3. PENGENALAN:
Menurut pandangan islam, Ekonomi merujuk kepada suatu
ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan
tuntutan syariat, sama ada di peringkat perolehan,
penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi
mendapat keredhan Allah SWT.
Ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep
tauhid bagi melahirkan manusia yang
beriman, beramanah dan bertanggungjawab
4. Konsep Ekonomi Islam
Konsep Uluhiyyah
Konsep Tazkiyyah
Konsep Rububiyyah
Konsep Manusia sebagai
Khalifah
Konsep Persaudaraan &
Pengorbanan
Konsep Al-Falah
5. KONSEP ULUHIYYAH
• Menjelaskan tentang sifat Allah SWT
sebagai penguasa yang membuat
peraturan-peraturan bagi menjaga dan
menampung kehidupan makhluk bagi
mencapai kesempurnaan Islam
8. KONSEP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH
•Menjelaskan tentang manusia sebagai
pemegang amanah yang
bertanggungjawab memakmurkan muka
bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.
10. KONSEP AL-FALAH
•Merujuk kepada kejayaan ataupun
kebahagian yang diperoleh sama ada di
dunia dan di akhirat berlandaskan
amalan-amalan yang berteraskan
syarak.
12. HAK MILIK INDIVIDU
• Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT.
• Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil
manfaat daripada harta yang di anugerahkan oleh Allah SWT.
• Hak milik dalam islamadalah tidak mutlak tetapi terikat
dengan hukum dan peraturan Islam.
13. HAK MILIK UMUM
•Kebiasaannya diurus oleh pihak
pemerintah dan diagihkan secara adil
dan saksama kerana ia merupakan hak
milik bersama.
14. AKTIVITI EKONOMI YANG DIURUSKAN
•Melibatkan aktiviti pengeluaran dan
penggunaan.
•Barang pengeluaran mestilah yang
diharuskan oleh Islam iaitu yang
bersih,suci,berguna dan tidak
membahayakan
15. CIRI-CIRI SITEM EKONOMI ISLAM
Aktiviti ekonomi bertujuan
untuk beribadah kepada
Allah.
Matlamat jangka panjang
diutamakan.
Memberi kemakmuran
kepada masyarakat
Keuntungan dunia dan
akhirat
16. AKTIVITI EKONOMI BERTUJUAN UNTUK
BERIBADAH KEPADA ALLAH
Dalam sistem islam, tujuan utama
setiap aktiviti perniagaan, pelaburan,
perusahaan dan seumpamanya adalah
untuk beribadah kepada Allah SWT.
Dalam konteks ini, tiada sebarang
aktiviti ekonomi Islam dilaksanakan
selain dasar ini.
Aktiviti ekonomi haruslah di
lakukan berkhemah,
bertanggungjawab dan tidak
mengetepikan aspek nilai
dan kebajikan
17. MATLAMAT JANGKA PANJANG
DIUTAMAKAN
Matlamat sistem ekonomi
adalah untuk memberi
kemakmuran dan
kesejahteraan kepada
rakyat
Bagi individu yang
mengusahakan
perniagaan,matlamat jangka
dalam aktiviti yang diletakkan
adalah untuk mencapai
kesejahteraan hidup di akhirat.
18. MEMBERI KEMAKMURAN KEPADA
MASYARAKAT
Tujuan aktiviti pernigaan dan
ekonomi adalah untuk memberi
kemakmuran dan kesenangan
kepada masyarakat
Produk atau perkhidmatan
yang dikeluarkan adalah
untuk meningkatkan nilai
dan tahap hidup masyarakat.
Perkhidmatan
pelacuran,perjudian,dan
seumpamanya tidak ada sama sekali
dalam senarai aktiviti ekonomi islam
sebagaimana yang di amalkan
masyarakat jahiliah dan kaum yahudi
di Madinah,kerana ia membawa
kepada kerosakan dan kesengsaraan
kepada kehidupan masyarakat.
19. KEUNTUNGAN DUNIA &
AKHIRAT
Perniagaan dan aktiviti
ekonomi adalah untuk
mendapat keuntungan
material dan pahala daripada
aktiviti yang dilakukan Nabi
Muhammad s.a.w.
“Peniaga yang amanah berada di bawah naungan
Arash
pada hari pengadilan.“
Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan
urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu
timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam
golongan yang diberi keistimewaan.
Semakin banyak pahala
yang diperoleh daripada
aktiviti ekonomi, semakin
tinggi usaha yang
dilaksanakan.
Aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat
tolong-menolong, jujur dan
mengutamakan golongan yang lemah
kerana matlamatnya adalah untuk
mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.