SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Soalan 1 (esei)


   Pada era globalisasi ini, masalah disiplin juga meningkat seiring dengan zaman yang
semakin berubah-ubah dan semakin maju. Antara salah satu masalah disiplin ialah masalah
ponteng. Gejala ponteng ini juga semakin menular dalam kalangan remaja sekolah dan
semakin menjadi-jadi. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam
kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini
belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Salah satu
cara untuk membanteras gejala ponteng di sekolah ialah dengan adanya Program
Bimbingan dan Kaunseling.


  Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini
bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng
merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri
kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng juga merujuk
kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu
kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.


   Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang
menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa
kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang
ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi
kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas,
denda ataupun kelas gantian.


      Ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang
munasabah.Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku
sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti
melepak di kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Walaupun
adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang
dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin
meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.
Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para
pelajar sama ada pelajar dekolah rendah ataupun sekolah menengah. Hal ini tidak
dinafikan dengan gejala ponteng iaitu satu isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan
untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius yang berunsur jenayah. Ini dapat
dilihat apabila senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala
ponteng sekolah dan kemudian didapati terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku
seperti terlibat dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti
syabu, kokain, ‘ecstacy’, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam
bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, minum minuman keras atau
arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau ‘love affair’ , vandalism,
terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau ‘gangsterism’ dan banyak lagi.


   Ponteng juga dikategorikan sebagai masalah disiplin. Menurut Laporan Jawatankuasa
Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 merumuskan pengertian
‘disiplin’ ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang
baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di
antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan
membina keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup
berkhidmat kepada masyarakat”. Ini bermaksud masalah ponteng juga merupakan salah
satu masalah disiplin kerana murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah.


  Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ponteng ini berlaku. Antara faktor
yang menyebabkan masalah ponteng ialah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang
mempengaruhi gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Pengaruh rakan sebaya
ini turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng
sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi
minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala
ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang
bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah
seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi
tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi
alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Selain itu,sesuatu perbuatan yang baru bagi
seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain.
Sekiranya seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut
akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi
menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut.
     Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada
peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat
mereka. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana
boleh menyebabkan seseorang pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini
seperti menghisap rokok,menghidu gam, mencuri dan lain-lain lagi. Keadaan akan
bertambah teruk jika pelajar tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah
lagi. Kebiasaannya pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang
lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang masih muda remaja, pelajar dalam proses ingin
mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir
panjang. Positif dan negatif kelakuan seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan
sebaya dan ini dapat dikukuhkan juga kerana rakan sebaya menjadi pendorong kepada
pelajar untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian kerana rakan sebaya merupakan
individu yang mudah menerima cita rasa atau pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain
dan akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan sebaya. Ini juga dapat dikaitkan dengan
masalah ponteng, apabila rakan sebaya murid ponteng maka mereka juga akan terikut-ikut
dengan perbuatan tidak baik ini. Oleh itu pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Selain itu, ia juga penting bagi
mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk
mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah
kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa pun keadaan.
Sehubungan dengan itu juga perbuatan ponteng sekolah akan dapat dikurangkan apabila
pelajar dapat memilih rakan yang sesuai dengan mereka.


   Selain itu juga, faktor gejala ponteng yang lain ialah ibu bapa tidak mengambil berat
terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih
mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan
masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga
menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-
anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak
memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang
membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-
murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat
perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka.
Pelajar juga ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang perhatian, kasih sayang
daripada ibu bapa mereka dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di
luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin
berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu
bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara
negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu
bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat
lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

   Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang
diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat
hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak
mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan
rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya
terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang
tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak juga
mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.

  Selain itu, murid juga ponteng adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap
pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran
yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains,
geografi dan sebagainya.

   Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak
mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan
diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang
banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.
Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah
semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana
telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan
pelajar yang lebih cerdas. Selain itu, murid ini juga lebih cenderung untuk ponteng kerana
tidak dapat bersaing dengan rakan lain dan mendapat markah rendah menjadikan mereka
malu untuk ke sekolah dan malas untuk menghadiri kelas kerana mereka rasa walaupun ke
sekolah mereka tidak dapat berjaya dan merasa amat rendah diri dengan diri mereka
menjadikan mereka malas untuk ke sekolah.


   Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga
malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku.
Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa
belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja
rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah
dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi
dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan
sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-
seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar
seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Pelajar ponteng sekolah
berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada
pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan
untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah,
pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang
ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah
sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan.


       Gejala ponteng sekolah ini juga disebabkan oleh cara pengajaran guru dan juga
persekitaran sekolah. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak
pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga
membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap
seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani
Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang
punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian
yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar
yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Ada juga guru yang
bersifat suka menyindir, marah pelajar tanpa sebab juga menyebabkan pelajar malas untuk
ke sekolah. Guru yang baik merupakan guru yang sentiasa memahami kehendak pelajar
mereka dan cuba mencari cara yang menarik untuk menarik minat pelajar, bukan hanya
dengan kaedah dan cara yang sama yang menyebabkan pelajar bosan dengan keadaan di
dalam kelas menyebabkan pelajar untuk lebih cenderung kepada ponteng daripada hadir ke
sekolah. Suasana sekolah yang tidak memberangsangkan dan suram juga membuatkan
pelajar malas untuk ke sekolah. Hasil kajian dari Abd. Karim (1994), menyatakan keceriaan
sekolah merupakan salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan
sekolah dan disiplin pelajar di sesebuah sekolah. Azizah (2002) pula menyatakan bahawa,
pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik boleh membantu kehadiran
pelajar ke sekolah. Oleh itu, pembangunan terhadap kemudahankemudahan sekolah yang
berkaitan perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng.
Kajian oleh Foster dan Clark (1989) juga menyokong bahawa 49% daripada responden
mengatakan suasana sekolah itu sendiri mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.
Persekitaran sekolah yang tidak ceria, peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru
dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan terhadap pengajaran guru
menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng.

