SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Setiap orang dilahirkan oleh ibu masing-masing.

   Ada di kalangan kita yang begitu bernasib baik kerana dapat tinggal
bersama-sama ibu. Tetapi tidak kurang, ada juga yang tidak
berkesempatan untuk tinggal bersama-sama ibu sepanjang hayatnya.
Malahan, ada di kalangan kita yang tidak pernah menatap wajah ibunya.
Perpisahan antara anak dan ibu adalah merupakan suratan takdir.
Namun, kehidupan perlu diteruskan.

     Ramai juga di kalangan kita yang tidak pernah melihat wajah ibunya,
dari kecil sehingga mereka dewasa, tetapi tetap menyayangi ibu. Kerap
kali kita mendoakan untuk kesejahteraan ibu, sama ada di dunia atau
pun di akhirat.

    Ibu sebenarnya telah berkorban besar untuk melahirkan kita.
Seseorang ibu yang mengandungkan anaknya terpaksa berhadapan
dengan persoalan hidup atau mati. Biasa kita dengar, ada ibu meninggal
dunia ketika melahirkan anak. Namun fitrahnya, seseorang ibu rela
berkorban untuk melahirkan anaknya.

    Kadangkala timbul persoalan, di kalangan kita yang telah dipisahkan
antara dirinya dengan ibunya, kenapa kami dipisahkan? Walaupun
begitu, terdapat mereka yang tinggal bersama ibunya sejak kecil,
tetapi nampaknya tidak menyukai ibunya. Dikatakan, ibunya kuat
berleter, selalu marahkan dirinya, suruh buat itu dan ini, walaupun dia
tidak suka untuk disuruh begitu.

 Kalau anda sayangkan ibu anda, ada perkara-perkara tertentu yang
perlu anda lakukan.

    Pertama, hormati ibu anda..... emmm bagaimana, ya? Menghormati
ibu, pertama sekali tidak menentang cakapnya. Sama ada kita setuju
atau tidak setuju, kita dengar sahaja dulu. Kemudian laksanakan
suruhannya setakat yang termampu dan berbuatlah sebaik mungkin.
Sentiasa merendah diri apabila bercakap dengannya. Mencium
tangannya semasa berjumpa atau untuk berpisah.

    Bercakaplah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Usah
meninggikan suara, semata-mata untuk menunjukkan bahawa diri anda
telah dewasa dan perkasa sekarang. Usah marahkan ibu anda kerana
perbuatan itu bukan hak anda. Sesungguhnya, anda tidak layak untuk
memarahi ibu anda. Kalau menegur kesilapannya pun, tegurlah dengan
sopan.

    Kedua, ringankanlah bebannya. Banyak kerja yang ibu kita lakukan
setiap hari, terutamanya kerja rumah. Lebih-lebih lagi bagi keluarga
yang tidak mempunyai orang gaji di rumah.

    Di rumah, ibu terpaksa memasak, membasuh pakaian, melipat
pakaian, menggosok pakaian yang kita pakai, membersih dan mengemas
dalam rumah, membersih laman rumah, mencuci tandas, memberi makan
ternakan, membuang sampah, menjirus bunga. Malah, seribu satu macam
tugas lain lagi.

    Kalau anda menjadi anak yang baik dan sayang akan ibu anda, anda
boleh memilih untuk meringankan beban kerja ibu anda. Buatlah mana-
mana bahagian kerja yang ditanggung oleh ibu anda. Dengan itu, ibu
anda akan berasa ringan dengan tugasnya.

   Sekurang-kurangnya cuci, lipat, dan gosoklah pakaian anda sendiri.
Kemaskan bilik dan tempat tidur anda setiap pagi. Sentiasa menjaga
kebersihan rumah anda dengan tidak menyepahkannya dengan
permainan anda atau lain-lain.

   Beban yang paling berat ditanggung oleh seseorang ibu ialah
memikirkan masa depan anaknya.



Kalau anda sedang belajar, ibu anda amat risau kalau anda mengalami
kegagalan. Oleh itu, pastikanlah anda belajar dengan cemerlang dan
bawa balik ke rumah keputusan yang cemerlang. Selalulah berbincang
atau sekurang-kurangnya memberitahu pencapaian dan perancangan
anda dalam pelajaran.

   Usah sembunyikan kegagalan anda. Dengan cara demikian, ibu anda
mungkin tidak mampu menolong anda kerana tidak tahu. Beritahu
perkara sebenar agar ibu anda faham dan kalau berpeluang boleh
membantu anda, atau meminta orang lain, membantu anda.

    Usah malu dengan kelemahan anda kerana orang yang malu dengan
kelemahannya tidak akan memperbaiki kelemahan tersebut. Kelemahan
tersebut akan kekal bersamanya.

