SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
LAPORAN KRITIKAL
Kebanyakan fakta menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah
tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh
masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan
untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah
laku bermasalah disebut sebagai „ abnormalbehavior „ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari
nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang
lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat. Menurut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), beliau mentakrifkan tingkah laku
bermasalah individu adalah sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan
kehidupannya.
Di dalam buku yang berjudul „TheBehavioralProblemChildren in TheSchools„
karangan Robert H Woody menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan
dalam pelbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka
dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran
dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks
pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang
boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.
Apabila berada di sekolah, kita akan dapati bahawa terdapat pelbagai jenis masalah
tingkah laku yang ditunjuk oleh murid-murid. Antara masalah tingkahlaku bermasalah yang
ditunjukkan oleh murid-murid di sekolah termasuklah masalah tingkah laku disruptif dan
masalah tingkahlaku distruktif. Kedua-dua masalah tingkahlaku ini adalah masalah
tingkahlaku negatif yang biasanya berlaku di sekolah. Jadi, dalam tugasan ini, saya
dikehendaki untuk menjelaskan dan menganalisis kedua-dua masalah tingkahlaku ini. Hal ini
termasuklah dalam mengumpul maklumat dan isu yang berkaitan kedua-dua masalah
tingkahlaku ini di mana saya perlu mengambil contoh situasi yang sesuai dengan kehendak
soalan.
Masalah tingkah lakudisruptif juga dikenali sebagai masalah tingkah laku
mengganggu atau menghalang. Masalah tingkah laku ini boleh menghalang kelicinan serta
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara faktor yang
menyebabkan tingkahlaku disruptif ini adalah kekurangan kematangan murid itu sendiri.
Selain itu, masalah kesihatan murid disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya
ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya ataupun iklim bilik
darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan tingkah lakudisruptif ini
berlaku.
Dalam sumber yang lain, antara ciri-ciri yang termasuk dalam kategori masalah
tingkah lakudisruptif juga adalah hiperaktif. Hiperaktif adalah kelakuan atau bertingkah laku
yang tersangat agresif. Selain itu. kelakuan nakal juga merupakan kategori masalah ini, iaitu
murid-murid suka mengganggu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan
sekelas. Tambahan lagi, murid yang bising dan mengganggu ketenteraman bilik darjah,
banyak bercakap juga merupakan kategori ini . Selain itu, murid yang bergerak sesuka hati
iaitu suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran berlaku dan melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa juga termasuk ke
dalam kategori ini.
Di samping itu lagi adalah murid yang sukaketawa dengan kuat iaitu ketawa dengan
suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya.
Tambahan lagi, murid yang agresif secara lisan atau fizikal dengan menggunakan kata-kata
kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan juga adalah salah satu ciri yang termasuk di dalam
kategori disruptif. Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi
„ neurotic „ atau „ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu
membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil
Selain masalah tingkah laku disruptif, masalah tingkah laku distruktif juga adalah
termasuk di dalam masalah tingkah laku negatif. Masalah tingkah laku distruktif dan juga
dikenali sebagai tingkah laku anti sosial adalahmerupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan juga masyarakat. Antara tingkah laku yang termasuk ke
dalam kategori ini adalah permusuhan nyata di mana murid-murid berkelakuan suka
bergaduh, berlawan, bertumbuk dan mencari pasal dengan mana-mana murid terutama
rakan sebaya.
Seterusnya ialah vandalisme. Ini bermaksud kanak-kanak akan berkelakuan suka
merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensel,
penanda atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau
meja di dalam bilik darjah dan menggores atau menconteng meja. Di samping itu juga
adalah murid-murid yang mempunyai kumpulan dan menyertai kumpulan liar di mana
mereka terlibat dengan kumpulan tidak bermoral dan melakukan pelbagai kesalahan.
