Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                20121.0 Pendahuluan        Pada das...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                20121.1 Pemilihan Dialek       Kami...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            20121.2 Permasalah KajianGaya pengguna...
SEM 2         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                         2012Di dalam dialek Terengganu juga, per...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012Perkataan yang di akhiri denga...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              20122.0 Sorotan Kajian LaluKajian me...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012Di dalam kajian beliau, Asmah t...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012seharian oleh sesebuah masyarak...
SEM 2         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012Selain itu, berikut merupakan b...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012Menurut Newton (1972) pula, dialek...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                           2012Perubahan bunyi yang berlaku adalah ...
SEM 2          BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                         2012                         Rumus peng...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                  2012Misalnya, rumus pengguguran /...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                    2012Telemong, Jerengau, Kuala ...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir ka...
SEM 2         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012Di samping itu juga, sebelum [ ...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                   2012Subdialek ini tidak mempuny...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012liur                              ...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                               20124.4 Konsonan NasalBerkenaan den...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                            2012Berhubung dengan itu, [ s ] akhir ...
SEM 2        BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                              2012akar                            ...
SEM 2           BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                   2012Bahasa Baku             ...
SEM 2          BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                          2012Boleh dikatakan bahawa rangkap kon...
SEM 2       BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                             20125.0 KesimpulanDari perbandingan di...
SEM 2         BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                                2012Ketiga, subdialek Ulu Telemon...
SEM 2      BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU                               2012Bibliografi1. Asmah Haji Omar, 20...
SEM 2BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU   2012                                                      27
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kajian dialek TRENGGANU

16,058 views

Published on

Kajian dialek TRENGGANU

  1. 1. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20121.0 Pendahuluan Pada dasarnya, bahasa adalah salah satu alat komunikasi yang sangat penting di dalamkehidupan seharian. Menurut Asmah Haji Omar (1986), seseorang individu telahmenggunakan bahasa untuk bertutur melalui beberapa bahagian di dalam tubuh individutersebut. Contoh yang paling jelas, pertuturan boleh terhasil melibatkan penggunaan bibir,lidah, lelangit dan pita suara. Fonologi diertikan sebagai ilmu kajian yang melibatkan bunyi bahasa. Dalam erti katalain, fonologi adalah kajian tentang bunyi-bunyi dalam sesebuah bahasa. Inotasi fonetik,konsep dan istilah amat diperlukan dalam fonologi sebagai elemen tambahan. Menurut Merriam Webster‟s Collegaite Dictionary, fonologi juga dapat diertikansebagai sains bunyi sesebuah ucapan termasuklah sejarah dan teori perubahan bunyi dalamsatu atau lebih daripada satu jenis bahasa. Adrian Akmajianet pula telah memberi pengertian fonologi sebagai sub bidanglinguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi juga bertindak sebagai rumus yang mengawal bunyi yang disebarkan didalam pertuturan. Dialek pula bererti sesebuah bahasa yang sama dibunyikan atau dituturkan dalambunyi yang berbeza mengikut kawasan kependudukan. Elemen dalam sebutan, kosa kata dantatabahasa juga berbeza. Sesebuah bahasa yang dituturkan dengan seragam telah diubahkerana telah dipengaruhi daripada pelbagai faktor seperti faktor geografi. 1
