SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
SKBL3133 STILISTIK
SET 1 SESI 1 2019/2020
TAJUK :
ESEI STILISTIK
PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI)
KARYA USMAN AWANG
NAMA PELAJAR : NUR SYAHEERA ZUNIKA BINTI RASHDAN
NO. MATRIK : A164569
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FADZELI
BIN JAAFAR
2
1.0 PENDAHULUAN
Puisi yang dikaji bertajuk Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman
Awang. Bidang kajian yang telah dipilih merupakan bidang stilistik, iaitu stail dan gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. Menurut David Crystal
(1985), stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik kajian linguistik
tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains,
undang-undang, agama, debat, atau sastera, atau bahasa kelas sosial yang berbeza. Ciri-ciri
yang terdapat dalam stilistik ini ialah bahasa yang indah dan menarik bagi memberi
gambaran kepada keunikan penyair dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya
dan stailnya yang tersendiri. Stilistik juga memperlihatkan unsur bahasa menyenangkan dan
memiliki nilai estetika. Bidang stilistik ini berkait rapat dengan pengkaryaan sastera. Fokus
utama bidang stilistik adalah untuk mengetahui gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu
karya sastera seperti, sajak, puisi, gurindam, cerpen dan sebagainya.
Aspek yang akan dinilai dalam analisis ini meliputi bentuk atau struktur puisi,
interpretasi umum tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan, dan maksud puisi mengikut
rangkap. Selain itu, kajian ini juga akan menganalisis unsur-unsur stilistik yang terlibat iaitu,
kategori leksikal dan bahasa kiasan yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah
pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang. Akhir sekali, pengkaji akan merumuskan
hubungan di antara ciri stilistik dan interpretasi. Melalui kajian ini diharap dapat memberi
kefahaman mengenai kepentingan unsur stilistik dalam sesuatu karya sastera.
Bahagian seterusnya akan menerangkan tentang interpretasi umum mengenai puisi
Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang seperti interpretasi
umum puisi, puisi kajian, maksud tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan, maksud puisi
mengikut rangkap, latar belakang penyair, dan sebab pemilihan puisi.
2.0 INTERPRETASI UMUM
Bab ini akan menerangkan mengenai interpretasi umum mengenai puisi bertajuk
“Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)” oleh Usman Awang. Interpretasi
umum melibatkan puisi kajian, maksud tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan,
maksud puisi mengikut rangkap, latar belakang penyair, dan sebab pengkaji memilih puisi
ini.
3
2.1 Puisi Kajian
Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang
Usiamu menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa di selendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah itulah mimpi.
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.
Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini serba indah.
Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu.
Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
4
2.2 Interpretasi Umum Puisi
Puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang ini
mempunyai bentuk jenis bebas dan tidak terikat dengan unsur-unsur puisi tradisional seperti
pantun dan syair. Puisi ini mempunyai lima rangkap dan berjumlah 20 baris perkataan:
Rangkap 1- 6 baris
Rangkap 2,3,4 - 4 baris
Rangkap 5 - 2 baris
Bentuk puisi ini menggunakan rima seperti berikut :
1. Rangkap pertama : a-a-b-b-b-b
2. Rangkap kedua : a-a-b-c
3. Rangkap ketiga : a-b-b-b
4. Rangkap keempat : a-a-a-a
5. Rangkap kelima : a-a
Melihat kepada analisis bentuk rima bunyi puisi, puisi ini tidak terikat dengan bentuk
puisi tradisional. Rima puisi ini berbentuk bebas. Terdapat rangkap yang mengekalkan
persamaan bunyi iaitu rangkap keempat yang mengekalkan rima bunyi yang sama seperti
puisi tradisional dengan rima a-a-a-a. Melihat kepada jumlah perkataan pula, setiap baris
mengandungi jumlah yang tidak sama iaitu antara 2 hingga 7 perkataan di setiap baris. Suku
kata perkataan di setiap rangkap juga tidak sama iaitu setiap rangkap mempunyai antara 5
hingga 17 perkataan sebaris.
2.3 Interpretasi Tajuk Puisi
Puisi ini bertajuk Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang.
Seperti yang diketahui perkataan “membunuh” merupakan kata kerja yang bermaksud
melakukan sesuatu terhadap benda-benda yang bernyawa supaya mati atau mematikan
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan “mimpi” pula merupakan kata nama abstrak yang
bermaksud khayalan atau angan-angan di minda manusia (Kamus Dewan Edisi Keempat).
“Membunuh” ialah perbuatan kejam yang dilakukan oleh manusia kepada sesuatu yang
5
konkrit sahaja seperti membunuh manusia dan haiwan namun, bagi tajuk puisi ini perkataan
“membunuh” yang dimaksudkan bukanlah mematikan benda bernyawa tetapi ialah
menghapus atau melupakan sesuatu yang berada di minda dan “mimpi” bermaksud
angan-angan atau harapan. Jadi, maksud tajuk puisi Membunuh Mimpi bermaksud
melupakan angan-angan yang berlebihan di fikiran.
Tajuk puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) bermaksud penyair
membuat pesanan kepada Mayawati supaya tidak mempunyai angan-angan yang tinggi
semasa zaman remaja kerana ia akan memberi kekecewaan kepada gadis tersebut kelak.
Dalam puisi ini Mayawati merupakan anak gadis kepada penyair. Hal ini ditunjukkan dalam
rangkap ketiga seperti berikut:
Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Perkataan -ku dalam sunti daraku menunjukkan bahawa penyair memaksudkan
Mayawati sebagai anaknya dan -ku dalam “jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang
ayah” menunjukkan penyairlah ayah kepada Mayawati. Seterusnya, maksud membunuh
mimpi ditunjukkan dalam rangkap keempat seperti di bawah:
Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu.
Penyair menyuruh anak gadisnya membunuh mimpi iaitu penyair mahu anaknya supaya
tidak berangan-angan tentang sesuatu yang tidak pasti terjadi dan sesuatu yang dia dapat
tidak semestinya sama seperti sesuatu yang diimpikan semasa menginjak usia remaja.
Penyair mahu anaknya membunuh segala kepalsuan yang terdapat di dalam mimpi itu seperti
dalam baris kedua “kau membunuh segala palsu” kerana mimpi itu akan selalu menipu anak
gadisnya itu seperti dalam baris keempat “yang selalu menipumu”.
6
2.4 Maksud Puisi Secara Keseluruhan
Maksud puisi ini secara keseluruhannya ialah, si bapa memberi nasihat kepada anak gadisnya
yang bernama Mayawati yang bakal menginjak usia remaja untuk menjaga dirinya selalu,
berhati-hati dengan kehidupan dan memenuhkan ilmu di dada. Sama seperti para bapa di luar
sana yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi anak gadis mereka.
Tema puisi ini ialah mengetengahkan kasih sayang dan nasihat seorang bapa kepada
anak gadisnya yang bernama Mayawati berhubung dengan sikap yang perlu ada dalam diri
untuk menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.
2.5 Maksud Puisi Mengikut Rangkap
i. Rangkap Pertama
Dalam rangkap pertama ini, penyair memberi nasihat kepada anak gadisnya yang bernama
Mayawati yang akan menginjak ke usia remaja dan sudah memperlihatkan rasa malu.
Penyair memerihalkan pesanan bapa kepada anak gadisnya yang menjadi seorang anak dara
untuk sentiasa menjaga perilaku dan menjaga maruah diri seperti dalam rangkap:
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
Selain itu, penyair menasihatkan anaknya supaya tidak terbuai dengan mimpi atau
angan-angan yang indah dan mengasyikkan kerana semuanya bukanlah realiti dalam
kehidupan yang sebenar. Realiti yang sebenarnya tidak akan sama seperti apa yang disangka
oleh anaknya. Ia dapat dilihat dalam rangkap:
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi.
ii. Rangkap Kedua
Dalam rangkap kedua ini, penyair mengatakan kepada anaknya bahawa sungguhpun
impian-impian yang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akan
menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada
7
kenyataan hidup yang sebenarnya. Seungguhnya, dalam kehidupan sebenar ia tidaklah begitu
indah dan ketika itulah anaknya akan berasa takut untuk menghadapinya seperti dalam
rangkap:
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Penyair juga menceritakan di mana apa yang bakal dilalui oleh anak gadisnya sangatlah
berbeza kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan
dan kekejaman seperti dalam rangkap:
Kehidupan yang ganas dan kejam
iii. Rangkap Ketiga
Dalam rangkap ketiga ini, penyair mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut jejak
atau keperibadinya sebagai seorang yang begitu lemah kerana sebelum ini, penyair juga
hidup dalam mimpi yang serba indah dan mengasyikkan. Tetapi, kini dia sedar realiti
kehidupan yang sebenarnya seperti yang dapat dilihat dalam rangkap:
jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
