Successfully reported this slideshow.

Kerja Kursus Pengajian Am 2015

56,166 views

Published on

Pengenalan, metodologi, dapatan kajian,rumusan

Published in: Education
  • Be the first to comment

Kerja Kursus Pengajian Am 2015

  1. 1. 1 1.0 PENEGENALAN Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi, dan lain-lain. Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer. Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq (tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya mi, kuih muih dan biskut. Heong Peah, merupakan makanan tradisional (Kantonis: Heong Peng, Hokkien: Heong Peah) dalam masyarakat Cina di Malaysia terutamanya pastri, dalamnya terdapat maltosa. Kulit Heong Peah ini adalah rangup dan serbuk biskut mudah jatuh semasa makan. Pada masa yang lalu, biskut ini berbentuk seperti kuku kuda, oleh itu nama biskut ini dinama sebagai kek ladam. Selain itu, apabila membakar biskut ini, bau yang wangi akan menarik orang ramai untuk menikmatinya. Heong Peah adalah campuran pelbagai bahan penaik lalu membakarnya menjadi biskut. Menurut legenda pada asalnya, biskut ini merupakan makanan istana pada Dinasti Tang, di China. Semasa isteri pertama Maharaja Tang Tai Zhong, kembali ke Shaa Xi untuk melawat saudara-mara, biskut ini adalah dibawa bersamanya. Seterusnya, pencuci
  2. 2. 2 mulut istana ini tersebar kepada orang awam. Terdapat perubahan dalam pelbagai bentuk dan perasa telah diperkenalkan bersesuaian dengan peredaran masa. Di sekitar Malaysia, Heong Peah berasal dari kawasan Fujian Tongan. Pada abad yang lalu, terdapat pendatang dari Fujian datang ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Cara-cara pembuatan Heong Peah ini mula tersebar ke Semenanjung Tanah Melayu oleh mereka terutamanya orang bangsa Fujian yang berkumpul di Perak. Heong Peah menjadi makanan popular di bandar-bandar Perak khususnya, seperti Teluk Intan, Taiping, Gunung Rapat, misalnya Teluk Intan adalah paling terkenal dalam penghasilan Heong Peah. Selepas masa seratus tahun, terdapat perbezaan yang besar di antara Malaysia dan di kawasan Fujian Tongan dalam pembuatan Heong Peah. Heong Peah yang dibuat di Malaysia adalah menggunakan tepung, maltosa dan gula sebagai bahan mentah, dan melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya. Kini, lebih banyak orang memilih membakar Heong Peah di dalam ketuhar. Di samping, maltosa merupakan rasa asal Heong Peah. Terdapat juga pelbagai perasa seperti durian, kopi, dan daun pandan dihasilkan pada masa kini. Selain Perak, kedai biskut Heong Peah juga terdapat di tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Johor. Hal ini demikian, biskut Heong Peah telah menjadi salah satu makanan tradisional arus perdana tempatan. Untuk meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin automatik. Dengan menggunakan mesin atomatik ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat Heong Peah telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu sahaja, masa penghasilan Heong Peah dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif. Kajian ini dijalankan atas rasional generasi muda kini semakin melupakan makanan tradisional dan tidak mempunyai pengetahuan tentang penghasilan makanan tradisional. Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga tidak mengambil tahu akan makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa
  3. 3. 3 sendiri. Senario ini akan menyebabkan kewujudan makanan tradisional seperti biskut Heong Peah akan dilupakan dalam generasi yang akan datang. Justeru, tajuk kajian ini dipillih adalah untuk membuat pendedahan kepada generasi muda terutamanya bangsa Cina tentang kewujudan biskut Heong Peah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan atas sebab masyarakat kini kurang pengetahuan dan tidak mengambil tahu tentang proses membuat makanan tradisional dan kepentingan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan makanan. Mereka hanya tahu membeli makanan dari pasar raya dan bagi mereka, proses membuat makanan sangat senang sahaja. Fenomena ini memyebabkan masyarakat kini tidak menghargai makanan yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap proses membuat makanan tradisional dan bagaimana sains dan teknologi membantu dalam proses membuat makanan. Heong Peah merupakan makanan tradisional dalam kalangan kaum Cina di Malaysia. Makanan tradisional ini melambangkan identiti bangsa dan sebagai keunikan di Malaysia. Justeru, generasi muda harus menghargai makanan tradisional di Malaysia supaya ia dikekalkan turun-temurun.
  4. 4. 4 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian. Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur. Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu: i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. ii. Mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.
  5. 5. 5 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta Negeri Pulau Pinang Peta 1 : Pulau Pinang, Malaysia Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Penang Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Ibu negeri Pulau Pinang ialah George Town. Kepadatan penduduk di negeri Pulau Pinang ialah 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.
  6. 6. 6 3.2: Peta Sungai Jawi, Pulau Pinang Peta 2: Sungai Jawi, Pulau Pinang Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Sungai+Jawi,+Pulau+Pinang/ Jawi adalah sebuah bandar di Seberang Perai Selatan. Ia mengambil namanya selepas sungai yang berjalan melalui kawasan itu, Sungai Jawi. Perkampungan utama di kawasan itu juga dikenali sebagai Sungai Jawi, yang terletak di timur laut dari Nibong Tebal. Antara kampung-kampung dan penempatan di kawasan Jawi termasuk Kampung Jawi, Pekan Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Kampung Makau Suah, Taman seruling Emas, Taman Kesuma dan Kampung Changkat Diam. Kawasan ini hanya 5 km dari sempadan Kedah.
  7. 7. 7 3.3: Peta Kampung Valdor Peta 3: Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang Sumber :https://www.google.com.my/maps/place/Kampung+Valdor,+Sungai+Jawi, +Pulau+Pinang Terdapat sekira-kiranya 10,000 orang penduduk di Kampung Valdor, antaranya 99.5% orang kaum cina. Kampung Valdor merupakan ketiga besar kampung orang cina. Ekonomi Kampung Valdor adalah tertumpuan dalam pertanian dan perternakan.
  8. 8. 8 3.4: Gambar Kampung Valdor Foto 1 : Kampung Valdor Sumber: Kajian Lapangan 2015 Terdapat pelbagai kedai perniagaan di Kampung Valdor. Kegiatan ekonomi utama kampung ini adalah seperti pertanian dan perternakan. Kampung Valdor juga mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Valdor sebagai tempat penduduk untuk mendapat ilmu.
  9. 9. 9 4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan mempersembahkan data. 4.2 Reka Bentuk Kajian Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Bentuk kajian tersebut digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor. 4.3 Instrumen Kajian Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik, temu bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian dan dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan mudah dijawab oleh responden. Temu bual dijalankan melalui perbualan bersemuka atas tujuan mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap terhadap kajian yang dijalankan. Pemerhatian pula kaedah memerhatikan perlakuan responden atau penduduk di lokasi kajian. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk menjalankan kajian dengan tepat, seperti buku ilmiah, internet , ensaiklopedia, majalah dan akhbar.
  10. 10. 10 4.4 Cara Mendapatkan Responden Tajuk kajian ini adalah penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Heong Peah di Kampung Valdor. Objektifnya ialah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran biskut Heong Peah di Kampung Valdor. Pengkaji telah memilih 30 orang responden dari Kampung Valdor untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa dan jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik. Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja. 4.4.1 Persampelan Rawak Mudah Persampelan rawak mudah merupakan satu prosedur di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Pengkaji akan memilih 30 orang sebagai responden untuk menjawab soal selidik manakala dalam bahagian temu bual, 3 orang telah dipilih dalam kajian ini. 4.5 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden 4.5.1 Data Primer Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod yang digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. (i) Kaedah soal selidik Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran biskut tradisional, Heong Peah. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden di Kampung Valdor.
  11. 11. 11 Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja. Aspek umur juga terdapat di dalam borang soal selidik bahagian A. Aspek ini dipilih oleh pengkaji kerana pandangan daripada pelbagai peringkat umur amat penting supaya dapatan kajian yang diperolehi lebih tepat. Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= tidak setuju, 2=setuju, 3=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan menunggu responden menjawab soal selidik sehingga selesai. Hal ini demikian, semasa pengkaji berada di sisi responden bukan sahaja dapat mengumpul semua borang soal selidik malah boleh memberi bantuan jika responden tidak faham akan soalan dalam borang soal selidik. Semua responden telah memberi kerjasama yang baik . (ii) Kaedah temu bual Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka atau temu bual bantuan komputer. Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Heong Peah daripada 3 informen yang dipilih dari Kampung Valdor. Mereka adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng, pekerja Kilang Heong Peah, Puan Ng Geik Choo dan penduduk Kampung Valdor, Encik Lim Shun Wan. Masa temu bual ialah pada 14 March 2015 dan 15 March 2015 dan tempoh temu bual ini akan memakan sekurang-kurang 15 minit setiap responden. Pengkaji telah mengemukakan 5 soalan yang berkaitan dengan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional Heong Peah. Pengkaji juga akan meminta pendapat responden tentang kajian ini untuk mengukuhkan dapatan kajian yang diperoleh.
  12. 12. 12 Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah dipaparkan dalam jadual. Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh 1 Khor Bao Keng Pemilik kedai Biskut Heong Peah 14/3/2015 10.30 pagi 15 minit 2 Ng Geik Choo Pekerja Di Kedai Biskut Heong Peah 14/3/2015 11.20 pagi 12 minit 3 Lim Shun Wan Penjaja 15/3/2015 2.30 petang 10 minit Jadual 1 : Analisis Temu Bual Sumber: Kajian Lapangan 2015 (iii) Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan. Kaedah ini dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan kajian dan memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji akan melihat sendiri teknologi moden atau mesin-mesin yang digunakan dalam penghasilan Heong Peah. Proses penghasilan biskut Heong Peah yang menggunakan teknologi moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan diambil dari tempat kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti dalam kajian ini. 4.5.2 Data sekunder Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan. Rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah mencari pelbagai bahan rujukan seperti surat khabar Dong Fang Jit Poh dan Utusan Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat dari perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam. Bahan akhbar telah digunakan untuk memperoleh
  13. 13. 13 maklumat tentang aplikasi sains dan teknologi dalam makanan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula digunakan untuk mencari definisi perkataan dalam kajian ini. Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk mencari maklumat yang mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan Heong Peah. Kaedah ini dijalankan untuk mendapat bukti dalam dapatan kajian dan dapat dikukuhkan oleh pengkaji. 4.6 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan. Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan. Dalam Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang berbentuk skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3 peringkat digunakan untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang dikaji, skor 1 untuk tidak setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert ini akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 . Skor 1 2 3 Skala Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Jadual 2: Skala likert Sumber 1: Kajian Lapangan 2015
  14. 14. 14 5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah. Soal selidik yang dijalankan berkaitan perspesi penduduk terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan kekerapan. 5.1 Demografi Responden Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Valdor telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah disembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. 5.1.1 Jantina Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %) Lelaki 15 50 Perempuan 15 50 Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Jantina Sumber: Kajian Lapangan 2015
  15. 15. 15 Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina Sumber: Kajian Lapangan 2015 Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai 15 orang lelaki (50%) dan 15 orang perempuan (50%) dipilih dari Kampung Valdor. Jadual 2 dan rajah 1 telah menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa tiada perbezaan jurang dalam pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja. 5.1.2 Umur Umur Kekerapan (orang) Peratus (%) 15-24 tahun 7 23 25-34 tahun 5 17 35-44 tahun 10 33 45 tahun ke atas 8 27 Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Umur Sumber: Kajian Lapangan 2015 50%50% JANTINA Lelaki Perempuan
  16. 16. 16 Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur Sumber: Kajian Lapangan 2015 Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 5 golongan umur dalam kalangan 30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Responden 35-44 tahun merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang (33%) manakala golongan 15-24 tahun dan 45 tahun ke atas pula terdapat bilangan reponden yang lebih kurang sama iaitu 7 (23%) dan 8 (27%) orang. Reponden 25-34 tahun pula mempunyai 5 (17%) orang sahaja dalam kajian ini. Pandangan golongan muda sangat penting kepada pengkaji untuk mengetahui pendapat mereka tentang biskut tradisonal ini. 5.1.3 Pekerjaan Pekerjaan Kekerapan (orang) Peratus (%) Kerajaan 7 23 Swasta 4 13 Sendiri 10 34 Pelajar 5 17 Tidak bekerja 4 13 Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan Sumber: Kajian Lapangan 2015 23% 17% 33% 27% UMUR 15- 24 tahun 25-34 tahun 35-44 tahun 45 tahun ke atas
