SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
FRASA KLAUSA AYAT 
(a) Fonem 
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang 
yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak 
bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. 
Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu 
dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang 
hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak 
distingtif. Hanya golongan fonfon 
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. 
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa 
yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji 
struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka 
kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. 
Setiap fonem 
diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, 
ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem /೦೦೦೦ / yang diberi lambang 
huruf ng. Ini 
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila 
kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem 
(Abdullah Hassan, 2006: 62-63). 
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem 
dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, 
didapati kontras 
fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada 
akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara 
menjadi neutral 
atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem 
vokal ialah /i/, /e/, /a/, /೦೦/, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/, 
/j/, /m/, /n/, / ೦೦/, /೦೦/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. ೦೦ 
(b) Morfem 
Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur 
terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi 
makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan 
sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada 
morfem 
{ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada 
lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman 
terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis 
maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, 
perbuatan atau sifat yang 
terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut 
morfem leksikal. Contohnya, "pokok", "kerusi", "duduk", "tidur" dan sebagainya. Golongan morfem yang 
tidak atau
hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa fungsi nahuan disebut morfem 
nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd 
Nor, 2007: 2). 
Morfem terbahagi kepada dua, iaitu: 
i. Morfem bebas 
ii. Morfem terikat 
Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata. 
Umpamanya "rumah", "tidur", "sedih", "takut" dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung 
dengan 
morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk. Contohnya, "batu" boleh 
diterbitkan menjadi "berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu". 
Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka dan tertutup. Morfem bebas 
yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem 
bebas tertutup tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata akar. Contohnya, 
"dan, ke, dari, atau serta dengan". 
Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal 
atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kan dan sebagainya yang mesti bergabung 
dengan unsur lain. Morfem terikat juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung 
dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan morfem terikat yang dapat 
bergabung dengan morfem lain seperti "tapa (bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)". 
(c) Kata 
Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan 
tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya "pergi" dapat berdiri 
sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat 
digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 
4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan 
fonem. 
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, 
contohnya "rumah", "tinggal", dan "merah" serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses 
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan 
ialah "meninggal" dan "meninggalkan"; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah "putih 
melepak" dan "rumah pangsa"; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah "putih-putih" dan 
"Perdana Menteri-Perdana Menteri" (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59). 
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang 
bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan 
atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu 
digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip 
(sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. 
(d) Frasa 
Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan klausa dan ayat. Melalui 
binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. 
Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata
tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. 
Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa 
bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. 
Lihat contoh ayat yang seterusnya: 
Fatihah menjadi pengawas. 
Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama ialah "Fatihah" yang menjadi 
subjek. Frasa kedua ialah "menjadi pengawas" yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek "Fatihah" 
terdiri 
daripada satu kata sahaja. Frasa predikat "menjadi pengawas" terdiri daripada dua kata. Frasa berbeza 
dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak 
sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk "itu" dan "ini" (binaan 
frasa ditutup oleh kata penunjuk "itu" dan "ini"). Frasa juga boleh menerima sisipan "yang", sekiranya 
frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan "yang" boleh digunakan bagi 
membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka "yang" boleh disisipkan 
antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti 
dan penerang 
tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi 
intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepadafrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan 
frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat. 
(e) Klausa 
Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi keduaduanya adalah berbeza. Binaan 
sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, 
iaitu kata inti 
sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa 
adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali 
sebagai anak ayat. 
ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut; 
Aminah tidak datang kerana dia sakit. 
Di dalam ayat "Aminah tidak datang kerana dia sakit", terdapat dua klausa, iaitu "Aminah tidak datang" 
dan "dia sakit". Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung "kerana". Klausa "Aminah tidak datang" 
boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa "Aminah tidak datang" mempunyai 
subjek "Aminah", dan predikat "tidak datang". Klausa "dia sakit" juga mempunyai subjek, iai tu "dia" dan 
predikat, "sakit". Klausa "dia sakit" digabungkan dengan klausa "Aminah tidak datang" menggunakan 
kata hubung "kerana". Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan 
klausa tak bebas. 
Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat 
yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa 
adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata 
nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis 
keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain. 
(f) Ayat 
Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat, terdapat unsur-unsur seperti kata,
frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji 
dari aspek 
bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah 
satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih 
besar. Ada 
kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, iamasih belum berdiri sendiri 
kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat. 
Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa. 
Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di 
dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di 
antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut 
melalui proses transformasi. 
(g) Wacana 
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, 
sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan 
hubungan dan 
perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang 
terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan 
diujarkan 
bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa, 
wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri -cirinya yang 
tersendiri. Menurut 
Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk 
menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan 
interteks.

