SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
KOD KURSUS : HBML 2103
TAJUK KURSUS : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
SEMESTER : SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS)
NAMA : AMRI BIN NIBIN
NO. KP : 720206-12-5251
NO. KAD METRIK : 720206125251001
NAMA TUTOR
EN. CHANTHIRASEKAR AL-KARAPAN
NAMA E-TUTOR
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
Difinisi Morfologi 1
Difinisi konsep kata tugas 1 - 3
Preposisi 3
Konjungtor 3
Interjeksi 3
Artikula 4
Partikel penegas 4
Jenis-jenis kata tugas
Kelompok Kata Tugas 5
Jenis-jenis dan contoh-contoh kata Tugas 6 - 8
Kata Seru 9
Kata Tanya 10
Kata Perintah 11
Kata Pembenar 12
Kata Pangkal Ayat 12
Kata Bantu 13
Kata Penguat 14
Kata Penegas 14 - 15
Kata Nafi 15
Kata Pemeri 16
Kata Kata Sendi Nama 17
Kata Bilangan 18 – 20
Kata Penekan 20
Kata Pembenda 21
Rujukan
MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Definisi Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan
kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan)
yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah aku dan perakuan.
Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal, misalnya
Rumah , atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses
pengimbuhan (yang menghasilkan, misalnya, perumahan), proses pemajmukan (yang
menghasilkan rumah tangga) dan proses penggandaan (misalnya rumah-rumah).
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang
sama. Contohnyamenggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan
sebagainya.
Dalam bidang ilmu yang mengkaji penggolongan kata, terdapat empat pembahagian, iaitu
kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Penggunaan kata seperti kata tugas
menggunakan beberapa kriteria sebagai dasar bagi menentukan golongan kata, seperti kriteria
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Namun, permasalahan yang wujud dalam penggunaan kata tugas ialah ramai pelajar yang masih
keliru dari segi penggunaan kata tersebut, sama ada secara lisan mahupun penulisan.
Definisi dan Konsep Kata Tugas
Kebanyakan perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan kata nama, kata kerja dan kata
sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi,ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan-
perkataan itu hanya mempunyai tugas. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan itu disebut kata
tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting
kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak.
/1
Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata
tugas dalam pembentukan ayat. Buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan
bahawa kata partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai
fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat.
Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan bahawa kata tugas
tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini
nyata dibincangkan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis) dan
membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat.
Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim membahagikan 16 kata tugas yang berfungsi
mengikut keperluan ayat tersebut. Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata
kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan
frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa
utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung,
penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-
tugas lain.
Secara semantis kata tugas merupakan kata yang hanya mengandungi konsep-konsep
kemasyarakatan (Keraf, 1991:105). Dengan istilah lain kata tugas merupakan kata yang hanya
mempunyai makna gramatikal (Alwi dkk., 2000:287). Dari sudut ini kata tugas mempunyai
persamaan dengan afiks, yakni mempunyai makna gramatikal. Perbezaannya, afiks tidak
mempunyai kebebasan dalam tata tulis, ertinya afiks selalu ditulis berangkai dengan bentuk tidak
lain sedangkan kata tugas boleh ditulis berdiri sendiri, kecuali partikel-lah,-kah,-tah. Meskipun
demikian baik kata tugas mahupun afiks secara semantis adalah bentuk terikat kerana tidak
mampu hadir secara mendiri dalam tutur, keculi beberapa kata tugas yang tergabung dalam
interjeksi.
Secara morfologis kata tugas adalah kata yang tidak mampu menjadi asas pembentukan
bentuk kata lain (2000:287). Ciri ini yang membezakan kata tugas dengan kata utama, seperti
kata kerja kata nama. Kata kerja datang dapat menurunkan kata lain seperti mendatangi,
mendatangkan, dan kedatangan. Bentuk-bentuk seperti menyebabkan dan menyampaikan tidak
diturunkan dari kata tugas sebab dan sampai, tetapi dari nomina sebab dan kata kerja sampai
yang bentuknya sama tetapi kategorinya berbeza.
/2
Secara sintaksis kata tugas merupakan kata yang hampir semuanya perlu pendampingan
kelas kata lain, kecuali terinjeksi (Kridalaksana, 1986:47)
Dengan demikian, kata tugas adalah kata yang hanya mempunyai makna gramatikal yang tidak
mampu menjadi asas pembentukan kata dan kehadirannya memerlukan pendampingan kelas kata
yang lain.
Di antara mereka yang telah menggunakan istilah kata tugas adalah Gorys Keraf. Beliau
menjelaskan bahawa kata tugas terdiri dari preposisi, konjungsi, dan adverbia (1991:107). Ahli
yang lain seperti Raja Ali Haji menggunakan istilah "Harf" untuk menyebut preposisi, konjungsi,
interogativa, dan onomatope. Anton M. Moeliono menggunakan istilah zarah untuk merujuk
preposisi, konjungsi, penunjuk modaliti, penunjuk aspek, dan penunjuk darjat (dlm Kridalaksana,
1986:19). Di dalam Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia dijelaskan bahawa kata tugas terdiri atas
beberapa subkategori, iaitu: preposisi, konjungtor, interjeksi, artikula, dan pertikel penegas.
.
Preposisi
Secara semantis, preposisi menandakan hubungan makna antara konstituen di depan
preposisi dengan konstituen dibelakangnya. Dalam kes klausa pergi ke pasar misalnya, preposisi
ke menyatakan hubungan makna arah antara pergi dan pasaran.
Secara sintaksis, preposisi berada di depan kata nama, adjektif, atau adverbia sehingga
membentuk frasa yang dinamakan frasa preposisional, seperti ke kampus, sampai penuh, dan
dengan segera.
Secara morfologis, preposisi tidak mampu menjadi bentuk asas dalam pembentukan kata.
Konjungtor
Secara semantis, konjungtor menandakan hubungan makna antara konstituen di depan
konjungtor dengan konstituen dibelakangnya.
Interjeksi
Secara semantis, interjeksi mengungkapkan rasa hati pembicara seperti rasa kagum,
sedih, dan hairan. Untuk menyatakan betapa cantiknya seseorang, misalnya, kita
tidak hanya berkata, "Kamu sangat cantik," tetapi diaawali dengan kata seru atau
interjeksi aduh yang mengungkapkan perasaan kagum kita.
/3
Artikula
Secara semantis, artikula adalah kata tugas yang menghadkan makna namaan. Ada tiga
