalam frasa nama. Bentuk Awalan peN- Awalan adjektif peN- berlaku dalam bentuk pe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge- bergantung kepada konsonan awal kata dasarnya. Fungsi Awalan peN- Menghasilkan kata adjektif terbitan. Kata adjektif terbitan ini mudah dan terkeliru dengan kata nama, tetapi kata terbitan tersebut boleh digolongkan sebagai kata adjektif apabila dilihat fungsinya dalam frasa nama. Makna Awalan peN- Makna awalan peN- dalam kata adjektif terbitan ini datang daripada makna yang ternyata dalam kata dasar itu sendiri, contohnya; pen + marah = pemarah, pen + manis = pemanis, pen + umpat = pengumpat
  • 9. Awalan ke- Awalan ke- berlaku sebagaio awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-. Bentuk Awalan ke- Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan oleh kata dasar. Fungsi awalan ke- Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama. Makna awalan ke- Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran. a. Menunjukkan keadaan hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang b. Bilangan atau giliran dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta Awalan beR- Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja. Bentuk Awalan beR- Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan. Fungsi Awalan beR- Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang berfungsi sebagai adjektif. Makna Awalan ber- Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya; a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’ b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’ c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’ Awalan meN- Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif. Bentuk Awalan meN- Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-, meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya. Fungsi awalan meN-
  • 10. Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif. Makna Awalan meN- Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar, meluas dan berlarutan, contohnya: kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang Awalan se- Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat digunakan sebagai kata adjektif. Bentuk Awalan se- Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan yang menjadi pangkal kata dasar. Fungsi Awalan se- Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva. Makna Awalan se- Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam. Contohnya; kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil Awalan pada di- pada Diraja Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif. Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah, Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja. Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna ‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445). Dalam bahasa sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya ‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’. Apabila imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya, maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h ) Akhiran Kata Adjektif Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran - an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru
  • 11. tatabahasa Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif. Bentuk Akhiran –an Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada sebarang kata dasar. Fungsi Akhiran -an Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif saja. Contohnya; duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan ) Apitan Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif. Imbuhan beR- ... –an Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang berfungsi sebagai kata adjektif. Bentuk Apitan ber- .... –an Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja. Fungsi Apitan beR- ... –an Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR- ... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif. Makna Apitan beR- .. –an Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya : hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran ) jiran ----- berjiranan ( orang berjiran ) kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan ) Apitan ke- -- - an Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang berfungsi bagi menerangkan kata nama. Bentuk Apitan ke- .... –an
  • 12. Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi pangkal kata dasarnya. Fungsi Apitan ke- ... –an Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi sebagai kata kerja dan kata nama terbitan. Makna Apitan ke- .. –an Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya: Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran. Apitan peR- ... – an Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama. Bentuk Apitan peR- .... –an Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama. Fungsi Apitan peR- ... –an Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu menerangkan sifat kata nama. Makna Apitan peR- .. –an Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan. Contohnya: hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan ) tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan ) Sisipan Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif. Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em- Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em- adalah tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar. Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em- Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif yang memberi sifat pada kata nama. Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-
  • 13. Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya: sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) , serbak .... semerbak ( bau semerbak ) gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang ) 5.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213) menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993) Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal. Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama. Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @ kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di belakangnya, kata keterangan jenis-jenis
  • 14. yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat. Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di- bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama. Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat: Subjek (FN) Predikat (FA) 1. Kakaknya sangat pandai. 2. Markahnya rendah. 3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Perangainya tentu baik. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6. Warna bajunya kemerah-merahan. 7. Perusahaan itu paling besar sekali. 8. Suara penyanyi itu merdu. 9. Malam ini gelap benar. 10. Pejabatnya jauh dari sini. (ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat: Subjek Predikat Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )
  • 15. 11 Dia 12 Mereka 13 Kanak-kanak itu 14 Jirannya 15 Jalan itu berjalan sangat cepat pulang segera tidur sungguh nyenyak datang terlalu kerap menurun amat curam (iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang: Subjek Predikat Frasa Nama Penerang 16 Dia 17 Harimau 18 Pak Lutfi 19 Asam pedas 20 Bas ekspres budak pandai. binatang liar. orang kaya. masakan asli. kenderaan cepat. Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat - sangat pandai - - Terlalu nakal - sudah besar - belum tua - - malas benar - jahat betul - baik Amat masih kecil Amat - cantik Sekali - ganas - Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan
  • 16. 6.0 PENUTUP Dapatlah disimpulkan bahawa, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif dan disertai dengan kata penguat. Bagi AsmahHaji Omar dan Abdullah Hassan walaupun terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula kata sifat boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama. Jika kita mengambil satu pegagang atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa, kita dapat mengesan alirannya. Hal ini cukup mudah keranan sebagai contoh penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa aaamelayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga dengan bahasa mereka.
  • 17. RUJUKAN 1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. 3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. 4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.