   Masalah ponteng ini boleh diatasi dengan pelbagai cara oleh seorang guru, begitu juga
pihak sekolah, pihak sekolah boleh membantu mengatasi masalah kaunseling ini juga
dengan adanya bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling ini dapat membantu untuk mengatasi masalah ini.

   Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting untuk
menggerakkan agenda pendidikan negara terutamanya dalam usaha mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara di samping menyahut cabaran Wawasan 2020. Wawasan
2020 mengandungi sembilan cabaran yang perlu dijadikan pedoman oleh para pendidik.
Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mencapai hasrat dan usaha melahirkan
masyarakat penyayang, seperti berikut :




              “…………membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya
              penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan
              masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak
              diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada sistem
              kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.”

 Bagi mencapai cabaran membentuk masyarakat penyayang, pihak sekolah, terutamanya
guru bimbingan dan kaunseling, pastinya perlu memainkan peranan yang penting dalam
membentuk sekolah penyayang. Sekolah penyayang adalah sebuah sekolah yang penuh
dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat – menghormati, ikram dan
berbudi bahasa. Masyarakat penyayang akan dapat dilahirkan sekiranya guru bijak
mengatur langkah membentuk pekerti murid di sekolah.

  Justeru itu, bimbingan dan kaunseling adalah perlu untuk membantu pihak sekolah
merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam semua
jurusan pendidikan, seperti tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah
disiplin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, serta tiada masalah keceriaan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diwujudkan sebagai usaha individu mencari jalan
keluar agar setiap individu mencapai kesejahteraan dalam menangani pelbagai masalah
yang dihadapi oleh para pelajar. Hal ini bersesuaian untuk membanteras gejala ponteng di
sekolah selaras dengan matlamat bimbingan dan kaunseling di sekolah.

  Pelbagai istilah telah diberikan untuk menerangkan konsep bimbingan dan kaunseling.
Bimbingan dapat didefinisikan sebagai memberi bimbingan atau nasihat kepada individu
atau satu kelompok individu. Bimbingan juga merupakan proses membantu seseorang
dalam membuat pilihan.

  Bagi konteks pendidikan, menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan merujuk kepada
bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.
Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang bermasalah dari aspek
intelek, rohani, emosi ataupun sosial.

  Terdapat beberapa jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling disekolah.Jenis-jenis
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku panduan perlaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (1984), telah menyatakan terdapat sepuluh perkhidmatan di dalam kaunseling
yang harus disediakan di sekolah-sekolah.

  Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod,
perkhidmatan memberi maklumat, perkhidmatan bimbingan kelompok, perkhidmatan
kaunseling, perkhidmatan penempatan, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah,
perkhidmatan perundingan dan rujukan, perkhidmatan penyelarasan sumber, perkhidmatan
perbincangan dengan ibu bapa, dan perkhidmatan penilaian. Keutamaan tugas bergantung
kepada keadaan dan keperluan murid. Terdapat enam perkhidmatan yang dilaksanakan di
sekolah.

   Perkhidmatan yang pertama ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod. Melalui
perkhidmatan ini guru mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid. Guru
bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan
pentafsiran minat murid. Melalui rekod yang telah dikumpul, guru dapat mengawasi corak
kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan atau kaunseling. Jadi dengan adanya
fail-fail dan inventori ini, guru akan dapat menyelidik latar belakang murid yang ponteng, dan
ini juga sebagai pemudah cara kepada guru bimbingan untuk lebih mengenali tentang
pelajar yang ponteng ini.

   Jenis perkhidmatan yang kedua ialah perkhidmatan memberi maklumat. Perkhidmatan
ini memerlukan guru membantu murid mengumpul dan menyebarkan maklumat.Antara
maklumat yang boleh diberikan kepada murid ialah maklumat yang berkaitan dengan
pelajaran, vokasional, latihan, dan juga kerjaya. Maklumat ini dapat diberikan kepada murid
melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin, dan pengendalian Hari
Kerjaya dan Pameran Kerjaya.

   Perkhidmatan yang ketiga ialah perkhidmatan bimbingan kelompok. Perkhidmatan ini
ialah guru merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar
yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif,
psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. Perkhidmatan ini diadakan
tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh
murid dari semasa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.

   Perkhidmatan keempat ialah perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling boleh
dilakukan secara individu atau kelompok. Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah
pencapaian akademik yang kurang memuaskan, rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu
bapa, aspek peribadi dan kerjaya, ketidak hadiran untuk kegiatan kokurikulum dan masalah-
masalah disiplin. Contoh masalah disiplin ialah lewat ke sekolah, ponteng sekolah, merokok,
bergaduh, buli dan menyalahgunakan dadah.

   Perkhidmatan kelima ialah perkhidmatan penempatan. Guru membantu murid memilih
kegiatan biadang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan,minat dan kemampuan
mereka. Selain itu, perkhidmatan ini memerlukan guru membantu murid dalam penempatan
ke sekolah menengah. Contohnya, guru menjadi penyelaras menempatkan murid ke
sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid.