kumpulan artikula, iaitu: artikula yang brsifat gelar, merujuk kepada makna kelopok,
dan menominalkan.
Artikula yang bersifat gelaran pada umumnya bertalian dengan orang atau perkara yang
dianggap bermaruah. Jenis-jenis artikula ini adalah sang, sri, hang, dan dang.
Artikula yang merujuk kepada makna kumpulan atau makna kolektif adalah para. Kerana
artikula itu mengisyaratkan ketaktunggalan makna nama yang diiringinya tidak
dinyatakan dalam bentuk kata ulang.
Partikel Penegas
Secara semantis, penegas merupakan kata tugas yang menyatakan penegasan dan
pengerasan erti. Penegasan dinyatakan oleh partikel-lah,-kah,-tah, dan
pengerasan erti kata dinyatakan oleh pun.
Secara sintaksis, zarah terletak selepas kelas kata lain yang diikutinya.
Secara morfologis, partikel tidak mampu menjadi bentuk asas dalam pembentukan
kata.
Jenis Kata Tugas
Kata tugas dapat dijeniskan kepada 16 jenis berikut:
1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata tanya
4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat
6. Kata bantu
7. Kata penguat
8. Kata penegas
9. Kata nafi
/4
10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama
12. Kata pembenar
13. Kata arah
14. Kata bilangan
15. Kata penekan
16. Kata pembenda
Kelompok Dasar Kata Tugas
Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis kata tugas ini ke dalam
empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, seperti yang
berikut:
1. Kata penyambung ayat
2. Kata praklausa
3. Kata prafrasa
4. Kata pascakata
Kata penyambungan ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih atau majmuk. Selaras dengan jenis ayat majmuk,
maka terdapat dua jenis kata hubung, iaitu:
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri
daripada:
1. Kata seru
2. Kata Tanya
3. Kata perintah
4. Kata pembenar
5. Kata pangkal ayat
/5
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan , iaitu sama ada frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa ini mendukung tugas-tugas
maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan,
menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. Berdasarkan tugas-
tugas ini, terdapat lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
1. Kata bantu
2. Kata penguat
3. Kata penegas
4. Kata nafi
5. Kata pemeri
6. Kata sendi nama
7. Kata arah
8. Kata bilangan
Kata pascakata memberikan contoh penggunaan –nya dalam Bahasa Melayu hadir selepas
perkataan dan membawa maksud tertentu, iaitu sebagai:
1. Kata penekan
2. Kata pembenda
Jenis-jenis dan Contoh-contoh Kata Tugas
Setiap jenis kata tugas dibuktikan dengan huraian dan contoh-contoh yang relevan seperti
berikut:
1. Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
tara sifatnya. Ayat yang terbantuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat
majmuk gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan:
/6
Contohnya:
Dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian
Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
~Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
~tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
~Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
~Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
2. Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat
majmuk pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis
ayat majmuk pancangan. Oleh itu, terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:
a. Kata hubung pancangan relatif
b. Kata hubung pancangan komplemen
c. Kata hubung pancangan keterangan
a. Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang.
Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut:
~Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran.
~Budak yang sedang membaca itu adik saya.
~Buku yang dibeli Ahmad itu buku sejarah.
~Mereka menonton drama yang disukai ramai.
/7
b. Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Terdapat dua contoh, iaitu
bahawa dan untuk.
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
~Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
~ Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
~Ibu itu memberitahu bahawa anaknya akan pulang esok.
~Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
c. Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak besar. Antaranya
ialah:
Kerana Agar meskipun
sekiranya Semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga Jika(lau) semasa
sementara Setelah sewaktu
ketika Tatkala untuk
walaupun Sungguhpun apabila
Contoh penggunaannya dalam ayat:
~Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
~Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekirannya tiada sambutan.
~Kalau musuh menyerang kami akan melawan.
~Dia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
/8
3. Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan
dalam ayat seruan.
Contohnya:
aduh oh
cis eh
celaka syabas
wah aduhai
amboi wahai
Contoh ayat penggunaan kata seru adalah seperti berikut:
 aduh-untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum.
~Aduh, sakitnya tanganku!
~Aduh, besarnya rumahmu!
 aduhai-untuk menyatakan perasaan sedih.
~Aduhai, malang sungguh nasibku!
 amboi/wah-untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
~Amboi, mahal sungguh kereta itu!
~Wah, berani budak itu!
 cis-untuk menyatakan perasaan marah atau benci.
~Cis, berani dia menentangku!
 eh-untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut.
~Eh, tadi dia ada di sini!
~Eh, kamu suda sampai!
/9
4. Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
Contohnya:
mengapa berapa
bagaimana bila
kenapa
Lihat contoh-contoh berikut:
~Harga rumah kamu berapa?
~Berapakah harga rumah baru kamu?
Tiga kata ganti nama digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu:
Apa
Siapa
Mana
Contoh penggunaan ayatnya seperti berikut:
~Siapakah nama kamu?
~Rumahmu di mana?
Perhatian: Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Contohnya:
1) Harga buku itu berapa?
2) Keputusan Peperiksaan tahun ini bagaimana?
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai
partikel –kah.
/10
Contohnya:
1) Berapakah harga buku itu?
2) Bagaimanakah keputusan peperiksaan tahun ini?
5. Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan Sila minta
usah Jemput tolong
tak usah
Contoh ayat bagi bagi kata perintah ialah:
 larangan
~Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.
~Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
 Silaan-
~Jemputlah masuk.
~Sila jamu selera.
 Permintaan
~Tolong angkat baju itu.
~Minta bersihkan meja awak ini.
/11
6. Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.
Contohnya:
Ya
Benar
Betul
Contoh penggunaan ayat bagi kata pembenar ialah seperti berikut:
~Ya, itulah orangnya.
~Betul, kamilah yang menjaga budak itu.
~Benar, dia tidak bercakap bohong.
7. Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda
kesinambungan ayat dalam wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka arakian
