Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Guru dan-cabaran-semasa

937 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Guru dan-cabaran-semasa

  1. 1. 1 1. Bincangkan Isu-Isu pendidikan di Malaysia yang terpaksa ditempuhi dan cara menghasilkan guru cemerlang. Isu Masalah sosial dan disiplin Pendemokrasian Pendidikan Perkembangan Teknologi Beban tugas Berat Integrasi Nasional
  2. 2. 2 1.0 Gejala sosial Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut Kamus Pendidikan ( 1979 ), “pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahirn sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah”. Pengertian ini adalah selari dengan pandangan Dewey, seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengataka bahawa “Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Perkataan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya. Namun begitu pendidikan secara menyeluruh tidak akan dapt dijalankan dengan adanya kekangan-kekangan yang timbul sama ada dari pelajar, guru mahupun system pendidikan itu sendiri. Apa yang paling ketara, pendidikan terhalang oleh gejala sosial yang semakin hari semakin membarah di dalam masyarakat dan jika tidak diubati ia membawa implikasi negatif terhadap negara.
  3. 3. 3 Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengster, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian.
  4. 4. 4 1.1 Cara tangani masalah sosial dan disiplin Peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak- anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab. Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak- anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar. Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia, remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak yang mulia sehingga berjaya. Memantapkan peranan keluarga Pemantapan aktiviti kokurikulum Kaunseling Kerjasama dengan pihak Polis
  5. 5. 5 Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”. Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak akan mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang. Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian ini berlaku kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni berdominan untuk membanteras kegiatan negatif.  Polis dan Sekolah Dalam menangani pemasalahan disiplin di kalangan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan rangkaian hubungan dengan pihak polis. Salah satu daripada usaha yang dilakukan ialah dengan mewujudkan pengawai perhubungan polis di sekolah-sekolah. Hubungan baik antara sekolah dengan pegawai perhubungan polis ini telah sedia wujud untuk mengurangkan masalah disiplin. Isu- isu pelajar yang memerlukan peranan pihak polis akan dibincangkan secara bersama. Salah satu program yang dianjurkan oleh boleh diadakan bersama dengan pihak polis ialah ‘Sehari Bersama Polis. Dengan adanya hubungan baik ini
  6. 6. 6 di antara kedua-dua pihak, ianya banyak membantu sekolah dan guru dalam usaha- usaha memantapkan disiplin pelajar dan seterusnya hasrat untuk membina keperibadian unggul di kalangan pelajar akan tercapai.  Program Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan & Kaunseling dimanfaatkan sepenuhnya dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti ke arah membina jati diri, disiplin dan kerjaya pelajar. Peranan kaunselor sepenuh masa digembleng bagi menjayakan setiap program sama ada program kauseling mahupun program peringkat sekolah. Antara program yang dilaksanakan bagi menangani masalah disiplin pelajar ialah sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok, perjumpaan waris, kursus kepimpinan pelajar, perjumpaan pelajar secara berjadual dan memanfaatkan waktu guru ganti dengan program motivasi dalam kelas.  Pemantapan Kokurikulum. Aktiviti kokurikulum di sekolah telah diperkemaskan dan diletakkan sebagai salah satu kriteria penting bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Oleh itu, di bawah pihak sekolah perlu mewajibkan semua pelajar menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Dalam konteks kokurikulum, pemantapan disiplin murid juga diberi penekanan agar murid-murid yang terlibat dalam sebarang kegiatan kokurikulum menampilkan perwatakan yang baik dan terpuji dalam usaha melahirkan pelajar seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
  7. 7. 7 2.0 Pendemokrasian Pendidikan Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dengan persediaan yang seperti ini mendatangkan keyakinan yang tinggi kepada para ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Di peringkat sekolah pula guru besar memainkan peranan sebagai pentadbir untuk menyediakan keselesaan kepada para pelajarnya agar objektif penbelajaran dan pencapaian pelajar dapat dicapai pada tahap yang memuaskan. Inilah harapan yang menjadi impian setiap ibu bapa dan pihak sekolah untuk merealisasikan aspirasi yang ditunjangi oleh kerajaan negara kita. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Sejauh mana keselesaan tersedia dan suasana yang dapat merangsang pembelajaran murid maka sejauh itulah tumpuan dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Pembentukkan bilik darjah juga amat bergantung kepada kreativiti seseorang guru yang diberi tugas untuk memegang jawatan guru darjah. Bilik darjah merupakan sebuah tempat yang menempatkan para pelajar untuk mereka menerima dan menimba ilmu yang disampaikan oleh tenaga pengajar secara terus. Pada zaman kecanggihan ledakan teknologi maklumat dan penggunaan multimedia terutama dalam bidang perkomputeran, penggunaan bilik darjah sebagai wadah penyampaian ilmu mulai ada penggantinya. Namun tahap yang dapat dicapai melalui pembelajaran sistem ‘online’ ini hanya lebih praktikal kepada pelajar yang senior sahaja terutama di peringkat menengah dan ke atas. Atas perkara ini, kita masih lihat kepentingan bilik darjah dalam penyampaian ilmu masih lagi terus relevan kerana pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih
  8. 8. 8 mudah dan tidak banyak masalah yang remeh untuk diselesaikan. Dalam usaha pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan suatu sistem pembelajaran yang berkualiti, wujud suatu jurang pembelajaran yang kita lihat sebagai perkara yang boleh memberi kesan yang sangat ketara terhadap tahap pencapaian pelajar kita berbanding negara lain melibatkan ehwal situasi bilik darjah di Malaysia. Perbandingan ini meliputi penempatan bilangan pelajar dalam bilik darjah yang mempunyai jumlah pelajar yang terlalu padat dan sesak. Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner, “dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya”. Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari.
