SlideShare a Scribd company logo
1 of 105
Perkongsian Ilmu
Program PTRS
Dewan Serbaguna Meru,
Klang, Selangor
08 OKT 2017 (Ahad)
1
PECUTAN AKHIR SPM
BAHASA MELAYU
2
Salam Sejahtera
Salam Keilmuan
3
4
Wahai anakku ;
 Pinjamkan
seketika telinga
dan matamu –
untuk melihat dan
mendengar
bicara saya hari
ini
 Pinjamkan hatimu
untuk berada dalam
majlis ini.
 Pinjamkan akal dan
mindamu untuk
memastikan ilmu
melekat dalam dirimu
5
Dihasilkan oleh ;
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
Guru Bahasa Melayu
SMK Sijangkang Jaya.
saharuddinabdullah81@yahoo.com
Saharuddin-abdullah.blogspot.com
www.slideshare.net/ckgdin
Ckgsaha@twiter
6
TEKNIK MENJAWAB
Bahasa Melayu SPM
2017
 Berasal dari Temerloh, Pahang.
Pendidikan :
 IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992
 UPM – PBMP 1997 – 2000.
Perkhidmatan :
 SK Kuala Krau ;1992 – 1997
 SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001
 SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2017
Anugerah KPM :
 1996, 2004, 2013 (APC)
 2008 (GC), 2017 (IK)
 Tak Kenal Maka Tak Cinta.
7
8
QR Code Reader
9
10
Ceramah Bahasa Melayu 2016UST AKHWAN AFANDI -
HASRAT -lirik - l OFFICIAL VIDEO KLIP -( Full Video Clip ).flv
Menjulang Kejayaan
Soalan KBAT Apa yang boleh diperkatakan ?11
Anda Perlu Tahu
Pelajar Cemerlang :
 Kertas 1.(130 markah)
100 (130) / 280 = 36 markah
 Kertas 2. (110 markah)
90 (110)/ 280 = 32 markah
 Kertas 3. (40 markah)
40 (40) / 280 = 14 markah
 Jumlah 82 markah : ( Gred A )
12
13
Memecah Kebekuan Minda
 Pilih nombor dan
kombinasi warna
yang anda suka,
 Mengapa anda suka
nombor dan warna
itu?
 Semoga nombor dan
warna anda memberi
sejuta makna dalam
hidup anda.
HELAIAN 14
Memecah Kebekuan Minda
Semoga
nombor
dan warna
anda
memberi
inspirasi
untuk anda
15
TARGET
BAHASA MELAYU
A+ /A /A- 16
GARIS PANDUAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM
KEPERLUAN KERTAS 1
1103/1
Bentuk Soalan Jenis Item
Ujian Berbentuk Subjektif Karangan
Rangsangan
Karangan Umum
Tempoh Ujian
2 jam 15 minit
17
Bilangan Soalan yang
Dikemukakan
18
a. Hanya satu soalan dan tiada
pilihan-wajib jawab
b. 5 soalan pilihan dan hanya
jawab satu soalan sahaja
30
100
JUMLAH MARKAH : 130 Markah
Bahagian A :
Bahagian B :
19
Skrip Contoh
Karangan Terbaik
Ceramah Bahasa Melayu 2016Contoh Karangan
Terbaik.pptx
20
FORMAT SOALAN
Panjang Karangan
Antara 200 hingga 250
patah perkataan
Bahagian A
Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan
Masa yang dicadangkan ialah 45 minit
21
Bentuk Soalan
a) Gambar foto / Ilustrasi
b) Ilustrasi kartun
c) Pelan / Peta
d) Iklan
e) Petikan
f) Gambar Rajah
g) Dialog / Catatan
22
TEKNIK
LATIHAN
KESUNGGUHAN
KESABARAN
23
Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi
syarat-syarat yang berikut:-
a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan
b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian,
serta contoh yang sesuai
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul
f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
24
PERINGATAN !!!
Karangan yang lengkap dengan segala
isi penting tetapi susunan yang tidak
teratur hingga menyebabkan gaya dan
pengolahan kurang lancar akan
menyebabkan markah tidak dapat diberi
pada peringkat cemerlang kerana cacat
dari aspek gaya persembahan dan
kelancaran
25
1. Mengenal pasti arahan dan
kehendak soalan
26
Baca arahan dengan jelas dan teliti.
 Kenal pasti isu dan fokus soalan.
 Pastikan kehendak soalan, sama ada
hanya SATU bahagian atau DUA bahagian.
 Mulai 2016, soalan berbentuk DUA
bahagian (KBAT) telah diperkenalkan oleh
LPM.
 Ramai calon gagal menjawab mengikut
kehendak soalan yang diberi.
CONTOH SOALAN
27
Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah menjaga keselamatan di jalan raya.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
 Pematuhan undang-undang jalan raya.
 Penyelenggaraan kenderaan.
 Penguatkuasaan undang-undang.
Isu dan Fokus
CONTOH SOALAN
28
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk memajukan sektor pelancongan negara
kita. (MRSM)
 Mewartakan kawasan pelancongan baharu.
 Meningkatkan prasarana
 Mempromosikan produk pelancongan
Isu dan Fokus
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
29
pendapat anda tentang ciri-ciri
sebuah pusat sumber sekolah yang baik.
(TRENGGANU)
 Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.
 Mengadakan pelbagai kemudahan dan
aktiviti.
 Menghebahkan kemudahan dan
perkhidmatan di pusat sumber.
Isu dan Fokus
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
30
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri
sebuah pusat sumber sekolah yang baik.
(TRENGGANU)
 Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.
 Mengadakan pelbagai kemudahan dan
aktiviti.
 Menghebahkan kemudahan dan
perkhidmatan di pusat sumber.
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
31
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (KEDAH )
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. (KEDAH)
Menjalankan aktiviti gotong royong.
 Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung.
 Mengadakan majlis rumah terbuka.
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
32
Huraikan pendapat anda tentang
kepentingan memiliki keluarga bahagia.
(MRSM)
 Mengukuhkan institusi keluarga.
 Melahirkan anak-anak berjaya.
 Membentuk sikap positif.
CONTOH SOALAN RANGSANGAN
33
Huraikan pendapat anda tentang
kepentingan memiliki keluarga bahagia.
(MRSM)
 Mengukuhkan institusi keluarga.
 Melahirkan anak-anak berjaya.
 Membentuk sikap positif.
SOALAN PERCUBAAN
34
Huraikan ciri-ciri pemimpin pelajar yang
berkualiti
Mempunyai sahsiah yang terpuji.
 Bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas.
 Menjadi contoh dan teladan.
Dimensi Masyarakat / Negara
Semangat kejiranan semakin luntur dalam
kalangan masyarakat khususnya
masyarakat bandar. Hal ini disebabkan
tuntutan kehidupan di bandar yang semakin
tinggi.
Bincangkan fenomena tersebut dan
langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Dimensi Masyarakat / Negara
Semangat kejiranan semakin luntur dalam
kalangan masyarakat khususnya
masyarakat bandar. Hal ini disebabkan
tuntutan kehidupan di bandar yang semakin
tinggi.
Bincangkan fenomena tersebut dan
langkah memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat.
Bengkel Membina Rangka Karangan
37
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam kehidupan.
 Dapat berkongsi pendapat.
 Memudahkan urusan perniagaan.
 Memperoleh pelbagai maklumat.
Dimensi Diri/Individu/Remaja
Terdapat sebilangan murid, ibu bapa
masyarakat hanya mementingkan pencapaian
akademik dengan meminggirkan aktiviti
kokurikulum di sekolah.
Sebagai seorang murid, huraikan pendapat
anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa
kegiatan kokurikulum banyak faedahnya
kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan
di sekolah.
Dimensi Keluarga/Ibu Bapa
Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga
barangan keperluan pengguna. Setiap kali
berlaku kenaikan harga barangan, para
peniaga akan mengaut keuntungan manakala
pengguna akan menanggung beban.
Sebagai seorang pengguna yang bijak,
jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil
oleh setiap ahli keluarga untuk menangani
masalah kenaikan harga barangan.
Dimensi Masyarakat/Negara
Usaha-usaha berterusan membantu golongan
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan
golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.
Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan
oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan
ini.
Dimensi Diri/Individu/Remaja
Pada era globalisasi ini, penguasaan
ilmu dalam pelbagai bidang akan
menentukan kejayaan seseorang itu.
Jelaskan kepentingan menguasai ilmu
dalam pelbagai bidang pada masa ini.
Dimensi KOMSAS
Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan
tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan
bersusah payah.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan
untuk mencapai impian anda.
2. Membina rangka karangan…mengapa ?
43
 Mengelakkan isi penting tidak disusun
mengikut keutamaan.
 Mengelak karangan daripada terpesong
atau menyimpang.
 Mengelak isi sama daripada berulang.
 Mengelakkan daripada terputus idea.
 Memastikan masa mengarang dapat
dijimatkan.
 Rangka mesti mengandungi pendahuluan,
isi penting dan penutup.
Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh) 44
Pendahuluan – Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang
cemerlang – Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba
merosakkan kehidupan – peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang – Intelek boleh
mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik.
2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna –
membolehkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
remaja negara maju – amalan gaya hidup sihat.
3)Memiliki etika dan personality yang luhur – suntikan agama dan nilai
moral yang luhur sejak kecil – melakukan kerja amal supaya disanjung
oleh masyarakat.
4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara –
menggunakan minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang
baharu – mempelajari bidang TMK sesuai dengan situasi semasa.
Penutup – Remaja harus memandang jauh ke hadapan – mengelakkan
diri daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh
