SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Monday, March 30, 2009 
PENGENALAN 
NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI 
CA 08059 
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang 
digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan 
yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk 
kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan 
ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian 
dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang 
dipertandingkan. 
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang 
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin 
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek 
moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang 
demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya 
diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan 
lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, 
wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 4 pendapat 
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU 
NAJIHAH YAAKOB 
CA 08116 
Sepak Raga 
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu 
permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari 
permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia 
bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah 
dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam 
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan 
dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya
itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum 
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau 
bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak 
jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 2 pendapat 
Batu Seremban 
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering 
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama 
ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua 
hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu 
yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan 
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini 
terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan 
peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai 
buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan 
buah tujuh. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:16 AM 2 pendapat 
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA 
NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN 
CA 08046 
Mahjong 
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan 
kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, 
nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan 
sebagai permainan komputer. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat 
Go
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di 
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai 
undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat 
Xiang Qi 
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. 
Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari 
China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula 
dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu 
permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan 
unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) 
daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan 
pergerakan sesetengah buah catur. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 1 pendapat 
Yo-yo Cina
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang 
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang 
diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan 
mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti 
Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat 
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. 
Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan 
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:16 AM 1 pendapat 
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA 
SITI NASUHA AZMAN 
CA08064 
Kho-kho 
'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan 
yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan 
ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu 
permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh 
pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang 
fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. 
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 
daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. 
Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar 
(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 
peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, 
pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah 
menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila 
pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi 
had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar 
giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain
yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran 
terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang 
diperlukan ialah 27mX15m. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 1 pendapat 
Chaturanga 
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di 
India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang 
bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan 
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang 
raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. 
Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes 
bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. 
Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi 
epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah 
formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah 
sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India 
saat itu. 
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan 
lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. 
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur 
yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang 
dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga 
menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk 
pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India 
semasa Kerajaan Nushirwan. 
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj 
(chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan 
ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui 
penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain 
mengalami perubahan bentuk. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 4:18 AM 0 pendapat 
Friday, March 27, 2009
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU 
CONGKAK 
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan 
Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau 
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia 
Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh 
cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai 
dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. 
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang 
sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah 
guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan 
oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar 
di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 
80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan 
sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut 
kemampuan si tukang pembuat congkak. 
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak 
dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang 
kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga 
buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain 
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung 
lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak 
lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam 
rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana 
kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ 
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, 
setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia 
dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya 
hingga pihak lawan mengaku kalah. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 1 pendapat 
PERMAINAN TRADISIONAL CINA 
MAHJONG
Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; 
merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: 
Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk 
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor 
utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek 
permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang 
pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set 
pemain sama ada 14 atau 17 keping. 
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah 
membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. 
Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan 
pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga 
(Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) 
Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, 
Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah 
rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius 
menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana 
pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai 
pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan 
domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang 
disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí 
(葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad 
yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, 
dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, 
adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat 
mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang 
berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain 
menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut 
antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua 
orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini 
diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis 
melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi 
Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang 
digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, 
terutamanya di kalangan penutur Kantonis. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat 
PERMAINAN TRADISIONAL INDIA 
KABADI 
Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini 
sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. 
Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, 
Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan 
hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti 
Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh 
pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola 
keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini 
dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran 
gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang
mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah 
balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan 
padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan 
tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan 
meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke 
pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, 
penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau 
bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak 
lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua 
mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir 
perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah 
berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua 
pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 8 pendapat 
PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG 
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang 
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai 
peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. 
Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi 
terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan 
sekarang akan dibincangkan selepas ini. 
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri 
kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan 
dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, 
pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi 
permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu 
dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan 
dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu 
ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata 
untuk bermain permainan tersebut. 
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang 
berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat 
ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara 
tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini. 
^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 0 pendapat 
KESIMPULAN
Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya 
sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi 
semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak 
muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, 
wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan 
silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya 
zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu 
diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat 
Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan 
keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. 
Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi 
memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….

