SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
1
Aku Sehelai Baju
Aku sehelai baju batik.Aku diperbuat daripada sebidang kain batik yang
dipotong kepada beberapa bahagian.Kemudian, aku dijahit menjadi sehelai baju.
Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat baju batik yang terletak di Kuala
Lumpur.Setelah siap dijahit, aku digosok.Kemudian, aku dibungkus dengan plastik
dan dimasukkan ke dalam kotak. Selepas itu, aku dimuatkan ke atas lori untuk
dihantar ke sebuah pasar raya.
Setibanya aku di pasar raya, aku dan kawan-kawanku digantung untuk
dipamerkan kepada pelanggan.Jurujual pasar raya itu melekatkan tanda harga pada
badanku.Di sini, aku dapat mengenali ramai kawan yang terdiri daripada pelbagai
jenama. Masing-masing memperagakan diri dengan pelbagai gaya untuk menarik
perhatian pembeli.
Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli baju batik.Dia
menatapku dengan penuh minat.Dia membelek-belek diriku.Setelah berpuas hati
dengan kesempurnaanku, dia membeli aku dengan harga RM60.Kemudian, aku
dibawa pulang ke rumahnya.
Tuan aku merupakan seorang guru. Setiap hari Khamis, dia akan memakai aku
ke sekolahnya. Kawan-kawan tuanku selalu memuji kecantikan aku. Aku berjanji
akan menyumbangkan khidmat dengan penuh ikhlas kepada tuanku.
Tuan aku sungguh baik hati. Selepas dipakai, aku akan dibersihkan. Apabila
aku sudah kering, tuan aku akan menggosok aku dan menggantung aku di dalam
almari.
Aku sungguh bertuah kerana mempunyai tuan yang baik hati. Aku berjanji
akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada tuan aku.
2
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah
Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar waktu
persekolahan.Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah ialah aktiviti
persatuan, sukan dan badan beruniform.Aktiviti ini dijalankan pada hari
Sabtu.
Aktiviti kokurikulum banyak memberikan faedah kepada murid-
murid.Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah.Hal ini dapat mengelakkan mereka
daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan
menagih dadah.
Selain itu, murid-murid yang menyertai kokurikulum dapat memupuk
nilai-nilai murni seperti bekerjasama, ikhlas, hormat-menghormati dan
berdikari.Nilai-nilai murni tersebut dapat disemai ke dalam jiwa setiap murid
yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
Di samping itu, murid-murid dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan
seperti memberikan pertolongan cemas, memasang khemah, memasak,
menanam pokok dan sebagainya. Mereka akan menjadi lebih yakin dan tabah
dalam hidup.
Aktiviti kokurikulum turut membantu murid-murid meningkatkan daya
ketahanan. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, badan murid-murid akan
menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum banyak memberi manfaat dan
kebaikan kepada murid-murid.Jadi, murid-murid digalakkan menyertai
aktiviti kokurikulum.
3
Faedah Membaca
Amalan membaca merupakan amalan yang mulia. Kita boleh membaca
pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, novel, surat khabar, majalah dan
sebagainya. Kita hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai hobi.
Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Kita dapat mengetahui
perkara baharu dalam pelbagai bidang seperti sains, bahasa, agama, sejarah dan politik
apabila membaca buku.Ilmu pengetahuan ini boleh digunakan oleh murid-murid di dalam
kelas semasa belajar.
Selain itu, amalan membaca merupakan aktiviti yang sangat berfaedah untuk
mengisi masa lapang kita. Dengan itu, kita tidak akan membuang masa dengan melakukan
aktiviti yang kurang sihat sperti melepak. Kita akan lebih menghargai masa kerana masa
itu emas.
Di samping itu, membaca dapat memberikan hiburan kepada pembaca. Pembaca
akan membaca buku cerita yang diminati. Secara tidak langsung, cerita-cerita ini akan
menimbulkan keseronokan kepada mereka. Dengan membaca bahan tersebut, kita boleh
merehatkan minda setelah penat belajar.
Membaca dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan
murid.Mereka mengetahui kosa kata yang baharu melalui buku-buku yang dibaca. Mereka
akan mencari maksud kosa kata yang tidak difahami dengan menggunakan kamus atau
merujuk kepada guru.
Tambahan pula, kita juga dapat mengetahui berita terkini jika membaca surat
khabar. Kita juga dapat mengetahui kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Oleh itu, kita tidak akan ketinggalan seperti katak di bawah tempurung.
Kesimpulannya, contohilah sikap ulat buku yang suka membaca buku kerana
membaca mendatangkan banyak kebaikan.Kita boleh membaca buku di mana-mana sahaja
kerana membaca merupakan jambatan ilmu.
4
Kamu akan menduduki Ujian Sekolah Rendah (UPSR) pada akhir
tahun ini. Tuliskan persiapan-persiapan yang kamu akan lakukan
sebelum peperiksaan.
Saya akan menduduki UPSR pada akhir tahun ini. Oleh itu, saya
bertungkus-lumus untuk belajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.Sejak awal tahun lagi, saya telah membuat persiapan
untuk menghadapi peperiksaan.
Saya telah menyediakan satu jadual waktu untuk diri sendiri.Jadual
waktu itu membolehkan saya membahagikan masa untuk belajar dan
melakukan aktiviti yang berfaedah. Dengan adanya jadual waktu, saya tidak
akan membazirkan masa sesuka hati kerana saya tahu bahawa masa itu emas.
Selain itu, saya juga menumpukan sepenuh perhatian ketika guru
mengajar.Saya tidak malu mengangkat tangan untuk bertanya kepada guru
sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pelajaran yang sedang
diajar.
Setiap hari saya juga akanmembuat ulang kaji di rumah. Di samping
itu, saya juga membuat perbincangan bersama-sama rakan bagi meningkatkan
kefahaman saya terhadap pelajaran.
Di samping itu, saya juga menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.Kelas tambahan yang diadakan dapat memantapkan lagi
pengetahuan saya.Tambahan pula, saya dapat bertanya dengan guru tentang
latihan yang dibuat dengan lebih mudah.
Saya akan terus berusaha supaya dapat mendapat tujuh A dalam UPSR.
Dengan persiapan yang dilakukan, saya yakin akan berjaya.
5
Pengalaman Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hari Sabtu yang lalu, bapa bercadang membawa kami sekeluarga
berkelah di pantai Port Dickson.Tanpa melengahkan masa, kami segera
membuat persediaan.Kami bertolak pada pukul lapan pagi dengan menaiki
kereta Proton Waja bapa saya.
Dua jam kemudian, kami pun tiba di destinasi. Bapa membentangkan
tikar di bawah sepohon pokok.Kami mengeluarkan barang-barang dari but
kereta untuk diletakkan di atas tikar.
Selepas itu, saya dan abang segera menyalin pakaian untuk bermandi-
manda di pantai.Bapa pula berehat di bawah pokok sambil membaca majalah
manakala emak menghidangkan makanan untuk kami.Kakak dan adik
perempuan saya membina istana pasir dengan gembira.
Tidak lama kemudian, kami sekeluarga pun menjamu selera sambil
menikmati pemandangan pantai yang indah ini.Kemudian, kami besiar-siar di
tepi pantai.Adik perempuan saya mengutip pelbagai jenis kulit siput yang
cantik.Abang juga tidak lupa mengambil gambar kami sekeluarga untuk
dijadikan kenangan.
Sebelum pulang, kami membersihkan sekitar tempat perkelahan
kami.Saya berasa gembira kerana dapat menghabiskan masa hujung minggu
bersama-sama dengan ahli keluarga yang tersayang.
6
Melengkapkan Cerita
“…… Aku amat menyesal dengan apa yang telah berlaku. Aku
berjanji tidak akan mengulanginya lagi”
Aku dan kawan karibku, Azlan pergi ke perpustakaan sekolah untuk
memulangkan buku cerita yang kami pinjam.
Kami berjalan kaki kerana rumah kami berdekatan dengan
sekolah.Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor anak anjing.Aku
mengajak Azlan mengacau anak anjing itu.Azlan melarang aku.
Tanpa berlengah, aku mengutip beberapa ketul batu lalu membaling ke
arah anak anjing itu.Anak anjing itu menyalak apabila batu mengenai
badannya.
Tiba-tiba, seekor ibu anjing keluar dari bawah sebuah kereta yang
terletak di tepi jalan.Anjing itu menyalak dan mengejar aku.Aku berlari
dengan sekuat hati.Semasa berlari, aku tergopoh-gapah lalu terlanggar
sebatang tiang lampu jalan dan tidak sedarkan diri.
Apabila aku sedar, aku diberitahu bahawa aku pengsan dan dihantar
oleh seorang pemuda ke klinik.Azlan memberitahu aku bahawa pemuda itu
telah menyelamatkan saya.Aku berasa sesal kerana tidak sempat
mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
Kejadian ini menjadi pengalaman kepada diriku. Aku amat menyesal
dengan apa yang telah berlaku. Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
7
Melengkapkan Cerita
Pada suatu hari, aku menunggang sebuah basikal untuk pergi ke
tuisyen.Di pertengahan jalan, tiba-tiba aku terdengar salakan anjing dari
belakang aku. Rupa-rupanya, seekor anjing garang sedang mengejar aku.
Aku berasa takut lalu menjerit “Tolong! Tolong!” Aku terus mengayuh
basikal aku dengan laju sekali. Malangnya, aku terlanggar seketul batu besar
lalu terjatuh ke jalan raya. Aku pun menangis dengan kuat.
Tiba-tiba, sebuah kereta Proton Saga berhenti di depan aku. Rupa-
rupanya, kereta itu merupakan kereta Pak Abu. Pak Abu merupakan seorang
jiran yang baik hati. Dia telah menolong aku menghalau anjing itu. Dia
sangat kasihan apabila melihat kaki aku tercedera.
Dengan segera, Pak Abu meletakkan basikal aku ke dalam but
keretanya lalu menghantar aku ke Klinik LKB. Di situ, jururawat menolong
aku mencuci luka. Kemudian, Pak Abu menghantar aku pulang ke rumah.
Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Abu kerana telah
menyelamatkan aku daripada serangan anjing garang itu. Pertolongan Pak
Abu tidak akan aku lupakan selama-lamanya.
Setibanya di rumah, aku pun menceritakan hal sebenar kepada ibu. Ibu
menasihati aku supaya berhati-hati di jalan raya. Mujurnya, aku tidak digigit
oleh anjing garang itu. Sejak hari itu, aku tidak berani melalui jalan itu lagi.
8
Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah
Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun.Sambutan Hari
Kemerdekaan bertujuan untuk memperingati kemerdekaan Negara.Baru-baru
ini, sekolah saya telah menyambut Hari Kemerdekaan dengan meriah.
Sambutan Hari Kemerdekaan sekolah saya telah diadakan di dewan
sekolah.Pada hari itu, semua murid dan guru telah berhimpun di dewan
sekolah.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
sekolah.Kemudian, guru besar menyampaikan ucapan beliau.Beliau
memberikan penerangan tentang tujuan sambutan Hari Guru.
Selepas itu, semua guru dijemput naik ke pentas untuk menyanyi
dua buah lagu patriotik iaitu “Kami Anak Malaysia” dan “ Jalur Gemilang”.
Kemudian, Bibiana dari kelas 6E dijemput naik ke pentas untuk memimpin
semua warga sekolah melaungkan tujuh kali merdeka dengan penuh semangat.
Acara seterusnya ialah acara pertandingan menyanyi lagu patriotik
antara kelas-kelas tahun empat dan tahun lima. Semua murid telah
mempersembahkan pertunjukan yang hebat mereka dengan penuh semangat.
Sebelum mengakhiri majlis tersebut, guru besar telah menyampaikan
hadiah kepada kelas yang menang.Majlis telah tamat pada pukul 11.00
pagi.Semua murid pun bersurai dan balik ke kelas masing-masing untuk
meneruskan pelajaran mereka.
Anda sebagai setiausaha Persatuan Sains. Tulis sebuah laporan tentang
lawatan ke zoo negara.
9
LAPORAN LAWATAN KE ZOO NEGARA
Pada 5 Julai 2013, Persatuan Sains SJK (C) Sebiew Chinese telah mengadakan lawatan ke
Zoo Negara di Hulu Kelang, Selangor. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan lima orang
guru pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang
habitat dan cara hidup haiwan .
Kami bertolak dari sekolah tepat jam 8.00 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa satu
jam. Apabila sampai, Cikgu Lim membeli tiket masuk, kemudian kami masuk ke dalam Zoo Negara.
Banyak orang di dalam Zoo Negara. Kami disambut oleh seorang jurupandu yang dikenali sebagai
Encik Roslan. Encik Roslan bermurah hati membawa kami melawat sambil menerangkan dengan
terperinci tentang Zoo Negara.
Mula-mula, kami dibawa ke bahagian haiwan liar. Di sini, kami dapat melihat harimau, gajah,
singa dan sebagainya. Haiwan-haiwan itu tinggal di dalam kandang besi. Kami tidak melepaskan
peluang untuk mengambil gambar dengan orang utan sebagai kenang-kenangan.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian reptilia. Bahagian ini agak mengerikan kerana