   Perkhidmatan keenam ialah perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah. Bagi
perkhidmatan ini guru mengadakan bimbingan secara individu atau kelompok untuk
menanam dan memupuk sikap benci dadah. Antara bimbingan yang boleh digunakan ialah
mengadakan kempen, pertandingan melukis dan juga sebagainya supaya dapat mencegah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid. Guru juga akan memberikan pertolongan
kepada murid untuk mendapatkan bantuan pemulihandan rawatan kepada murid.
Berdasarkan pemerhatian, jenis-jenis perkhidmatan yang perlu dilaksanakan dan
diutamakan disekolah perlu diteruskan. Bimbingan dan kaunseling dapat menolong dan
menasihat murid supaya murid tidak terus membuat kesilapan sebagai contoh guru boleh
menasihat murid supaya tidak ponteng sekolah dan juga menjelaskan tentang akibat
ponteng. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan ditafsir supaya guru dapat berbincang
dengan ibu bapa jika masalah murid melibatkan keluarga. Guru akan membina satu
hubungan yang profesional dengan murid dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham
tentang dirinya. Murid akan menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangan dirinya.
Dengan kesedaran yang diberikan oleh guru dapat memahamkan murid supaya memahami
realiti hidup. Dengan adanya bimbingan kaunseling ini, pihak sekolah dapat membantu
pelajar yang mempunyai masalah sosial begitu juga dengan masalah ponteng ini. Masalah
ponteng ini dapat diatasi dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.

    Guru kaunselor di sekolah boleh mengaplikasikan teori-teori kaunseling kepada murid
yang melakukan kesalahan ponteng bagi membantu mereka mengatasi masalah tersebut.
Antara teori-teori kaunseling yang boleh digunakan antaranya ialah Teori Psikoanalitik, Teori
Gestalt, Terapi Rasional Emotif (RET), Terapi Tingkah Laku, dan juga Teori Berpusat Klien.


   Antara teori yang boleh digunakan ialah Teori Terapi Rasional Emotif (RET) bagi pelajar
yang mempunyai masalah ponteng ini.
    Albert Ellis telah mengembangkan teori ini dalam tahun 1950-an. Manusia perlu
mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional merupakan
kepercayaan Teori Rasional – Emotif. RET kini lebih dikenali sebagai REBT ( Rational –
Emotive Behaviour Therapy).

   Ellis berpendapat bahawa manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak
rasional. Semakin manusia menjadi tidak rasional, semakin mereka menerapkan idea – idea
yang tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Ellis telah menggunakan teori A –
B – C ,iaitu :

                 A = Activating Experience (peristiwa yang menggerakkan)

                 B = Belief System (sistem kepercayaan)

                 C = Consequence (akibat)
Sebagai contoh, dalam masalah ponteng ini, murid ini mungkin kecewa dan ponteng
kerana dia tidak mempunyai kawan (C = akibat) jadi dia ponteng dan mengikut kawannya
supaya mereka mempunyai kawan disekolah (B=kepercayaan). Bagi menangani masalah
ini, sistem kepercayaan (B) yang tidak rasional perlu dibetulkan terlebih dahulu iaitu dengan
guru boleh memupuk kepercayaan baru dalam diri pelajar iaitu jika pelajar berjaya
menyesuaikan diri disekolah dan pandai memilih kawan, murid lain juga akan berkawan
dengannya. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi ini dinamakan sebagai
D (dispute, iaitu mencabar kepercayaan yang tidak rasional).

  Individu akan mengalami E (Effect) iaitu perasaan tenang dan lega setelah mencapai D
(kepercayaan rasional). Idea rasional yang sering menggangu murid ini ialah adalah perlu
bagi murid ini untuk mempunyai kawan dan digemari oleh rakan-rakan yang lain. Dengan
teori ini, kita boleh membetulkan fikiran tak rasional murid iaitu perlu mengikut rakan sebaya
yang ponteng supaya dapat berkawan dengan mereka menjadi kepada fikiran rasional iaitu
perlu pandai memilih kawan dan pandai menyesuaikan diri di sekolah dan berkawan dengan
orang yang tidak ponteng juga boleh membuatkan murid yang ponteng ini mempunyai
kawan yang lain.

  Idea yang tidak rasional ini perlu digantikan dengan idea rasional seperti kita tidak perlu
mengikut benda yang tidak baik untuk berkawan dengan sesorang, apa yang baik dijadikan
teladan, yang buruk pula dijadikan sempadan. Malah, kita boleh menumpukan pada amalan
penyesuain diri. Untuk mendapat kawan, kita seharusnya bijak untuk memilih kawan, kita
tidak seharusnya mengikut sahaja perangai buruk kawan-kawan, kita sepatutnya memilih
apa yang boleh diikuti dan yang tidak boleh diikuti. Sekiranya murid-murid ponteng ini
berfikir secara rasional, pastinya kes ponteng ini tidak wujud sama sekali.

 Terdapat dua jenis kaunseling yang guru bimbingan dapat gunakan sewaktu
menyelesaikan masalah ponteng ini. Dua jenis kaunseling ini ialah kaunseling individu dan
juga kaunseling kelompok. Kaunseling individu ialah proses kaunseling dimana ia dikenali
sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam
sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah
laku. Ini bermaksud kaunseling individu ini merupakan interaksi antara dua pihak untuk
,meluahkan perasaan berkenaan emosi dan apa yang berlaku dan seorang daripada dua
pihak tersebut adalah pendengar yang empati dan cuba menolong sebelah pihak lagi.
McLeod, J. (2007) menjelaskan kauseling individu sebagai seseorang individu yang
membina hubungan istimewa dengan seseorang yang terlatih yang boleh membantunya
menyelesaikan suatu masalah yang sukar diselesaikan oleh dirinya sendiri. Dengan
kaunseling individu ini juga kauselor boleh membantu pelajar yang mempunyai masalah
ponteng iaitu pelajar tersebut boleh meluahkan perasaan kenapa dia berbuat begitu,
kaunselor juga boleh membantu pelajar berkenaan untuk menyelesaikan masalah beliau
dengan mendengar dengan empati setiap masalah yang murid itu hadapi. Berkemungkinan
murid tersebut ponteng kerana ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa atau ingin
mendapat kawan.

