2. 2
MORFOLOGI
Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu :
morf = bentuk
logos = ilmu
Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan :
- selok belok bentuk kata
- kemungkinan adanya perubahan golongan kata
( fungsi gramatik )
- kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )
3. 3
MORFOLOGI
FOKUS KAJIAN
STRUKTUR KATA
Susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna
BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan
PENGGOLONGAN KATA
Penjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi /
Peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama
4. 4
MORFEM
Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil
Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian
Tiada bentuk lain sebagai unsurnya
ditendang
di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang
lebih kecil daripada bentuk di dan tendang
5. 5
ALOMORF
meN +
baja membaja
tadbir mentadbir
asas mengasas
langgar melanggar
had mengehad
meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk
lain ( morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat
kehadiran fonem awal yang dilekatinya.
6. 6
Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah,
iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar.
Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge
merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut
alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf.
Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif
yang merupakan anggota daripada satu morfem.
Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik
yang membedakan satu unit linguistik dengan unit
linguistik yang lain.
7. 7
CARA MENGENAL MORFEM
Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu
Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen
terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate
Constituent ), iaitu :
Unsur yang secara langsung dapat
membentuk suatu bentuk yang lebih besar
8. 8
Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil
daripadabentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh
penutur jati bahasa itu.
Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat
tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita
gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu
tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan.
Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa
Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih
wajar ialah panas.
9. 9
Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :
ke panas an
kepanasan
Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an
dan panas
men jalan kan
menjalankan
10. 10
JENIS MORFEM
Morfem Bebas
Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai
makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak
memerlukan kata lain. Contoh :
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan
Morfem Terikat
Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud
sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk
membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
ber + jalan = berjalan
tulis + kan = tuliskan
ke + tulang + an = ketulangan
11. 11
Morfem Dasar
Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih
besar, iaitu kata terbitan. Contoh:
ber + buru = berburu
buru ialah morfem dasar untuk kata berburu
ke + adil + an = keadilan
adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan
Morfem Kecuali
Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang
dilekatinya. Contoh:
mem + berangkat + kan
berangkat + kan
berangkat
Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali
12. 12
Morfem Wajib
Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya
berfungsi dalam ujaran. Contoh :
juang daya juang
berjuang
memperjuangkan
perjuangan
temu temu duga
janji temu
temu janji
bertemu
menemukan
menemui
kesejukan kesejuk
sejukan
ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada
13. 13
Morfem Tidak Wajib
Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi
dalam ujaran. Contoh :
di dimakan
Morfem Tertutup
Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang
berfungsi dalam ujaran. Contoh :
yang
dan
bahawa
berkepemimpinan
berkesudahan
14. 14
Morfem Terbuka
Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada
morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh :
kesudahan > berkesudahan
pemimpin > kepemimpinan
banyak > kebanyakan
bersih > kebersihan
indah > keindahan
> memperindah
Morfem Unik
Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh :
kering kontang
pucat lesi
merah menjahang
hitam legam
Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan
dengan
unsur lain.
15. 15
Morfem Intonasi
Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya
intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :
Sudah bertunang ?
Anda hendak makan ?
Morfem Terbahagi
ke + ada + an > keadaan
mem + besar > membesar
mem + besar + kan > membesarkan
mem+ per + besar > memperbesar
pe + pimpin > pemimpin
ke + pe + pimpin + an > kepemimpinan
meng + ubah > mengubah
ubah + kan > mengubahkan
me + tunjuk +kan > menunjukkan
16. 16
Morfem Kosong
Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk.
Contoh :
deer deer = rusa
sheep sheep = kambing biri-biri
saudara saudara
Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara
yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak.
Morfem Tunggal: morfem yang rediri daripada satu morfem.
Contoh:
duduk, bangun, makan, minum, jatuh
Morfem Kompleks
Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih.
Contoh :temu duga, perjalanan, ketua polis negara
17. 17
IMBUHAN
Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan
pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar
kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam
ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan
kata baharu yang terhasil itu.
Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu:
posisi, keproduktifan, asal.
Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima,
iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan.
18. 18
Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal kata akar atau kata dasar
untuk membentuk kata.
ber + tambah > bertambah
ter + senyum > tersenyum
mem + bantu > membantu
pe + laksana > pelaksana
per + sada > persada
Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata akar atau kata dasar
untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
lari + an > larian
gemar + i > gemari
sejuk + kan > sejukkan
butir + an > butiran
awas + i > awasi
mandi + kan > mandikan
19. 19
Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan di tengah kata akar atau
kata dasar ( morfem dasar yang dimulai konsonan ) untuk
membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :
er + gigi > gerigi
em + guruh > gemuruh
el + gegar > gelegar
in + sambung > berkesinambungan
Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak
awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar
( pengimbuhan serentak ) untuk membentuk kata yang berfungsi
dalam ujaran. Contoh :
ke + aib + an > keaiban
pe + laksana + an > pelaksanaan
me + tunjuk + kan > menunjukkan
me + wujud + kan > mewujudkan
ke + silap + an > kesilapan
20. 20
Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan
yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi
dalam ujaran. Contoh:
mem + per + lebar > memperlebar
mem + per + indah > memperindah
di + per + luas > diperluas
Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan
nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai
keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata
yang berfungsi dalam ujaran.
meN me + ledak > meledak, men + ternak > menternak
mem + bawa > membawa, meng + galas > menggalas,
menge + ram > mengeram
di di + jual > dijual, di + guna + kan > digunakan.
an lapis + an > lapisan, suku + an > sukuan.