More Related Content

What's hot

Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)IIUM
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Ayat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran iAyat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran ifiro HAR
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 

What's hot (20)

Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Ayat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran iAyat majmuk campuran i
Ayat majmuk campuran i
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Bentuk kata
Bentuk kataBentuk kata
Bentuk kata
 

Viewers also liked

Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrPAKLONG CIKGU
 
NOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BMNOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BMHazel Bug
 
Klasifikasi strategi belajar mengajar
Klasifikasi strategi belajar mengajarKlasifikasi strategi belajar mengajar
Klasifikasi strategi belajar mengajarFKIP UHO
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonhasila300978
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSahira Suhad
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )NOOR IZWANA NADIA
 
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )Nazira M
 
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaPola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaMasniza Mustafa
 

Viewers also liked (12)

Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
NOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BMNOTA RINGKAS-Sistem BM
NOTA RINGKAS-Sistem BM
 
Klasifikasi strategi belajar mengajar
Klasifikasi strategi belajar mengajarKlasifikasi strategi belajar mengajar
Klasifikasi strategi belajar mengajar
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
STPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata namaSTPM PENGGAL 2 kata nama
STPM PENGGAL 2 kata nama
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
 
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
 
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaPola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasa
 

Similar to Frasa klausa ayat

Similar to Frasa klausa ayat (20)

Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Fon kum
Fon kumFon kum
Fon kum
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Golongan kata
Golongan kataGolongan kata
Golongan kata
 
Golongan kata
Golongan kataGolongan kata
Golongan kata
 
Atrikulasi hidung
Atrikulasi hidungAtrikulasi hidung
Atrikulasi hidung
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 

More from Lina Abu Bakar

Makalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniMakalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniLina Abu Bakar
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalLina Abu Bakar
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Lina Abu Bakar
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektifLina Abu Bakar
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaanLina Abu Bakar
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolahLina Abu Bakar
 
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)Lina Abu Bakar
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaanLina Abu Bakar
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaLina Abu Bakar
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialogLina Abu Bakar
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Lina Abu Bakar
 
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasiLina Abu Bakar
 

More from Lina Abu Bakar (20)

Monday
MondayMonday
Monday
 
Makalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniMakalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohani
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
 
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysia
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialog
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Laksam kelantan
Laksam kelantanLaksam kelantan
Laksam kelantan
 
