SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
Download to read offline
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
KREATIVITI DAN INOVASI
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
DALAM KSSR
KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Copyright © 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya
Cetakan Ketiga 2012
Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62600 Putrajaya
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Perpustakaan Negara Malaysia
Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum
KREATIVITI: Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran/Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ISBN....
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
RUKUNEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil
bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
berikut;
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
KATA PENGANTAR
(BPK) telah membangunkan modul Kreativiti: Pembangunan dan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
KANDUNGAN
BAB 1
Kreativiti dan Inovasi
1.1. Matlamat
1.2. Objektif
1.3. Kreativiti
1.4. Inovasi
1.5. Model Kemahiran Berfikir
BAB 2
Pembangunan Kreativiti
2.1 Model Proses Kreatif Terarah
2.1.1 Fasa Persediaan
2.1.2 Fasa Imaginasi
2.1.3 Fasa Perkembangan
2.1.4 Fasa Tindakan
2.2 Alat Berfikir
2.3 Metakognisi
BAB 3
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
3.1. Aplikasi Proses Kreatif Terarah
3.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstriktivisme
3.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan
3.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah
3.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat
Keputusan
3.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek
3.2 Fokus Pengajaran dan Pembelajaran
BAB 4
Indikator Kreativiti dan Inovasi
4.1. Indikator Kreativiti dan Inovasi dalam Mata pelajaran
4.2 Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Mata Pelajaran
RUJUKAN
PANEL PENYUMBANG
1
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1
KREATIVITI & INOVASI
MATLAMAT
OBJEKTIF
KREATIVITI
INOVASI
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk
membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan
Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan
akan memangkin agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti
dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid:
x suka menyoal dan mencari jawapan,
x membuat hubung kait,
x menjangka peristiwa yang akan berlaku,
x membuat spekulasi tentang kemungkinan,
x meneroka idea,
x berfikir secara lateral, dan
x sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.
1.1 MATLAMAT
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk
melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif
berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi
amalan dan budaya dalam kehidupan mereka.
2 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1.2 OBJEKTIF
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah
untuk membolehkan murid:
i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
ii. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif.
iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti.
iv. Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea.
v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan
harian.
1.3 KREATIVITI
Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk
menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru
ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak
memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah
seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu
idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu
proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan
‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea.
Yayasan Inovasi Malaysia, 2010
1.4 INOVASI
Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala
invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang
dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka
ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih,
inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan
pemeliharaan benih.
Yayasan Inovasi Malaysia, 2010
3
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
INOVASI
KREATIVITI
1.5 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan
kemahiran menaakul. Perkaitan kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi
proses berfikir seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu
idea.
Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea
asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea
yang ada.
Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan
seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.
BERFIKIR
STRATEGI BERFIKIR/
METAKOGNITIF
- Mengkonsepsi
- Menyelesaikan
masalah
- Membuat keputusan
ST
KRITIS
- mencirikan
- membanding beza
- mengumpul dan mengkelas
- membuat urutan
- menyusun ikut keutamaan
- menganalisis
- mengesan kecenderungan
- menilai
- membuat kesimpulan
-
-
MENAAKUL
- Logik
- Rasional
/
KREATIF
- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meramal
- membuat hipotesis
- mensintesis
- mengitlak
- membuat gambaran mental
-
4 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya
sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses
kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi
menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan.
Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan
membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan
akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut
memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang
rasional.
5
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2
PEMBANGUNAN KREATIVITI
MODEL PROSES KREATIF TERARAH
ALAT BERFIKIR
Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik
yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Buku ini menggunakan
kerangka model proses kreatif terarah yang diubahsuai daripada Plsek, P.E.(1997)
sebagai panduan untuk guru melaksanakan P&P yang kreatif dan inovatif.
2.1 MODEL PROSES KREATIF TERARAH
Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa. Empat fasa tersebut ialah:
1. Persediaan
a. Persediaan
b. Analisis
2. Imaginasi
a. Penjanaan idea
b. Sintesis idea
3. Perkembangan
a. Penambahbaikan
b. Menilai
4. Tindakan
a. Pelaksanaan
b. Amalan berterusan
6 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Rajah 2 : Model Proses Kreatif Terarah
Diubahsuai daripada Plsek P. E., (1997)
Pelaksanaan
Amalan
berterusan
1 2
3
4
Penjanaan
Idea
Sintesis Idea
Penambahbaikan
Menilai
Pemerhatian
Analisis
7
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2.1.1 Fasa Persediaan
Jadual 1: Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan
Fasa Persediaan
Kemahiran Utama Indikator
Pemerhatian
Membuat pemerhatian
aktif untuk mengumpul
maklumat.
x Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau
x Menumpukan pemerhatian kepada objek,
perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh
x Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen
atau spesimen yang sesuai
x Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen
atau spesimen dengan betul
x Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur
yang sesuai
x Mengenal pasti ciri objek, situasi atau
fenomena dengan tepat
x Mendapatkan makna dengan betul
x Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena
sekeliling yang berkaitan
Analisis
Menganalisis maklumat
dengan menghuraikan
bahagian kepada yang
lebih kecil bagi
memahami sesuatu
x Mengenal pasti persamaan dan perbezaan
dengan betul
x Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria
tertentu
x Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria
tertentu
x Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu
x Mengesan sebab berdasarkan maklumat
berwibawa
x Mengkaji kesan baik dan kesan buruk
x Mengimbas kembali idea.