21. 21
Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk
dilekatkan pada morfem lain. Contoh :
el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi
Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
imbuhan asli dan imbuhan pinjaman.
Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda
penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah :
ber + rantai > berantai
me + nanti > menanti
ter + cinta > tercinta
per + tapa > pertapa
pe + laris > pelaris
di + sunting > disunting
hangat + kan > hangatkan
akhir + i > akhiri
ed + gebuk > gedebuk
ke + gelap + an > kegelapan
22. 22
Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada
lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :
hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin,
muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah
Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain
( yang bukan bahasa penutur ) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati
dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada
lingkungan bahasa asal.
budaya + wan > budayawan
seni + man > seniman
karya + wan > karyawan
seni + wati > seniwati
harta + wan > hartawan
derma + wan > dermawan
23. 23
KATA
Kata mempunyai ciri yang berikut:
Satuan bebas yang paling kecil
Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis
Mempunyai makna lengkap
Dapat berdiri sendiri dalam ayat
Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa
suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa
fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
ber + ma + lam > 3 suku kata
ber > 3 fonem /b/, /e/, /r/
ma > 2 fonem /m/, /a/
lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/
bermalam > 8 fonem
24. 24
Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa
morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
bermalam > 2 morfem
ber + malam
kemalaman > 2 morfem
ke…an + malam
berkepemimpinan > 4 morfem
ber, ke….an, pe +
pimpin
Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa
definisi
kata berdasarkan kriteria :
- makna
- fonologi ( tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi
fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna )
- fungsi sebagai unsur minimum yang bebas
25. 25
Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran
biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas.
Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini
mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar.
Contoh :
temu > bertemu
juang > pejuang, berjuang
tawa > ketawa
ambil > ambilan, mengambil
main > bermain, mainan
jabat > jabatan, pejabat
baca > membaca, bacaan
sandar > penyandar, bersandar
alir > aliran
27. 27
Berikut ialah contoh dua satuan
bebas :
jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim,
racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih
Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan
bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :
dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana
oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling,
walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang,
biar, jika, jikalau
28. 28
BENTUK KATA
Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat
iaitu:
kata dasar
kata berimbuhan
kata berulang
kata majmuk
Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata
dasar mungkin berupa :
kata,
pokok kata,
frasa,
kata + kata
kata + pokok kata,
pokok kata + pokok kata
29. 29
Contoh bentuk kata dasar :
Bentuk akar /
dasar
Bentuk dasar
pakai
sudah
oleh
tua
pakaian
kesudahan
peroleh
ketua
ke tepi
anak tiri
berpakaian
berkesudahan
pemerolehan
pengetua
mengetepikan
dianaktirikan
30. 30
Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan
bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau
akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :
me + tarik > menarik
el + getar > geletar
masak + kan > masakkan
ke + asli + an > keaslian
Masak + an > masakan
32. 32
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang
atau digandakan sebahagian atau seluruhnya
Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis,
iaitu :
Kata ganda seluruh ( pengulangan dwilingga ). Contoh :
pohon-pohon
kuda-kuda
kejadian-kejadian
kegiatan-kegiatan
fikiran-fikiran
mata-mata
rama-rama
33. 33
Kata ganda separa ( pengulangan dwipurwa ) Contoh :
tangga tetangga
tamu tetamu
luhur leluhur
tirah tetirah
Kata ganda berirama. Contoh :
gerak-gerik
sayur-mayur
batu-batan
lauk-pauk
35. 35
MORFOFONEMIK
• Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem
dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang
menghasilkan frasa.
• Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :
morfofonemik kata
morfofonemik frasa
• Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem
yang mewujudkan kata. Contoh :
me + tari = menari
me + tulis = menulis
me + sayang = menyayang
me + suci = menyuci
36. 36
• Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu
kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa.
•Contoh :
putito = telur
mohutodu = busuk
putitaa mohutodu = telur busuk
37. KESIMPULAN
37
Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada hubungannya dengan selok
belok bentuk kata, fungsi gramatik dan fungsi semantik.
Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi dan sintaksis.
Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu.
Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat, dasar, wajib, tidak wajib,
terbuka, intonasi, dan kosong.
Imbuhan terbahagi empat, iaitu awalan, sisipan, akhiran dan apitan.
Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata dasar, kata berimbuhan, berulang
dan majmuk.