  2. 2. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20121.1 Pemilihan Dialek Kami telah bercadang untuk memilih dialek Terengganu bergantung kepada beberapafaktor. Dialek Terengganu biasanya akan digunakan dalam seharian oleh masyarakat negeriTerengganu yang menetap di dalam negeri itu sendiri mahupun di mana sahaja merekaberada. Negeri Terengganu pula terletak di bahagian timur Semenanjung Malaysia. Dalam kajian ini, dialek Terengganu dipilih untuk dikaji adalah kerana dialek inimempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Keunikannya terserlah melaluiistilah dan makna sesebuah perkataan yang diucapkan. Sebutan yang terhasil memberiperbezaan berbanding dengan bahasa baku. Penggunaan dialek Terengganu ternyata semakin meluas berikutan faktor pendidikandan penghijrahan seseorang yang berasal dari negeri pantai timur itu. Ternyata dialek itudisambut baik oleh seluruh masyarakat sebagai penghormatan atas keunikan bahasa yangdigunakan bagi perlambangan negeri itu sendiri. Dialek ini juga dapat disebarkan melalui media massa berikutan penggunaan dialekTerengganu dalam sesetengah drama tempatan mahupun iklan-iklan di corong radio.Masyarakat Malaysia rata-rata boleh memahami dialek yang dituturkan walaupun berbezadaripada bahasa baku yang dipelajari di institusi pendidikan sebagai bahasa rasmi. Maknayang berbeza dan pemahaman yang tidak setara adalah merupakan beberapa elemen yangdititikberatkan dalam pemilihan dialek ini sebagai kajian kami. 2
  3. 3. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20121.2 Permasalah KajianGaya penggunaan dialek Terengganu oleh penutur adalah tidak kurang bezanya dengandialek negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, ianya terdapat perbezaan dari segi sebutan.Elemen utama dalam penggunaan dialek ini ialah penambahan huruf „g‟ bagi setiap perkataanyang diakhiri dengan huruf „n‟.Bahasa baku Dialek TerengganuTangan TangangMakan MakangIkan IkangBadan BadangTaman TamangHujan HujangKemaman Kemamang 3
  4. 4. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Di dalam dialek Terengganu juga, perkataan yang diakhiri dengan huruf „a‟ juga ditukarkepada huruf „e‟.Bahasa Baku Dialek TerengganuMana ManeSiapa SapeApa ApeAda AdeTerdapat beberapa istilah perkataan yang lain juga telah dituturkan dengan bunyi yangberbeza seperti:Bahasa Baku Dialek TerengganuPantai PataJumpa JupeSampai SapaPandai Panda 4
  5. 5. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Perkataan yang di akhiri dengan huruf „s‟ juga dituturkan dengan pengakhiran huruf „h‟.Bahasa Baku Dialek TerengganuPanas PanahDeras DerahLepas PahBas Bah1.4 Objektif KajianTerdapat beberapa objektif yang terkandung dalam pengajian dialek ini, iaitu:1. Menjelaskan penggunaan huruf lain di akhir perkataan yang sebenar.2. Menjelaskan pembabitan organ yang penting dalam penghasilan bunyi dialek.3. Mendedahkan makna yang sebenar di dalam bahasa Melayu baku.1.5 Batasan KajianSesetengah perkataan yang dituturkan dalam dialek ini telah disalah ertikan oleh masyarakatluar tempatan. 5
  6. 6. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20122.0 Sorotan Kajian LaluKajian mengenai dialek Terengganu ini telah lama dilakukan oleh pengkaji-pengkaji bahasapada masa yang lalu. Walau bagaimanapun, kajian yang lepas dapat dijadikan rujukan olehpara pengkaji terkini yang akan muncul dengan sesuatu penemuan kajian yang baru dan lebihbaik.Bahasa Melayu Terengganu merupakan bahasa lisan setempat yang telah dituturkan di negeriTerengganu kecuali di Daerah Besut dan Pulau Perhentian. Hal ini terjadi adalah keranakebanyakan masyarakat di sana menggunakan dialek Kelantan. Selain itu, dialek ini jugadigunakankan di luar negeri Terengganu seperti di Kuantan, Pahang serta di Rompin, Johor.Walaupun dialek ini kadangkala sukar difahami oleh penutur bahasa Melayu standard, namunia tidak jauh daripada maksud asal dan pengertiannya lebih kurang sama.Terdapat beberapa kajian oleh pakar bahasa yang memberi pendedahan tentang dialekTerengganu seperti Asmah Haji Omar dan Abdul Hamid Mahmood boleh dirujuk olehpengkaji kini.i) Menurut pengkaji pertama iaitu Asmah Haji Omar:Bahasa boleh dipecahkan kepada beberapa kelompok kawasan. Terdapat lima kelompokbahasa yang telah diterangkan oleh beliau dan dialek Terengganu ternyata berada di dalamkelompok Timur. 6
