Bahan assg bm sept 2012

23,169 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
23,169
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
714
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahan assg bm sept 2012

  1. 1. Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk danpenggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pulabermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna.Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripadaproses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata adalahproses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentukatau fungsi dalam ayat.Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985):Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataandan cara-cara pembentukannya.(KIV)07 Mei 2009Pengenalan MorfologiBidang Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambangyang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unittatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah prosesmenjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengananggota lain dalam golongan yang sama. Definisi Morfologi Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku PengajianMelayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplinilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata inimerujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
  2. 2. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam bukuLinguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimanaperkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dankata. Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan EdisiBaharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajistruktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunanbentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya TatabahasaBahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitumorfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitandengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibatdaripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsigramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawamorfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untukmembentuk ayat. Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian BahasaUntuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalamkajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady& Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakanoleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujukkepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Languageyang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor EinMohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
  3. 3. – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata –kata dan bahagian kata”.Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009DEFINISI MORFOLOGIPENGENALAN Diperingkat sekolah rendah, setiap murid mesti berkemahiran dan berilmupengetahuan serta berpengalaman dalam pengetahuan sedia ada diaplikasiuntuk setiap pengajaran dan pembelajaran yang diterima dalam bilik darjah. Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah di sebut sebagai BahasaMalaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alatkomunikasi utama dan tolenrasi kaum. Bagi pelajar tahap I murid diajarkemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulisdengan ilmu dari pelbagai sumber.Setiap pelajar pula belajar dalam kelas yangsama tapi mempunyai tahap penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaranyang berbeza. Semua pelajar di mestikan mempelajari morfologi-sintaksis.Namun banyakpelajar tidak menguasai morfologi kerana pelbagai factor antaranya pelajarmenggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Malaysia yangbetul maka aspek imbuhan sering menjadi kesalahan dalam pertuturan danpenulisan pelajar. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin seriusdikalangan golongan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasakedua mereka. Ilmu morfologi harus diserap seawal kemahiran-kemahiran lain untukmembolehkan mereka menguasai kemahiran morfologidisamping membaca dan
  4. 4. menulis huruf kemahiran membentuk suku kata dengan menggunakan struktur ayat yang betul harus ditekankan . Kemahiran ini boleh dibina dan murid dapat menulis dengan tepat,gramatis.dan berstruktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam. Soalan Tugasan Bahagian A1. Jelaskan definisi morfologi Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.2. Bincangkan secara ringkas penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu cetakan kelima 1997,golongan- golongan kata boleh dikelaskan dengan beberapa criteria iaitu : struktur fonologi/bunyi struktur morfem
  5. 5. kriteria simantik Perkataan digolongkan merujuk kepada struktur sintaksis dan struktursemantik disebabkan penggolongan tersebut dapat diselaraskan denganpenggunaan perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi teras dalampengaplikasi tatabahasa untuk frasa,klausa dan ayat. Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasasubjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk :frasa nama (FN)frasa kerja (FK)frasa adjektif (FA)frasa sendi nama (FS)Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasatersebut contohnya FN KN
  6. 6. …….. bunga ……… Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana menjadi inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.Golongan kata ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa secara langsung dan kata secara kolek tif iaitu kata tugas.Secara kesimpulannya golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat : kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas 3. Dengan berdasarkan dua petikan yang dipilih,sila analisis dan kemukakan contoh yang sesuai mengikut penggolongan kata yang berikut :i) kata namaii) kata kerja Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata nama am dan kata ganti diri. Kata nama khas Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda, tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan sebagainya contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf besar. Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh Muhd Hakimin dan Si Comot.
