SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Cogankata “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Huraikan peranan
anda dalam membangunkan negara yang kita cintai.

          “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang
sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat
terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada
zaman „dunia tanpa semadan‟ ini merupakan oengerak kepada peningkatan dan
pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang
lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang
remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan
negara yang kita cintai.

          Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, sebagai seorang remaja, saya
berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggu-sungguh bagi
memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada
negara pada masa akan datang. Pada masa kini remaja seperti saya hendaklah berlumba-
lumba menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar dapat memajukan dan
memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea
dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif. Jika dilihat dari sudut
sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah dipeloposri golongan
muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang berpendidikan
Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang demikian,
apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi
penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal
ini jelas menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja
hendaklah menjadikan perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap „seperti katak
di bawah tempurung‟. Mereka hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang
baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan
negara.

           Selain itu, saya juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan
negara. Remaja masa kini hendaklah mengatakan „tidak‟ dan benci kepada pengaruh-
pengaruh negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan
berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan
daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak
seperti „barah‟ yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini
terpaksa membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan
penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk
pembangunan dan kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan „duri dalam
daging‟ dan perosak negara. Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri
daripada terjebak dalam najis dadah ini serta gejala sosial yang lain demi memastikan
pembangunan negara dapat diteruskan.

         Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga
hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan
kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup
berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan
bahawa pada tahun 1930-an, pemuda merupakan golongan yang begitu lantang dalam
perjuangan menentang penjajah yang menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai
contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dipelopori oleh
golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka
menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk
menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat
patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan
menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara
yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

           Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di
peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan
pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada
masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri
daripada golongan muda dan remaja. Contohnya, Hafiz Hashim yang merupakan pemuda
yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan. Terbaru, beliau telah
menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China. Selain itu,
beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara „ Kejohanan Badmintoh All England‟ pada
suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan
antarabangsa seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti
hendaklah dipikul oleh golongan muda seperti saya.

            Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan unutk
menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan
negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada
usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi „virus‟ pemusnah generasi muda di
negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula,
kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah
penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan
memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi
meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen
yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi „batu loncatan‟ untuk melahirkan
masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara.
Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah,‟ melentur buluh
biar dari rebungnya‟.

          Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam
pembangunan egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah
untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan.
Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam
pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam
membantu pembangunan negara.

More Related Content

What's hot

3 Pengenalan kepada rumput
3 Pengenalan kepada rumput3 Pengenalan kepada rumput
3 Pengenalan kepada rumputNormas Yakin
 
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim MalaysiaFaktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysiaannisa ulhusna
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017Nabila Azhar
 
Bab3 - kerajaan awal di Asia Tenggara
Bab3 - kerajaan awal di Asia TenggaraBab3 - kerajaan awal di Asia Tenggara
Bab3 - kerajaan awal di Asia Tenggaramadmok17
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Ums
 
Kuliah 5 faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
Kuliah 5   faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhanKuliah 5   faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
Kuliah 5 faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhanNurul Fathiah Sufiah
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAAN
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAANKESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAAN
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAANAyda.N Mazlan
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuellycweety Azuma
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmhaidah888
 

What's hot (20)

pokok renek
pokok renekpokok renek
pokok renek
 
3 Pengenalan kepada rumput
3 Pengenalan kepada rumput3 Pengenalan kepada rumput
3 Pengenalan kepada rumput
 
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim MalaysiaFaktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
Faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim Malaysia
 
Rumput Turf
Rumput TurfRumput Turf
Rumput Turf
 
PENGAJIAN AM VIVA
PENGAJIAN AM VIVAPENGAJIAN AM VIVA
PENGAJIAN AM VIVA
 
Tanah Pamah
Tanah PamahTanah Pamah
Tanah Pamah
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
 
Bab3 - kerajaan awal di Asia Tenggara
Bab3 - kerajaan awal di Asia TenggaraBab3 - kerajaan awal di Asia Tenggara
Bab3 - kerajaan awal di Asia Tenggara
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
 
Kuliah 5 faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
Kuliah 5   faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhanKuliah 5   faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
Kuliah 5 faktor tanah yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAAN
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAANKESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAAN
KESESUAIAN TANAH DAN PENGURUSAN PEMBAJAAN
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 
Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Artikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bmArtikel review memperkasakan bm
Artikel review memperkasakan bm
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 

Similar to Pemuda Harapan Bangsa, Peranan Remaja Dalam Membangunkan Negara

142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negaraluna217907
 
ARTIKEL. perubahan.docx
ARTIKEL. perubahan.docxARTIKEL. perubahan.docx
ARTIKEL. perubahan.docxFathurRozi45
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Pidato peranan pemuda'
Pidato peranan pemuda'Pidato peranan pemuda'
Pidato peranan pemuda'Taufiq Hadie
 
Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara
Peranan Belia Dalam Pembangunan NegaraPeranan Belia Dalam Pembangunan Negara
Peranan Belia Dalam Pembangunan Negaranishya AHT
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaMusdalifah yusuf
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan Andriyanto
 
Ringkasan ting 2m
Ringkasan ting 2mRingkasan ting 2m
Ringkasan ting 2madiyudi7
 
Peristiwa sumpah pemuda
Peristiwa sumpah pemudaPeristiwa sumpah pemuda
Peristiwa sumpah pemudaDedy Setiady
 

Similar to Pemuda Harapan Bangsa, Peranan Remaja Dalam Membangunkan Negara (20)

142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
 
ARTIKEL. perubahan.docx
ARTIKEL. perubahan.docxARTIKEL. perubahan.docx
ARTIKEL. perubahan.docx
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan RemajaMenyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
Menyemai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Remaja
 
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuhCiri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
 
Revitalisasi kebangsaan
Revitalisasi kebangsaanRevitalisasi kebangsaan
Revitalisasi kebangsaan
 
Pidato peranan pemuda'
Pidato peranan pemuda'Pidato peranan pemuda'
Pidato peranan pemuda'
 
belia dan jenayah
belia dan jenayahbelia dan jenayah
belia dan jenayah
 
Pidato peranan pemuda dalam pembangunan
Pidato peranan pemuda dalam pembangunanPidato peranan pemuda dalam pembangunan
Pidato peranan pemuda dalam pembangunan
 
attock SUHARTO, M. Si.
attock SUHARTO, M. Si.attock SUHARTO, M. Si.
attock SUHARTO, M. Si.
 
Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara
Peranan Belia Dalam Pembangunan NegaraPeranan Belia Dalam Pembangunan Negara
Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
 
Makna sumpah pemuda
Makna sumpah pemudaMakna sumpah pemuda
Makna sumpah pemuda
 
Makna sumpah pemuda
Makna sumpah pemudaMakna sumpah pemuda
Makna sumpah pemuda
 
Bab i, ii, iii
Bab i, ii, iiiBab i, ii, iii
Bab i, ii, iii
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
 
AKU dan Bangsaku
AKU dan BangsakuAKU dan Bangsaku
AKU dan Bangsaku
 
Ringkasan ting 2m
Ringkasan ting 2mRingkasan ting 2m
Ringkasan ting 2m
 
Peristiwa sumpah pemuda
Peristiwa sumpah pemudaPeristiwa sumpah pemuda
Peristiwa sumpah pemuda
 
Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4
 

More from ディー アン

More from ディー アン (10)

chapter-8-electromagnet
chapter-8-electromagnetchapter-8-electromagnet
chapter-8-electromagnet
 
Belilah barangan buatan malaysi1
Belilah barangan buatan malaysi1Belilah barangan buatan malaysi1
Belilah barangan buatan malaysi1
 
Cara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cutiCara mengisi masa cuti
Cara mengisi masa cuti
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocx
 
Usaha memajukan ict
Usaha memajukan ictUsaha memajukan ict
Usaha memajukan ict
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Budaya lepak
Budaya lepakBudaya lepak
Budaya lepak
 
Success
SuccessSuccess
Success
 
Amazing adventure
Amazing adventureAmazing adventure
Amazing adventure
 
Qwertyuiop
QwertyuiopQwertyuiop
Qwertyuiop
 

Pemuda Harapan Bangsa, Peranan Remaja Dalam Membangunkan Negara

  • 1. Cogankata “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Huraikan peranan anda dalam membangunkan negara yang kita cintai. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman „dunia tanpa semadan‟ ini merupakan oengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara yang kita cintai. Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, sebagai seorang remaja, saya berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggu-sungguh bagi memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pada masa kini remaja seperti saya hendaklah berlumba- lumba menimba ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang agar dapat memajukan dan memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif. Jika dilihat dari sudut sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah dipeloposri golongan muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang berpendidikan Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang demikian, apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini jelas menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja hendaklah menjadikan perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap „seperti katak di bawah tempurung‟. Mereka hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara. Selain itu, saya juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara. Remaja masa kini hendaklah mengatakan „tidak‟ dan benci kepada pengaruh- pengaruh negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak seperti „barah‟ yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini terpaksa membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan „duri dalam daging‟ dan perosak negara. Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam najis dadah ini serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan. Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan
  • 2. kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan. Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja. Contohnya, Hafiz Hashim yang merupakan pemuda yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan. Terbaru, beliau telah menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China. Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara „ Kejohanan Badmintoh All England‟ pada suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan antarabangsa seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti hendaklah dipikul oleh golongan muda seperti saya. Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan unutk menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi „virus‟ pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi „batu loncatan‟ untuk melahirkan masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah,‟ melentur buluh biar dari rebungnya‟. Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.