iv. Rangkap Keempat
Dalam rangkap keempat ini, penyair menceritakan bahawa pada zaman remaja ini, si anak
gadisnya itu akan melalui segala penipuan dalam kehidupan sebenar. Oleh itu, si bapa
menasihati dan memberi semangat kepada anak gadisnya untuk membuang sahaja
mimpi-mimpi indah yang tidak pasti. Penyair berharap anaknya boleh menghindarkan
mimpi-mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Ia dapat dilihat dalam rangkap
berikut:
Bunuhlah mimpi itu, anakku
kau membunuh segala palsumu
8
v. Rangkap Kelima
Dalam rangkap terakhir ini, penyair berharap agar anaknya Mayawati menanamkan
keberanian hidup baru di usia remaja yang akan diperolehinya daripada berbekalkan
kecekalan hati dan ilmu yang penuh di dada. Seperti dalam rangkap berikut:
Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu
2.6 Latar Belakang Penyair
Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak
dan drama amat banyak diperkatakan. Oleh itu, nama Usman Awang paling terkenal di
kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan.
Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus
kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita. Beliau seorang
penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai
zaman dan situasi.
Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili,
Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Pendidikan yang diterimanya setakat sekolah Melayu
sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan
pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar
Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah Enam.
Karya Usman Awang begitu indah, cukup bersemangat dan bermakna sehingga
meletakkan nama beliau di antara tokoh sastera yang termahsyur di tanah air. Puisi-puisi
beliau yang terkenal seperti Salam Benua, Kekasih, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib
Buruh, Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati),
Duri dan Api, Anak Jiran Tionghua, Hadiah, Sahabatku dan Merpati Putih, Jelajahilah Dunia.
Kebanyakan hasil kerja seni beliau ini mengisarkan tentang realiti kehidupan, memberi
keprihatinan terhadap golongan yang tertindas dan bersifat universal serta menerapkan unsur
patriotisme.
Antara pencapaian Usman Awang sepanjang hidupnya termasuklah memenangi
anugerah kesusasteraan seperti Gelaran Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1928),
9
Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah Sastera untuk kategori Penulis Terkenal
(Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995).
2.7 Sebab Pemilihan Puisi
Pengkaji memilih puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman
Awang kerana puisi ini berbentuk bebas tidak terikat dengan puisi tradisional. Puisi ini
bertemakan pesanan atau nasihat dan ini sangat dekat dengan diri pengkaji. Puisi ini
menerangkan tentang nasihat yang diberikan oleh si bapa kepada anak gadisnya yang
bernama Mayawati. Contoh nasihat yang diberikan ialah seperti dalam rangkap kedua puisi:
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.
Penyair menasihatkan bahawa mimpi akan menyebabkan Mayawati kecewa kelak
kerana mimpi itu sangat bertentangan dengan hakikat hidup yang sebenar. Sama seperti para
bapa di luar sana yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi anak gadis mereka. Semua bapa
mahu melihat anak gadisnya gembira dalam kehidupan dan dia juga mahu anak gadisnya
tahu bahawa dia selalu ada apabila diperlukan. Kasih sayang seorang bapa kepada anak
perempuan melebihi orang lain dan bapa mahu memenuhi segala kehendak yang akan
membuatkan anak perempuannya gembira. Apabila anak perempuan tersenyum, bapanya
pasti akan rasa cukup bahagia. Hal ini menunjukkan sebab pengkaji memilih puisi
Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang sebagai data
kajian.
Bahagian seterusnya akan menganalisis bidang stilistik bagi puisi Membunuh Mimpi
(Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang berdasarkan dua aspek iaitu kategori
leksikal dan bahasa kiasan.
10
3.0 ANALISIS STILISTIK
Dalam bab ini pengkaji akan menganalisis aspek stilistik yang dipilih iaitu dari segi leksikal
dan bahasa kiasan. Analisis dari sudut leksikal ini meliputi deskripsi mengenai kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif. Analisis bahasa kiasan pula meliputi bentuk metafora dan
personafikasi.
3.1 Kategori Leksikal
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
usia
sunti dara (2x)
selendang sutera
bilik
lagu (2x)
bayang
mimpi (5x)
keajaiban
anugerah
cermin
kenyataan
kehidupan
hati (2x)
ayah
hidup (2x)
anak
keberanian
kekuatan
ketinggian
ilmu
Kata Ganti
Nama
-mu (2x)
dia
kau (3x)
-ku (5x)
menghampiri
mengibarkan
menyembunyikan
terkunci
diselubungi
tari
pinjam
menyebabkan
terasing
bunuhlah
membunuh
menipumu
dapatkan
rasa
malu
manis
indah (2x)
gundah
ganas
kejam
lemah
palsu
rindu (2x)
benci
39 13 13
Jadual 1: Leksikal yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk
Mayawati)
11
Secara keseluruhannya, puisi ini mempunyai sebanyak 39 kata nama, 13 kata kerja dan
13 kata adjektif. Ketiga-tiga jenis kata dalam jadual 1 adalah yang paling dominan di dalam
puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) ini. Pengkaji telah
mengelompokkan kata tersebut mengikut kumpulan yang sesuai seperti yang terdapat dalam
jadual 2 di bawah:
KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF
Manusia
ayah
sunti dara
Transitif
mengibarkan
menyembunyikan
menyebabkan
menghampiri
pinjam
Perasaan
malu
gundah
rindu
benci
Kebendaan
selendang sutera
bilik
cermin
Tak sengaja
terkunci
terasing
Harapan
manis
indah
Abstrak
hati
lagu
Perbuatan Kejam
membunuh
menipu
Kekasaran
ganas
kejam
palsuKehebatan
keberanian
kekuatan
ketinggian
Jadual 2: Kumpulan leksikal yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan
untuk Mayawati)
Berdasarkan jadual 2, puisi “Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)” ini
mudah difahami kerana tidak berlaku penyimpangan dari segi aspek semantik mahupun
sintaksis. Puisi ini banyak menggunakan kata nama yang merujuk kepada manusia iaitu
seperti dilihat penyair menggunakan kata nama “ayah” dan “sunti dara” dalam rangkap
pertama dan ketiga kerana puisi ini menceritakan tentang kisah seorang bapa dan anak
gadisnya Mayawati yang semakin meningkat remaja. Seterusnya, kata nama yang merujuk
12
kepada abstrak iaitu “hati” dan “lagu” yang didapati dalam rangkap ketiga dan keempat iaitu
penyair menggambarkan perasaan seorang bapa dan unsur keindahan dalam puisi ini.
Akhir sekali, kumpulan leksikal kata nama yang merujuk kepada kebendaan iaitu “bilik”,
“selendang sutera”, dan “cermin” dalam rangkap pertama dan kedua. Penyair menggunakan
kata nama “bilik” kerana menggambarkan seorang anak gadis yang perlu sentiasa berasa
malu dan tidak selalu keluar dari rumah kerana perlu menjaga nilai maruah dan menjaga diri.
Manakala “selendang sutera” ialah pakaian yang dipakai oleh seorang anak gadis supaya
kelihatan sopan dan ayu.
Seterusnya, analisis kata kerja yang didapati dalam puisi ini merupakan dari bentuk kata
kerja transitif seperti “mengibarkan”, “menyebabkan”, “menghampiri”, “menyembunyikan”,
dan “pinjam” didapati dalam rangkap pertama, kedua, dan ketiga. Penyair mengaitkan
dengan kata adjektif selepasnya bagi gambaran perasaan dalam puisi. Sebagai contoh, dalam
rangkap pertama “mengibarkan rasa” dan “menyembunyikan malu” di mana “rasa” dan
“malu” merupakan kata adjektif. Penyair juga mengaitkan dengan kata nama selepasnya bagi
merujuk kepada subjek dalam jalan cerita puisi ini contohnya, “menyebabkan kau” di mana
“kau” merujuk kepada si gadis bernama Mayawati. Kata “pinjam” pula didapati dalam
rangkap ketiga di mana penyair menggunakan kata kerja ini untuk menceritakan keadaan di
mana si bapa melarang anak gadisnya untuk pinjam angan-angan lampaunya kerana dia tidak
mahu si gadis itu mengulangi kesilapannya yang lalu.
Analisis kata adjektif yang didapati dalam puisi ini dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu
pertama ialah bentuk harapan seperti “manis” dan “indah” dalam rangkap pertama “yang
manis indah kerana itulah mimpi”. Penyair menggunakan kata adjektif ini kerana ingin
menceritakan tentang keindahan sebuah mimpi bagi anak gadis yang meningkat usia remaja.
Seterusnya, bentuk perasaan iaitu “malu”, “gundah”,“rindu”, dan “benci”. Kata adjektif
“malu” dalam rangkap pertama puisi ini merujuk kepada sifat pemalu seorang gadis yang
bakal menginjak usia remaja manakala kata adjektif “gundah” dalam rangkap kedua puisi
pula merupakan perasaan yang bakal dihadapi oleh si gadis tersebut jika dia terus hanyut
dalam mimpi yang indah dan apabila kenyataan hidup tidak seperti yang diimpikan. Kata
adjektif “benci” dalam rangkap ketiga puisi pula merujuk kepada perasaan si bapa yang
menyesal kerana sering bemimpi yang indah semasa zaman remajanya dan telah sedar realiti
kehidupan yang sebenar.
13
Akhir sekali, kumpulan leksikal kata adjektif bentuk kekasaran yang didapati dalam
