SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
BAHAGIAN B
Buat analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan
justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.
0.1 PENGENALAN
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah
adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk
memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara
ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-
murid.
Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan
bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid
mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan
perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan
kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.
Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana
ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru
dan murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian supaya menjamin
keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima.
Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan
menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga
elemen tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai
akan memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh
mengukur kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari
2.0 KAEDAH
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan
merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan
sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan
dipilih. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Kaedah juga ialahsatu siri
tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangkamasa
pendek. Mok Soon Seng (1992) berpendapat kaedahpengajaran adalah tentang sesuatu
objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Jadi apa-apa sahaja
cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guruuntuk memberikan kefahaman
kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama -nama
khas, seperti yang diutarakan oleh Syarifah Alwiah, Atan Long (1981) dan beberapa sarjana
pendidikan bahasa lain.
Terdapat beberapa kaedah dalam pelajaran Bahasa Malaysia iaitu seperti digambarkan di
bawah ini.
Kaedah
Pengajara
n Bahasa
Malaysia
Kaedah
Natural Kaedah
Tatabah
asa
Terjema
han
Kaedah
Terus
Kaedah
ajuk
HafazKaedah
Linguiti
k
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah
bahasa
Komuni
kasi
Kaedah
Oral-
Aural
Kaedah yang saya guna dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran saya ialah
menggunakan Kaedah Natural.Kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada
penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat. Ini juga
berlaku dalam kaedah tradisional.saya menggunakan kaedah ini kerana ia tidak
menekankan rujukan kepada analisa gramatikel, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa
tertentu. Kaedah ini dapat dilihat bahawa bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk
menghubungkaitkan makna dengan mesej. saya juga menggunakan kaedah ini kerana mirip
kepada audio-linguis dimana ia sesuai dengan rancangan pengajaran harian yang saya
rancang dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Kaedah ini juga sesuai dimana kelas
diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi keperluan murid di dalam kelas.
Pelajar bertindak balas terhadap soalan pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong,
menerangkan grafik mudah seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas,
guru akan memberi input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru
harus menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran. Dalam pengajaran, guru akan
menyediakan bahan audio visual dan pelajar bertutur berdasarkan bahan rangsangan
tersebut. Berdasarkan kaedah ini, aktiviti ini boleh dijalankan mengikut berpasangan atau
berkumpulan. Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar dan bertutur
murid serta dapat membuat rumusan pada akhir pengajaran.
Kaedah yang kedua saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia
ialah Kaedah terus. Ini kerana kaedah terus membabitkan pengajaran perbualan. Kaedah ini
mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat
menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau
bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi
melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai
cara atau teknik untuk menyatakan makna perkataan dan frasa dengan jelas.
Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami,
guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan
seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar
secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga
pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas
penguasaan struktur ayat
3.0 TEKNIK
Definisi teknik
Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang
terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-
teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan
tidak berhasil. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Mengikut Kamaruddin Hj.
Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku
di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah
sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
Dengan kata lain teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi, teknik akan
merealisasikan kaedah yang kita pilih untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya seorang guru mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial/kuliah.
Apakah teknik yang digunakan? Mungkin guru tersebut akan menggunakan teknik soal
jawab atau teknik bercerita menggunakan media Power Point. Terdapat beberapa kaedah
dalam pelajaran Bahasa Malaysia iaitu seperti digambarkan di bawah ini.
Teknik
Pengajara
n Bahasa
Malaysia
Teknik
Latih
Tubi
Teknik
Permaina
n Bahasa
Teknik
Bahasa
Teknik
Bercerita
Teknik yang saya gunakan dalam rancangan pengajaran harian ialah teknik bercerita dan
teknikmlatih tubi. Teknik bercerita. Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemhiran,
di samping ketekalan ingatan. teknik ini saya lakukan di langkah pertama, kedua dan
kemuncak. ini kerana di langkah tersebut murid membaca, menulis dan membina ayat yang
berkaitan demngan maksud teknik ini. selain dari itu saya jugamenggunakan teknik
bercerita.ia dijalankan di langkah set induksi. Dimana saya menayangkan slid dan tayangan
video untuk dilihat oleh murid di dalam kelas.
4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Definisi Kemahiran Benilai Tambah.
Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi
pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid
menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru
melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan
Dalam Kemahiran Bernilai Tambah (KBT),saya menggunakan tiga kemahiran iaitu:
3.1. Kemahiran Berfikir (KB)
3.2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (KTMK)
3.3. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP)
4.1 Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan
1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan
minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah
apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan
anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set
pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti;
a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?
Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda
akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan
menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan.
Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti
berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis
kemahiran berfikir.
i. menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab,
menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan,
menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.
ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian,
membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal
daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal,
menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan,
menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan,
mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan,
mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan
yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat
andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji
ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea,
menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi,
membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat
perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan,
dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain,
membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan
sebagainya.
x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan
bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan
sebagainya.
(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat
sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses
membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen.
Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu
pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa
berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a)
dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;
i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu,
mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi,
dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi,
bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria
tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan
faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan
sebagainya.
vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan,
membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan
sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis
atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.
(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan
rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan
secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan
penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh
untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;
i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi
contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria
untuk membuat kesimpulan atau rumusan.
(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis.
Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan
masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah;
i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat
rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah,
sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan
kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.
4.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan
menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah,
terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan
pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
(2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel,
menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat.
Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan
mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT
bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,
televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari
aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan
ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;
i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar
visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan
sebagainya.
Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;
i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan
tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan,
dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal;
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat
demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan
melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk
tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan
menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara
individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh
4.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid
mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid
aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani
menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan
Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;
i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-
kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat
menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan
bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang
diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan
bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan
menjangka, dan sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil
seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan
ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan
masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga
termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan
sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan
tugasan yang diberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan,
kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu
berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau
kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan
memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan
orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya. secara solo mahupun secara
bergabungan
KESIMPULAN
Dengan penerangan yang panjang lebar ini boleh dikatakan bahawa segala teknik, kaedah
dan kemahiran berfikir yang saya terapkan di dalam rancangan pengajaran harian saya
amat sesuai untuk mencapai objektif saya dalam pengajaran dan pembelajaran. apa yang
diterapakan semapa pengajaran dapat memberi matfaat kepada murid dan murid lebih
seronok untuk terus belajar dan memupuk minatmurid yang selama ini tidak beberapa minat
dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. diharapkan apayang diterangkan ini memuaskan
dan memberi inpakyang baik.
Rujukan/Bibliografi
 Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar
Bahasa
 Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa
Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2001a.
 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2001b.
 Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2001c.
 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2001d.
 Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2001e.
 Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2002a.
 Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2002b.
 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur:
Kementerian PendidikanMalaysia.
 Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
2003.
 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul,
“Kemahiran
 Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al.,
2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai
Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
LAMAN SESAWANG
 http://perayaanmalaysia.blogspot.com/ diakses pada 10 Ogos jam
1.57 ptg
 http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83 diakses pada 10 Ogos jam 2.03
ptg
 http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/14/konsep-dasar-strategi-
pembelajaran-3/ diakses pada 10 Ogos jam 2.13 ptg
 http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-
pendekatan-kaedah-teknik.html diakses pada 13 Ogos jam 2.40
ptg
 http://bobezani.tripod.com/teknik.htm diakses pada 13 Ogos jam
3.00 ptg
 http://sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/kaedah-pengajaran-
bahasa-melayu.htmldiakses pada 13 Ogos jam 9.23 malam
 http://www.potralpendidikan.com.html diakses pada 20 Ogos jam
2.10 ptg
 http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN
diakses pada 20 Ogos jam 2.24 ptg
 http://pasirpekani.blogspot.com/2011/02/kaedah-pengajartan-bahasa-
melayu.html diakses pada 20 Ogos jam 2.43 ptg
 http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
diakses pada 20 Ogos jam 3.03 ptg
BUKU
 Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
 Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa &
Pustaka, Kuala Lumpur.
 Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti,
Petaling Jaya.
 Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala
Lumpur.
 Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu
Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa &
Pustaka, Kuala Lumpur.
 Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa
Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
 Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti,
Petaling Jaya.
 Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson,
London.

