SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
17
4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN
MORAL
Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik
mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam
menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik
mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran
secara optimum.
4.1 Pendekatan
Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak
dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima
umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj.
Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan
andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat
pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks
pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu
mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus
berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran.
Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat
bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH)
berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah
kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah
pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan
pemupukan nilai.
18
4.1.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)
Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan
kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.
Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’,
‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif
sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan
perhatian terhadap pengalaman mereka.
Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’
diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa
maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian,
kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat
terhadap orang lain.
Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal dan
mengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan
sesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyai
perhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawa
perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu
yang dalaman.
Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui
empat aspek yang berikut iaitu modeling, dialog, praktis dan
kepastian. Modeling ialah tumpuan harus diberikan kepada
perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (
carer) dan menerima sayang ( cared for ). Konsep penyayang
dapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan di mana ia
boleh diperhati dan diikuti.
Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep
penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan
menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang
dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan
orang yang diberikan sayang (cared for).
19
Praktis dilaksanakan dalam menjalankan usaha
penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan
dalam khidmat sosial atau komuniti manakala kepastian pula
boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan
sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965)
Ia juga berfungsi untuk mengesah dan menggalakkan ‘the best
in others’ dalam perhubungan antara individu.
4.1.2 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai
budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab
pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, maka
ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam
pengajaran moral sekolah rendah.
Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai
tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid.
Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar
memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan
menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip
moral.
Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan
cara mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan
atau luar negara, pengukuhan positif apabila perlakuan yang
baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya
tingkah laku negatif serta memberi penjelasan atau
memanipulasi pengalaman yang dialami oleh murid-murid untuk
menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.
20
4.2 Kaedah
Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan
sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran
(Ishak Ramly, 2006). Teknik pula ialah cara yang digunakan guru untuk
melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Untuk melaksanakan
pendekatan kepedulian dan pendekatan pemupukan nilai yang telah
ditentukan sebelumnya, saya memilih untuk menggunakan kaedah
nyayian, bercerita dan perbincangan untuk digunakan dalam sesi
pengajaran.
4.2.1 Kaedah Nyanyian
Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran
yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama
murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat
menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan
setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh
digunakan sebagai set induksi, sebagai isi
pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.
Untuk melaksanakan kaedah nyanyian, guru perlu
memastikan murid dapat melihat lirik. Lirik boleh ditampal pada
papan hitam, diedarkan kepada murid atau dipancarkan melalui
LCD. Lebih menarik jika guru telah menyediakan rakaman lagu
supaya mudah diikuti murid. Selepas itu, murid boleh diminta
untuk membuat ulasan tentang lagu yang telah dinyanyikan.
4.2.2 Kaedah Bercerita
Bercerita merupakan satu teknik yang boleh menarik minat
kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat
memberikan tumpuan terhadap penceritaan guru. Bercerita
menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik
dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh
didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,internet dan
lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan
21
minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan.
Banyak pengajaran dan nilai moral juga dapat dicungkil
daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.
Cerita yang dipilih haruslah berkaitan dengan isu moral
yang ingin disampaikan. Guru juga perlu bijak mempelbagaikan
nada suara supaya bersesuaian dengan watak yang
disampaikan dalam cerita. Kad-kad imbasan, ‘puppet’ atau
wayang kulit juga boleh digunakan kerana kanak-kanak lebih
mudah tertarik jika bahan maujud digunakan oleh guru dalam
pengajaran.
4.2.3 Kaedah Perbincangan
Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara
dua hala. Di samping itu, ia memberi peluang kepada semua
murid untuk mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan
yang bersesuaian. Secara tidak langsung, ia melatih murid
untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan kaedah
ini ialah guru sebagai pemudahcara dan murid rasa dihargai
kerana diberi peluang.
Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi murid
dapat melibatkan diri dalam kumpulan. Murid perlu memainkan
peranan yang aktif dalam mengulas, menganalisisdan memberi
idea mengenai suatu isu yang dibincangkan. Peranan guru amat
penting untuk mengagihkan murid ke dalam kumpulan
berdasarkan kebolehannya.
22
4.3 Kemahiran
Kemahiran dirujuk sebagai kepintaran, kepandaian, kecekapan dalam
melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud kemampuan untuk mencapai
dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang
khusus atau kebolehan tertentu.
4.3.1 Kemahiran Pembelajaran Aktif
Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana pelajar
melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan
membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini
berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran secara
tabi'inya adalah satu kegiatan yang aktif dan manusia berlainan
belajar dengar kaedah yang berbeza. Elemen pembelajaran
aktif termasuk bercakap, mendengar, menulis, membaca dan
membuat refleksi.
Schon (1983) menyatakan bahawa sesuatu situasi tidak
wujud dalam keadaan yang sedia ada tetapi dibentuk daripada
peristiwa yang membingungkan, menggangu dan kurang pasti.
Pelajar mesti melakukan sesuatu untuk mencari pengertian
sesuatu situasi yang boleh dikaitkan dengan situasi atau
pengalaman sendiri.
Melalui refleksi, pelajar menggunakan pangkalan data
kognitif yang terdiri daripada contoh, imej, pengalaman dan
tindakan untuk membingkai situasi baru dan menyelesaikan
masalah (Schon, 1987).
23
4.3.2 Kemahiran Pembelajaran Kontekstualisme
Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual
merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan
baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku
di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir
yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan
penganalisis data serta pemecahan masalah-masalah tertentu
samada secara individu atau berkumpulan.
Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris
(asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud
mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa
maksud keadaan, situasi dan kejadian.
Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke
matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan.
Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah
pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara
konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