    Kalau anda keluar rumah, ibu anda risaukan keselamatan diri anda.
Oleh itu, keraplah laporkan di mana anda berada dan bersama siapa.
Beritahunya rancangan yang anda akan buat dan pukul berapa anda
jangka akan pulang.

    Pastikan anda sentiasa mendapat izinnya untuk keluar rumah.
Sekiranya berlaku sebarang masalah ketika anda keluar, maka orang
yang bertanggungjawab akan mencari dan menyelamatkan anda,
tentulah ibu anda.

    Kalau anda sayang akan ibu anda, cubalah untuk memahami
pemikiran, tingkah laku, perasaan, harapan, dan kebimbangan ibu anda
terhadap anda.

     Melalui kefahaman ini sahaja anda boleh menerima ibu anda, walau
tidak sempurna macam mana sekalipun ibu anda pada pandangan anda.
Setelah anda faham, semua ini akan dapat membantu anda untuk
bersabar dengan kerenahnya. Berilah peluang untuk ibu anda menjadi
diri sendiri, sebagaimana ibu yang ditakdirkan melahirkan anda dahulu.

    Kalau ibu anda bersifat garang, maka terimalah kegarangannya.
Kalau ibu anda bersifat lembut dan lambat, terimalah kelembutan dan
kelambatannya. Kalau ibu anda bersifat pendiam sekalipun, terimalah
sifat yang ada padanya kerana dialah satu-satunya ibu yang melahirkan
anda ke muka bumi ini. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan
perkara itu.

    Orang yang bijak akan menghargai apa yang dia ada dengan penuh
rasa syukur. Anda juga begitu.

More Related Content

Viewers also liked (20)

Harapan seorang ayah 1
Harapan seorang ayah 1Harapan seorang ayah 1
Harapan seorang ayah 1
 
Berbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapaBerbuat baik kepada ibu bapa
Berbuat baik kepada ibu bapa
 
The Birds
The BirdsThe Birds
The Birds
 
Resume Andrey Osadchiy
Resume Andrey OsadchiyResume Andrey Osadchiy
Resume Andrey Osadchiy
 
Indonesia Unite Basic
Indonesia Unite BasicIndonesia Unite Basic
Indonesia Unite Basic
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 
Fdifor Indian R&D
Fdifor Indian R&DFdifor Indian R&D
Fdifor Indian R&D
 
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
Rancangan tahunan bahasa melayu tahun 6
 
Jenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 mainJenis & ciri2 main
Jenis & ciri2 main
 
japanese i adjectives exercise 1
japanese i adjectives exercise 1japanese i adjectives exercise 1
japanese i adjectives exercise 1
 
Weekly expressions 6
Weekly expressions 6Weekly expressions 6
Weekly expressions 6
 
Japanese I Adjectives Part 2
Japanese I Adjectives Part 2Japanese I Adjectives Part 2
Japanese I Adjectives Part 2
 
Japanese Verb Conjugation Part 1
Japanese Verb Conjugation Part 1Japanese Verb Conjugation Part 1
Japanese Verb Conjugation Part 1
 
Japanese I Adjective Conjugations
Japanese I Adjective ConjugationsJapanese I Adjective Conjugations
Japanese I Adjective Conjugations
 
All About Japanese Verbs
All About Japanese VerbsAll About Japanese Verbs
All About Japanese Verbs
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
Kefahaman dialog
Kefahaman dialogKefahaman dialog
Kefahaman dialog
 
Invertebrados
InvertebradosInvertebrados
Invertebrados
 
Prolog2010
Prolog2010Prolog2010
Prolog2010
 
Aplicaciones 2.0
Aplicaciones 2.0Aplicaciones 2.0
Aplicaciones 2.0
 

Similar to Sayangkan Ibu (20)

Ibu (Tugas Pak Marlianes)
Ibu (Tugas Pak Marlianes)Ibu (Tugas Pak Marlianes)
Ibu (Tugas Pak Marlianes)
 
B3 d2e1
B3 d2e1B3 d2e1
B3 d2e1
 
Ibu[1]
Ibu[1]Ibu[1]
Ibu[1]
 
Cerpen "Namaku farida"
 Cerpen "Namaku farida" Cerpen "Namaku farida"
Cerpen "Namaku farida"
 
Hikmah kehidupanku
Hikmah kehidupankuHikmah kehidupanku
Hikmah kehidupanku
 
5253297
52532975253297
5253297
 
Kado Terindah
Kado TerindahKado Terindah
Kado Terindah
 
Catatan Cinta Anak Rantau Kepada Ibunya.docx
Catatan Cinta Anak Rantau Kepada Ibunya.docxCatatan Cinta Anak Rantau Kepada Ibunya.docx
Catatan Cinta Anak Rantau Kepada Ibunya.docx
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompok
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060
 