  7. 7. Kata nama amKata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umumsifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketikamemulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitukata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya(terhasil dari proses pengimbuhan)kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya(kata yang telah mengalami proses penggandaan)Kata ganti namaKata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima kategori :kata ganti diri(aku,engkau, anda, kamu)kata ganti tanya(apa,siapa,mana)kata ganti tempat(sini,situ)kata ganti tunjuk(ini,itu)kata ganti tak tentu(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)i) Kata NamaPETIKAN 1
  8. 8. Sumber : Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)Muka surat : 42Tajuk : Miskin Bukan Penghalang Kejayaan Aku anak petani. Namaku Firdaus. Aku berusia sepuluh tahun dan anaksulung daripada enam orang adik beradik Aku tinggal di Kampung SimpangDarat. Walaupun hidupku ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makanpetang”, hubungan kekeluargaan antara kami amat erat. Ayah bekerja mengambilupah sebagai penoreh getah. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatiankepada kami. Ibu pula seorang suri rumah yang penyayang. Walaupun kamihidup susah,ibu tidak pernah mengeluh. Sesungguhnya, pengalaman hidup ini telah banyak mengajar ku agarberjuang untuk mencapai kejayaan. Kata-kata semangat guru “miskin bukanpenghalang kejayaan”akan kusematkan ke dalam jiwa. Akan kubuktikan bahawaaku juga mampu Berjaya. Harapan ayah dan ibu yang ingin melihat aku Berjaya juga akan akutunaikan. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian PencapaianSekolah Rendah. Di sekolah,aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatiansemasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untukbelajar. Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan,badankumenjadi cergas dan otakku menjadi cerdas. Justeru, aku akan dapat belajardengan selesa. Di samping itu, aku bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Untukmencapai impian itu, aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi modelyang terbaik kepada adik-adikku. Kemiskinan tidak akan kujadikan alasan untukgagal dalam pelajaran. Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untukmencapai kejayaan.
  9. 9. Dalam petikan 1 bertajuk “Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” terdapatgolongan kata nama iaitu Kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama.Analisis 1Kata nama khasKata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut ialah Firdaus merujukkepada watak utama cerita. Terdapat kata nama khas tak hidup iaitu namaKampung Simpang Darat dan kata nama khas bukan manusia iaitu merujukkepada benda khusus iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.Analisis 2Kata nama am Kata nama tunggal – Kata nama tunggal yang terdapat dalam petikanbanyak digunakan iaitu :gurupetaniayahibuadik-adikanakpenorehsuri rumahmodel Kata nama tunggal ini dikategori bagi kata nama tunggal hidup bagimanusia.Namun ada kata nama tunggal bukan hidup dan konkrit digunakan iaitusekolahgetahrumah
  10. 10. Kata nama terbitan yang terhasil dari proses pengimbuhan atau abstrakdan tidak terbilang iaitu:-penyayangpengalamanharapanperhatianbertekadhubungan Kata nama majmuk juga digunakan untuk memproses dua rangkaikataagar menjadi dua kata dasar atau lebihanak sulungjadual waktuanak petanipenoreh getahsuri rumah Kata nama ganda adalah kata nama am yang telah mengalami prosespenggandaan.adik-adikkata-kataAnalisis 3Kata ganti nama Kata ganti nama yang digunakan dalam petikan tersebut amat sedikitkerana pengolahan cerita hanya berkisar pada satu watak utama sahaja Kata ganti diri singkatan dan pertama yang digunakan iaituku
  11. 11. akukami Kata ganti nama tunjukiniituKesimpulan ;Petikan “ Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” banyak menggunakan kata namasebagai proses menlengkapkan struktruk ayat agar mudah di fahami jalanceritanya. Petikan banyak menggunakan kata nama tunggal iaitu perkataan yangterdiri daripada kata dasar dan unsur kata nama terbitan yang terhasil daripadaproses pengimbuhan. Penggunaan kata ganti diri hanya sedikit digunakan keranawatak cerita tidak memerlukan penulis memperkenalkan watak dengan serius,memadai dua atau tiga ayat untuk memudahkan pembaca memahami jalan ceritahingga tamat.ii) Kata KerjaPETIKAN 2Sumber : Buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)Muka Surat : 13PAK SENIK INSAF Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebungetahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu,kambing,ayam danitik.Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwanpeliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikankering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin. Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah, SuamiGayah,Dolah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dolah telahbermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