pelbagai binatang seperti ular, buaya dan sebagainya dipamerkan. Ada di kalangan murid-murid
berasa geli-geleman apabila seekor ular sawa diletakkan di bahu mereka.
Kami menyaksikan pertunjukan gajah. Gajah-gajah itu sangat pandai dan menurut arahan.
Kami terhibur dengan pertunjukan itu. Ada juga peserta yang sempat merakamkan gambar untuk
dijadikan kenangan.
Lawatan ini berakhir pada pukul 3.00 petang. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang
dapat kami kutip. Kami berharap lawatan sebegini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Dilaporkan oleh, 8 JULAI 2013.
__________________
( LINA WONG )
Setiausaha,
Persatuan Sains,
SJK Sebiew Chinese,
Bintulu.
10
Suasana Pada Hari Pertama Persekolahan
Musim persekolahan yang baru pun bermula.Pada tahun ini, saya
melangkah ke tahun 6.Sebelum sekolah dibuka semula, segala kelengkapan
telah disediakan oleh ibu bapa saya.
Awal-awal pagi lagi, kelihatan murid berduyun-duyun ke sekolah. Saya
berasa gembira sekali kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan sekelas
yang lain. Sudah lama kami tidak berjumpa.
Tidak lama kemudian, loceng pun berbunyi.Kami masuk ke kelas masing-
masing. Ada ibu bapa yang hadir untuk menjelaskan yuran dan bayaran
persekolahan yang lain. Saya juga mengenali guru kelas saya.
Setelah urusan ibu bapa selesai, guru kelas mengarahkan kami
membersihkan kelas.Kemudian, kami mengambil tempat duduk masing-
masing.Saya dilantik sebagai ketua kelas. Saya berjanji akan menjalankan
tugas dengan baik.
Walaupun hari pertama persekolahan, sesi pengajaran dan
pembelajaran tetap dijalankan.Saya menumpukan perhatian semasa guru
mengajar.Saya turut mencatat maklumat penting ke dalam buku nota.
Berbekalkan azam dan semangat, saya yakin bahawa saya dapat
meningkatkan prestasi saya pada tahun ini.
11
Sukanan Tahunan di Sekolah
Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sukan
tahunan.Sukanan tahunan ini diadakan di kompleks sukan Bintulu.
Banyak murid yang hadir pada hari itu.Ibu bapa dan murid-murid telah
datang untuk menyaksikan sukan tahunan ini.Suasana pada hari itu sungguh
meriah.
Tepat pada pukul 8.00 pagi, sukan tahunan pun bermula. Pegawai
Pendidikan Daerah Bintulu telah merasmikan hari sukan ini.Selepas
perbarisan, acara perbarisan oleh pasukan beruniform dan diikuti oleh
rumah-rumah sukan bermula.
Selepas itu, acara-acara sukan bermula.Banyak acara yang telah
diadakan seperti acara lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru
dan sebagainya.Para hadirin 出 席 者 bersorak-sorai untuk memberikan
sokongan kepada para peserta sukan.Acara sukan telah berlangsung selama 5
jam.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas itu. Guru besar
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Biru telah muncul
sebagai johan pada tahun ini. Guru besar memberikan semangat kepada
mereka yang kalah agar tidak berputus asa dan berusaha lagi pada masa akan
datang. Olahragawan pada tahun ini disandang oleh ________ dari Rumah
Jingga manakala olahragawati disandang oleh ___________ dari Rumah
______.
Kira-kira pada pukul 1.00 petang, sukan tahunan tamat. Sebelum pulang,
aktiviti gotong-royong dijalankan untuk membersihkan Stadium Bintulu.
Semua orang bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.
12
Laporan disediakan oleh, 8 JULAI 2014.
_________________
( BONG SHU YING)
Setiausaha
Kelab Sukan
SJK SEBIEW CHINESE BINTULU
Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa
Ibu bapa ialah orang yang paling berjasa kepada kita.Sebagai anak, kita
harus berusaha untuk menggembirakan ibu bapa kita.
Kita harus sentiasa menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah
untuk meringankan beban ibu bapa kita.Kita harus menolong ibu bapa tanpa
disuruh atau dipaksa.Contohnya, kita boleh menolong membasuh pinggan
mangkuk, menyapu, membuang sampah dan sebagainya.
Ibu bapa juga mahu kita berjaya dalam pelajaran.Oleh itu, kita mesti
belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Kejayaan kita akan menggembirakan ibu bapa kita.
Kita juga mestilah menjadi anak yang berbudi bahasa.Kita perlu
mengamalkan sikap bersopan –santun terhadap orang tua. Ibu bapa akan
berasa bangga jika kita mempunyai sikap berbudi bahasa terhadap mereka
dan orang lain.
Kita juga mesti menjaga tingkah laku dengan tidak melakukan
perbuatan yang tidak baik.Contohnya, ponteng, malas membuat kerja,
bergaduh dan sebagainya. Apabila kita melakukan perbuatan yang tidak baik
akan mengecewakan ibu bapa kita.
13
Kesimpulannya, kita harus berusaha menggembirakan ibu bapa kita bila-
bila masa kerana ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Sukan yang Saya Minati
Setiap orang mempunyai sukan yang diminati. Banyak aktiviti sukan
yang boleh kita lakukan seperti bermain badminton, bola sepak, hoki, bola
keranjang dan juga olahraga.
Sukan yang saya minati ialah badminton. Sukan ini begitu popular di
negara kita. Sejak kecil lagi, saya suka bermain badminton kerana bapa saya
seorang pemain badminton yang handal.Bapa selalu membawa saya menonton
pertandingan badminton.
Saya bermain badminton pada setiap petang. Bapa menjadi jurulatih
saya. Saya juga sering berlatih bersama-sama rakan di gelanggang
badminton yang tidak jauh dari rumah saya.Jadi, mutu permainan saya
meningkat dari hari ke hari.
Bersukan dapat menyihatkan badan saya.Semasa bermain, badan saya
berpeluh. Saya menjadi seorang yang aktif kerana perjalanan darah dalam
badan lancar.Oleh itu, saya jarang diserang penyakit.
14
Selain itu, saya dapat mengharumkan nama sekolah. Saya sering
mewakili sekolah dalam pertandingan badminton. Saya kerap memenangi
pertandingan yang saya sertai.Guru-guru juga bangga dengan kejayaan saya.
Saya bangga dengan sukan yang saya pilih. Apabila dewasa nanti, saya
bercita-cita untuk mewakili negara dalam permainan badminton.Saya ingin
mnejadi pemain badminton nombor satu dunia seperti Datuk Lee Chong Wei.
Kantin Sekolah Saya
Kantin sekolah merupakan tempat untuk murid makan dan berehat.
Kantin sekolah saya besar bersih dan selesa.
Pada waktu rehat, murid-murid akan beratur di kantin untuk membeli
makanan dan minuman. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti mi goreng,
nasi lemak, kuih muih dan buah-buahan dijual di kantin.
Kantin sekolah saya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Murid-murid boleh menikmati makanan di tempat yang disediakan. Murid-
murid juga boleh mencuci tangan di singki sebelum dan selepas makan.
Di kantin, murid-murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan.
Murid-murid juga tidak dibenarkan membuat bising dan berlari di kantin.
Selepas makan, murid-murid perlulah membuang sampah sarap ke dalam tong
sampah.
Selain itu, makanan yang dijual di kantin bukan sahaja murah tetapi
sedap rasanya. Ramai murid memuji masakan di kantin sekolah saya.
Tambahan pula, tukang masak dan pekerja-pekerja semuanya peramah dan
mesra terhadap pelanggannya.
15
Saya berasa bersyukur kerana kantin sekolah saya merupakan tempat
yang paling selesa bagi saya. Oleh demikian, kita mestilah menghargai
kemudahan yang disediakan oleh sekolah.
Setiap tahun sekolah kamu mengadakan sambutan Hari Guru.
Tulis catatan lengkap tentang sambutan itu.
Jumaat, 16 Mei 2013
8.00 pagi
Warga sekolah berkumpul di dewan sekolah bagi meraikan sambutan Hari
Guru 2013. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu ”Negaraku”, lagu sekolah,
dan lagu ”Kami Guru Malaysia”. Tujuan sambutan Hari Guru adalah untuk
mengenang jasa guru.
8.50 pagi
Guru Besar menyampaikan ucapan. Kemudian, Cikgu Zul dan Cikgu Ling pula
membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia.
9.30 pagi
Persembahan Hari Guru dimulakan dengan acara nyanyian murid tahap satu.
Selepas itu, murid tahap dua mengadakan persembahan tarian dan lakonan.
10.30 pagi
Sukaneka bermula dengan acara tarik tali, meniup belon, mengisi air di dalam
botol, dan mencari gula-gula dalam tepung, Selepas itu, perlawanan bola
keranjang antara murid dan guru diadakan.
16
11.30 pagi
Majlis berhenti rehat dan murid-murid menikmati jamuan yang disediakan
bersama-sama guru, kakitangan sekolah, dan ahli jawatankuasa PIBG. Semua
hidangan disediakan sungguh lazat.
1.00petang
Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang
acara sukaneka. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi PIBG, Encik Tan
Kim Chuan.
Pengalaman di Pasar Raya
Pada suatu hari, saya mengikut ibu pergi ke sebuah pasar raya yang
mengadakan jualan murah akhir tahun. Terdapat pelbagai potongan harga
barangan yang menarik ditawarkan ketika itu kerana perayaan Tahun Baru
Cina semakin hampir.
Setibanya di sana, saya mendapati banyak orang berpusu-pusu keluar
masuk di pintu utama pasar raya. Bahagian hadapan pasar raya dihias dengan
mercun dan tanglung besar. Sampul angpau juga digantung sebagai hiasan.
Di dalam pasar raya, banyak orang yang membeli-belah. Mereka sibuk
memilih barangan yang dikehendaki oleh mereka.Barangan yang dijual
diberikan potongan harga yang menarik, iaitu sehingga 70 peratus.
Saya dan ibu pun mula mencari-cari barangan yang hendak dibeli. Kami
menuju ke bahagian pakaian kanak-kanak. Ibu membelikan saya tiga pasang
baju dan sepasang kasut baharu. Kemudian, kami membeli barang-barang
keperluan yang lain. Kemudian, kami berbaris untuk membuat bayaran di
kaunter.
Selepas membeli semua barang yang diperlukan, kami pun pulang ke
rumah. Walaupun keletihan, tetapi saya berpuas hati kerana dapat mengikut
ibu membeli-belah.
17
Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah
Amalan gotong-royong amat penting dalam kehidupan kita.Banyak faedah yang
dapat kita peroleh daripada amalan ini.Oleh demikian, pada minggu yang lalu sekolah saya
telah mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong ini merupakan anjuran
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah kami.
Tujuan aktiviti gotong-royong ini diadakan adalah untuk menceriakan dan
mengindahkan kawasan sekolah.Persekitaran yang bersih dan udara yang segar
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu,
aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru, murid-murid
dan ibu bapa.
Pada hari tersebut, murid-murid, guru-guru dan ibu bapa datang ke sekolah pada
pukul 7.30 pagi. Semua peserta aktiviti gotong-royong berkumpul di padang sekolah.
Masing-masing membawa cangkul, parang, penyapu dan sebagainya. Aktiviti gotong-
royong ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Peserta aktiviti gotong-royong dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan ditugaskan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Antara kerja-
kerja yang dilakukan adalah seperti membersihkan longkang, menyapu sampah, menebas
rumput, membersihkan taman sains, membersihkan kantin, mengecat dan melukis mural
dan sebagainya. Kami melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan tidak berat
tulang.
18
Gotong-royong ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Semua peserta aktiviti
gotong-royong berehat di padang sambil menikmati makanan yang telah disediakan.
Walaupun penat melakukan kerja, namun kami tetap gembira.
Sekolah kami kelihatan bersih dan ceria selepas aktiviti gotong-royong. Apabila
kawasan sekeliling di sekolah bersih, kita dapat belajar dengan selesa. Kami berasa
sangat gembira melihat sekolah kami indah bagaikan sebuah taman.
Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan untuk murid-
murid Tahun Enam. Selaku ketua murid, kamu diminta
menyampaikan ucapan dalam majlis itu. Tulis ucapan itu
selengkapnya
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru
Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya
mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid
Tahun Enam untuk berucap pada hari ini.
Beberapa hari lagi murid-murid Tahun Enam akan meninggalkan sekolah
ini. Kami berasa sedih kerana akan meninggalkan sekolah yang kami cintai ini.
Sepanjang kami bersekolah di sini, kami telah dididik, diasuh, dan
dibimbing oleh para guru dalam pelajaran mahupun kokurikulum.Oleh itu, saya
mewakili murid Tahun Enam mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana mendidik kami dengan penuh kesabaran.
Kami berharap agar sekolah ini terus melahirkan murid-murid yang
berbakat baik dalam bidang akademik dan kokurikulum.
19
Sepanjang enam tahun kami bersekolah di sini, pastinya terdapat