Kelompok borobudur
Kelompok  borobudurKelompok  borobudur
Kelompok borobudur
 
Daftar riwayat hidup merita
Daftar riwayat hidup meritaDaftar riwayat hidup merita
Daftar riwayat hidup merita
 
Menjadi Ibu dari Anak Ibu
Menjadi Ibu dari Anak IbuMenjadi Ibu dari Anak Ibu
Menjadi Ibu dari Anak Ibu
 
Pendampingan anak
Pendampingan anakPendampingan anak
Pendampingan anak
 
Pecahan tips
Pecahan tipsPecahan tips
Pecahan tips
 
Anakku denendra
Anakku denendraAnakku denendra
Anakku denendra
 

More from fardzli71

Amalan baik bahagian c belum bincang
Amalan baik bahagian c  belum bincangAmalan baik bahagian c  belum bincang
Amalan baik bahagian c belum bincangfardzli71
 
Amalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cAmalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cfardzli71
 
Baca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah iniBaca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah inifardzli71
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murnifardzli71
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membacafardzli71
 
Berkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalBerkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalfardzli71
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggifardzli71
 
Kempen bumi hijau
Kempen bumi hijauKempen bumi hijau
Kempen bumi hijaufardzli71
 
Belajar cara satu
Belajar cara satuBelajar cara satu
Belajar cara satufardzli71
 
Belajar cara dua
Belajar cara duaBelajar cara dua
Belajar cara duafardzli71
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggifardzli71
 
Belajar cara tiga
Belajar cara tigaBelajar cara tiga
Belajar cara tigafardzli71
 
Berfikiran positif
Berfikiran positifBerfikiran positif
Berfikiran positiffardzli71
 
Adab belajar
Adab belajarAdab belajar
Adab belajarfardzli71
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmufardzli71
 

More from fardzli71 (18)

Amalan baik bahagian c belum bincang
Amalan baik bahagian c  belum bincangAmalan baik bahagian c  belum bincang
Amalan baik bahagian c belum bincang
 
Amalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian cAmalan baik bahagian c
Amalan baik bahagian c
 
Baca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah iniBaca puisi di bawah ini
Baca puisi di bawah ini
 
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murniKempen berbudi bahasa dan nilai murni
Kempen berbudi bahasa dan nilai murni
 
Hari guru
Hari guruHari guru
Hari guru
 
Faedah membaca
Faedah membacaFaedah membaca
Faedah membaca
 
Berkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakalBerkawan dengan kawan nakal
Berkawan dengan kawan nakal
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
 
Kempen bumi hijau
Kempen bumi hijauKempen bumi hijau
Kempen bumi hijau
 
Belajar cara satu
Belajar cara satuBelajar cara satu
Belajar cara satu
 
Belajar cara dua
Belajar cara duaBelajar cara dua
Belajar cara dua
 
Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
 
Belajar cara tiga
Belajar cara tigaBelajar cara tiga
Belajar cara tiga
 
Berfikiran positif
Berfikiran positifBerfikiran positif
Berfikiran positif
 
Adab belajar
Adab belajarAdab belajar
Adab belajar
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Border a3 3
Border a3 3Border a3 3
Border a3 3
 
