SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK
MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya
kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan
bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai
azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap
perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang
akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon
Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan
guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus
operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika
guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika
seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan
cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah
mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha
untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar aktif dan terlibat dalam
setiap sesi soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan
agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu
kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia
mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu
bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru
kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan
perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham
topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa
memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi
pelajar yang berjaya dalam pelajaran.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya
dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu
belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan
tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini
demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para
pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan jadual
waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti
masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk
beriadah untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual
peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan
menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk
menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya
akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat
keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya
elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung
sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan
pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat
persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak
membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak
berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka
mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan
ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya
masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu
tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri
daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan
pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang
dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu bertanya guru
di pusat tuisyen berkaitan topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa
belajar di sekolah bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” ,
dan “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu
diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga
boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini membantu saya
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai
sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi.
Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di
pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan
latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya
dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya
untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya
dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan
kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak
wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan
tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak
memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan.
Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan
yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan
juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa
memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar
berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan
rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar
pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan
peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar
daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam
pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya
akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri
saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih
dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat
bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan
dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya
tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya.
Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk
mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di samping berdoa kepada Tuhan
agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah
berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu hanya akan menolong dan memberkati
hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang-
orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan
ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu
bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan
membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya
banyak buku latihan untuk saya sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran.
Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya
akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya
berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah
dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama
soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya
usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM
sebenar. Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam
format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan
tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripadabertanya topik yang sama saya pelajari.
Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya
saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang
terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan
semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu
bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di
samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan
belajar bersungguh-sungguh.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya
capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping
itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu
yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya ,
bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang
mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan
mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan
membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya
laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga
kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensidiri sendiri untuk
mencapai kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi
suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku
BOLEH!’
2.Jangan bersikap pesimistik.
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistikiaitu sentiasa putus harapan
danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat
anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang.
Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti
dalam tangan. Belum cubabelum tahu.
3. Kesedaranmemikul tanggungjawab.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk
memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan
agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan
datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan
datang bergantung padagenerasiremaja masa kini. Pelajar yang
cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari
hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut
tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada
pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main
sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang
suka bermain-maindalam kelas semasaguru mengajar adalah pelajar
yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’
pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti
mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar sepertimereka
sendiri.
5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan
menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan
penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaanawal akan
membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaanawal
ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan,
meminta nasihatguru, meneliti buku-buku modeljawapan dan
sebagainya lagi. Jangan jadi’bidan terjun’ ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sediauntuk menghadapi
sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak
sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak
kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah
pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila
masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok?
Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’Kalau anda peminat ‘The Rock’
anda akan berkata ‘Just bring it on..!’
7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar
yangmencukupi sepertibuku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis,
nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak
mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup
akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda
atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda
ingin basuh tanganselepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa
‘bengang’?
8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan
olehpihak sekolah sepertidatang ke sekolah dalam waktu yang
ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar
menjadi seorangyang berdisiplin.Apabila sikap disiplin telah tersemai
dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri
dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-
kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-
sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke
kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk
mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru
bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa
gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
Guruadalah sumberilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru
yangmemberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk
memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang
terkenal bernamaSocrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan
dengan cara bersoal- jawab’.
12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberipandangan dan pendapat
dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan
pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin
memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan
mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar.
13. Berbincang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan
tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam
kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi.
Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu
pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru
samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang
ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar
yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study
group)bersamarakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang
sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan
studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan
yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka
temberang.
16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan
perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk
dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan
adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat
sesuai untuk anda mentelaahpelajaran.
17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah
akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara
khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan
ruangan gossipatauartis.
18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai
untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita
dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti
‘Discovery’) dan beritasemasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri
(sendiri)sepertidibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan
sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan
ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan
yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaanyang
sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah sepertimasuk ke
klinik. Anda akan diberi tahutentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-
kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk
merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau
abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual
yang sesuai danefektif.Jadual ini mestilah dipatuhi.
21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang
diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan
yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang
yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman,
anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna.
23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membelibuku-buku rujukan yang sesuai. Ini
dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk
mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek
tertentu. Ingatpepatah Inggeris,“Don’t judge the bookby its cover.” Buku
yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang
lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk
menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran
bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli,sekurang-kurangnya
jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah
sumberilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda
masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau
anda masuk kekandang najis… (fikirlah sendiri)
26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagaiaktiviti sekolah secara aktif
dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang
sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak
yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab.
27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran
yanghebat yang sering cuba mengganggupenumpuan pelajar pada
pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara
cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang
berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan
kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara
yang kurang berfaedah.Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala
merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri.
28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan
mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh
fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau
mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam
kemalangan.
29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan
caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang
berzat.Kurangkan makanan ringan atau ‘junk-food’. Hindari makan di
gerai-geraiyang kotor atau membelikueh-kueh yang terdedah tanpa
ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan
kesihatan.
30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan
denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin
kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih
lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan
tubuh badan.
31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman
daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan
abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai modelatau
contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka
dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya
itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar
Islam,tunaikan sembahyang lima waktu sepertimana yang telah
disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan
amalan ibadat agama masing-masing.
33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoadan mengharapkan
pertolongandaripada Tuhan. Aspekkerohanian ini juga sama penting
dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa
jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan
menjadikankegagalan itu sebagaiiktibar dan panduan untuk lebih
berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagaipengukuh diri untuk
mencari kejayaan yang cemerlang.