kesilapan yang kami lakukan.Oleh itu, sebagai wakil murid Tahun Enam, saya
memohon maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan.
Akhir kata, kami mendoakan guru-guru bahagia dan sihat di samping
keluarga tercinta.
Sekian, terima kasih.
Cara-cara Menjaga Kebersihan
Menjaga kebersihan penting kepada semua orang. Bagi menyemai sikap
cintakan kebersihan, kita perlu memupuk sikap ini sejak kecil lagi.
Kita harus menjaga kebersihan diri dengan mandi. Biasanya kita harus
mandi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Kita patut mandi
menggunakan sabun agar badan lebih bersih dan harum. Kita juga dapat
mengelakkan daripada penyakit kulit seperti panau dan kurap.
Selain itu, kita harus akan memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Pakaian yang bersih memberi penampilan yang baik. Kita juga akan berasa
selesa dan yakin pada diri sendiri sewaktu berhadapan dengan orang lain.
Jika ada kelapangan, kita harus membantu ibu mengemas rumah. Kita
harus menyapu sampah di dalam dan di halaman rumah. Rumah yang bersih
dapat mengelakkan kehadiran lipas, tikus dan lalat.
20
Pada hujung minggu pula, kita harus bergotong-royong membersihkan
sekitar kawasan rumah. Segala sampah sarap dan tin yang bertakung air
akan dibuang ke dalam tong sampah. Ini dapat mengelakkan nyamuk daripada
membiak. Kawasan rumah yang bersih akan mewujudkan suasana yang ceria
kepada penghuninya.
Menjaga kebersihan harus dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Bak
kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan
Negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan. Antaranya ialah
durian, rambutan, manggis, jambu dan sebagainya. Tabiat suka makan buah-
buahan tempatan memang banyak faedahnya.
Buah-buahan tempatan memang sudah dikenali kerana khasiatnya yang
tinggi. Di samping mengandungi vitamin dan serat yang tinggi, buah-buahan
tempatan juga dapat menyegarkan badan kita.
Di samping itu, buah-buahan tempatan boleh didapati di mana-mana
sahaja. Tidak kira di ladang-ladang besar mahupun kebun-kebun kecil dan
kampung-kampung ada menanam buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini
banyak dijual di tepi-tepi jalan. Justeru, buah-buahan ini boleh dibeli ketika
segar. Harganya juga murah berbanding dengan buah-buahan import.
21
Jika kita makan buah-buahan tempatan, secara tidak langsung kita
dapat membantu petani-petani dan pekebun-pekebun kecil yang
mengusahakan tanaman ini. Dengan itu, pendapatan mereka akan meningkat.
Ketika ini, pihak kerajaan sedang giat menjalankan promosi
memperkenalkan buah-buahan tempatan ke luar negara. Oleh yang demikian,
tabiat suka makan buah-buahan tempatan secara tidak langsung dapat
membantu usaha-usaha murni kerajaan ini.
Buah-buahan tempatan memang banyak kelebihannya. Jadi, hargailah
buah-buahan tempatan dan banyaklah makan buah-buahan tempatan.
Cara-cara Menjaga Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
Kelas yang bersih dan ceria dapat membantu murid-murid mengikuti
pelajaran dengan lebih tenang dan mudah. Terdapat banyak cara untuk
menjadikan sesebuah kelas itu bersih dan sentiasa ceria.
Keadaan lantai dan tingkap mestilah sentiasa bersih. Murid-murid
harus menyapu lantai dua kali sehari dan membuang sampah ke dalam tong
sampah yang disediakan. Tambahan pula, murid-murid mestilah mengelap
tingkap yang berhabuk dengan kain yang bersih.
Selain itu, murid-murid harus memastikan kerusi dan meja sentiasa
bersih dan tersusun. Hal ini demikian kerana kedudukan meja dan kerusi
yang berselerak boleh mengganggu tumpuan guru dan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid juga boleh melapik
meja mereka menggunakan alas meja agar kelihatan lebih cantik dan selesa.
22
Papan kenyataan di hadapan dan belakang kelas harus sentiasa
dikemaskini. Segala maklumat tentang kelas dan prestasi murid boleh
dipaparkan untuk tatapan umum. Murid-murid boleh menggunakan kreativiti
mereka untuk menghias papan kenyataan supaya menjadi lebih cantik dan
menarik.
Kesimpulannya, murid-murid perlu bekerjasama menjaga kebersihan
dan keceriaan kelas. Dengan adanya kelas yang bersih dan ceria, murid-
murid dapat belajar dalam suasana yang selesa.
Kebakaran
Pada suatu hari, aku pulang dari sekolah setelah menghadiri latihan
pasukan bola sepak. Aku mengayuh basikal sambil bersiul-siul riang. Tiba-
tiba, aku terdendar suara orang menjerit meminta tolong. Aku terus menuju
ke arah suara itu.
Apabila sampai di tempat kejadian, aku dapat melihat sederet rumah
kedai telah terbakar. Aku dapat melihat api menjulang tinggi dan membakar
rumah kedai itu. Asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.
Kelihatan mangsa-mangsa kebakaran menjerit ketakutan. Mereka
berlari sambil meminta tolong. Orang ramai yang lalu-lalang di situ menolong
mangsa kebakaran tersebut.
Keadaan ketika itu kelam kabut. Aku dapat melihat orang ramai berlari
ke sana ke mari. Mereka menyelamatkan diri dan barang-barang.
23
Anggota bomba pula bertungkus lumus memadamkan kebakaran.
Mereka juga dibantu oleh penduduk-penduduk di situ. Sejam kemudian, api
berjaya dipadamkan. Mangsa-mangsa kebakaran itu kembali ke kedai mereka
untuk melihat barang-barang yang terselamat.
Aku terus mengayuh basikal balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku
berasa sangat sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa kebakaran tadi.
Mujurlah tiada nyawa yang terkorban.
Sekolah Saya
Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese.
Sekolah saya terletak di Jalan Tun Hussein Onn. Sekolah saya terletak
berhampiran dengan jalan raya yang sibuk. Kawasan sekolah saya agak luas.
Sekolah saya mempunyai tiga buah blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan seperti kantin,
makmal sains, makmal komputer, padang, perpustakaan, dewan dan
gelanggang bola keranjang.
Kawasan sekitar sekolah saya agak menarik kerana dihiasi dengan
pokok-pokok bunga yang cantik dan pokok-pokok yang rendang. Walaupun
suasana di jalan raya agak bising dengan bunyi kenderaan yang banyak, namun
tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
24
Bangunan Blok A terdiri daripada kelas tahun 3 dan tahun 4, bangunan
Blok B terdiri daripada kelas tahun 1 dan tahun 2, bangunan Blok C pula
terdiri daripada kelas tahun 5 dan tahun 6. Bilik guru dan pejabat terletak
bersebelahan dengan tangga. Kami selalu memasuki bilik guru untuk
berjumpa dengan guru. Kadang-kadang kami juga ke pejabat untuk berjumpa
dengan guru besar.
Pada setiap hari Isnin, sekolah saya mengadakan perhimpunan.
Perhimpunan itu bermula pada pukul 7.00 pagi. Aktiviti kokurikulum pula
diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya murid Tahap 2 terlibat dalam
aktiviti ini.
Saya berasa bangga kerana dapat belajar di sekolah ini. Saya berjanji
akan menjaga nama baik sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Kamu mendapat hadiah wang tunai sebanyak dua ribu ringgit.
Ceritakan perkara yang ingin kamu lakukan dengan wang
tersebut.
Dua bulan yang lalu, saya telah menyertai satu pertandingan mengarang
Bahasa Malaysia. Dalam pertandingan itu, saya diumumkan sebagai pemenang
dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak dua ribu ringgit.
Sebaik sahaja saya menerima wang itu, saya terus ke bank untuk
menyimpan sebahagian daripada wang yang saya peroleh. Nilainya ialah
seribu lima ratus lapan puluh ringgit. Saya menyimpan wang itu untuk
kegunaan pada masa hadapan.
Saya telah mengasingkan empat ratus dua puluh ringgit daripada wang
itu. Saya menggunakan dua ratus ringgit untuk membeli buku-buku rujukan
25
dan buku latihan yang saya perlukan. Saya juga membeli dua buah kamus
iaitu kamus Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Saya memberikan dua ratus ringgit lagi kepada ibu bapa saya. Wang
itu digunakan oleh mereka untuk membayar bil elektrik, bil air dan bil
telefon. Dengan ini dapatlah saya meringankan beban mereka.
Wang yang masih ada iaitu sebanyak dua puluh ringgit saya gunakan
untuk membeli alat tulis yang akan saya gunakan semasa peperiksaan UPSR
tidak lama lagi. Saya tidak mahu membazirkan wang hadiah kemenangan saya
itu dengan tujuan yang tidak berfaedah.
Cara-cara Mengisi Masa Lapang Dengan Berfaedah
Masa lapang yang kita ada mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya. Bak kata
pepatah “Masa Itu Emas”. Banyak aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan pada masa
lapang seperti membaca, bersukan, membantu ibu bapa membuat kerja rumah dan
bercucuk tanam.
Terdapat banyak bahan bacaan yang boleh kita baca pada masa lapang. Kita boleh
membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, surat khabar, majalah dan
ensiklopedia. Membaca akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan
kata. Melalui pembacaan, kita juga akan dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di
sekeliling kita.
Selain itu, kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Pelbagai aktiviti sukan yang boleh kita lakukan seperti berenang, bermain badminton,
berjogging dan sebagainya. Melalui sukan, seseorang dapat mengeluarkan peluh. Ini
menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Badan yang sihat membantu
26
perkembangan otak yang baik kerana otak yang cergas datangnya daripada tubuh yang
sihat.
Di samping itu, kita boleh membantu ibu bapa membuat kerja rumah pada masa
lapang. Kita boleh membantu ibu bapa menyapu lantai, mencuci tandas, mengemas ruang
tamu dan sebagainya. Sekiranya kita membantu ibu bapa membuat kerja rumah, beban
mereka akan menjadi lebih ringan dan mudah disiapkan.
Tambahan pula, masa lapang juga boleh dipenuhi dengan bercucuk tanam. Kita
boleh menanam sayur-sayuran seperti terung, bendi, cili dan kacang panjang di belakang
rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat menjimatkan perbelanjaan harian.
Kesimpulannya, pelbagai aktiviti yang berfaedah boleh kita lakukan untuk mengisi
masa lapang.
Gotong-royong Membersihkan Kelas
Pada minggu yang lepas, guru kelas saya telah memberitahu kami
tentang rancangannya untuk membersihkan kelas secara bergotong-
royong.Kami bersetuju untuk mengadakan gotong-royong itu pada hari Sabtu
kerana hari tersebut kami tidak bersekolah.
Pada hari itu, semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti
baldi, kain buruk, penyapu dan sebagainya ke sekolah.Ini adalah kerana alat-
alat yang terdapat di sekolah tidak mencukupi dengan bilangan murid yang
ramai.
Guru memberikan tugas masing-masing kepada kami. Setiap kerja
dilakukan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang.Seorang
27
ketua dilantik dalam setiap kumpulan.Ketua bertanggungjawab memastikan
kumpulannya betul-betul menjalankan tugas mereka.
Selepas itu, kami mula membersihkan kelas. Kami mengelap cermin
tingkap, memadam papan hitam, menyapu lantai, menyusun meja dan kerusi,
menghias papan pernyataan, dan membuang sampah. Kami membuat kerja
dengan suka hati dan bersemangat.
Setelah semua kerja selesai, kami berehat sambil minum minuman yang
kami bawa.Kelas kami kelihatan bersih dan cantik. Guru memuji kami kerana
memiliki sifat tolong-menolong dan semangat kerja berkumpulan.
Saya berasa senang hati apabila melihat kelas saya bersih dan cantik.
Minat untuk belajar semakin bertambah apabila melihat kelas yang ceria.
Gotong-royong Membersihkan Rumah
Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan
rumah.Pagi-pagi lagi, ayah sudah mengejutkan kami. Saya dan adik-beradik yang lain pun
bersiap-siap. Sebelum bergotong-royong, kami bersarapan bersama-sama.Kami makan mi
goreng yang dibuat oleh ibu.
Selepas bersarapan, ayah meminta kami berkumpul di ruang tamu.Kemudian, ayah
memberikan tugas kepada saya, abang, dan kakak.Kami menerima setiap tugasan dengan
hati yang gembira. Ayah berjanji akan membawa kami makan sate pada malam itu. Kami
semakin bersemangat untuk melakukan tugas yang diberikan oleh ayah.
Abang telah ditugaskan untuk membersihkan semua cermin tingkap di rumah saya.
Ayah mengambil baldi yang berisi air sabun dan sehelai kain yang bersih untuk mengelap
tingkap. Abang telah mengelap tingkap sehingga bersih sambil dibantu oleh adik
saya.Kami geli hati melihat adik bongsu kami mengelap tingkap.
28
Kakak dan saya pula ditugaskan untuk mengemas ruang tamu dan mengelap
perhiasan rumah.Kakak menggunakan pembersih vakum untuk menyedut semua habuk pada