Seterusnya ialah kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok ini berbeza dengan kaunseling
individu kerana kaunselor bukan sahaja berinteraksi dengan seorang klien, tetapi dengan
beberapa orang klien. Kelompok merupakan pengumpulan beberapa orang individu yang
berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. Ohlsen, M.M
(1977) menyatakan kaunseling ialah satu perhubungan yang unik, klien berasa selamat
membincangkan perkara yang membimbangkan mereka serta mengenalpasti tingkah laku
baharu yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan
melakukan tingkah laku baharu. Kaunseling kelompok ini juga boleh digunakan untuk
membanteras masalah ponteng di sekolah. Kaunselor sebagai ketua kelompok perlu
memainkan peranan penting sewaktu aktiviti perbincangan ini berlaku supaya ianya
berkesan dan perbincangan tersebut tidak berlaku dengan sia-sia. Sesi kaunseling
kelompok ini dimulakan dengan pengenalan diri masing-masing dan seterusnya berbincang
tentang masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikan. Sebagai contoh, jika dalam
kaunseling kelompok tersebut, murid pertama menceritakan tentang masalah ponteng dan
perbincangan ini akan menjadi lebih terbuka dan kesemua ahli kelompok akan lebih merasa
selesa apabila berbincang tentang satu masalah dan gejala ponteng ini juga dapat
dibanteras dengan kaedah ini.

Dalam bimbingan dan kaunseling, terdapat juga beberapa terapi yang boleh digunakan
dalam membanteras apa-apa sahaja masalah disiplin. Antara terapi yang ada ialah terapi
bermain, terapi muzik dan juga terapi bercerita, terapi seni dan juga terapi muzik. Antara
terapi yang boleh digunakan untuk masalah ponteng ini ialah terapi bercerita, dengan
menggunakan terapi bercerita ini, murid akan mendengar cerita dan apabila cerita ini lebihg
kurang sama dengan kisah hidupnya, murid ini akan cenderung akan berubah tetapi
kaunselor perlu berhati-hati dalam kisah penceritaan yang ingin disampaikan supaya ianya
tidak lari dari kisah hidup pelajar tersebut. Sebagai contoh, kaunselor telah mereka cerita
tentang masalah ponteng dan perlu berkaitan dengan diri mereka dan setiap cerita perlulah
mempunyai pengajaran seperti seseorang itu selalu ponteng menjadikan pelajar itu tidak
berjaya. Melalui cerita ini, murid tersebut akan berfikir dan cuba reflek balik apa yang telah
mereka lakukan. Dengan terapi cerita ini kanak-kanak boleh mereka cerita dan cuba untuk
mengekspres apa yang ada dalam diri mereka melalui cerita yang direka dan ini akan
membentuk komunikasi antara kaunselor dan pelajar.
Terapi lain yang boleh digunakan juga ialah terapi muzik, American Music Therapy
Association (2009) mentakrifkan Terapi Muzik sebagai penggunaan intervensi muzik
berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan
terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program
terapi muzik yang diiktiraf. Ini bermaksud, terapi muzik boleh digunakan untuk membanteras
apa-apa masalah, begitu juga dengan masalah ponteng. Dalam kaunseling, kita perlu
berfokus kepada minat klien dan personaliti klien terhadap muzik samaada muzik rancak
ataupun muzik yang agak lembut. Melalui terapi muzik ini juga, muzik berupaya mengubah
dan mewujudkan perasaan yang berlainan. Muzik juga boleh mempercepat ekspresi emosi
disamping mengurangkan stress dan juga keresahan. Terapi muzik ini juga boleh membantu
dalam isu-isu yang berkaitan kesedihan dan juga penderaan. Sebagai contoh untuk terapi
muzik ini ialah seorang pelajar ponteng kerana kurang mendapat perhatian ibu bapanya dan
selalu didera oleh kedua ibu bapa menjadikannya memberontak dan suka untuk ponteng
kelas. Jadi guru perlu mencari muzik yang diminati seperti muzik lembut dan ini akan
membantu pelajar tersebut untuk berada dalam keadaan tenteram dan lebih gembira.

 Kesimpulannya, dengan adanya bimbingan kaunseling di sekolah, masalah-masalah
disiplin disekolah dapat dibanteras dan dikurangkan jika guru bimbingan disekolah dapat
menggunakan kaedah yang betul, pihak sekolah juga perlulah membantu kaunselor untuk
membanteras gejala disiplin ini.

More Related Content

What's hot

34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlangCaroll Lynn
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahTangan-tangan Putih
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Nur Kareena
 
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docHDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docOpen University Malaysia
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALErwina Masir
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 

What's hot (20)

34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang34 ciri-pelajar-cemerlang
34 ciri-pelajar-cemerlang
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Peralatan di taman permainan
Peralatan di taman permainanPeralatan di taman permainan
Peralatan di taman permainan
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Mini kajian
Mini kajianMini kajian
Mini kajian
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-44 pemakanan-sukan-tingkatan-4
4 pemakanan-sukan-tingkatan-4
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.docHDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
HDPS 4203 SAFETY AND HEALTH IN EARLY CHILDHOOD.doc
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Rekod anekdot
Rekod anekdotRekod anekdot
Rekod anekdot
 
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIALPANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
PANDANGAN 3 TOKOH DALAM TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL DAN PSIKOSOSIAL
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 

Viewers also liked

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPRA-UNIVERSITY
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayang
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayangKertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayang
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayangEiza Alias
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacanaKPM
 
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikDisebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikJohan Eddy Luaran
 
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Nisa Ramli
 
punca-punca pencemaran alam sekitar
punca-punca pencemaran alam sekitarpunca-punca pencemaran alam sekitar
punca-punca pencemaran alam sekitarizzah izzi
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Rosdi Ramli
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda WacanaDania
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranZanari Zainon
 
Bahan bantu mengajar ppt
Bahan bantu mengajar pptBahan bantu mengajar ppt
Bahan bantu mengajar pptSyafiq Juraimi
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Ahmad Lili
 
Pembentukan Sikap dan Tingkah Laku
Pembentukan Sikap dan Tingkah LakuPembentukan Sikap dan Tingkah Laku
Pembentukan Sikap dan Tingkah LakuM Sultan Almaududi
 
