Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum

22,246 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
22,246
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
707
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum

  1. 1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKANPENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Teknik Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris (18 hb Oktober 2010)
  2. 2. ABSTRAKPenulisan ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui apakah yangdimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum menurut kementerianPendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancanganpendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikanuntuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yangmeliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepadaahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulumbermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihaksekolah. Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandanganpakar- pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkanmengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta tokohatau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga membincangkantentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangansecara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia.
  3. 3. PENGENALANKurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakanparadigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untukmelahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (MasturaBadzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan prosespengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan jugapenerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapatmelahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkankemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proseskognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individuseorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran.Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalamkonteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketikaitu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang(Department of Education and Science, 1990).
  4. 4. DEFINISI KURIKULUMDefinisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakansegala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusipendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputisegala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan norma, unsur- unsurkebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli- ahlinya.Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley& Evans, 1992). Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untukpelajar- pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan. (Abdullah MohdNoor & Ahmad Jaffin Hassan, 1992 dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah danKurukulum Pendidikan). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yangmenyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Usaha menyeluruh yang dirancangoleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yangtelah ditentukan. (Inlow, 1976). Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usulpendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan bolehdikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Stenhouse, 1975). Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulumsebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. Kurikulumialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. (Kerr, 1968dalam Zaini B. Abdullah, Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Kurikulum ialahrancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagaitujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini dibina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. (Saylor &Alexander, 1974). Selain itu, terdapat juga definisi yang menyatakan bahawakurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai-
  5. 5. bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusussesuatu budaya. (Burtonwood, 1986).PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR, TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITANKURIKULUMMenurut Robert S. Zais (1976), mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidakdapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitutujuan, isi, aktiviti dan penilaian. Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antarasatu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki (puzzle) yang mesti dipadankandengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya.Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalamankurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsurdasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya. Menurut J.I Goodlad (1966), memberikan pandangan dengan mengusulkanbahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian danpemerolehan yang bersifat rasional. Budaya terdiri daripada pengetahuan melaluipenyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yangdiketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Nilaibudaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan.Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagaiobjektif am pendidikan. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untukdikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan. Bersama-sama dengan objektifam diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektifspesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang
  6. 6. sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Lantaran itukurikulum bergerak dinamik merentasi masa. Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974), menyatakan bahawasistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatanpembelajaran yang dibina melalui kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentangkesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektifspesifik yang berkaitan. Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. Tiap-tiap bidangmempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod instruksi dan prosespenilaian. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yangdinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input, matlamatdan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmupengetahuan, matlamat dan nialai social, permintanan murid dan prosespembelajaran. Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran, contohnyakeperluan undang-undang. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistemkurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. Subsistem ini melibatkanpengembangan, pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya.Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untukmencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang.Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancanganuntuk setiap bidang. Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqngmengekalkan, mengembangkan, menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa.Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan inputdan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar.
  7. 7. Manakala menurut Mouritz Johnson (1967), mengusulkan bahawa kurikulumialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. Secara keseluruhannya model inimengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesanhuraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. Wheeler (1967), mengusulkanbahawa carta aliran ialah proses kurikulum, iaitu proses pembinaan danperkembangan kurikulum. Menurutnya, proses ini perlu berorientasikan masyarakat,individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untukmemancarkannya kepada murid. Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa;iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1), fasa penilaian pemilihan pengalamanpembelajaran (2), fasa penilaian pemilihan isi (3), fasa penilaian prinsip dan proseduruntuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian(5). Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1,2,3dan 4). Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaiandata dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. Eksperimen inibertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusanuntuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. Oleh sebabkurikulum dibentuk oleh masyarakat, maka hasilnya perlulah sentiasa sekatadengan nilai, permintaan dan masalah masyarakat. Secara keseluruhannya, Wheeler(1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan, isi,pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkantindakan, empiris eksperimen. Kurikulum menurut model ini dinilai juga secaraempiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai, pemintaan dan masalahmasyarakat.
  8. 8. Model Kurilukum Tyler (1949), adalah berdasaskan kepada objektif dan proses.Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction, Tyler memberdefinisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan olehpihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Mengikutbeliau, objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan, iaitu: (a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar. Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalamsesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkanobkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. Maka, Tyler mencadangkanempat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah, iaitu: (a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. (b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. (c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. (d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar. Berdasarkan huraian tersebut, Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yangmengandungi perkara-perkara berikut: (a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai. (b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya.
