1. LMCP 1112 : FALSAFAH
PENDIDIKAN ISLAM
PROJEK AKHIR : CIRI-CIRI GURU
IDAMAN
MOHAMAD NAIM BIN MOHD NASIR
A159951
2. 1) MEMPUNYAI SIFAT KESABARAN YANG
TINGGI
Supaya dia tidak mudah marah kerana perkara yang kecil.
Guru harus mendorong murid dengan sabar dan kemungkinan murid tersebut
akan mudah mencapai kecemerlangan mahupun di sekolah atau alam
dewasa.
Sabar itu separuh daripada iman, sabar boleh membentuk guru
supaya mempunyai kekuatan rohani.
3. 2) SEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB
Guru perlulah menjalankan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar
yang mempunyai misi untuk mendidik pelajar sehingga berjaya.
Mesti mengambil inisiatif untuk menjadikan anak muridnya sebagai pelajar
yang cemerlang.
Guru yang bertanggungjawab adalah seorang guru yang akan selalu
berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar, susah senang
pelajar adalah bersama guru.
4. 3) TEGAS TETAPI LEMBUT
Murid-murid akan berasa senang dengan keperibadian guru seperti ini.
Guru boleh membuat pelajar mudah mengikuti pembelajarannya walaupun
murid tersebut ialah murid bermasalah.
Ketegasan guru dalam memastikan pelajar menyiapkan kerja sekolah adalah
perlu dan ianya juga membentuk disiplin pelajar.
5. 4) BERPERWATAKAN MENARIK DAN PERSONALITI
YANG SESUAI DENGAN PELAJAR
Setiap murid mempunyai kaedah yang berlainan dalam memahami sesuatu
mata pelajaran seperti melalui visual, pendengaran dan secara praktikal.
Guru juga perlu mengambil kira bakat yang terpendam dalam diri pelajar.
Guru harus mengambil tahu cara untuk menyampaikan ajaran dengan lebih
selesa dan produktif, iaitu melalui pelajar sendiri.
6. KESIMPULAN
Tugas guru adalah sama berat seperti tugas ibu bapa.
Guru perlu membimbing dan mendidik murid-murid sama seperti ibu bapa.
Disebabkan itulah guru juga merupakan orang yang penting dalam kehidupan
kita.
Keberkesanan pengajaran dan didikan guru dapat membentuk
sahsiah pelajar.