Seterusnya adalah klik iaitu murid-murid mempunyai hubungan dengan beberapa
orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku
tidak baik. Akhir sekali ialah geng. Murid-murid menubuhkan kumpulan tertentu di dalam
sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau
menakut-nakutkan murid-murid lain. Geng yang telah dicipta oleh murid-murid ini tidak ubah
seperti yang telah kita tonton di dalam televisyen.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk
jenayah. Di dalam sebuah sekolah, tingkah laku ini lebih difokuskan kepada masalah
disiplin. Murid-murid yang menunjukkan sikap atau ciri-ciri tingkah laku ini, seharusnya
dibimbing oleh guru dan perlu diberi kaunseling. Hal ini demikian kerana tingkah laku seperti
ini sedikit demi sedikit akan mempengaruhi peribadi seseorang murid tersebut pada masa
yang akan datang.Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu
bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi
tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang
pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “
thepotentialinfluenceofstudent’sfreewill “.
Dalam menyelesaikan tugasan subjek EDU 3104 ini, saya dikehendaki untuk
mengumpul maklumat dan memilih satu kes daripada kedua-dua masalah tingkah laku
tersebut iaitu satu kes untuk masalah tingkah laku disruptif dan satu kes untuk masalah
tingkah laku distruktif. Bagi kes masalah tingkah laku disruptif, saya telah memilih kes di
mana mengikut pengalaman saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah
atau PBS, di mana saya dapati ada masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid di
dalam bilik darjah. Saya mendapat maklumat ini melalui temu bual saya dengan guru yang
bertugas pada minggu tersebut. Masalah tingkah laku yang saya maksudkan ialah
menggunakan telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.
Bagi mengumpul maklumat untuk kes distruktif pula, saya telah melayari Internet dan
mendapati satu kes yang agak sesuai untuk saya kaji bersama. Antara kes yang telah saya
selidiki dan dirasakan sesuai untuk dibuat laporan ialah masalah murid yang bergaduh di
sekolah. Saya dapati maklumat tersebut melalui satu laman sesawang akhbar atas talian
iaitu Utusan Malaysia Online yang bertarikh pada 8 April 2011. Menurut akhbar atas talian
tersebut, kejadian gaduh itu berlaku di luar bilik darjah dan murid yang terlibat dalam
pergaduhan itu menumbuk muka guru perempuan yang cuba untuk meleraikan pergaduhan
tersebut.
Melalui kedua-dua kes ini, saya dapati bahawa saya boleh membuat banding beza
antara kes pertama dan kes kedua tersebut. Di bawah merupakan jadual yang telah saya
sediakan untuk membuat banding beza antara kedua-dua kes.
Kes 1 Perkara Kes 2
Disruptif Jenis masalah Distruktif
Di dalam bilik darjah Lokasi Di koridor depan kelas.
Murid menggunakan telefon
bimbit sewaktu guru sedang
mengajar di dalam kelas.
Situasi Seorang murid bergaduh
dengan murid yang lain
sewaktu sesi persekolahan.
Berlaku setiap kali murid
bosan.
Kekerapan Berlaku apabila seorang
murid mengganggu murid
yang lain.
Murid kurang berminat
dengan pelajaran yang
diajari oleh guru.
Punca penyebab Salah seorang daripada
murid yang bergaduh
mencari fasal dengan murid
yang lain.
Menurut jadual yang telah saya sediakan, dapat dilihat bahawa untuk kes pertama,
jenis masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah masalah tingkah laku
jenis disruptif. Hal ini demikian kerana bertepatan dengan konsep tingkah laku disruptif itu
sendiri iaitu murid yang bertingkah laku mengganggu. Dalam situasi ini, murid seolah-olah
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik
darjah tersebut. Sebelum saya meneruskan lagi, sekolah yang saya jalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Hamzah 1, murid-muridnya dibenarkan
untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini kerana bagi memudahkan murid-murid untuk
menghubungi ibu bapa sebaik sahaja sesi persekolahan tamat pada setiap hari. Hal ini
seperti dicadangkan dan disarankan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato‟ Seri
Muhyiddin bin Yassin.
Menurut guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut, terdapat segelintir murid yang
bermain dengan telefon bimbit mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kelas. Hal ini termasuklah bagi murid-murid yang berada di dalam kelas yang pandai. Walau
bagaimanapun, hal ini mendapat perhatian guru besar sendiri dan juga guru disiplin.