  9. 9. (c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran. Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum SekolahDewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) diUSA dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). Di bawahkurikulum sekolah Dewey, objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafahpragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiri-penemuan. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey, Jawatankuasa KajianKurilukum (1933-1941) USA, menyenaraikan empat kompenen utama berikutsebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah: (a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum. (b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum. (c) Organisasi kaedah dan strategi. (d) Penilaian untuk pencapaian objektif. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukanberdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagaiobjektif- objektif utama. Dengan garis panduan daripada Loporan JawatankuasaKajian Kurikulum, beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkapdan mantap seperti berikut: (a) Diagnosis atas permintaan kurikulum. (b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum.
  10. 10. (c) Pemilihan isi kandungan kurikulum. (d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih. (e) Pemilihan pengalaman pembalajaran. (f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih. (g) Pengukuran dan penilaian. Model kurikulum Stenhouse (1975), adalah berlandaskan kepada modelproses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagaikomponen utama dalam sesuatu kurikulum. Stenhouse bersetuju dengan Peters(1966) dalam Mok Soon Seng, Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawapemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. MengikutPeters, aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains, Sejarah dan Kesusasteraanmengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangankepada kehidupan. Sehubungan ini, Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulumberdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlubergantung kepada objektifnya. Maka, Model Kurikulum Stenhouse merangkumiaktiviti-aktiviti berikut: (a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. (b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran.
  11. 11. (c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. (d) Aktiviti yang memerlukan pelajar- pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek. (e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan. (f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan, piawai atau displin. Model Kurikulum Stenhouse, jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiranguru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Ini adalah kerana Stenhousemenitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungandalam kurikulum. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepadakemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktivitipengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yangdisenaraikan dalam model kurikulum tersebut. Sehubungan ini, Stenhousemencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkajimasalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualitidan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajarandan pembelajaran dengan lebih berkesan.BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA
  12. 12. Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yangdiajar. Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaranyang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran, pelbagai pilihan disiplin ilmupengetahuan, pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian, danpelbagai cara penyusunan yang lain. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulumwalaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran(Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004). Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaanmerupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dankegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembanganseseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosiserta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untukmenyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan KurikulumKebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkansebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupunsesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku LaporanJawatankuasa Kabinet,1979, dipetik dari Abdullah Sani, 2005: 144). Oleh sebab itu,kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah, matlamat pendidikan, danwawasan negara. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa KabinetMengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-
  13. 13. sekolah menengah mulai tahun 1989. Akta Pelajaran (1961), menyatakan padaperingkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuatpilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasaCina, Tamil, Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Hal ini penting bagimemupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dantak lapuk dek hujan. KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepaduke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan sertakepatuhan kepada Tuhan. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Semuawarga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agarFPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Andai semua pihak yangbertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberikesan yang positif. Bagi melihat kesan FPK yang ketara, kita mungkin perlumenunggu masa satu atau dua generasi kehidupan. Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956)yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantarmasing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkanjumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinetditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan jugamenyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutanbagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan
  14. 14. untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaansifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994 halaman 100). Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentukkurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulumberbentuk modular. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standardkandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakalakurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasidan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yangdinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Oleh yang demikian, Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalamKurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yangsama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapanstandard pendidikan. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perludiberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataanspesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatutempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atauindikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untukmemastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian PelajaranMalaysia 2009). Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenismodul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripadaKomponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan BahasaTamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. ModulBertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam
  15. 15. keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini jugadibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (KementerianPelajaran Malaysia 2009). Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembanganbagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara.Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras denganpembangunan negara. Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagimenyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal iniberlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikanmasyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahapperkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikappositif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum.Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah PendidikanKebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan danpenggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teoripendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teorikecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum2003). Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui AmalanBersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah satupendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran danpembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakatserta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberipenekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan.
  16. 16. Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubaldengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standardpembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yangberumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada prosespengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuripenemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu,bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaranberasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK- KANAK YANGTERDAPAT DI MALAYSIAPerkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulumyang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajarsambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaranmelalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yangberpengetahuan, kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum.Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanaksecara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat meneruskankesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanakyang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. Ia merangkumisemua bidang yang kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanaktermasuklah pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor,pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai pendekatanuntuk pembangunan pembelajaran dan bahasa.