  17. 17. 17 Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan Sumber: Kajian Lapangan 2015 Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari Kampung Valdor telah dianalisiskan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan kebanyakkan responden daripada 30 responden ini bekerja sendiri di Kampung Valdor iatu 10 orang (34%). Manakala terdapat bilangan responden yang sama iaitu seramai 4 orang (13%) dalam golongan yang bekerja di sektor swasta dan tidak bekerja. Selain itu, terdapat 7 (23%) orang responden mencari nafkah dalam sektor kerajaan dan bakinya pula ialah pelajar dengan peratusan sebanyak 17% (5 orang). Sektor pekerjaan yang berbeza telah mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. 5.2 Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong Peah Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada ataupun meningkatkan lagi. 23% 13% 34% 17% 13% PEKERJAAN Kerajaan Swasta Sendiri Pelajar Tidak bekerja
  18. 18. 18 Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan pembangunan yang signifikan. 5.2.1 Penggunaan Mesin Untuk Memproses Biskut Heong Peah Dalam proses membuat biskut Heong Peah yang lama terdapat banyak tenaga yang diperlukan dalam menyediakan bahan-bahan membuat biskut Heong Peah, misalnya menggadun doh dengan kedua-dua belah tangan dengan masa yang lama lalu menggadun bahan-bahan perasa dalam kuali. Dengan kaedah membuat biskut Heong Peah yang lama ini, kuantiti biskut tidak dapat ditingkatkan dan masa menghasilkan biskut amat panjang. Kini, terdapat beberapa jenis mesin telah digunakan. i. Mesin Pengadun Doh Apabila membuat kulit biskut, pengusaha akan menjerang air dulu dan menyediakan tepung lalu mengadun menjadi doh dengan mesin pengadun. Mesin ini adalah untuk menggantikan kaedah manual yang mengadunkan doh tepung dengan sumber tenaga manusia. Foto 2: Mesin Menggadun Doh Sumber : Kajian Lapangan 2015
  19. 19. 19 ii. Mesin Penggelek Doh Doh tepung tersebut akan masuk dalam ke mesin penggelek doh. Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk membuat biskut akan dihasilkan. Foto 3: Mesin Mesin Penggelek Doh Sumber: Kajian Lapangan 2015 iii. Mesin Penggadun Elektrik Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan. Bahan-bahan seperti gula, bawang merah, garam, bijian dan maltosa akan dimasukkan ke dalam penggadun makanan elektrik. Dengan mesin penggadun elektirk, bahan perasa biskut dapat disediakan dalam masa beberapa minit dan dapat memastikan semua bahan dapat menggadun dengan seimbang. Foto 4: Mesin Penggadun Elektrik Sumber: Kajian Lapangan 2015
  20. 20. 20 iv. Ketuhar Pembakar Elektrik Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit tepung yang disediakan, biskut-biskut tersebut akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik dalam 160 kelsius dalam masa 23 minit. Kalau menggunakan cara yang lama adalah melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya beberapa jam. Foto 5: Ketuhar Pembakar Elektrik Sumber: Kajian Lapangan 2015 5.2.2 Bahan Perasa dan Warna Kulit Heong Peah Dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah yang mempunyai pelbagai perasa telah dihasilkan. Perasa biskut ini bukan hanya terdapat perasa maltosa sahaja malah perasa kacang merah, bijian hitam dan juga pes biji teratai juga dihasilkan. Foto 6: Biskut Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015
  21. 21. 21 5.2.3 Pembungkusan Biskut Heong Peah Dalam pembungkusan biskut Heong Peah, pengusaha kilang ini telah membeli beg plastik yang dicustomkan. Dengan beg plastik yang diubahsuai dengan penggunaan sains dan teknologi, beg plastik ini berwarna merah dan lebih menahan panas daripada beg plastik yang biasa. Oleh itu, beg plastik ini sesuai untuk memasukkan biskut Heong Peah yang baru dihasilkan .Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Gambar 7: Pembungkusan Biskut Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015 5.2.4 Pemasaran Biskut Heong Peah Selepas biskut Heong Peah diubahsuai dengan aplikasi sains dan teknologi, pemasaran biskut ini telah dipertingkatkan. Hal ini demikian, perasa biskut telah diperbaik dan beg plastik yang digunakan lebih menarik perhatian konsumer.