More Related Content

What's hot

Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia alhalfeast
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Keymah Colonial
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Ramlah Mat
 
Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahRashidah Idris
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 Fasyah Tutor
 
Malas punca kegagalan
Malas punca kegagalanMalas punca kegagalan
Malas punca kegagalanLee Oi Wah
 
100 soalan Matematik Ting2
100 soalan Matematik Ting2100 soalan Matematik Ting2
100 soalan Matematik Ting2Roiamah Basri
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwanOng Chee Kiong
 
Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Sharifah Ali
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendirisarahzackiron
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduangoogle
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalizardiismail
 

What's hot (20)

Jadual ion kimia
Jadual ion kimia Jadual ion kimia
Jadual ion kimia
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 
Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5Tema nota buku teks t4 dan t5
Tema nota buku teks t4 dan t5
 
Cakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindahCakap ajuk cakap pindah
Cakap ajuk cakap pindah
 
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4 BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
BUKU TEKS SEJARAH KSSM TING. 4
 
Malas punca kegagalan
Malas punca kegagalanMalas punca kegagalan
Malas punca kegagalan
 
100 soalan Matematik Ting2
100 soalan Matematik Ting2100 soalan Matematik Ting2
100 soalan Matematik Ting2
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan8.1 sistem sokongan haiwan
8.1 sistem sokongan haiwan
 
Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007Esei spm sejarah 2007
Esei spm sejarah 2007
 
Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiri
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 

Similar to KECEMERLANGAN SPM

Similar to KECEMERLANGAN SPM (20)

Latihan rumusan spm
Latihan rumusan spmLatihan rumusan spm
Latihan rumusan spm
 
131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-b131759025 modul-bm-1-bhg-b
131759025 modul-bm-1-bhg-b
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Perancangan Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan
Perancangan Untuk  Berjaya Dalam PeperiksaanPerancangan Untuk  Berjaya Dalam Peperiksaan
Perancangan Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Refleksi bmm
Refleksi bmmRefleksi bmm
Refleksi bmm
 
Cara2 murid cemerlang
Cara2 murid cemerlangCara2 murid cemerlang
Cara2 murid cemerlang
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Refleksi akhlak
Refleksi akhlakRefleksi akhlak
Refleksi akhlak
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Ciri pel cmrlg
Ciri pel cmrlgCiri pel cmrlg
Ciri pel cmrlg
 
