adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
RemajaBerwawasan
1. CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan
merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan
negara kerana ahli pujangga pernah berkata bahawa generasi
berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi
berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai
cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan
yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu generasi
berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita.
Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian
dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara.
Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin
diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang
remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?
2. (ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan
salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan
remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan
faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun
bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan
keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan onak dan duri ini.
(BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu
proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi
juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu
sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti
3. (KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan
bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar
melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk
merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja
tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu
terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan
hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa
binasa.” (PENEGAS)Tegasnya, remaja yang berwawasan
sentiasa memastikan dirinya tidak pernah berasa jemu
menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.
4. (ISI 2) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik
dan progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan
sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya.
(MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat
membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-
ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek.
BAGAIMANA) (Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti
berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan,
individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa
berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata
pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. (KESAN) Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan
progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
(PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan
memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.
5. (ISI 3) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif
dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini
terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan
mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang.
Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih
dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis
(BAGAIMANA) Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu
bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak
terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian
itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan
praktikalnya. (KESAN) Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang
sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita
mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya,
pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.
6. (ISI 4) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang
berwawasan seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang
berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui
tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti
mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya
daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar.
(BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan
negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi
pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang
akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik remaja yang
menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya
menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS) Ringkasnya, remaja
yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan
keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.
7. (PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan
seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja
sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus
terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang
berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan
modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN)
Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan
membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah
melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama
dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan
kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi
negara terutama untuk mencapai wawasan 2020 di samping dapat
menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa.