2. PENGERTIAN KATA NAMA
Juga dikenal sebagai kata benda.
Dari segi semantik, kata yang merujuk kepada
nama bagi sesuatu seperti nama benda, orang,
konsep, binatang, perkara atau tempat.
.
:: CONTOH KATA NAMA ::
Ainon kerusi datin
kebangsaan
tujuan saya
pelajar kehendak
3. Mengikut Tatabahasa Dewan (2008), kata
nama ialah sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
Contoh :
SUBJEK
FRASA NAMA
PREDIKAT
FRASA NAMA
1. Budak lelaki itu
jiran saya.
2. Kereta hitam itu
kereta baharu abang saya.
3. Penjelasan pemuda itu hanya alasan.
4. Pesawat baharu itu
pesawat tercanggih dalam
kelasnya.
4. CIRI-CIRI KATA NAMA
Setiap kata nama dapat diikuti oleh kata tunjuk itu
atau ini.
Contoh : wang itu/ini, kenderaan itu/ini, sungai itu/ini,
keadaan itu/ini.
Kata nama dapat didahului kata bilangan, dengan
penjodoh bilangan atau tanpa penjodoh bilangan.
Contoh : empat buah rumah, ketiga-tiga orang pelajar,
kebanyakan penduduk, tiga buah kereta.
Kata nama dapat diikuti oleh kata adjektif, sama ada
secara langsung atau dengan kata hubung yang.
5. Contoh : ibu tua itu, buku baharu, ibu yang tua
itu, buku yang baharu
Kata nama boleh didahului oleh kata sendi
nama.
Contoh : Normah ke Melaka, pada pendapat saya,
dia tidak bersalah, orang itu berdiri di samping
saya.
Setiap kata nama dapat berfungsi sebagai subjek,
prediket, pelengkap dan objek dalam ayat.
Contoh : (subjek) Bahaya ada di mana-mana.
(predikat) Jalan itu bahaya.
(pelengkap) Situasi bertambah bahaya.
(objek) Jangan mencari bahaya
6. KATA NAMA
KHAS
hidup
bukan manusia
tak hidup
hidup
KATA NAMA
AM
KATA GANTI
NAMA
manusia
manusia
Bukan manusia
berbilang
institusi
tak hidup
abstrak
Tak
berbilang
Bukan institusi
konkrit
hal
umum
tunjuk
tempat
pertama
Tak tentu
tanya
kedua
orang
diri
ketiga
7. KATA NAMA KHAS
Merupakan kata nama yang merujuk kepada
sesuatu yang khusus.
Dimulai dengan huruf besar.
Jika mengandungi dua patah perkataan atau
lebih, huruf awal ditulis dengan huruf besar.
Contoh : Felda Gedangsa, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Kecuali jika negeri, negara, bangsa dan bahasa.
Contoh : negara Malaysia, bangsa India, budaya
Melayu.
Terbahagi kepada kata nama khas hidup dan tak
hidup.
8. KATA NAMA KHAS HIDUP
KATA NAMA KHAS HIDUP MANUSIA
Merujuk kepada nama khusus bagi seseorang
Boleh diberikan gelaran yang digunakan sebelum
nama khas tersebut.
Contoh : Zainal, Dr. Ali, Mak Su, Nik Aziz, Datin
Kamariah, Koh Boon Ling, Cikgu Hashim
9. KATA NAMA KHAS HIDUP BUKAN MANUSIA
• Merujuk kepada nama yang khusus diberikan
kepada makhluk yang bukan manusia
seperti haiwan, tumbuhan dan malaikat.
• Contoh :
Nama malaikat : Israfel, Mikael
Nama haiwan : Tompok, Pak Belang
Nama tumbuhan : Nyamphaea Stellata
(teratai)
10. KATA NAMA KHAS TAK HIDUP
Merujuk kepada nama-nama benda yang khusus
tetapi tak bernyawa.
benda
:
Proton, Panasonic, Nissan Livina,
bangsa
:
Melayu, Iban, Arab, Cina
Negeri atau negara
:
Perak, Selangor, Indonesia
Tempat
:
Parit Raja, Gunung Kinabalu
Institusi
:
Universiti Putra Malaysia, Parlimen
Malaysia
Undangundang/akta
:
Akta Syarikat, Ordinan 25
Agama
:
Islam, Buddha, Kristian, Hindu
Gelaran
:
Yang Amat Berhormat, Tan Sri