2. Maksud Rangkap 1:
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Maksud:
Penyajak menyatakan bahawa
setiap anak mempunyai seorang
ibu namun seorang ibu banyak
memberi pesanan dan nasihat
kepada anak-anak
3. Maksud Rangkap 2:
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
Maksud:
Ibu sentiasa memberi nasihat kepada
anak-anaknya. Ibu berpesan agar
anaknya rajin membaca buku dan
menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya
pilih kawan yang berakhlak mulia dan
mempunyai jati diri, elakkan daripada
memilih kawan yang mempunyai sifat
pentingkan diri dan beperangai tidak
baik.
4. Sambungan Maksud Rangkap 2:
"Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Maksud:
Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya
berhati-hati semasa keluar rumah kerana
bimbang akan bahaya yang berlaku.
Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu
yang semakin bertambah.
Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga
penampilan diri dan kesihatan.
5. Maksud Rangkap 3:
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Maksud:
Pada suatu hari kawan anaknya bersedih
kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru
menyedari bahawa kekasihnya itu seorang
penipu dan telah ditangkap serta dilokap.
6. Maksud Rangkap 4:
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu."
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Maksud:
Teman anaknya berasa menyesal kerana
melupakan pesanan ibu yang sering
mengingatkan agar memilih kawan dengan
betul. Selepas kejadian itu, anaknya mula
menerima kebenaran pesanan ibunya. Dia
juga merindui pesanan-pesanan ibunya.
7. Maksud Rangka 5:
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
Maksud:
Penyajak menerangkan bahawa dia
sangat yakin dengan pesanan ibunya
yang arif dalam menilai perkara baik dan
buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu
dan patuh akan nasihat ibunya.
Tanggungjawab ibu sempurna apabila
telah memberi nasihat kepada anak-
anaknya.
9. Persoalan, Nilai dan Pengajaran
Persoalan Nilai Pengajarn
Keprihatinan seorang ibu Prihatin Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan anaknya.
Kasih sayang seorang ibu Kasih-sayang Anak- anak hendaklah menyayangi ibu yang
memberi nasihat
Sikap berhati-hati dalam memilih
kawan
Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih
kawan.
Kepentingan menuntut ilmu
pengetahuan
Rajin Kita hendaklah rajin menuntut ilmu
pengetahuan.
Tanggungjawab seorang ibu
membimbing dan menasihati anaknya
Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah sentiasa memberi nasihat
atau pesanan kepada anak agar mereka tidak
terpengaruh dengan perkara negatif
10. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap ibu
Anafora
(perulangan perkataan pada awal baris)
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Epifora
(perulangan perkataan pada akhir baris)
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Responsi
(perulangan perkataan di tengah baris)
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk."
11. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Sinkope tapi ibu tetap ibu
Hiperbola Jangan dipilih kawan berhantu."