Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Skala likert

7,670 views

Published on

Skala likert

  1. 1. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam26 (2001) 53 - 64 Jurnal Pendidikan Sesi Kaunseling 53 Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling AMLA SALLEH MOHD. ARIF ISMAIL SALLEH AMAT ZURIA MAHMUD ABSTRAKRencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuanuntuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatihkaunselor UKM. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pastirespons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahiran-kemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesikaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semukadaripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampelrespons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira denganmenggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor (SKRLK).Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentukLikert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai olehsebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panelpakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asasseperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksiemosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutupmerupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding denganrespons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi.Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteksmasalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkanimplikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalismekaunseling. ABSTRACTThis article reports the results of a research on counseling skills which aimedat identifying the types of oral response skills used by UKM counselor trainees.Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses thatthey used including the suitability of the skills. Data was gathered by choos-ing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained.Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor OralResponse Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scalein the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and
  2. 2. 54 Jurnal Pendidikan 26suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the re-search showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement,open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections,and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-endedquestions were the most frequent responses employed compared to other re-sponses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitabil-ity of responses given in the context of client problem was high too. Finally,this article discusses the implication of the research in the perspective of train-ing and professional development of counseling. PENDAHULUANPerkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysiapada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah denganlulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuahLembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal seliaamalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkantaraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-programlatihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus. Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halimsejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselormempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yangtersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir.Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspeklatihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling.Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadapkepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspekkemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberiperuntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajianyang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masihbelum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992). KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELINGEgan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. MenurutEgan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jeniskemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalatkaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalahtermasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus.Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagioleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah
  3. 3. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 55satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yangdigunakan oleh kaunselor pelatih. Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling sepertiberikut:1. Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi meng- galakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala dan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkan kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut.2. Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klien menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut.3. Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untuk memeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah.4. Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskan apa yang diperkatakan oleh klien.5. Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor.6. Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor. Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling daripelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor,jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkajiturut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepadakemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalantertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill CounselorVerbal Response Category System (HCVRS) yang dibina oleh Hill (1986). Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih samaada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakankemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lainseperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademikselama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajarpascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahirankonfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajarprasiswazah. Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui samaada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yangasas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborgmendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minimabertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg(1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yangmenitikberatkan pengumpulan maklumat.
  4. 4. 56 Jurnal Pendidikan 26 Sementara Cummings (1987) pula telah mengkaji tentang jenis-jenis danjumlah respons yang digunakan oleh kaunselor baru melalui penggunaan HSVRCS.Cummings juga telah melihat hubungan jantina dengan kekerapan dan kualitipenggunaan kemahiran reflektif dan juga hubungan jantina dengan mode respons.Cummings mendapati terdapat perbezaan di dalam penggunaan responsberdasarkan jantina. Kaunselor lelaki lebih banyak menggunakan doronganminima berbanding kaunselor perempuan, sebaliknya kaunselor perempuan lebihbanyak menggunakan soalan tertutup, ulangan kata, refleksi, dan maklumat.Walau bagaimanapun secara amnya, kajian ini mendapati bahawa tiga responskemahiran asas yang paling kerap digunakan oleh kaunselor baru ialah doronganminima, refleksi dan ulangan kata. METODOLOGI SUBJEKSubjek kajian terdiri daripada 38 orang pelajar program pensiswazahanpengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, UniversitiKebangsaan Malaysia. Program ini adalah program khas yang dijalankan olehFakulti Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini mengikuti kursus Kaunseling pada tahun I dimaktab-maktab perguruan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka diterimamasuk ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun II. KLIENKlien yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di mana kaunselorpelatih menjalani latihan praktikum mereka. Klien yang datang berjumpa dengankaunselor terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (lelaki dan perempuan)yang berumur di antara 14-17 tahun. Mereka yang datang menemui kaunselorpelatih secara sukarela atau dirujuk oleh guru. INSTRUMENDua set instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen pertama ialahSistem Kategori Respons Lisan Kaunselor ( SKRLK ) yang dibina untukmengelaskan tujuh respons lisan kaunselor yang ekslusif iaitu: dorongan minima,soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan lain-lain. Sistem ini dibina berdasarkan Counselor Verbal Response Category System(CVRCS) yang telah dibina oleh Hill (1986). Sistem ini digunakan untuk mengelasjenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling. Instrumen kedua ialah Skala Penilaian Kualiti: Satu skala Likert untuk menilaikualiti sesi kaunseling juga dibentuk untuk melihat tahap keberkesanan satu-
  5. 5. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 57satu sesi kaunseling secara menyeluruh. Skala Likert 7 poin dibentuk denganjulat nilai daripada sangat tidak berkesan (1) kepada yang sangat berkesan (7).Skala disediakan dengan panduan penilaian yang menjelaskan kualiti sesuatusesi itu sama ada dapat dianggap sangat berkesan berkesan (7), berkesan (5dan 6), sederhana berkesan (4), kurang berkesan (3 dan 2) serta sangat tidakberkesan (1). Sesi yang dianggap berkesan memperlihatkan ciri temubual yangtersusun, mempunyai kesinambungan jalan cerita, berjalan lancar, terdapat tema-tema penerokaan masalah klien, menjelaskan, memberikan celik akal, mempunyaipelan tindakan secara tentatif serta mempunyai unsur-unsur yang menyokongklien. Sementara sesi yang dianggap tidak berkesan ialah yang tidak mem-perlihatkan unsur kesinambungan, mempunyai tema-tema respons yang janggal,ada unsur-unsur mengabaikan masalah klien, serta tidak mempunyai fokus. Kajian Hill et al. (1988) mengkaji terapis berpengalaman dalam melihat kesanjenis kemahiran yang digunakan terhadap rawatan. Kemahiran yang dikaji ialahpersetujuan, memberi maklumat, bimbingan langsung, soalan tertutup, soalanterbuka, parafrasa (penyataan semula, refleksi, rumusan dan rujukan bukan lisan),interprestasi, konfrontasi dan pendedahan kendiri. Hill, et al. mendapati secaraamnya, terapis telah menggunakan kemahiran memberi maklumat dengan palingkerap diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, interpretasi,persetujuan dan diikuti oleh bimbingan langsung dan pendedahan kendiri. Sampeldalam kajian Hills ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dianggapterbaik dalam agensi-agensi, dan mereka mengaku menggunakan pendekatanpsikoanalisis lebih daripada pendekatan humanistik atau tingkah laku(behavioral). Kajian-kajian tentang kemahiran kaunseling seperti yang telah dibincangkandi atas belum terdapat di Malaysia. Justeru terdapat keperluan untuk melihatjenis respons kaunselor terutama di kalangan kaunselor pelatih di negara ini.Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut. TUJUAN KAJIANKajian dijalankan untuk melihat aspek-aspek berikut:1. Jenis-jenis kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.2. Kekerapan respons kemahiran-kemahiran asas yang telah digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.3. Kebolehan kaunselor mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka berikan.4. Menilai ketepatan respons kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