Menurut maklumat yang saya peroleh daripada guru-guru yang mengajar, murid-murid
bertindak berkelakuan seperti bermain-main permainan di dalam telefon bimbit, membuat
panggilan sesama murid di dalam kelas adalah kerap. Selain itu, kebanyakan murid yang
bertindak sedemikian adalah pada waktu tengah hari di mana murid-murid berasa sedikit
bosan dengan mata pelajaran yang diajari oleh guru. di samping itu, murid-murid yang
pandai dan juga kurang disiplin juga selalu berkelakuan sebegini.
Menurut guru yang mengajar lagi, murid-murid yang mereka mengajar dan terlibat
dengan kelakuan sebegini kebanyakannya daripada murid yang tiada masalah dalam
pelajaran. Guru berpendapat bahawa murid-murid pandai ini tidak perlu ditekankan disiplin
yang ketat berbanding dengan murid yang agak kurang dalam pelajaran.Memandangkan
murid tersebut tiada masalah dalam pelajaran, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan
ataupun tiada dendaan. Namun begitu, tingkah laku sebegini tetap juga merupakan disruptif
dan tetap juga mengganggu murid yang lain untuk belajar dan menumpukan perhatian
semasa berada di dalam kelas. Di samping itu juga, perbuatan sebegini juga seolah-olah
menampakkan guru tidak berperanan semasa berada di dalam kelas dan membiarkan murid
tidak menghormati waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Jika kes pertama adalah masalah tingkah laku jenis disruptif di mana murid-murid
menggunakan telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah, kes kedua
pula ialah berkaitan dengan kes gaduh iaitu merupakan masalah tingkah laku jenis distruktif.
Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri distruktif itu sendiri iaitu tingkah laku anti sosial di mana
murid-murid berkelakuan merosakkan dan merupakan salah satu tindakan yang jatuh ke
dalam kategori jenayah. Mengikut daripada sebuah sumber, terdapat dua sebab utama yang
mempengaruhi tingkah laku distruktif ini, iaitu konsep kendiri dan kawalan kendiri yang
rendah. Pendapat Freud ialah kanak-kanak yang mempunyai sifat agresif telah
mempelajarinya daripada ibu bapa, masyarakat atau daripada televisyen di mana murid-
murid mengambil contoh atau meniru gaya watak tersebut.
Apabila saya meneliti dan membaca keratan akhbar tersebut, saya dapati beberapa
ciri-ciri yang telah pun saya masukkan ke dalam jadual seperti yang telah sedia maklum.
Dalam kes ini, guru juga merupakan salah seorang mangsa di mana guru perempuan yang
ingin meleraikan pergaduhan tersebut, di tumbuk oleh salah seorang daripada murid
tersebut pada bahagian hidung guru tersebut lalu menyebabkan kecederaan kepada guru
tersebut. Guru itu mengalami patah hidung dan berdarah.
Dalam jadual yang telah saya sediakan yang saya dapati daripada keratan akhbar
Utusan Malaysia, lokasi di mana berlakunya pergaduhan tersebut adalah di koridor sekolah
iaitu di luar bilik darjah. Waktu kejadian tersebut adalah pada pukul 12.40 tengah hari
semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak
pergaduhan tersebut dan cuba. Tetapi pada waktu itu, beberapa orang murid berkumpul
seolah-olah berlaku sesuatu. Kebetulan pula, pada waktu tersebut juga, kebanyakan guru
masih mengajar di dalam kelas masing-masing.
Menurut laporan, salah seorang murid telah mencari fasal dengan murid yang lain
dan salah seorang daripada murid yang terlibat mempelawa untuk bergaduh. Setelah
pergaduhan bermula, pada waktu itu seorang guru perempuan yang ingin ke kelas lain
untuk peralihan kelas, perasan akan kejadian itu dan cuba untuk meleraikan pergaduhan
tersebut. Dalam usaha guru tersebut untuk meleraikan pergaduhan itu, guru tersebut telah
ditumbuk. Hal ini demikian kerana guru perempuan tersebut ingin membawa murid tersebut
berjumpa dengan guru disiplin kerana kesalahan mereka bergaduh di dalam kawasan
sekolah. Namun secara tiba-tiba murid tersebut menumbuk muka guru terbabit.