memusnahkan masa depan negara – bersatu hati dan seia sekata
membangunkan negara.
Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) 45
Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam
diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya –
mengejar kemewahan hidup.
1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan
masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti.
2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan –
dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah.
3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan
kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk
memajukan kawasan setempat.
4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian,
kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup
Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan
semangat kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat
manusia kerana muafakat,
Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran SukanAnt) 46
Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri
tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan
politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas.
1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali
diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan
bertaaf dunia.
2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk
menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan,
membeli belah.
3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat
diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi
idea, pendapat untuk kebaikan.
Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran
dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu
meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan negara lain.
3. Menulis Perenggan Pendahuluan
47
Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi
sesuatu karangan.
 Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan
pertama melalui penulisan pendahuluan.
 Pendahuluan yang menarik akan berjaya
menambat hati pemeriksa.
 Pendahuluan yang hambar pula akan
mematikan minat pemeriksa.
 Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar
tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
Contoh Pendahuluan: (isu negatif)
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu
…… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-
warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
48
Contoh Pendahuluan:
Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca
kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang
di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media
elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat
diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan
dalam kalangan ahli politik. Persoalannya,
mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal
ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak
yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus)
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
49
Contoh Isu - negatif
 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.
 Punca-Punca Pembuangan Bayi.
 Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.
 Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
 Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.
 Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.
 Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.
 Punca-punca Masalah Sosial Remaja.
 Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
 Punca-punca pelajar ponteng sekolah.
50
Contoh Pendahuluan: (isu positif)
Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu ……
kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja
menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat
perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat.
Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada
kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan
menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan
pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat
bak sirih dan serumpun bak serai. Ini
menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita
memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan
dalam huraian berikutnya.
51
Contoh Isu: (positif) 52
 Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan
Negara.
 Industri Makanan Tradisional Penting untuk
Negara.
 Amalan Gaya Hidup Sihat
 Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga
Bahagia.
 Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan
Remaja.
 Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya
Membaca dalam Kalangan Pelajar
 Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan
Sektor Pertanian.
Contoh Pendahuluan Umum:
 Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program
Angkasawan Negara.
Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah
terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut
ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama
dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah
berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
(ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti
kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing
dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak
Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi
pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat
tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.
53
 Lihat grafik di bawah
dengan teliti.
Huraikan faedah-
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
patah perkataan.
Meningkatkan ekonomi negara
Menanam semangat patriotik
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Bengkel Membina Pendahuluan
54
Dalam era pasca kemerdekaan ini, halwa
telinga dan mata kita sering dihidangkan
dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan
untuk menggalakkan lebih ramai rakyat untuk
melancong dalam negara. Negara kita juga
kaya dengan pelbagai tempat menarik yang
boleh dikunjungi seperti Jambatan Pulau
Pinang, Pulau Langkawi dan negeri Melaka. Kita
melancong untuk melihat keindahan alam
semula jadi, tempat bersejarah, mercu tanda,
kawasan tanah tinggi dan sebagainya.
Persoalannya, apakah faedah melancong dalam
negara sendiri? Persoalan inilah yang akan saya
huraikan dalam huraian berikutnya.
Contoh Pendahuluan:
55
4. Menulis Perenggan Isi
56
 Karangan berpandu – dicadangkan supaya
menulis 3 @ 4 perengan isi.
 Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.
 Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama,
ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.
 Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai
kesinambungan antara satu dengan yang lain.
 Kesinambungan dan pertautan perenggan juga
sangat penting untuk menghasilkan karangan
yang baik.
 1 isi hanya untuk 1 perenggan.
CONTOH HURAIAN ISI
Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.
 …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya.
Undang-undang digubal dan dipinda untuk
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan
ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan
juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang
yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan
had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak
menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa
malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan
pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga
keselamatan di jalan raya.
57
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah Penganjuran Sukan BertarafAntarabangsa.
Antara faedah yang diperoleh dalam
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat
memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut
peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang
kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga
tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia
tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia
sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan
negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam
penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita
menonjol dalam penganjuran sukan permotoran
Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan
penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini, negara
kita dikenali di seluruh rantau dunia..
58
CONTOH HURAIAN ISI
Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti.
Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin
pelajar yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan
tanggungjawab yang terpikul di bahunya dengan baik dan
sempurna. Pimpinan yang berkualiti menyebabkan mereka
akan disanjung tinggi oleh para pelajar dan secara tidak
langsung pelajar akan akur dengan arahan yang
disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan tuah
yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin
pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam
menjalankan tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup
berkorban dan selalu berbincang untuk membuat
keputusan. Ternyatalah bahawa, pemimpin yang berkualiti
ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
59
CONTOH HURAIAN ISI
Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan.
Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk
semangat kejiranan adalah dengan mengadakan
amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi
adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama
kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu
sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan
melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu
dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur
dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat
dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan,
kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa
amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat
kejiranan.
60
Ungkapan Menarik
Dalam Karangan
Ceramah Bahasa Melayu 2016Ungkapan
Menarik Karangan.pptx
61
 Lihat grafik di bawah
dengan teliti.
Huraikan faedah-
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
patah perkataan.
Meningkatkan ekonomi negara
Menanam semangat patriotik
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Bengkel Menulis Isi
62
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Antara faedah melancong dalam negara ialah
dapat meningkatkan ekonomi negara. (bagaimana)
Apabila kita pergi melancong, kita akan
mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar kos
menggunakan prasarana dan infrastrukur yang
disediakan. Ini secara tidak langsung dapat
membantu perkembangan industri pelancongan dan
seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Contoh
perbelanjaan yang selalu dikeluarkan ialah untuk
penginapan, pengangkutan, dan membeli-belah. Ini
membuktikan bahawa melancong dalam negara
dapat meningkatkan ekonomi negara.
63
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Selain itu, faedah melancong dalam negara dapat
menanamkan semangat patriotik iaitu cinta pada
negara. (bagaimana) Sekiranya kita mengunjungi
tempat-tempat bersejarah, kita akan mengetahui
sejarah sesuatu tempat dan secara tidak langsung akan
menanamkan perasaan cinta akan negara . Pepatah
Melayu ada menyatakan, tak kenal maka tak cinta.
Antara tempat bersejarah di negara kita ialah Kota A
Famosa, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abd
Samad dan sebagainya. Ternyatalah, dengan
melancong dalam negara dapat menanamkan
semangat patriotik dalam diri kita.
64
CONTOH HURAIAN ISI
Faedah-faedah Melancong dalam Negara.
Faedah yang diperoleh apabila kita melancong dalam
negara ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
(bagaimana) Apabila kita melancong dalam negara,
perbelanjaannya adalah lebih murah. Oleh itu, lebih ramai
ahli keluarga dapat turut serta dalam program itu. Selain
itu, kita juga boleh singgah atau bermalam di rumah sanak
saudara di tempat kita melancong. Ini secara tidak
langsung dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan,
memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara dan
menjalinkan semula hubungan yang mungkin sudah lama
terpisah. Ahli bijak pandai Melayu ada menyatakan, yang
jauh didekatkan dan yang dekat dimesrakan. Ternyatalah
bahawa melancong dalam negara dapat merapatkan
hubungan kekeluargaan.
65
5. Menulis Perenggan Penutup
 Karangan yang cemerlang haruslah
mempunyai penutup yang matang.
 Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan
akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan
atau kesimpulan terhadap isu yang
dibincangkan.
 Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti
supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan
penegasan terhadap isu dapat dikemukakan
dengan berkesan.
 Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
66
Contoh Penutup: (Negatif)
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas,
ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan
penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang
disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
67
Contoh Penutup: (positif)
Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas,
ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik
kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah
bersikap rasional dan positif dalam membincangkan
isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk
memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah
yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah
Melayu ada menyatakan bulat air kerana
pembetong, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini
dan secara tidak langsung dapat melahirkan
masyarakat yang berfikiran matang untuk terus
membangunkan negara.
68
Contoh Penutup:
Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup
bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini.
Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita
perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat
membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat
kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini
hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup
membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap
mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari
bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat
merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang
berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana
muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan
bermasyarakat.
69
Contoh Penutup:
Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya
dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna.
Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan
kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu
sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi
sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita.
Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak
mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita.
Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu
adalah lebih baik daripada mengubati demi
melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
70
 Lihat grafik di bawah
dengan teliti.
Huraikan faedah -
faedah melancong
dalam negara.
Panjangnya huraian
hendaklah antara
200 hingga 250
patah perkataan.
Meningkatkan ekonomi
negara
Menanam semangat patriotik
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Bengkel Menulis Penutup
71
Alam sekitar yang bersih merupakan idaman semua insan.
Penanaman pokok merupakan salah satu daripada langkah untuk
memelihara alam sekitar. Pokok yang ditanam boleh
membekalkan oksigen kepada manusia dan karbon dioksida yang
dihembus oleh manusia akan diserap oleh pokok. Penanaman
pokok juga boleh mencantikkan pemandangan, memberi sumber
pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan. Justeru itu, lebih
banyak pokok yang kita tanam, maka alam dipersekitaran kita
akan menjadi lebih nyaman dan segar. Pelbagai pokok boleh
ditanam di persekitaran kita seperti pokok buah-buahan, pokok
bunga dan tanaman sayur. Jelaslah kepada kita bahawa
penanaman pokok adalah antara langkah untuk menjaga alam
sekitar.
Menggalakkan
Tanaman Hijau -
Pencemaran Udara
Selain itu, menjaga
kebersihan sungai juga merupakan
langkah-langkah untuk memelihara
alam sekitar. Sikap masyarakat yang
suka membuang sampah sarap atau
sisa buangan ke dalam sungai haruslah
diubah. Pelbagai kempen telah, sedang
dan akan dilaksanakan oleh pelbagai
agensi kerajaan untuk memastikan
sungai sentiasa bersih dan ceria.
Slogan ‘Sayangi Sungai Kita’ sudah
acapkali kedengaran dan dipaparkan
dalam media massa. Sungai yang
bersih membolehkan kita memperoleh
sumber air yang bersih, menjadikan
sungai sebagai kawasan pelancongan
dan berupaya untuk menjadi tempat
rekreasi. Sehubungan dengan itu,
sewajarnya kita menyahut Kempen
Cintai Sungai kita sebagai langkah
untuk memelihara alam sekitar.
Menjaga Kebersihan
Sungai -Pencemaran
air
Langkah memelihara alam
sekitar yang seterusnya ialah
mengamalkan amalan kitar semula.
Amalan kitar semula ini telah lama
dilaksanakan di negara kita, namun
sambutan yang diberikan oleh
masyarakat masih lagi dingin. Amalan
kitar semula bukan sahaja dapat
menjaga alam sekitar malah boleh
mendatangkan pendapatan kepada
masyarakat. Barangan yang telah kita
guna perlulah diasingkan mengikut
jenisnya seperti kertas, plastik dan
kaca. Dengan pengasingan ini,
barangan tersebut boleh dijual atau
diguna semula dan secara tidak
langsung boleh mengurangkan masalah
pelupusan sampah yang sering
menjejaskan alam sekitar. Terbuktilah,
amalan kita semula dapat memelihara
alam sekitar.
Mengamalkan
Kitar Semula -
Pencemaran
darat
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
SPM
Bahasa Melayu
KARANGAN
UMUM
76
Kome bace,
kome dapat
77
MAKSUD AL QURAN
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
sendiri mengubah apa yang ada pada diri
mereka”
(Surah ar-Ra’d ayat 11)
78
BENTUK KARANGAN
Berformat Umum
79
BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
Pembahagian soalan :
1. Dimensi diri/individu/remaja.
2. Dimensi keluarga
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/
negara.
4. Dimensi Serantau/Global/
Antarabangsa
5. Dimensi Komsas
80
BAHAGIAN B :
KARANGAN UMUM
Keperluan SPM
1. 5 soalan dikemukakan dan
pilih 1 soalan sahaja
2. Panjangnya perlu melebihi 350
patah kata
3. Masa yang dicadangkan 1 jam
30 minit
4. 100 markah
81
1.Surat Kiriman
2.Laporan
3.Rencana
4.Berita
5.Wawancara
6.Ulasan
7.Perbahasan
8.Ceramah
1.Keperihalan
2.Cereka
3.Fakta
4.Perbincangan
5.Bahas
6 Komsas
82
SKEMA PEMARKAHAN
83
Ø (a) Takrif
Ø (b) Isi / Fikiran
