Sajak ini membincangkan tentang tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya agar tidak tersalah memilih jalan hidup serta kawan. Ibu sentiasa memberi pesanan beribu-ribu kepada anaknya untuk menjaga diri, memilih kawan yang baik, serta menuntut ilmu.
2. KITA ADA IBU
IBU KITA SATU
PESANANNYA BERIBU-RIBU.
• MAKSUD
Penyajak menyatakan bahawa setiap anak
mempunyai seorang ibu namun seorang ibu
banyak memberi pesanan dan nasihat kepada
anak-anak.
3. SETIAP LANGKAH KITA DIIRINGI PESANAN IBU
"BUAT BEGINI JANGAN BEGITU
BACALAH BUKU SELALU
KUKUHKAN DIRI DENGAN ILMU
PILIHLAH KAWAN YANG MULIA HATI
TOLAKLAH KAWAN PEMENTING DIRI
PILIHLAH KAWAN YANG PUNYA PETUNJUK
TOLAKLAH KAWAN BERTABIAT BURUK."
IBU YANG SATU MENYEKAT KITA DI PINTU
BERTANYA KE MANA ARAH TUJU
"JAGALAH DIRI SELALU
DI LUAR SANA MUNGKIN BENCANA MENUNGGU."
KITA MENJADI JEMU
MENDENGAR PESANAN BERIBU-RIBU
TAPI IBU TETAP IBU
PESANAN BERTAMBAH SATU DAN SATU
"JANGAN DIBIAR KEPALA BERKUTU
CARILAH UBAT JERAWAT BATU."
4. • MAKSUD
Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu
berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut
ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak
mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih
kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai
tidak baik.
Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati
semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang
berlaku.
Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin
bertambah.
Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan
kesihatan.
5. Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
6. • MAKSUD
Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana
ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa
kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap
serta dilokap.
7. Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu."
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
8. • MAKSUD
Anaknya berasa menyesal kerana melupakan
pesanan ibu yang sering mengingatkan agar memilih
kawan dengan betul. Selepas kejadian itu, anaknya
mula menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia juga
merindui pesanan-pesanan ibunya.
9. Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
10. • MAKSUD
Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin
dengan pesanan ibunya yang arif dalam menilai
perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan
jemu dan patuh akan nasihat ibunya.
Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah memberi
nasihat kepada anak-anaknya.
12. PERSOALAN
• Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
• Sikap berhati-hati dalam memilih sahabat.
• Kepentingan ilmu pengetahuan sebagi penyuluh
kehidupan manusia
• Penjagaan kesihatn diri amat penting sebagai
penentu imej seseorang.
• Sikap tidak ambil peduli terhadap pesanan ibu akan
membawa musibah kepada diri anak-anak.
• Pengalaman yang mengajar manusia tentang erti
kehidupan.
13. Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap ibu
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Epifora
(perulangan perkataan pada akhir baris)
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Sinkope tapi ibu tetap ibu
Hiperbola Jangan dipilih kawan berhantu."
Asonansi (i) kini baru disedarinya
Aliterasi (h) Mengenangkan nasib temanku itu
Rima akhir Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa
14. Persoalan Nilai Pengajaran
Keperihatinan seorang
ibu
Prihatin Ibu sentiasa prihatin akan
keselamatan anaknya.
Kasih sayang seorang
ibu
Kasih sayang Anak- anak hendaklah
menyayangi ibu yang
memberi nasihat
Sikap berhati-hati
dalam memilih kawan
Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati
dalam memilih kawan.
Kepentingan menuntut
ilmu pengetahuan
Rajin Kita hendaklah rajin
menuntut ilmu pengetahuan.
Tanggungjawab
seorang ibu
membimbing dan
menasihati anaknya
Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah
sentiasa memberi nasihat atau
pesanan kepada anak agar
mereka tidak terpengaruh
dengan perkara negatif