  22. 22. 22 5.3 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran Biskut Heong Peah 5.3.1 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong Peah Bil Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah. Skor Min 1 2 3 (F) (%) (F) (%) (F) (%) 1 Proses membuat Heong Peah menjadi lebih bersih. 5 17 15 50 10 33 2.2 2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Heong Peah dapat menjimatkan masa. 2 7 10 33 18 60 2.5 3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah kesan daripada penggunaan teknologi. 0 0 15 50 15 50 2.5 4 Kos penghasilan biskut Heong Peah dapat dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi. 6 20 12 40 12 40 2.2 5 Kuantiti penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih banyak. 3 10 12 40 15 50 2.4 Jadual 4: Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015
  23. 23. 23 Rajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Biskut Tradisional Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan proses penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan teknologi manakala terdapat 10 (33%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak setuju pula terdapat 5 orang (17%) daripada keseluruhan responden yang dipilih. Namum min purata 2.2, iaitu skala likertnya bernombor 2 iaitu mereka telah memilih setuju akan proses penghasilan menjadi lebih bersih. Kebanyakan responden dengan seramai 18 orang (60%) sangat setuju akan penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa. Manakala 10 (33%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya 2 orang (7%) memilih tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.5, skala likert bernombor 3 iaitu menunjukkan kebanyakan orang sangat setuju akan penggunaan sains dan teknologi dapat menjimatkan masa dalam penghasilan Heong Peah. Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden berpendapat bahawa kos penghasilan Heong Peah tidak dapat dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju dan sangat setuju terdapat bilangan orang responden yang sama iaitu 12 orang dengan masing-masing terdiri 40% 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Proses lebih Bersih Menjimat Masa Pelbagai Perasa Kos dikurangkan Kuantiti lebih Banyak Kekerapan Kesan-kesan dalam Penghasilan KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENGHASILAN BISKUT TRADISIONAL, HEONG PEAH Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
  24. 24. 24 daripada keseluruhan. Tidak banyak responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyataan ini disokong oleh Puan Ng Geik Choo, pekerja dari kedai Heong Peah di Kampung Valdor. Seterusnya, terdapat bilangan orang responden yang sama dalam ketegori setuju dan sangat setuju dalam soalan tentang terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah kesan daripada penggunaan teknologi. Justeru, terdapat 15 orang responden iaitu 50% memilih dalam kategori setuju dan sangat setuju masing-masing. Tiada orang berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Hal ini demikian, kedai biskut Heong Peah ini telah menghasilkan pelbagai perasa selain maltosa. Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua responden. Dalam kategori setuju pula terdapat 12 orang (40%) manakala hanya 3 orang (10%) tidak setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat. Encik Khor Bao Keng pengusaha kilang biskut Heong Peah telah berpendapat bahawa kuantiti biskut ini telah banyak meningkat kerana pada masa dahulu sentiasa perlu menunggu lama untuk membelinya semasa menggunakan kaedah manual dalam penghasilan biskut kerana kuantitinya terhad.
  25. 25. 25 5.3.2 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Biskut Heong Peah Bil Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi dalam pemasaran biskut tradisional, Heong Peah. Skor Min 1 2 3 (F) (%) (F) (%) (F) (%) 1 Pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih kemas. 2 7 20 66 8 27 2.2 2 Biskut Heong Peah menjadi popular dalam kalangan generasi muda. 10 33 12 40 8 27 1.9 3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah semakin meningkat. 5 17 15 50 10 33 2.2 4 Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. 5 17 12 40 13 43 2.3 5 Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan makanan moden yang lain. 10 33 15 50 5 17 1.8 Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015
  26. 26. 26 Rajah 5: Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah Sumber: Kajian Lapangan 2015 Berdasarkan Jadual 5, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam ketegori setuju dalam soalan tentang pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih kemas kesan daripada penggunaan teknologi iaitu 20 orang responden (66%) . Justeru, terdapat 8 orang responden iaitu 27% memilih dalam kategori sangat setuju dan 2 orang berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Namum, secara puratanya min purata 2.2 iaitu skala likert bernombor 2 yang menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih setuju akan pembungkusan biskut lebih kemas. Bukan begitu sahaja, akhbar “ Utusan Malaysia” pada 24 Julai 2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini menyatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti pembungkusan makanan dan lebih kemas daripada pembungkusan yang lama. Di samping itu, terdapat 10 orang bersamaan 33% daripada semua responden berpendapat bahawa biskut Heong Peah tidak popular dalam kalangan generasi muda walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran biskut Heong Peah dan yang selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 12 orang (40%) dan 8 orang (27%) 0 5 10 15 20 25 Pembungkusan Lebih Kemas Popular Dalam Pemuda Kuantiti Jualan Meningkat Menarik Minat Pengunjung Dapat Bersaing dengan Makanan Moden Kekerapan Kesan-kesan dalam Pemasaran KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PEMASARAN BISKUT TRADISIONAL, HEONG PEAH Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