Ø (c) Bahasa
Ø (d)Pengolahan / Penyampaian /
Pemerengganan
KRITERIA PENSKORAN
84
 Cemerlang : 80-100
 Kepujian : 66-79
 Baik : 51-65
 Memuaskan : 36-50
 Kurang memuaskan : 21-35
 Pencapaian minimum : 01-20
Markah kurang Daripada 350
85
Baik bawah : 51 - 65
Memuaskan : 36 - 50
Kurang memuaskan : 21 - 35
Tidak memuaskan : 0 - 20
Bengkel Memahami Kehendak Soalan
86
 Dimensi Diri / Individu.
 Anda seorang pelajar cemerlang Sijil
Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan.
Pihak sekolah telah mengundang anda untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Langkah-langkah Menjadi Pelajar
Cemerlang”.
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan
87
Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.
 Teknologi siber kini semakin maju. Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam
mengawal kecenderungan anak-anak
melayari internet.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan
peranan ibu bapa dalam mendidik anak-
anak memanfaatkan internet pada masa ini.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan
88
Dimensi masyarakat / negara .
 Siswazah pada hari ini kurang berminat
menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil
inisiatif untuk menarik minat para siswazah
menceburkan diri dalam bidang tersebut.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh
pihak – pihak berkenaan.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan
89
 Dimensi Serantau / Global /
antarabangsa
Kecenderungan negara-negara luar untuk
campur tangan dalam masalah sesebuah
negara berpunca daripada pelbagai faktor.
Huraikan faktor-faktor tersebut.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan
90
Dimensi KOMSAS.
 Anda begitu teruja untuk menyertai
pertandingan menulis cerpen anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk
cerpen berdasarkan peribahasa “Kerana
Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”
Tulis cerpen itu selengkapnya.
Menulis Pendahuluan
91
 Jenis-jenis Pendahuluan.
 Berbentuk Soalan/Persoalan.
 Berbentuk Definisi
 Berbentuk fakta
 Bentuk sejarah.
 Bentuk suasana
 Bentuk peribahasa
 Bentuk puisi
 Bentuk gabungan
 Petikan tokoh
Pendahuluan Definisi
(Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram)
Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau
usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar,
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya.
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu
pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan
sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi
undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan
dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan
harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan
secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan
hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu,
langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung
kegiatan ini.
92
Pendahuluan Persoalan.
( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga )
Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak.
Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang
merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda
negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging”
Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah
tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus
dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai
kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang
telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan
penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah
rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit
sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus
dijadikan renungan dan perbincangan kita..
93
Pendahuluan Fakta
(Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah)
Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadi-
jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung.
Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat
dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini
sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak
sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan
pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani
isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih
parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan
insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala
ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya.
94
Pendahuluan Peribahasa.
(Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca)
Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang
mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang
tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang
lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”.
Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud
seseorang yang lupa akan jasa orang yang
menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh
itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita.
Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima
kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan
orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan
prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak
akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di
akhirat.
95
Pendahuluan Sejarah.
(Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu)
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang
tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’
sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada
bahasa Inggeris yang hanya bermula pada
pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa
Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa
Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak
merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka,
bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang
termaktub dalam perlembagaan.
96
Pendahuluan Gabungan
Boleh juga menggunakan pendahuluan
gabungan seperti;
 Definisi sesuatu persoalan
 Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.
 Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan
umum.
 Pendapat peribadi berkenaan tajuk
karangan.
97
Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme
‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap
Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam
Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara
tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak
belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa
dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah
lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini,
kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya.
Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah
pembangunan dan kemajuan negara terpaksa
mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang
harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada
semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak
semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila
suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru
tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
98
Pendahuluan Suasana.
(Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar)
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan
seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh
pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa
melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam
Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil
tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui
ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah
berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu
disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut,
gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera.
Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut
sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin
sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah
menangani dapat diambil tindakan segera
99
100
101
102
Gabungan:
( Cara-cara Memperkasakan Integrasi Nasional)
Sebagai rakyat sebuah negara yang rakyatnya berbilang
kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal
integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir
setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih
menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila
kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam
suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah
berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat
segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum
sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke
sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus
terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan
Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi
memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat
Malaysia perlu diperteguhkan.
3 JENIS MANUSIA
ORANG YANG HARI INI
LEBIH BAIK DARI SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
SAMA MACAM SEMALAM
ORANG YANG HARI INI
LEBIH TERUK DARI SEMALAM
103
‘KECEMERLANGAN,
KESEDERHANAAN ATAU
KEGAGALAN ADALAH PILIHAN
SENDIRI’
104
Rehatkan Minda
Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa
kita kena buat apa yang orang lain buat
105