  7. 7. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Di dalam kajian beliau, Asmah telah menggariskan dialek Kelantan, Terengganu, dan Pahangsebagai satu kelompok pertuturan bahasa.Dialek negeri ini lazimnya akan digunakan dalam pertuturan sesama masyarakat yangmenetap di Darul Iman itu mahupun anak jati negeri itu yang menetap di luar penempatantersebut.Dialek ini telah turut dijadikan sebagai alat komunikasi dalam pergaulan harianbagi mewujudkan sesebuah kemasyarakatan yang harmoni dan bermuafakat. Di samping itu,dialek unik ini bukan sahaja diucapkan oleh masyarakat berbangsa Melayu, malah kaum Cinadan India turut menuturkan dialek ini tanpa dipengaruhi dengan pelat bahasa ibunda merekasendiri.Menurut beliau lagi, subdialek yang dituturkan di Kuala Terengganu telah diangkat sebagaidialek Terengganu standard. Selain itu juga, beliau telah mengulas bahawa Kuala Terengganumerupakan salah sebuah kawasan pusat budaya di mana kerja pentadbiran juga dilakukanselain daripada urusan perniagaan. Hal yang demikian, subdialek yang dituturkan di KualaTerengganu juga sedikit sebanyak telah menjadi sumber rujukan bagi pencetusan dialeknegeri tersebut.ii) Menurut pengkaji bahasa lain iaitu Abdul Hamid Mahmood pula:Abdul Hamid Mahmood telah merujuk kepada Mario Pei yang telah menyatakan bahawadialek merupakan variasi daripada sesuatu bahasa tertentu yang digunakan dalam percakapan 7
  8. 8. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012seharian oleh sesebuah masyarakat di sesuatu kawasan. Dialek yang dituturkan olehmasyarakat di sesebuah kawasan yang tertentu amat berbeza dengan bahasa melayu bakuyang dipelajari secara rasmi dalam pendidikan.Dialek sesebuah negeri amat berlainan baik dari segi sebutan, tatabahasa, mahupunpenggunaan kata-kata yang tertentu. Walau bagaimanapun, dialek ini tidaklah membawakepada bahasa yang baru.Dialek negeri Terengganu bukan sahaja digunakan dalam percakapan oleh penduduk negeriTerengganu. Dialek ini juga turut digunakan oleh masyarakat yang menetap di sekitarsempadan negeri Terengganu iaitu Kelantan dan Pahang.Menurut pengkaji bahasa ini, dialek Terengganu mempunyai keunikan yang tersendiri danternyata mempunyai perbezaan dengan bahasa Melayu baku yang digunakan baik dari segibunyi, tetapi juga dari segi morfologi.3.0 MetodologiSeperti yang telah diketahui, setiap bunyi atau fonologi sesuatu dialek bahasa Melayu dapatdibezakan dari sudut makna, dan juga gaya penuturan perkataan pada setiap akhir kata.Terdapat beberapa konsonan telah digantikan dalam sesuatu perkataan yang dituturkanmelalui dialek Terengganu ini. 8
  9. 9. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Selain itu, berikut merupakan beberapa konsonan yang telah ditukar dalam penuturan dialekTerengganu seperti konsonan „l‟, „t‟, dan „r‟ yang telah ditukar dalam sebutan dialek negeriini.Bahasa baku Dialek TerengganuHal HaKapal KapaBuat BuakPakat PakakGebar GeboHantar AtoBesar BesoFonologi yang dipraktikkan dalam penuturan dialek ini telah ditunjukkan dalam carta di atasberkenaan dengan beberapa konsonan yang berbeza.3.1 Dialektologi GeneratifMenurut Zaharani (1993), dialektologi generatif adalah merupakan bidang teori nahutransformasi generatif yang berfungsi dalam penghuraian dan perbandingan kelainan yangwujud di antara beberapa dialek.Di samping itu, aspek fonologi adalah sebuah aspek yang mengandungi paling banyakperbezaan antara penuturan dialek sesebuah negeri dengan sesebuah negeri yang lain. 9
  10. 10. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Menurut Newton (1972) pula, dialek-dialek yang digunakan oleh masyarakat di pelbagaitempat mempunyai andaian yang sama memandangkan dialek yang dituturkan merekaberasal daripada satu bahasa yang sama.Perbezaan-perbezaan yang wujud dalam dialek bahasa Melayu ini telah terhasil daripadapelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teoridialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi dalaman, manakaladialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.Kewujudan dialek dalam bahasa Melayu juga telah terjadi berdasarkan beberapa faktorseperti: Penambahan rumus. Penghilangan rumus. Atur rumus. Simplikasi rumus.3.2 Penambahan RumusPenambahan rumus merupakan sebuah bentuk perubahan bunyi yang melibatkanpertambahan satu rumus. Selain itu, apabila terdapat banyak penambahan rumus yangbanyak boleh menyebabkan dialek menjadi bahasa sukuan.Hal ini akan terjadi apabila sudah wujud keadaan saling tidak memahami dialek pertuturanyang digunakan antara satu sama.lain. 10
  11. 11. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Perubahan bunyi yang berlaku adalah disebabkan olehproses fonologi yang terdiri daripada proses: Pengguguran Perubahan Penyisipan Rumus penggeluncuran: l j / _____#3.3 Penghilangan RumusMenurut King (1969), penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujuddalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek keturunannya. Lazimnyakaedah perbandingan sinkronis digunakan untuk menentukan rumus asal dalam bahasasumber.Apabila sesuatu rumus itu dimanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumusitu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber. 11
  12. 12. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 Rumus pengguguran: r Ǿ/ __#3.4 Perbezaan Atur RumusDalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakanmengikut turutan. Satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain. Atur rumus sangatpenting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza.Perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza berdasarkan konteks kajiandialek. Rumus pembundaran: a Ə / ___ #3.5 Simplikasi RumusSimplikasi rumus merupakan rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja,dan kemudiannya dipermudahkan dengan penglibatan beberapa bunyi lain.Bunyi-bunyi „i‟ biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. 12
  13. 13. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Misalnya, rumus pengguguran /r/ y wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkankonsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek negeri Johor.Namun, dalam dialek negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, rumuspengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida danpenggeluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/. Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal: /,r,j,w Ǿ/ __#4.0 Hasil KajianDialek Terengganu mengandungi maksud yang telah dinyatakan iaitu dialek yangmempunyai ciri-ciri tertentu yang tersebar di kawasan Terengganu, dan ciri-ciri inilah yangmembezakan dialek ini dari dialek-dialek lain. Dalam kajian yang dijalankan ini, kami akanmembandingkan beberapa subdialek untuk menentukan kawasan penyebaran dialekTerengganu itu.Selain itu, dialek ini menentukan kawasan peralihan atau kawasan yang menerima pengaruhdari luar. Subdialek-subdialek yang akan diperkatakan itu ialah yang dituturkan di Ulu 13
  14. 14. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Telemong, Jerengau, Kuala Jengai, bandar baru Kuala Terengganu (khususnya KampungManir), Ulu Nerus dan Ulu Dungun.4.1 Sistem vokalUlu Telemong ialah kawasan yang terletak di pedalaman Terengganu. Ulu Telemong terletakdi antara daerah Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu.Kawasan ini juga dikatakan tidak banyak menerima pengaruh dari luar. SubdialekTerengganu mempunyai enam fonem vokal, iaitu [ i ], [ ə ], [ e ], [ a ], [ u ], [ o ]. Dengan itu[ a ] akhir kata dalam ejaan diucapkan sebagai [ ə ] dalam subdialek Ulu Telemong.Bahasa Baku Dialek Ulu TelemongBaca BacəKuala KualəDia Diə 14
  15. 15. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Bagaimanapun, bunyi [ ə ] akhir kata dalam subdialek juga mempunyai kesejajaran dengandiftong [ ai ] dalam bahasa Melayu standard . Sebagai contoh :Bahasa Baku Dialek Ulu TelemongSemai SeməMisai MisəTirai TirəVokal [ a ] dalam bahasa standard yang terdapat dalam suku kata akhir tertutup mempunyaiberbagai-bagai pengwujudan. Pertama vokal ini tetap sebagai [ a ] jika konsonan yangmengikutnya itu hentian glotis atau nasalnya [ ŋ ].Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongrodat ghudaqkandaŋ kərbau caqtahan tahaŋ ikan ikaŋ 15