permaidani.Barang-barang hiasan pula telah kami lapkan dengan kain basah. Selain itu,
saya turut menyusun surat khabar dan majalah-majalah di rak supaya kelihatan kemas.
Sementera itu, ayah dan ibu pula berada di halaman rumah. Ayah menebas rumput
yang panjang manakala ibu mencuci longkang. Mereka juga menyapu daun-daun pokok yang
bertaburan di halaman rumah.Kami semua bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Semua kerja selesai pada pukul 11.30 pagi. Kami berehat di bangku di halaman
rumah sambil minum jus oren. Walaupun penat, namun kami gembira kerana rumah kami
bersih dan kemas.Pada malam itu, kami makan sate seperti yang dijanjikan oleh ayah saya.
Sebuah pasukan beruniform sekolah kamu telah mengadakan
perkhemahan.Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis
laporan tentang perkhemahan tersebut.
LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
SJK SEBIEW CHINESE, BINTULU
Pada cuti sekolah yang lalu, iaitu 9 Mac 2013, sekolah saya telah mengaakan
program perkhemahan pengakap. Program ini diadakan diadakan di padang sekolah.
Sebanyak 60 orang ahli pengakap menyertai program tersebut.Empat orang guru
penasihat diketuai Cikgu Salim telah mengepalai program tersebut.
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid berdikari dan
memantapkan fizikal serta rohani para peserta perkhemahan.Perkhemahan ini juga
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang aktiviti perkhemahan.
29
Semua anggota pengakap dibahagikan kepada enam kumpulan.Setiap kumpulan
diberikan tugas dan tanggungjawab mengikut perancangan yang telah disediakan.Semua
peserta melakukan kerja dengan penuh bersemangat dan bertolak ansur.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan ini.Antaranya termasuk
kawad, pertandingan memasak, khemah terbersih, acara meredah hutan dan malam
kebudayaan.Semua aktiviti berjalan dengan lancer dan sungguh meriah.
Perkhemahan ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah oleh guru penasihat
utama, iaitu Cikgu Salim. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang
terlibat menjayakan program tersebut. Beliau berharap agar program ini akan diadakan
lagi pada tahun akan datang.
Disediakan oleh, 11 MAC 2013.
______________
(TAN MEI KEI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
SJK Sebiew Chinese.
Kamu akan menyertai pertandingan bercerita peringkat daerah.
Tulis persediaan yang kamu buat bagi menghadapi pertandingan
bercerita itu.
Saya telah dipilih untuk mewakili sekolah saya dalam pertandingan
bercerita peringkat daerah. Pertandingan itu akan diadakan pada bulan
hadapan.Saya telah membuat persediaan awal untuk menghadapi
pertandingan ini.
Tajuk cerita yang akan saya ceritakan ialah “Naga dengan Arnab”.
Saya telah beberapa kali membaca buku cerita itu untuk memahami isi
kandungan cerita tersebut.
30
Kemudian, saya menghafal isi kandungan buku cerita itu.Dalam sehari,
saya menghafal dua halaman buku tersebut selepas mengulang kaji
pelajaran.Ibu memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya.
Semasa di sekolah, guru penasihat membimbing saya tentang cara
bercerita. Saya berlatih berulang-ulang kali.Akhirnya, saya mahir bercerita.
Guru penasihat juga memberi peluang kepada saya untuk berlatih bercerita
dengan mikrofon.
Guru penasihat saya juga menyuruh saya berlatih di hadapan kelas dan
semasa perhimpunan untuk menghilangkan rasa gementar dan gugup.
Akhirnya perasaan gementar saya beransur hilang.
Saya berharap saya akan menang dalam pertandingan itu nanti.
Kepentingan Komputer
Dalam zaman yang serba moden ini, penggunaan komputer menjadi
semakin penting dalam kehidupan kita.Komputer ialah alat keperluan dalam
masyarakat.
Komputer memudahkan segala urusan. Melalui komputer, kita dapat
menaip perkataan, memasukkan gambar dan sebagainya. Tambahan pula,
kerja yang dibuat dapat disimpan dan digunakan semula. Dengan itu, kerja
kita menjadi mudah dan menjimatkan masa.
Selain itu, komputer digunakan untuk membantu guru menyampaikan
pengajaran. Penggunaan komputer dapat mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
31
Di samping itu, penggunaan internet pula dapat memudahkan pencarian
pelbagai maklumat dengan cepat. Dengan melayari internet, kita dapat
menambahkan pengetahuan, hiburan dan rujukan.Kita juga dapat berhubung
dengan orang yang jauh atau dekat dengan mudah melalui e-mel.
Komputer juga dapat digunakan untuk hiburan. Terdapat pelbagai
permainan komputer yang menarik dan mencabar minda kita. Kita juga dapat
menikmati muzik melalui komputer untuk menenangkan fikiran kita.
Kesimpulannya, komputer sangat penting kepada kita. Oleh itu, kita
hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran berkomputer.
Kamu telah menyertai Program Motivasi anjuran sekolah.
Ceritakan pengalaman kamu sepanjang mengikuti program ini.
Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyertai satu program motivasi anjuran
sekolah di dewan sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi suntikan
semangat kepada semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan
September. Begitu juga dengan saya, saya berazam untuk meraih keputusan cemerlang
dalam UPSR.
Seawal pukul 7.45 pagi, saya sudah tiba di sekolah untuk membuat pendaftaran
bagi mengikuti program motivasi ini. Program ini telah dirasmikan oleh guru besar.
Selepas upacara perasmian, ceramah sesi pertama pun diadakan. Ceramah yang
bertajuk ”Mengenali Diri Sendiri” telah memberi kesedaran kepada setiap murid tentang
32
pentingnya pembentukan sikap positif pada diri sendiri. Setiap peserta mendengar
ceramah sambil membuat catatan.
Sesi ceramah kedua program ini diadakan selepas berehat seketika. Penceramah
jemputan telah menyampaikan ceramah beliau dengan berkesan sekali. Topik ceramah
bertumpu kepada pendisiplinan diri yang meliputi aspek masa dan tingkah laku.
Pada sebelah petang, ceramah bertajuk ”Strategi Menjawab Soalan UPSR”
diadakan. Penceramah yang berpengalaman dalam bidang penyemakan kertas soalah telah
berjaya menarik perhatian setiap peserta. Sesi terakhir program motivasi pada hari ini
ialah sesi soal jawab. Para peserta berpeluang mengajukan soalan kepada penceramah
jemputan.
Selepas upacara perasmian penutup dan penyampaian cenderamata, program ini pun
tamat. Para peserta pulang dengan semangat yang berkobar-kobar dan berazam belajar
dengan lebih tekun lagi untuk menghadapi peperiksaan.
Kamu telah melawat ke satu pameran buku. Gambarkan
suasana pameran buku itu.
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya telah melawat ke
pameran buku yang diadakan di Dewan Kenangan Jubli Perak. Pameran buku
ini diadakan selama dua minggu.
Setibanya di lokasi berkenaan, kelihatan suasana di pameran buku
sangat meriah. Ramai orang berkerumun di dewan ini.
Disebabkan kesesakan, kami terpaksa beratur menunggu giliran untuk
masuk ke dalam dewan. Setelah kami masuk ke dewan, ternampak suasana di
dalam dewan hingar-bingar. Orang ramai sibuk berkunjung ke gerai-gerai
yang mempamerkan pelbagai jenis buku.
33
Jenis buku yang dipamerkan termasuklah buku berbentuk ilmiah dan
bukan ilmiah. Buku berbentuk ilmiah seperti buku rujukan peperiksaan, buku
rujukan institut pendidikan tinggi manakala buku berbentuk bukan ilmiah
pula termasuklah buku masakan, resipi membuat kek dan sebagainya.
Reaksi orang ramai amat berbeza. Ada yang berjalan-jalan untuk
melihat pelbagai jenis buku. Ada pula membelek-belek buku sebelum
membelinya. Terdapat juga segelintir orang yang sedang asyik membaca
buku yang diminati.
Setelah berada seketika di dalam dewan, kami pun membawa buku yang
dipilih untuk membuat bayaran di kaunter. Selepas itu, kami pun pulang.
Ceritakan pengalaman kamu melawat ke dusun buah-buahan
datuk.
Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah melawat ke
dusun buah-buahan datuk saya. Kami bertolak ke sana dengan kereta ayah.
Perjalanan kami memakan masa selama empat puluh minit.
Setibanya di dusun datuk, datuk menyambut kedatangan kami dengan
tangan terbuka. Pada mulanya, kami dibawa melawat ke sekitar dusun.
Dusun datuk sangat luas. Pelbagai jenis buah ditanam di sini. Antaranya
buah rambutan, durian, manggis dan dukong.
Kebetulan pada masa itu musim buah-buahan. Kami berpeluang
menikmati kelazatan buah tempatan. Datuk telah memetik buah rambutan
34
untuk kami. Kami juga mengutip buah durian yang gugur. Alangkah
seronoknya kami kerana berpeluang menikmati buah-buahan tempatan yang
lazat dan kaya dengan vitamin.
Selain itu, saya juga dapat menimba pengalaman dengan membantu
datuk menjual buah-buahan yang dipetik di gerai tepi jalan. Oleh sebab
buah-buahan yang ditanam oleh datuk sangat lazat, buah-buahan laris dijual
dalam sekelip mata.
Menjelang waktu senja, kami bersedia untuk pulang. Datuk telah
menyediakan beberapa ikat rambutan dan tiga biji durian untuk kami
membawa pulang.
Lawatan ke dusun pada kali ini amat menyeronokkan, saya dapat
menimba pengalaman yang sukar untuk saya lupakan.
Selaku setiausaha Persatuan Sains, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada sebuah
syarikat membuat sarung tangan getah untuk membuat permohonan lawatan sambil belajar.
Persatuan Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese,
97000 Bintulu,
Sarawak.
_______________________________________________________________________________
Pengurus,
Syarikat Bintang Sdn.Bhd,
Jalan Imbi,
96000 Sibu,
Sarawak. 9 MAC 2013.
Tuan,
Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar
35
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Persatuan Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese
ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.
2. Kami difahamkan bahawa syarikat tuan menghasilkan sarung tangan getah yang telah terbukti
kualitinya.Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara membuat
sarung tangan getah.
3. Untuk makluman pihak tuan, berikut ialah butiran lawatan kami:
Tarikh : 14 April 2013
Masa : 9.30 pagi
Jumlah murid dan guru yang terlibat: 30 orang ahli dan 3 orang guru.
4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan segera.
Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.
5. Saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama pihak tuan.
Sekian.
Yang menjalankan tugas,
__________________________
( AIMAN DANIAL NAIM)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
SJK Sebiew Chinese
Kamu ingin membeli beberapa buah buku latihan dari sebuah syarikat penerbitan.
Tulis sepucuk surat pesanan untuk membeli buku-buku latihan tersebut.
Chong San Nee,
4B, Jalan Rose,
Taman Jasmine,
53100 Kuala Lumpur.
______________________________________________________________________
Penerbit,
Kancil Distribution,
Jalan Lily,
40000 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan. 20 MAC 2013
Tuan,
Membuat Pesanan Buku
36
Saya seperti nama dan alamat di atas ingin membuat pesanan buku daripada syarikat tuan.
2. Saya difahamkan bahawa syarikat tuan mengeluarkan buku-buku teks dan buku-buku
latihan sekolah rendah dan menengah.
3. Oleh itu, saya ingin membuat pesanan buku-buku seperti di bawah:
(i) Buku Latihan Bahasa Melayu Tahun 6
(ii) Buku Latihan Sains Tahun 6
(iii) Buku Latihan Matematik Tahun 6
(iv) Buku Latihan Kajian Tempatan Tahun 6
4. Bersama-sama ini saya sertakan wang pos sebanyak RM50 untuk bayaran buku-buku
tersebut.
5. Saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_______________
(CHONG SAN NEE)
Kamu seorang murid kelas 5A. Kamu dikehendaki menulis sepucuk surat
kepada guru kelas kamu untuk memberitahu tentang ketidakhadiran kamu
ke sekolah kerana sakit.
Sharon Ling,
4B, Jalan Alor,
97000 Bintulu,
Sarawak.
_________________________________________________________________
Guru Kelas 5A,
SJK Sebiew Chinese,
97000 Bintulu,
Sarawak. 28 MAC 2013.
Cikgu,
37
Tidak Hadir Ke Sekolah
Saya seperti nama dan alamat di atas, tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari
kerana demam
2. Untuk makluman cikgu, saya telah diserang demam panas selepas pulang dari
sekolah semalam.
3. Doktor telah mengesahkan bahawa saya demam. Bersama-sama ini, saya
melampirkan surat cuti sakit selama dua hari yang diberikan oleh doktor.
4. Saya berharap saya akan cepat sembuh dan hadir ke sekolah seperti biasa.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_____________
(SHARON LING)