x Mencari banyak bukti yang diterima dan
disokong berdasarkan fakta dan maklumat
8 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2.1.2 Fasa Imaginasi
Jadual 2: Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi
Fasa Imaginasi
Kemahiran Utama Indikator
Penjanaan idea
Menghasilkan idea yang
berkaitan dengan
sesuatu perkara
x Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang
mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik)
x Menghasilkan idea secara berterusan
x Menghasilkan idea yang bermakna
x Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak
berdasarkan maklumat yang ada
Sintesis idea
Menggabungkan
maklumat yang
berasingan untuk
menghasilkan dan
memilih sesuatu
x Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan
dan membina tajuk.
x Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –
lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik,
lagu, karangan, laporan dan lakaran
x Menentukan maklumat diperoleh mencukupi
dan memastikan sama ada maklumat
tambahan diperlukan
x Membuat keputusan tentang sintesis akhir
x Membincang kebaikan atau kelebihan dan
keburukan atau kekurangan yang menjurus
kepada keputusan akhir
x Mencabar dan menilai maklumat baharu yang
diperoleh sama ada memerlukan tindakan
susulan atau diketepikan
x Membuat refleksi yang berterusan
9
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2.1.3 Fasa Perkembangan
Jadual 3: Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan
Fasa Perkembangan
Kemahiran Utama Indikator
Penambah baikan
Membuat
penambahbaikan
untuk
mengembangkan atau
mempelbagaikan
sesuatu idea untuk
meningkatkan mutu
atau keindahan hasil
karya atau ciptaan
x Menokok tambah idea
x Mengubah suai idea
x Memberi pelbagai penerangan rasional
tentang idea
x Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan
tugasan
x Memberi pelbagai kategori atau aspek
Menilai
Membuat
pertimbangan tentang
sesuatu perkara
x Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau
menolak idea
x Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan
dan keburukan, kelebihan dan kekurangan
berdasarkan bukti atau alasan tertentu
x Membuat wajaran dengan betul
x Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau
fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh
perasaan atau prasangka
10 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2.1.4 Fasa Tindakan
Jadual 4: Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan
Fasa Tindakan
Kemahiran Utama Indikator
Pelaksanaan
Menyampaikan dan
mempersembahkan
idea atau menghasilkan
prototaip
x Menghuraikan idea kepada butiran atau
bahagian yang lebih kecil dan khusus
x Menyusun idea secara tersusun dan
mudah difahami
x Menghasilkan idea tidak sama dengan
orang lain, idea tidak seperti yang biasa
dan idea yang belum ada atau frekuensi
ideanya kecil
Amalan berterusan
Peka kepada perkara di
sekeliling dan menjana
idea untuk berkreatif
x Peka kepada perkara di sekeliling
x Membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti masalah, kesilapan dan
kelemahan
x Mempraktikkan proses kreatif untuk
menghasilkan idea baharu secara
berterusan
11
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
2.2 Alat berfikir
Bagi memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan,
proses berfikir yang teratur dan sistematik perlu diaplikasikan. Dalam melaksanakan
proses tersebut penggunaan alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil
yang dihasratkan. Berikut adalah contoh alat berfikir yang boleh digunakan:
Jadual 5 : Contoh Alat Berfikir
Alat Berfikir Huraian Laman sesawang (contoh)
Istilah
(Glossary of
terms)
Alat berfikir dari A – Z dan strategi serta modal
pembelajaran.
Penerangan :
Apa? Mengapa digunakan? Bagaimana
digunakan?
http://www.enchantedlearning.com/grap
hicorganizers/flowchart/
http://www.pegasuscom.com/glossary.ht
ml
Taksonomi
Bloom (Bloom's
taxonomy)
Alat yang digunakan untuk mengelas soalan dan
aktiviti berdasarkan 6 tahap pemikiran iaitu
mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta
http://www.n8w.com/wp/1937
http://www.itcpublications.com.au
Sebab dan
Akibat
(Cause and
effect)
Alat yang menghubungkan sebab dengan
keputusan.
http://www.mapthemind.com/thinkingma
ps/themaps/multiflow/index.htm
l
http://www.thinkingprocess.co.uk/model/
improvement/tools/pdf/fishbone.pdf
Peta Konsep
(Concept map)
Peta grafik yang bermula dengan idea utama dan
dikembangkan bagi menunjukkan idea yang
berkaitan sebagai cabangnya
http://www.lionden.com/concept_maps.h
tm
Enam Topi
Pemikiran De
Bono
(De Bono's Six
Thinking Hats)
Alat berfikir untuk menggalakkan pemikiran
lateral.
http://www.debonothinkingsystems.com/
tools/6hats.htm
Grafik
(Graphing)
Alat untuk menyampaikan maklumat secara
visual.
http://cooltoolsforschools.wikispaces.co
m/Creativity+Tools
Carta Tulang
Ikan
(Fishbone
diagram)
Alat untuk mengenalpasti sebab dan akibat. Alat
yang berguna untuk merancang penulisan
karangan.
http://swellresearch.blogspot.com/2009/
02/using-fishbone-organisers-in-our-
school.html
Carta Lotus
(Lotus diagram)
Alat untuk mengurus dan mengelas maklumat
yang banyak secara sistematik.
http://www.docstoc.com/docs/4201940/L
otus-Diagram
12 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Peta Minda
(Mind map)
Alat yang menggunakan gambar, visual, warna,
rekabentuk dan corak untuk menyampaikan
sesuatu konsep atau idea
http://www.squidoo.com/Tony-Buzan-s-
Mind-Mapping-Thle-Ultimate-Thinking-
Tool
SWOT Kekuatan – Kelemahan – Peluang – Ancaman http://www.toolkitforthinking.com/critical-
thinking/swot-analysis
Carta T
(T Chart)
Alat yang digunakan untuk menyenaraikan idea
atau isu yang menyokong atau membantah
sesuatu hujah.
http://www.enchantedlearning.com/grap
hicorganizers/flowchart/
Peta Pemikiran
(Thinking
maps)
Alat yang membantu dalam membuat keputusan. http://www.enchantedlearning.com/grap
hicorganizers/flowchart/
Carta Y
(Y chart)
Alat sumbangsaran yang digunakan berdasarkan
apa yang dilihat, dirasa dan dijangka. Membantu
dalam menjelaskan konsep dan idea.
http://www.itcpublications.com/thinking_t
ool_tmplts_y_chart
13
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
3
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH
FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat
merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang
sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik
darjah.
Dalam membangunkan kreativiti, terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai
diaplikasikan oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah:
x Konstruktivisme
x Inkuiri penemuan
x Pembelajaran berasaskan masalah
x Membuat keputusan
x Pembelajaran berasaskan projek
3.1 Aplikasi Proses Kreatif Terarah
3.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstruktivisme
Jadual 6 : Strategi Pembelajaran Konstruktivisme
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran
Konstruktivisme
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
ƒ Orientasi idea
berasaskan
pengetahuan
sedia ada
ƒ Penstrukturan
idea
ƒ Meneroka
ƒ Menjelas
ƒ Konstruk idea
baru
ƒ Penjelasan
lanjut
ƒ Aplikasi idea
ƒ Penilaian
ƒ Kaji semua
perubahan
idea
ƒ Penyiasatan
lanjutan
14 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
3.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan
Jadual 7 : Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan
3.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah
Jadual 8: Strategi Pembelajaran Pembelajaran Berasaskan
Masalah
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri
Penemuan
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
ƒ Memerhati
ƒ Menciri
ƒ Mengelas
ƒ Menyoal
ƒ Meneroka
ƒ Merancang
ƒ Meramal
ƒ Membuat
hipotesis
ƒ Menguji
hipotesis
ƒ Membuat
kesimpulan
ƒ Melapor
ƒ Dokumentasi
ƒ Mentaksir
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Masalah
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
ƒ Mengenal pasti
masalah
ƒ Menjelaskan
masalah
ƒ Mencari
alternatif
penyelesaian
ƒ Mencari