rangkap kedua iaitu “ganas” dan “kejam”. Penyair menggunakan kata adjektif ini bagi
menerangkan keadaan di mana sebuah mimpi itu hanyalah kepalsuan semata-mata dan
kehidupan realiti sebenar adalah kejam dan ganas kerana tidak seindah yang disangka.
3.2 Bahasa Kiasan
Dalam sajak ini, terdapat dua jenis bahasa kiasan yang akan dikaji iaitu metafora dan
personafikasi. Dalam bahasa kiasan ini kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara
dengan benda yang lain. Tujuan utama terdapatnya bahasa kiasan ialah untuk mewujudkan
daya imaginasi kepada pembaca. Selain itu, tujuan penggunaan bahasa kiasan juga adalah
bagi menyampaikan maksud puisi secara tersirat.
3.2.1 Metafora
Metafora merupakan proses linguistik yang digunakan untuk membandingkan sifat sesuatu
benda dengan yang lain. Sesuatu perkataan diambil daripada suatu makna yang terus ke
makna yang tersirat. Metafora merupakan unsur bahasa kiasan yang digunakan bagi
mendeskripsikan sifat sesuatu objek yang dilihat itu dengan sifat objek lain bagi maksud
menyampaikan makna yang tersirat. Selain itu, penggunaan metafora dapat memberi
kelainan kepada susunan kata dalam karya seni bagi menimbulkan imaginasi kepada para
pembaca. Antara metafora yang terdapat di dalam puisi ialah:
Rangkap pertama : Yang manis indah kerana itulah mimpi
Rangkap kedua : Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Terasing di cermin kenyataan
Bentuk metafora yang terdapat dalam puisi ini memperlihatkan penggunaan unsur
penggunaan ayat yang indah dan manis oleh penyair seperti dalam rangkap “yang manis
indah kerana itulah mimpi” dan “mimpi itu adalah keajaiban anugerah”. Bentuk metafora
bagi kedua-dua baris rangkap tersebut ialah metafora abstrak ke konkrit. Penyair
menggunakan perkataan “mimpi” dalam puisi ini kerana ia berbentuk abstrak di mana mimpi
14
tidak boleh disentuh. Maksud “mimpi” secara terus ialah sesuatu yang seolah-olah dialami
atau dilihat sewaktu tidur dan khayalan atau angan-angan, namun di dalam puisi ini
perkataan “mimpi” dimaksudkan dengan khayalan atau angan-angan seorang gadis yang
bernama Mayawati yang akan menginjak usia remaja.
Mayawati mempunyai angan-angan yang tinggi tentang zaman remajanya. Jadi, si bapa
memberi nasihat kepada anak gadisnya supaya tidak terlalu mempunyai angan-angan yang
tinggi kerana “yang manis indah kerana itulah mimpi” di mana maksudnya mimpi memang
sangat indah dan manis namun hakikatnya tidak seperti yang diimpikan. Mimpi juga
merupakan anugerah di mana kita semua dapat memikirkan sesuatu khayalan indah yang
boleh membuatkan kita bahagia apabila memikirkannya seperti dalam baris “mimpi itu
adalah keajaiban anugerah”.
Selain itu, dalam rangkap “terasing dicermin kenyataan” ini melihatkan di mana konsep
sesuatu objek dipindahkan kepada sesuatu objek lain. Idea menggunakan objek “cermin”
digunakan bagi memberi maksud tentang hakikat kehidupan dalam puisi ini. Bentuk
metafora bagi “terasing dicermin kenyataan” ini ialah tak bernyawa ke abstrak kerana
“cermin” ialah benda konkrit tak bernyawa yang bermaksud kaca yang digunakan untuk
melihat bayang diri sendiri telah dipindahkan maksudnya ke abstrak iaitu hakikat kehidupan
sebenar dalam puisi ini.
3.2.2 Personafikasi
Personafikasi merupakan unsur bahasa kiasan yang memberi sifat manusia kepada binatang,
tumbuh-tumbuhan atau benda bukan bernyawa. Dalam puisi ini, penyair kerap menggunakan
unsur bunyi personafikasi bagi mengindahkan jalan cerita dan menerbitkan imginasi kepada
pembaca. Bagi puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang
ini, terdapat personafikasi di setiap rangkap puisi. Contoh personafikasi adalah seperti
berikut:
Rangkap pertama : mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
Rangkap kedua : kehidupan yang ganas dan kejam
15
Rangkap ketiga : jangan kau pinjam lamunanku
Rangkap keempat : bunuhlah mimpi itu
Rangkap kelima : keberanian hidup baru
kekuatan hati dan ketinggian ilmu
Kesemua contoh di atas menggambarkan pemberian sifat manusia yang bernyawa
kepada benda yang abstrak atau tidak bernyawa iaitu bukan manusia. Perkataan
“mengibarkan”, “menyembunyikan”, “ganas dan kejam”, “pinjam”, “bunuhlah”, “menipu”,
“keberanian”, “kekuatan”, dan “ketinggian” merupakan sifat manusia yang telah diberikan
kepada benda tidak bernyawa dan abstrak seperti “selendang sutera”, “malu”, “kehidupan”,
“mimpi”, “hati” dan “ilmu”. Misalnya, contoh ayat dalam rangkap keempat iaitu “bunuhlah
mimpi itu”. Penyair menggunakan kata kerja “bunuh” diberikan kepada benda bukan abstrak
iaitu kata adjektif “mimpi”. “Bunuh” merupakan sifat manusia namun diberikan kepada
“mimpi” dalam erti kata lain ingin mengatakan bahawa seseorang itu perlu melupakan sahaja
angan-angan yang tercipta.
Selain itu, dalam rangkap pertama “mengibarkan rasa di selendang sutera” dapat dilihat
di sini bahawa perkataan “mengibarkan” merupakan sifat binatang iaitu burung yang akan
mengibarkan sayapnya. Namun, dalam puisi ini penyair menggunakan perkataan
“mengibarkan” tersebut kepada “selendang sutera” yang merupakan benda tak bernyawa.
Penyair memaksudkan “mengibarkan rasa di selendang sutera” merupakan kecantikan
seorang gadis yang berpakaian sopan di mana sifat selendang sutera sendiri mempunyai
permukaan yang lembut dan elegan serta licin dan berkilat. Hal ini dapat dikaitkan dengan
sifat kelembutan perempuan yang sopan dan ayu.
Bagi rangkap ketiga pula, “jangan kau pinjam lamunanku” mempunyai perkataan
“pinjam” yang dipinjamkan kepada abstrak iaitu “lamunan”. “Lamunan” merupakan
angan-angan yang bukan-bukan atau khayalan seseorang yang berbeza dengan orang lain.
Dalam puisi ini, penyair memaksudkan “jangan kau pinjam lamunanku” dengan pesanan si
bapa supaya anak gadisnya tidak “pinjam” atau mempunyai khayalan yang sama seperti
dirinya yang kerap berangan-angan yang bukan-bukan pada zaman remajanya dahulu yang
akhirnya membuatnya kecewa dengan hakikat kehidupan sebenar yang teruk dan tidak
bertimbang rasa ini.
16
Akhir sekali, “kehidupan yang ganas dan kejam”. “Ganas” dan “kejam” ini merupakan
sifat manusia namun diberikan kepada unsur abstrak iaitu “kehidupan”. Maksud “ganas”
ialah galak dan suka menyerang umumnya untuk binatang serta selalu marah, bengis dan
tidak bertimbang rasa sama sekali. “Kejam” pula bermaksud tiada belas kasihan. Jadi,
“kehidupan yang ganas dan kejam” menunjukkan bahawa kehidupan yang dijalani ini penuh
dengan perkara yang tiada belas kasihan dan berbeza dengan khayalan yang diimpikan.
Di bahagian seterusnya, pengkaji akan menerangkan tentang hubungan ciri stilistik
dengan interpretasi berdasarkan puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)
oleh Usman Awang.
4.0 HUBUNGAN CIRI STILISTIK DENGAN INTERPRETASI
Hubungan di antara ciri stilistik dan interpretasi ini adalah bagi menjelaskan makna
menyeluruh mengenai puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman
Awang dan menerangkan kategori leksikal dan bahasa kiasan.
Analisis ciri stilistik dapat menjelaskan unsur stilistik yang digunakan oleh penyair
dalam puisi ini dari segi aspek leksikal dan bahasa kiasan. Puisi merupakan karangan
berangkap yang dihasilkan melalui pemilihan kata yang disusun dalam sesebuah rangkap
(Nik Fazli 2015). Oleh itu, pentingnya bagi seseorang penyair untuk mengetengahkan unsur
stilistik dalam sesuatu puisi bagi mengindahkan karyanya. Oleh hal yang demikian,
penggunaan leksikal seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif bertujuan bagi merujuk
kepada subjek, objek dan keterangan manakala, penggunaan bahasa kiasan seperti metafora,
personafikasi, aliterasi dan asonansi bertujuan bagi mewujudkan daya imaginasi kepada para
pembaca.
Interpretasi pula dapat membolehkan pengkaji mengetahui jalan cerita dan maksud yang
terkandung dalam setiap ayat dalam puisi Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati).
Puisi ini ditulis oleh penyair bertujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat,
khususnya dalam konteks kekeluargaan dan kasih sayang. Puisi ini menceritakan kisah di
mana seorang bapa menasihati dengan memberi pesanan kepada anak gadisnya yang
bernama Mayawati yang bakal menempuh kehidupan di usia remaja. Di samping itu, puisi
ini juga mengekalkan unsur keindahan yang lazimnya ada dalam mana-mana karya sastera.
Puisi Melayu bukan sahaja memberi hiburan kepada masyarakat, namun sebagai medium
untuk menggambarkan perasaan dan idea kreatif seorang penyair.
17
RUJUKAN
Crystal, David. 1985. A dictionary of linguistics and phonetics. 2nd edition. Oxford: Basil
Blackwell.
Dewan Bahasa Pustaka. 2018. Usman Awang - Sasterawan Negara Ke-3 (1983).
http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4752. Dicapai pada 29 November 2019.
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Nik Fazli bin Mohamad. 2015. Puisi Melayu Dalam Drama-Drama Noordin Hassan. Tesis
Master. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