  12. 12. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat. “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali kerana tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik. “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?”, Tanya Pak Senik. “ Saya sembelih seekor kambing ayah”, jawab Dolah selamba. Pak Senik sangat marah. “ Kamu mesti bayar ganti ruginya”, jerit Pak Senik dengan kuat. “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya?’, balas Dolah. Pak Senik terdiam. “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah”, jelas Dolah dengan lembut. Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin. Kata kerja adalah inti utama bagi membina atau konstruksi frasa kerja. Pengolongan Kata kerja boleh terdapat unsure-unsur lain seperti kata bantu,berobjek,pelengkap,ayat komplemen dan keterangan bagi mengukuhkan struktur ayat. Kata kerja terdapat dua kelompok iaitu : Kata kerja Transitif
  13. 13. Kata kerja tak transitifKata kerja TransitifKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek frasa nama untukmelengkapkan maksud yang ingin dinyatakan contoh :Emak menyiram bungaAyah sedang memandu kereta Kata kerja ini boleh dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan katakerja transitif pasif. Kata kerja ini yang menggunakan awalan meN- dengan atautanpa akhiran –kan atau –iKata kerja tak transitifKata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atauobjek selepasnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan dua iaituberpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialahkata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud.Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objekpenyambut.Contoh :Kata kerja transitif berpelengkap :Suasana kampung sungguh sunyiSemua mereka tinggal di Kuala Lumpur Ayat condong jika digugurkan menjadi ayat yang tidak sempurna. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap :Emak sedang menangisMereka asyik ketawa sahaja. Ayat di atas berdiri tanpa subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri tanpabergantung kepada unsure lain untuk melengkapkan makna ayat.Analisa 1
  14. 14. Berdasarkan petikan “Pak Senik Insaf” banyak unsure kata kerja digunakan untukantaranya :Kata kerja tak transitif dalam petikan banyak digunakan kerana maknanya dapatberdiri sendiri tanpa memerlukan objek :Dia sangat kedekutDolah dan Gayah tidak makanAyah sudah tuaHarta ayah banyakPak Senik insafDalam ayat-ayat di ats,perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja taktransitif,sementara unsure yang mengikuti ialah pelengkap.Namun sekiranyapelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. ContohnyaDia sangatDolah dan GayahAyahHarta ayah Ayat ini juga tidak boleh diboleh dipasifkan seperti Dia sangat dikedekutKata Kerja Tak Transitif dengan PelengkapSubjek Predikat KeteranganKebun Getahnya LuasHaiwan Ternakanya BanyakAnalisa 2Kata kerja transitifSubjek Frasa Kerja Transitif PenyambutGayah Memasakkan Gulai kambing yang lazatGayah dan Dolah Menjemput Pak senik ke rumah merekaMereka Memerhati sahaja Gelagat Pak Senik
  15. 15. Tuhan Menggandakan Rezeki ayah Frasa nama yang menjadi penyambut bagi ayat-ayat di atas ialah gulai kambing yang lazat, dengan berselera sekali, gelagat Pak Senik dan rezeki ayah adalah keterangan.Ayat –ayat di atas boleh di pasifkana. Gulai kambing dimasak oleh Gayah dengan lazatnya.b. Pak Senik dijemput ke rumah mereka oleh Gayah dan Dolahc. Gelagat Pak Senik diperhati sahaja oleh merekad. Rezeki ayah digandakan oleh Tuhan Analisa 3 FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU Contoh ayat yang terdapat Frasa kerja dengan kata bantu dalam petikan tersebut ialah Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya Dolah telah bermaufakat dengan Gayah Penggunaan frasa kerja dengan kata bantu dapat memberi gambaran yang plot cerita ada perkembangan waktu atau masa. Kesimpulan Kata kerja yang digunakan oleh penulis adalah binaan yang pelbagai untuk menjadi pembaca mengikuti plot-plot cerita sehingga tamat. Frasa kerja dan adjektif,binaan frasa kerja dan akhir sekali susunan konstituen frasa kerja banayk digunakan
  16. 16. BAHAGIAN B: Sintaksis 1. Definisi ayat majmuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b); 1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:1 Ayat majmuk gabungan2 Ayat majmuk pancangan3 Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh:1 Rokiah pandai menyanyi dan menari.2 Abu kurus tetapi kuat makan. Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti
  17. 17. yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalambahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatuayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat KeteranganAyat relatif ialah ayat Ayat majmuk komplemen Ayat majmuk keteranganyang ditandai dengan ialah ayat utama yang ialah ayat majmuk yangpenggunaan perkataan dipancangkan dengan terdiri daripada satu ayatyang seperti contoh di ayat kecil yang utama dan satu atau lebihbawah: seterusnya menjadi ayat kecil yang bertugas1) Kanak-kanak yang komplemen kepada ayat. sebagai keterangancedera itu rupa-rupanya Ayat komplemen dapat kepada predikat.anak Leman. dibentuk dengan Contoh:(2) Kanak-kanak itu rupa- menggunakan kata Pemain hoki negara gagalrupanya anak Pak hubung bahawa atau kerana tidak bersedia.Leman yang. Ayat kecil dalam ayat(3) Kanak-kanak itu Contoh: majmuk keterangancedera 1.Bahawa mancis api menerangkan kata kerjaAyat (3) telah telah menyebabkan dalam ayat utama, iaitudipancangkan kepada kebakaran itu. Pemain hoki negara gagalsubjek ayat utama dan 2.Bahawa pembuangan Ayat majmuk keterangandijadikan ayat kecil puntung rokok merata- dibina untuk pelbagaidengan menggugurkan rata telah menyebabkan tujuan dengan``kanak-kanak itu dan kebakaran. menggunakan katamenggunakan kata hubung yang tertentu.hubung yang. -kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya,