More Related Content

What's hot

(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)SAHARUDDIN ABDULLAH
 
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Jamuna Selladurai
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan Andriyanto
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdffaizah12
 
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya Bangsa
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya BangsaPendidikan Nasional dan Penguatan Budaya Bangsa
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya BangsaDadang Solihin
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaMusdalifah yusuf
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasangunavathy
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Mariana Lopez
 
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaEssay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaKhoerul Anwar Abdulloh
 
bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)YASMINE HASLAN
 

What's hot (17)

(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
 
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Cogankata
CogankataCogankata
Cogankata
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdf
 
Paper3 sej 2
Paper3 sej 2Paper3 sej 2
Paper3 sej 2
 
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya Bangsa
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya BangsaPendidikan Nasional dan Penguatan Budaya Bangsa
Pendidikan Nasional dan Penguatan Budaya Bangsa
 
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
 
50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan50 jawapan ulasan
50 jawapan ulasan
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3
 
Ucapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 MajalahUcapan Kppm 2009 Majalah
Ucapan Kppm 2009 Majalah
 
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM ParadigmaEssay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
Essay Nasional, Lomba Essay LPM Paradigma
 
bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)bab 7(pengajian malaysia)
bab 7(pengajian malaysia)
 

Similar to Memupuk Semangat Kejiranan

Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdf
Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdfBuku Teks BM SJK Tahun 6.pdf
Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdfMacSilva3
 
PRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxPRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxKUSTILAKUSTILA
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)muhammadakbarzahidi
 
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptxStrategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptxSyahripal1
 
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffff
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffffBahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffff
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffffEmmanuelraj22
 
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJBTaklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJBNoraini Siis
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxLaOdeSafiruddin
 
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxEstyRokhyani1
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxSupediSartono
 
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdfrefleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdfAgus Saepulloh
 
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdfsyahrial16
 
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptxSosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptxJejeSilalahi
 

Similar to Memupuk Semangat Kejiranan (20)

1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1
 
Pecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksjPecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksj
 
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPMTeknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdf
Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdfBuku Teks BM SJK Tahun 6.pdf
Buku Teks BM SJK Tahun 6.pdf
 
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015 B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
 
Seminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRSSeminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRS
 
PRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptxPRESENTASI P5 (1).pptx
PRESENTASI P5 (1).pptx
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgk tawau (pedagogi abad 21)
 
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptxStrategi Berbagi Praktik Baik .pptx
Strategi Berbagi Praktik Baik .pptx
 
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffff
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffffBahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffff
Bahasa Melayu Tingkatan 1.pdffffffffffffffffffffffffffffff
 
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJBTaklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdfrefleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
 
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
1. PPT - Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pdf
 
Aplikasi ICT dlm P&P Ugama
Aplikasi ICT dlm P&P UgamaAplikasi ICT dlm P&P Ugama
Aplikasi ICT dlm P&P Ugama
 
bm.pdf
bm.pdfbm.pdf
bm.pdf
 
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptxSosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
 

More from SAHARUDDIN ABDULLAH

More from SAHARUDDIN ABDULLAH (7)

2 teknik menjawab kertas 2
2 teknik menjawab  kertas 22 teknik menjawab  kertas 2
2 teknik menjawab kertas 2
 
Ungkapan menarik karangan
Ungkapan menarik karanganUngkapan menarik karangan
Ungkapan menarik karangan
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
Panduan menanda karangan
Panduan menanda karanganPanduan menanda karangan
Panduan menanda karangan
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 