More Related Content

What's hot

Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatAhliBM
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Karangan Naratif
Karangan NaratifKarangan Naratif
Karangan Naratiflnahrawi
 

What's hot (20)

Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Penulisan kreatif
Penulisan kreatifPenulisan kreatif
Penulisan kreatif
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Model Analisis Wacana
Model Analisis WacanaModel Analisis Wacana
Model Analisis Wacana
 
Teks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteriTeks timbalan perdana menteri
Teks timbalan perdana menteri
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Analisis puisi
Analisis puisi Analisis puisi
Analisis puisi
 
Jenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis AyatJenis-Jenis Ayat
Jenis-Jenis Ayat
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Rph surat rasmi
Rph surat rasmiRph surat rasmi
Rph surat rasmi
 
Wacana
WacanaWacana
Wacana
 
Prosa dan puisi
Prosa dan puisiProsa dan puisi
Prosa dan puisi
 
aktiviti pra menulis
aktiviti pra menulisaktiviti pra menulis
aktiviti pra menulis
 
Karangan Naratif
Karangan NaratifKarangan Naratif
Karangan Naratif
 

More from eikarshdn

THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDARProjek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAReikarshdn
 
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMeikarshdn
 
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...eikarshdn
 
Tugasan Modul 7
Tugasan Modul 7Tugasan Modul 7
Tugasan Modul 7eikarshdn
 
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2eikarshdn
 
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACA
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACAModul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACA
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACAeikarshdn
 
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang eikarshdn
 
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKINNEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKINeikarshdn
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTAN
PROJEK AKHIR  ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTANPROJEK AKHIR  ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTANeikarshdn
 
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11)
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11) TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11)
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11) eikarshdn
 
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9)
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9) TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9)
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9) eikarshdn
 
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8)
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8) TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8)
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8) eikarshdn
 
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)eikarshdn
 
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6)
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6) TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6)
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6) eikarshdn
 
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)eikarshdn
 
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL eikarshdn
 

More from eikarshdn (18)

THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDARProjek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
Projek Akhir LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
 
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAMPROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...
Modul 9 Projek Akhir (LMCP1602 PENDIDIKAN PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK OLEH IBU...
 