  18. 18. setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau- kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.Ayat Majmuk CampuranAyat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenisayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabunganatau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendekbukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnyaatau bilangan klausanya.Contoh 1:Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telahmenerima suntikan tersebut. Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayatinduk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikantersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objektepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objektepat2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63saya telah analisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contohmengikut perkara berikut:i) Ayat majmuk gabungan.
  19. 19. Contoh 1(m.s 23)Lampu bercahaya dan berwarna-warni.ii) Ayat majmuk pancangan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat KeteranganContoh 1: Contoh 1: Contoh 1(muka surat 63) (muka surat 63) (muka surat 23)Madu tersebut dijual Sesetengah penduduk Hani sekeluarga berasadengan harga yang kampung mencari madu bertuah kerana dapattinggi. lebah di hutan untuk menyaksikan konsert itu.Contoh 2: dijual. Contoh 2:(muka surat 63) Contoh 2: (muka surat 63)Di negara kita juga (muka surat 63) Kraf tangan ini dipasarkanbanyak kraf tangan yang Tahukah kamu bahawa dengan meluas.dihasilkan daripada hutan merupakan sumberbuluh. pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?iii) Ayat majmuk campuranContoh 1:Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya,Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.Contoh 2:Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.Senarai rujukan
  20. 20. Abdullah Hassan. (1993) Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd.Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmod.(2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustakaMangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Sarjana EnterpriseSulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor.(2006) Tatabahasa Melayu MesraPengguna. Edisi Baharu :Utusan Publication and Distributors Sdn. BhdDEFINISI MORFOLOGI1. Hockett (1958)- Morfologi ialah suatu unsure terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatubahasa.2. Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan)- Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolongan kata.3. Kamus Dewan Edisi Ketiga.- Morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasukinfleksi, terbitan dan pemajmukan.4. Kamarudin Hj. Husin (Pengajian Melayu 1,Ilmu Bahasa dan KecekapanBerbahasa,1997)- Morfologi ialah satu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.5. Abdullah Hassan (Linguistik Am,2007)
  21. 21. - Morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian inidilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentukperkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.6. Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz (Tatabahasa Bahasa Melayu(Perkataan),1996) Morfologi ialah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan rapat dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata. Morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung membentuk ayat.7. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan,1985)- Morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan carapembentukannya.8. O¶Grady dan Guzman (2000) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yussof (2004).- Morfologi merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.9. Leonard Blomfield (Language) terjemahan Alias Mahpul, Kamaruzaman Mahayiddindan Noor Ein Mohd Noor. Morfologi ialah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata.10. Marzhuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) Morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk katakata. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok- belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.KATA TUGAS  Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu,
  22. 22. penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.  Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :  - kata hubung  - kata penegas  - kata tanya  - kata nafi  - kata seru  - kata pemeri  - kata perintah  - kata sendi nama  - kata pembenar  - kata arah  - kata pangkal ayat  - kata bilangan  - kata bantu  - kata penekan  - kata penguat  - kata pembendaUntuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empatkelompok :
  23. 23. A) Kata Penyambung Ayat  terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.  Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.  Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.b) Kata Praklausa  sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :  kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.  kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.  Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.  Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,  Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.B) Kata Praklausa  sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :  kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa,bila, bagaimana  Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