penyelesaian
ƒ Melakukan
operasi
ƒ Menilai
penyelesaian
masalah
ƒ Membuat
refleksi
penyelesaian
yang dibuat
15
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
3.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat
Keputusan
Jadual 9: Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan
3.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan
Projek
Jadual 10: Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Membuat Keputusan
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
ƒ Mengumpul
maklumat
ƒ Mengenal pasti
matlamat
ƒ Mengenal pasti
alternatif
ƒ Menganalisis
alternatif
ƒ Meramal
ƒ Menyusun
alternatif
ƒ Pemilihan
alternatif
ƒ Menilai
alternatif yang
dipilih
ƒ Membuat
keputusan
ƒ Membuat
rumusan
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Projek
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
ƒ Tinjauan
berfokus/
berstruktur
ƒ Penyoalan
ƒ Meneroka
ƒ Merancang
ƒ Meramal
ƒ Meneroka
ƒ Mencari
maklumat
ƒ Membuat
prototaip
ƒ Menganalisis
maklumat
ƒ Merumus
ƒ Mentaksir
ƒ Melapur
ƒ Dokumentasi
ƒ Menguji
prototaip
16 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
3.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam P&P, perlu diikuti langkah demi langkah
bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan. Jadual
11 memperlihatkan setiap fasa Model Proses Kreatif Terarah tersebut dengan
merujuk kepada fokus P&P berasaskan kepada contoh soalan atau rangsangan.
Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang dikemukakan oleh guru kepada
murid atau soalan oleh murid sendiri bagi menggerakkan pemikiran kreatif mereka.
Jadual 11 : Fokus Pengajaran dan Pembelajaran
Fasa
Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/
Rangsangan/Penaakulan
Persediaan
Mewujudkan
kesedaran, minat
dan perasaan ingin
tahu murid.
Menyediakan
situasi/konteks
pembelajaran yang
bermakna.
Mengenal pasti
tahap kefahaman
murid.
Mengesan
miskonsepsi/salah
tanggap yang
wujud.
Membuat
pemerhatian secara
aktif.
Menyampaikan idea
individu.
Menghubung kait
pengalaman sedia
ada dengan
pengalaman baru.
Menyediakan minda
murid untuk aktiviti
dan tugasan akan
datang.
Orientasi idea,
pengetahuan dan
pengalaman.
Apakah yang dimaksudkan
dengan…?
Beritahu secara lanjut
tentang..?
Apa yang buat anda berfikir
sedemikian..?
Bagaimana anda pasti?
Bagaimana anda mendapat
idea sedemikian?
17
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Fasa
Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/
Rangsangan/Penaakulan
Imaginasi
Menyediakan
situasi yang lebih
berfokus supaya
murid dapat
menjana idea.
Menyediakan
pengalaman untuk
sesuatu konsep
atau pemahaman.
Meneroka dan
menyiasat soalan
murid.
Menguji dan
membahaskan idea
murid.
Mengemukakan
soalan/masalah
untuk mencetus
dan menjana idea
murid.
Mencungkil idea
murid dan
membanding beza
idea mereka.
Memperkenalkan
alat berfikir yang
sesuai.
Membina pelbagai
bentuk penjelasan
berdasarkan bukti
yang dikumpul.
Membandingkan
penjelasan
murid/kumpulan.
Melibatkan secara
langsung dengan
fenomena/bahan/
konsep/alat.
Membangunkan asas
pengalaman bagi
sesuatu konsep/
fenomena.
Membina idea baru.
Membina asas
kepada pengalaman
yang selari untuk
membantu mereka
dalam proses
perkongsian dan
berkomunikasi.
Mentafsir maklumat/
bukti dan
menjelaskan konsep/
fenomena/idea.
Bagaimana anda akan..?
Bagaimana anda boleh..?
Apa anda akan buat jika..?
Bagaimana anda tahu jika..?
Apa yang diperlukan untuk
tahu lebih lanjut tentang...?
Mengapa anda
menggunakan kaedah/
cara/teknik tersebut?
Bagaimana anda dapat idea
tersebut?
18 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Fasa
Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/
Rangsangan/Penaakulan
Perkembangan
Mewujudkan
situasi/konteks baru
untuk menguji
kefahaman
Membina semula dan
memberi penjelasan
lanjut /kefahaman
dalam pelbagai mod
(bertulis, grafik, peta
minda dll).
Membuat hubung
kait pelbagai konsep
yang berkaitan.
Aplikasikan
pemahaman dengan
aktiviti harian.
Bagaimana anda
mengesahkan/
membuktikan…?
Apa akan berlaku jika…?
Apa lagi yang perlu
diketahui..?
Apa lagi yang mungkin perlu
dilakukan untuk
memastikan…?
Fasa
Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/
Rangsangan/Penaakulan
Tindakan
Menggunakan
pelbagai bentuk
pentaksiran
terhadap
perubahan
kefahaman,
kemahiran dan
sikap...
Menyelesaikan
tugasan.
Mempersembahkan
hasil akhir tugasan
dalam pelbagai
bentuk.
Membuat penilaian
dan refleksi tentang
pembelajaran dan
kefahaman serta
kemahiran baru.
Apakah cara lain untuk
mempersembahkan hasil
tugasan anda/ saya?
Adakah anda/saya berpuas
hati dengan hasil kerja
anda/saya?
Apakah kemahiran/
pengetahuan baru yang
anda/saya peroleh?
Adakah cara lain untuk
menyelesaikan
masalah/tugasan anda/
saya?
19
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
4
INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI
INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
MATA PELAJARAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MENGIKUT MATA PELAJARAN
Perubahan mencetuskan pembaharuan dan pembaharuan memungkinkan
kemajuan. Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan
inovatif. Hasil daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan
generasi yang berkualiti.
4.1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA
PELAJARAN
Jadual 11 : Indikator Kreativiti dan Inovasi Bagi Mata Pelajaran
Mata Pelajaran Indikator
Bahasa Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis), murid:
x Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan,
bahasa isyarat dan tulisan.
x Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk
membuat perkaitan yang baharu antara idea,
pengalaman, teks dan perkataan.
x Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan.
x Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni
bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian.
x Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis
idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Pendidikan Kesenian Pendidikan Muzik
Melalui mendengar, menggubah, improvisasi dan
persembahan murid:
x Mengaplikasikan pengetahuan muzikal, kemahiran dan
pemahaman untuk tujuan lain dalam konteks yang
baharu.
x Meneroka cara muzik boleh digabung dengan bentuk
kesenian lain dan disiplin mata pelajaran yang lain.
20 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Mata Pelajaran Indikator
x Menghasilkan dan mencipta idea muzikal melalui
penerokaan.
x Mengapresiasi karya (memberi respons, menilai hasil
karya).
Pendidikan Seni Visual
Melalui aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan, murid:
x Menghasilkan idea yang asli, menarik,imaginatif, unik,
dan inventif
x Berupaya menunjukkan kelancaran dalam menjana,
menyelidik dan menganalisis maklumat secara visual
bagi membentuk idea yang berterusan dan bermakna
x Menunjukkan potensi mengembangkan, menambah baik,
mengubah suai dan mempelbagai idea dari bahan, alat,
media, proses, teknik secara sistematik
x Menghuraikan dan membincangkan aspek-aspek
apresiasi karya (memberi respons, menterjemah karya,
menilai hasil karya) dalam bentuk penghuraian yang
bermakna dan ilmiah
Mengaplikasi ciri-ciri visual dalam menghasilkan sesuatu
yang unik, bernilai, berfungsi kepada individu,
masyarakat dan budaya.
21
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Mata Pelajaran Indikator
Sains Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji, eksperimen,
berbincang, membina pernyataan dan penjelasan) murid:
x Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan
fenomena.
x Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan teori
dan hipotesis.
x Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk menguji teori
dan hipotesis.
x Mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena
melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi
x Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk
membuat ramalan/inferens/ kesimpulan.
x Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan
kehidupan harian.
Matematik Melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik,
komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan
penggunaan teknologi, murid:
x Membina model matematik melalui corak dan hubungan.
x Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk
penganggaran, pengukuran dan penggambaran data
dalam situasi harian.
x Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik
dengan disiplin ilmu lain.
x Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari
penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin.
x Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan
akibat).
22 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Mata Pelajaran Indikator
Pendidikan
Jasmani
Melalui kemahiran asas, murid:
x Meneroka pelbagai corak pergerakan yang baharu
x Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dalam
menghasilkan pergerakan
x Mempersembah idea kreatif melalui pergerakan yang
mempunyai nila estetika
x Memilih dan menggunakan taktik, strategi dan idea
dalam pergerakan dan permainan
x Mengaplikasi konsep pergerakan dan kecergasan dalam
merancang program kecergasan fizikal
Pendidikan Kesihatan
Melalui banding beza, penyelesaian masalah, membuat
perkaitan dan pengamalan yang sihat, murid dapat:
x Mengamalkan budaya dan cara hidup yang sihat
Sejarah Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi, murid:
x Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada
dilema, pilihan dan kepercayaan orang yang dahulu.
Moral Melalui penglibatan murid dalam:
x Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau berkumpulan,
termasuk membuat keputusan dan berkempen.
x Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk
menangani isu dan masalah dalam komuniti.
23
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Mata Pelajaran Indikator
Reka Bentuk dan
Teknologi/
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran, rekaan,
penghasilan, dan ciptaan murid:
x Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan dan
berkaitan dengan keperluan, kehendak dan peluang
dalam kehidupan.
x Menjana idea, membangunkan idea dan berkomunikasi
tentang idea, menghasilkan model berdasarkan idea
dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi yang
sesuai.
x Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang
pelbagai bahan dan teknologi untuk mereka bentuk dan
membuat produk mereka sendiri.
Pendidikan Islam Melalui perbincangan, penggabung jalinan ilmu dalam
Pendidikan Islam dan dengan disiplin ilmu yang lain, murid:
x Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan
pengajaran dalam ayat Al-Quran.
x Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu kifayah
dalam kehidupan harian, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.
x Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam
kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s.a.w.
x Menghasilkan tulisan jawi dan khat, dan
mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj,
buku skrap, folio, jahitan dan lain-lain.
24 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
RUJUKAN
Muat turun daripada http://www.yim.my/index.cfm?&menuid=3&lang=EN, Yayasan Inovasi
Malaysia, pada 23 Mac 2012
Muat turun daripada
http://www.sac.sa.edu.au/libraru/Library?Topics/thinking_skills/thinking.html , Catherine
McAuley Library, pada 23 Mac 2012
Muat turun daripada http://www.directedcreativity.com/pages/WPModels.html , Paul E Plsek,
1997) pada 28 Februari 2010
Muat turun daripada http://www.cdl.org/resourcelibrary/articles/teaching_creativity.php.
pada 28 Februari 2010
Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Edisi Pelancaran.
2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
INNOVATION Enabling Transformation, 2008-2. Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan: Lim Kok
Wing University of Creative Technology
Y. B. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, 2008. Teks Perutusan Tahun Baru 2008,
Kementerian Pelajaran Malaysia; 4 Januari 2008.
Runco, M.A., 2007. Creativity Theories and Themes: Research, Development and Practice.
Amsterdam: Academic Press.
Gardner. H, 2005. Five Minds for The Future. Boston: Harvard Business School Press.
Kamus Dewan, 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Starco.A.J, 2005. Creativity in the Classroom: Schools of Curious Delight. London: Lawrence
Erlbaum Associates, Publishers.
M. Azhar A. Hamid, 2004. Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
25
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Ulf Larsson, 2004. Budaya Kreativiti Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel, Kuala Lumpur.
Hargreaves. A, 2003. Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of
Uncertainty. New York: Teachers College Press.
Fasko, D. JR,”Education and Creativity” dlm Creativity Research Journal Vol.13, Nos.3&4,
hlm317-327, 2001.
Stenberg, R.J,. Williams, W.M,.1996. How To Develop Student Creativity.
Tun Mahathir, 1991. Wawasan 2020: Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan).
Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur, 28 Febuari 1991.
26 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
PANEL PENYUMBANG
Sidang
Editor: Dr. Azian T.S. Abdullah Timbalan Pengarah
(Dasar, Sains & Teknologi)
Dr. A’Azmi Shahri Ketua Sektor
Dasar & Penyelidikan
Baharin Yahya BPK
Nor Azian Mohd Kamel BPK
Suriya Ahmad BPK
Lau Shin Chai JPN Sarawak
Rosli Omar JPN Kedah
Jamilah Omar UPSI
Penyumbang: Salbiah Mohd Som BPK
Dr. Nor Zihan Hussin BPK
Harulnizam Abd Rahman BPK
Ansori Ishak BPK
Norhayati Mokhtar BPK
Norafandi Samion BPK
Roslan Mohamed JPN Johor
Ruslan Mohd Yusof JPN Kelantan
Mohd Nor Awaludin JPN Negeri Sembilan
Ahmad Fauzi Abd Rahman Universiti Malaya
Dr. Siti Hajar Abd Aziz IPGM Bahasa Antarabangsa
Amy Wong On Mei IPGM Pulau Pinang
Zulkifli Husin IPGM Raja Melewar
Chua Chee Ming IPGM Raja Melewar
Arif Othman IPGM Raja Melewar
Razid Abdul Karim IPGM Ipoh
Rofilah Md Said SMK Dato’Klana Putra
Mohd Aris Tammiji SMK (P) Methodist Kuantan
Aishah Borhan SK Gangsa
27
KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Pakar Mazlan Ismail BPK
Mata Pelajaran: Zainab Abdullah BPK
Regina Joseph Cyril BPK
Queck Weng Kim BPK
Mohd Ali Henipah Ali BPK
Kamarul Azlan Ahmad BPK
Radin Muhd Imaduddin BPK
Faseha Jelani BPK
Muhammad Kamil Ali BPK
Mohd Nizam Mohd Yusof BPK
Mohd Latif Saari BPK
Kunaaseelan a/l Subramaniam BPK
Norlie Ismail BPK
Ida Hairani Bakar BPK
Tan Chew Keok BPK
Norazza Ibrahim BPK
Kamariah Mohd Yassin BPK
Liza Othman BPK
Ahmad Bustamam Mohd Ali BPK
Roslan Majuki BPK
Norbaitee Talib BPK
K.Samsudin Kasan BPK
Adam Othman BPK
Massita Ramlan BPK
Sumbangan Khas: Dato’ Abd Aziz Sheikh Kadir Akademi Sains/MOSTI
Khairezan Rahmat UiTM, Shah Alam
Ilustrasi/Grafik: Md. Fuad Md Rafik SK Telok Gong
Shahrizal Amir SJKC Tai Thung
28 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
POWER OF CREATIVITY AND INNOVATION
Sumber: Innovation-Enabling Transformation.
Lim Kok Wing (2008);
Budaya Kreativiti-Pameran Seratus Tahun
Ciri masyarakat kreatif:
Maju dalam penyelidikan dan
pembangunan Sains dan Teknologi
Penghasilan pengetahuan tinggi
Penyelidik berkelayakan, kompeten dan
dipacu oleh industri
Ramai individu kreatif, inventif dan
inovatif
Daya saing yang tinggi
Pendidikan membangunkan kreativiti
dan inovasi
Memberi keutamaan kepada kreativiti
dan inovasi
Kreativiti menjadi amalan dalam
kehidupan
Maklumat dan pengetahuan dapat
ditukar kepada produk, sistem atau
perkhidmatan
Jika Malaysia mahu
bersaing dan berjaya
dalam persekitaran
global, kita mesti
menerima hakikat yang
kita mesti inovatif dalam
membangunkan
perniagaan kita, kita
mesti lebih kreatif dalam
menghasilkan barangan
kita. Kita mesti
transformasikan
pendidikan kita kepada
yang memupuk dan
menggalakkan minat
untuk meneroka dan
mereka cipta. Kita mesti
mempercepatkan usaha
kita untuk menjadikan
masyarakat Malaysia
sebuah masyarakat yang
kreatif.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan Inovasi