  16. 16. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Di samping itu juga, sebelum [ h ], [ a ] dalam bahasa standard itu mempunyai kesejajarandengan [ o ] dalam subdialek negeri ini. Contohnya adalah seperti berikut:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongmərah mighohrumah ghumoh4.2 DiftongFonem [ a ] dalam subdialek Ulu Telemong dapat menduduki lingkungan akhir kata, tetapiyang kesejajarannya adalah diftong atau [ ai ]. Vokal [ i ] akhir kata dalam bahasa standardmempunyai kesejajaran dengan rangkap [ei ] yang diikuti oleh [ k ] dalam subdialek ini.Contohnya:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongubi ubeiktinggi tinggəik 16
  17. 17. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong dalam bahasa standardbersejajaran dengan satu-satu vokal dalam subdialek tertentu. Dengan demikian [ ai ] adakalanya sejajar dengan [ ə ] atau dengan [ a ]. Diftong [ au ] dalam bahasa standardmempunyai kesejajaran dalam [ o ] dalam subdialek ini. Contohnya seperti berikut:Bahasa Standard Ulu Telemongpakai pakabalai balapisau pisoSelain daripada itu, subdialek negeri ini mempunyai rangkap vokal seperti berikut [ ei ], [ aə],[ iə ], [ iu ], [ ua ] dan [ ao ], seperti dalam contoh-contoh yang berikut:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongduri dugheiqsən səngdunia duniəliar lioliaŋ liong 17
  18. 18. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012liur liudiam diangkuala kualədaun daong4.3 Konsonan PlosifSemua konsonan plosif boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. Lingkunganakhir kata, sebelum kesenyapan hanya boleh ditempati oleh hentian glotis [ q ] sahaja.Dengan demikian [ p ] dan [ t ] yang dalam bahasa standard menempati lingkungan tersebutmempunyai kesejajaran dengan [ k ] dalam subdialek ini. Contoh-contoh adalah sepertiberikut:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongdarat daghakikut ikukgəlap gəlak 18
  19. 19. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20124.4 Konsonan NasalBerkenaan dengan konsonan nasal pula, hanya [ ng ] yang dapat menempati kesemualingkungan yang diperkatakan. Konsonan-konsonan nasal lainnya hanya dapat menempatilingkungan pravokal dan antara vokal. Dengan itu [ ng ] dalam bahasa standard yang terletakdalam lingkungan akhir kata mempunyai kesejajaran dengan [ ng ] dalam subdielek ini.Sebagai contoh adalah seperti berikut:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongjalan jalongcawan cawonggunung gunongənam nongdalam daləng4.5 Konsonan FrikatifKonsonan frikatif [ s ] dan [ gh ] hanya terdapat dalam lingkungan pravokal dan antara vokalsahaja, dan dengan demikian memperlihatkan ciri persamaan dengan dialek-dialek lainseperti dialek Kedah, Kelantan dan Pahang. Konsonan [ h ] pula hanya terdapat dalamlingkungan akhir kata sahaja. 19
  20. 20. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Berhubung dengan itu, [ s ] akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan[ h ] dalam subdialek Ulu Telemong. Perubahan [ s ] ke [ h ] itu boleh jadi mempengaruhinilai vokal sebelumnya. Khususnya vokal [ a ] yang berubah menjadi [ ə ]. Demikian juga,vokal [ i ] berubah nilai bunyinya menjadi [ e ]. Contohnya seperti:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongdəras dəghəhalih aləhtikus tikuh4.6 Pengguguran vokalKonsonan [ r ] akhir kata digantikan dengan kesenyapan. Penguguran konsonan tersebutboleh mempengaruhi nilai vokal yang mendahuluinya, khususnya vokal [ a ] yang berubahmenjadi [ o ]. Sebagai contoh:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongtabir tabifikir pikiliar liotidur tidoliur liutəlur təlu 20
  21. 21. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012akar ako4.7 Konsonan AfrikatSeperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalamsubdialek negeri ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan-konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.Bahasa Baku Dialek Ulu TelemongCicak CicokJerat JeghakJaga Jagə4.8 Konsonan LateralKadangkala, konsonan [ o ] dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan [ u ]dalam subdialek ini. Sebagai contoh : 21
  22. 22. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongekor ikutəlur tiluRangkap konsonan jenis lain juga terdapat dalam subdialek ini iaitu rangkap yang terdiri darikonsonan plosif, frikatif [ s ] atau nasal yang diikuti oleh konsonan nasal [ l ], [ r ], misalnya [ml ], [ gl ], [ sl ] atau juga gabungan-gabungan lain seperti [ sm ], [ jm ], [ tp ], [ jn ] dansebagainya. Contoh-contohnya:Bahasa Baku Dialek Ulu Telemongtidur mlinulabah-labah glabəpəlaga plagəpanjat kghabəktidur dghəlohsəluar sluwotərfikir tpiketərmakan tmakangmənikah mnikoh 22