  24. 24.  Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,  Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.c) Kata Prafrasa  sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.  Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.  terdapat 8 jenis kata prafrasa :  Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan  Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.  Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.  Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.  kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas  menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, - tah, -lah.  menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.  Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
  25. 25.  Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.  Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.  Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.  Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.Kata Pasca  ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.  Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :  Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.  Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :  Lajunya 100 km sejam.JENIS-JENIS KATA TUGAS1. Kata Penyambung Ayata. Kata Hubung Gabunganb. Kata Hubung Pancangan Relatifb. Kata Hubung Pancangan Komplemenc. Kata Hubung Pancangan Keterangan2. Kata Praklausaa. Kata serub. Kata tanya
  26. 26. c. Kata perintahd. Kata pembenare. Kata pangkal ayat3. Kata Prafrasaa. Kata bantub. Kata penegasc. Kata penguatd. Kata nafie. Kata pemberif. Kata arahg. Kata bilanganh. Kata sendi nama4. Kata Pascakataa. Kata penekanb. Kata pembendaKata TugasKata Penguat dan Kata PenegasKata Penguat1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.Contoh Paling Agak Sungguh Amat
  27. 27. Terlalu Nian Benar3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif(kata Penguat hadapan).4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Katapenguat belakang).5. Kata penguat seperti sangat, amat,dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( katapenguat hadapan dan belakang) .Contoh1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah.2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.4. Kereta api itu sangat laju.5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.Kata PenegasKata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskanbahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.Contoh -kah -lah -tah jua Juga Sahaja hanya memang Lagi PunContoh1. Itulah rumah kakak saya.2. Apatah dayaku untuk menolongnya.
  28. 28. 3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya.4. Hanya dia yang belum membayar yuran.5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu.Kata Sendi Nama1. MAKSUDPerkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.2. CONTOH SENDI NAMAKata sendi Fungsi atau kegunaanDi [tempat / arah]Ke [tempat / arah / masa]Dari [tempat / arah / masa]Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]Pada [tempat / masa / benda / perkara]Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]Demi [tujuan]Untuk [tujuan / kepada / bahagian]Bagi [tujuan]3. KESALAHAN PENGGUNAANKATA SENDI NAMA1. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)Salah:-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
  29. 29. Betul:-Dia tinggal di belakang rumah saya.-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.-Anda sentiasa di hati saya.2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)Salah:-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)-Kami berlari kepokok itu. (benda)-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)Betul:-Dia pergi ke bandar itu semalam.-Kami berlari ke pokok itu.-Dia merantau ke timur Semenanjung.-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)Salah:-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.Betul:-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.Salah:-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)Betul:-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)
  30. 30. Salah:-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat)-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)Betul:-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat)-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.Salah:-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)Betul:-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)7 . ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.Salah:-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)Betul:-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupununtuk manusia.Salah:-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
  31. 31. Betul:-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.Salah:-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang)-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian)Betul:-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang)-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian)10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)Salah:-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.Betul:-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.Salah:- Dari masa ke semasa dia sedar juga.- Dari sehari ke hari dia membesar.- daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.Betul:- Dari semasa ke semasa dia sedar juga.- Dari sehari ke sehari dia membesar.- dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.- dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.- dari hari ke hari dia membesar.12 . ‘di antara mesti diikuti perkataan ‘dengan’.Salah:-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor .
  32. 32. -Bandingkanlah di antara anda dan saya .-Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum.Betul:-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor .-Bandingkanlah di antara anda dengan saya .-Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minumKATA HUBUNG1. MAKSUD:Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkansesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.2. JENIS KATA HUBUNG:a. Kata hubung gabungan:Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, makab. Kata hubung pancangan:Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabilac. Kata hubungan berpasangan :Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik– mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNGa. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat.(gunakan berselang dengan ‘serta’)Salah:-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.Betul:-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihanSalah:-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
  33. 33. Betul:-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.Salah:-Awak datang dari Melaka atau Johor.-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.Betul:-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.(pilih salah satu sahaja)Salah:-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.Betul:-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.-Dia belajar dari pagi ke petang hari.-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan di jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan‘had’ serta bergabung perkataan dengan. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antarafaktor tersebut ialah …….)Salah:-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.Betul:-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja.(Jangan gunakan ‘dan’ )
  34. 34. Salah:-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.Betul:-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.Salah:-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.Betul:-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.Salah:-Dia kaya dan dia kedekut.-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.Betul:-Dia kaya tetapi dia kedekut.-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.Salah:-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.Betul:-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.Salah:-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
  35. 35. Betul:-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan5.4 KATA TUGASKata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat pentingkerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagianhadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataantertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksistertentu dalam ayat berkenaan.Jenis-Jenis Kata Tugasa) Kata HubungKata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugasmenghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yangberlapis.Contoh:i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.ii) Aslinda menari sambil bernyanyi.iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh.iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih. Morfologi: PenggolonganKata| 17
  36. 36. vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu.b) Kata SeruKata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorangseperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Carapenggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nadameninggi atau menurun.Contoh:i) Aduh, sakitnya tanganku!ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!iii) Ah, aku tidak bersetuju!iv) Amboi, sombongnya dia!v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!c) Kata TanyaKata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu ataumenyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.Contoh: Berapa  Harga barang itu berapa?  Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?Bila  Mereka sampai bila?  Bilakah gerangan kekanda akan pulang?Bagaimana  Kesihatannya sekarang bagaimana?  Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?d) Kata PerintahKata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balasterhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
  37. 37. Contoh:i) Jangan buang sampah di sini.ii) Usah biarkan dia berseorangan.iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.iv) Jemput masuk!v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.e) Kata Pangkal AyatKata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadipenanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitubanyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayuklasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.Contoh:i) Hatta istana itu pun siaplah.ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.f) Kata BantuKata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, danfrasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktuatau ragam.Contoh:i) Pekerja itu telah pulang.ii) Kami pernah ke utara Malaysia.iii) Kanak-kanak itu sudah makan.iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.g) KataPenguatKata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsimenguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh:i) Pokok itu terlalu tinggi.ii) Masakan itu paling sedap.iii) Kelakuan anak itu baik sekali.iv) Bas itu tiba lambat benar.v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.h) Kata PenegasKata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yangmemberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Contoh:i) Di manakah ibu kamu itu?ii) Bilakah kamu datang?iii) Apatah daya kita?