More Related Content

What's hot

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematikIsmail Mamat
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiZahari Zabri
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Alya Ismahani
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridNabihahNazri
 

What's hot (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Pendekatan tematik
Pendekatan tematikPendekatan tematik
Pendekatan tematik
 
Proses Kreativiti
Proses KreativitiProses Kreativiti
Proses Kreativiti
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagai
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi muridAspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
Aspirasi sistem pendidikan & aspirasi murid
 

Similar to Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiIrfan Ahza
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiAdila Dila
 
Emk kreativiti dan inovasi
Emk kreativiti dan inovasiEmk kreativiti dan inovasi
Emk kreativiti dan inovasilailihjdaud
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]cgrohanasmksm
 
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&P
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&PKreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&P
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&Psealih
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssrالمدرسة
 
2 elemen merentasi kurikulum (emk)
2   elemen merentasi kurikulum (emk)2   elemen merentasi kurikulum (emk)
2 elemen merentasi kurikulum (emk)Jimmy Siow
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiMokhzani Fadir
 

Similar to Kreativiti dan Inovasi (20)

Kreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasiKreativiti dan-inovasi
Kreativiti dan-inovasi
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasi
 
Emk kreativiti dan inovasi
Emk kreativiti dan inovasiEmk kreativiti dan inovasi
Emk kreativiti dan inovasi
 
Emk kreativiti
Emk kreativitiEmk kreativiti
Emk kreativiti
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Kreativit detail
Kreativit detailKreativit detail
Kreativit detail
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]
 
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&P
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&PKreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&P
Kreativit: Pembangunan Dan Amalan Dalam P&P
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
I think
I thinkI think
I think
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
 
2 elemen merentasi kurikulum (emk)
2   elemen merentasi kurikulum (emk)2   elemen merentasi kurikulum (emk)
2 elemen merentasi kurikulum (emk)
 
Kreativiti present
Kreativiti presentKreativiti present
Kreativiti present
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Sesi umum emk
Sesi umum emkSesi umum emk
Sesi umum emk
 
Emk thn2
Emk thn2Emk thn2
Emk thn2
 
2. pedagogi
2. pedagogi2. pedagogi
2. pedagogi
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogi
 
Slot 4 kreativiti
Slot 4   kreativitiSlot 4   kreativiti
Slot 4 kreativiti
 

Recently uploaded

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Recently uploaded (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

