Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
CABARAN-CABARAN PENDIDIKAN
1. MPU-23042 – NILAI MASYARAKAT
TOPIK 5- CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT
MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : KHODZIRAH BINTI AHMAD
DISEDIAKAN OLEH :MENAGA A/P THURES
3. Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya
dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu
sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal
dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut
seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu,
natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu
yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah
membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun
rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan
keduanya ialah pembudayaan masyarakat.
Pembinaan Budaya Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan
kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda
ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu
dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai
ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
4. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud
kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik
secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di
setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap
individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan
berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu
budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai
kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa
dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa
depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita
hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi
keungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita
perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang
terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa
kini.
5. Pembudayaan Masyarakat MalaysiaPerkembangan ekonomi dan industri yang
berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan
kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang
terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
menganjurkan satu gagasan sosial yang memantapkan lagi bentuk acuan
masyarakat maju Malaysia ialah dengan mengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif
masyarakat madani ialah: "suatu sistem sosial yang subur yang diasaskan kepada
prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan perseorangan
dengan kestabilan masyarakat. Masyarakat yang mendorong daya usaha serta
inisiatif individu baik dari segi pemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem
sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang dan bukan nafsu atau keinginan individu menjadikan keterdugaan
(predictability) serta ketelusan(transprency) sistem.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng
sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana.
Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)
secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum
persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan
masyarakat.
7. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-
anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan
moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian
daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan
keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-
nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti,
tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak.
8. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak
anak-anak. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik
seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-
perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
9. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-
undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak
sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis.
Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak
polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di
peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja
mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang
berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.
PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”