  27. 27. 27 orang dengan masing-masing daripada keseluruhan responden.Hal ini demikian kerana kebanyakkan pemuda hanya leka akan alat komunikasi yang canggih pada masa kini. Penyataan ini disokong oleh Encik Lim Shun Wan, informan temu bual. Seramai 15 orang setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua responden. Dalam kategori sangat setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya 5 (17%) orang tidak setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat. Encik Asman, penduduk di Kampung Valdor berpendapat bahawa kuantiti jualan biskut ini telah meningkat berbanding dengan masa dahulu kerana perasa biskut Heong Peah kini juga sesuai dimakan oleh kaum lain. Seterusnya, kebanyakan responden dengan seramai 13 orang (43%) sangat setuju akan penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menarik pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. Manakala 12 (40%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya 5 orang (17%) memilih tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.3, iaitu skala likert bernombor 2 dan ini menunjukkan kebanyakan orang setuju akan penggunaan sains dan teknologi dapat menarik pengunjung luar datang untuk membeli biskut ini. Pernyataan dapat dibuktikan daripada surat khabar “Oriental Daily” pada 21 Januari 2015 . Dalam akhbar ini telah menyatakan bahawa pengeluaran makanan tradisional seperti kuih muih dan biskut dapat menjadikan sesuatu tempat menjadi tempat tarikan kepada pengunjung. Sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan biskut Heong Peah dapat bersaing dengan makanan moden yang lain atas bantuan sains dan teknologi manakala hanya 5 orang (17%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak setuju pula terdapat 10 orang (33%) berganding dua kali daripada orang yang memilih sangat setuju. Namum, banyak orang telah memilih setuju akan Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan makanan moden dengan min purata 1.8 iaitu skala likert yang bernombor 2 iaitu setuju akan pernyataan ini .
  28. 28. 28 6.0 Rumusan Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan kesan-kesannya daripada aplikasi sains dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat. Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang makanan tradisional dan cara penghasilan makanan tradisional. Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci tentang kepentingan sains dan teknologi terhadap makanan tradisional. Untuk meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah daripada cara pembuatan tradisional, kepada penggunaan mesin automatik. Dengan menggunakan mesin automatik ini, tenaga manusia dan masa yang diperlukan dalam membuat Heong Peah dapat dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Manakala kuantitinya dapat ditingkatkan dengan efektif. Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa penggunaan teknologi dalam penghasilan biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa dan kuantiti penghasilan biskut turut menjadi lebih banyak. Data ini juga disokong adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng dan pekerja Kilang Heong Peah, Puan Ng Geik Choo. Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat dikurangkan kerana bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantiti biskut Heong Peah juga meningkat. Manakala, menurut akhbar “Oriental Daily”, untuk berkembang bidang makanan tradisional ini, aplikasi sains dan teknologi amat diperlukan untuk mengurangkan sumber tenaga manusia dengan efektif. Terdapat sebahagian kecil daripada responden yang berpendapat bahawa walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah masih tidak popular dalam kalangan pemuda dan tidak dapat bersaing dengan makanan moden yang semakin banyak dari semasa ke semasa. Melalui proses temu bual, penduduk Kampung Valdor, Encik Lim Shun Wan telah menyatakan masalah tentang kelekaan pemuda disebabkan makanan moden daripada makanan tradisional seperti Heong Peah.
  29. 29. 29 Cara membuat biskut Heong Peah mestilah dikekalkan dan diwarisi secara turun- temurun maklumat tentang makanan tradisional seperti biskut Heong Peah harus dipaparkan dalam laman web dan juga boleh menyebarkan melalui program televisyen. Program tentang biskut Heong Peah ini boleh menceritakan tentang asal usul biskut tradisional ini dan proses penghasilannya. Dengan kaedah ini, golongan pemuda akan lebih tertarik akan makanan tradisional dan cuba membeli untuk menikmatinya. Kini, sains dan teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, oleh itu pihak kerajaan harus menggalakkan pengusaha-pengusaha kilang membuat pelaburan dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat makanan tradisional ini dapat diperbaikkan. Konklusinya, makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa sendiri, kita harus menghargai makanan tradisional seperti biskut Heong Peah supaya biskut ini tidak akan menjadi pupus pada masa hadapan.