Teori emosional emotif terapi
Teori emosional emotif terapi Teori emosional emotif terapi
Teori emosional emotif terapi roseixora
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 

Viewers also liked (20)

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayang
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayangKertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayang
Kertas kerja papan tanda projek papan tanda ponteng sifar dan guru penyayang
 
Operasi ponteng sekolah
Operasi ponteng sekolahOperasi ponteng sekolah
Operasi ponteng sekolah
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikDisebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
 
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
Kajian tindakan sekolah SMKTT 2015
 
punca-punca pencemaran alam sekitar
punca-punca pencemaran alam sekitarpunca-punca pencemaran alam sekitar
punca-punca pencemaran alam sekitar
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
 
Bahan bantu mengajar ppt
Bahan bantu mengajar pptBahan bantu mengajar ppt
Bahan bantu mengajar ppt
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
 
Pembentukan Sikap dan Tingkah Laku
Pembentukan Sikap dan Tingkah LakuPembentukan Sikap dan Tingkah Laku
Pembentukan Sikap dan Tingkah Laku
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Teori emosional emotif terapi
Teori emosional emotif terapi Teori emosional emotif terapi
Teori emosional emotif terapi
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 

Similar to Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Kolokium kemerosotan disiplin
Kolokium kemerosotan disiplinKolokium kemerosotan disiplin
Kolokium kemerosotan disiplinDeVa Kumar
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Penglibatan ibu bapa di prasekolah
Penglibatan ibu bapa di prasekolahPenglibatan ibu bapa di prasekolah
Penglibatan ibu bapa di prasekolahanum mss
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01Iffatul 'izzah
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplinFangyi Tio
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

Similar to Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah (20)

Punca
PuncaPunca
Punca
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINASEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Kolokium kemerosotan disiplin
Kolokium kemerosotan disiplinKolokium kemerosotan disiplin
Kolokium kemerosotan disiplin
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Penglibatan ibu bapa di prasekolah
Penglibatan ibu bapa di prasekolahPenglibatan ibu bapa di prasekolah
Penglibatan ibu bapa di prasekolah
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01
 
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptxCeramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
 
isu murid.pptx
isu murid.pptxisu murid.pptx
isu murid.pptx
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin30.9 masalah disiplin
30.9 masalah disiplin
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah

  • 1. Soalan 1 (esei) Pada era globalisasi ini, masalah disiplin juga meningkat seiring dengan zaman yang semakin berubah-ubah dan semakin maju. Antara salah satu masalah disiplin ialah masalah ponteng. Gejala ponteng ini juga semakin menular dalam kalangan remaja sekolah dan semakin menjadi-jadi. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah. Salah satu cara untuk membanteras gejala ponteng di sekolah ialah dengan adanya Program Bimbingan dan Kaunseling. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari. Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian. Ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah.Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di kompleks membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.
  • 2. Ponteng sekolah adalah salah satu isu gejala sosial terutamanya melibatkan para pelajar sama ada pelajar dekolah rendah ataupun sekolah menengah. Hal ini tidak dinafikan dengan gejala ponteng iaitu satu isu gejala sosial sekolah boleh menjadi landasan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial lebih serius yang berunsur jenayah. Ini dapat dilihat apabila senario remaja sekolah yang pada mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan kemudian didapati terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap berlaku seperti terlibat dengan kesalahan memiliki atau memakan atau mengedar dadah seperti syabu, kokain, ‘ecstacy’, atau bahan-bahan sejenis yang mengkhayalkan sama ada dalam bentuk cecair atau pil-pil kapsul dan sebagainya, merokok, minum minuman keras atau arak, mencuri, bergaduh, terjerat dengan masalah cinta remaja atau ‘love affair’ , vandalism, terlibat dengan penubuhan kumpulan remaja nakal atau ‘gangsterism’ dan banyak lagi. Ponteng juga dikategorikan sebagai masalah disiplin. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 merumuskan pengertian ‘disiplin’ ialah kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong dan kesanggupan membina keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat”. Ini bermaksud masalah ponteng juga merupakan salah satu masalah disiplin kerana murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah ponteng ini berlaku. Antara faktor yang menyebabkan masalah ponteng ialah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Pengaruh rakan sebaya ini turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Selain itu,sesuatu perbuatan yang baru bagi seseorang pelajar biasanya mempunyai kaitan dengan perbuatan kawan yang lain. Sekiranya seseorang pelajar tidak mengikut perlakuan kawan, pelajar tersebut
  • 3. akan berasa bimbang dan kemungkinan tidak mendapat kawan yang ramai. Jadi menganggotai sesuatu kumpulan merupakan jalan untuk mencapai objektif pelajar tersebut. Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat mereka. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini seperti menghisap rokok,menghidu gam, mencuri dan lain-lain lagi. Keadaan akan bertambah teruk jika pelajar tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah lagi. Kebiasaannya pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang masih muda remaja, pelajar dalam proses ingin mencari identiti diri maka mereka senang mencuba sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang. Positif dan negatif kelakuan seseorang pelajar banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya dan ini dapat dikukuhkan juga kerana rakan sebaya menjadi pendorong kepada pelajar untuk ponteng. Berlakunya keadaan sedemikian kerana rakan sebaya merupakan individu yang mudah menerima cita rasa atau pembaharuan yang dibawa oleh rakan lain dan akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan sebaya. Ini juga dapat dikaitkan dengan masalah ponteng, apabila rakan sebaya murid ponteng maka mereka juga akan terikut-ikut dengan perbuatan tidak baik ini. Oleh itu pemilihan rakan sebaya yang sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Selain itu, ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa pun keadaan. Sehubungan dengan itu juga perbuatan ponteng sekolah akan dapat dikurangkan apabila pelajar dapat memilih rakan yang sesuai dengan mereka. Selain itu juga, faktor gejala ponteng yang lain ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak- anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid- murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka.
  • 4. Pelajar juga ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang perhatian, kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak juga mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid. Selain itu, murid juga ponteng adalah kerana kurang atau tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar kurang berminat terhadap sekolah kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan
  • 5. pelajar yang lebih cerdas. Selain itu, murid ini juga lebih cenderung untuk ponteng kerana tidak dapat bersaing dengan rakan lain dan mendapat markah rendah menjadikan mereka malu untuk ke sekolah dan malas untuk menghadiri kelas kerana mereka rasa walaupun ke sekolah mereka tidak dapat berjaya dan merasa amat rendah diri dengan diri mereka menjadikan mereka malas untuk ke sekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok- seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Pelajar ponteng sekolah berkemungkinan adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Gejala ponteng sekolah ini juga disebabkan oleh cara pengajaran guru dan juga persekitaran sekolah. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Ada juga guru yang bersifat suka menyindir, marah pelajar tanpa sebab juga menyebabkan pelajar malas untuk ke sekolah. Guru yang baik merupakan guru yang sentiasa memahami kehendak pelajar mereka dan cuba mencari cara yang menarik untuk menarik minat pelajar, bukan hanya dengan kaedah dan cara yang sama yang menyebabkan pelajar bosan dengan keadaan di dalam kelas menyebabkan pelajar untuk lebih cenderung kepada ponteng daripada hadir ke
  • 6. sekolah. Suasana sekolah yang tidak memberangsangkan dan suram juga membuatkan pelajar malas untuk ke sekolah. Hasil kajian dari Abd. Karim (1994), menyatakan keceriaan sekolah merupakan salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi pengurusan sekolah dan disiplin pelajar di sesebuah sekolah. Azizah (2002) pula menyatakan bahawa, pembinaan fizikal dan alam sekitar sekolah yang menarik boleh membantu kehadiran pelajar ke sekolah. Oleh itu, pembangunan terhadap kemudahankemudahan sekolah yang berkaitan perlu dilaksanakan dengan sedaya upaya bagi mengatasi masalah ponteng. Kajian oleh Foster dan Clark (1989) juga menyokong bahawa 49% daripada responden mengatakan suasana sekolah itu sendiri mempengaruhi pelajar ponteng sekolah. Persekitaran sekolah yang tidak ceria, peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan terhadap pengajaran guru menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng. Masalah ponteng ini boleh diatasi dengan pelbagai cara oleh seorang guru, begitu juga pihak sekolah, pihak sekolah boleh membantu mengatasi masalah kaunseling ini juga dengan adanya bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dapat membantu untuk mengatasi masalah ini. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting untuk menggerakkan agenda pendidikan negara terutamanya dalam usaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara di samping menyahut cabaran Wawasan 2020. Wawasan 2020 mengandungi sembilan cabaran yang perlu dijadikan pedoman oleh para pendidik. Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mencapai hasrat dan usaha melahirkan masyarakat penyayang, seperti berikut : “…………membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.” Bagi mencapai cabaran membentuk masyarakat penyayang, pihak sekolah, terutamanya guru bimbingan dan kaunseling, pastinya perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk sekolah penyayang. Sekolah penyayang adalah sebuah sekolah yang penuh dengan perasaan kemanusiaan, kebajikan, kerjasama, hormat – menghormati, ikram dan
  • 7. berbudi bahasa. Masyarakat penyayang akan dapat dilahirkan sekiranya guru bijak mengatur langkah membentuk pekerti murid di sekolah. Justeru itu, bimbingan dan kaunseling adalah perlu untuk membantu pihak sekolah merancang program pendidikan ke arah mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan, seperti tiada masalah pengajaran dan pembelajaran, tiada masalah disiplin, tiada masalah pengurusan dan kepimpinan, serta tiada masalah keceriaan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diwujudkan sebagai usaha individu mencari jalan keluar agar setiap individu mencapai kesejahteraan dalam menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Hal ini bersesuaian untuk membanteras gejala ponteng di sekolah selaras dengan matlamat bimbingan dan kaunseling di sekolah. Pelbagai istilah telah diberikan untuk menerangkan konsep bimbingan dan kaunseling. Bimbingan dapat didefinisikan sebagai memberi bimbingan atau nasihat kepada individu atau satu kelompok individu. Bimbingan juga merupakan proses membantu seseorang dalam membuat pilihan. Bagi konteks pendidikan, menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang bermasalah dari aspek intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Terdapat beberapa jenis perkhidmatan bimbingan kaunseling disekolah.Jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam buku panduan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1984), telah menyatakan terdapat sepuluh perkhidmatan di dalam kaunseling yang harus disediakan di sekolah-sekolah. Jenis-jenis perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod, perkhidmatan memberi maklumat, perkhidmatan bimbingan kelompok, perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan penempatan, perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah, perkhidmatan perundingan dan rujukan, perkhidmatan penyelarasan sumber, perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa, dan perkhidmatan penilaian. Keutamaan tugas bergantung kepada keadaan dan keperluan murid. Terdapat enam perkhidmatan yang dilaksanakan di sekolah. Perkhidmatan yang pertama ialah perkhidmatan inventori individu dan rekod. Melalui perkhidmatan ini guru mengendalikan fail bimbingan bagi setiap murid. Guru bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian dan
  • 8. pentafsiran minat murid. Melalui rekod yang telah dikumpul, guru dapat mengawasi corak kehadiran murid yang dirujuk untuk tujuan bimbingan atau kaunseling. Jadi dengan adanya fail-fail dan inventori ini, guru akan dapat menyelidik latar belakang murid yang ponteng, dan ini juga sebagai pemudah cara kepada guru bimbingan untuk lebih mengenali tentang pelajar yang ponteng ini. Jenis perkhidmatan yang kedua ialah perkhidmatan memberi maklumat. Perkhidmatan ini memerlukan guru membantu murid mengumpul dan menyebarkan maklumat.Antara maklumat yang boleh diberikan kepada murid ialah maklumat yang berkaitan dengan pelajaran, vokasional, latihan, dan juga kerjaya. Maklumat ini dapat diberikan kepada murid melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin, dan pengendalian Hari Kerjaya dan Pameran Kerjaya. Perkhidmatan yang ketiga ialah perkhidmatan bimbingan kelompok. Perkhidmatan ini ialah guru merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama. Perkhidmatan ini diadakan tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid dari semasa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian. Perkhidmatan keempat ialah perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling boleh dilakukan secara individu atau kelompok. Antara perkara yang boleh dibincangkan ialah pencapaian akademik yang kurang memuaskan, rujukan yang dibuat oleh guru-guru dan ibu bapa, aspek peribadi dan kerjaya, ketidak hadiran untuk kegiatan kokurikulum dan masalah- masalah disiplin. Contoh masalah disiplin ialah lewat ke sekolah, ponteng sekolah, merokok, bergaduh, buli dan menyalahgunakan dadah. Perkhidmatan kelima ialah perkhidmatan penempatan. Guru membantu murid memilih kegiatan biadang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan,minat dan kemampuan mereka. Selain itu, perkhidmatan ini memerlukan guru membantu murid dalam penempatan ke sekolah menengah. Contohnya, guru menjadi penyelaras menempatkan murid ke sekolah menengah yang berdekatan atau sekolah menengah pilihan murid. Perkhidmatan keenam ialah perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah. Bagi perkhidmatan ini guru mengadakan bimbingan secara individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci dadah. Antara bimbingan yang boleh digunakan ialah mengadakan kempen, pertandingan melukis dan juga sebagainya supaya dapat mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid. Guru juga akan memberikan pertolongan kepada murid untuk mendapatkan bantuan pemulihandan rawatan kepada murid.
  • 9. Berdasarkan pemerhatian, jenis-jenis perkhidmatan yang perlu dilaksanakan dan diutamakan disekolah perlu diteruskan. Bimbingan dan kaunseling dapat menolong dan menasihat murid supaya murid tidak terus membuat kesilapan sebagai contoh guru boleh menasihat murid supaya tidak ponteng sekolah dan juga menjelaskan tentang akibat ponteng. Maklumat-maklumat yang diperolehi akan ditafsir supaya guru dapat berbincang dengan ibu bapa jika masalah murid melibatkan keluarga. Guru akan membina satu hubungan yang profesional dengan murid dan membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Murid akan menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangan dirinya. Dengan kesedaran yang diberikan oleh guru dapat memahamkan murid supaya memahami realiti hidup. Dengan adanya bimbingan kaunseling ini, pihak sekolah dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah sosial begitu juga dengan masalah ponteng ini. Masalah ponteng ini dapat diatasi dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Guru kaunselor di sekolah boleh mengaplikasikan teori-teori kaunseling kepada murid yang melakukan kesalahan ponteng bagi membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Antara teori-teori kaunseling yang boleh digunakan antaranya ialah Teori Psikoanalitik, Teori Gestalt, Terapi Rasional Emotif (RET), Terapi Tingkah Laku, dan juga Teori Berpusat Klien. Antara teori yang boleh digunakan ialah Teori Terapi Rasional Emotif (RET) bagi pelajar yang mempunyai masalah ponteng ini. Albert Ellis telah mengembangkan teori ini dalam tahun 1950-an. Manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional merupakan kepercayaan Teori Rasional – Emotif. RET kini lebih dikenali sebagai REBT ( Rational – Emotive Behaviour Therapy). Ellis berpendapat bahawa manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional. Semakin manusia menjadi tidak rasional, semakin mereka menerapkan idea – idea yang tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Ellis telah menggunakan teori A – B – C ,iaitu : A = Activating Experience (peristiwa yang menggerakkan) B = Belief System (sistem kepercayaan) C = Consequence (akibat)