  38. 38. iv) Dialah orangnya.v) Inilah isteri kesayanganku.i) KataNafiKata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.Contoh:i) Dia bukan murid di sekolah ini. ii) Idah tidak pandai memasak kari ayamiii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.j) Kata PemeriKata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek denganfrasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah danadalahContoh:i) Dia ialah seorang guru.SEMAK KENDIRI 1.5ii) Berita itu adalah palsu.iii) Mereka ialah pelari pecut.iv) Pendapat itu adalah karut.v) Nama saya ialah Ali.k) Kata Sendi NamaKata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kataatau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikatayat.Contoh:i) Dia berasal dari pedalaman.ii) Ibu pergi ke pasar.iii) Saya menetap di Ipoh.iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.l) Kata PembenarKata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenarialah ya, benar dan betul.Contoh:i) Ya, esok awak boleh bercuti.ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.m) Kata ArahKata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudahkata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
  39. 39. Contoh:i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumahii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadiumiii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja..n) Kata BilanganKata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atauperkara.Contoh:i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.o) Kata AdverbaKata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, danfrasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.Contoh:i) Bas itu bergerak laju. ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.iii) Datang ke sini cepoat. iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak. v) Merekasesat berhari-hari di tengah lautan.p) Kata PenekanKata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir danmelekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagaipenekan atau pembenda.Contoh:i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.q) Kata PembendaKata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukandaripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.Contoh:i) Lajunya ialah 350 km sejam.ii) Bukan kepalang sakitnya.iii) Datangnya secara mendadak.iv) Tingginya ialah 6 kaki.v) Air sungai mengalir dengan derasnya.RUMUSANRUJUKAN
  40. 40. Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTSAsmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensipengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Konsep dalam Morfologi1.0 PENGENALANMenurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah olehRaja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukankata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawamaksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataandibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-prosesmembentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117).Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkajistruktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsurutama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusulikembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisanberkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanikyang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidangfonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini,beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI2.1 Morf
  41. 41. 2.1.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am Siri Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliaumemberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satulambang, iaitu meN-.2.1.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf sebagai salah satubentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang hendak dipilih dianggap mewakili secarakonkrit morfem yang bersangkutan.2.1.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan morf sebagai “theunit of grammatical form which realizes a morpheme”.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan danmempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yangbersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-.2.2 Alomorf2.2.1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enamalomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaranalomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantumdengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.2.2.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula menyatakan bahawasetiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawaalomorf ialah nama untuk bentuk-bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkanlinkungannya. Beliau ada memberikan contoh me-…-kan, mem-…-kan dan men-…-kan sebagai alomorfdaripada morfem yang sama.2.2.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan alomorf itusebagai “the variant possible morph of the one morpheme”.Berdasarkan ketiga-tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yangsama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnyaalomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemakdan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v.2.3 Arkifonem2.3.1 Dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Abdullah Hassan(2005) menyatakan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalammorfem {meN-}. N ini berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantumdengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonem-fonemtersebut.2.3.2 Menurut Anton M. Moeliano (1996) dalam bukunya Bahasawan Cendekia: Seuntai Kata Untuk
  42. 42. Anton M. Moeliana, arkifonem ialah unsur segmental dalam posisi lemah yang berbeza dan ciripembedanya bersesuaian dengan pertalian daripada dua unsur.2.3.3 P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics menjelaskan arkifonem sebagai“phonological unit characterized by the distinctive features which are common two or more”.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagimewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkalpada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnyakata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialaharkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut.2.4 Morfofonem2.4.1 Pitsamai Intrachat (1987: 29) menjelaskan fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripadaarkifonem disebut morfofonem kerana fonem-fonem itu adalah fonem-fonem ubahan daripadaarkifonem dalam satu morfem. Beliau memberikan contoh arkifonem N dalam morfem {meN-} bolehdiubah menjadi /φ/, /n/, /m/, /ɲ/ dan /ŋ/ bergantung pada lingkungannya.2.4.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula berpendapat morfofonem ialahfonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem.2.4.3 Pendapat ketiga pula diutarakan oleh P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary OfLinguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem ialah “…the basic unit recognized in amorphophonemic level of analysis. It is usually symbolized by the use of a capital letter within bracebrackets”. Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai unit asas dalamperingkat analisis morfofonemik.Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalamiperubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfemterikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku denganmengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.2.5 Morfem Bebas2.5.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujudbersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendiriansebagai sebuah kata.2.5.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam buku Pengantar Linguistik pula menegaskan morfem bebas dapatberdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta,makan dan satu adalah morfem bebas.2.5.3 Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan morfem bebas yangdisebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “…morphemes that can occur by themselvesin a phrase or sentence”. Beliau memberi contoh perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam
  43. 43. rangkai kata atau ayat.Secara ringkasnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang morfem bebas berdasarkan pendapatyang diutarakan oleh mereka yang berlainan negara ini. Dapat dirumuskan di sini bahawa morfem bebasialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain.Misalnya perkataan murid, jual dan baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlumenerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.2.6 Morfem Terikat2.6.1 Abdullah Hassan (2005: 120) menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang-kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- danpeluh. Imbuhan awalan ber- ialah morfem terikat kerana ber- tidak boleh berdiri sendiri danmemerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut Abdullah Hassan (2005) lagi, kata akarseperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidakdigandakan menjadi anai-anai.2.6.2 Jwuan Verhaan (1995) turut menghuraikan morfem terikat sebagai morfem yang tidak terdapatsebagai kata tetapi selalu dirangkaikan dengan satu atau lebih morfem yang lain menjadi satu kata.Misalnya dalam bahasa Indonesia, ber- dalam bersatu dan memper- dalam mempersatu hanyamerupakan bahagian kata dan morfem-morfem itu ialah morfem terikat.2.6.3 Dalam bahasa Inggeris pula, morfem terikat yang dikenali sebagai “bound morphemes” dijelaskanoleh Mark S. Letourneau (2001) sebagai “…morphemes that cannot occur by themselves”. Beliau adamemberi contoh morfem terikat -s, -er dan -ing yang perlu hadir bersama dengan morfem lain bagimembolehkan morfem jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”, “writer” dan “writing”.Secara ringkasnya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiranmorfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari danrama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapaperlu menerima imbuhan seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan.2.7 Kata Akar2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan EdisiBaharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kataakar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataanpertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan.2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya, SintaksisPredikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak bolehberdiri sendiri, misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadi penari.2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam buku Linguistic Theory The Discourse OfFundamental Works, kata akar disebut sebagai “the root (racine) is the irreducible element common toall words of same family – the element in which the meaning common to all related words reaches the
  44. 44. highest degree of abstraction and generality”. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidakboleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentukimbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkanmaknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-ramadan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya.2.8 Kata Dasar2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasarini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataanbernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala katadasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas.2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayu yang diterjemah oleh T.W Kamildaripada buku yang berjudul Maleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yangmenurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebihsederhana. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahajaseperti kata mas, wang, moe dan koe.2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam LinguisticTheory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan “The radical is generally the commonelement in a series of related words and conveys the idea common to every word”. Daripada pendapatbeliau ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yangmenjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata.Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yangbukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiapkata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya kata jalan ialah kata dasarbagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi jadan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata.2.9 Kata Tunggal2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalamTatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiridaripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasaryang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebasdan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu, pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yangmerupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula, katatunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan atau belum
  45. 45. mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidakmenerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain.2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai “singular word”, iaitu “In a language with thegrammatical category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talkabout a single object such as dog, tree and idea”.Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentukimbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melaluiproses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baik dan gunung-ganang) danpemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongankata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satusuku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.3.0 PENUTUPTuntasnya, setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang inidengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf,alomorf, arkifonem, morfofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggalamat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapatsedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaanpendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini.Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalammemahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja.Secara keseluruhannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialahmorfem dan kata. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalamilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiaporang, bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja. Setiap daripada kitamempunyai bahasa, justeru amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkanbahasa kita. Salah satunya ialah ilmu morfologi.Dicatat oleh shinahariah di 4:56 PG

×