Tugasan Modul 7
Tugasan Modul 7Tugasan Modul 7
Tugasan Modul 7
 
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2
Modul 6: BAHAN MENGAJAR MEMBACA 2
 
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACA
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACAModul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACA
Modul 5: BAHAN MENGAJAR MEMBACA
 
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
Projek Akhir - Pembangunan Bandar Johor Bahru 30 Tahun Akan Datang
 
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKINNEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
NEGERI KAYA PENDUDUK MISKIN
 
DINAR EMAS
DINAR EMASDINAR EMAS
DINAR EMAS
 
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTAN
PROJEK AKHIR  ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTANPROJEK AKHIR  ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTAN
PROJEK AKHIR ASAS-ASAS SAINS DATA DALAM PENGANGKUTAN
 
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11)
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11) TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11)
TUGASAN PENGUMPUKAN PERJALANAN (modul 11)
 
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9)
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9) TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9)
TUGASAN PISAH RAGAMAN (modul 9)
 
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8)
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8) TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8)
TUGASAN VISUAL AGIHAN PERJALANAN (modul 8)
 
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)
TUGASAN AGIHAN PERJALANAN (modul 7)
 
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6)
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6) TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6)
TUGASAN VISUALISASI PENJANAAN PERJALANAN (modul 6)
 
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)
TUGASAN KLUSTER (MODUL 5)
 
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA USMAN AWANG (GRED A)