More Related Content

What's hot

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaAn Hawa
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015thuvas27
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusAmiruddin Abd Rahman
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 
Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词da Vinci
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifshirleyku
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongZamri Ghani
 

What's hot (20)

Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
Buku bina ayat
Buku bina ayat  Buku bina ayat
Buku bina ayat
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Latihan kata majmuk
Latihan  kata majmukLatihan  kata majmuk
Latihan kata majmuk
 
Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 

Similar to MEMBACA MANFAAT

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaRevolvere
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaKampung Baca
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusdevenanita15
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRShika Nara
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)farizal32
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Uma Devi Kirubananthan
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongjomokb
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02joyce wong
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Nurul Fatekah
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKathleen Ong
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017Stephen Tan
 
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Siti Aminah Ramlan
 

Similar to MEMBACA MANFAAT (20)

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Antologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak DesaAntologi Karya Anak Desa
Antologi Karya Anak Desa
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Koleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galusKoleksi karangan utk mrd galus
Koleksi karangan utk mrd galus
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSRKoleksikarangan(murid galus) bm UPSR
Koleksikarangan(murid galus) bm UPSR
 
Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)Koleksikarangan(murid galus)
Koleksikarangan(murid galus)
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
Koleksikaranganutkmrdgalus 140226120240-phpapp02
 
Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus Koleksikaranganutkmrdgalus
Koleksikaranganutkmrdgalus
 
Koleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemahKoleksi karangan untuk murid lemah
Koleksi karangan untuk murid lemah
 
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
345472254 contoh-contoh-karangan-upsr-2017
 
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johorBm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor
 
Bhg c
Bhg cBhg c
Bhg c
 
Kelas01 ips inoki
Kelas01 ips inokiKelas01 ips inoki
Kelas01 ips inoki
 
Blog faizal
Blog faizalBlog faizal
Blog faizal
 
Amar crita spontan
Amar   crita spontanAmar   crita spontan
Amar crita spontan
 
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
Pgesanan setengah tahun_jpnj_2012
 

Recently uploaded

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Recently uploaded (20)