  6. 6. 58 Jurnal Pendidikan 26 PROSEDURTiga puluh lapan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih di-rakamkan dalam pita audio dan kemudian disalintaipkan secara kata demi kata.Salinan sesi yang ditaip disemak oleh kaunselor pelatih sendiri. Setiap satusalinan sesi yang lengkap diberi nombor kod supaya identiti klien tidak dikenali.Sesi kaunseling yang dipilih adalah sesi kaunseling yang dianggap terbaik olehpelatih di antara beberapa sesi kaunseling yang telah mereka jalankan sewaktulatihan praktikum. Setiap sesi yang dipilih sebagai sampel, panjangnya adalah di antara 35-60minit. Setelah disalin dan ditaip dengan jarak baris dua langkau, panjang setiapsesi didapati antara 20-25 muka surat. Untuk menganalisis semua unit responsdaripada kesemua 38 sesi, adalah suatu tugas yang tidak mungkin dapatdijalankan dalam jangka masa yang singkat serta dengan sumber-sumber yangdiperuntukkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kaedah yangdigunakan oleh Thompson (1986), iaitu dengan mengambil respons daripadaselang semuka sahaja. Dengan menggunakan kaedah persampelan Thompsonini, sejumlah 1349 unit sampel respons telah diperolehi. Setiap unit respons yangtelah dipilih kemudian dikategorikan mengikut sistem yang telah dibina. Analisis kategori dengan menggunakan borang SKRLK dijalankan pada duaperingkat. Pertama dijalankan oleh sekumpulan pelatih (yang terlibat dalam kajianini) untuk melihat kemampuan mereka mengenal pasti jenis-jenis respons yangtelah digunakan. Tahap kedua, satu analisis dijalankan oleh panel yang terdiridaripada lima orang pensyarah bidang kaunseling yang dilantik untuk menilaisemula pilihan kategori yang dibuat oleh kumpulan pelajar tersebut. ANALISISAnalisis diskriptif, kekerapan, peratusan dan ranking telah digunakan untukmelihat kategori respons, pola-pola respons dan kualiti sesi yang dijalankan.Kolerasi Spearman rank digunakan untuk melihat korelasi persetujuan antarapilihan kategori jenis respons pelatih dengan kategori respons yang dinilai olehpakar. HASIL KAJIANTiga puluh lapan orang pelatih yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripadapelatih kaunselor Fakulti Pendidikan yang sedang menjalani latihan praktikumkaunseling di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Mereka sedangmengikuti program ijazah pertama pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.Pada masa kajian ini dijalankan mereka sedang berada dalam Tahun III pengajian
  7. 7. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 59mereka. Subjek adalah bekas guru-guru sekolah rendah yang terlatih dan telahmempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, berumur antara 30-38 tahundan berketurunan Melayu (lelaki dan perempuan).1. Secara keseluruhannya terdapat 1,439 respons yang dipilih sebagai sampelkajian yang dianalisa. Mengikut analisis kumpulan pelatih sebanyak 1,120 responsdapat dikenal pasti sebagai kemahiran asas kaunseling yang dapat dikategorikanke dalam tujuh jenis kemahiran yang disebut sebagai; dorongan minima, soalanterbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus.Sementara respons-respons lain yang dianggap tidak termasuk dalam jeniskemahiran yang dikaji dikategorikan sebagai jenis lain-lain dan jumlahnya adalahsebanyak 319 unit. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah unit respons bagi setiapkategori serta peratus bagi setiap kategori mengikut analisis kumpulan pelatihkaunselor. Mengikut analisis kumpulan pelatih, jumlah respons soalan terbukamempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 289 unit (26%), diikuti olehkemahiran dorongan minima 274 unit (24%), soalan tertutup 252 unit (23%),parafrasa 107 unit (9.5%), refleksi isi 84 unit (7.5%), merumus 65 unit (6%) danyang paling sedikit ialah refleksi emosi 49 unit (4%). JADUAL 1. Taburan jenis respons mengikut kekerapan dan peratus mengikut penilaian pelatih Bil. Jenis Respons Kekerapan Peratus Ranking 1. Dorongan Minimum 274 24 2 2. Soalan Tertutup 252 23 3 3. Soalan Tertutup 289 26 1 4. Parafrasa 1-7 9 4 5. Refleksi Isi 84 4 5 6. Refleksi Emosi 49 4 7 7. Merumus 65 6 6 Jumlah 1120 100 8. Lain-lain Kemahiran* 319 22.18 Jumlah Sampel Respons 1439 100 *Lain-lain kemahiran tidak diambil kira2. Unit-unit respons yang dikenal pasti oleh pelatih kemudian dinilai olehkumpulan panel. Penilaian dibuat dengan melihat sejauh mana jenis-jeniskemahiran yang dikenal pasti oleh pelatih dapat diterima oleh panel pakar. Denganmenggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan borang SKRLK hasilpenilaian dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2.