  • 1. 1 SKBL3133 STILISTIK SET 1 SESI 1 2019/2020 TAJUK : ESEI STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA USMAN AWANG NAMA PELAJAR : NUR SYAHEERA ZUNIKA BINTI RASHDAN NO. MATRIK : A164569 NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. MOHAMMAD FADZELI BIN JAAFAR
  • 2. 2 1.0 PENDAHULUAN Puisi yang dikaji bertajuk Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang. Bidang kajian yang telah dipilih merupakan bidang stilistik, iaitu stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. Menurut David Crystal (1985), stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik kajian linguistik tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains, undang-undang, agama, debat, atau sastera, atau bahasa kelas sosial yang berbeza. Ciri-ciri yang terdapat dalam stilistik ini ialah bahasa yang indah dan menarik bagi memberi gambaran kepada keunikan penyair dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya dan stailnya yang tersendiri. Stilistik juga memperlihatkan unsur bahasa menyenangkan dan memiliki nilai estetika. Bidang stilistik ini berkait rapat dengan pengkaryaan sastera. Fokus utama bidang stilistik adalah untuk mengetahui gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu karya sastera seperti, sajak, puisi, gurindam, cerpen dan sebagainya. Aspek yang akan dinilai dalam analisis ini meliputi bentuk atau struktur puisi, interpretasi umum tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan, dan maksud puisi mengikut rangkap. Selain itu, kajian ini juga akan menganalisis unsur-unsur stilistik yang terlibat iaitu, kategori leksikal dan bahasa kiasan yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang. Akhir sekali, pengkaji akan merumuskan hubungan di antara ciri stilistik dan interpretasi. Melalui kajian ini diharap dapat memberi kefahaman mengenai kepentingan unsur stilistik dalam sesuatu karya sastera. Bahagian seterusnya akan menerangkan tentang interpretasi umum mengenai puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang seperti interpretasi umum puisi, puisi kajian, maksud tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan, maksud puisi mengikut rangkap, latar belakang penyair, dan sebab pemilihan puisi. 2.0 INTERPRETASI UMUM Bab ini akan menerangkan mengenai interpretasi umum mengenai puisi bertajuk “Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)” oleh Usman Awang. Interpretasi umum melibatkan puisi kajian, maksud tajuk puisi, maksud puisi secara keseluruhan, maksud puisi mengikut rangkap, latar belakang penyair, dan sebab pengkaji memilih puisi ini.
  • 3. 3 2.1 Puisi Kajian Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang Usiamu menghampiri sunti dara Mengibarkan rasa di selendang sutera Menyembunyikan malu di bilik terkunci Diselubungi rindu lagu dan tari Seribu bayang seribu mimpi yang manis indah itulah mimpi. Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing di cermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Sunti daraku, Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah Yang kini kubenci sebab begitu lemah Selamanya mimpiku hidup ini serba indah. Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu. Dapatkan keberanian hidup baru Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
  • 4. 4 2.2 Interpretasi Umum Puisi Puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang ini mempunyai bentuk jenis bebas dan tidak terikat dengan unsur-unsur puisi tradisional seperti pantun dan syair. Puisi ini mempunyai lima rangkap dan berjumlah 20 baris perkataan: Rangkap 1- 6 baris Rangkap 2,3,4 - 4 baris Rangkap 5 - 2 baris Bentuk puisi ini menggunakan rima seperti berikut : 1. Rangkap pertama : a-a-b-b-b-b 2. Rangkap kedua : a-a-b-c 3. Rangkap ketiga : a-b-b-b 4. Rangkap keempat : a-a-a-a 5. Rangkap kelima : a-a Melihat kepada analisis bentuk rima bunyi puisi, puisi ini tidak terikat dengan bentuk puisi tradisional. Rima puisi ini berbentuk bebas. Terdapat rangkap yang mengekalkan persamaan bunyi iaitu rangkap keempat yang mengekalkan rima bunyi yang sama seperti puisi tradisional dengan rima a-a-a-a. Melihat kepada jumlah perkataan pula, setiap baris mengandungi jumlah yang tidak sama iaitu antara 2 hingga 7 perkataan di setiap baris. Suku kata perkataan di setiap rangkap juga tidak sama iaitu setiap rangkap mempunyai antara 5 hingga 17 perkataan sebaris. 2.3 Interpretasi Tajuk Puisi Puisi ini bertajuk Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang. Seperti yang diketahui perkataan “membunuh” merupakan kata kerja yang bermaksud melakukan sesuatu terhadap benda-benda yang bernyawa supaya mati atau mematikan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan “mimpi” pula merupakan kata nama abstrak yang bermaksud khayalan atau angan-angan di minda manusia (Kamus Dewan Edisi Keempat). “Membunuh” ialah perbuatan kejam yang dilakukan oleh manusia kepada sesuatu yang
  • 5. 5 konkrit sahaja seperti membunuh manusia dan haiwan namun, bagi tajuk puisi ini perkataan “membunuh” yang dimaksudkan bukanlah mematikan benda bernyawa tetapi ialah menghapus atau melupakan sesuatu yang berada di minda dan “mimpi” bermaksud angan-angan atau harapan. Jadi, maksud tajuk puisi Membunuh Mimpi bermaksud melupakan angan-angan yang berlebihan di fikiran. Tajuk puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) bermaksud penyair membuat pesanan kepada Mayawati supaya tidak mempunyai angan-angan yang tinggi semasa zaman remaja kerana ia akan memberi kekecewaan kepada gadis tersebut kelak. Dalam puisi ini Mayawati merupakan anak gadis kepada penyair. Hal ini ditunjukkan dalam rangkap ketiga seperti berikut: Sunti daraku, Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah Perkataan -ku dalam sunti daraku menunjukkan bahawa penyair memaksudkan Mayawati sebagai anaknya dan -ku dalam “jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah” menunjukkan penyairlah ayah kepada Mayawati. Seterusnya, maksud membunuh mimpi ditunjukkan dalam rangkap keempat seperti di bawah: Bunuhlah mimpi itu, anakku Kau membunuh segala palsu Lagu dan rindu Yang selalu menipumu. Penyair menyuruh anak gadisnya membunuh mimpi iaitu penyair mahu anaknya supaya tidak berangan-angan tentang sesuatu yang tidak pasti terjadi dan sesuatu yang dia dapat tidak semestinya sama seperti sesuatu yang diimpikan semasa menginjak usia remaja. Penyair mahu anaknya membunuh segala kepalsuan yang terdapat di dalam mimpi itu seperti dalam baris kedua “kau membunuh segala palsu” kerana mimpi itu akan selalu menipu anak gadisnya itu seperti dalam baris keempat “yang selalu menipumu”.
  • 6. 6 2.4 Maksud Puisi Secara Keseluruhan Maksud puisi ini secara keseluruhannya ialah, si bapa memberi nasihat kepada anak gadisnya yang bernama Mayawati yang bakal menginjak usia remaja untuk menjaga dirinya selalu, berhati-hati dengan kehidupan dan memenuhkan ilmu di dada. Sama seperti para bapa di luar sana yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi anak gadis mereka. Tema puisi ini ialah mengetengahkan kasih sayang dan nasihat seorang bapa kepada anak gadisnya yang bernama Mayawati berhubung dengan sikap yang perlu ada dalam diri untuk menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. 2.5 Maksud Puisi Mengikut Rangkap i. Rangkap Pertama Dalam rangkap pertama ini, penyair memberi nasihat kepada anak gadisnya yang bernama Mayawati yang akan menginjak ke usia remaja dan sudah memperlihatkan rasa malu. Penyair memerihalkan pesanan bapa kepada anak gadisnya yang menjadi seorang anak dara untuk sentiasa menjaga perilaku dan menjaga maruah diri seperti dalam rangkap: mengibarkan rasa di selendang sutera menyembunyikan malu di bilik terkunci Selain itu, penyair menasihatkan anaknya supaya tidak terbuai dengan mimpi atau angan-angan yang indah dan mengasyikkan kerana semuanya bukanlah realiti dalam kehidupan yang sebenar. Realiti yang sebenarnya tidak akan sama seperti apa yang disangka oleh anaknya. Ia dapat dilihat dalam rangkap: seribu bayang seribu mimpi yang manis indah kerana itulah mimpi. ii. Rangkap Kedua Dalam rangkap kedua ini, penyair mengatakan kepada anaknya bahawa sungguhpun impian-impian yang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akan menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada
  • 7. 7 kenyataan hidup yang sebenarnya. Seungguhnya, dalam kehidupan sebenar ia tidaklah begitu indah dan ketika itulah anaknya akan berasa takut untuk menghadapinya seperti dalam rangkap: Mimpi itu adalah keajaiban anugerah tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Penyair juga menceritakan di mana apa yang bakal dilalui oleh anak gadisnya sangatlah berbeza kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman seperti dalam rangkap: Kehidupan yang ganas dan kejam iii. Rangkap Ketiga Dalam rangkap ketiga ini, penyair mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut jejak atau keperibadinya sebagai seorang yang begitu lemah kerana sebelum ini, penyair juga hidup dalam mimpi yang serba indah dan mengasyikkan. Tetapi, kini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya seperti yang dapat dilihat dalam rangkap: jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah yang kini kubenci sebab begitu lemah iv. Rangkap Keempat Dalam rangkap keempat ini, penyair menceritakan bahawa pada zaman remaja ini, si anak gadisnya itu akan melalui segala penipuan dalam kehidupan sebenar. Oleh itu, si bapa menasihati dan memberi semangat kepada anak gadisnya untuk membuang sahaja mimpi-mimpi indah yang tidak pasti. Penyair berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-mimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Ia dapat dilihat dalam rangkap berikut: Bunuhlah mimpi itu, anakku kau membunuh segala palsumu
  • 8. 8 v. Rangkap Kelima Dalam rangkap terakhir ini, penyair berharap agar anaknya Mayawati menanamkan keberanian hidup baru di usia remaja yang akan diperolehinya daripada berbekalkan kecekalan hati dan ilmu yang penuh di dada. Seperti dalam rangkap berikut: Dapatkan keberanian hidup baru dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu 2.6 Latar Belakang Penyair Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Oleh itu, nama Usman Awang paling terkenal di kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita. Beliau seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi. Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Pendidikan yang diterimanya setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah Enam. Karya Usman Awang begitu indah, cukup bersemangat dan bermakna sehingga meletakkan nama beliau di antara tokoh sastera yang termahsyur di tanah air. Puisi-puisi beliau yang terkenal seperti Salam Benua, Kekasih, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati), Duri dan Api, Anak Jiran Tionghua, Hadiah, Sahabatku dan Merpati Putih, Jelajahilah Dunia. Kebanyakan hasil kerja seni beliau ini mengisarkan tentang realiti kehidupan, memberi keprihatinan terhadap golongan yang tertindas dan bersifat universal serta menerapkan unsur patriotisme. Antara pencapaian Usman Awang sepanjang hidupnya termasuklah memenangi anugerah kesusasteraan seperti Gelaran Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1928),
  • 9. 9 Gelaran Sasterawan Negara (1983), Zamalah Sastera untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran) (1985) dan Anugerah Penyair Johor (1995). 2.7 Sebab Pemilihan Puisi Pengkaji memilih puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang kerana puisi ini berbentuk bebas tidak terikat dengan puisi tradisional. Puisi ini bertemakan pesanan atau nasihat dan ini sangat dekat dengan diri pengkaji. Puisi ini menerangkan tentang nasihat yang diberikan oleh si bapa kepada anak gadisnya yang bernama Mayawati. Contoh nasihat yang diberikan ialah seperti dalam rangkap kedua puisi: Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah Terasing di cermin kenyataan Kehidupan yang ganas dan kejam. Penyair menasihatkan bahawa mimpi akan menyebabkan Mayawati kecewa kelak kerana mimpi itu sangat bertentangan dengan hakikat hidup yang sebenar. Sama seperti para bapa di luar sana yang sentiasa mahukan yang terbaik bagi anak gadis mereka. Semua bapa mahu melihat anak gadisnya gembira dalam kehidupan dan dia juga mahu anak gadisnya tahu bahawa dia selalu ada apabila diperlukan. Kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuan melebihi orang lain dan bapa mahu memenuhi segala kehendak yang akan membuatkan anak perempuannya gembira. Apabila anak perempuan tersenyum, bapanya pasti akan rasa cukup bahagia. Hal ini menunjukkan sebab pengkaji memilih puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) karya Usman Awang sebagai data kajian. Bahagian seterusnya akan menganalisis bidang stilistik bagi puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang berdasarkan dua aspek iaitu kategori leksikal dan bahasa kiasan.
  • 10. 10 3.0 ANALISIS STILISTIK Dalam bab ini pengkaji akan menganalisis aspek stilistik yang dipilih iaitu dari segi leksikal dan bahasa kiasan. Analisis dari sudut leksikal ini meliputi deskripsi mengenai kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Analisis bahasa kiasan pula meliputi bentuk metafora dan personafikasi. 3.1 Kategori Leksikal KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF usia sunti dara (2x) selendang sutera bilik lagu (2x) bayang mimpi (5x) keajaiban anugerah cermin kenyataan kehidupan hati (2x) ayah hidup (2x) anak keberanian kekuatan ketinggian ilmu Kata Ganti Nama -mu (2x) dia kau (3x) -ku (5x) menghampiri mengibarkan menyembunyikan terkunci diselubungi tari pinjam menyebabkan terasing bunuhlah membunuh menipumu dapatkan rasa malu manis indah (2x) gundah ganas kejam lemah palsu rindu (2x) benci 39 13 13 Jadual 1: Leksikal yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)
  • 11. 11 Secara keseluruhannya, puisi ini mempunyai sebanyak 39 kata nama, 13 kata kerja dan 13 kata adjektif. Ketiga-tiga jenis kata dalam jadual 1 adalah yang paling dominan di dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) ini. Pengkaji telah mengelompokkan kata tersebut mengikut kumpulan yang sesuai seperti yang terdapat dalam jadual 2 di bawah: KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF Manusia ayah sunti dara Transitif mengibarkan menyembunyikan menyebabkan menghampiri pinjam Perasaan malu gundah rindu benci Kebendaan selendang sutera bilik cermin Tak sengaja terkunci terasing Harapan manis indah Abstrak hati lagu Perbuatan Kejam membunuh menipu Kekasaran ganas kejam palsuKehebatan keberanian kekuatan ketinggian Jadual 2: Kumpulan leksikal yang terdapat dalam puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) Berdasarkan jadual 2, puisi “Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati)” ini mudah difahami kerana tidak berlaku penyimpangan dari segi aspek semantik mahupun sintaksis. Puisi ini banyak menggunakan kata nama yang merujuk kepada manusia iaitu seperti dilihat penyair menggunakan kata nama “ayah” dan “sunti dara” dalam rangkap pertama dan ketiga kerana puisi ini menceritakan tentang kisah seorang bapa dan anak gadisnya Mayawati yang semakin meningkat remaja. Seterusnya, kata nama yang merujuk
  • 12. 12 kepada abstrak iaitu “hati” dan “lagu” yang didapati dalam rangkap ketiga dan keempat iaitu penyair menggambarkan perasaan seorang bapa dan unsur keindahan dalam puisi ini. Akhir sekali, kumpulan leksikal kata nama yang merujuk kepada kebendaan iaitu “bilik”, “selendang sutera”, dan “cermin” dalam rangkap pertama dan kedua. Penyair menggunakan kata nama “bilik” kerana menggambarkan seorang anak gadis yang perlu sentiasa berasa malu dan tidak selalu keluar dari rumah kerana perlu menjaga nilai maruah dan menjaga diri. Manakala “selendang sutera” ialah pakaian yang dipakai oleh seorang anak gadis supaya kelihatan sopan dan ayu. Seterusnya, analisis kata kerja yang didapati dalam puisi ini merupakan dari bentuk kata kerja transitif seperti “mengibarkan”, “menyebabkan”, “menghampiri”, “menyembunyikan”, dan “pinjam” didapati dalam rangkap pertama, kedua, dan ketiga. Penyair mengaitkan dengan kata adjektif selepasnya bagi gambaran perasaan dalam puisi. Sebagai contoh, dalam rangkap pertama “mengibarkan rasa” dan “menyembunyikan malu” di mana “rasa” dan “malu” merupakan kata adjektif. Penyair juga mengaitkan dengan kata nama selepasnya bagi merujuk kepada subjek dalam jalan cerita puisi ini contohnya, “menyebabkan kau” di mana “kau” merujuk kepada si gadis bernama Mayawati. Kata “pinjam” pula didapati dalam rangkap ketiga di mana penyair menggunakan kata kerja ini untuk menceritakan keadaan di mana si bapa melarang anak gadisnya untuk pinjam angan-angan lampaunya kerana dia tidak mahu si gadis itu mengulangi kesilapannya yang lalu. Analisis kata adjektif yang didapati dalam puisi ini dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu pertama ialah bentuk harapan seperti “manis” dan “indah” dalam rangkap pertama “yang manis indah kerana itulah mimpi”. Penyair menggunakan kata adjektif ini kerana ingin menceritakan tentang keindahan sebuah mimpi bagi anak gadis yang meningkat usia remaja. Seterusnya, bentuk perasaan iaitu “malu”, “gundah”,“rindu”, dan “benci”. Kata adjektif “malu” dalam rangkap pertama puisi ini merujuk kepada sifat pemalu seorang gadis yang bakal menginjak usia remaja manakala kata adjektif “gundah” dalam rangkap kedua puisi pula merupakan perasaan yang bakal dihadapi oleh si gadis tersebut jika dia terus hanyut dalam mimpi yang indah dan apabila kenyataan hidup tidak seperti yang diimpikan. Kata adjektif “benci” dalam rangkap ketiga puisi pula merujuk kepada perasaan si bapa yang menyesal kerana sering bemimpi yang indah semasa zaman remajanya dan telah sedar realiti kehidupan yang sebenar.