syahdan sebermula
adapun sekali peristiwa
alkisah
Contoh penggunaan ayatnya ialah:
~Maka panglima itu pun diberi persalinan.
~Hatta istana itu pun siaplah.
~Alkisah, seorang tua dengan cucu lelakinya yang hidup miskin.
/12
Perhatian: Kecuali maka, kata-kata pangkal ayat ini tidak begitu digunakan lagi.
8. Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan daripada aspek waktu atau ragam. Kata
bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Contohnya:
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
telah hendak
sudah mahu
pernah harus
sedang mesti
masih boleh
akan dapat
belum
Contok penggunaan ayat bagi kata bantu ialah seperti berikut:
~Pekerja itu sudah pulang.
~Ahmad akan ke sana esok.
~Kanak-kanak itu hendak makan.
~Dia sedang membasuh pakaiannya.
/13
9. Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif . Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu
kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Contohnya:
Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas
terlalu sekali amat
paling nian sangat
agak benar sungguh
Contoh penggunaan ayat:
 Kata penguat hadapan
~Masakan ibunya paling sedap.
~Sungai itu agak dalam.
 Kata penguat belakang
~Indah nian istana bunian.
~Lambat benar bas itu tiba.
 Kata penguat bebas
~Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
~Pakaian seragam pasukan itu kemas sungguh.
10. Kata Penegas
Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian
tertentu dalam ayat.
/14
Contohnya:
1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
-kah, -lah dan -tah
Perhatian: Kehadiran ketiga-tiga kata penegas jenis ini, yang disebut juga partikel, berlaku
apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses
pendepanan, iaitu yang dibawa ke bahagian hadapan ayat.
2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa
predikat atau bahagian-bahagiannya
juga sahaja
jua lagi
pun memang
Contoh penggunaan ayatnya ialah seperti berikut:
~Memang dia sahabat baik saya.
~Kami juga ingin ke pecan.
~Siapakah majikan kamu?
~Itulah rumah idamanku.
11. Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua kata nafi, masing-masing dengan
tugasnya iaitu:
a) Bukan - yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama, dan
b) Tidak - yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
/15
Walau bagaimanapun, bukan boleh jadi hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-
dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh penggunaan ayat bagi kata naïf ialah:
 Bukan (FN/FSN)
~Projek itu bukan usaha saya.
~Makanan itu bukan untuk Ratna.
 Tidak (FK/FA)
~Bapanya tidak turun ke sawah hari ini.
~Kenyataan itu tidak benar.
 Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat
~Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.
~Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah oranganya.
12. Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-
frasa utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu:
a) ialah - yang hadir di hadapan predikat frasa nama, dan
b) adalah - yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Perhatian: Ayat yang polanya FN + FK tidak memerlukan kata pemeri.
Contohnya:
Ali + Sedang mandi
(FN) (FK)
Contoh penggunaan ayat bagi kata pemeri ialah:
~Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
~Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
/16
~Rojak ialah makanan kegemaran saya.
~Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari isnin.
13. Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Dalam bahasa Melayu
di tentang hingga
ke seperti antara
dari bagai untuk
daripada umpama dengan
kepada laksana dalam
Contoh penggunaan ayat kata sendi nama adalah seperti berikut:
~Ibunya bekerja di sekolah itu. (menunjukkan tempat)
~Mereka akan ke Kuantan esok. (menunjukkan masa)
~Angin kencang bertiup dari arah selatan. (menunjukkan arah)
~Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. (menyatakan punca bagi manusia)
~Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (menyatakan sasaran manusia/haiwan)
14. Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata
sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan
Contohnya:
/17
di atas meja
di antara dua buah bandar
ke tepi tasik
dari dalam laci meja
dari luar negara
ke utara Semenanjung Malaysia
Contoh ke arah lain:
bawah segi
belakang selatan
tengah samping
sisi timur
penjuru barat
sudut hadapan
Contoh penggunaan ayat bagi kata arah ialah:
~Buku itu ada di atas meja.
~Mereka menuju ke tengah padang.
~Kucing itu menyorok di dalam semak.
~Angin bertiup dari arah selatan.
15. Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama. Terdapat lima
jenis kata bilangan, iaitu:
/18
a) Yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya
tiga
sepuluh
dua juta
lima belas ribu
Contoh ayat:
~Tiga hari lagi saya akan berangkat ke Itali.
b) Yang menunjukkan bilangan tak tentu
segala para
semua beberapa
sekalian banyak
seluruh sedikit
Contoh ayat:
~Segala persiapan telah dibuat.
c) Yang membawa maksud himpunan
kelima-lima berabad-abad
berpuluh-puluh berguni-guni
Contoh ayat:
~Kelima-lima orang pesalah itu akan dipenjara.
d) Yang membawa maksud pisahan
masing-masing
setiap
tiap-tiap
Contoh ayat:
~Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan.
e) Yang membawa maksud pecahan
setengah separuh
seperempat dua pertiga
Contoh ayat:
~Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim.
16. Kata Penekan
Kata penekan ialah bentuk kata yang member penegasan kepada kata yang bergabung
dengannya.
Contohnya:
sesungguhnya
nampaknya
bahawasanya
Contoh penggunaan ayatnya ialah seperti berikut:
~Lapisan ozon sesungguhnya semakin nipis.
~Nampaknya dia semakin lancer membaca.
~Bahawasanya, sekolah ini akan mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.
/20
17. Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama
menjadi kata nama.
Contohnya:
lajunya
sakitnya
baiknya
Contoh penggunaan ayat bagi kata pembenda ialah:
~Lajunya ialah 100km sejam.
~Baiknya budak yang menolong orang tua tersebut melintas jalan.
~Sakitnya bukan kepalang.
Kesimpulannya, walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-
perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak. Kata tugas
merupakan kata yang hanya mengandungi konsep-konsep kemasyarakatan dan hanya
mempunyai makna gramatikal, tidak mampu berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat
penting dalam sesuatu ayat.
/21
Bibliografi/Rujukan:
1) http://www.scribd.com/doc/18358055/MORFOLOGI
2) Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi danSintaksis). Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
3) Buku Kursus Komprehensif Bahasa Melayu STPM
4) http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2011/07/nota-ringkas-kata-tugas.html
5) http://translate.google.com/#id/ms