  17. 17. Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yangdilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika ituhanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS, NGOs clan pihakswasta. Pada tahun 2003, Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, KementerianPelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaanhendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, NGOs danswasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik, 2009). Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industriyang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatifKementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanyabermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam AktaPendidikan 1996. Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan KurikulumPrasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikanpada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK). Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagimenangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teorike dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran, 2010). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yangterdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhandijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan programpendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruhnegara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula
  18. 18. mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankanpendidikan prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. AktaPendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah denganmemasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang jugadipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dandikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negaraini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspekperkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagaipersediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah diMalaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan iniialah komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif,komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioekonomi,komponen perkembangan fizikal, serta komponen kreativiti dan estetika (IPGMKampus Dato’ Razali Ismail, 2009). Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalamrujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikanawal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagimemberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau PusatAnak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak.Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanakyang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedahpegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir
  19. 19. perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar denganibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepadapembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATAialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi, sahsiah dankerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembanganpra-matematik dan pemikiran logik, perkembangan deria dan pemahaman dunia,perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, serta aspek asuhan meliputikeselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan (PERMATANegara, 2010). Pada masa sekarang, Kurikulum standard prasekolah kebangsaanmerupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepadastandard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan bolehdilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum iniberfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatanpengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Antara bentukkurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi, kerohanian,sikap dan nilai, kemanusiaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika, serta lestari dansains teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas AsuhanKanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. Kurikulum PERMATA mengandungi
  20. 20. garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atauPusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagimeningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikanpengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pengasuhan secara holistik,panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak, merefleksdan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga sertamasyarakat. Selain itu, kurikulum ini berkonsepkan permainan, penerokaan, berfokusdan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidangpendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintissebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. KementerianPelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yanglebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992, berdasarkan mesyuaratJemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buahkelas prasekolah. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, Kementerian PelajaranMalaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubalkurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara padatahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman SesawangPrasekolah BalingSik, 2009). Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)Pendidikan, bermula pada Januari2010, daripada 1353 yang dirancang untuk
  21. 21. beroperasi pada tahun 2010, sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikutpecahan. Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi telahdiperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. Kurikulum PERMATA mempunyaienam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi, rohani dan social;perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan pra matematikdan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran;perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri; dan perkembangandaya kreativiti dan estetika. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha untukmenyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yangberumur 5-6 tahun. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semuapengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996(Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaituperkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian danmoral, sosioemosi, fizikal serta kreativiti dan estetika. Kurikulum PrasekolahKebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasisebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa, kemahiranberinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi pelbagaicabaran dalam era globalisasi dunia.
  22. 22. KESIMPULANKehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yangpenting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supayaselaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insanyang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapatdilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapakekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru, pihak NGO, atau pihak yangtertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam prosespendidikan kanak-kanak, maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yangbertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skopyang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak diprasekolah. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasikekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
  23. 23. emosi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trendyang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikanprasekolah di Malaysia.BIBLIOGRAFIAkta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan- peraturan Terpilih. International Law Book Services, 2001( ms 1-98 dan 129- 1440).Akta pelajaran (1961), Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/18935544/Penyata-RazakAminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali (2008), Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.com/v2/wpcontent/uploads/ downloads/2010/07/1275279590.pdf
  24. 24. Burtonwood, N. (1986). The Culture Concept in Educational Studies. Wisdor: NFER- NelsonDepartment of Education and Sciences (DES) (1990), Starting with Quality, London, HMSO.Farida Yunus & Hasnah Toran (2010), Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://pkukmweb.ukm.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid %202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.pdfGaris Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996), Diperolehi pada 3 ogos 2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.comGoodlad, J.I. (1966). The Development of a Conceptual System for Dealing with Problems of Curriculum and Instruction. Los Angeles: University of Califoenia Institute for Development and Educational Activities.Inlow, G.M (1966). The Emergent In Curriculum. New York: WileyIPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. 2009. Pendidikan Prasekolah Di Malaysia, http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2009_06_01_archive.html pada 28 Ogos 2010Johnson, M. (1967). “ Definitions and Models in Curriculum Theory”. Educational Theory, 17, hlm. 127-140.Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise
  25. 25. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum . Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2009)Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. 2009. Pengurusan Kurikulum. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd.net/pra/news.phpLaporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.Mastura Bazdis (2008), Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/Mohd Daud Hamzah (1994). Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.Mok Soon Seng (2007), Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum). Multimedia ES Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur.Neagley, R.L Dan N.D. Evans. (1967). Handbook For Effective Curicculum Development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.PERMATA Negara. 2010. Kurikulum Permata. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://www.permata.jpm.my/kurikulum.aspPusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.Saylor, J.G dan W.M. Alexander (1974). Planning Curriculum for Schools. New York: Holt.
  26. 26. S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, (1987). Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.Stenhouse, L. (1975). An Introduction to Curriculum Research and Development. London: Heinemannn.Taba, H. (1945). “ General Techniques of Curriculum Planning” dlm. R.W. Tyler (ed.) American Education in the Postwar Period; Fourty-fourth Year Book of the National Society for the Study of Education, pt. 1. Chicago. University of Chicago.Tyler, E.B.(1949). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Chicago: University Of Chicago.Wheeler, D.K. (1967). Curriculum Process. London: University of London.Zaini B. Abdullah (2002). Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya: Prentice Hall.Zais, R.S. (1976). Curriculum: Principles and Foundations. New York: Thomas Crowell.

×