  8. 8. 60 Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 2. Darjah persetujuan panel dalam bentuk peratus dan ranking Bil Jenis Respons Unit Ranking Pilihan Ranking Persetujuan pilihan pelatih pilihan Panel panel pelatih 1. Dorongan Minimum 246 1 274 2 (89.78%) 2. Soalan Tertutup 178 3 252 3 (70.63%) 3. Soalan Tertutup 223 2 289 1 (77.16%) 4. Parafrasa 70 4 107 4 (65.42%) 5. Refleksi Isi 51 5 84 5 (60.71%) 6. Refleksi Emosi 28 7 49 7 (57.14%) 7. Merumus 48 6 65 6 (73.84%) 844 (75.35) 1120 Spearman Rank 0.946 (<0.01) Jadual 2 memperlihatkan kemampuan pelajar mengenal pasti jenis-jenisrespons yang mereka gunakan dalam sesi kaunseling. Kaedah yang digunakanadalah dengan menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh kumpulan pelajardan menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel. Jadual 2 jugamemperlihatkan tahap persetujuan ahli panel terhadap pilihan respons pelatihmengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam kajian ini. Umumnya, kemampuanpelatih mengecam jenis-jenis respons adalah agak tinggi. Peratus persetujuanpanel dengan pilihan pelatih secara keseluruhannya adalah 79% dan peratuspersetujuan bagi setiap kategori mempunyai julat antara 57% hingga 90%. Jadual2 menjelaskan bahawa daripada 274 unit respons yang dicam oleh pelajar 90%daripadanya dipersetujui oleh panel. Bagi jenis kemahiran soalan tertutup,daripada 252 unit soalan tertutup yang dikenal pasti, sejumlah 715 dipersetujuioleh panel. Sementara 77% daripada 289 unit soalan terbuka mendapat persetujuanpanel. Manakala, daripada 107 unit parafrasa sebanyak 70% dipersetujui, daripada84 unit refleksi isi 65% dipersetujui dan daripada 49 unit refleksi emosi yangdikenal pasti oleh pelatih 61% daripadanya dipersetujui olah panel. Sementaraitu, 65 unit rumusan sebanyak 57% dipersetujui. Pada umumnya, sebanyak 1120unit respons telah dikategorikan oleh pelatih ke dalam tujuh kategori kemahiranasas dan secara keseluruhan kumpulan panel bersetuju sebanyak 844 unit responssahaja yang dapat dimasukkan ke dalam tujuh kategori tersebut atau sebanyak75.35%.
  9. 9. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 61 Kolerasi Spearman rank telah dikira untuk melihat tahap korelasi kedudukanyang terhasil daripada analisis antara pilihan pelatih dengan penilaian panelkorelasi yang didapati adalah 0.946 (<0.01). Apabila dibuat perbandingan antara analisis pelatih dengan analisis paneldari segi tahap persetujuan dan kedudukan, terdapat beberapa pola yang dapatdilihat dalam setiap kategori kemahiran. Pertama, tahap persetujuan dapatdianggap tinggi berdasarkan peratus persetujuan bagi setiap kategori. Kedua,apabila ranking dibuat untuk kedua-dua set kategori respons kedudukan yangberbeza hanya pada kategori dorongan minimum dengan soalan tertutup sahaja.Bagaimanapun, perbezaan kedudukan tersebut amat sedikit. Kumpulan pelatihmeletakkan kategori dorongan minimum pada kedudukan nombor dua sementarakumpulan panel meletakkannya pada kedudukan nombor satu. Kedudukankategori-kategori yang lain adalah sama. Ini dikukuhkan lagi dengan kiraan kolerasiSpearman rank pada nilai 0.946 (<0.01). Ketiga, kedua-dua kumpulan bersetujuterdapat dua set jenis respons, iaitu; set kategori yang kerap digunakan danyang kurang digunakan. Set yang kerap digunakan ialah kategori doronganminima, soalan tertutup, dan soalan terbuka. Sementara set yang kedua terdiridaripada kategori refleksi isi, refleksi emosi, para frasa dan rumusan yang agakjarang digunakan terutama refleksi emosi. Fenomena adanya jenis-jenis respons yang lebih popular berbanding denganyang lain seperti dalam kajian ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawarespons refleksi emosi dan merumus adalah respons-respons yang khusussementara kemahiran menggunakan soalan terbuka dan tertutup serta doronganminimum adalah lebih umum dan perlu dilakukan oleh kaunselor terutamanyadalam proses penerokaan.3. Analisis keberkesanan respons pelatih yang dinilai dengan menggunakanskala Likert tujuh poin. Penilaian kesesuaian respons-respons kaunselor pelatihtelah diukur dengan menggunakan skala Likert dari nilai satu (1) hingga tujuh(7). Untuk tujuan laporan ini nilai skala itu telah dikelompokkan kepada kurangsesuai (1-3) sesuai (4-5) dan sangat sesuai (6-7). (Lihat Jadual 3) Jadual 3 di atas menunjukkan 20.26 peratus daripada respons kaunselortergolong dalam kategori kurang sesuai iaitu yang tergolong dalam skala 1-3(3.12 %, 5.17% dan, 11.97%). Sementara 25 peratus pula dalam kategori sangatsesuai iaitu respons-respons yang tergolong dalam skala 6-7 (24.38% dan .53%).Hampir 55 peratus respons yang dilakukan oleh kaunselor pelatih tergolongdalam kategori sesuai iaitu yang terletak pada skala 4-5 (24.49% dan 31.34%).Secara keseluruhannya 80 peratus daripada jumlah respons yang dikenal pastioleh pelatih respons dalam sesi kaunseling yang dijalankan adalah sesuai dansangat sesuai. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah peratusan respons kaunselorpelatih didapati sesuai adalah tinggi dan ini merupakan unsur yang sangat pentingbagi menentukan kejayaan satu-satu sesi kaunseling.
