Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Naveen96
1
PENDAHULUAN
nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet
merupakan sa...
Naveen96
2
tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing.
Secara warasnya i...
Naveen96
3
KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM
KALANGAN PELAJAR
Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebai...
Naveen96
4
mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World
Wide Web (www...
Naveen96
5
video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-
masing dengan men...
Naveen96
6
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon
dan juga kos...
Naveen96
7
Peluang perniagaan
Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan...
Naveen96
8
hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang
dilihat mampu memi...
Naveen96
9
rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi
corak pentadibiran n...
Naveen96
10
Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris
keseluruhan bagi SP...
Naveen96
11
KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM
KALANGAN PELAJAR
Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perk...
Naveen96
12
sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat.
Perilaku seksual ti...
Naveen96
13
Menurut sumber Harian Metro
yang dikupas oleh Ketua Polis
Pahang Datuk Shariffudin Abd
Ghani Lee berkata mela...
Naveen96
14
menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa
tersebut hanya untuk me...
Naveen96
15
berleluasa, menukar sumber
maklumat di institusi dan
sebagainya. Di samping itu,
isu ini akan mempengaruhi
mi...
Naveen96
16
dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah,
internet memudah...
Naveen96
17
Enggan bersosial
sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat
yang enggan bersosial ...
Naveen96
18
KESIMPULAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya
dengan sta...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

276,985 views

Published on

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

Published in: Education
  • Dating for everyone is here: ❶❶❶ http://bit.ly/2F4cEJi ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ♥♥♥ http://bit.ly/2F4cEJi ♥♥♥
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating for everyone is here: ❤❤❤ http://bit.ly/2Y8gKsI ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Sex in your area is here: ❶❶❶ http://bit.ly/2Y8gKsI ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR

  1. 1. Naveen96 1 PENDAHULUAN nternet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian perhubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan diealisasikan dengan adanya jaringan internet ini. Walaubagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi keempat, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh duniaIa satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini.Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat- alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna. Kita sebagai pengguna internetyang berhemah, Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna I
  2. 2. Naveen96 2 tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.
  3. 3. Naveen96 3 KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing- masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara kesan positif penggunaan internet kepada pelajar ialah: 1. Maklumat 2. Alat komunikasi 3. Hiburan 4. Penjimatan kos dan masa. 5. E-learning 6. Peluang perniagaan 7. Permohonan online 8. Medium bersuara 9. Penguasaan Bahasa 10. pengiklanan Maklumat Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet.. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan
  4. 4. Naveen96 4 mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Alat Komunikasi Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e- mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar- tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan
  5. 5. Naveen96 5 video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing- masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih menjimatkan wang. Hiburan Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.dailymotion.com Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan- kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika. Penjimatan kos dan masa
  6. 6. Naveen96 6 Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka. e-learning ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional
  7. 7. Naveen96 7 Peluang perniagaan Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peluang perniagaan melalui internet ini amatlah luas. Malah kita boleh berniaga melalui internet hanya melalui rumah sahaja. Kini ramai usahawan yang muncul dengan hanya menjana wang dari rumah. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet. Permohonan online Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas
  8. 8. Naveen96 8 hujan. Para usahawan juga dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak urusan. Medium untuk bersuara kebaikan internet yang lain ialah sebagai medium untuk pelajar bersuara, yakni melalui laman- laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat pelajar jika turun untuk melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada
  9. 9. Naveen96 9 rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta. Penguasaan Bahasa kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai bahasa yang utama mampu menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat.
  10. 10. Naveen96 10 Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna. Pengiklanan Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk atau acara, aktiviti untuk sesebuah pelajar. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Dengan ini mereka mudah untuk menjana pendapatan, malah tanpa menggangu ibu bapa untuk duit belanja dan mengiklankan sesuatu aktiviti masyarakat.
  11. 11. Naveen96 11 KESAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR Di sebalik kecanggihan internet, selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga budaya negatif yang meracuni minda pelajar masa kini. Budaya ini perlu dibendung supaya tidak merosakkan minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah: 1. Bebas melayari laman lucah 2. Kurang fokus pada pelajaran 3. Menyemai sifat malas 4. Terdedah kepada jenayah siber 5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan 6. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber 7. Terikut budaya negative 8. Menghabiskan masa dengan internet 9. Enggan bersosial 10. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Bebas melayari laman lucah Mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Bahan lucah seperti ini merupakan budaya yang patut dibuang terhadap diri masing-masing kerana ia dapat merosakkan akidah dan jati diri seorang pelajar. Di samping itu, kesan daripada penyebaran laman web secara tidak terkawal ini menjadi penyumbang kepada masalah social yang semakin menjadi-jadi
  12. 12. Naveen96 12 sehingga ke kancah zina. Contohnya,isu video porno dikalangan tersebar kepada masyarakat. Perilaku seksual tidak bermoral ini menjadi kelaziman pelajar sekarang. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Kesan daripada seks bebas ini akan mendorong kepada perlakuan isu membuang bayi tidak berdosa. Membincangkan kes pembuangan bayi ini tidak dapat lari daripada isu anak luar nikah dan persoalan zina yang makin berleluasa kebelakangan ini. Justeru, untuk mengatasi permasalahan ini daripada berleluasa kepada pelajar, jalan yang boleh menuju ke arah perlakuan zina harus ditutup serapat-rapatnya,terutamanya di internet. Ini termasuk mengakses kepada bahan pornografi di internet. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah Al- Isra: 32). Kurang fokus pada pelajaran Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya. Namun demikian jika pelajar terdedah dengan laman sosial yang terlalu bebas tanpa sebarang kawalan boleh menjerumus pelajar melakukan jenayah. Oleh itu, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik dan gagal menyempurnakan tugasan mereka di institusi. Seharusnya, perkara ini dikawal dan di dalam setiap diri pelajar perlu tanam sikap yang positif untuk generasi kelak. Terikut budaya negatif
  13. 13. Naveen96 13 Menurut sumber Harian Metro yang dikupas oleh Ketua Polis Pahang Datuk Shariffudin Abd Ghani Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan mengenali individu tertentu. Contohnya budaya barat seperti “Black Metal”, “Punk”, dan “Skin Head” yang menjerumus pemikiran remaja di Malaysia. Oleh yang demikian, perkara ini boleh mengakibatkan pelajar terjerumus kepada masalah gensterisme di Malaysia. Sememangnya pelajar harus bersosial akan tetapi haruslah dihadkan waktu penggunaannya. Di samping itu, kepelbagaian aplikasi menarik seperti permainan yang terdapat di laman sosial membuatkan pelajar suka untuk menghabiskan masa dengan permainan tersebut. Hal ini, banyak member impak yang buruk terhadap pelajar kerana mereka akan berasa seronok dengan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan sehingga terabai tanggunjawab mereka sebagai pelajar. Dan ia juga membawa kesan negative yang amat teruk sekali seperti, kecenderungan akhlak dan sebagainya di kalangan pelajar. Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banyak kesan negatif. Antaranya, pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Aktiviti sukan yang dianjurkan oleh institusi pengajian bertujuan untuk mencergaskan badan di samping mencerdaskan minda. Oleh yang demikian pelajar harus bergiat aktif untuk melahirkan pelajar yang mantap dari segi lahiriah dan rohaniah. Akan tetapi, mereka
  14. 14. Naveen96 14 menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri, seperti untuk menghabiskan melayari laman sosial di rumah dan kafe siber. Situasi begini boleh melahirkan pelajar yang kurang sihat dan ia memberi impak di masa yang akan datang. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Akan tetapi pelajar masa kini lebih aktif dengan persatuan sosial yang boleh mendatangkan masalah moral seperti “Gay”, “Lesbian”, dan sebagainya. Situasi ini amat serius disebabkan laman sosial mereka tidak bergiat dengan persatuan yang sewajarnya diikuti. Terdedah kepada jenayah siber Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Berdasarkan sumber akhbar Berita Harian laporan terkini dikeluarkan pihak CyberSecurity menunjukkan kadar jenayah siber di negara ini meningkat sehingga 88 peratus pada tahun lalu berbanding hanya 8.090 kes pada tahun sebelumnya. Isu ini amat membimbangkan sekiranya berlaku masalah seperti pelajar menggodam portal institusi pengajian, menyebarkan fitnah secara
  15. 15. Naveen96 15 berleluasa, menukar sumber maklumat di institusi dan sebagainya. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet. Ini merupakan suatu permasalahan yang sangat besar dan perlu diatasi. Perkara ini sewajarnya dititik beratkan supaya tidak berleluasa. Kecendorongan pelajar kepada fakta-fakta yang mengandungi unsur penipuan amat membimbangka contohnya di laman sosial yang sangat popular iaitu Twitter ada sesetengah pihak menggunakan nama Ustaz Azhar Idrus mengeluarkan kenyataan yang direka sendiri. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan Selain itu, penggunaan internet juga berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita, di antara pelajar. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham
  16. 16. Naveen96 16 dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. Jelaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat. Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan. Tertipu dengan kes-kes penipuan siber Revolusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan secara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelajar-pelajar yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. Jadi, internet menyebabkan berlakunya kerugian kewangan yang banyak kepada masyarakat negara ini. Menghabiskan masa dengan internet pelajar sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. Lihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan membazir sahaja selain menghabiskan sejumlah wang yang banyak pula untuk melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.
  17. 17. Naveen96 17 Enggan bersosial sebagai pengguna internet, pelajar juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai. Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
  18. 18. Naveen96 18 KESIMPULAN Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.

×