SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
KPS 6014
TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN
TUGASAN 2
SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN
NAMA : MASTURA BINTI MD ZIN
NO. MATRIK : M20122001666
NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR AMIR HASSAN DAWI
PENGENALAN
Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasi, sistem pendidikan mempunyai tugas
menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam
konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada
abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk
memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu
unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri
individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya
berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri
sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan
alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun,
visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan
juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani
masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang bermoral
tinggi.
ANALISIS POLISI PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI
STRUKTURAL-FUNGSIONAL
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan
manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori
fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana
sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang
mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.
Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi.
Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau
keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian
utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan
kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat
dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam
masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan
perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial
kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan
sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di
kalangan remaja.
ANALISIS ISU : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA
JENAYAH DI KALANGAN REMAJA.
1. Institusi Keluarga
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu
kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan
ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf
sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak.
Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan
menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan
anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan
ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang
penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami
dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada
kewujudan suasana harmonis.
2. Pihak Sekolah
Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang
lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai
dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber.
Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua /
Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru-
guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas
ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin
aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya.
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru
tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar
belakang dan corak pendidikan ibu bapa.
Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak-
anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang
sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru.
Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup
mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun
kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai
cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk
sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif
yang mungkin menimpa diri.
3. Media Massa / Internet
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi
masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini,
golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai
yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.
Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling
mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan
ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka
tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui
internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul.
4. Rakan Sebaya
Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka.
Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber
yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga
berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari
keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib
dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik
perhatian orang lain.
Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya
hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup
memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan
mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat.
Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar
terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran dalam
pelajaran.
MENGANALISIS ISU BERDASARKAN TIGA KONSEP SOSIOLOGI
Definisi Modenisasi
Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat
sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai
keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti,
hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah
sebagai gaya hidup moden.
Modenisasi
Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah
disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang
inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha
mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat
industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-
barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran
atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas –
diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak
diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima
pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja
kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-
masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan
perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah.
Kelas Sosial
Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil
dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari
keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama
pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.
Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar.
Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat
menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur &
Ericson (1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan
alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika
masalah ini tidak ditangani.
Budaya Sekolah
Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir
daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid
warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan
material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah
penyelewengan budaya.
Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam
mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun,
terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di
sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya.
Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang
terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini
mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan
bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah
seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal.
Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan
komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini
perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu
jenayah.
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah
disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat
banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang
utama isu ini.
Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar
bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.
Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat
tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah
untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut
bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks
juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk
mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar.
Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga,
kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang
dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-
kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak
bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.
RUJUKAN
Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjong Malim: Quantum
Books.
Inkeles, Alex, 1982. (Apa Itu Sosiologi ?), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Noran Fauziah Yaakub, 1987. (Pengantar Sosiologi), Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd. Petaling Jaya.
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. (Sosiologi Pendidikan), Kuala Lumpur:
Heinemann.
Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJAMASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
MASALAH TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Karangan Isu Remaja
Karangan Isu RemajaKarangan Isu Remaja
Karangan Isu Remaja
 
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala SosialPenyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
Penyelesaiaan Masalah Gejala Sosial
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Ceramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan AkhlakCeramah Keruntuhan Akhlak
Ceramah Keruntuhan Akhlak
 
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia  Dalam ...
Peranan, Tanggungjawab Dan Strategi Institusi Sosialisasi Di Malaysia Dalam ...
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remaja
 
Makalah kenalakan remaja 3
Makalah kenalakan remaja 3Makalah kenalakan remaja 3
Makalah kenalakan remaja 3
 
Tugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi SosiologiTugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi Sosiologi
 
Makalah tik rifqi
Makalah tik rifqiMakalah tik rifqi
Makalah tik rifqi
 
Gejala sosial
Gejala sosialGejala sosial
Gejala sosial
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA FAKTOR BERLAKUNYA  GEJALA SOSIAL DI  KALANGAN REMAJA
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA
 
Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2Makalah kenalakan remaja 2
Makalah kenalakan remaja 2
 

Similar to untuk Analisis Faktor Jenayah Remaja

Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkaraktertotok aris
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 
Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarNita Mardiana
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisAfshan Mbo
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfImanSetiawan26
 
Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)MenagaThures
 
Tugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaTugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaMiftah Ridho
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newDaengsMuslihah
 
ulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxaliyaputri14
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 

Similar to untuk Analisis Faktor Jenayah Remaja (20)

Guru berkarakter
Guru berkarakterGuru berkarakter
Guru berkarakter
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajar
 
Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5Residivisme Bab 5
Residivisme Bab 5
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
PPT AGAMA KEL 10.pdf
PPT AGAMA KEL 10.pdfPPT AGAMA KEL 10.pdf
PPT AGAMA KEL 10.pdf
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
 
Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)Nilai masyarakat topik 5 (1)
Nilai masyarakat topik 5 (1)
 
Tugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remajaTugas perkembangan remaja
Tugas perkembangan remaja
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 new
 
ulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docxulgisb salinan.docx
ulgisb salinan.docx
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
bilangan aljabar
bilangan aljabarbilangan aljabar
bilangan aljabar
 