Melalui pemerhatian saya terhadap kes-kes yang telah dikemukakan, saya dapati
bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah-
masalah tingkah laku seperti ini. Hal ini termasuklah dengan menggunakan Model
Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Dalam pengamatan saya terhadap kes-kes tersebut,
mengenai lokasi, situasi, kekerapan dan punca isu ini berlaku, saya dapati bahawa ada
kaedah yang sesuai dan terbaik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tingkah
laku seperti ini.
Secara keseluruhannya, terdapat tiga perspektif mengenai dengan pengurusan bilik
darjah, iaitu pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, pengurusan bilik darjah sebagai
satu sistem dan pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran. Sejak beberapa dekad
kebelakangan ini, ahli-ahli teoris, para pendidik dan pengamal telah mengutarakan
beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan darjat kawalan yang
berbeza , iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri.Antara pengurusan bilik
darjah sebagai satu disiplin adalah Pengurusan Behavioral atau Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Disiplin AsertifCanter, Akibat LogikalDreikurs, Disiplin Bilik Darjah Positif Jones dan
Disiplin Koperatif LindaAlbert. Model-model yang dikemukakan ini adalah berkonsepkan
guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah. Selain itu,guru juga perlu
menetapkan bahawa pengajaran perlu didahului oleh disiplin. Kemudian, sebarang tingkah
laku yang kurang sesuai yang ditunjukkan oleh murid perlu diberikan dendaan.
Selain daripada pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, terdapat juga
pandangan bahawa pengurusan bilik darjah adalah sebagai satu sistem. Dalam pandangan
ini, terdapat 4 contoh model yang boleh diguna pakai dan dikategorikan ke dalam
pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem. Model-model yang dikategorikan ke dalam
pandangan ini berkonsepkan pengurusan bilik darjah yang merupakan pengurusan yang
sistematik. Selain itu, dalam pandangan ini juga boleh melibatkan perkaitan antara
pengurusan dan juga pengajaran. Hal ini bermaksud pengurusan yang sistematik bakal
menjamin pengajaran yang berkesan dan sangat efektif kepada murid-murid di dalam kelas.
di samping itu, model-model ini juga khususnya memberikan fokus kepada pembentukan
komuniti pembelajaran. Secara dalamnya, hal ini adalah kerana apabila komuniti
pembelajaran itu terbentuk di dalam bilik darjah, hal ini sedikit sebanyak mampu membantu
memudahkan urusan guru dalam menyampaikan pengajaran dan hal ini lebih
menampakkan pengajaran yang sistematik. Antara model yang terlibat adalah Terapi Realiti
dan Teori Pilihan Glasser, Disiplin dengan Digniti Curwin dan Mendler, Melangkah Disiplin
Kohn serta Program Organisasi Bilik darjah dan Pengurusan Evertson.
Akhir sekali, selepas kedua-dua pandangan yang telah dinyatakan, pengurusan bilik
darjah sebagai satu pengajaran juga merupakan salah satu daripada pandangan ahli-ahli
teoris dalam menentukan kawalan dan pengurusan murid-murid dalam bilik darjah.
Pandangan ini memberikan konsep bahawa murid-murid perlu difokuskan terhadap
kemahiran prososial di mana murid-murid ni perlu dilatih untuk meningkatkan kemahiran
dalam berinteraksi di dalam kelas. selain itu, konsep pandangan ini juga adalah
bermatlamatkan ke arah pembentukan amalan pendamaian. Seterusnya, ini juga
menunjukkan konsep yang memerlukan program sekolah menumpukan kemahiran murid
dalam menyelesaikan konflik serta mediasi rakan sebaya. Akhir sekali, konsep pandangan
ini juga adalah murid-murid perlu dibantu oleh guru-guru dalam membuat penilaian dan
keputusan beretika. Antara model yang terlibat adalah Disiplin dalaman Coloroso, Aliran
Kemahiran Goldstein dan McGinnis serta Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya
Bodine dan Crawford.