More Related Content

What's hot

Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahFarah Elriani
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 

What's hot (20)

Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik DarjahPengurusan Disiplin Bilik Darjah
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 

Similar to analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.

Asiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarAsiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarZairul Hisham
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)Nasran Syahiran
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nla5yr4f08
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatifmohamadawang
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptx
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptxmunaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptx
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptxUmarMohdRomzi
 

Similar to analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut. (20)

Asiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarAsiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajar
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
 
Apa dia pendekatan
Apa dia pendekatanApa dia pendekatan
Apa dia pendekatan
 
Article 6
Article 6Article 6
Article 6
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptx
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptxmunaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptx
munaqashah kaedah pengajaran ibadan dan akidah.pptx
 

analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut.

  • 1. BAHAGIAN B Buat analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan dari segi kaedah, teknik dan kemahiran bernilai tambah. berikan justifikasi mengapa anda memilih kaedah dan teknik tersebut. 0.1 PENGENALAN Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan harian.Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid- murid. Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid – murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid- murid. Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhkan.kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid- murid itu sendiri,Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita perlulah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian supaya menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai objektifnya secara optima. Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut.Kebijaksanaan guru memilih pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai akan memberi kesan kepada anak didik.Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai atau tidak objektif pengajaran pada hari
  • 2. 2.0 KAEDAH Definisi Kaedah Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Kaedah juga ialahsatu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangkamasa pendek. Mok Soon Seng (1992) berpendapat kaedahpengajaran adalah tentang sesuatu objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Jadi apa-apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guruuntuk memberikan kefahaman kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama -nama khas, seperti yang diutarakan oleh Syarifah Alwiah, Atan Long (1981) dan beberapa sarjana pendidikan bahasa lain. Terdapat beberapa kaedah dalam pelajaran Bahasa Malaysia iaitu seperti digambarkan di bawah ini. Kaedah Pengajara n Bahasa Malaysia Kaedah Natural Kaedah Tatabah asa Terjema han Kaedah Terus Kaedah ajuk HafazKaedah Linguiti k Kaedah Kod Kognitif Kaedah bahasa Komuni kasi Kaedah Oral- Aural
  • 3. Kaedah yang saya guna dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran saya ialah menggunakan Kaedah Natural.Kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat. Ini juga berlaku dalam kaedah tradisional.saya menggunakan kaedah ini kerana ia tidak menekankan rujukan kepada analisa gramatikel, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Kaedah ini dapat dilihat bahawa bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkaitkan makna dengan mesej. saya juga menggunakan kaedah ini kerana mirip kepada audio-linguis dimana ia sesuai dengan rancangan pengajaran harian yang saya rancang dan sesuai dengan tajuk yang diajar. Kaedah ini juga sesuai dimana kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi keperluan murid di dalam kelas. Pelajar bertindak balas terhadap soalan pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong, menerangkan grafik mudah seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas, guru akan memberi input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru harus menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran. Dalam pengajaran, guru akan menyediakan bahan audio visual dan pelajar bertutur berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Berdasarkan kaedah ini, aktiviti ini boleh dijalankan mengikut berpasangan atau berkumpulan. Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar dan bertutur murid serta dapat membuat rumusan pada akhir pengajaran. Kaedah yang kedua saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia ialah Kaedah terus. Ini kerana kaedah terus membabitkan pengajaran perbualan. Kaedah ini mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan kaedah lain kerana kaedah ini dapat menghasilkan pelajar yang dapat menguasai bahasa lisan dengan baik. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah ini usaha yang lebih adalah dituntut bagi melaksanakannya dan guru perlu berkemampuan dan mahir untuk menggunakan pelbagai cara atau teknik untuk menyatakan makna perkataan dan frasa dengan jelas. Dalam pembelajaran dan pengajaran, apabila segala makna keadaan yang tidak difahami, guru akan menjelaskan kepada murid-murid dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawan atau cara yang lain. Kebiasaannya, pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi terlebih dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya dan undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat
  • 4. 3.0 TEKNIK Definisi teknik Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik- teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan- bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Dengan kata lain teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi, teknik akan merealisasikan kaedah yang kita pilih untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial/kuliah. Apakah teknik yang digunakan? Mungkin guru tersebut akan menggunakan teknik soal jawab atau teknik bercerita menggunakan media Power Point. Terdapat beberapa kaedah dalam pelajaran Bahasa Malaysia iaitu seperti digambarkan di bawah ini. Teknik Pengajara n Bahasa Malaysia Teknik Latih Tubi Teknik Permaina n Bahasa Teknik Bahasa Teknik Bercerita