Ciri pel cmrlg
Ciri pel cmrlgCiri pel cmrlg
Ciri pel cmrlg
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
PROJEK AKHIR.pptx
PROJEK AKHIR.pptxPROJEK AKHIR.pptx
PROJEK AKHIR.pptx
 
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptxDiskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
 
Makalah kelompok4 mbs smester 1
Makalah kelompok4 mbs smester 1Makalah kelompok4 mbs smester 1
Makalah kelompok4 mbs smester 1
 
Makalah kelompok4 mbs smester 1 (1)
Makalah kelompok4 mbs smester 1 (1)Makalah kelompok4 mbs smester 1 (1)
Makalah kelompok4 mbs smester 1 (1)
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)B2 morfologi (membina ayat)
B2 morfologi (membina ayat)
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

KECEMERLANGAN SPM

  • 1. HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya kerana jika ada kemahuan di situ ada jalan. Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya mengganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, pelajar janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.” Oleh itu, saya sebagai seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan kerana kejayaan saya amat ditagih oleh kedua-dua ibu bapa saya dan guru-guru yang berhempas pulas menjajar saya. Persoalannya, apakah modus operandi dan perancangan dan persediaan awal yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti? Langkah pertama akan saya ambil ialah sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di dalam kelas. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar, sudah tentu sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “Lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.” Oleh sebab itu saya akan berusaha untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Bahkan juga saya akan cuba menjadi pelajar aktif dan terlibat dalam setiap sesi soal jawab sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru dijalankan agar saya faham apa sahaja yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malasyia mendapati bahawa kebanyakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.. Jika saya selalu bertanya dan menumpukan perhatian di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru, sudah pasti saya memahami topik yang diajar oleh guru kerana malu bertanya sesat jalan. Sebaliknya, jika saya tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, sudah pasti saya tidak akan faham topik yang diajar oleh guru dan saya akan rugi. Tegasnya, saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di kelas agar saya menjadi pelajar yang berjaya dalam pelajaran. Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik agar saya dapat belajar dengan konsisten. Oleh sebab itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar dengan jiwa saya dan saya akan pastikan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini
  • 2. demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan dan mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Bahkan juga, dengan menyediakan jadual waktu saya akan dapat memastikan saya dapat menyeimbangkan waktu saya seperti masa untuk berehat, masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa untuk beriadah untuk menjaga fizikal dan emosi saya sentiasa stabil. Dengan adanya jadual peperiksaan yang baik, saya dapat mengelakkan stres dan kemurungan yang akan menyebabkan jiwa saya tidak sempurna. Sekiranya saya dapat mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan sudah pasti saya akan sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebaliknya jika saya tidak melakukannya sudah pasti saya akan gagal mendapat keputusan yang cermerlang. Apabila saya gagal mendapat keputusan cemerlang pasti saya akan kecewa oleh itu situasi berkenaan perlu saya elakkan sebelum nasi sudah menjadi bubur dan saya perlu menyediakan payung sebelum hujan sebelum peperiksaan menjelma. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal sebelum peperiksaan dijalankan. Manakala pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa lalu tidak akan kembali”, maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan dan ini haruslah dielakkan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti. Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen untuk mendapat ilmu tambahan. Hal kerana di pusat tuisyen, guru-guru yang membimbing saya terdiri daripada guru-guru berpengalaman. Ada dalam kalangan mereka merupakan pemeriksa kerta dan mereka arif cara menjawab soalan yang betul sebagaimana yang dikehendaki skema pemarkahan. Seyogia, saya tidak akan segan silu bertanya guru di pusat tuisyen berkaitan topik-topik pelajaran yang kurang saya fahami semasa belajar di sekolah bak kata peribahasa Melayu “ malas berkayuh perahu hanyut” , dan “segan bertanya sesat jalan.” Tambahan pula, jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah mengingati topik berkenaan dan saya juga boleh mengikuti program tuisyen di sekolah kerana dengan cara ini membantu saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Saya juga akan menyertai sebarang program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, teknik menjawab soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mahupun di pusat tuisyen sudah pasti saya akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam tuisyen dan program kecemerlangan merupakan salah satu langkah bagi saya untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya dan rakan-rakan berkenaan mempunyai keinginan untuk berjaya dalam peperiksaan kerana pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan penjual minyak