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

MEMBACA MANFAAT

  • 1. 1 Aku Sehelai Baju Aku sehelai baju batik.Aku diperbuat daripada sebidang kain batik yang dipotong kepada beberapa bahagian.Kemudian, aku dijahit menjadi sehelai baju. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat baju batik yang terletak di Kuala Lumpur.Setelah siap dijahit, aku digosok.Kemudian, aku dibungkus dengan plastik dan dimasukkan ke dalam kotak. Selepas itu, aku dimuatkan ke atas lori untuk dihantar ke sebuah pasar raya. Setibanya aku di pasar raya, aku dan kawan-kawanku digantung untuk dipamerkan kepada pelanggan.Jurujual pasar raya itu melekatkan tanda harga pada badanku.Di sini, aku dapat mengenali ramai kawan yang terdiri daripada pelbagai jenama. Masing-masing memperagakan diri dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian pembeli. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli baju batik.Dia menatapku dengan penuh minat.Dia membelek-belek diriku.Setelah berpuas hati dengan kesempurnaanku, dia membeli aku dengan harga RM60.Kemudian, aku dibawa pulang ke rumahnya. Tuan aku merupakan seorang guru. Setiap hari Khamis, dia akan memakai aku ke sekolahnya. Kawan-kawan tuanku selalu memuji kecantikan aku. Aku berjanji akan menyumbangkan khidmat dengan penuh ikhlas kepada tuanku. Tuan aku sungguh baik hati. Selepas dipakai, aku akan dibersihkan. Apabila aku sudah kering, tuan aku akan menggosok aku dan menggantung aku di dalam almari. Aku sungguh bertuah kerana mempunyai tuan yang baik hati. Aku berjanji akan terus memberikan khidmat yang terbaik kepada tuan aku.
  • 2. 2 Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan.Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah ialah aktiviti persatuan, sukan dan badan beruniform.Aktiviti ini dijalankan pada hari Sabtu. Aktiviti kokurikulum banyak memberikan faedah kepada murid- murid.Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan menagih dadah. Selain itu, murid-murid yang menyertai kokurikulum dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama, ikhlas, hormat-menghormati dan berdikari.Nilai-nilai murni tersebut dapat disemai ke dalam jiwa setiap murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu, murid-murid dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan seperti memberikan pertolongan cemas, memasang khemah, memasak, menanam pokok dan sebagainya. Mereka akan menjadi lebih yakin dan tabah dalam hidup. Aktiviti kokurikulum turut membantu murid-murid meningkatkan daya ketahanan. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, badan murid-murid akan menjadi sihat dan otak menjadi cerdas. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada murid-murid.Jadi, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum.
  • 3. 3 Faedah Membaca Amalan membaca merupakan amalan yang mulia. Kita boleh membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, novel, surat khabar, majalah dan sebagainya. Kita hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai hobi. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita.Kita dapat mengetahui perkara baharu dalam pelbagai bidang seperti sains, bahasa, agama, sejarah dan politik apabila membaca buku.Ilmu pengetahuan ini boleh digunakan oleh murid-murid di dalam kelas semasa belajar. Selain itu, amalan membaca merupakan aktiviti yang sangat berfaedah untuk mengisi masa lapang kita. Dengan itu, kita tidak akan membuang masa dengan melakukan aktiviti yang kurang sihat sperti melepak. Kita akan lebih menghargai masa kerana masa itu emas. Di samping itu, membaca dapat memberikan hiburan kepada pembaca. Pembaca akan membaca buku cerita yang diminati. Secara tidak langsung, cerita-cerita ini akan menimbulkan keseronokan kepada mereka. Dengan membaca bahan tersebut, kita boleh merehatkan minda setelah penat belajar. Membaca dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid.Mereka mengetahui kosa kata yang baharu melalui buku-buku yang dibaca. Mereka akan mencari maksud kosa kata yang tidak difahami dengan menggunakan kamus atau merujuk kepada guru. Tambahan pula, kita juga dapat mengetahui berita terkini jika membaca surat khabar. Kita juga dapat mengetahui kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara. Oleh itu, kita tidak akan ketinggalan seperti katak di bawah tempurung. Kesimpulannya, contohilah sikap ulat buku yang suka membaca buku kerana membaca mendatangkan banyak kebaikan.Kita boleh membaca buku di mana-mana sahaja kerana membaca merupakan jambatan ilmu.
  • 4. 4 Kamu akan menduduki Ujian Sekolah Rendah (UPSR) pada akhir tahun ini. Tuliskan persiapan-persiapan yang kamu akan lakukan sebelum peperiksaan. Saya akan menduduki UPSR pada akhir tahun ini. Oleh itu, saya bertungkus-lumus untuk belajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Sejak awal tahun lagi, saya telah membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Saya telah menyediakan satu jadual waktu untuk diri sendiri.Jadual waktu itu membolehkan saya membahagikan masa untuk belajar dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dengan adanya jadual waktu, saya tidak akan membazirkan masa sesuka hati kerana saya tahu bahawa masa itu emas. Selain itu, saya juga menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar.Saya tidak malu mengangkat tangan untuk bertanya kepada guru sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan pelajaran yang sedang diajar. Setiap hari saya juga akanmembuat ulang kaji di rumah. Di samping itu, saya juga membuat perbincangan bersama-sama rakan bagi meningkatkan kefahaman saya terhadap pelajaran. Di samping itu, saya juga menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Kelas tambahan yang diadakan dapat memantapkan lagi pengetahuan saya.Tambahan pula, saya dapat bertanya dengan guru tentang latihan yang dibuat dengan lebih mudah. Saya akan terus berusaha supaya dapat mendapat tujuh A dalam UPSR. Dengan persiapan yang dilakukan, saya yakin akan berjaya.
  • 5. 5 Pengalaman Berkelah Di Tepi Pantai Pada hari Sabtu yang lalu, bapa bercadang membawa kami sekeluarga berkelah di pantai Port Dickson.Tanpa melengahkan masa, kami segera membuat persediaan.Kami bertolak pada pukul lapan pagi dengan menaiki kereta Proton Waja bapa saya. Dua jam kemudian, kami pun tiba di destinasi. Bapa membentangkan tikar di bawah sepohon pokok.Kami mengeluarkan barang-barang dari but kereta untuk diletakkan di atas tikar. Selepas itu, saya dan abang segera menyalin pakaian untuk bermandi- manda di pantai.Bapa pula berehat di bawah pokok sambil membaca majalah manakala emak menghidangkan makanan untuk kami.Kakak dan adik perempuan saya membina istana pasir dengan gembira. Tidak lama kemudian, kami sekeluarga pun menjamu selera sambil menikmati pemandangan pantai yang indah ini.Kemudian, kami besiar-siar di tepi pantai.Adik perempuan saya mengutip pelbagai jenis kulit siput yang cantik.Abang juga tidak lupa mengambil gambar kami sekeluarga untuk dijadikan kenangan. Sebelum pulang, kami membersihkan sekitar tempat perkelahan kami.Saya berasa gembira kerana dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama-sama dengan ahli keluarga yang tersayang.
  • 6. 6 Melengkapkan Cerita “…… Aku amat menyesal dengan apa yang telah berlaku. Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi” Aku dan kawan karibku, Azlan pergi ke perpustakaan sekolah untuk memulangkan buku cerita yang kami pinjam. Kami berjalan kaki kerana rumah kami berdekatan dengan sekolah.Dalam perjalanan, kami terserempak dengan seekor anak anjing.Aku mengajak Azlan mengacau anak anjing itu.Azlan melarang aku. Tanpa berlengah, aku mengutip beberapa ketul batu lalu membaling ke arah anak anjing itu.Anak anjing itu menyalak apabila batu mengenai badannya. Tiba-tiba, seekor ibu anjing keluar dari bawah sebuah kereta yang terletak di tepi jalan.Anjing itu menyalak dan mengejar aku.Aku berlari dengan sekuat hati.Semasa berlari, aku tergopoh-gapah lalu terlanggar sebatang tiang lampu jalan dan tidak sedarkan diri. Apabila aku sedar, aku diberitahu bahawa aku pengsan dan dihantar oleh seorang pemuda ke klinik.Azlan memberitahu aku bahawa pemuda itu telah menyelamatkan saya.Aku berasa sesal kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu. Kejadian ini menjadi pengalaman kepada diriku. Aku amat menyesal dengan apa yang telah berlaku. Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
  • 7. 7 Melengkapkan Cerita Pada suatu hari, aku menunggang sebuah basikal untuk pergi ke tuisyen.Di pertengahan jalan, tiba-tiba aku terdengar salakan anjing dari belakang aku. Rupa-rupanya, seekor anjing garang sedang mengejar aku. Aku berasa takut lalu menjerit “Tolong! Tolong!” Aku terus mengayuh basikal aku dengan laju sekali. Malangnya, aku terlanggar seketul batu besar lalu terjatuh ke jalan raya. Aku pun menangis dengan kuat. Tiba-tiba, sebuah kereta Proton Saga berhenti di depan aku. Rupa- rupanya, kereta itu merupakan kereta Pak Abu. Pak Abu merupakan seorang jiran yang baik hati. Dia telah menolong aku menghalau anjing itu. Dia sangat kasihan apabila melihat kaki aku tercedera. Dengan segera, Pak Abu meletakkan basikal aku ke dalam but keretanya lalu menghantar aku ke Klinik LKB. Di situ, jururawat menolong aku mencuci luka. Kemudian, Pak Abu menghantar aku pulang ke rumah. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Abu kerana telah menyelamatkan aku daripada serangan anjing garang itu. Pertolongan Pak Abu tidak akan aku lupakan selama-lamanya. Setibanya di rumah, aku pun menceritakan hal sebenar kepada ibu. Ibu menasihati aku supaya berhati-hati di jalan raya. Mujurnya, aku tidak digigit oleh anjing garang itu. Sejak hari itu, aku tidak berani melalui jalan itu lagi.
  • 8. 8 Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun.Sambutan Hari Kemerdekaan bertujuan untuk memperingati kemerdekaan Negara.Baru-baru ini, sekolah saya telah menyambut Hari Kemerdekaan dengan meriah. Sambutan Hari Kemerdekaan sekolah saya telah diadakan di dewan sekolah.Pada hari itu, semua murid dan guru telah berhimpun di dewan sekolah.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.Kemudian, guru besar menyampaikan ucapan beliau.Beliau memberikan penerangan tentang tujuan sambutan Hari Guru. Selepas itu, semua guru dijemput naik ke pentas untuk menyanyi dua buah lagu patriotik iaitu “Kami Anak Malaysia” dan “ Jalur Gemilang”. Kemudian, Bibiana dari kelas 6E dijemput naik ke pentas untuk memimpin semua warga sekolah melaungkan tujuh kali merdeka dengan penuh semangat. Acara seterusnya ialah acara pertandingan menyanyi lagu patriotik antara kelas-kelas tahun empat dan tahun lima. Semua murid telah mempersembahkan pertunjukan yang hebat mereka dengan penuh semangat. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, guru besar telah menyampaikan hadiah kepada kelas yang menang.Majlis telah tamat pada pukul 11.00 pagi.Semua murid pun bersurai dan balik ke kelas masing-masing untuk meneruskan pelajaran mereka. Anda sebagai setiausaha Persatuan Sains. Tulis sebuah laporan tentang lawatan ke zoo negara.
  • 9. 9 LAPORAN LAWATAN KE ZOO NEGARA Pada 5 Julai 2013, Persatuan Sains SJK (C) Sebiew Chinese telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara di Hulu Kelang, Selangor. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan lima orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang habitat dan cara hidup haiwan . Kami bertolak dari sekolah tepat jam 8.00 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam. Apabila sampai, Cikgu Lim membeli tiket masuk, kemudian kami masuk ke dalam Zoo Negara. Banyak orang di dalam Zoo Negara. Kami disambut oleh seorang jurupandu yang dikenali sebagai Encik Roslan. Encik Roslan bermurah hati membawa kami melawat sambil menerangkan dengan terperinci tentang Zoo Negara. Mula-mula, kami dibawa ke bahagian haiwan liar. Di sini, kami dapat melihat harimau, gajah, singa dan sebagainya. Haiwan-haiwan itu tinggal di dalam kandang besi. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan orang utan sebagai kenang-kenangan. Selepas itu, kami dibawa ke bahagian reptilia. Bahagian ini agak mengerikan kerana pelbagai binatang seperti ular, buaya dan sebagainya dipamerkan. Ada di kalangan murid-murid berasa geli-geleman apabila seekor ular sawa diletakkan di bahu mereka. Kami menyaksikan pertunjukan gajah. Gajah-gajah itu sangat pandai dan menurut arahan. Kami terhibur dengan pertunjukan itu. Ada juga peserta yang sempat merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan. Lawatan ini berakhir pada pukul 3.00 petang. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat kami kutip. Kami berharap lawatan sebegini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang. Dilaporkan oleh, 8 JULAI 2013. __________________ ( LINA WONG ) Setiausaha, Persatuan Sains, SJK Sebiew Chinese, Bintulu.
  • 10. 10 Suasana Pada Hari Pertama Persekolahan Musim persekolahan yang baru pun bermula.Pada tahun ini, saya melangkah ke tahun 6.Sebelum sekolah dibuka semula, segala kelengkapan telah disediakan oleh ibu bapa saya. Awal-awal pagi lagi, kelihatan murid berduyun-duyun ke sekolah. Saya berasa gembira sekali kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Sudah lama kami tidak berjumpa. Tidak lama kemudian, loceng pun berbunyi.Kami masuk ke kelas masing- masing. Ada ibu bapa yang hadir untuk menjelaskan yuran dan bayaran persekolahan yang lain. Saya juga mengenali guru kelas saya. Setelah urusan ibu bapa selesai, guru kelas mengarahkan kami membersihkan kelas.Kemudian, kami mengambil tempat duduk masing- masing.Saya dilantik sebagai ketua kelas. Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan baik. Walaupun hari pertama persekolahan, sesi pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan.Saya menumpukan perhatian semasa guru mengajar.Saya turut mencatat maklumat penting ke dalam buku nota. Berbekalkan azam dan semangat, saya yakin bahawa saya dapat meningkatkan prestasi saya pada tahun ini.
  • 11. 11 Sukanan Tahunan di Sekolah Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan.Sukanan tahunan ini diadakan di kompleks sukan Bintulu. Banyak murid yang hadir pada hari itu.Ibu bapa dan murid-murid telah datang untuk menyaksikan sukan tahunan ini.Suasana pada hari itu sungguh meriah. Tepat pada pukul 8.00 pagi, sukan tahunan pun bermula. Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu telah merasmikan hari sukan ini.Selepas perbarisan, acara perbarisan oleh pasukan beruniform dan diikuti oleh rumah-rumah sukan bermula. Selepas itu, acara-acara sukan bermula.Banyak acara yang telah diadakan seperti acara lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan sebagainya.Para hadirin 出 席 者 bersorak-sorai untuk memberikan sokongan kepada para peserta sukan.Acara sukan telah berlangsung selama 5 jam. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan selepas itu. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Rumah Biru telah muncul sebagai johan pada tahun ini. Guru besar memberikan semangat kepada mereka yang kalah agar tidak berputus asa dan berusaha lagi pada masa akan datang. Olahragawan pada tahun ini disandang oleh ________ dari Rumah Jingga manakala olahragawati disandang oleh ___________ dari Rumah ______. Kira-kira pada pukul 1.00 petang, sukan tahunan tamat. Sebelum pulang, aktiviti gotong-royong dijalankan untuk membersihkan Stadium Bintulu. Semua orang bersurai dan pulang ke rumah masing-masing.
  • 12. 12 Laporan disediakan oleh, 8 JULAI 2014. _________________ ( BONG SHU YING) Setiausaha Kelab Sukan SJK SEBIEW CHINESE BINTULU Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa Ibu bapa ialah orang yang paling berjasa kepada kita.Sebagai anak, kita harus berusaha untuk menggembirakan ibu bapa kita. Kita harus sentiasa menolong ibu bapa membuat kerja-kerja rumah untuk meringankan beban ibu bapa kita.Kita harus menolong ibu bapa tanpa disuruh atau dipaksa.Contohnya, kita boleh menolong membasuh pinggan mangkuk, menyapu, membuang sampah dan sebagainya. Ibu bapa juga mahu kita berjaya dalam pelajaran.Oleh itu, kita mesti belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kejayaan kita akan menggembirakan ibu bapa kita. Kita juga mestilah menjadi anak yang berbudi bahasa.Kita perlu mengamalkan sikap bersopan –santun terhadap orang tua. Ibu bapa akan berasa bangga jika kita mempunyai sikap berbudi bahasa terhadap mereka dan orang lain. Kita juga mesti menjaga tingkah laku dengan tidak melakukan perbuatan yang tidak baik.Contohnya, ponteng, malas membuat kerja, bergaduh dan sebagainya. Apabila kita melakukan perbuatan yang tidak baik akan mengecewakan ibu bapa kita.