  9. 9. 9 2.1 Sebab-Sebab terjadinya Jurang Pendidikan •Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahupun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai. Akibatnya, berlakulah pengabaian yang tidak formal terhadap pelajar yang sedia ada dalam kelas tersebut. Guru Kurang Berfungsi •Mengajar adalah satu tanggungjaqwab yang besar. Ia memerlukan persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja. Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan •Pelajar pada kebiasaannya akan mengadu hal tentang tidak difahami mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajarinya. Untuk itu, bilangan kelas yang ramai akan mendatangkan kesan pada mereka kerana wujud rasa malu untuk bertanya pada guru sedangkan pada masa yang sama rakan-rakan lain memahami akan pengajaran guru. Golongan ini juga akan berasa malu untuk bertanya rakan sebaya seperti kumpulan elite tidak mahu berdiskusi dengan pelajar yang lemah dan ini akan mendatangkan kewujudan halangan berkomunikasi antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar sendiri. Wujudnya Halangan Komunikasi
  10. 10. 10 2.2 Jurang dalam Pendidikan Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman. Jurang digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas Jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar berkeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat. Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam bandar
  11. 11. 11 Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar adalah untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran. Justeru pihak berwajib harus membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum. Bantuan juga perlu diberikan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.
  12. 12. 12 3.0 Integrasi Nasional Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, tidak mustahil ia berulang kembali jika kita gagal memanfaatkan masa dan zaman yang sedang diharungi. Jurang ekonomi antara kaum di Malaysia ketika itu membawa kepada rentetan rusuhan kaum yang menular begitu cepat ke seluruh tanah air. Berlaku penguasaan sumber ekonomi oleh sesetengah kaum hingga menerbitkan rasa tidak puas hati yang ketara di kalangan kaum lain. Akibatnya berlakulah rusuhan kaum yang boleh disifatkan sebagai luahan perasaan penduduk Malaysia pada waktu itu. Malaysia mengalami kekacauan yang sungguh mengaibkan. Lantaran peristiwa itu, pemimpin negara diketuk minda mereka untuk memulihkan semula hubungan antara kaum di negara ini. Kesinambungan usaha itu berlanjutan sehinggalah ke dekat baru ini. Cadangan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, untuk membentuk sistem persekolahan yang lebih bersifat kolektif dan berciri keharmonian kaum dianggap langkah bijak. Sebagai negara yang kian pesat membangun, sudah pasti Malaysia akan mengalami perubahan dalam aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi. Namun keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan kaum, jika tidak diimbangi dengan betul, ia akan mewujudkan satu lagi pertentangan kaum. Dalam membicarakan mengenai perpaduan yang lahir dan terbina melalui satu jalinan sistem pendidikan yang berwajah baru, kita perlu melihat di sebalik tabir bagi tujuan pemprosesan wacana Sekolah Wawasan. Hari ini, masih wujud sekolah bersifat perkauman. Masih ada sekolah yang dikhaskan untuk kaum Cina dan India. Sekolah Wawasan yang dicernakan oleh Perdana Menteri mampu menjadi pemangkin dalam merealisasikan impian Wawasan 2020. Untuk menuju ke matlamat itu, Malaysia perlu bersedia menyediakan elemen manusia yang jauh daripada virus perosak. Bukan mudah bagi negara memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan. Pembentukan sistem persekolahan sedemikian adalah veribal kepada pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Ini kerana dalam sistem itu bukan saja
  13. 13. 13 bangsa Melayu yang akan bersekolah di sekolah berkenaan tetapi akan turut terhimpun pelbagai ras dan agama. Lantaran pertemuan itu, satu wadah pendidikan akan mewujudkan pertembungan budaya dan bangsa. Memupuk integrasi etnik di sekolah  Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan
  14. 14. 14 lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an. Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.  Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan. Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing- masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain. Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik. Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu
  15. 15. 15 didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.  Pendemokrasian Pendidikan Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah- sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana- mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang- masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan- kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.