  10. 10. 62 Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 3. Taburan kesesuaian respons kaunselor pelatih mengikut kekerapan dan peratusSkala 1 2 3 4 5 6 7 JumlahKekerapan 35 58 134 263 351 273 6 1,120Peratus 3.12 5.17 11.97 23.49 31.34 24.38 0.53 100.00 PERBINCANGAN RESPONS LISAN YANG DIGUNAKANKajian ini menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan ketujuh-tujuhjenis respons yang dikategorikan sebagai kemahiran asas, iaitu dorongan mini-mum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan,dan merumus dalam proses kaunseling. Dapatan ini menyokong kajian Lornborg(1991) yang mendapati kaunselor baru lebih selesa menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan proses kaunseling. Ini adalah petanda yangbaik kerana dapatan ini menujukkan bahawa kaunselor yang telah melalui latihankaunseling mampu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang dipelajaridalam latihan pendidikan kaunseling semasa menjalankan proses kaunseling. Respons yang didapati paling kerap digunakan di dalam kajian ini ialahrespons soalan terbuka, diikuti oleh respons dorongan minimum, dan soalantertutup. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1986) menunjukkan bahawakaunselor-kaunselor di peringkat pascasiswazah lebih banyak menggunakansoalan terbuka berbanding dengan kemahiran lain. Ini juga adalah petanda yangbaik di mana walaupun kaunselor pelatih yang dikaji dalam kajian ini terdiridaripada pelajar prasiswazah, namun mereka mampu mempraktikkan kemahiransetanding pelajar pasca siswazah, sekurang-kurangnya dari aspek pemilihankemahiran yang digunakan. Kemungkinan kebolehan kaunselor pelatih tersebutmemahirkan diri dalam proses kaunseling disebabkan oleh kematangan kaunselor-kaunselor pelatih ini yang semuanya terdiri daripada guru berpengalaman. Kajian ini memperjelaskan bahawa kesesuaian latihan untuk menjadikankaunselor sebagai pembantu yang berkesan. Respons lisan yang kedua palingkerap digunakan ialah dorongan minimum. Mengikut Lornborg (1991) kaunselorbaru kerap menggunakan dorongan minima. Ini kerana dorongan minima adalahkemahiran yang digunakan untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebihlanjut terutamanya pada awal sesi kaunseling. Kaunselor pelatih selalunya belummampu untuk terus kepada tahap menganalisis, menginterpretasi, mengkonfrontasiatau membuat pendedahan kendiri seperti yang berlaku dalam tahap-tahap akhirproses kaunseling. Sememangnya mereka dilatih untuk memfokus kepada mencarimaklumat sebanyak mungkin, mendengar, dan menggalakkan klien mencurahperasaan. Kajian Hill (1988) menyatakan bahawa kaunselor yang lebih
  11. 11. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 63berpengalaman juga paling kerap menggunakan kemahiran mendapatkanmaklumat, diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, dan palingakhir pendedahan kendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawakaunselor pelatih menggunakan kemahiran dorongan minima untuk mendapatkanmaklumat adalah bersesuaian dengan latihan menuju kepada menjadi kaunseloryang berkesan. Walaupun begitu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunseloramat kurang menggunakan refleksi emosi agak merunsingkan. Ini kerana sebagaikaunselor baru, sepatutnya mereka lebih menggunakan kemahiran yang bolehmembantu klien mencurahkan perasaan, iaitu refleksi emosi. Refleksi emosi adalahsesuatu yang penting dalam proses kaunseling, dan setiap kaunselor sepatutnyamemahirkan diri dengan kemahiran ini sebelum terus kepada proses menyelesaikanmasalah. Ketidakmampuan sampel kajian ini menggunakan kemahiran refleksiperasaan dengan memuaskan mungkin disebabkan oleh dua faktor, iaitu pertama,ketidaksabaran kaunselor-kaunselor pelatih ini untuk menyelesaikan masalah;dan kedua, refleksi emosi adalah kemahiran yang