  • 13. 13 Kesimpulannya, kita harus berusaha menggembirakan ibu bapa kita bila- bila masa kerana ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sukan yang Saya Minati Setiap orang mempunyai sukan yang diminati. Banyak aktiviti sukan yang boleh kita lakukan seperti bermain badminton, bola sepak, hoki, bola keranjang dan juga olahraga. Sukan yang saya minati ialah badminton. Sukan ini begitu popular di negara kita. Sejak kecil lagi, saya suka bermain badminton kerana bapa saya seorang pemain badminton yang handal.Bapa selalu membawa saya menonton pertandingan badminton. Saya bermain badminton pada setiap petang. Bapa menjadi jurulatih saya. Saya juga sering berlatih bersama-sama rakan di gelanggang badminton yang tidak jauh dari rumah saya.Jadi, mutu permainan saya meningkat dari hari ke hari. Bersukan dapat menyihatkan badan saya.Semasa bermain, badan saya berpeluh. Saya menjadi seorang yang aktif kerana perjalanan darah dalam badan lancar.Oleh itu, saya jarang diserang penyakit.
  • 14. 14 Selain itu, saya dapat mengharumkan nama sekolah. Saya sering mewakili sekolah dalam pertandingan badminton. Saya kerap memenangi pertandingan yang saya sertai.Guru-guru juga bangga dengan kejayaan saya. Saya bangga dengan sukan yang saya pilih. Apabila dewasa nanti, saya bercita-cita untuk mewakili negara dalam permainan badminton.Saya ingin mnejadi pemain badminton nombor satu dunia seperti Datuk Lee Chong Wei. Kantin Sekolah Saya Kantin sekolah merupakan tempat untuk murid makan dan berehat. Kantin sekolah saya besar bersih dan selesa. Pada waktu rehat, murid-murid akan beratur di kantin untuk membeli makanan dan minuman. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti mi goreng, nasi lemak, kuih muih dan buah-buahan dijual di kantin. Kantin sekolah saya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Murid-murid boleh menikmati makanan di tempat yang disediakan. Murid- murid juga boleh mencuci tangan di singki sebelum dan selepas makan. Di kantin, murid-murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan. Murid-murid juga tidak dibenarkan membuat bising dan berlari di kantin. Selepas makan, murid-murid perlulah membuang sampah sarap ke dalam tong sampah. Selain itu, makanan yang dijual di kantin bukan sahaja murah tetapi sedap rasanya. Ramai murid memuji masakan di kantin sekolah saya. Tambahan pula, tukang masak dan pekerja-pekerja semuanya peramah dan mesra terhadap pelanggannya.
  • 15. 15 Saya berasa bersyukur kerana kantin sekolah saya merupakan tempat yang paling selesa bagi saya. Oleh demikian, kita mestilah menghargai kemudahan yang disediakan oleh sekolah. Setiap tahun sekolah kamu mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis catatan lengkap tentang sambutan itu. Jumaat, 16 Mei 2013 8.00 pagi Warga sekolah berkumpul di dewan sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru 2013. Murid-murid dan guru menyanyikan lagu ”Negaraku”, lagu sekolah, dan lagu ”Kami Guru Malaysia”. Tujuan sambutan Hari Guru adalah untuk mengenang jasa guru. 8.50 pagi Guru Besar menyampaikan ucapan. Kemudian, Cikgu Zul dan Cikgu Ling pula membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 9.30 pagi Persembahan Hari Guru dimulakan dengan acara nyanyian murid tahap satu. Selepas itu, murid tahap dua mengadakan persembahan tarian dan lakonan. 10.30 pagi Sukaneka bermula dengan acara tarik tali, meniup belon, mengisi air di dalam botol, dan mencari gula-gula dalam tepung, Selepas itu, perlawanan bola keranjang antara murid dan guru diadakan.
  • 16. 16 11.30 pagi Majlis berhenti rehat dan murid-murid menikmati jamuan yang disediakan bersama-sama guru, kakitangan sekolah, dan ahli jawatankuasa PIBG. Semua hidangan disediakan sungguh lazat. 1.00petang Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukaneka. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi PIBG, Encik Tan Kim Chuan. Pengalaman di Pasar Raya Pada suatu hari, saya mengikut ibu pergi ke sebuah pasar raya yang mengadakan jualan murah akhir tahun. Terdapat pelbagai potongan harga barangan yang menarik ditawarkan ketika itu kerana perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir. Setibanya di sana, saya mendapati banyak orang berpusu-pusu keluar masuk di pintu utama pasar raya. Bahagian hadapan pasar raya dihias dengan mercun dan tanglung besar. Sampul angpau juga digantung sebagai hiasan. Di dalam pasar raya, banyak orang yang membeli-belah. Mereka sibuk memilih barangan yang dikehendaki oleh mereka.Barangan yang dijual diberikan potongan harga yang menarik, iaitu sehingga 70 peratus. Saya dan ibu pun mula mencari-cari barangan yang hendak dibeli. Kami menuju ke bahagian pakaian kanak-kanak. Ibu membelikan saya tiga pasang baju dan sepasang kasut baharu. Kemudian, kami membeli barang-barang keperluan yang lain. Kemudian, kami berbaris untuk membuat bayaran di kaunter. Selepas membeli semua barang yang diperlukan, kami pun pulang ke rumah. Walaupun keletihan, tetapi saya berpuas hati kerana dapat mengikut ibu membeli-belah.
  • 17. 17 Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah Amalan gotong-royong amat penting dalam kehidupan kita.Banyak faedah yang dapat kita peroleh daripada amalan ini.Oleh demikian, pada minggu yang lalu sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti gotong-royong ini merupakan anjuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah kami. Tujuan aktiviti gotong-royong ini diadakan adalah untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah.Persekitaran yang bersih dan udara yang segar membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa. Pada hari tersebut, murid-murid, guru-guru dan ibu bapa datang ke sekolah pada pukul 7.30 pagi. Semua peserta aktiviti gotong-royong berkumpul di padang sekolah. Masing-masing membawa cangkul, parang, penyapu dan sebagainya. Aktiviti gotong- royong ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Peserta aktiviti gotong-royong dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membersihkan kawasan yang telah ditetapkan. Antara kerja- kerja yang dilakukan adalah seperti membersihkan longkang, menyapu sampah, menebas rumput, membersihkan taman sains, membersihkan kantin, mengecat dan melukis mural dan sebagainya. Kami melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan tidak berat tulang.
  • 18. 18 Gotong-royong ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Semua peserta aktiviti gotong-royong berehat di padang sambil menikmati makanan yang telah disediakan. Walaupun penat melakukan kerja, namun kami tetap gembira. Sekolah kami kelihatan bersih dan ceria selepas aktiviti gotong-royong. Apabila kawasan sekeliling di sekolah bersih, kita dapat belajar dengan selesa. Kami berasa sangat gembira melihat sekolah kami indah bagaikan sebuah taman. Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan untuk murid- murid Tahun Enam. Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis itu. Tulis ucapan itu selengkapnya Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang mewakili murid Tahun Enam untuk berucap pada hari ini. Beberapa hari lagi murid-murid Tahun Enam akan meninggalkan sekolah ini. Kami berasa sedih kerana akan meninggalkan sekolah yang kami cintai ini. Sepanjang kami bersekolah di sini, kami telah dididik, diasuh, dan dibimbing oleh para guru dalam pelajaran mahupun kokurikulum.Oleh itu, saya mewakili murid Tahun Enam mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana mendidik kami dengan penuh kesabaran. Kami berharap agar sekolah ini terus melahirkan murid-murid yang berbakat baik dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  • 19. 19 Sepanjang enam tahun kami bersekolah di sini, pastinya terdapat kesilapan yang kami lakukan.Oleh itu, sebagai wakil murid Tahun Enam, saya memohon maaf atas segala kesilapan yang telah kami lakukan. Akhir kata, kami mendoakan guru-guru bahagia dan sihat di samping keluarga tercinta. Sekian, terima kasih. Cara-cara Menjaga Kebersihan Menjaga kebersihan penting kepada semua orang. Bagi menyemai sikap cintakan kebersihan, kita perlu memupuk sikap ini sejak kecil lagi. Kita harus menjaga kebersihan diri dengan mandi. Biasanya kita harus mandi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Kita patut mandi menggunakan sabun agar badan lebih bersih dan harum. Kita juga dapat mengelakkan daripada penyakit kulit seperti panau dan kurap. Selain itu, kita harus akan memakai pakaian yang bersih dan kemas. Pakaian yang bersih memberi penampilan yang baik. Kita juga akan berasa selesa dan yakin pada diri sendiri sewaktu berhadapan dengan orang lain. Jika ada kelapangan, kita harus membantu ibu mengemas rumah. Kita harus menyapu sampah di dalam dan di halaman rumah. Rumah yang bersih dapat mengelakkan kehadiran lipas, tikus dan lalat.
  • 20. 20 Pada hujung minggu pula, kita harus bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan rumah. Segala sampah sarap dan tin yang bertakung air akan dibuang ke dalam tong sampah. Ini dapat mengelakkan nyamuk daripada membiak. Kawasan rumah yang bersih akan mewujudkan suasana yang ceria kepada penghuninya. Menjaga kebersihan harus dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan Negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan. Antaranya ialah durian, rambutan, manggis, jambu dan sebagainya. Tabiat suka makan buah- buahan tempatan memang banyak faedahnya. Buah-buahan tempatan memang sudah dikenali kerana khasiatnya yang tinggi. Di samping mengandungi vitamin dan serat yang tinggi, buah-buahan tempatan juga dapat menyegarkan badan kita. Di samping itu, buah-buahan tempatan boleh didapati di mana-mana sahaja. Tidak kira di ladang-ladang besar mahupun kebun-kebun kecil dan kampung-kampung ada menanam buah-buahan tempatan. Buah-buahan ini banyak dijual di tepi-tepi jalan. Justeru, buah-buahan ini boleh dibeli ketika segar. Harganya juga murah berbanding dengan buah-buahan import.
  • 21. 21 Jika kita makan buah-buahan tempatan, secara tidak langsung kita dapat membantu petani-petani dan pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman ini. Dengan itu, pendapatan mereka akan meningkat. Ketika ini, pihak kerajaan sedang giat menjalankan promosi memperkenalkan buah-buahan tempatan ke luar negara. Oleh yang demikian, tabiat suka makan buah-buahan tempatan secara tidak langsung dapat membantu usaha-usaha murni kerajaan ini. Buah-buahan tempatan memang banyak kelebihannya. Jadi, hargailah buah-buahan tempatan dan banyaklah makan buah-buahan tempatan. Cara-cara Menjaga Kebersihan Dan Keceriaan Kelas Kelas yang bersih dan ceria dapat membantu murid-murid mengikuti pelajaran dengan lebih tenang dan mudah. Terdapat banyak cara untuk menjadikan sesebuah kelas itu bersih dan sentiasa ceria. Keadaan lantai dan tingkap mestilah sentiasa bersih. Murid-murid harus menyapu lantai dua kali sehari dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Tambahan pula, murid-murid mestilah mengelap tingkap yang berhabuk dengan kain yang bersih. Selain itu, murid-murid harus memastikan kerusi dan meja sentiasa bersih dan tersusun. Hal ini demikian kerana kedudukan meja dan kerusi yang berselerak boleh mengganggu tumpuan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid juga boleh melapik meja mereka menggunakan alas meja agar kelihatan lebih cantik dan selesa.
  • 22. 22 Papan kenyataan di hadapan dan belakang kelas harus sentiasa dikemaskini. Segala maklumat tentang kelas dan prestasi murid boleh dipaparkan untuk tatapan umum. Murid-murid boleh menggunakan kreativiti mereka untuk menghias papan kenyataan supaya menjadi lebih cantik dan menarik. Kesimpulannya, murid-murid perlu bekerjasama menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Dengan adanya kelas yang bersih dan ceria, murid- murid dapat belajar dalam suasana yang selesa. Kebakaran Pada suatu hari, aku pulang dari sekolah setelah menghadiri latihan pasukan bola sepak. Aku mengayuh basikal sambil bersiul-siul riang. Tiba- tiba, aku terdendar suara orang menjerit meminta tolong. Aku terus menuju ke arah suara itu. Apabila sampai di tempat kejadian, aku dapat melihat sederet rumah kedai telah terbakar. Aku dapat melihat api menjulang tinggi dan membakar rumah kedai itu. Asap hitam berkepul-kepul naik ke udara. Kelihatan mangsa-mangsa kebakaran menjerit ketakutan. Mereka berlari sambil meminta tolong. Orang ramai yang lalu-lalang di situ menolong mangsa kebakaran tersebut. Keadaan ketika itu kelam kabut. Aku dapat melihat orang ramai berlari ke sana ke mari. Mereka menyelamatkan diri dan barang-barang.
  • 23. 23 Anggota bomba pula bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Mereka juga dibantu oleh penduduk-penduduk di situ. Sejam kemudian, api berjaya dipadamkan. Mangsa-mangsa kebakaran itu kembali ke kedai mereka untuk melihat barang-barang yang terselamat. Aku terus mengayuh basikal balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku berasa sangat sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa kebakaran tadi. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban. Sekolah Saya Nama sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese. Sekolah saya terletak di Jalan Tun Hussein Onn. Sekolah saya terletak berhampiran dengan jalan raya yang sibuk. Kawasan sekolah saya agak luas. Sekolah saya mempunyai tiga buah blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan lain disediakan seperti kantin, makmal sains, makmal komputer, padang, perpustakaan, dewan dan gelanggang bola keranjang. Kawasan sekitar sekolah saya agak menarik kerana dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang cantik dan pokok-pokok yang rendang. Walaupun suasana di jalan raya agak bising dengan bunyi kenderaan yang banyak, namun tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
  • 24. 24 Bangunan Blok A terdiri daripada kelas tahun 3 dan tahun 4, bangunan Blok B terdiri daripada kelas tahun 1 dan tahun 2, bangunan Blok C pula terdiri daripada kelas tahun 5 dan tahun 6. Bilik guru dan pejabat terletak bersebelahan dengan tangga. Kami selalu memasuki bilik guru untuk berjumpa dengan guru. Kadang-kadang kami juga ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar. Pada setiap hari Isnin, sekolah saya mengadakan perhimpunan. Perhimpunan itu bermula pada pukul 7.00 pagi. Aktiviti kokurikulum pula diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya murid Tahap 2 terlibat dalam aktiviti ini. Saya berasa bangga kerana dapat belajar di sekolah ini. Saya berjanji akan menjaga nama baik sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Kamu mendapat hadiah wang tunai sebanyak dua ribu ringgit. Ceritakan perkara yang ingin kamu lakukan dengan wang tersebut. Dua bulan yang lalu, saya telah menyertai satu pertandingan mengarang Bahasa Malaysia. Dalam pertandingan itu, saya diumumkan sebagai pemenang dan mendapat hadiah wang tunai sebanyak dua ribu ringgit. Sebaik sahaja saya menerima wang itu, saya terus ke bank untuk menyimpan sebahagian daripada wang yang saya peroleh. Nilainya ialah seribu lima ratus lapan puluh ringgit. Saya menyimpan wang itu untuk kegunaan pada masa hadapan. Saya telah mengasingkan empat ratus dua puluh ringgit daripada wang itu. Saya menggunakan dua ratus ringgit untuk membeli buku-buku rujukan
