Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Sistem ejaan bahasa melayu

  • Be the first to comment

Sistem ejaan bahasa melayu

  1. 1. BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan RumiSistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dandiisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalahhasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaantersebut adalah seperti berikut: (i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy2.1.1 Huruf VokalDalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u sepertidalam rajah di bawah. Huruf Fonem di depan di tengah di belakang a [a] sapi badi lupa e [ə] emak sena imperialisme [e] enak petak tauge i [i] itu simpan sini o [o] oleh kota pidato u [u] usang tunas siku
  2. 2. 2.1.2 Huruf KonsonanDalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26huruf, seperti rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /b/ b bahasa sebut adab /c/ c cakap kaca Mac /d/ d dua ada abad /f/ f fakir tafsir maaf /g/ g guna tiga beg /ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh /h/ h hari saham tuah /j/ j jalan manja kolej /k/ k kami paksa katak /x/ kh khusus akhir tarikh /l/ l lekas alas kesal /m/ m maka kami diam /n/ n nama anak daun /ŋ/ ng ngilu angin pening /ń/ ny nyata hanya - /p/ p pasang apa siap /q/ q Qur’an wuquf buraq
  3. 3. /r/ r raih bara putar /s/ s sampai asli lemas /ś/ sy syarat isytihar Quraisy /t/ t tali mata rapat /v/ v vitamin universiti - /w/ w wanita hawa - /y/ y yang payung - /z/ (i) z zaman lazat lafaz (ii) x xenon - -2.1.3 Huruf DiftongDalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan olehgabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /ai/ ai aising ghairah pandai trailer /au/ au aurat saudara harimau auditorium /oi/ oi oidium boikot amboi2.2 Sistem Keselarasan Huruf VokalKeselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk duasuku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada sukukata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
  4. 4. 2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu: Bil. Suku kata Suku kata Contoh Penggunaan praakhir Akhir Tertutup 1. a a asal talak halaman 2. a i alih tarik parit 3. a u asuh datuk baruh 4. e (pepet) a emas kelam selam 5. e (pepet) i betik ketil lebih 6. e (pepet) u belut telur perut 7. e (taling) a elak dewan perang 8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh 9. e (taling) o elok belok telor 10. i a bilah kilang selinap 11. i i intip pilih sisih 12. i u pikul ribut tidur 13. o a otak borang sekolah 14. o e (taling) oleh boleh celoteh 15. o o obor borong kelompok 16. u a ulat bulat ketupat 17. u i ulit kulit putih 18. u u untuk buluh seluruh2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf VokalKekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnyabahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokalsama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yangdimaksudkan adalah seperti berikut:
  5. 5. Bil Pola Contoh Bahasa Contoh Bahasa Vokal Nusantara Inggeris 1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel 2. a-o calon lapor perabot atom faktor 3. e pepet – e taling gembleng 4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom 5. i-e taling imlek simen tiket 6. i-o ijon pilon diftong transistor 7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen 8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor 9. a-e pepet pakem teater 10. e taling hipotesis objektif 11. e taling-u petroleum spektrum 12. e pepet – e pepet demdem pepet 13. i-e pepet iseng artikel filem 14. o-i fosil hipokrit 15. o-u bonus forum 16. u-e pepet lumer skuter 17. e taling – e pepet meter 18. o-e pepet Oktober2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil2.3.1 Nama KhasHuruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat,jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis denganhuruf besar. Contohnya: Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Akhlak Mulia Masyarakat Jaya Jalan Maharajalela Taman Tun Dr. Ismail
  6. 6. 2.3.2 Kata Sendi dan Kata HubungHuruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke,dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Dewan Bahasa dan Pustaka Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat / memo)2.4 Penggunaan Tanda Baca2.4.1 Tanda Titik atau NoktahSingkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakantitik. Contohnya: Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol.(Kolonel)2.4.2 Singkatan UmumSingkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatantiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya: b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada) u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat) dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain) hlm. (halaman) spt. (seperti)2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama KhasPada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yangditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
  7. 7. 2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya: Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya: Teluk Intan Taman Bukit Cahaya Teluk Air Tawar Kampung Baharu2.5.3 Luar Negeri (Melayu)Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayudikekalkan demikian. Contohnya: Perancis Belanda Kanada Japan Filipina Amerika Syarikat Republik Rakyat China Mesir2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkandemikian. Contohnya:England New York Cuba Bosnia-Herzegovina2.6 Ejaan Nama OrangEjaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yangtelah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal.Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walaubagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalamsijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
  8. 8. 2.7 Penulisan PartikelAda empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalamejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yangmendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut: adalah siapakah bilatah tolonglah itukah apatahAda dua cara menulis partikel pun iaitu:2.7.1 Ditulis TerpisahPartikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang adadisampingnya iaitu: Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian. Rambutnya pun tidak bersikat. Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.2.7.2 Ditulis SerangkaiAda 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkaidengan partikel pun iaitu: adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun2.8 Penggunaan di dan ke2.8.1 Sebagai Kata SendiBerfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulisterpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
  9. 9. 2.8.2 Sebagai Kata ImbuhanBerfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya.Contohnya: disimpan kedua diawasi kelima-lima disyorkan kehendak dipercepat kesemua dikenal pasti kesudahan2.9 Penulisan Tanda SempangTanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuanseperti di bawah:2.9.1 Menulis Kata Ganda PenuhContohnya: Anak-anak Pegawai-pegawai Lambat-lambat Kerusi-kerusi2.9.2 Menyambung Suku KataTanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkanoleh penggantian baris seperti: ...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da- gungjawab sahaja... lam banyak hal...2.9.3 Perjelaskan UngkapanContohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi
  10. 10. 2.9.4 Merangkaikan HurufTanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan hurufkecil pada kata yang sama seperti: Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nya Pro-Arab Se-Malaysia2.9.5 Mengaitkan Kata SendiTanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka,seperti: Ke-20 Ke-100 Ke-3,0002.9.6 Merangkaikan AngkaTanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkantahun dengan akhiran –an seperti: Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an2.9.7 Menyatakan HubunganTanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-katapada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti: Alat pandang-dengar Lebuh raya utara - selatan

×