More Related Content

What's hot

14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayuAan Samad
 
Bml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namaBml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namajamaliahkirby
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Bab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kataBab 3 golongan kata
Bab 3 golongan katawanarizwan
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan katawanarizwan
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 

What's hot (20)

14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 
Bml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namaBml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata nama
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
KRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayuKRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayu
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Bab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kataBab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kata
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Nota Kata Nama
Nota Kata NamaNota Kata Nama
Nota Kata Nama
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kata
 
Bm sintaksis
Bm sintaksisBm sintaksis
Bm sintaksis
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 

Similar to 720206125251 243616 final

21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxEwei Voon
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Morfologi dan sintaksis bahasa melayu
Morfologi dan sintaksis bahasa melayuMorfologi dan sintaksis bahasa melayu
Morfologi dan sintaksis bahasa melayubudi awang
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraAzyda Aziz
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 

Similar to 720206125251 243616 final (20)

21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Morfologi dan sintaksis bahasa melayu
Morfologi dan sintaksis bahasa melayuMorfologi dan sintaksis bahasa melayu
Morfologi dan sintaksis bahasa melayu
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
TATABAHASA TAHUN 4.pdf
TATABAHASA TAHUN 4.pdfTATABAHASA TAHUN 4.pdf
TATABAHASA TAHUN 4.pdf
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 