Memupuk Semangat Kejiranan

  • 1. Perkongsian Ilmu Program PTRS Dewan Serbaguna Meru, Klang, Selangor 08 OKT 2017 (Ahad) 1 PECUTAN AKHIR SPM BAHASA MELAYU
  • 3. 3
  • 4. 4
  • 5. Wahai anakku ;  Pinjamkan seketika telinga dan matamu – untuk melihat dan mendengar bicara saya hari ini  Pinjamkan hatimu untuk berada dalam majlis ini.  Pinjamkan akal dan mindamu untuk memastikan ilmu melekat dalam dirimu 5
  • 6. Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. saharuddinabdullah81@yahoo.com Saharuddin-abdullah.blogspot.com www.slideshare.net/ckgdin Ckgsaha@twiter 6 TEKNIK MENJAWAB Bahasa Melayu SPM 2017
  • 7.  Berasal dari Temerloh, Pahang. Pendidikan :  IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992  UPM – PBMP 1997 – 2000. Perkhidmatan :  SK Kuala Krau ;1992 – 1997  SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001  SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2017 Anugerah KPM :  1996, 2004, 2013 (APC)  2008 (GC), 2017 (IK)  Tak Kenal Maka Tak Cinta. 7
  • 9. 9
  • 10. 10 Ceramah Bahasa Melayu 2016UST AKHWAN AFANDI - HASRAT -lirik - l OFFICIAL VIDEO KLIP -( Full Video Clip ).flv
  • 11. Menjulang Kejayaan Soalan KBAT Apa yang boleh diperkatakan ?11
  • 12. Anda Perlu Tahu Pelajar Cemerlang :  Kertas 1.(130 markah) 100 (130) / 280 = 36 markah  Kertas 2. (110 markah) 90 (110)/ 280 = 32 markah  Kertas 3. (40 markah) 40 (40) / 280 = 14 markah  Jumlah 82 markah : ( Gred A ) 12
  • 13. 13
  • 14. Memecah Kebekuan Minda  Pilih nombor dan kombinasi warna yang anda suka,  Mengapa anda suka nombor dan warna itu?  Semoga nombor dan warna anda memberi sejuta makna dalam hidup anda. HELAIAN 14
  • 15. Memecah Kebekuan Minda Semoga nombor dan warna anda memberi inspirasi untuk anda 15
  • 17. GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM KEPERLUAN KERTAS 1 1103/1 Bentuk Soalan Jenis Item Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan Karangan Umum Tempoh Ujian 2 jam 15 minit 17
  • 18. Bilangan Soalan yang Dikemukakan 18 a. Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja
  • 19. 30 100 JUMLAH MARKAH : 130 Markah Bahagian A : Bahagian B : 19
  • 20. Skrip Contoh Karangan Terbaik Ceramah Bahasa Melayu 2016Contoh Karangan Terbaik.pptx 20
  • 21. FORMAT SOALAN Panjang Karangan Antara 200 hingga 250 patah perkataan Bahagian A Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan Masa yang dicadangkan ialah 45 minit 21
  • 22. Bentuk Soalan a) Gambar foto / Ilustrasi b) Ilustrasi kartun c) Pelan / Peta d) Iklan e) Petikan f) Gambar Rajah g) Dialog / Catatan 22
  • 24. Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:- a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul 24
  • 25. PERINGATAN !!! Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran 25
  • 26. 1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan 26 Baca arahan dengan jelas dan teliti.  Kenal pasti isu dan fokus soalan.  Pastikan kehendak soalan, sama ada hanya SATU bahagian atau DUA bahagian.  Mulai 2016, soalan berbentuk DUA bahagian (KBAT) telah diperkenalkan oleh LPM.  Ramai calon gagal menjawab mengikut kehendak soalan yang diberi.
  • 27. CONTOH SOALAN 27 Huraikan pendapat anda tentang langkah- langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Pematuhan undang-undang jalan raya.  Penyelenggaraan kenderaan.  Penguatkuasaan undang-undang. Isu dan Fokus
  • 28. CONTOH SOALAN 28 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Mewartakan kawasan pelancongan baharu.  Meningkatkan prasarana  Mempromosikan produk pelancongan Isu dan Fokus
  • 29. CONTOH SOALAN RANGSANGAN 29 pendapat anda tentang ciri-ciri sebuah pusat sumber sekolah yang baik. (TRENGGANU)  Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.  Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.  Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di pusat sumber. Isu dan Fokus
  • 30. CONTOH SOALAN RANGSANGAN 30 Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sebuah pusat sumber sekolah yang baik. (TRENGGANU)  Lokasi yang strategik dan suasana kondusif.  Mengadakan pelbagai kemudahan dan aktiviti.  Menghebahkan kemudahan dan perkhidmatan di pusat sumber.
  • 31. CONTOH SOALAN RANGSANGAN 31  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (KEDAH )  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (KEDAH) Menjalankan aktiviti gotong royong.  Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung.  Mengadakan majlis rumah terbuka.
  • 32. CONTOH SOALAN RANGSANGAN 32 Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia. (MRSM)  Mengukuhkan institusi keluarga.  Melahirkan anak-anak berjaya.  Membentuk sikap positif.
  • 33. CONTOH SOALAN RANGSANGAN 33 Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki keluarga bahagia. (MRSM)  Mengukuhkan institusi keluarga.  Melahirkan anak-anak berjaya.  Membentuk sikap positif.
  • 34. SOALAN PERCUBAAN 34 Huraikan ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti Mempunyai sahsiah yang terpuji.  Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.  Menjadi contoh dan teladan.
  • 35. Dimensi Masyarakat / Negara Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat bandar. Hal ini disebabkan tuntutan kehidupan di bandar yang semakin tinggi. Bincangkan fenomena tersebut dan langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
  • 36. Dimensi Masyarakat / Negara Semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat bandar. Hal ini disebabkan tuntutan kehidupan di bandar yang semakin tinggi. Bincangkan fenomena tersebut dan langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
  • 37. Bengkel Membina Rangka Karangan 37 Huraikan pendapat anda tentang kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan.  Dapat berkongsi pendapat.  Memudahkan urusan perniagaan.  Memperoleh pelbagai maklumat.
  • 38. Dimensi Diri/Individu/Remaja Terdapat sebilangan murid, ibu bapa masyarakat hanya mementingkan pencapaian akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk menyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.
  • 39. Dimensi Keluarga/Ibu Bapa Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.
  • 40. Dimensi Masyarakat/Negara Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu golongan ini.
  • 41. Dimensi Diri/Individu/Remaja Pada era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.
  • 42. Dimensi KOMSAS Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda.
  • 43. 2. Membina rangka karangan…mengapa ? 43  Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan.  Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang.  Mengelak isi sama daripada berulang.  Mengelakkan daripada terputus idea.  Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan.  Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi penting dan penutup.
  • 44. Rangka Karangan (Ciri Remaja Memilik Jati Diri Yang Kukuh) 44 Pendahuluan – Jati diri sangat penting dalam membina kehidupan yang cemerlang – Jati diri dapat menangkis gejala negatif yang cuba merosakkan kehidupan – peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 1)Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang – Intelek boleh mencorak tamadun bangsa dan membina kehidupan yang lebih baik. 2)Mempunyai kesihatan mental dan fizikal yang sempurna – membolehkan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan remaja negara maju – amalan gaya hidup sihat. 3)Memiliki etika dan personality yang luhur – suntikan agama dan nilai moral yang luhur sejak kecil – melakukan kerja amal supaya disanjung oleh masyarakat. 4)Kreatif dan inovatif untuk memacu kecemerlangan negara – menggunakan minda - berani mencuba dan mencipta sesuatu yang baharu – mempelajari bidang TMK sesuai dengan situasi semasa. Penutup – Remaja harus memandang jauh ke hadapan – mengelakkan diri daripada terlibat dalam permasalahan sosial yang boleh memusnahkan masa depan negara – bersatu hati dan seia sekata membangunkan negara.