More Related Content

Similar to Monday

Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisionalHooda Hudaya
 
CTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan TradisionalCTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan Tradisionaltainiashimadai
 
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxOlahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxAhmadAzizyAssoffah
 
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptx
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptxTEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptx
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptxReferaCahyani
 
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaBangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaHaslin Bahkiar
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...Guo Jing Lim
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)chaisy
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKANkuangwei94
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukanbingzhen ho
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Tingting Wong
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Tingting Wong
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...Guo Jing Lim
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)Vinnie Liong
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)SinceNg
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukanPei Yiing
 
Searah sepak bola
Searah sepak bolaSearah sepak bola
Searah sepak bolaMard Radja
 

Similar to Monday (19)

Kondi
KondiKondi
Kondi
 
Mainan tradisional
Mainan tradisionalMainan tradisional
Mainan tradisional
 
Sb (8)
Sb (8)Sb (8)
Sb (8)
 
CTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan TradisionalCTU555: Permainan Tradisional
CTU555: Permainan Tradisional
 
PENGENALAN PERMAINAN CATUR.pptx
PENGENALAN PERMAINAN CATUR.pptxPENGENALAN PERMAINAN CATUR.pptx
PENGENALAN PERMAINAN CATUR.pptx
 
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptxOlahraga Tradisional Indonesia.pptx
Olahraga Tradisional Indonesia.pptx
 
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptx
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptxTEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptx
TEMA 5 PB 3 T 5 SB 1 (shanum99.com).pptx
 
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaBangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
2 3perpaduanmelaluisukanteofoonghuanangohwee-130313100009-phpapp01-1303250840...
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
2.3 perpaduan melalui sukan(teo,foong,huan,ang,oh,wee)
 
2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan2.3 perpaduan melalui sukan
2.3 perpaduan melalui sukan
 
Searah sepak bola
Searah sepak bolaSearah sepak bola
Searah sepak bola
 

More from Lina Abu Bakar

Makalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniMakalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniLina Abu Bakar
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalLina Abu Bakar
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Lina Abu Bakar
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektifLina Abu Bakar
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaanLina Abu Bakar
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolahLina Abu Bakar
 
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)Lina Abu Bakar
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaanLina Abu Bakar
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaLina Abu Bakar
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialogLina Abu Bakar
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Lina Abu Bakar
 
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasiLina Abu Bakar
 

More from Lina Abu Bakar (20)

Makalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohaniMakalah pendidikan jasmani dan rohani
Makalah pendidikan jasmani dan rohani
 
Kertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisionalKertas kerja permainan tradisional
Kertas kerja permainan tradisional
 
Hsp psk thn5
Hsp psk thn5Hsp psk thn5
Hsp psk thn5
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4Hsp bm sk_y4
Hsp bm sk_y4
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
Dsk bahasa-malaysia-sk-thn-41
 
20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif20120308111042 jurnal reflektif
20120308111042 jurnal reflektif
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
 
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
20111220100217 modul hbef 2703 contoh penulisan kertas cadangan (1)
 
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
20120105112926 pengurusan kokurikulum sistem pertandingan_pindaan
 
Dalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysiaDalam karangan masyarakat malaysia
Dalam karangan masyarakat malaysia
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Membangun budaya dialog
Membangun budaya dialogMembangun budaya dialog
Membangun budaya dialog
 
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14Dummy serasi 2014 b4 30 april14
Dummy serasi 2014 b4 30 april14
 
Laksam kelantan
Laksam kelantanLaksam kelantan
Laksam kelantan
 
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 

Monday

  • 1. Monday, March 30, 2009 PENGENALAN NUR FADHILAH AHMAD KHAIRI CA 08059 Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:46 AM 4 pendapat JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU NAJIHAH YAAKOB CA 08116 Sepak Raga Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya
  • 2. itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:22 AM 2 pendapat Batu Seremban Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:16 AM 2 pendapat JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA NASIHA AMIRA ZAINAL ABIDIN CA 08046 Mahjong Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:54 AM 1 pendapat Go
  • 3. Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:35 AM 0 pendapat Xiang Qi Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:31 AM 1 pendapat Yo-yo Cina
  • 4. Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 7:16 AM 1 pendapat JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA SITI NASUHA AZMAN CA08064 Kho-kho 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain. Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain
  • 5. yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 6:49 AM 1 pendapat Chaturanga Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga. Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu. Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan. Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 4:18 AM 0 pendapat Friday, March 27, 2009
  • 6. PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU CONGKAK Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak. Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:48 AM 1 pendapat PERMAINAN TRADISIONAL CINA MAHJONG
  • 7. Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping. Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:28 AM 0 pendapat PERMAINAN TRADISIONAL INDIA KABADI Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang
  • 8. mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 9:12 AM 8 pendapat PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini. Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut. Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini. ^_^ ~Permainan Tradisional Malaysia~ pada 8:59 AM 0 pendapat KESIMPULAN
  • 9. Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….