Kreativiti dan Inovasi

  • 1.
  • 2.
  • 3. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM KREATIVITI DAN INOVASI ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM KSSR
  • 4. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Copyright © 2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Ketiga 2012 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62600 Putrajaya Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum KREATIVITI: Pembangunan dan Amalan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran/Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. ISBN....
  • 5. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM RUKUNEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut; KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM KATA PENGANTAR (BPK) telah membangunkan modul Kreativiti: Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM KANDUNGAN BAB 1 Kreativiti dan Inovasi 1.1. Matlamat 1.2. Objektif 1.3. Kreativiti 1.4. Inovasi 1.5. Model Kemahiran Berfikir BAB 2 Pembangunan Kreativiti 2.1 Model Proses Kreatif Terarah 2.1.1 Fasa Persediaan 2.1.2 Fasa Imaginasi 2.1.3 Fasa Perkembangan 2.1.4 Fasa Tindakan 2.2 Alat Berfikir 2.3 Metakognisi BAB 3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 3.1. Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstriktivisme 3.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan 3.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah 3.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan 3.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek 3.2 Fokus Pengajaran dan Pembelajaran BAB 4 Indikator Kreativiti dan Inovasi 4.1. Indikator Kreativiti dan Inovasi dalam Mata pelajaran 4.2 Contoh Rancangan Pengajaran Harian Mengikut Mata Pelajaran RUJUKAN PANEL PENYUMBANG
  • 8.
  • 9. 1 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1 KREATIVITI & INOVASI MATLAMAT OBJEKTIF KREATIVITI INOVASI MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kreativiti dalam P&P dapat dilihat apabila murid: x suka menyoal dan mencari jawapan, x membuat hubung kait, x menjangka peristiwa yang akan berlaku, x membuat spekulasi tentang kemungkinan, x meneroka idea, x berfikir secara lateral, dan x sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil. 1.1 MATLAMAT Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Individu yang kreatif dan inovatif berkeupayaan menghasilkan idea serta berdaya cipta yang berkualiti, agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka.
  • 10. 2 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1.2 OBJEKTIF Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid: i. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. ii. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. iii. Menguasai kemahiran dalam proses kreativiti. iv. Berkebolehan berkomunikasi dalam menyampaikan idea. v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian. 1.3 KREATIVITI Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai ‘penghasilan idea’. Kebolehan seseorang untuk menghasilkan idea baru atau mengumpul idea adalah kebolehan kreatif. Idea baru ini boleh berupa idea mudah atau kompleks. Apabila seorang kanak-kanak memikirkan sesuatu idea, walaupun ianya idea nakal, kanak-kanak tersebut adalah seorang yang kreatif. Apabila seorang ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau ditakrifkan sebagai melatih kreativiti. Oleh itu, kreativiti adalah suatu proses atau proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris berasal dari perkataan ‘create’. Apa yang ‘dicipta’ atau ‘dihasilkan’ adalah idea. Yayasan Inovasi Malaysia, 2010 1.4 INOVASI Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala invoasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. Yayasan Inovasi Malaysia, 2010
  • 11. 3 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM INOVASI KREATIVITI 1.5 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul. Perkaitan kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Rajah 1: Model Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. BERFIKIR STRATEGI BERFIKIR/ METAKOGNITIF - Mengkonsepsi - Menyelesaikan masalah - Membuat keputusan ST KRITIS - mencirikan - membanding beza - mengumpul dan mengkelas - membuat urutan - menyusun ikut keutamaan - menganalisis - mengesan kecenderungan - menilai - membuat kesimpulan - - MENAAKUL - Logik - Rasional / KREATIF - menjana idea - menghubung kait - membuat inferens - meramal - membuat hipotesis - mensintesis - mengitlak - membuat gambaran mental -
  • 12. 4 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan. Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.
  • 13. 5 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2 PEMBANGUNAN KREATIVITI MODEL PROSES KREATIF TERARAH ALAT BERFIKIR Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Buku ini menggunakan kerangka model proses kreatif terarah yang diubahsuai daripada Plsek, P.E.(1997) sebagai panduan untuk guru melaksanakan P&P yang kreatif dan inovatif. 2.1 MODEL PROSES KREATIF TERARAH Model proses kreatif terarah mempunyai empat fasa. Empat fasa tersebut ialah: 1. Persediaan a. Persediaan b. Analisis 2. Imaginasi a. Penjanaan idea b. Sintesis idea 3. Perkembangan a. Penambahbaikan b. Menilai 4. Tindakan a. Pelaksanaan b. Amalan berterusan
  • 14. 6 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Rajah 2 : Model Proses Kreatif Terarah Diubahsuai daripada Plsek P. E., (1997) Pelaksanaan Amalan berterusan 1 2 3 4 Penjanaan Idea Sintesis Idea Penambahbaikan Menilai Pemerhatian Analisis
  • 15. 7 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2.1.1 Fasa Persediaan Jadual 1: Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan Fasa Persediaan Kemahiran Utama Indikator Pemerhatian Membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat. x Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau x Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh x Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai x Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan betul x Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai x Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat x Mendapatkan makna dengan betul x Mengenal pasti objek, situasi atau fenomena sekeliling yang berkaitan Analisis Menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu x Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul x Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu x Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu x Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu x Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa x Mengkaji kesan baik dan kesan buruk x Mengimbas kembali idea. x Mencari banyak bukti yang diterima dan disokong berdasarkan fakta dan maklumat
  • 16. 8 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2.1.2 Fasa Imaginasi Jadual 2: Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi Fasa Imaginasi Kemahiran Utama Indikator Penjanaan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara x Menghasilkan idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik) x Menghasilkan idea secara berterusan x Menghasilkan idea yang bermakna x Mencari hubung kait, gabung jalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada Sintesis idea Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu x Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk. x Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik – lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran x Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan x Membuat keputusan tentang sintesis akhir x Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir x Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan x Membuat refleksi yang berterusan
  • 17. 9 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2.1.3 Fasa Perkembangan Jadual 3: Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan Fasa Perkembangan Kemahiran Utama Indikator Penambah baikan Membuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil karya atau ciptaan x Menokok tambah idea x Mengubah suai idea x Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea x Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan x Memberi pelbagai kategori atau aspek Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara x Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea x Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu x Membuat wajaran dengan betul x Membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka
  • 18. 10 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2.1.4 Fasa Tindakan Jadual 4: Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan Fasa Tindakan Kemahiran Utama Indikator Pelaksanaan Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip x Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus x Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami x Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil Amalan berterusan Peka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif x Peka kepada perkara di sekeliling x Membuat pemerhatian untuk mengenal pasti masalah, kesilapan dan kelemahan x Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan
  • 19. 11 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 2.2 Alat berfikir Bagi memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses berfikir yang teratur dan sistematik perlu diaplikasikan. Dalam melaksanakan proses tersebut penggunaan alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil yang dihasratkan. Berikut adalah contoh alat berfikir yang boleh digunakan: Jadual 5 : Contoh Alat Berfikir Alat Berfikir Huraian Laman sesawang (contoh) Istilah (Glossary of terms) Alat berfikir dari A – Z dan strategi serta modal pembelajaran. Penerangan : Apa? Mengapa digunakan? Bagaimana digunakan? http://www.enchantedlearning.com/grap hicorganizers/flowchart/ http://www.pegasuscom.com/glossary.ht ml Taksonomi Bloom (Bloom's taxonomy) Alat yang digunakan untuk mengelas soalan dan aktiviti berdasarkan 6 tahap pemikiran iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta http://www.n8w.com/wp/1937 http://www.itcpublications.com.au Sebab dan Akibat (Cause and effect) Alat yang menghubungkan sebab dengan keputusan. http://www.mapthemind.com/thinkingma ps/themaps/multiflow/index.htm l http://www.thinkingprocess.co.uk/model/ improvement/tools/pdf/fishbone.pdf Peta Konsep (Concept map) Peta grafik yang bermula dengan idea utama dan dikembangkan bagi menunjukkan idea yang berkaitan sebagai cabangnya http://www.lionden.com/concept_maps.h tm Enam Topi Pemikiran De Bono (De Bono's Six Thinking Hats) Alat berfikir untuk menggalakkan pemikiran lateral. http://www.debonothinkingsystems.com/ tools/6hats.htm Grafik (Graphing) Alat untuk menyampaikan maklumat secara visual. http://cooltoolsforschools.wikispaces.co m/Creativity+Tools Carta Tulang Ikan (Fishbone diagram) Alat untuk mengenalpasti sebab dan akibat. Alat yang berguna untuk merancang penulisan karangan. http://swellresearch.blogspot.com/2009/ 02/using-fishbone-organisers-in-our- school.html Carta Lotus (Lotus diagram) Alat untuk mengurus dan mengelas maklumat yang banyak secara sistematik. http://www.docstoc.com/docs/4201940/L otus-Diagram
  • 20. 12 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Peta Minda (Mind map) Alat yang menggunakan gambar, visual, warna, rekabentuk dan corak untuk menyampaikan sesuatu konsep atau idea http://www.squidoo.com/Tony-Buzan-s- Mind-Mapping-Thle-Ultimate-Thinking- Tool SWOT Kekuatan – Kelemahan – Peluang – Ancaman http://www.toolkitforthinking.com/critical- thinking/swot-analysis Carta T (T Chart) Alat yang digunakan untuk menyenaraikan idea atau isu yang menyokong atau membantah sesuatu hujah. http://www.enchantedlearning.com/grap hicorganizers/flowchart/ Peta Pemikiran (Thinking maps) Alat yang membantu dalam membuat keputusan. http://www.enchantedlearning.com/grap hicorganizers/flowchart/ Carta Y (Y chart) Alat sumbangsaran yang digunakan berdasarkan apa yang dilihat, dirasa dan dijangka. Membantu dalam menjelaskan konsep dan idea. http://www.itcpublications.com/thinking_t ool_tmplts_y_chart
  • 21. 13 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pelaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah. Dalam membangunkan kreativiti, terdapat beberapa strategi P&P yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi P&P yang boleh digunakan ialah: x Konstruktivisme x Inkuiri penemuan x Pembelajaran berasaskan masalah x Membuat keputusan x Pembelajaran berasaskan projek 3.1 Aplikasi Proses Kreatif Terarah 3.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Jadual 6 : Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan ƒ Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada ƒ Penstrukturan idea ƒ Meneroka ƒ Menjelas ƒ Konstruk idea baru ƒ Penjelasan lanjut ƒ Aplikasi idea ƒ Penilaian ƒ Kaji semua perubahan idea ƒ Penyiasatan lanjutan
  • 22. 14 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Jadual 7 : Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan 3.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah Jadual 8: Strategi Pembelajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri Penemuan Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan ƒ Memerhati ƒ Menciri ƒ Mengelas ƒ Menyoal ƒ Meneroka ƒ Merancang ƒ Meramal ƒ Membuat hipotesis ƒ Menguji hipotesis ƒ Membuat kesimpulan ƒ Melapor ƒ Dokumentasi ƒ Mentaksir Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Masalah Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan ƒ Mengenal pasti masalah ƒ Menjelaskan masalah ƒ Mencari alternatif penyelesaian ƒ Mencari penyelesaian ƒ Melakukan operasi ƒ Menilai penyelesaian masalah ƒ Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat
  • 23. 15 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan Jadual 9: Strategi Pembelajaran Berasaskan Membuat Keputusan 3.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Jadual 10: Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Membuat Keputusan Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan ƒ Mengumpul maklumat ƒ Mengenal pasti matlamat ƒ Mengenal pasti alternatif ƒ Menganalisis alternatif ƒ Meramal ƒ Menyusun alternatif ƒ Pemilihan alternatif ƒ Menilai alternatif yang dipilih ƒ Membuat keputusan ƒ Membuat rumusan Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Projek Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan ƒ Tinjauan berfokus/ berstruktur ƒ Penyoalan ƒ Meneroka ƒ Merancang ƒ Meramal ƒ Meneroka ƒ Mencari maklumat ƒ Membuat prototaip ƒ Menganalisis maklumat ƒ Merumus ƒ Mentaksir ƒ Melapur ƒ Dokumentasi ƒ Menguji prototaip
  • 24. 16 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 3.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam P&P, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan. Jadual 11 memperlihatkan setiap fasa Model Proses Kreatif Terarah tersebut dengan merujuk kepada fokus P&P berasaskan kepada contoh soalan atau rangsangan. Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi menggerakkan pemikiran kreatif mereka. Jadual 11 : Fokus Pengajaran dan Pembelajaran Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Persediaan Mewujudkan kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu murid. Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna. Mengenal pasti tahap kefahaman murid. Mengesan miskonsepsi/salah tanggap yang wujud. Membuat pemerhatian secara aktif. Menyampaikan idea individu. Menghubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru. Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang. Orientasi idea, pengetahuan dan pengalaman. Apakah yang dimaksudkan dengan…? Beritahu secara lanjut tentang..? Apa yang buat anda berfikir sedemikian..? Bagaimana anda pasti? Bagaimana anda mendapat idea sedemikian?
  • 25. 17 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Imaginasi Menyediakan situasi yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea. Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman. Meneroka dan menyiasat soalan murid. Menguji dan membahaskan idea murid. Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid. Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka. Memperkenalkan alat berfikir yang sesuai. Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul. Membandingkan penjelasan murid/kumpulan. Melibatkan secara langsung dengan fenomena/bahan/ konsep/alat. Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu konsep/ fenomena. Membina idea baru. Membina asas kepada pengalaman yang selari untuk membantu mereka dalam proses perkongsian dan berkomunikasi. Mentafsir maklumat/ bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea. Bagaimana anda akan..? Bagaimana anda boleh..? Apa anda akan buat jika..? Bagaimana anda tahu jika..? Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang...? Mengapa anda menggunakan kaedah/ cara/teknik tersebut? Bagaimana anda dapat idea tersebut?
  • 26. 18 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Contoh soalan/ Rangsangan/Penaakulan Perkembangan Mewujudkan situasi/konteks baru untuk menguji kefahaman Membina semula dan memberi penjelasan lanjut /kefahaman dalam pelbagai mod (bertulis, grafik, peta minda dll). Membuat hubung kait pelbagai konsep yang berkaitan. Aplikasikan pemahaman dengan aktiviti harian. Bagaimana anda mengesahkan/ membuktikan…? Apa akan berlaku jika…? Apa lagi yang perlu diketahui..? Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan…? Fasa Terarah Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan/Penaakulan Tindakan Menggunakan pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan sikap... Menyelesaikan tugasan. Mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk. Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru. Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil tugasan anda/ saya? Adakah anda/saya berpuas hati dengan hasil kerja anda/saya? Apakah kemahiran/ pengetahuan baru yang anda/saya peroleh? Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah/tugasan anda/ saya?
  • 27. 19 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MATA PELAJARAN Perubahan mencetuskan pembaharuan dan pembaharuan memungkinkan kemajuan. Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan inovatif. Hasil daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti. 4.1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM MATA PELAJARAN Jadual 11 : Indikator Kreativiti dan Inovasi Bagi Mata Pelajaran Mata Pelajaran Indikator Bahasa Melalui kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulis), murid: x Menjana dan menyampaikan idea kreatif secara lisan, bahasa isyarat dan tulisan. x Mengaplikasi pengalaman bahasa dan sastera untuk membuat perkaitan yang baharu antara idea, pengalaman, teks dan perkataan. x Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan. x Mempersembahkan idea kreatif melalui pelbagai seni bahasa seperti bercerita, lakonan, puisi dan nyanyian. x Menggunakan pendekatan kreatif untuk mensintesis idea, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pendidikan Kesenian Pendidikan Muzik Melalui mendengar, menggubah, improvisasi dan persembahan murid: x Mengaplikasikan pengetahuan muzikal, kemahiran dan pemahaman untuk tujuan lain dalam konteks yang baharu. x Meneroka cara muzik boleh digabung dengan bentuk kesenian lain dan disiplin mata pelajaran yang lain.