  23. 23. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Boleh dikatakan bahawa rangkap konsonan jenis kedua itu merupakan kelainan untuk urutanKVK, di mana vokal digugurkan. Dengan demikian contoh-contoh di atas itu boleh jugadiwujudkan sebagai [ məlinu ], [ gəlabe ], [ təpike ] dan sebagainya, khususnya dalampertuturan yang kurang tepat.Pemanjangan KonsonanDalam subdialek negeri ini juga terdapat gejala pemanjangan konsonan khususnya pada awalkata. Apabila dibandingkan dengan bahasa standard dan dialek-dialek lain, didapati bahawapemanjangan konsonan itu adalah ciri pengganti bagi suku kata yang hilang. Suku kata yangberkenaan yang letaknya di awal kata boleh merupakan morfem awalan, kata depan atau sukukata yang tidak mempunyai apa-apa makna. Contohnya:Bahasa Standard Ulu Telemongməngingatkan mengingəkdi dalam ddaləngdi sini ssinidi kampung kkapong 23
  24. 24. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 20125.0 KesimpulanDari perbandingan di atas itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa ciri vokal depan luas yangdisengaukan itu adalah ciri gangguan yang masuk ke dalam subdialek Ulu Nerus dari dialekKelantan, baik berdasarkan resapan ataupun perpindahan. Dengan itu juga, boleh dikatakanbahawa dalam subdialek Ulu Nerus pada asalnya terdapat urutan “ang” sama sepertisubdialek Kuala Terengganu dan bahawa ciri asli dialek Terengganu pada keseluruhannyaialah “ang”.Dibandingkan dengan subdialek yang dituturkan di Gong Terap yang terletak di daerahBesut, maka didapati bahawa subdialek ini juga mempunyai ciri vokal depan luas yangdisengaukan pada akhir kata itu sebagai kesejajaran dengan “ang”. Dalam aspek-aspekfonologi lainnya subdialek ini boleh dikatakan sama dengan subdialek Kuala Terengganukecuali dalam pengucapan [ a ] akhir kata, kerana dalam hal ini persamaannya ialah dengansubdialek Ulu Telemong.Dari perbandingan yang dilakukan ke atas bahasa Melayu yang dituturkan di berbagai-bagaitempat di Terengganu, kita dapat membuat kesimpulan sendiri. Pertama, subdialek yangdituturkan di bandar Kuala Terengganu dapat dianggap sebagai subdialek yang mewakilidialek Terengganu Standard.Kedua, Besut dan Ulu Nerus merupakan kawasan peralihan antara dialek Terengganu dandialek Kelantan. 24
  25. 25. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Ketiga, subdialek Ulu Telemong mewakili ciri-ciri yang boleh dikatakan banyak jugamenyimpang dari subdialek bandar Kuala Terengganu. Ciri-ciri penyimpangan itumencerminkan proses perubahan yang berlaku dalam masa yang silam.Bahawa subdialek bandar Kuala Terengganu tidak mengalami proses itu adalah disebabkanhubungannya yang terus menerus dengan dialek lain, khususnya dialek Johor, barangkalimelalui penutur-penutur golongan atasan, misalnya di kalangan istana. Dari sejarah, kitaketahui bahawa antara istana Terengganu dan istana Johor terdapat hubungan yang erat.Di samping itu juga Terengganu pernah menjadi sebahagian dari kerajaan besar Johor. Selaindari itu ciri-ciri persambungan dialek juga boleh menyebabkan bertahannya ciri-ciri seperti e-pepet dalam lingkungan akhir kata dan bertahannya a dalam –ang. Dalam hal ini kita lihatbahawa Kuala Terengganu lebih dekat hubungannya dengan Pekan daripada dengan KotaBharu.Keempat, kawasan-kawasan bandar (A), walaupun kecil , lebih banyak memperlihatkanpersamaan ciri-ciri pertuturannya dengan bandar Kuala Terengganu (B) dibandingkan antarabandar Kuala Terengganu dengan kawasan pedalaman (C) walaupun jarak antara A denganC lebih dekat daripada A dengan B. Kelima, kesinambungan antara subkawasan-subkawasandialek itu jelas dari ciri-ciri pertuturannya, dan dengan itu tidak ada pemisahan yangmendadak. 25
  26. 26. SEM 2 BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012Bibliografi1. Asmah Haji Omar, 2008.“Susur Galur Bahasa Melayu”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2. Zaharani Ahmad,2006. “Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).3. Asmah Haji Omar,1977. “Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu”.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan FonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd. 26
  27. 27. SEM 2BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2012 27

×