More Related Content

What's hot

Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 
Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralenab dan kesum
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 

What's hot (20)

Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Pendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moralPendekatan pendidikan moral
Pendekatan pendidikan moral
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Similar to PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariL Adul Lalut Adul
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)NurSyaqina
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarancik noorlyda
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pkhalidipda
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 

Similar to PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL (20)

Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
Interaksi dan pembelajaran (Bab 2)
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
konstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajarankonstruktivisme untuk pengajaran
konstruktivisme untuk pengajaran
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
K7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-pK7 kpli-interaksi dalam p-p
K7 kpli-interaksi dalam p-p
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 

More from Wan Nor Faezah

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERMATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERWan Nor Faezah
 
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHMATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHWan Nor Faezah
 
Rph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanRph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanWan Nor Faezah
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniWan Nor Faezah
 
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikSet induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikWan Nor Faezah
 
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraSet Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraWan Nor Faezah
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)Wan Nor Faezah
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Wan Nor Faezah
 

More from Wan Nor Faezah (17)

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
RPH MASA TAHUN 5
RPH MASA TAHUN 5RPH MASA TAHUN 5
RPH MASA TAHUN 5
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBERMATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
MATHEMATICS LESSON PLAN YR 2 - WHOLE NUMBER
 
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTHMATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
MATHEMATICS LESSON PLAN - LENGTH
 
Rph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturanRph pendidikan jasmani kelenturan
Rph pendidikan jasmani kelenturan
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmaniRancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani
 
Rph carta pai
Rph carta paiRph carta pai
Rph carta pai
 
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baikSet induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
Set induksi untuk pendaraban masa tahun 5 Dua sahabat baik
 
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kuraSet Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
Set Induksi untuk tajuk Pendaraban masa tahun 5Kisah arnab dan kura kura
 
NUMERATION SYSTEM
NUMERATION SYSTEMNUMERATION SYSTEM
NUMERATION SYSTEM
 
Numbers
NumbersNumbers
Numbers
 
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
kaedah dan teknik dalam matematik (method and technique in math)
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
RPH MORAL TAHUN 5
RPH MORAL TAHUN 5RPH MORAL TAHUN 5
RPH MORAL TAHUN 5
 
Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)Pendekatan penyayang (caring approach)
Pendekatan penyayang (caring approach)
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