  • 25. 25 dan buku latihan yang saya perlukan. Saya juga membeli dua buah kamus iaitu kamus Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Saya memberikan dua ratus ringgit lagi kepada ibu bapa saya. Wang itu digunakan oleh mereka untuk membayar bil elektrik, bil air dan bil telefon. Dengan ini dapatlah saya meringankan beban mereka. Wang yang masih ada iaitu sebanyak dua puluh ringgit saya gunakan untuk membeli alat tulis yang akan saya gunakan semasa peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Saya tidak mahu membazirkan wang hadiah kemenangan saya itu dengan tujuan yang tidak berfaedah. Cara-cara Mengisi Masa Lapang Dengan Berfaedah Masa lapang yang kita ada mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah “Masa Itu Emas”. Banyak aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan pada masa lapang seperti membaca, bersukan, membantu ibu bapa membuat kerja rumah dan bercucuk tanam. Terdapat banyak bahan bacaan yang boleh kita baca pada masa lapang. Kita boleh membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku cerita, surat khabar, majalah dan ensiklopedia. Membaca akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan perbendaharaan kata. Melalui pembacaan, kita juga akan dapat mengetahui peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Selain itu, kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah. Pelbagai aktiviti sukan yang boleh kita lakukan seperti berenang, bermain badminton, berjogging dan sebagainya. Melalui sukan, seseorang dapat mengeluarkan peluh. Ini menjadikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Badan yang sihat membantu
  • 26. 26 perkembangan otak yang baik kerana otak yang cergas datangnya daripada tubuh yang sihat. Di samping itu, kita boleh membantu ibu bapa membuat kerja rumah pada masa lapang. Kita boleh membantu ibu bapa menyapu lantai, mencuci tandas, mengemas ruang tamu dan sebagainya. Sekiranya kita membantu ibu bapa membuat kerja rumah, beban mereka akan menjadi lebih ringan dan mudah disiapkan. Tambahan pula, masa lapang juga boleh dipenuhi dengan bercucuk tanam. Kita boleh menanam sayur-sayuran seperti terung, bendi, cili dan kacang panjang di belakang rumah. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat menjimatkan perbelanjaan harian. Kesimpulannya, pelbagai aktiviti yang berfaedah boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang. Gotong-royong Membersihkan Kelas Pada minggu yang lepas, guru kelas saya telah memberitahu kami tentang rancangannya untuk membersihkan kelas secara bergotong- royong.Kami bersetuju untuk mengadakan gotong-royong itu pada hari Sabtu kerana hari tersebut kami tidak bersekolah. Pada hari itu, semua murid membawa alat-alat yang diperlukan seperti baldi, kain buruk, penyapu dan sebagainya ke sekolah.Ini adalah kerana alat- alat yang terdapat di sekolah tidak mencukupi dengan bilangan murid yang ramai. Guru memberikan tugas masing-masing kepada kami. Setiap kerja dilakukan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang.Seorang
  • 27. 27 ketua dilantik dalam setiap kumpulan.Ketua bertanggungjawab memastikan kumpulannya betul-betul menjalankan tugas mereka. Selepas itu, kami mula membersihkan kelas. Kami mengelap cermin tingkap, memadam papan hitam, menyapu lantai, menyusun meja dan kerusi, menghias papan pernyataan, dan membuang sampah. Kami membuat kerja dengan suka hati dan bersemangat. Setelah semua kerja selesai, kami berehat sambil minum minuman yang kami bawa.Kelas kami kelihatan bersih dan cantik. Guru memuji kami kerana memiliki sifat tolong-menolong dan semangat kerja berkumpulan. Saya berasa senang hati apabila melihat kelas saya bersih dan cantik. Minat untuk belajar semakin bertambah apabila melihat kelas yang ceria. Gotong-royong Membersihkan Rumah Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan rumah.Pagi-pagi lagi, ayah sudah mengejutkan kami. Saya dan adik-beradik yang lain pun bersiap-siap. Sebelum bergotong-royong, kami bersarapan bersama-sama.Kami makan mi goreng yang dibuat oleh ibu. Selepas bersarapan, ayah meminta kami berkumpul di ruang tamu.Kemudian, ayah memberikan tugas kepada saya, abang, dan kakak.Kami menerima setiap tugasan dengan hati yang gembira. Ayah berjanji akan membawa kami makan sate pada malam itu. Kami semakin bersemangat untuk melakukan tugas yang diberikan oleh ayah. Abang telah ditugaskan untuk membersihkan semua cermin tingkap di rumah saya. Ayah mengambil baldi yang berisi air sabun dan sehelai kain yang bersih untuk mengelap tingkap. Abang telah mengelap tingkap sehingga bersih sambil dibantu oleh adik saya.Kami geli hati melihat adik bongsu kami mengelap tingkap.
  • 28. 28 Kakak dan saya pula ditugaskan untuk mengemas ruang tamu dan mengelap perhiasan rumah.Kakak menggunakan pembersih vakum untuk menyedut semua habuk pada permaidani.Barang-barang hiasan pula telah kami lapkan dengan kain basah. Selain itu, saya turut menyusun surat khabar dan majalah-majalah di rak supaya kelihatan kemas. Sementera itu, ayah dan ibu pula berada di halaman rumah. Ayah menebas rumput yang panjang manakala ibu mencuci longkang. Mereka juga menyapu daun-daun pokok yang bertaburan di halaman rumah.Kami semua bekerja dengan bersungguh-sungguh. Semua kerja selesai pada pukul 11.30 pagi. Kami berehat di bangku di halaman rumah sambil minum jus oren. Walaupun penat, namun kami gembira kerana rumah kami bersih dan kemas.Pada malam itu, kami makan sate seperti yang dijanjikan oleh ayah saya. Sebuah pasukan beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis laporan tentang perkhemahan tersebut. LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SJK SEBIEW CHINESE, BINTULU Pada cuti sekolah yang lalu, iaitu 9 Mac 2013, sekolah saya telah mengaakan program perkhemahan pengakap. Program ini diadakan diadakan di padang sekolah. Sebanyak 60 orang ahli pengakap menyertai program tersebut.Empat orang guru penasihat diketuai Cikgu Salim telah mengepalai program tersebut. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid berdikari dan memantapkan fizikal serta rohani para peserta perkhemahan.Perkhemahan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang aktiviti perkhemahan.
  • 29. 29 Semua anggota pengakap dibahagikan kepada enam kumpulan.Setiap kumpulan diberikan tugas dan tanggungjawab mengikut perancangan yang telah disediakan.Semua peserta melakukan kerja dengan penuh bersemangat dan bertolak ansur. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan ini.Antaranya termasuk kawad, pertandingan memasak, khemah terbersih, acara meredah hutan dan malam kebudayaan.Semua aktiviti berjalan dengan lancer dan sungguh meriah. Perkhemahan ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah oleh guru penasihat utama, iaitu Cikgu Salim. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang terlibat menjayakan program tersebut. Beliau berharap agar program ini akan diadakan lagi pada tahun akan datang. Disediakan oleh, 11 MAC 2013. ______________ (TAN MEI KEI) Setiausaha, Persatuan Pengakap, SJK Sebiew Chinese. Kamu akan menyertai pertandingan bercerita peringkat daerah. Tulis persediaan yang kamu buat bagi menghadapi pertandingan bercerita itu. Saya telah dipilih untuk mewakili sekolah saya dalam pertandingan bercerita peringkat daerah. Pertandingan itu akan diadakan pada bulan hadapan.Saya telah membuat persediaan awal untuk menghadapi pertandingan ini. Tajuk cerita yang akan saya ceritakan ialah “Naga dengan Arnab”. Saya telah beberapa kali membaca buku cerita itu untuk memahami isi kandungan cerita tersebut.
  • 30. 30 Kemudian, saya menghafal isi kandungan buku cerita itu.Dalam sehari, saya menghafal dua halaman buku tersebut selepas mengulang kaji pelajaran.Ibu memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya. Semasa di sekolah, guru penasihat membimbing saya tentang cara bercerita. Saya berlatih berulang-ulang kali.Akhirnya, saya mahir bercerita. Guru penasihat juga memberi peluang kepada saya untuk berlatih bercerita dengan mikrofon. Guru penasihat saya juga menyuruh saya berlatih di hadapan kelas dan semasa perhimpunan untuk menghilangkan rasa gementar dan gugup. Akhirnya perasaan gementar saya beransur hilang. Saya berharap saya akan menang dalam pertandingan itu nanti. Kepentingan Komputer Dalam zaman yang serba moden ini, penggunaan komputer menjadi semakin penting dalam kehidupan kita.Komputer ialah alat keperluan dalam masyarakat. Komputer memudahkan segala urusan. Melalui komputer, kita dapat menaip perkataan, memasukkan gambar dan sebagainya. Tambahan pula, kerja yang dibuat dapat disimpan dan digunakan semula. Dengan itu, kerja kita menjadi mudah dan menjimatkan masa. Selain itu, komputer digunakan untuk membantu guru menyampaikan pengajaran. Penggunaan komputer dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan.
  • 31. 31 Di samping itu, penggunaan internet pula dapat memudahkan pencarian pelbagai maklumat dengan cepat. Dengan melayari internet, kita dapat menambahkan pengetahuan, hiburan dan rujukan.Kita juga dapat berhubung dengan orang yang jauh atau dekat dengan mudah melalui e-mel. Komputer juga dapat digunakan untuk hiburan. Terdapat pelbagai permainan komputer yang menarik dan mencabar minda kita. Kita juga dapat menikmati muzik melalui komputer untuk menenangkan fikiran kita. Kesimpulannya, komputer sangat penting kepada kita. Oleh itu, kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran berkomputer. Kamu telah menyertai Program Motivasi anjuran sekolah. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang mengikuti program ini. Pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menyertai satu program motivasi anjuran sekolah di dewan sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan September. Begitu juga dengan saya, saya berazam untuk meraih keputusan cemerlang dalam UPSR. Seawal pukul 7.45 pagi, saya sudah tiba di sekolah untuk membuat pendaftaran bagi mengikuti program motivasi ini. Program ini telah dirasmikan oleh guru besar. Selepas upacara perasmian, ceramah sesi pertama pun diadakan. Ceramah yang bertajuk ”Mengenali Diri Sendiri” telah memberi kesedaran kepada setiap murid tentang
  • 32. 32 pentingnya pembentukan sikap positif pada diri sendiri. Setiap peserta mendengar ceramah sambil membuat catatan. Sesi ceramah kedua program ini diadakan selepas berehat seketika. Penceramah jemputan telah menyampaikan ceramah beliau dengan berkesan sekali. Topik ceramah bertumpu kepada pendisiplinan diri yang meliputi aspek masa dan tingkah laku. Pada sebelah petang, ceramah bertajuk ”Strategi Menjawab Soalan UPSR” diadakan. Penceramah yang berpengalaman dalam bidang penyemakan kertas soalah telah berjaya menarik perhatian setiap peserta. Sesi terakhir program motivasi pada hari ini ialah sesi soal jawab. Para peserta berpeluang mengajukan soalan kepada penceramah jemputan. Selepas upacara perasmian penutup dan penyampaian cenderamata, program ini pun tamat. Para peserta pulang dengan semangat yang berkobar-kobar dan berazam belajar dengan lebih tekun lagi untuk menghadapi peperiksaan. Kamu telah melawat ke satu pameran buku. Gambarkan suasana pameran buku itu. Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya telah melawat ke pameran buku yang diadakan di Dewan Kenangan Jubli Perak. Pameran buku ini diadakan selama dua minggu. Setibanya di lokasi berkenaan, kelihatan suasana di pameran buku sangat meriah. Ramai orang berkerumun di dewan ini. Disebabkan kesesakan, kami terpaksa beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam dewan. Setelah kami masuk ke dewan, ternampak suasana di dalam dewan hingar-bingar. Orang ramai sibuk berkunjung ke gerai-gerai yang mempamerkan pelbagai jenis buku.
  • 33. 33 Jenis buku yang dipamerkan termasuklah buku berbentuk ilmiah dan bukan ilmiah. Buku berbentuk ilmiah seperti buku rujukan peperiksaan, buku rujukan institut pendidikan tinggi manakala buku berbentuk bukan ilmiah pula termasuklah buku masakan, resipi membuat kek dan sebagainya. Reaksi orang ramai amat berbeza. Ada yang berjalan-jalan untuk melihat pelbagai jenis buku. Ada pula membelek-belek buku sebelum membelinya. Terdapat juga segelintir orang yang sedang asyik membaca buku yang diminati. Setelah berada seketika di dalam dewan, kami pun membawa buku yang dipilih untuk membuat bayaran di kaunter. Selepas itu, kami pun pulang. Ceritakan pengalaman kamu melawat ke dusun buah-buahan datuk. Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah melawat ke dusun buah-buahan datuk saya. Kami bertolak ke sana dengan kereta ayah. Perjalanan kami memakan masa selama empat puluh minit. Setibanya di dusun datuk, datuk menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Pada mulanya, kami dibawa melawat ke sekitar dusun. Dusun datuk sangat luas. Pelbagai jenis buah ditanam di sini. Antaranya buah rambutan, durian, manggis dan dukong. Kebetulan pada masa itu musim buah-buahan. Kami berpeluang menikmati kelazatan buah tempatan. Datuk telah memetik buah rambutan
  • 34. 34 untuk kami. Kami juga mengutip buah durian yang gugur. Alangkah seronoknya kami kerana berpeluang menikmati buah-buahan tempatan yang lazat dan kaya dengan vitamin. Selain itu, saya juga dapat menimba pengalaman dengan membantu datuk menjual buah-buahan yang dipetik di gerai tepi jalan. Oleh sebab buah-buahan yang ditanam oleh datuk sangat lazat, buah-buahan laris dijual dalam sekelip mata. Menjelang waktu senja, kami bersedia untuk pulang. Datuk telah menyediakan beberapa ikat rambutan dan tiga biji durian untuk kami membawa pulang. Lawatan ke dusun pada kali ini amat menyeronokkan, saya dapat menimba pengalaman yang sukar untuk saya lupakan. Selaku setiausaha Persatuan Sains, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada sebuah syarikat membuat sarung tangan getah untuk membuat permohonan lawatan sambil belajar. Persatuan Sains, Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese, 97000 Bintulu, Sarawak. _______________________________________________________________________________ Pengurus, Syarikat Bintang Sdn.Bhd, Jalan Imbi, 96000 Sibu, Sarawak. 9 MAC 2013. Tuan, Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar
  • 35. 35 Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha Persatuan Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Sebiew Chinese ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan. 2. Kami difahamkan bahawa syarikat tuan menghasilkan sarung tangan getah yang telah terbukti kualitinya.Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara membuat sarung tangan getah. 3. Untuk makluman pihak tuan, berikut ialah butiran lawatan kami: Tarikh : 14 April 2013 Masa : 9.30 pagi Jumlah murid dan guru yang terlibat: 30 orang ahli dan 3 orang guru. 4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih. 5. Saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama pihak tuan. Sekian. Yang menjalankan tugas, __________________________ ( AIMAN DANIAL NAIM) Setiausaha, Persatuan Sains, SJK Sebiew Chinese Kamu ingin membeli beberapa buah buku latihan dari sebuah syarikat penerbitan. Tulis sepucuk surat pesanan untuk membeli buku-buku latihan tersebut. Chong San Nee, 4B, Jalan Rose, Taman Jasmine, 53100 Kuala Lumpur. ______________________________________________________________________ Penerbit, Kancil Distribution, Jalan Lily, 40000 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 20 MAC 2013 Tuan, Membuat Pesanan Buku
  • 36. 36 Saya seperti nama dan alamat di atas ingin membuat pesanan buku daripada syarikat tuan. 2. Saya difahamkan bahawa syarikat tuan mengeluarkan buku-buku teks dan buku-buku latihan sekolah rendah dan menengah. 3. Oleh itu, saya ingin membuat pesanan buku-buku seperti di bawah: (i) Buku Latihan Bahasa Melayu Tahun 6 (ii) Buku Latihan Sains Tahun 6 (iii) Buku Latihan Matematik Tahun 6 (iv) Buku Latihan Kajian Tempatan Tahun 6 4. Bersama-sama ini saya sertakan wang pos sebanyak RM50 untuk bayaran buku-buku tersebut. 5. Saya dahului ucapan terima kasih atas kerjasama pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, _______________ (CHONG SAN NEE) Kamu seorang murid kelas 5A. Kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memberitahu tentang ketidakhadiran kamu ke sekolah kerana sakit. Sharon Ling, 4B, Jalan Alor, 97000 Bintulu, Sarawak. _________________________________________________________________ Guru Kelas 5A, SJK Sebiew Chinese, 97000 Bintulu, Sarawak. 28 MAC 2013. Cikgu,
  • 37. 37 Tidak Hadir Ke Sekolah Saya seperti nama dan alamat di atas, tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari kerana demam 2. Untuk makluman cikgu, saya telah diserang demam panas selepas pulang dari sekolah semalam. 3. Doktor telah mengesahkan bahawa saya demam. Bersama-sama ini, saya melampirkan surat cuti sakit selama dua hari yang diberikan oleh doktor. 4. Saya berharap saya akan cepat sembuh dan hadir ke sekolah seperti biasa. Sekian, terima kasih. Yang benar, _____________ (SHARON LING)