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 

Frasa klausa ayat

  • 1. FRASA KLAUSA AYAT (a) Fonem Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem /೦೦೦೦ / yang diberi lambang huruf ng. Ini bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63). Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/, /೦೦/, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/, /j/, /m/, /n/, / ೦೦/, /೦೦/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/. ೦೦ (b) Morfem Morfem pula merupakan unit yang terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Morfem dengan sendirinya boleh menjadi kata. Morfem biasanya diapit oleh tanda { }. Contohnya, kelima terdiri daripada morfem {ke-} dan {lima}. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu {minum} dan {-an}. Morfem dapat juga dibezakan berdasarkan jenis maknanya. Ada golongan morfem yang mempunyai makna yang menunjukkan benda, perkara, perbuatan atau sifat yang terdapat di sekeliling kita. Morfem seperti ini dikatakan mempunyai makna yang leksikal dan disebut morfem leksikal. Contohnya, "pokok", "kerusi", "duduk", "tidur" dan sebagainya. Golongan morfem yang tidak atau
  • 2. hampir tidak mempunyai makna asas, tetapi kehadirannya membawa fungsi nahuan disebut morfem nahuan/gramatikal. Contohnya, ber-, -kan, di-, tetapi, yang, dan, itu dan banyak lagi (Ahmad Khair Mohd Nor, 2007: 2). Morfem terbahagi kepada dua, iaitu: i. Morfem bebas ii. Morfem terikat Morfem bebas boleh wujud sendiri tanpa perlu bergabung dengan unsur lain untuk membentuk kata. Umpamanya "rumah", "tidur", "sedih", "takut" dan sebagainya. Morfem bebas juga boleh bergabung dengan morfem lain untuk membentuk kata terbitan, kata ganda atau kata majmuk. Contohnya, "batu" boleh diterbitkan menjadi "berbatu, membatu, batuan, batu-batan, batu api, kepala batu dan berbatu-batu". Morfem bebas juga terdiri daripada dua jenis, iaitu yang bersifat terbuka dan tertutup. Morfem bebas yang bersifat terbuka boleh bergabung dengan morfem lain dan boleh menjadi dasar manakala morfem bebas tertutup tidak boleh bergabung dengan morfem lain dan tidak dapat menjadi kata akar. Contohnya, "dan, ke, dari, atau serta dengan". Morfem terikat pula tidak dapat wujud sendiri tanpa unsur lain dan tidak boleh berdiri sebagai kata asal atau kata dasar. Contohnya; imbuhan beR-, ke-, -kan, meN-, -kan dan sebagainya yang mesti bergabung dengan unsur lain. Morfem terikat juga terdiri dari dua jenis, iaitu morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem dasar seperti ke-, di-, ber-, pe-, se-, -an, -i dan em-, dan morfem terikat yang dapat bergabung dengan morfem lain seperti "tapa (bertapa), juang (berjuang) dan renang (berenang)". (c) Kata Kata adalah bentuk bebas yang terkecil. Menurut Abdullah Hassan (2002), bebas mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya "pergi" dapat berdiri sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas (Ahmad Khair Mohd Nor, 2006: 4). Kata adalah unsur yang terbesar di dalam proses pembinaan kata dan berada di atas fonem dan fonem. Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada yang bersifat tunggal, contohnya "rumah", "tinggal", dan "merah" serta ada juga perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah "meninggal" dan "meninggalkan"; contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah "putih melepak" dan "rumah pangsa"; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah "putih-putih" dan "Perdana Menteri-Perdana Menteri" (Nik Safiah Karim et al., 2003: 59). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tergolong di dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa ini membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar; iaitu digabungkan secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisip (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. (d) Frasa Frasa adalah unsur bahasa di dalam binaan sintaksis bersama-sama dengan klausa dan ayat. Melalui binaan ini, kita akan dapat melihat bagaimana frasa menjadi klausa dan seterusnya klausa menjadi ayat. Frasa ialah unsur terkecil di dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Di dalam tata