  16. 16. 16  Perlaksanaan Sekolah Wawasan Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing- masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.
  17. 17. 17 Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.  Perlaksanan Sekolah satu aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat. Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah.
  18. 18. 18 4.0 Perkembangan Teknologi Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT. Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat untuk memudahkan pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa. Terdapat beberapa cabaran utama yang menghalang keberterusan pengunaan ICT di sekolah. Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P. Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa. Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya. Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal komputer mata pelajaran elektif. Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluan untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga lima waktu mengajar seminggu. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif ICT dapat ditawarkan. Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada keupayaan serta kebolehan aplikasi media teknologi maklumat yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran terhadap penerimaan dan persiapan mental serta komitmen dalam penggunaan teknologi ini di kalangan guru- guru secara amnya.
  19. 19. 19 3 KELEBIHAN UTAMA ALAT ICT UNTUK PENDIDIKAN 1‧ Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar. 2‧ Melalui ICT, dengan mudah pengajar dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar. 3‧ Melalui ICT, pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi. KEKURANGAN UTAMA ICT UNTUK PENDIDIKAN 1‧ Penyediaan mesin boleh menjadi rumit 2‧ Terlalu mahal 3‧ Rumit untuk pengajar yang tiada pengalaman mengunakan alat ICT
  20. 20. 20 5.0 Beban Tugas Berat Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Dewasa ini tugas guru semakin mencabar, bukan sahaja dari skop kerja malah kepada masalah-masalah lain yang timbul seperti kes disiplin pelajar, perkeranian dan lain-lain. Hal-hal ini boleh memberi kesan negatif kepada guru-guru sekiranya ia tidak diuruskan dengan cara yang betul. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Terdapat beberapa cara yang efisien untuk guru bagi menangani tekanan. Antara cara yang biasa digunakan untuk menangani stress ialah bercuti. Selain itu bersembang dengan rakan sejawat tentang minat rekreasi dan sebagainya sedikit sebanyak melupakan seseorang kepada tekanan yang dihadapinya. Seseorang guru juga perlu belajar daripada kesilapan dan memaafkan diri anda sendiri. Ada juga yang mengambil pendekatan agama untuk menangani stress seperti meluangkan masa di tempat-tempat ibadat, bertafakur, dan lain-lain lagi.
  21. 21. 21 B) Dalam Usaha untuk merealisasikan hasrat tersebut, sejauh manakah factor emosi dapat member kesan kepada usaha untuk mencapai gagasan itu, dan apakah tindakan yang tepat untuk mengimbangi matlamat itu. Dewasa ini Malaysia merupakan negara kedua terpantas di dunia yang paling cepat membangun selepas India. Pascamerdeka negara telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak dan pesat membangun. Selain itu , Malaysia telah berjaya menawan puncak Gunung Everest, merentasi Selat Inggeris dan Kutub Antartika serta mengelilingi dunia secara solo oleh rakyat Malaysia yang ‘glokal’.Tidak dapat dinafikan bahawa kita turut memiliki infrastruktur dan prasarana yang bertaraf dunia seperti Menara Berkembar Petronas , Lapangan Terbang KLIA , Bandar Putrajaya , Litar Antarabangsa Formula Satu dan sebagainya. Namun disebalik kejayaan, kemegahan dan keagungan ini , negara pula terpaksa berhadapan dengan krisis keruntuhan moral di kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi. Malah saban hari wujudnya kes baru yang agak memalukan bagi warga pendidikan yang semakin hari semakin menular dan jika tidak dibendung akan terus membarah. Kes-kes guru memukul murid pada zaman lalu adalah lumrah bagi mendidik dan membetulkan pelajar. Malah langsung tidak menjadi isu besar. Namun kini keadaannya menjadi terbalik pula, kes murid memukul guru semakin bertambah dan saban hari menghiasi dada akhbar arus perdana. Krisis ini bukan sahaja akan mengugat kestablian politik , membantut perkembangan ekonomi dan menjejaskan keamanan sosial malah boleh meranapkan dan seterusnya menghancurkan peradaban bangsa. Pendidikan zaman millennium ini memerlukan strategi dan nafas baru bagi menghadapi kerenah-kerenah globalisasi yang semakin mencabar. Justeru, kita perlu mengkaji secara mendalam apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes-kes sebegini , kesannya seandainya tidak diatasi dan cara-cara menangani krisis dan masalah ini .