More from amryee

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2amryee
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)amryee
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2amryee
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2amryee
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4amryee
 

More from amryee (7)

Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Diverse learners 2
Diverse learners 2Diverse learners 2
Diverse learners 2
 
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)Tugasan hbsc2203 (jan 13)
Tugasan hbsc2203 (jan 13)
 
Biodiversiti 2
Biodiversiti 2Biodiversiti 2
Biodiversiti 2
 
Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2Bahasa malaysia tahun 2
Bahasa malaysia tahun 2
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4
 

Recently uploaded

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (12)

1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

720206125251 243616 final

  • 1. PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN KOD KURSUS : HBML 2103 TAJUK KURSUS : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU SEMESTER : SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS) NAMA : AMRI BIN NIBIN NO. KP : 720206-12-5251 NO. KAD METRIK : 720206125251001 NAMA TUTOR EN. CHANTHIRASEKAR AL-KARAPAN NAMA E-TUTOR
  • 2. ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat Difinisi Morfologi 1 Difinisi konsep kata tugas 1 - 3 Preposisi 3 Konjungtor 3 Interjeksi 3 Artikula 4 Partikel penegas 4 Jenis-jenis kata tugas Kelompok Kata Tugas 5 Jenis-jenis dan contoh-contoh kata Tugas 6 - 8 Kata Seru 9 Kata Tanya 10 Kata Perintah 11 Kata Pembenar 12 Kata Pangkal Ayat 12 Kata Bantu 13 Kata Penguat 14 Kata Penegas 14 - 15 Kata Nafi 15 Kata Pemeri 16 Kata Kata Sendi Nama 17 Kata Bilangan 18 – 20 Kata Penekan 20 Kata Pembenda 21 Rujukan
  • 3. MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU Definisi Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Dua contoh struktur kata ialah aku dan perakuan. Bentuk kata pula ialah sesuatu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal, misalnya Rumah , atau yang dihasilkan melalui beberapa proses pembentukan kata seperti proses pengimbuhan (yang menghasilkan, misalnya, perumahan), proses pemajmukan (yang menghasilkan rumah tangga) dan proses penggandaan (misalnya rumah-rumah). Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan dalam sesuatu bahasa berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan lain dalam golongan yang sama. Contohnyamenggolongkan perkataan ke dalam golongan kata nama, kata kerja dan sebagainya. Dalam bidang ilmu yang mengkaji penggolongan kata, terdapat empat pembahagian, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Penggunaan kata seperti kata tugas menggunakan beberapa kriteria sebagai dasar bagi menentukan golongan kata, seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Namun, permasalahan yang wujud dalam penggunaan kata tugas ialah ramai pelajar yang masih keliru dari segi penggunaan kata tersebut, sama ada secara lisan mahupun penulisan. Definisi dan Konsep Kata Tugas Kebanyakan perkataan mempunyai makna. Perkataan-perkataan kata nama, kata kerja dan kata sifat, semuanya mempunyai makna. Tetapi,ada perkataan tidak mempunyai makna. Perkataan- perkataan itu hanya mempunyai tugas. Oleh yang demikian, perkataan-perkataan itu disebut kata tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan-perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak. /1
  • 4. Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata tugas dalam pembentukan ayat. Buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar menyatakan bahawa kata partikel (kata tugas) tidak mempunyai makna atau berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat. Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Melayu, menyatakan bahawa kata tugas tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas tertentu mengikut keperluan sesuatu ayat. Ini nyata dibincangkan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis) dan membahagikan kata tugas kepada 14 kata lain mengikut penggunaannya dalam sesuatu ayat. Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim membahagikan 16 kata tugas yang berfungsi mengikut keperluan ayat tersebut. Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas- tugas lain. Secara semantis kata tugas merupakan kata yang hanya mengandungi konsep-konsep kemasyarakatan (Keraf, 1991:105). Dengan istilah lain kata tugas merupakan kata yang hanya mempunyai makna gramatikal (Alwi dkk., 2000:287). Dari sudut ini kata tugas mempunyai persamaan dengan afiks, yakni mempunyai makna gramatikal. Perbezaannya, afiks tidak mempunyai kebebasan dalam tata tulis, ertinya afiks selalu ditulis berangkai dengan bentuk tidak lain sedangkan kata tugas boleh ditulis berdiri sendiri, kecuali partikel-lah,-kah,-tah. Meskipun demikian baik kata tugas mahupun afiks secara semantis adalah bentuk terikat kerana tidak mampu hadir secara mendiri dalam tutur, keculi beberapa kata tugas yang tergabung dalam interjeksi. Secara morfologis kata tugas adalah kata yang tidak mampu menjadi asas pembentukan bentuk kata lain (2000:287). Ciri ini yang membezakan kata tugas dengan kata utama, seperti kata kerja kata nama. Kata kerja datang dapat menurunkan kata lain seperti mendatangi, mendatangkan, dan kedatangan. Bentuk-bentuk seperti menyebabkan dan menyampaikan tidak diturunkan dari kata tugas sebab dan sampai, tetapi dari nomina sebab dan kata kerja sampai yang bentuknya sama tetapi kategorinya berbeza. /2