  30. 30. 30 Lampiran 1 Rujukan Foo Yong He, “Keunikan Makanan Tradisional Bangsa Cina”, dlm Oriental Daily (Dong Fang Jit Poh), 21 Januari 2015 https://www.google.com.my/maps/place/ Kamaludin A. Rashid, “Kepentingan industri logistik kepada negara” , dlm Utusan Malaysia, 27 Julai 2014 Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Laupa Junus, “ Melahirkan Pakar Proses Makanan”, dlm Utusan Malaysia, 8 September 2014 Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris). Mzulfadli (2009). Teknologi Makanan. Dicapai pada Mac ,20, 2015 daripada http://www.slideshare.net/mzulfadli.binchezabri/teknologi-makanan
  31. 31. 31 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah. 1. JANTINA Lelaki ( ) Perempuan ( ) 2. UMUR 15 – 24 tahun ( ) 35 – 44 tahun ( ) 25 – 34 tahun ( ) 45 tahun ke atas ( ) 3. BANGSA Melayu ( ) Cina ( ) India ( ) 4. TAHAP PENDIDIKAN PMR ( ) IJAZAH ( ) SPM ( ) Lain-lain : STPM ( ) 5. PEKERJAAN Kerajaan ( ) Sendiri ( ) Tidak bekerja ( ) Swasta ( ) Pelajar ( ) 6. STATUS PERKAHWINAN Berkahwin ( ) Belum berkahwin ( ) Makluman Kepada Responden Boring soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah di Kampung Valdor Sungai Jawi, Pulau Pinang. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya akan digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja. * kerjasama anda amatlah dihargai
  32. 32. 32 BAHAGIAN B: SKALA LIKERT ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah. 1 2 3 Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju Bilangan Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah. 1 2 3 1 Proses membuat Heong Peah menjadi lebih bersih. 2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Heong Peah dapat menjimatkan masa. 3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah kesan daripada penggunaan teknologi. 4 Kos penghasilan biskut Heong Peah dapat dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi. 5 Kuantiti penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih banyak. Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam pemasaran biskut Heong Peah. 1 Pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih kemas. 2 Biskut Heong Peah kini telah menjadi popular dalam kalangan generasi muda. 3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah semakin meningkat. 4 Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. 5 Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan makanan moden yang lain. SEKIAN, TERIMA KASIH
  33. 33. 33 Jadual Temu Bual Informan 1: Encik Khor Bao Keng Soalan Jawapan 1. Bolehkah Encik Khor menyatakan apakah mesin automatik yang terdapat di dalam kilang biskut Heong Peah ini ? Terdapat empat mesin yang digunakan dalam kilang ini terdapat, iaitu mesin mengadun doh, mesin penggelek doh, mesin penggadun bahan perasa dan ketuhar pembakar elektrik. 2. Mengapakah Encik Khor menggunakan mesin ini dalam penghasilan biskut Heong Peah? Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam perniagaan saya ini. 3. Apakah fungsi-fungsi mesin automatik ini dalam penghasilan biskut Heong Peah? Mesin pengadun doh adalah untuk membuat kulit biskut dengan mengadun tepung dan air panas menjadi doh dengan mesin pengadun. Mesin penggelek doh pula berfungsi untuk menggelek doh yang akan masuk dalam mesin ini. Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk membuat biskut akan dihasilkan. Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan dengan memasukkan bahan-bahan perasa ke dalam penggadun makanan elektrik. Dengan mesin penggadun elektirk, bahan perasa biskut dapat disediakan dalam masa beberapa minit dan dapat memastikan semua bahan-bahan dapat menggadun dengan seimbang. Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit tepung yang disediakan, biskut-biskut tersebut akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik dalam 160 kelsius dalam masa 23 minit.