  22. 22. 22 Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah salah laku pelajar dan guru ialah menggunakan pendekatan kompetensi kecerdasan emosi. Ini kerana penekanan pendidikan dari awal ini dapat memberi pendedahan awal mengenai kawalan emosi dan perhubungan sosial. Model Kompetensi Kecerdasan Emosi (ECI) dari Goleman dan Boyatzie menekan kompetensi kepada dua bahagian iaitu kompetensi personal dan kompetensi sosial Kompetensi personal terbahagi kepada tiga iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri dan motivasi kendiri. Kesedaran kendiri bererti seseorang itu memahami emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat mengintepretasi emosi serta membina keyakinan diri yang tinggi. Dengan kemahiran ini guru, dan pelajar dapat memahami emosi masing- masing dan dapat berbincang secara ilmiah dan profesional jika terdapat perselisihan faham. Ini dapat mengelakkan kejadian-kejadian tidak diingini daripada berlaku. Oleh sebab individu yang memiliki kompetensi ini biasanya sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan. Mereka juga terbuka kepada maklumbalas yang jujur atau perspektif baru atau pembelajaran yang berterusan atau perkembangan diri. Kesedaran kendiri juga akan membuatkan berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan sesuatu yang betul serta berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam keadaan ketidakpastian dan dalam tekanan. Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi.Kawalan kendiri bererti sesuatu individu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Mereka ini biasanya dapat menguruskan emosi yang negatif seperti kemarahan ataupun rasa tidak puas hati dengan baik. Selain itu, mereka tenang dan positif semasa menghadapi tekanan serta berfikiran waras. Amanah pula bermaksud seseorang individu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti dan mereka biasanya bertindak secara beretika. Mereka juga mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autentisiti. Seterusnya adalah ketekunan. Ketekunan bererti sesuatu individu
  23. 23. 23 bertanggungjawab atas prestasi diri. Individu yang mempunyai ketekunan lebih berkomitmen dalam membuat sesuatu dan menunaikan janji, bersifat akauntable untuk memenuhi objektif. Mereka juga teratur dan sistematik dalm melaksanakan tugas. Kebolehsuaian atau fleksibiliti seseorang individu dalam menangani perubahan mendorong mereka menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah. Motivasi kendiri pula dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi, komitmen, Inisiatif dan optimisme. Motivasi kecapaian bermaksud individu sentiasa berusaha menambahbaikkan atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi. Komitmen bermaksud individu yang mempunyai komitmen selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Inisiatif pula bermaksud sesuatu individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang.Individu yang mempunyai kompetensi ini bijak memanfaatkan peluang dan memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan berfaedah. Optimisme bererti individu yang cekal untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Kompetensi kecerdasan emosi yang seterusnya adalah kompetensi sosial. Kompetensi ini lebih menekankan cara perhubungan antara sesama manusia. Masalah salah laku yang menular di kalangan pelajar dan guru juga boleh diatasi dengan pendekatan secara kompetensi sosial. Kompetensi sosial mempunyai dua subkomponen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Bagi mengatasi masalah tersebut melalui kompetensi sosial, kita boleh menggunakan pendekatan sub komponen yang pertama iaitu kesedaran sosial. Kesedaran kendiri memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, melayani kepelbagaian dan kesedaran politik. Empati bermaksud memahami klien kita dan rakan – rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Individu yang mempunyai kecekapan ini akan peka kepada emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin
  24. 24. 24 dan memahami perasaan orang lain dan juga memahami perasaan dan keperluan orang lain dan bersedia membantu. Kecekapan ini perlulah terdapat di dalam diri seseorang guru kerana gurulah yang akan menjadi tempat pelajar meluahkan masalah dan mengadu. Guru sendiri perlu profesional dalam menghadapi masalah berkenaan dengan kerja dan masalah peribadi. Orientasi pula bererti kita dapat mengjangka, mengenali, dan memenuhi keperluan pelanggan atau klien kita. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini memahami keperluan pelanggan dan memberi khidmat atau produk yang diingini. Mengembangkan orang lain bermaksud kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita menggalakkan keupayaan atau kebolehan mereka. Kita juga perlu peka dengan kesedaran berorganisasi dan berpolitik. Ini bererti kita pintar membaca emosi sesuatu kumpulan dan berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan. Elemen kesedaran sosial yang terakhir adalah melayani kepelbagaian. Ini bererti kita membina peluang-peluang melalui pelbagal ragam manusia dan seseorang yang menguasai kemahiran ini berupaya menghormati dan bergaul dengan baik dengan orang daripada orang daripada pelbagai latar belakang. Subkomponen bagi kompetensi sosial ialah kemahiran sosial. Melalui pendekatan kemahiran sosial juga masalah – masalah laku di kalangan pelajar dan guru juga dapat diatasi. Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama dan keupayaan berpasukan. Komunikasi merupakan salah satu perkara yang terpenting bagi mengatasi pelbagai masalah yang timbul di kalangan pelajar dan guru. Komunikasi yang salah akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. komunikasi bermaksud kebolehan menyampaikan mesej yang jelas, tepat dan menyakinkan. Mereka perlulah bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan, mendengar, memahami dan mengalu–alukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka dan juga bersedia, menerima
  25. 25. 25 makluman baik atau buruk. Kebanyakan masalah – masalah yang berlaku adalah di sebabkan komunikasi yang tidak berkesan sebagai contoh pelajar bercakap kasar atau berlaku kurang ajar dengan guru ataupun guru tidak dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada guru. Sedikit salah faham akan menimbulkan masalah yang besar jika tidak ditangani dengan baik. Seterusnya adalah kepimpinan berinspirasi, yang bererti individu itu dapat membimbing dan memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahli-ahlinya. Pemangkin perubahan bererti individu itu memulakan atau mengurus perubahan dalm kumpulannya. Pengurusan konflik yang betul juga dapat mengatasi masalah– masalah salah laku di kalangan pelajar dan guru daripada terus berlaku. Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan di dalam kumpulan. Kebiasaannya pengurusan konflik ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham dan pergaduhan di kalangan ahli kumpulan. Elemen kemahiran sosial yang seterusnya adalah menyemai dan mengekalkan hubungan yang bermaksud individu itu dapat memupuk perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya. Kolaborasi dan kerjasama bererti individu itu dapat bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai matlamat yang sama. Mereka biasanya dapat mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan. Elemen kemahiran sosial yang terakhir adalah keupayaan berpasukan. Keupayaan bermaksud individu itu dapat mewujudkan synergi ( berfungsi sebagai satu unit ) kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Seseoarang yang mempunyai aspek tingkah laku ini menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti seperti hormat menghormati, saling membantu dan bekerjasama. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa berlandaskan kepada pendekatan kompetensi kemahiran emosi, gejala–gejala salah laku yang melibatkan pelajar dapat diatasi sekiranya pendekatan tersebut diterap dalam diri setiap individu tidak kiralah guru mahupun pelajar. Hari ini, peranan guru dalam menyampaikan ilmu tiada berpenghujung. Kementerian Pelajaran sentiasa menggalakkan guru-guru meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang masing-masing supaya mereka memiliki kepakaran, seterusnya boleh mempraktikkannya dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Kemudahan dan infrastruktur kelas pertama yang
  26. 26. 26 disediakan seiring dengan kematangan usia kemerdekaan negara, seharusnya dimanfaatkan secara optimum tanpa disalahgunakan. Hal ini bersesuaian dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup yang berteraskan ilmu. Hasilnya, ilmu dan kemahiran yang ada dapat disalurkan kepada murid untuk dipraktikkan demi membangunkan bangsa dan negara. Kemerdekaan tidak akan bermakna sekiranya masyarakat kita tidak mengamalkan sahsiah yang terpuji dan budi bahasa tinggi. Jika kita inginkan negara kita menjadi cemerlang, keperluan kita tidak cukup dengan hanya menunjukkan keagungan, keindahan pembangunan fizikal dan kejayaan yang diperoleh melalui statistik semata-mata. Kecemerlangan hanya akan muncul jika kita menjadi satu bangsa yang berbudi pekerti, berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Jika kita berusaha untuk mencapai cita-cita ini, nescaya kejayaan dalam bidang pembangunan fizikal akan selari dengan kejayaan pembangunan insan. Pembinaan insan seperti ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi warisan daripada generasi ke generasi. Jika keadaan ini berlaku maka sudah pastilah bangsa kita akan terus maju dan negara akan lebih gemilang dan makmur.

×