Border1
Border1Border1
Border1
 

Sayangkan Ibu

  • 1. Setiap orang dilahirkan oleh ibu masing-masing. Ada di kalangan kita yang begitu bernasib baik kerana dapat tinggal bersama-sama ibu. Tetapi tidak kurang, ada juga yang tidak berkesempatan untuk tinggal bersama-sama ibu sepanjang hayatnya. Malahan, ada di kalangan kita yang tidak pernah menatap wajah ibunya. Perpisahan antara anak dan ibu adalah merupakan suratan takdir. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Ramai juga di kalangan kita yang tidak pernah melihat wajah ibunya, dari kecil sehingga mereka dewasa, tetapi tetap menyayangi ibu. Kerap kali kita mendoakan untuk kesejahteraan ibu, sama ada di dunia atau pun di akhirat. Ibu sebenarnya telah berkorban besar untuk melahirkan kita. Seseorang ibu yang mengandungkan anaknya terpaksa berhadapan dengan persoalan hidup atau mati. Biasa kita dengar, ada ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak. Namun fitrahnya, seseorang ibu rela berkorban untuk melahirkan anaknya. Kadangkala timbul persoalan, di kalangan kita yang telah dipisahkan antara dirinya dengan ibunya, kenapa kami dipisahkan? Walaupun begitu, terdapat mereka yang tinggal bersama ibunya sejak kecil, tetapi nampaknya tidak menyukai ibunya. Dikatakan, ibunya kuat berleter, selalu marahkan dirinya, suruh buat itu dan ini, walaupun dia tidak suka untuk disuruh begitu. Kalau anda sayangkan ibu anda, ada perkara-perkara tertentu yang perlu anda lakukan. Pertama, hormati ibu anda..... emmm bagaimana, ya? Menghormati ibu, pertama sekali tidak menentang cakapnya. Sama ada kita setuju atau tidak setuju, kita dengar sahaja dulu. Kemudian laksanakan suruhannya setakat yang termampu dan berbuatlah sebaik mungkin. Sentiasa merendah diri apabila bercakap dengannya. Mencium
  • 2. tangannya semasa berjumpa atau untuk berpisah. Bercakaplah dengan nada dan bahasa yang sopan dan lembut. Usah meninggikan suara, semata-mata untuk menunjukkan bahawa diri anda telah dewasa dan perkasa sekarang. Usah marahkan ibu anda kerana perbuatan itu bukan hak anda. Sesungguhnya, anda tidak layak untuk memarahi ibu anda. Kalau menegur kesilapannya pun, tegurlah dengan sopan. Kedua, ringankanlah bebannya. Banyak kerja yang ibu kita lakukan setiap hari, terutamanya kerja rumah. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang tidak mempunyai orang gaji di rumah. Di rumah, ibu terpaksa memasak, membasuh pakaian, melipat pakaian, menggosok pakaian yang kita pakai, membersih dan mengemas dalam rumah, membersih laman rumah, mencuci tandas, memberi makan ternakan, membuang sampah, menjirus bunga. Malah, seribu satu macam tugas lain lagi. Kalau anda menjadi anak yang baik dan sayang akan ibu anda, anda boleh memilih untuk meringankan beban kerja ibu anda. Buatlah mana- mana bahagian kerja yang ditanggung oleh ibu anda. Dengan itu, ibu anda akan berasa ringan dengan tugasnya. Sekurang-kurangnya cuci, lipat, dan gosoklah pakaian anda sendiri. Kemaskan bilik dan tempat tidur anda setiap pagi. Sentiasa menjaga kebersihan rumah anda dengan tidak menyepahkannya dengan permainan anda atau lain-lain. Beban yang paling berat ditanggung oleh seseorang ibu ialah memikirkan masa depan anaknya. Kalau anda sedang belajar, ibu anda amat risau kalau anda mengalami kegagalan. Oleh itu, pastikanlah anda belajar dengan cemerlang dan
  • 3. bawa balik ke rumah keputusan yang cemerlang. Selalulah berbincang atau sekurang-kurangnya memberitahu pencapaian dan perancangan anda dalam pelajaran. Usah sembunyikan kegagalan anda. Dengan cara demikian, ibu anda mungkin tidak mampu menolong anda kerana tidak tahu. Beritahu perkara sebenar agar ibu anda faham dan kalau berpeluang boleh membantu anda, atau meminta orang lain, membantu anda. Usah malu dengan kelemahan anda kerana orang yang malu dengan kelemahannya tidak akan memperbaiki kelemahan tersebut. Kelemahan tersebut akan kekal bersamanya. Kalau anda keluar rumah, ibu anda risaukan keselamatan diri anda. Oleh itu, keraplah laporkan di mana anda berada dan bersama siapa. Beritahunya rancangan yang anda akan buat dan pukul berapa anda jangka akan pulang. Pastikan anda sentiasa mendapat izinnya untuk keluar rumah. Sekiranya berlaku sebarang masalah ketika anda keluar, maka orang yang bertanggungjawab akan mencari dan menyelamatkan anda, tentulah ibu anda. Kalau anda sayang akan ibu anda, cubalah untuk memahami pemikiran, tingkah laku, perasaan, harapan, dan kebimbangan ibu anda terhadap anda. Melalui kefahaman ini sahaja anda boleh menerima ibu anda, walau tidak sempurna macam mana sekalipun ibu anda pada pandangan anda. Setelah anda faham, semua ini akan dapat membantu anda untuk bersabar dengan kerenahnya. Berilah peluang untuk ibu anda menjadi diri sendiri, sebagaimana ibu yang ditakdirkan melahirkan anda dahulu. Kalau ibu anda bersifat garang, maka terimalah kegarangannya. Kalau ibu anda bersifat lembut dan lambat, terimalah kelembutan dan
  • 4. kelambatannya. Kalau ibu anda bersifat pendiam sekalipun, terimalah sifat yang ada padanya kerana dialah satu-satunya ibu yang melahirkan anda ke muka bumi ini. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan perkara itu. Orang yang bijak akan menghargai apa yang dia ada dengan penuh rasa syukur. Anda juga begitu.