  • 5. Teknik yang saya gunakan dalam rancangan pengajaran harian ialah teknik bercerita dan teknikmlatih tubi. Teknik bercerita. Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemhiran, di samping ketekalan ingatan. teknik ini saya lakukan di langkah pertama, kedua dan kemuncak. ini kerana di langkah tersebut murid membaca, menulis dan membina ayat yang berkaitan demngan maksud teknik ini. selain dari itu saya jugamenggunakan teknik bercerita.ia dijalankan di langkah set induksi. Dimana saya menayangkan slid dan tayangan video untuk dilihat oleh murid di dalam kelas. 4.0 KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Definisi Kemahiran Benilai Tambah. Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan Dalam Kemahiran Bernilai Tambah (KBT),saya menggunakan tiga kemahiran iaitu: 3.1. Kemahiran Berfikir (KB) 3.2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (KTMK) 3.3. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) 4.1 Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan
  • 6. anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti; a) Apakah objek itu? b) Bagaimanakah bentuk objek itu? c) Apakah kegunaan objek itu? d) Bagaimanakah menggunakan objek itu? e) Di manakah dapat memperoleh objek itu? Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir. i. menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya. ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya. iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya. iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan,
  • 7. mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya. v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya. vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya. vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya. viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya. ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya. x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya. (b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;
  • 8. i. Mencirikan – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya. ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya. iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya. iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya. v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya. vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya. vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya. (c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;
  • 9. i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai. ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan. (d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah; i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep. ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan. iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan. 4.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,
  • 10. televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai; i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya. ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti; i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya. ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan. iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya. iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh
  • 11. 4.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu; i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata- kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya. ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya. iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan. iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya. v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama. vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
  • 12. hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan. vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan. viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya. secara solo mahupun secara bergabungan KESIMPULAN Dengan penerangan yang panjang lebar ini boleh dikatakan bahawa segala teknik, kaedah dan kemahiran berfikir yang saya terapkan di dalam rancangan pengajaran harian saya amat sesuai untuk mencapai objektif saya dalam pengajaran dan pembelajaran. apa yang diterapakan semapa pengajaran dapat memberi matfaat kepada murid dan murid lebih seronok untuk terus belajar dan memupuk minatmurid yang selama ini tidak beberapa minat dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. diharapkan apayang diterangkan ini memuaskan dan memberi inpakyang baik.
  • 13. Rujukan/Bibliografi  Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa  Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a.  Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.  Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c.  Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d.  Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • 14.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e.  Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.  Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.  Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.  Pusat PerkembanganKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran  Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 15. LAMAN SESAWANG  http://perayaanmalaysia.blogspot.com/ diakses pada 10 Ogos jam 1.57 ptg  http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83 diakses pada 10 Ogos jam 2.03 ptg  http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/14/konsep-dasar-strategi- pembelajaran-3/ diakses pada 10 Ogos jam 2.13 ptg  http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi- pendekatan-kaedah-teknik.html diakses pada 13 Ogos jam 2.40 ptg  http://bobezani.tripod.com/teknik.htm diakses pada 13 Ogos jam 3.00 ptg  http://sayasayangbm.blogspot.com/2011/05/kaedah-pengajaran- bahasa-melayu.htmldiakses pada 13 Ogos jam 9.23 malam  http://www.potralpendidikan.com.html diakses pada 20 Ogos jam 2.10 ptg  http://www.scribd.com/doc/49197959/PEMBELAJARAN-BERASASKAN diakses pada 20 Ogos jam 2.24 ptg  http://pasirpekani.blogspot.com/2011/02/kaedah-pengajartan-bahasa- melayu.html diakses pada 20 Ogos jam 2.43 ptg  http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ diakses pada 20 Ogos jam 3.03 ptg
  • 16. BUKU  Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.  Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.  Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.  Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.  Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.  Tang, Chee Yee (1988) "Panduan Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.  Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.