  • 13. 13 Akhir sekali, kumpulan leksikal kata adjektif bentuk kekasaran yang didapati dalam rangkap kedua iaitu “ganas” dan “kejam”. Penyair menggunakan kata adjektif ini bagi menerangkan keadaan di mana sebuah mimpi itu hanyalah kepalsuan semata-mata dan kehidupan realiti sebenar adalah kejam dan ganas kerana tidak seindah yang disangka. 3.2 Bahasa Kiasan Dalam sajak ini, terdapat dua jenis bahasa kiasan yang akan dikaji iaitu metafora dan personafikasi. Dalam bahasa kiasan ini kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Tujuan utama terdapatnya bahasa kiasan ialah untuk mewujudkan daya imaginasi kepada pembaca. Selain itu, tujuan penggunaan bahasa kiasan juga adalah bagi menyampaikan maksud puisi secara tersirat. 3.2.1 Metafora Metafora merupakan proses linguistik yang digunakan untuk membandingkan sifat sesuatu benda dengan yang lain. Sesuatu perkataan diambil daripada suatu makna yang terus ke makna yang tersirat. Metafora merupakan unsur bahasa kiasan yang digunakan bagi mendeskripsikan sifat sesuatu objek yang dilihat itu dengan sifat objek lain bagi maksud menyampaikan makna yang tersirat. Selain itu, penggunaan metafora dapat memberi kelainan kepada susunan kata dalam karya seni bagi menimbulkan imaginasi kepada para pembaca. Antara metafora yang terdapat di dalam puisi ialah: Rangkap pertama : Yang manis indah kerana itulah mimpi Rangkap kedua : Mimpi itu adalah keajaiban anugerah Terasing di cermin kenyataan Bentuk metafora yang terdapat dalam puisi ini memperlihatkan penggunaan unsur penggunaan ayat yang indah dan manis oleh penyair seperti dalam rangkap “yang manis indah kerana itulah mimpi” dan “mimpi itu adalah keajaiban anugerah”. Bentuk metafora bagi kedua-dua baris rangkap tersebut ialah metafora abstrak ke konkrit. Penyair menggunakan perkataan “mimpi” dalam puisi ini kerana ia berbentuk abstrak di mana mimpi
  • 14. 14 tidak boleh disentuh. Maksud “mimpi” secara terus ialah sesuatu yang seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur dan khayalan atau angan-angan, namun di dalam puisi ini perkataan “mimpi” dimaksudkan dengan khayalan atau angan-angan seorang gadis yang bernama Mayawati yang akan menginjak usia remaja. Mayawati mempunyai angan-angan yang tinggi tentang zaman remajanya. Jadi, si bapa memberi nasihat kepada anak gadisnya supaya tidak terlalu mempunyai angan-angan yang tinggi kerana “yang manis indah kerana itulah mimpi” di mana maksudnya mimpi memang sangat indah dan manis namun hakikatnya tidak seperti yang diimpikan. Mimpi juga merupakan anugerah di mana kita semua dapat memikirkan sesuatu khayalan indah yang boleh membuatkan kita bahagia apabila memikirkannya seperti dalam baris “mimpi itu adalah keajaiban anugerah”. Selain itu, dalam rangkap “terasing dicermin kenyataan” ini melihatkan di mana konsep sesuatu objek dipindahkan kepada sesuatu objek lain. Idea menggunakan objek “cermin” digunakan bagi memberi maksud tentang hakikat kehidupan dalam puisi ini. Bentuk metafora bagi “terasing dicermin kenyataan” ini ialah tak bernyawa ke abstrak kerana “cermin” ialah benda konkrit tak bernyawa yang bermaksud kaca yang digunakan untuk melihat bayang diri sendiri telah dipindahkan maksudnya ke abstrak iaitu hakikat kehidupan sebenar dalam puisi ini. 3.2.2 Personafikasi Personafikasi merupakan unsur bahasa kiasan yang memberi sifat manusia kepada binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda bukan bernyawa. Dalam puisi ini, penyair kerap menggunakan unsur bunyi personafikasi bagi mengindahkan jalan cerita dan menerbitkan imginasi kepada pembaca. Bagi puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang ini, terdapat personafikasi di setiap rangkap puisi. Contoh personafikasi adalah seperti berikut: Rangkap pertama : mengibarkan rasa di selendang sutera menyembunyikan malu di bilik terkunci Rangkap kedua : kehidupan yang ganas dan kejam
  • 15. 15 Rangkap ketiga : jangan kau pinjam lamunanku Rangkap keempat : bunuhlah mimpi itu Rangkap kelima : keberanian hidup baru kekuatan hati dan ketinggian ilmu Kesemua contoh di atas menggambarkan pemberian sifat manusia yang bernyawa kepada benda yang abstrak atau tidak bernyawa iaitu bukan manusia. Perkataan “mengibarkan”, “menyembunyikan”, “ganas dan kejam”, “pinjam”, “bunuhlah”, “menipu”, “keberanian”, “kekuatan”, dan “ketinggian” merupakan sifat manusia yang telah diberikan kepada benda tidak bernyawa dan abstrak seperti “selendang sutera”, “malu”, “kehidupan”, “mimpi”, “hati” dan “ilmu”. Misalnya, contoh ayat dalam rangkap keempat iaitu “bunuhlah mimpi itu”. Penyair menggunakan kata kerja “bunuh” diberikan kepada benda bukan abstrak iaitu kata adjektif “mimpi”. “Bunuh” merupakan sifat manusia namun diberikan kepada “mimpi” dalam erti kata lain ingin mengatakan bahawa seseorang itu perlu melupakan sahaja angan-angan yang tercipta. Selain itu, dalam rangkap pertama “mengibarkan rasa di selendang sutera” dapat dilihat di sini bahawa perkataan “mengibarkan” merupakan sifat binatang iaitu burung yang akan mengibarkan sayapnya. Namun, dalam puisi ini penyair menggunakan perkataan “mengibarkan” tersebut kepada “selendang sutera” yang merupakan benda tak bernyawa. Penyair memaksudkan “mengibarkan rasa di selendang sutera” merupakan kecantikan seorang gadis yang berpakaian sopan di mana sifat selendang sutera sendiri mempunyai permukaan yang lembut dan elegan serta licin dan berkilat. Hal ini dapat dikaitkan dengan sifat kelembutan perempuan yang sopan dan ayu. Bagi rangkap ketiga pula, “jangan kau pinjam lamunanku” mempunyai perkataan “pinjam” yang dipinjamkan kepada abstrak iaitu “lamunan”. “Lamunan” merupakan angan-angan yang bukan-bukan atau khayalan seseorang yang berbeza dengan orang lain. Dalam puisi ini, penyair memaksudkan “jangan kau pinjam lamunanku” dengan pesanan si bapa supaya anak gadisnya tidak “pinjam” atau mempunyai khayalan yang sama seperti dirinya yang kerap berangan-angan yang bukan-bukan pada zaman remajanya dahulu yang akhirnya membuatnya kecewa dengan hakikat kehidupan sebenar yang teruk dan tidak bertimbang rasa ini.
  • 16. 16 Akhir sekali, “kehidupan yang ganas dan kejam”. “Ganas” dan “kejam” ini merupakan sifat manusia namun diberikan kepada unsur abstrak iaitu “kehidupan”. Maksud “ganas” ialah galak dan suka menyerang umumnya untuk binatang serta selalu marah, bengis dan tidak bertimbang rasa sama sekali. “Kejam” pula bermaksud tiada belas kasihan. Jadi, “kehidupan yang ganas dan kejam” menunjukkan bahawa kehidupan yang dijalani ini penuh dengan perkara yang tiada belas kasihan dan berbeza dengan khayalan yang diimpikan. Di bahagian seterusnya, pengkaji akan menerangkan tentang hubungan ciri stilistik dengan interpretasi berdasarkan puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang. 4.0 HUBUNGAN CIRI STILISTIK DENGAN INTERPRETASI Hubungan di antara ciri stilistik dan interpretasi ini adalah bagi menjelaskan makna menyeluruh mengenai puisi Membunuh Mimpi (Sebuah pesan untuk Mayawati) oleh Usman Awang dan menerangkan kategori leksikal dan bahasa kiasan. Analisis ciri stilistik dapat menjelaskan unsur stilistik yang digunakan oleh penyair dalam puisi ini dari segi aspek leksikal dan bahasa kiasan. Puisi merupakan karangan berangkap yang dihasilkan melalui pemilihan kata yang disusun dalam sesebuah rangkap (Nik Fazli 2015). Oleh itu, pentingnya bagi seseorang penyair untuk mengetengahkan unsur stilistik dalam sesuatu puisi bagi mengindahkan karyanya. Oleh hal yang demikian, penggunaan leksikal seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif bertujuan bagi merujuk kepada subjek, objek dan keterangan manakala, penggunaan bahasa kiasan seperti metafora, personafikasi, aliterasi dan asonansi bertujuan bagi mewujudkan daya imaginasi kepada para pembaca. Interpretasi pula dapat membolehkan pengkaji mengetahui jalan cerita dan maksud yang terkandung dalam setiap ayat dalam puisi Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati). Puisi ini ditulis oleh penyair bertujuan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat, khususnya dalam konteks kekeluargaan dan kasih sayang. Puisi ini menceritakan kisah di mana seorang bapa menasihati dengan memberi pesanan kepada anak gadisnya yang bernama Mayawati yang bakal menempuh kehidupan di usia remaja. Di samping itu, puisi ini juga mengekalkan unsur keindahan yang lazimnya ada dalam mana-mana karya sastera. Puisi Melayu bukan sahaja memberi hiburan kepada masyarakat, namun sebagai medium untuk menggambarkan perasaan dan idea kreatif seorang penyair.
  • 17. 17 RUJUKAN Crystal, David. 1985. A dictionary of linguistics and phonetics. 2nd edition. Oxford: Basil Blackwell. Dewan Bahasa Pustaka. 2018. Usman Awang - Sasterawan Negara Ke-3 (1983). http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4752. Dicapai pada 29 November 2019. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Nik Fazli bin Mohamad. 2015. Puisi Melayu Dalam Drama-Drama Noordin Hassan. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia, Serdang.