  • 5. Secara sintaksis kata tugas merupakan kata yang hampir semuanya perlu pendampingan kelas kata lain, kecuali terinjeksi (Kridalaksana, 1986:47) Dengan demikian, kata tugas adalah kata yang hanya mempunyai makna gramatikal yang tidak mampu menjadi asas pembentukan kata dan kehadirannya memerlukan pendampingan kelas kata yang lain. Di antara mereka yang telah menggunakan istilah kata tugas adalah Gorys Keraf. Beliau menjelaskan bahawa kata tugas terdiri dari preposisi, konjungsi, dan adverbia (1991:107). Ahli yang lain seperti Raja Ali Haji menggunakan istilah "Harf" untuk menyebut preposisi, konjungsi, interogativa, dan onomatope. Anton M. Moeliono menggunakan istilah zarah untuk merujuk preposisi, konjungsi, penunjuk modaliti, penunjuk aspek, dan penunjuk darjat (dlm Kridalaksana, 1986:19). Di dalam Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia dijelaskan bahawa kata tugas terdiri atas beberapa subkategori, iaitu: preposisi, konjungtor, interjeksi, artikula, dan pertikel penegas. . Preposisi Secara semantis, preposisi menandakan hubungan makna antara konstituen di depan preposisi dengan konstituen dibelakangnya. Dalam kes klausa pergi ke pasar misalnya, preposisi ke menyatakan hubungan makna arah antara pergi dan pasaran. Secara sintaksis, preposisi berada di depan kata nama, adjektif, atau adverbia sehingga membentuk frasa yang dinamakan frasa preposisional, seperti ke kampus, sampai penuh, dan dengan segera. Secara morfologis, preposisi tidak mampu menjadi bentuk asas dalam pembentukan kata. Konjungtor Secara semantis, konjungtor menandakan hubungan makna antara konstituen di depan konjungtor dengan konstituen dibelakangnya. Interjeksi Secara semantis, interjeksi mengungkapkan rasa hati pembicara seperti rasa kagum, sedih, dan hairan. Untuk menyatakan betapa cantiknya seseorang, misalnya, kita tidak hanya berkata, "Kamu sangat cantik," tetapi diaawali dengan kata seru atau interjeksi aduh yang mengungkapkan perasaan kagum kita. /3
  • 6. Artikula Secara semantis, artikula adalah kata tugas yang menghadkan makna namaan. Ada tiga kumpulan artikula, iaitu: artikula yang brsifat gelar, merujuk kepada makna kelopok, dan menominalkan. Artikula yang bersifat gelaran pada umumnya bertalian dengan orang atau perkara yang dianggap bermaruah. Jenis-jenis artikula ini adalah sang, sri, hang, dan dang. Artikula yang merujuk kepada makna kumpulan atau makna kolektif adalah para. Kerana artikula itu mengisyaratkan ketaktunggalan makna nama yang diiringinya tidak dinyatakan dalam bentuk kata ulang. Partikel Penegas Secara semantis, penegas merupakan kata tugas yang menyatakan penegasan dan pengerasan erti. Penegasan dinyatakan oleh partikel-lah,-kah,-tah, dan pengerasan erti kata dinyatakan oleh pun. Secara sintaksis, zarah terletak selepas kelas kata lain yang diikutinya. Secara morfologis, partikel tidak mampu menjadi bentuk asas dalam pembentukan kata. Jenis Kata Tugas Kata tugas dapat dijeniskan kepada 16 jenis berikut: 1. Kata hubung 2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu 7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi /4
  • 7. 10. Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12. Kata pembenar 13. Kata arah 14. Kata bilangan 15. Kata penekan 16. Kata pembenda Kelompok Dasar Kata Tugas Untuk memudahkan penghuraian, bolehlah dikelompokkan 16 jenis kata tugas ini ke dalam empat kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, seperti yang berikut: 1. Kata penyambung ayat 2. Kata praklausa 3. Kata prafrasa 4. Kata pascakata Kata penyambungan ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih atau majmuk. Selaras dengan jenis ayat majmuk, maka terdapat dua jenis kata hubung, iaitu: 1. Kata hubung gabungan 2. Kata hubung pancangan Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada: 1. Kata seru 2. Kata Tanya 3. Kata perintah 4. Kata pembenar 5. Kata pangkal ayat /5
  • 8. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan , iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. Berdasarkan tugas- tugas ini, terdapat lapan jenis kata prafrasa, iaitu: 1. Kata bantu 2. Kata penguat 3. Kata penegas 4. Kata nafi 5. Kata pemeri 6. Kata sendi nama 7. Kata arah 8. Kata bilangan Kata pascakata memberikan contoh penggunaan –nya dalam Bahasa Melayu hadir selepas perkataan dan membawa maksud tertentu, iaitu sebagai: 1. Kata penekan 2. Kata pembenda Jenis-jenis dan Contoh-contoh Kata Tugas Setiap jenis kata tugas dibuktikan dengan huraian dan contoh-contoh yang relevan seperti berikut: 1. Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbantuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut diberi beberapa contoh kata hubung gabungan: /6