Walau bagaimanapun, dalam menyelesaikan tugasan ini, saya akan memilih lima
daripada model-model yang telah dinyatakan sebelum ini. Antara model yang akan saya
pilih dan bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah saya pelajari adalah Model
Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Disiplin AsertifCanter, Akibat LogikalDreikurs, Pengurusan
Kelompok Kounin dan Terapi Realiti WilliamGlasser.
Dalam kes pertama iaitu murid yang menggunakan telefon bimbit semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas, saya dapati bahawa salah satu model yang boleh
dilaksanakan di dalam kelas tersebut bagi membetulkan tingkah laku murid di dalam bilik
darjah adalah dengan menggunakan model Disiplin AsertifCanter. Dalam pengamatan saya
dan juga melalui pembacaan saya terhadap model ini, saya dapati model ini adalah
berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap
akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Di samping itu, guru juga perlu menekankan
penetapan dan kuat kuasa peraturan dengan tegas serta memastikan murid-murid dapat
mematuhi arahan. Tambahan lagi, model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat
daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertifoleh guru iaitu berkeyakinan dan tegas dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu,
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak
tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang
sesuai. Manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid
perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas
dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa
yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping
itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk
menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada
murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
Bagi menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas bagi kes pertama untuk
murid yang bertingkah laku disruptif, saya sebagai guru haruslah menegur murid tersebut
secara terus di hadapan murid-murid yang lain. Hal ini untuk menunjukkan kepada murid-
murid yang lain bahawa perbuatan sedemikian adalah salah dan bertentangan dengan adab
dalam menuntut ilmu. Jadi, bagi mengelakkan hal ini terus berlaku, saya akan menetapkan
peraturan yang spesifik di dalam kelas. Dalam peraturan tersebut, saya akan nyatakan
bahawa murid dilarang bermain telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas. apabila murid tersebut mematuhi peraturan di dalam kelas dan serta merta
menghentikan tingkah laku tersebut, saya akan memberikan peneguhan yang positif seperti
memujinya.
Di samping itu, bagi mengekalkan suasana yang lebih berdisiplin, saya juga akan
merancang untuk menggunakan satu lagi peneguhan positif di mana hal ini tidak ubah
seperti model “Guli dalam Bekas”. Dalam aktiviti ini, saya akan menyediakan guli dan juga
bekas yang kosong. Apabila saya berpuas hati dengan disiplin murid-murid di dalam kelas
sewaktu saya mengajar, pada akhir sesi pengajaran tersebut saya akan masukkan sebiji guli
ke dalam bekas. Jika sebaliknya yang berlaku, saya akan mengambil semula satu biji guli
pada waktu tersebut. Apabila bekas tersebut penuh dengan guli, maka saya akan
memberikan ganjaran atau bonus kepada murid-murid sama ada membawa mereka
membuat lawatan atau belanja mereka makan dan sebagainya.
Tambahan lagi, saya juga boleh mengambil tindakan terhadap murid yang
bermasalah tersebut secara berperingkat-peringkat atau secara konsekuen. Maksudnya, kali
pertama saya memberi amaran kepadanya tetapi masih melakukan perbuatan yang sama,
saya akan memberikan tugasan tambahan kepadanya iaitu membuat satu karangan ringkas
mengenai kesalahan di dalam kelas. jika masih berulang pada hari berikutnya, saya akan
menambahkan lagi bilangan perkataan yang perlu dia tulis. Jika masih lagi melakukan hal
yang sama, maka saya akan menghubungi ibu bapa murid tersebut untuk dimaklumkan
mengenai salah laku murid tersebut. Saya juga mungkin merampas telefon bimbitnya pada
konsekuen yang keempat untuk memberikan pengajaran kepadanya supaya tidak
mengulangi perbuatan yang sama. Saya juga akan meminta murid tersebut untuk berjanji
tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Bagi kes kedua pula iaitu berkaitan dengan masalah tingkah laku distruktif yang
melibatkan kes pergaduhan, saya juga menggunakan tiga model pengurusan bilik darjah
yang dikira sesuai untuk dijadikan resolusi kepada masalah ini. Model disiplin AsertifCanter
juga diguna pakai di dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid yang bergaduh ini.