  • 1. 17 4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. 4.1 Pendekatan Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran. Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH) berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan pemupukan nilai.
  • 2. 18 4.1.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding) Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’ diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal dan mengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyai perhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu yang dalaman. Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut iaitu modeling, dialog, praktis dan kepastian. Modeling ialah tumpuan harus diberikan kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang ( carer) dan menerima sayang ( cared for ). Konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan di mana ia boleh diperhati dan diikuti. Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang diberikan sayang (cared for).
  • 3. 19 Praktis dilaksanakan dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti manakala kepastian pula boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965) Ia juga berfungsi untuk mengesah dan menggalakkan ‘the best in others’ dalam perhubungan antara individu. 4.1.2 Pendekatan Pemupukan Nilai Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, maka ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam pengajaran moral sekolah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral. Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan cara mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan atau luar negara, pengukuhan positif apabila perlakuan yang baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya tingkah laku negatif serta memberi penjelasan atau memanipulasi pengalaman yang dialami oleh murid-murid untuk menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.
  • 4. 20 4.2 Kaedah Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly, 2006). Teknik pula ialah cara yang digunakan guru untuk melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Untuk melaksanakan pendekatan kepedulian dan pendekatan pemupukan nilai yang telah ditentukan sebelumnya, saya memilih untuk menggunakan kaedah nyayian, bercerita dan perbincangan untuk digunakan dalam sesi pengajaran. 4.2.1 Kaedah Nyanyian Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh digunakan sebagai set induksi, sebagai isi pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup. Untuk melaksanakan kaedah nyanyian, guru perlu memastikan murid dapat melihat lirik. Lirik boleh ditampal pada papan hitam, diedarkan kepada murid atau dipancarkan melalui LCD. Lebih menarik jika guru telah menyediakan rakaman lagu supaya mudah diikuti murid. Selepas itu, murid boleh diminta untuk membuat ulasan tentang lagu yang telah dinyanyikan. 4.2.2 Kaedah Bercerita Bercerita merupakan satu teknik yang boleh menarik minat kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat memberikan tumpuan terhadap penceritaan guru. Bercerita menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,internet dan lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan
  • 5. 21 minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan. Banyak pengajaran dan nilai moral juga dapat dicungkil daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral. Cerita yang dipilih haruslah berkaitan dengan isu moral yang ingin disampaikan. Guru juga perlu bijak mempelbagaikan nada suara supaya bersesuaian dengan watak yang disampaikan dalam cerita. Kad-kad imbasan, ‘puppet’ atau wayang kulit juga boleh digunakan kerana kanak-kanak lebih mudah tertarik jika bahan maujud digunakan oleh guru dalam pengajaran. 4.2.3 Kaedah Perbincangan Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara dua hala. Di samping itu, ia memberi peluang kepada semua murid untuk mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan yang bersesuaian. Secara tidak langsung, ia melatih murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan kaedah ini ialah guru sebagai pemudahcara dan murid rasa dihargai kerana diberi peluang. Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi murid dapat melibatkan diri dalam kumpulan. Murid perlu memainkan peranan yang aktif dalam mengulas, menganalisisdan memberi idea mengenai suatu isu yang dibincangkan. Peranan guru amat penting untuk mengagihkan murid ke dalam kumpulan berdasarkan kebolehannya.
  • 6. 22 4.3 Kemahiran Kemahiran dirujuk sebagai kepintaran, kepandaian, kecekapan dalam melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan tertentu. 4.3.1 Kemahiran Pembelajaran Aktif Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana pelajar melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran secara tabi'inya adalah satu kegiatan yang aktif dan manusia berlainan belajar dengar kaedah yang berbeza. Elemen pembelajaran aktif termasuk bercakap, mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi. Schon (1983) menyatakan bahawa sesuatu situasi tidak wujud dalam keadaan yang sedia ada tetapi dibentuk daripada peristiwa yang membingungkan, menggangu dan kurang pasti. Pelajar mesti melakukan sesuatu untuk mencari pengertian sesuatu situasi yang boleh dikaitkan dengan situasi atau pengalaman sendiri. Melalui refleksi, pelajar menggunakan pangkalan data kognitif yang terdiri daripada contoh, imej, pengalaman dan tindakan untuk membingkai situasi baru dan menyelesaikan masalah (Schon, 1987).
  • 7. 23 4.3.2 Kemahiran Pembelajaran Kontekstualisme Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data serta pemecahan masalah-masalah tertentu samada secara individu atau berkumpulan. Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan. Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.