  • 45. Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) 45 Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup. 1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti. 2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah. 3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat. 4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri kahwin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,
  • 46. Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran SukanAnt) 46 Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas. 1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia. 2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah. 3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan. Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.
  • 47. 3. Menulis Perenggan Pendahuluan 47 Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan.  Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan.  Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.  Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa.  Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
  • 48. Contoh Pendahuluan: (isu negatif) Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung- warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 48
  • 49. Contoh Pendahuluan: Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 49
  • 50. Contoh Isu - negatif  Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.  Punca-Punca Pembuangan Bayi.  Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.  Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.  Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.  Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.  Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.  Punca-punca Masalah Sosial Remaja.  Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar  Punca-punca pelajar ponteng sekolah. 50
  • 51. Contoh Pendahuluan: (isu positif) Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan isu ini kepada kita? Kita sewajarnya ambil cakna terhadap isu ini dan menggabungkan usaha untuk turut serta memberikan pendapat. Pepatah Melayu ada menyatakan seikat bak sirih dan serumpun bak serai. Ini menggambarkan perlunya kesepaduan idea untuk kita memikirkannya. . …(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya. 51
  • 52. Contoh Isu: (positif) 52  Kepentingan Pendidikan kepada Rakyat dan Negara.  Industri Makanan Tradisional Penting untuk Negara.  Amalan Gaya Hidup Sihat  Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Keluarga Bahagia.  Kebaikan Amalan Menabung dalam Kalangan Remaja.  Langkah-langkah untuk Memupuk Budaya Membaca dalam Kalangan Pelajar  Peranan Pihak Berkuasa untuk Memajukan Sektor Pertanian.
  • 53. Contoh Pendahuluan Umum:  Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program Angkasawan Negara. Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia. 53
  • 54.  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah- faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Meningkatkan ekonomi negara Menanam semangat patriotik Merapatkan hubungan kekeluargaan Bengkel Membina Pendahuluan 54
  • 55. Dalam era pasca kemerdekaan ini, halwa telinga dan mata kita sering dihidangkan dengan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat untuk melancong dalam negara. Negara kita juga kaya dengan pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Jambatan Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan negeri Melaka. Kita melancong untuk melihat keindahan alam semula jadi, tempat bersejarah, mercu tanda, kawasan tanah tinggi dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah melancong dalam negara sendiri? Persoalan inilah yang akan saya huraikan dalam huraian berikutnya. Contoh Pendahuluan: 55
  • 56. 4. Menulis Perenggan Isi 56  Karangan berpandu – dicadangkan supaya menulis 3 @ 4 perengan isi.  Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.  Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.  Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain.  Kesinambungan dan pertautan perenggan juga sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik.  1 isi hanya untuk 1 perenggan.
  • 57. CONTOH HURAIAN ISI Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.  …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya. 57
  • 58. CONTOH HURAIAN ISI Faedah Penganjuran Sukan BertarafAntarabangsa. Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ini, negara kita dikenali di seluruh rantau dunia.. 58
  • 59. CONTOH HURAIAN ISI Ciri-ciri Pemimpin Pelajar yang Berkualiti. Selain itu, ciri-ciri pemimpin pelajar yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Pemimpin pelajar yang berkualiti akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahunya dengan baik dan sempurna. Pimpinan yang berkualiti menyebabkan mereka akan disanjung tinggi oleh para pelajar dan secara tidak langsung pelajar akan akur dengan arahan yang disampaikan. Peribahasa Melayu ada menyatakan tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. Contoh pemimpin pelajar yang bertanggungjawab ialah adil dalam menjalankan tugas, tidak bersifat perkauman, sanggup berkorban dan selalu berbincang untuk membuat keputusan. Ternyatalah bahawa, pemimpin yang berkualiti ialah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. 59
  • 60. CONTOH HURAIAN ISI Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan. Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan. 60
  • 61. Ungkapan Menarik Dalam Karangan Ceramah Bahasa Melayu 2016Ungkapan Menarik Karangan.pptx 61
  • 62.  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah- faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Meningkatkan ekonomi negara Menanam semangat patriotik Merapatkan hubungan kekeluargaan Bengkel Menulis Isi 62
  • 63. CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara. Antara faedah melancong dalam negara ialah dapat meningkatkan ekonomi negara. (bagaimana) Apabila kita pergi melancong, kita akan mengeluarkan perbelanjaan untuk membayar kos menggunakan prasarana dan infrastrukur yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan industri pelancongan dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Contoh perbelanjaan yang selalu dikeluarkan ialah untuk penginapan, pengangkutan, dan membeli-belah. Ini membuktikan bahawa melancong dalam negara dapat meningkatkan ekonomi negara. 63
  • 64. CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara. Selain itu, faedah melancong dalam negara dapat menanamkan semangat patriotik iaitu cinta pada negara. (bagaimana) Sekiranya kita mengunjungi tempat-tempat bersejarah, kita akan mengetahui sejarah sesuatu tempat dan secara tidak langsung akan menanamkan perasaan cinta akan negara . Pepatah Melayu ada menyatakan, tak kenal maka tak cinta. Antara tempat bersejarah di negara kita ialah Kota A Famosa, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abd Samad dan sebagainya. Ternyatalah, dengan melancong dalam negara dapat menanamkan semangat patriotik dalam diri kita. 64
  • 65. CONTOH HURAIAN ISI Faedah-faedah Melancong dalam Negara. Faedah yang diperoleh apabila kita melancong dalam negara ialah dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. (bagaimana) Apabila kita melancong dalam negara, perbelanjaannya adalah lebih murah. Oleh itu, lebih ramai ahli keluarga dapat turut serta dalam program itu. Selain itu, kita juga boleh singgah atau bermalam di rumah sanak saudara di tempat kita melancong. Ini secara tidak langsung dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan, memperkenalkan anak-anak dengan saudara mara dan menjalinkan semula hubungan yang mungkin sudah lama terpisah. Ahli bijak pandai Melayu ada menyatakan, yang jauh didekatkan dan yang dekat dimesrakan. Ternyatalah bahawa melancong dalam negara dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. 65