Hbef 1103 topik 1
Hbef 1103 topik 1Hbef 1103 topik 1
Hbef 1103 topik 1
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Kedudukan sosiologi dalam bimbingan dan konseling
Kedudukan sosiologi dalam bimbingan dan konselingKedudukan sosiologi dalam bimbingan dan konseling
Kedudukan sosiologi dalam bimbingan dan konseling
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Asigment
AsigmentAsigment
Asigment
 
Bahagian c ulasan
Bahagian  c ulasanBahagian  c ulasan
Bahagian c ulasan
 

More from MasTura MdZin

More from MasTura MdZin (7)

Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 
Asg 1
Asg 1Asg 1
Asg 1
 
Asg 3
Asg 3Asg 3
Asg 3
 
tugasan1
tugasan1tugasan1
tugasan1
 
Assignment 4
Assignment 4Assignment 4
Assignment 4
 
Chapter 3 (science form 1)
Chapter 3 (science form 1)Chapter 3 (science form 1)
Chapter 3 (science form 1)
 
Chapter 3 (science form 1)
Chapter 3 (science form 1)Chapter 3 (science form 1)
Chapter 3 (science form 1)
 

Recently uploaded

polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 

Recently uploaded (20)

polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 

untuk Analisis Faktor Jenayah Remaja

  • 1. KPS 6014 TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN TUGASAN 2 SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN NAMA : MASTURA BINTI MD ZIN NO. MATRIK : M20122001666 NAMA PENSYARAH : PROF MADYA DR AMIR HASSAN DAWI
  • 2. PENGENALAN Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasi, sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dan menyalurkan kebudayaan. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk meninggikan lagi kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi sebagai anggota masyarakat. Ia harus dapat membimbing individu mengenali diri sendiri sebagai insan dalam alam sosial dan fizikal ciptaan Yang Maha Berkuasa ini. Dengan alasan inilah, pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini tidak akan tercapai seandainya masalah jenayah di kalangan juvana (pelajar) tidak dapat dibendung. Sesuatu perlu dilakukan segera untuk menangani masalah jenayah ini bagi membentuk sahsiah pelajar ini supaya menjadi insan yang bermoral tinggi.
  • 3. ANALISIS POLISI PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURAL-FUNGSIONAL Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.
  • 4. ANALISIS ISU : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BERLAKUNYA JENAYAH DI KALANGAN REMAJA. 1. Institusi Keluarga Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326). Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. James Becker mengatakan ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa Institusi keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis. 2. Pihak Sekolah Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber. Sebagai organisasi formal sekolah mempunyai struktur kepimpinannya sendiri. Pengetua / Guru Besar bertanggungjawab memimpin guru-guru, kakitangan am dan para pelajar. Guru- guru juga berperanan sebagai pemimpin dalam konteks masing-masing. Peringkat paling asas ialah kepimpinan guru dalam bilik darjah. Selain itu guru juga berperanan sebagai pemimpin aktiviti-aktiviti akademik serta kokurikulum seperti persatuan, sukan, kelab dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru semakin hari semakin mencabar. Kini, guru tersepit dalam menghadapi kerenah pelajar bermasalah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan corak pendidikan ibu bapa.
  • 5. Sering kedengaran rintihan ibu bapa yang tidak boleh lagi membentuk dan mendidik anak- anak mereka, lalu merayu dan meminta guru untuk membetulkannya. Pelajar inilah yang sukar untuk ditangani kerana mereka juga turut tidak menghiraukan nasihat dan teguran guru. Dalam pada itu, kes-kes guru diserang oleh ibu bapa atau ahli keluarga pelajar sudah cukup mengajar guru untuk tidak bertindak menyelesaikan kes pelajar bermasalah. Namun kemuliaan jiwa guru jelas terbayang apabila mereka tetap meneruskan usaha melalui pelbagai cara dan pendekatan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka untuk membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi insan yang bermoral tinggi walaupun menyedari kesan negatif yang mungkin menimpa diri. 3. Media Massa / Internet Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Selain daripada video cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul. 4. Rakan Sebaya Dalam kawasan sekolah, murid-murid juga dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kajian, pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak. Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan
  • 6. anasir-anasir jahat. Mereka akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja budaya hedonisme di kalangan remaja seperti Kumpulan Black Metal dan Trash Metal sudah cukup memberi cabaran serta saingan kepada usaha dan tugas guru untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat. Akhir kata, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap dan nilai tingkah laku pelajar terutamanya pelajar yang berasal daripada keluarga yang bermasalah dan keciciran dalam pelajaran.
  • 7. MENGANALISIS ISU BERDASARKAN TIGA KONSEP SOSIOLOGI Definisi Modenisasi Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden. Modenisasi Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang- barang materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas – diluar batasan sosial dan fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing- masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah. Kelas Sosial Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.
  • 8. Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar. Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani. Budaya Sekolah Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun, terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya. Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan bersekolah. Antara contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal. Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.
  • 9. CADANGAN DAN KESIMPULAN Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang- kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.
  • 10. RUJUKAN Amir Hassan, 2001. (Penteorian Sosiologi dan Pendidikan), Tanjong Malim: Quantum Books. Inkeles, Alex, 1982. (Apa Itu Sosiologi ?), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakub, 1987. (Pengantar Sosiologi), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Petaling Jaya. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. (Sosiologi Pendidikan), Kuala Lumpur: Heinemann. Ting Chew Peh, 1979. (Konsep Asas Sosiologi), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.