  • 3. wangi saya akan mendapat wangiannya tetapi jika saya berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikan bahangnya . Seyogia, saya perlu bijak memilih kawan kerana kawan yang baik akan memandu saya ke arah kecemerlangan. Dengan cara pemilihan kawan juga, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya terlibat dalam gejala sosial yang negatif. Bahkan juga, saya akan dapat membezakan antara kaca dengan permata dan sentiasa memikirkan masa depan saya serta matlamat hidup saya untuk menjadi pelajar berjaya dan berguna kepada masyarakat dan negara. Melalui pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka.. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu perbincanga. Saya juga dapat bergantung harap kepada rakan–rakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk memotivasi diri ke arah kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup saya. Akhir sekali, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Allah berfirman dalam Al Quran, “Tuhanmu hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa.” Kenyataan ini pasti benar kerana orang- orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu saya kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan membuat latihan dan ulangjaji setiap masa. Mereka juga telah membelikan saya banyak buku latihan untuk saya sempurnakan semasa membuat ulangkaji pelajaran. Oleh sebab itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dengan menggunakan buku-buku yang telah dibeli oleh mereka. Saya akan cuba untuk membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan contohnya mengulangkaji dan membuat latihan sebanyak mungkin semenjak saya berada di tingkatan empat lagi dengan menggunakan buku-buku yang dibeli oleh ayah dan ibu saya. Hal ini kerana apabila saya membuat latihan dengan banyak terutama soalan-soalan mirip peperiksaan atau soalan sebenar SPM, soalan-soalan yang saya usahakan berkenaan mampu membantu saya untuk menjawab soalan SPM sebenar. Sebagai mana yang kita sedia maklum, soalan peperiksaan masih dalam format yang sama. Contohnya, soalan rumusan, soalan pemahaman, soalan tatabahasa dan sebagainya tidak lari daripadabertanya topik yang sama saya pelajari. Cuma perbezaan soalan berkenaan hanya pada bentuk soalan sahaja. Sekiranya
  • 4. saya dapat menjawab soalan-soalan pelbagai berdasarkan latihan-latihan yang terdapat dalam buku soalan sudah pasti saya mampu menjawab soalan-soalan semasa dalam peperiksaan nanti. Tegasnya, saya akan mematuhi segala nasihat ibu bapa saya untuk mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa di samping berdoa kepada Tuhan agar saya dapat membalas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah mudah tetapi boleh saya capai dengan membuat persediaan menghadapi peperiksaan lebih awal. Di samping itu, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya aturkan di atas seperti menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas, membuat jadual waktu yang sesuai dengan jiwa saya, mengikuti kelas tuisyen dengan sebaik-baiknya , bergaul dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya, terutama rakan-rakan yang mempunyai matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, dan mematuhi nasihat kedua-dua ibu bapa agar saya sentiasa mengulangkaji dan membuat latihan setiap masa. Sekiranya, langkah-langkah berkenaan saya laksanakan, saya pasti saya akan berjaya dalam peperiksaan kerana usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan tanpa berputus asa ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang.
  • 5.
  • 7. 1. Optimistik Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensidiri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’ 2.Jangan bersikap pesimistik. Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistikiaitu sentiasa putus harapan danmengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri.Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidakmencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cubabelum tahu. 3. Kesedaranmemikul tanggungjawab. Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikultanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama,bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruahkeluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung padagenerasiremaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedarhakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusahalebih gigih agar matlamat tersebut tercapai. 4. Tumpuan sepenuh hati Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaransemasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajaradalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-maindalam kelas semasaguru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orangyang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada suatu masa kelak. Malahlebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidakterpelajar sepertimereka sendiri. 5. Mulakan dari awal Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapipeperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal ataupeperiksaan yang sebenarnya. Persediaanawal akan membezakan pelajaryang berjaya dengan yang gagal. Persediaanawal
  • 8. ini termasuklahmengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihatguru, meneliti buku-buku modeljawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi’bidan terjun’ ke dewan peperiksaan. 6. Sentiasa bersedia Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sediauntuk menghadapi sebarangbentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujianbulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaanyang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup danmampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah andaandainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’Kalau anda peminat ‘The Rock’ anda akan berkata ‘Just bring it on..!’ 7. Lengkapkan peralatan Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yangmencukupi sepertibuku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-notaringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untukmencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkanpembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tanganselepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa ‘bengang’? 8. Tepati waktu belajar Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan olehpihak sekolah sepertidatang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan danpulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorangyang berdisiplin.Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar,maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran. 9. Dapatkan bantuan guru Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan- kawansekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab- sebab tertentu.Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulahmendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-notapelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telahtertinggal itu.