  • 9. Contohnya: Dan lalu atau malahan tetapi sambil serta kemudian Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: ~Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. ~tetamu itu bangun lalu turun ke serambi. ~Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. ~Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan. 2. Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa utama dalam ayat majmuk pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan. Oleh itu, terdapat tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu: a. Kata hubung pancangan relatif b. Kata hubung pancangan komplemen c. Kata hubung pancangan keterangan a. Kata hubung pancangan relatif Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif, iaitu yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut: ~Pemuda yang kena tangkap itu telah diberi amaran. ~Budak yang sedang membaca itu adik saya. ~Buku yang dibeli Ahmad itu buku sejarah. ~Mereka menonton drama yang disukai ramai. /7
  • 10. b. Kata hubung pancangan komplemen Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Terdapat dua contoh, iaitu bahawa dan untuk. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: ~Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. ~ Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. ~Ibu itu memberitahu bahawa anaknya akan pulang esok. ~Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. c. Kata hubung pancangan keterangan Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak besar. Antaranya ialah: Kerana Agar meskipun sekiranya Semoga supaya kalau andai kata kendatipun hingga Jika(lau) semasa sementara Setelah sewaktu ketika Tatkala untuk walaupun Sungguhpun apabila Contoh penggunaannya dalam ayat: ~Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. ~Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekirannya tiada sambutan. ~Kalau musuh menyerang kami akan melawan. ~Dia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. /8
  • 11. 3. Kata Seru Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contohnya: aduh oh cis eh celaka syabas wah aduhai amboi wahai Contoh ayat penggunaan kata seru adalah seperti berikut:  aduh-untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum. ~Aduh, sakitnya tanganku! ~Aduh, besarnya rumahmu!  aduhai-untuk menyatakan perasaan sedih. ~Aduhai, malang sungguh nasibku!  amboi/wah-untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum ~Amboi, mahal sungguh kereta itu! ~Wah, berani budak itu!  cis-untuk menyatakan perasaan marah atau benci. ~Cis, berani dia menentangku!  eh-untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut. ~Eh, tadi dia ada di sini! ~Eh, kamu suda sampai! /9
  • 12. 4. Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Contohnya: mengapa berapa bagaimana bila kenapa Lihat contoh-contoh berikut: ~Harga rumah kamu berapa? ~Berapakah harga rumah baru kamu? Tiga kata ganti nama digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu: Apa Siapa Mana Contoh penggunaan ayatnya seperti berikut: ~Siapakah nama kamu? ~Rumahmu di mana? Perhatian: Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Contohnya: 1) Harga buku itu berapa? 2) Keputusan Peperiksaan tahun ini bagaimana? Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah. /10
  • 13. Contohnya: 1) Berapakah harga buku itu? 2) Bagaimanakah keputusan peperiksaan tahun ini? 5. Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contohnya: Larangan Silaan Permintaan jangan Sila minta usah Jemput tolong tak usah Contoh ayat bagi bagi kata perintah ialah:  larangan ~Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis. ~Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.  Silaan- ~Jemputlah masuk. ~Sila jamu selera.  Permintaan ~Tolong angkat baju itu. ~Minta bersihkan meja awak ini. /11
  • 14. 6. Kata Pembenar Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contohnya: Ya Benar Betul Contoh penggunaan ayat bagi kata pembenar ialah seperti berikut: ~Ya, itulah orangnya. ~Betul, kamilah yang menjaga budak itu. ~Benar, dia tidak bercakap bohong. 7. Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contohnya: hatta kalakian maka arakian syahdan sebermula adapun sekali peristiwa alkisah Contoh penggunaan ayatnya ialah: ~Maka panglima itu pun diberi persalinan. ~Hatta istana itu pun siaplah. ~Alkisah, seorang tua dengan cucu lelakinya yang hidup miskin. /12
  • 15. Perhatian: Kecuali maka, kata-kata pangkal ayat ini tidak begitu digunakan lagi. 8. Kata Bantu Kata bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan daripada aspek waktu atau ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Contohnya: Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam telah hendak sudah mahu pernah harus sedang mesti masih boleh akan dapat belum Contok penggunaan ayat bagi kata bantu ialah seperti berikut: ~Pekerja itu sudah pulang. ~Ahmad akan ke sana esok. ~Kanak-kanak itu hendak makan. ~Dia sedang membasuh pakaiannya. /13
  • 16. 9. Kata Penguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif . Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Contohnya: Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas terlalu sekali amat paling nian sangat agak benar sungguh Contoh penggunaan ayat:  Kata penguat hadapan ~Masakan ibunya paling sedap. ~Sungai itu agak dalam.  Kata penguat belakang ~Indah nian istana bunian. ~Lambat benar bas itu tiba.  Kata penguat bebas ~Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. ~Pakaian seragam pasukan itu kemas sungguh. 10. Kata Penegas Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. /14