  • 3. tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Namun begitu, harus diingat bahawa frasa bukanlah rangkai kata. Ini kerana rangkai kata mesti terdiri lebih daripada satu kata, tetapi frasa tidak. Lihat contoh ayat yang seterusnya: Fatihah menjadi pengawas. Di dalam ayat „Fatihah menjadi pengawas‰, ada dua frasa. Frasa pertama ialah "Fatihah" yang menjadi subjek. Frasa kedua ialah "menjadi pengawas" yang bertindak sebagai predikat. Frasa subjek "Fatihah" terdiri daripada satu kata sahaja. Frasa predikat "menjadi pengawas" terdiri daripada dua kata. Frasa berbeza dengan klausa dan ianya dapat dilihat dengan jelas kerana frasa adalah unsur klausa, tetapi tidak sebaliknya. Perbezaan yang dapat dilihat ialah frasa menggunakan kata penunjuk "itu" dan "ini" (binaan frasa ditutup oleh kata penunjuk "itu" dan "ini"). Frasa juga boleh menerima sisipan "yang", sekiranya frasa yang terlibat itu terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Perkataan "yang" boleh digunakan bagi membezakan frasa daripada klausa. Sekiranya ungkapan itu sebuah frasa, maka "yang" boleh disisipkan antara bahagian-bahagiannya dengan tidak mengubah tarafnya sebagai frasa. Frasa juga mempunyai inti dan penerang tetapi klausa mempunyai subjek dan predikat. Dengan mengenal pasti frasa menurut kata yang menjadi intinya, maka frasa dapat dijeniskan kepadafrasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa adverba. Di dalam ayat, fungsi frasa ialah menjadi subjek dan predikat. (e) Klausa Walaupun klausa dan frasa adalah unsur di dalam ayat, tetapi keduaduanya adalah berbeza. Binaan sebuah frasa terdiri daripada kata inti dan kata penerang. Ada juga frasa yang terdiri daripada satu kata, iaitu kata inti sahaja tanpa kata penerang. Binaan klausa terdiri daripada subjek dan predikat. Sebenarnya, klausa adalah sebuah ayat di dalam ayat iaitu ayat yang menjadi unsur kepada ayat lain ataupun dikenali sebagai anak ayat. ZaÊba memanggilnya ayat kecil yang terkandung dalam ayat besar. Contoh ayat adalah seperti berikut; Aminah tidak datang kerana dia sakit. Di dalam ayat "Aminah tidak datang kerana dia sakit", terdapat dua klausa, iaitu "Aminah tidak datang" dan "dia sakit". Kedua-duanya digabungkan oleh kata hubung "kerana". Klausa "Aminah tidak datang" boleh berdiri sendiri, jadi ungkapan ini adalah sebuah ayat. Klausa "Aminah tidak datang" mempunyai subjek "Aminah", dan predikat "tidak datang". Klausa "dia sakit" juga mempunyai subjek, iai tu "dia" dan predikat, "sakit". Klausa "dia sakit" digabungkan dengan klausa "Aminah tidak datang" menggunakan kata hubung "kerana". Dengan kata lain, klausa dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang sempurna yang menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar. Klausa tak bebas pula dapat dibahagikan kepada dua, iaitu klausa nama dan klausa adverba. Klausa nama berfungsi sebagai kata nama. Malah klausa ini dapat digantikan dengan satu kata nama. Klausa adverba pula memberi penerangan lanjut mengenai kata kerja. Ada beberapa jenis keterangan, antaranya ialah keterangan waktu, tempat, syarat, sebab, kesungguhan dan lain-lain. (f) Ayat Ayat ialah unsur yang paling tinggi di dalam tatabahasa. Di dalam ayat, terdapat unsur-unsur seperti kata,
  • 4. frasa dan klausa. Penggabungan unsur inilah yang membentuk binaan yang dikatakan ayat. Jika dikaji dari aspek bebas, ayat didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang bebas. Bloomfield (1930), mengatakan ayat ialah satu bentuk bebas di dalam bahasa yang tidak tertakluk dengan mana-mana bentuk lain yang lebih besar. Ada kalanya bentuk kata, frasa dan klausa menjadi bentuk bebas. Tetapi, iamasih belum berdiri sendiri kerana unsur-unsur ini tertakluk kepada bentuk lain yang lebih besar, iaitu ayat. Bagi Chomsky (1967), ayat itu terdiri daripada rentetan kata yang diterbitkan oleh rumus tatabahasa. Secara keseluruhannya, kata ialah unit yang dapat berdiri sendiri di dalam tata tingkat tatabahasa. Di dalam mengkaji sintaksis, kita harus dapat menentukan apa yang dikatakan pola-pola ayat tersebut. Di antaranya ialah apa yang menjadi pola dasar dan pola yang terbentuk daripada pola dasar tersebut melalui proses transformasi. (g) Wacana Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, susunan ayat, ceraian bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Di dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan satu kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada kedudukan yang tertinggi selepas ayat. Wacana mempunyai ciri -cirinya yang tersendiri. Menurut Beaugrande dan Dressier (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.