agak sukar untuk dipraktikkan. KEMAMPUAN KAUNSELOR PELATIH MENGECAM RESPONSKajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, kaunselor pelatih telah berjayamengecam nama-nama kemahiran yang mereka gunakan dengan baik. Pemilihandorongan minimum dan soalan terbuka sebagai kemahiran atau respons yangpaling senang dikenali adalah tepat dengan penggunaannya yang kerap olehkaunselor pelatih. Ketidakmampuan kaunselor pelatih mengenali refleksi emosijuga menjawab soalan kenapa mereka paling jarang menggunakan kemahirantersebut. Dapatan ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana dapatankajian sebelumnya kerana masih belum terdapat kajian yang mengkaji aspek inisebelum ini. KESESUAIAN RESPONS KAUNSELOR PELATIHKajian ini mendapati 80% daripada respons yang dibuat oleh kaunselor pelatihdianggap sesuai oleh pakar, di mana 25% daripadanya adalah sangat sesuai.Selebihnya, 20% daripada respons kaunselor pelatih ini dianggap tidak sesuai.Dapatan ini menunjukkan bahawa kaunselor yang mempunyai latihan kaunselingberkemampuan menjalankan proses kaunseling secara asas. Mereka masihberkemungkinan melakukan kesilapan dengan memberi respons yang tidak sesuai,tidak membantu dan tidak relevan dengan apa yang dikemukakan oleh klien. KESIMPULANKajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru terutamanya mereka yang matangdan berpengalaman mampu menjalankan kegiatan memberi perkhidmatan
  12. 12. 64 Jurnal Pendidikan 26kaunseling setelah dilatih. Kaunselor pelatih prasiswazah yang dikaji telahmenunjukkan kebolehan menggunakan semua kemahiran asas yang dipelajari,malah pada ketikanya mampu menggunakan kemahiran ini sebagaimana pelajarpascasiswazah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran kaunselingboleh diamalkan jika seseorang mengikuti latihan. Seterusnya kajian ini mendapati masih terdapat kemahiran-kemahiran asasyang belum dapat digunakan dan dikenal pasti oleh kaunselor pelatih. Inimenunjukkan bahawa bukan semua kemahiran asas kaunseling senang difahamidan dilakukan tanpa latihan yang kukuh. Sehubungan itu disarankan bahawamereka yang terlibat dalam profesion kaunseling sebaiknya mendapat latihankaunseling hingga ke peringkat pascasiswazah. Pada peringkat pascasiswazahlatihan-latihan kaunseling sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspekmengenali dan mengukuhkan kekuatan diri dalam mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini, borang SKRLK telahdirekacipta. Borang ini boleh diperbaiki dan dikembangkan untuk penyelidikanyang akan datang. RUJUKANAbdul Halim Othman. 1990. Ke arah satu profesion kaunseling di Malaysia. Jurnal Personalia 1: 3-12.Cummings, A. L. 1987. The relationships of cognitive style to social problems solving and emphaty counselor’s training. Doctoral Dissertation, University of Western Ontario, Ontario, Canada.Egan. G. 1982. The Skilled Helper. Monterey. CA: Brooks/Cole.Hill, C. E. 1986. An overview of the Hill Counselor and Client Verbal Response Modes Category System. In L. S. Greenberg and W. M. Pinsof (Eds.), The psychotherapeu- tic process. A research handbook. NY: Gilford Press.Hill, J. C., V. T. Helms, K. E. Spenegal & E. S. Perry. Effects of therapist responses modes on brief psychotherapy. Journal of Counseling Psychology 35: 222-233.Ivey, A. E. 1996. Intentional interviewing and counseling. California: Brooks/Cole Publishing Company Pacific Grove.Lonborg, S. D. 1991. Counselor and client verbal response mode changes during initial counseling sessions. Journal of Counseling Psychology 38(4): 138-142.Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Thompson, A. P. 1986. Changes in counseling skills during graduate and undergraduate study. Journal of Counseling Psychology 33: 65-72.Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor Darul Ehsan

×