  34. 34. 34 4. Apakah perubahan dalam proses penghasilan biskut Heong Peah selepas Encik Khor menggunakan mesin-mesin automatik ini? Kalau berbanding dengan kaedah yang manual, banyak tenaga akan digunakan dalam membuat biskut ini, misalnya proses mengadun dan menggelek doh tepung. Selepas saya mula menggunakan mesin-mesin ini, tenaga kerja saya dapat dikurangkan dan masa menghasil biskut ini turut dapat dijimatkan. 5. Adakah jualan biskut Heong Peah ini meningkat selepas Encik Khor menggunakan mesin-mesin ini ? Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan biskut ini memang lebih baik daripada masa dahulu semasa saya menggunakan kaedah manual dalam penghasilan biskut Heong Peah, kerana kuantiti biskut ini terhad dengan masa yang tidak cukup. Informen 2:Puan Ng Geik Choo Soalan Jawapan 1. Apakah perubahan dalam kerja puan berbanding dengan masa yang dahulu? Apakan sebabnya? Tenaga kerja saya telah dikurangkan sebanyak 1/3 selepas tauke mula menggunakan mesin- mesin automatik daripada kaedah manual. Hal ini demikian, mesin-mesin automatik telah banyak membantu dalam proses membuat biskut Heong Peah yang memerlukan banyak tenaga seperti mengadun dan menggelek doh tepung. 2. Apa kesan yang lain daripada mengurangkan beban kerja dalam penghasilan biskut ini dengan aplikasi mesin-mesin automatik ini? Kesannya adalah masa membuat biskut Heong Peah pada kuantiti yang sama dapat dijimatkan dan kita dapat masa yang terluang untuk membuat kuantiti yang lebih banyak untuk dijual. Oleh itu, jualan biskut ini turut
  35. 35. 35 meningkat berbanding dengan masa yang dahulu. 3. Adakah puan setuju dengan kos proses penghasilan biskut Heong Peah dapat dikurangkan dengan aplikasi mesin automatik ini ? Saya tidak setuju akan penyataan ini, aplikasi mesin automatik memang dapat mengurangkan tenaga kerja kita dan pekerja yang perlu diupah, tetapi kos penghasilan masih tidak dapat dikurangkan. Hal ini demikian, bil elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa dan kos bahan turut ditingkatkan mengikut harga petrol yang semakin tinggi. 4. Adakah Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli? Ya, terdapat juga pengunjung yang dari luar negeri datang ke kampung ini selepas mengetahui di sini terdapat kilang menjual biskut Heong Peah dan mereka akan membeli dengan kuantiti yang banyak setiap kali datang ke kedai. 5. Apakah cadangan puan boleh beri bagi meningkatkan perhatian dan pengetahuan generasi muda terhadap biskut Heong Peah? Saya berasa kami boleh memaparkan proses penghasilan biskut ini di surat laman web, khabar atau majalah supaya lebih ramai orang mengenali biskut ini terutamanya generasi muda. Selain itu, kami juga boleh menggalakkan pihak sekolah menganjur rawatan sambil belajar ke kilang ini.
  36. 36. 36 Informan 3: Encik Lim Shun Wan Soalan Jawapan 1. Adakah jualan biskut Heong Peah ini meningkat selepas berbanding dengan masa yang dahulu? Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan biskut ini memang lebih baik daripada masa dahulu. Kuantiti biskut ini memang terhad pada masa itu kerana mereka membuat biskut tanpa menggunakan mesin automatik. 2. Bagaimanakah pembungkusan biskut Heong Peah kini berbanding dengan masa dahulu? Pembungkusan biskut telah menjadi lebih kemas daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg plastik yang melambangkan kilang dan kedai mereka yang berwarna merah. 3. Adakah biskut Heong Peah ini menjadi popular dalam kalangan generasi muda pada masa kini? Sya tidak rasa begitu, walaupun biskut ini masih terdapat konsumer generasi muda tetapi juga terdapat kebanyakkan pemuda tidak gemar akan biskut ini. 4. Apakah pendapat anda tentang biskut ini masih tidak popular dalam generasi muda? Bagi pendapat saya, biskut ini tidak menarik perhatian mereka disebabkan mereka hanya leka akan alat teknologi sekarang sperti telefon bimbit dan komputer. Mereka lebih rela menghadap dengan alat komunikasi ini daripada cuba menikmati biskut ini. 5. Adakah encik berpendapat bahawa biskut Heong Peah ini dapat bersaing dengan makanan moden yang dihasilkan pada zaman sekarang ? Saya tidak berpendapat sebegitu, walaupun perasa biskut Heong Peah telah diperbanyakkan dengan aplikasi sains dan teknologi, tetapi kaedah ini masih tidak cukup untuk bersaing dengan makanan moden yang sentiasa menghasilkan perasa yang baru dari semasa ke semasa.

×