  • 66. 5. Menulis Perenggan Penutup  Karangan yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang.  Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.  Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan.  Jangan masukan isi baharu dalam penutup. 66
  • 67. Contoh Penutup: (Negatif) Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 67
  • 68. Contoh Penutup: (positif) Daripada huraian yang telah saya jelaskan di atas, ternyatalah isu …. memberikan natijah yang baik kepada diri kita dan juga masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan positif dalam membincangkan isu ini. Jika kita dapat menyatukan idea untuk memberi pendapat dalam isu ini, saya yakin natijah yang baik dapat kita nikmati bersama. Pepatah Melayu ada menyatakan bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Semoga kita akan terus menyokong isu …..… ini dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran matang untuk terus membangunkan negara. 68
  • 69. Contoh Penutup: Konklusinya, kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat. 69
  • 70. Contoh Penutup: Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera. 70
  • 71.  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah - faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Meningkatkan ekonomi negara Menanam semangat patriotik Merapatkan hubungan kekeluargaan Bengkel Menulis Penutup 71
  • 72.
  • 73. Alam sekitar yang bersih merupakan idaman semua insan. Penanaman pokok merupakan salah satu daripada langkah untuk memelihara alam sekitar. Pokok yang ditanam boleh membekalkan oksigen kepada manusia dan karbon dioksida yang dihembus oleh manusia akan diserap oleh pokok. Penanaman pokok juga boleh mencantikkan pemandangan, memberi sumber pendapatan dan menjimatkan perbelanjaan. Justeru itu, lebih banyak pokok yang kita tanam, maka alam dipersekitaran kita akan menjadi lebih nyaman dan segar. Pelbagai pokok boleh ditanam di persekitaran kita seperti pokok buah-buahan, pokok bunga dan tanaman sayur. Jelaslah kepada kita bahawa penanaman pokok adalah antara langkah untuk menjaga alam sekitar. Menggalakkan Tanaman Hijau - Pencemaran Udara
  • 74. Selain itu, menjaga kebersihan sungai juga merupakan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap atau sisa buangan ke dalam sungai haruslah diubah. Pelbagai kempen telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk memastikan sungai sentiasa bersih dan ceria. Slogan ‘Sayangi Sungai Kita’ sudah acapkali kedengaran dan dipaparkan dalam media massa. Sungai yang bersih membolehkan kita memperoleh sumber air yang bersih, menjadikan sungai sebagai kawasan pelancongan dan berupaya untuk menjadi tempat rekreasi. Sehubungan dengan itu, sewajarnya kita menyahut Kempen Cintai Sungai kita sebagai langkah untuk memelihara alam sekitar. Menjaga Kebersihan Sungai -Pencemaran air
  • 75. Langkah memelihara alam sekitar yang seterusnya ialah mengamalkan amalan kitar semula. Amalan kitar semula ini telah lama dilaksanakan di negara kita, namun sambutan yang diberikan oleh masyarakat masih lagi dingin. Amalan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar malah boleh mendatangkan pendapatan kepada masyarakat. Barangan yang telah kita guna perlulah diasingkan mengikut jenisnya seperti kertas, plastik dan kaca. Dengan pengasingan ini, barangan tersebut boleh dijual atau diguna semula dan secara tidak langsung boleh mengurangkan masalah pelupusan sampah yang sering menjejaskan alam sekitar. Terbuktilah, amalan kita semula dapat memelihara alam sekitar. Mengamalkan Kitar Semula - Pencemaran darat
  • 76. TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM Bahasa Melayu KARANGAN UMUM 76
  • 78. MAKSUD AL QURAN “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah ar-Ra’d ayat 11) 78
  • 80. BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM Pembahagian soalan : 1. Dimensi diri/individu/remaja. 2. Dimensi keluarga 3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ negara. 4. Dimensi Serantau/Global/ Antarabangsa 5. Dimensi Komsas 80
  • 81. BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM 1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja 2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata 3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit 4. 100 markah 81
  • 83. SKEMA PEMARKAHAN 83 Ø (a) Takrif Ø (b) Isi / Fikiran Ø (c) Bahasa Ø (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan
  • 84. KRITERIA PENSKORAN 84  Cemerlang : 80-100  Kepujian : 66-79  Baik : 51-65  Memuaskan : 36-50  Kurang memuaskan : 21-35  Pencapaian minimum : 01-20
  • 85. Markah kurang Daripada 350 85 Baik bawah : 51 - 65 Memuaskan : 36 - 50 Kurang memuaskan : 21 - 35 Tidak memuaskan : 0 - 20
  • 86. Bengkel Memahami Kehendak Soalan 86  Dimensi Diri / Individu.  Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
  • 87. Bengkel Memahami Kehendak Soalan 87 Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.  Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak- anak memanfaatkan internet pada masa ini.
  • 88. Bengkel Memahami Kehendak Soalan 88 Dimensi masyarakat / negara .  Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak – pihak berkenaan.
  • 89. Bengkel Memahami Kehendak Soalan 89  Dimensi Serantau / Global / antarabangsa Kecenderungan negara-negara luar untuk campur tangan dalam masalah sesebuah negara berpunca daripada pelbagai faktor. Huraikan faktor-faktor tersebut.
  • 90. Bengkel Memahami Kehendak Soalan 90 Dimensi KOMSAS.  Anda begitu teruja untuk menyertai pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Tulis cerpen itu selengkapnya.
  • 91. Menulis Pendahuluan 91  Jenis-jenis Pendahuluan.  Berbentuk Soalan/Persoalan.  Berbentuk Definisi  Berbentuk fakta  Bentuk sejarah.  Bentuk suasana  Bentuk peribahasa  Bentuk puisi  Bentuk gabungan  Petikan tokoh
  • 92. Pendahuluan Definisi (Langkah-langkah Mengatasi Pembalakan Haram) Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini. 92
  • 93. Pendahuluan Persoalan. ( Cara-cara mengatasi masalah keganasan rumah tangga ) Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini? Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.. 93
  • 94. Pendahuluan Fakta (Cara-cara Menangani Masalah Ponteng Sekolah) Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadi- jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya. 94
  • 95. Pendahuluan Peribahasa. (Unsur Budi Bahasa dalam cerpen yang anda baca) Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu, sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat. 95
  • 96. Pendahuluan Sejarah. (Usaha-usaha Memartabatkan Bahasa Melayu) Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan. 96
  • 97. Pendahuluan Gabungan Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;  Definisi sesuatu persoalan  Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.  Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan umum.  Pendapat peribadi berkenaan tajuk karangan. 97
  • 98. Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme ‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak belakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita. 98
  • 99. Pendahuluan Suasana. (Punca-punca Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar) Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, media masa melaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah menangani dapat diambil tindakan segera 99
  • 100. 100
  • 101. 101
  • 102. 102 Gabungan: ( Cara-cara Memperkasakan Integrasi Nasional) Sebagai rakyat sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguhkan.
  • 103. 3 JENIS MANUSIA ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM 103
  • 105. Rehatkan Minda Kalau kita nak rasa apa yang org lain rasa kita kena buat apa yang orang lain buat 105