Dokumen ini membahasikan persediaan sebagai guru, isu-isu profesional perguruan, peraturan dan pekeliling terkait, serta Standard Guru Malaysia. Isu-isu profesional perguruan termasuk ketidakhadiran guru di kelas, berdagang di sekolah, dan penampilan guru. Peraturan dan pekeliling menekankan tanggungjawab dan etika guru seperti hadir awal ke sekolah, memakai pakaian yang sesuai, dan memberikan kerjasama
1. KPS 4043
TAJUK 13: PERSEDIAAN SEBAGAI GURU
NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR AMIR HASAN BIN DAWI
DISEDIAKAN OLEH : RASIDAH BINTI MAT NAWI
NO MATRIK: L20182011161
3. Isu-isu Profesion Perguruan
Guru tidak masuk kelas .
Guru berniaga di sekolah.
Kesantunan guru dari segi komunikasi, berpakaian dan tingkah laku.
Kepedulian guru terhadap kepelbagaian murid.
Penampilan guru dan kedudukan guru dalam pekerjaan.
Kerjaya sambilan bagi memenuhi tuntutan hidup.
Guru mencabul kehormatan murid.
4. Peraturan Dan Pekeliling
Peraturan Am
1.1 Guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Etika Kementerian Pelajaran, Tonggak 12 dan PRIME
1.2 Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi
Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
1.4 Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu permulaan
sekolah. Guru dikehendaki melakukan ”thumb print” sebaik sahaja tiba ke sekolah setiap hari
persekolahan.
Guru juga dikehendaki melakukan ”thumb print ” sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan
sekolah bagi sesuatu urusan. Ia akan disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama
dibunyikan.
1.5 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah
memberitahu pihak sekolah lebih awal dengan apa cara sekalipun atau sebelum bermulanya waktu
pertama untuk tujuan menempatkan Guru Ganti, bukan mendiamkan diri dan menyerahkan `Cuti
Sakit’ pada hari berikutnya
5. 1.6 Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap
sebagai telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika
Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.
1.7 Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan.
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika Bertugas Di
Sekolah).
1.8 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi
yang dianjurkan oleh sekolah.
6. Standard Guru Malaysia
• Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan.
• Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk
melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak
semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
• Menggariskan kompentesi profesional keguruan yang patut dicapai oleh
guru (Standard), dan Keperluan yang patut disediakan oleh agensi &
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap
kompetensi yang ditetapkan.