  • 10. Sebagai contoh, dalam masalah ponteng ini, murid ini mungkin kecewa dan ponteng kerana dia tidak mempunyai kawan (C = akibat) jadi dia ponteng dan mengikut kawannya supaya mereka mempunyai kawan disekolah (B=kepercayaan). Bagi menangani masalah ini, sistem kepercayaan (B) yang tidak rasional perlu dibetulkan terlebih dahulu iaitu dengan guru boleh memupuk kepercayaan baru dalam diri pelajar iaitu jika pelajar berjaya menyesuaikan diri disekolah dan pandai memilih kawan, murid lain juga akan berkawan dengannya. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi ini dinamakan sebagai D (dispute, iaitu mencabar kepercayaan yang tidak rasional). Individu akan mengalami E (Effect) iaitu perasaan tenang dan lega setelah mencapai D (kepercayaan rasional). Idea rasional yang sering menggangu murid ini ialah adalah perlu bagi murid ini untuk mempunyai kawan dan digemari oleh rakan-rakan yang lain. Dengan teori ini, kita boleh membetulkan fikiran tak rasional murid iaitu perlu mengikut rakan sebaya yang ponteng supaya dapat berkawan dengan mereka menjadi kepada fikiran rasional iaitu perlu pandai memilih kawan dan pandai menyesuaikan diri di sekolah dan berkawan dengan orang yang tidak ponteng juga boleh membuatkan murid yang ponteng ini mempunyai kawan yang lain. Idea yang tidak rasional ini perlu digantikan dengan idea rasional seperti kita tidak perlu mengikut benda yang tidak baik untuk berkawan dengan sesorang, apa yang baik dijadikan teladan, yang buruk pula dijadikan sempadan. Malah, kita boleh menumpukan pada amalan penyesuain diri. Untuk mendapat kawan, kita seharusnya bijak untuk memilih kawan, kita tidak seharusnya mengikut sahaja perangai buruk kawan-kawan, kita sepatutnya memilih apa yang boleh diikuti dan yang tidak boleh diikuti. Sekiranya murid-murid ponteng ini berfikir secara rasional, pastinya kes ponteng ini tidak wujud sama sekali. Terdapat dua jenis kaunseling yang guru bimbingan dapat gunakan sewaktu menyelesaikan masalah ponteng ini. Dua jenis kaunseling ini ialah kaunseling individu dan juga kaunseling kelompok. Kaunseling individu ialah proses kaunseling dimana ia dikenali sebagai proses interaksi yang memudahkan kefahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai untuk tingkah laku. Ini bermaksud kaunseling individu ini merupakan interaksi antara dua pihak untuk ,meluahkan perasaan berkenaan emosi dan apa yang berlaku dan seorang daripada dua pihak tersebut adalah pendengar yang empati dan cuba menolong sebelah pihak lagi. McLeod, J. (2007) menjelaskan kauseling individu sebagai seseorang individu yang membina hubungan istimewa dengan seseorang yang terlatih yang boleh membantunya menyelesaikan suatu masalah yang sukar diselesaikan oleh dirinya sendiri. Dengan kaunseling individu ini juga kauselor boleh membantu pelajar yang mempunyai masalah
  • 11. ponteng iaitu pelajar tersebut boleh meluahkan perasaan kenapa dia berbuat begitu, kaunselor juga boleh membantu pelajar berkenaan untuk menyelesaikan masalah beliau dengan mendengar dengan empati setiap masalah yang murid itu hadapi. Berkemungkinan murid tersebut ponteng kerana ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa atau ingin mendapat kawan. Seterusnya ialah kaunseling kelompok. Kaunseling kelompok ini berbeza dengan kaunseling individu kerana kaunselor bukan sahaja berinteraksi dengan seorang klien, tetapi dengan beberapa orang klien. Kelompok merupakan pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi antara satu sama lain. Ohlsen, M.M (1977) menyatakan kaunseling ialah satu perhubungan yang unik, klien berasa selamat membincangkan perkara yang membimbangkan mereka serta mengenalpasti tingkah laku baharu yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku baharu. Kaunseling kelompok ini juga boleh digunakan untuk membanteras masalah ponteng di sekolah. Kaunselor sebagai ketua kelompok perlu memainkan peranan penting sewaktu aktiviti perbincangan ini berlaku supaya ianya berkesan dan perbincangan tersebut tidak berlaku dengan sia-sia. Sesi kaunseling kelompok ini dimulakan dengan pengenalan diri masing-masing dan seterusnya berbincang tentang masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikan. Sebagai contoh, jika dalam kaunseling kelompok tersebut, murid pertama menceritakan tentang masalah ponteng dan perbincangan ini akan menjadi lebih terbuka dan kesemua ahli kelompok akan lebih merasa selesa apabila berbincang tentang satu masalah dan gejala ponteng ini juga dapat dibanteras dengan kaedah ini. Dalam bimbingan dan kaunseling, terdapat juga beberapa terapi yang boleh digunakan dalam membanteras apa-apa sahaja masalah disiplin. Antara terapi yang ada ialah terapi bermain, terapi muzik dan juga terapi bercerita, terapi seni dan juga terapi muzik. Antara terapi yang boleh digunakan untuk masalah ponteng ini ialah terapi bercerita, dengan menggunakan terapi bercerita ini, murid akan mendengar cerita dan apabila cerita ini lebihg kurang sama dengan kisah hidupnya, murid ini akan cenderung akan berubah tetapi kaunselor perlu berhati-hati dalam kisah penceritaan yang ingin disampaikan supaya ianya tidak lari dari kisah hidup pelajar tersebut. Sebagai contoh, kaunselor telah mereka cerita tentang masalah ponteng dan perlu berkaitan dengan diri mereka dan setiap cerita perlulah mempunyai pengajaran seperti seseorang itu selalu ponteng menjadikan pelajar itu tidak berjaya. Melalui cerita ini, murid tersebut akan berfikir dan cuba reflek balik apa yang telah mereka lakukan. Dengan terapi cerita ini kanak-kanak boleh mereka cerita dan cuba untuk mengekspres apa yang ada dalam diri mereka melalui cerita yang direka dan ini akan membentuk komunikasi antara kaunselor dan pelajar.
  • 12. Terapi lain yang boleh digunakan juga ialah terapi muzik, American Music Therapy Association (2009) mentakrifkan Terapi Muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktiraf. Ini bermaksud, terapi muzik boleh digunakan untuk membanteras apa-apa masalah, begitu juga dengan masalah ponteng. Dalam kaunseling, kita perlu berfokus kepada minat klien dan personaliti klien terhadap muzik samaada muzik rancak ataupun muzik yang agak lembut. Melalui terapi muzik ini juga, muzik berupaya mengubah dan mewujudkan perasaan yang berlainan. Muzik juga boleh mempercepat ekspresi emosi disamping mengurangkan stress dan juga keresahan. Terapi muzik ini juga boleh membantu dalam isu-isu yang berkaitan kesedihan dan juga penderaan. Sebagai contoh untuk terapi muzik ini ialah seorang pelajar ponteng kerana kurang mendapat perhatian ibu bapanya dan selalu didera oleh kedua ibu bapa menjadikannya memberontak dan suka untuk ponteng kelas. Jadi guru perlu mencari muzik yang diminati seperti muzik lembut dan ini akan membantu pelajar tersebut untuk berada dalam keadaan tenteram dan lebih gembira. Kesimpulannya, dengan adanya bimbingan kaunseling di sekolah, masalah-masalah disiplin disekolah dapat dibanteras dan dikurangkan jika guru bimbingan disekolah dapat menggunakan kaedah yang betul, pihak sekolah juga perlulah membantu kaunselor untuk membanteras gejala disiplin ini.