  • 9. 10. Hormati guru Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa gurusedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guruadalah sumberilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yangmemberikan kita ilmu. 11. Bersoal jawab dengan guru Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahamipelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernamaSocrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal- jawab’. 12. Beri pandangan membina Pelajar yang cemerlang sering memberipandangan dan pendapat dalamproses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiranpelajar. 13. Berbincang dengan rakan Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentangpelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelasperbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincanganakan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran. 14. Siapkan tugasan yang diberi Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru samaada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan olehguru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkantugasan yang diberikan oleh guru mereka. 15. Tubuhkan kumpulan studi Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group)bersamarakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitukejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yangakhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dangigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
  • 10. 16. Sering masuk perpustakaan Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaanyang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi danmendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaahpelajaran. 17. Baca akhbar Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademikuntuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya inimerujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossipatauartis. 18. Menonton rangcangan yang sesuai Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untukmendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lainlagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti ‘Discovery’) dan beritasemasa. 19. Lakukan peperiksaan kendiri Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri)sepertidibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagaipengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian danpeperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya.Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaanyang sebenar. Melakukanpeperiksaan kendiri samalah sepertimasuk ke klinik. Anda akan diberi tahutentang ‘penyakit’ anda (kelemahan- kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya. 20. Sediakan jadual waktu Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancangpembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abangyang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai danefektif.Jadual ini mestilah dipatuhi. 21. Sertai ceramah motivasi Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakanuntuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  • 11. 22. Sertai seminar peperiksaan Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yangdiadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalambidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkinmenerima pelbagai tips dan petua berguna. 23. Beli buku rujukan Pelajar yang cemerlang membelibuku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapatmemantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkansenarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingatpepatah Inggeris,“Don’t judge the bookby its cover.” Buku yang kelihatancantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan. 24. Masuk kelas tuisyen Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkanlagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. 25. Lawatan ke pameran buku Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran bukuyang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli,sekurang-kurangnya jiwa andaakan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumberilmu,ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedaiminyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk kekandang najis… (fikirlah sendiri) 26. Sertai kokurikulum sekolah Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagaiaktiviti sekolah secara aktif dalamkokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otakyang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkaratakan melahirkan pemikiran yang lembab. 27. Sanggup manghadapi cabaran Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yanghebat yang sering cuba mengganggupenumpuan pelajar pada pelajaran ataucuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yangdimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan sukamelepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang sukamengajak pelajar melakukan perkara-perkara
  • 12. yang kurang berfaedah.Rayuankekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang mahahebat. Pandai-pandailah membawa diri. 28. Jaga keselamatan diri Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkansebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan. 29. Jaga kesihatan fizikal Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan caramenghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat.Kurangkan makanan ringan atau ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-geraiyang kotor atau membelikueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Janganberjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. 30. Makanan seimbang Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan denganmemakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yangbaik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makananyang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. 31. Malu bertanya sesat jalan Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripadapelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abangdan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai modelatau contoh pelajarcemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapipeperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berhargauntuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. 32. Sembahyang Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam,tunaikan sembahyang lima waktu sepertimana yang telah disyariatkan olehagama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  • 13. 33. Doa Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoadan mengharapkan pertolongandaripada Tuhan. Aspekkerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. 34. Tawakkal Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jikagagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikankegagalan itu sebagaiiktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikansemua bentuk kegagalan sebagaipengukuh diri untuk mencari kejayaan yang cemerlang.