  • 28. 20 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Mata Pelajaran Indikator x Menghasilkan dan mencipta idea muzikal melalui penerokaan. x Mengapresiasi karya (memberi respons, menilai hasil karya). Pendidikan Seni Visual Melalui aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, murid: x Menghasilkan idea yang asli, menarik,imaginatif, unik, dan inventif x Berupaya menunjukkan kelancaran dalam menjana, menyelidik dan menganalisis maklumat secara visual bagi membentuk idea yang berterusan dan bermakna x Menunjukkan potensi mengembangkan, menambah baik, mengubah suai dan mempelbagai idea dari bahan, alat, media, proses, teknik secara sistematik x Menghuraikan dan membincangkan aspek-aspek apresiasi karya (memberi respons, menterjemah karya, menilai hasil karya) dalam bentuk penghuraian yang bermakna dan ilmiah Mengaplikasi ciri-ciri visual dalam menghasilkan sesuatu yang unik, bernilai, berfungsi kepada individu, masyarakat dan budaya.
  • 29. 21 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Mata Pelajaran Indikator Sains Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji, eksperimen, berbincang, membina pernyataan dan penjelasan) murid: x Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan fenomena. x Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan teori dan hipotesis. x Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk menguji teori dan hipotesis. x Mempersembahkan idea untuk menjelaskan fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi x Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan. x Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan kehidupan harian. Matematik Melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik, komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan penggunaan teknologi, murid: x Membina model matematik melalui corak dan hubungan. x Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk penganggaran, pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian. x Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik dengan disiplin ilmu lain. x Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin. x Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat).
  • 30. 22 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Mata Pelajaran Indikator Pendidikan Jasmani Melalui kemahiran asas, murid: x Meneroka pelbagai corak pergerakan yang baharu x Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dalam menghasilkan pergerakan x Mempersembah idea kreatif melalui pergerakan yang mempunyai nila estetika x Memilih dan menggunakan taktik, strategi dan idea dalam pergerakan dan permainan x Mengaplikasi konsep pergerakan dan kecergasan dalam merancang program kecergasan fizikal Pendidikan Kesihatan Melalui banding beza, penyelesaian masalah, membuat perkaitan dan pengamalan yang sihat, murid dapat: x Mengamalkan budaya dan cara hidup yang sihat Sejarah Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi, murid: x Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada dilema, pilihan dan kepercayaan orang yang dahulu. Moral Melalui penglibatan murid dalam: x Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau berkumpulan, termasuk membuat keputusan dan berkempen. x Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk menangani isu dan masalah dalam komuniti.
  • 31. 23 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Mata Pelajaran Indikator Reka Bentuk dan Teknologi/ Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran, rekaan, penghasilan, dan ciptaan murid: x Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan dan berkaitan dengan keperluan, kehendak dan peluang dalam kehidupan. x Menjana idea, membangunkan idea dan berkomunikasi tentang idea, menghasilkan model berdasarkan idea dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi yang sesuai. x Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai bahan dan teknologi untuk mereka bentuk dan membuat produk mereka sendiri. Pendidikan Islam Melalui perbincangan, penggabung jalinan ilmu dalam Pendidikan Islam dan dengan disiplin ilmu yang lain, murid: x Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan pengajaran dalam ayat Al-Quran. x Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. x Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s.a.w. x Menghasilkan tulisan jawi dan khat, dan mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj, buku skrap, folio, jahitan dan lain-lain.
  • 32. 24 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM RUJUKAN Muat turun daripada http://www.yim.my/index.cfm?&menuid=3&lang=EN, Yayasan Inovasi Malaysia, pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www.sac.sa.edu.au/libraru/Library?Topics/thinking_skills/thinking.html , Catherine McAuley Library, pada 23 Mac 2012 Muat turun daripada http://www.directedcreativity.com/pages/WPModels.html , Paul E Plsek, 1997) pada 28 Februari 2010 Muat turun daripada http://www.cdl.org/resourcelibrary/articles/teaching_creativity.php. pada 28 Februari 2010 Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Edisi Pelancaran. 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia INNOVATION Enabling Transformation, 2008-2. Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan: Lim Kok Wing University of Creative Technology Y. B. Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, 2008. Teks Perutusan Tahun Baru 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia; 4 Januari 2008. Runco, M.A., 2007. Creativity Theories and Themes: Research, Development and Practice. Amsterdam: Academic Press. Gardner. H, 2005. Five Minds for The Future. Boston: Harvard Business School Press. Kamus Dewan, 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Starco.A.J, 2005. Creativity in the Classroom: Schools of Curious Delight. London: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. M. Azhar A. Hamid, 2004. Kreativiti: Konsep, Teori dan Praktis. Skudai Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
  • 33. 25 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Ulf Larsson, 2004. Budaya Kreativiti Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel, Kuala Lumpur. Hargreaves. A, 2003. Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of Uncertainty. New York: Teachers College Press. Fasko, D. JR,”Education and Creativity” dlm Creativity Research Journal Vol.13, Nos.3&4, hlm317-327, 2001. Stenberg, R.J,. Williams, W.M,.1996. How To Develop Student Creativity. Tun Mahathir, 1991. Wawasan 2020: Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan). Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur, 28 Febuari 1991.
  • 34. 26 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM PANEL PENYUMBANG Sidang Editor: Dr. Azian T.S. Abdullah Timbalan Pengarah (Dasar, Sains & Teknologi) Dr. A’Azmi Shahri Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan Baharin Yahya BPK Nor Azian Mohd Kamel BPK Suriya Ahmad BPK Lau Shin Chai JPN Sarawak Rosli Omar JPN Kedah Jamilah Omar UPSI Penyumbang: Salbiah Mohd Som BPK Dr. Nor Zihan Hussin BPK Harulnizam Abd Rahman BPK Ansori Ishak BPK Norhayati Mokhtar BPK Norafandi Samion BPK Roslan Mohamed JPN Johor Ruslan Mohd Yusof JPN Kelantan Mohd Nor Awaludin JPN Negeri Sembilan Ahmad Fauzi Abd Rahman Universiti Malaya Dr. Siti Hajar Abd Aziz IPGM Bahasa Antarabangsa Amy Wong On Mei IPGM Pulau Pinang Zulkifli Husin IPGM Raja Melewar Chua Chee Ming IPGM Raja Melewar Arif Othman IPGM Raja Melewar Razid Abdul Karim IPGM Ipoh Rofilah Md Said SMK Dato’Klana Putra Mohd Aris Tammiji SMK (P) Methodist Kuantan Aishah Borhan SK Gangsa
  • 35. 27 KREATIVITI DAN INOVASI: ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Pakar Mazlan Ismail BPK Mata Pelajaran: Zainab Abdullah BPK Regina Joseph Cyril BPK Queck Weng Kim BPK Mohd Ali Henipah Ali BPK Kamarul Azlan Ahmad BPK Radin Muhd Imaduddin BPK Faseha Jelani BPK Muhammad Kamil Ali BPK Mohd Nizam Mohd Yusof BPK Mohd Latif Saari BPK Kunaaseelan a/l Subramaniam BPK Norlie Ismail BPK Ida Hairani Bakar BPK Tan Chew Keok BPK Norazza Ibrahim BPK Kamariah Mohd Yassin BPK Liza Othman BPK Ahmad Bustamam Mohd Ali BPK Roslan Majuki BPK Norbaitee Talib BPK K.Samsudin Kasan BPK Adam Othman BPK Massita Ramlan BPK Sumbangan Khas: Dato’ Abd Aziz Sheikh Kadir Akademi Sains/MOSTI Khairezan Rahmat UiTM, Shah Alam Ilustrasi/Grafik: Md. Fuad Md Rafik SK Telok Gong Shahrizal Amir SJKC Tai Thung
  • 36. 28 KREATIVITI-ELEMEN MERENTAS KURIKULUM POWER OF CREATIVITY AND INNOVATION Sumber: Innovation-Enabling Transformation. Lim Kok Wing (2008); Budaya Kreativiti-Pameran Seratus Tahun Ciri masyarakat kreatif: Maju dalam penyelidikan dan pembangunan Sains dan Teknologi Penghasilan pengetahuan tinggi Penyelidik berkelayakan, kompeten dan dipacu oleh industri Ramai individu kreatif, inventif dan inovatif Daya saing yang tinggi Pendidikan membangunkan kreativiti dan inovasi Memberi keutamaan kepada kreativiti dan inovasi Kreativiti menjadi amalan dalam kehidupan Maklumat dan pengetahuan dapat ditukar kepada produk, sistem atau perkhidmatan Jika Malaysia mahu bersaing dan berjaya dalam persekitaran global, kita mesti menerima hakikat yang kita mesti inovatif dalam membangunkan perniagaan kita, kita mesti lebih kreatif dalam menghasilkan barangan kita. Kita mesti transformasikan pendidikan kita kepada yang memupuk dan menggalakkan minat untuk meneroka dan mereka cipta. Kita mesti mempercepatkan usaha kita untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang kreatif.