  • 17. Contohnya: 1. Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya -kah, -lah dan -tah Perhatian: Kehadiran ketiga-tiga kata penegas jenis ini, yang disebut juga partikel, berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, iaitu yang dibawa ke bahagian hadapan ayat. 2. Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya juga sahaja jua lagi pun memang Contoh penggunaan ayatnya ialah seperti berikut: ~Memang dia sahabat baik saya. ~Kami juga ingin ke pecan. ~Siapakah majikan kamu? ~Itulah rumah idamanku. 11. Kata Nafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua kata nafi, masing-masing dengan tugasnya iaitu: a) Bukan - yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama, dan b) Tidak - yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. /15
  • 18. Walau bagaimanapun, bukan boleh jadi hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua- dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contoh penggunaan ayat bagi kata naïf ialah:  Bukan (FN/FSN) ~Projek itu bukan usaha saya. ~Makanan itu bukan untuk Ratna.  Tidak (FK/FA) ~Bapanya tidak turun ke sawah hari ini. ~Kenyataan itu tidak benar.  Bukan (FK/FA) pertentangan maklumat ~Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. ~Pak Ali bukan kaya sangat, tetapi pemurah oranganya. 12. Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa- frasa utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu: a) ialah - yang hadir di hadapan predikat frasa nama, dan b) adalah - yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perhatian: Ayat yang polanya FN + FK tidak memerlukan kata pemeri. Contohnya: Ali + Sedang mandi (FN) (FK) Contoh penggunaan ayat bagi kata pemeri ialah: ~Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya. ~Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. /16
  • 19. ~Rojak ialah makanan kegemaran saya. ~Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari isnin. 13. Kata Sendi Nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Dalam bahasa Melayu di tentang hingga ke seperti antara dari bagai untuk daripada umpama dengan kepada laksana dalam Contoh penggunaan ayat kata sendi nama adalah seperti berikut: ~Ibunya bekerja di sekolah itu. (menunjukkan tempat) ~Mereka akan ke Kuantan esok. (menunjukkan masa) ~Angin kencang bertiup dari arah selatan. (menunjukkan arah) ~Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. (menyatakan punca bagi manusia) ~Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. (menyatakan sasaran manusia/haiwan) 14. Kata Arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan Contohnya: /17
  • 20. di atas meja di antara dua buah bandar ke tepi tasik dari dalam laci meja dari luar negara ke utara Semenanjung Malaysia Contoh ke arah lain: bawah segi belakang selatan tengah samping sisi timur penjuru barat sudut hadapan Contoh penggunaan ayat bagi kata arah ialah: ~Buku itu ada di atas meja. ~Mereka menuju ke tengah padang. ~Kucing itu menyorok di dalam semak. ~Angin bertiup dari arah selatan. 15. Kata Bilangan Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa nama. Terdapat lima jenis kata bilangan, iaitu: /18
  • 21. a) Yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya tiga sepuluh dua juta lima belas ribu Contoh ayat: ~Tiga hari lagi saya akan berangkat ke Itali. b) Yang menunjukkan bilangan tak tentu segala para semua beberapa sekalian banyak seluruh sedikit Contoh ayat: ~Segala persiapan telah dibuat. c) Yang membawa maksud himpunan kelima-lima berabad-abad berpuluh-puluh berguni-guni Contoh ayat: ~Kelima-lima orang pesalah itu akan dipenjara. d) Yang membawa maksud pisahan masing-masing setiap tiap-tiap
  • 22. Contoh ayat: ~Setiap orang dikehendaki mengisi borang penyertaan. e) Yang membawa maksud pecahan setengah separuh seperempat dua pertiga Contoh ayat: ~Setengah hartanya akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim. 16. Kata Penekan Kata penekan ialah bentuk kata yang member penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya: sesungguhnya nampaknya bahawasanya Contoh penggunaan ayatnya ialah seperti berikut: ~Lapisan ozon sesungguhnya semakin nipis. ~Nampaknya dia semakin lancer membaca. ~Bahawasanya, sekolah ini akan mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan. /20
  • 23. 17. Kata Pembenda Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama menjadi kata nama. Contohnya: lajunya sakitnya baiknya Contoh penggunaan ayat bagi kata pembenda ialah: ~Lajunya ialah 100km sejam. ~Baiknya budak yang menolong orang tua tersebut melintas jalan. ~Sakitnya bukan kepalang. Kesimpulannya, walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi perkataan- perkataan itu penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak. Kata tugas merupakan kata yang hanya mengandungi konsep-konsep kemasyarakatan dan hanya mempunyai makna gramatikal, tidak mampu berdiri sendiri tetapi mempunyai fungsi yang amat penting dalam sesuatu ayat. /21
  • 24. Bibliografi/Rujukan: 1) http://www.scribd.com/doc/18358055/MORFOLOGI 2) Abdullah Hassan. (2004).Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi danSintaksis). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 3) Buku Kursus Komprehensif Bahasa Melayu STPM 4) http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2011/07/nota-ringkas-kata-tugas.html 5) http://translate.google.com/#id/ms