Apa yang saya boleh lakukan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku bergaduh ini
adalah dengan memberikan amaran kepada murid-murid yang terlibat. Sebagai contoh,
“Saya adalah guru kamu. Ini sebagai amaran atas perbuatan kamu bergaduh sesama
sendiri. Jika kamu tidak berhenti daripada bergaduh, saya akan menghalang kamu untuk
mengikuti pelajaran pada hari ini di dalam kelas.”
Selain itu, saya juga boleh menetapkan peraturan bahawa tiada sebarang
pergaduhan atau murid-murid tidak boleh mengusik sesama sendiri sewaktu guru sedang
mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana perbuatan mengganggu dan bergaduh
boleh mendatangkan bahaya kepada harta benda dan nyawa murid sendiri. Melalui
peraturan ini, sedikit sebanyak dapat melatih murid-murid untuk mengikuti peraturan. Jika
berlaku juga masalah, saya akan mengenakan tindakan kepada murid yang terlibat
mengikut konsekuen yang telah ditetapkan melalui pelan Disiplin Asertif. Jika capai pada
satu tahap di mana murid tersebut tidak dapat ditahan melakukan tingkah laku bermasalah,
saya akan membawanya berjumpa dengan kaunselor dan melaporkan kejadian yang
berlaku kepada ibu bapa mereka. Saya juga boleh memberikan peneguhan yang positif
kepada murid yang bermasalah tersebut jika prestasi disiplinnya semakin meningkat dan
saya akan cuba untuk memberikan galakan kepadanya untuk teruskan kecemerlangan
dalam disiplin.
Selain model Disiplin AsertifCanter, saya juga boleh menggunakan Model Akibat
LogikalDreikurs. Model ini juga dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Fokus utama model
akibat logikalDreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik
di mana murid-murid merasakan bahawa mereka dipunyai. Oleh itu, guru yang
menginginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak perlu menggunakan hukuman ke atas
murid-murid yang melakukan kesalahan tingkah laku di dalam kelas. Selain itu, model ini
juga menekankan guru untuk mengenal pasti punca salah laku yang ditimbulkan oleh murid
dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik
darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap
pengurusan disiplin bilik darjah.
Dalam kes ini, di mana murid menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah
semasa guru sedang mengajar di dalam kelas, saya dapati bahawa murid ini
berkemungkinan mempunyai beberapa motif utama yang mendorong dia untuk melakukan
tindakan tersebut. Antara kemungkinan yang telah saya amati ialah murid tersebut mungkin
ingin mendapatkan perhatian daripada guru. Inginkan perhatian adalah merupakan motif
yang pertama dalam pembentukan masalah tingkah laku murid mengikut pengenalpastian
model Akibat LogikalDreikurs. Murid tersebut sengaja membangkitkan kemarahan guru
melalui cara bermain telefon bimbit iaitu tidak memberi perhatian semasa guru sedang
mengajar, bercakap-cakap dengan rakan dan malas membuat kerja.
Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah
menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu
kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar
matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas
matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya. Bagi saya,
apabila murid menunjukkan masalah tingkah laku yang sedemikian, saya akan cuba untuk
mengalihkan perhatian murid tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik. Seperti yang
disarankan oleh Dreikurs dalam Choong (2009), saya akan cuba untuk berehat seketika
daripada mengajar dan memasang lagu yang boleh dikaitkan dengan matapelajaran.
Sebagai contoh, jika saya mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, saya boleh
memasang lagu yang dikira bersesuaian dengan objektif pembelajaran seperti lagu “1
Malaysia” dan mengajak murid-murid untuk turut menyanyi bersama.
Selain itu, saya juga boleh menayangkan video yang berkaitan dengan subjek.
Contohnya jika saya mengajar matematik pada waktu itu, saya akan cuba untuk
menayangkan video yang berkaitan seperti rancangan “Along” dalam segmen “Siti Sifir”.
Saya rasakan kaedah ini boleh membantu murid untuk meningkatkan lagi tahap kepekaan
dan fokus di dalam kelas. selain itu, Dreikurs juga ada mencadangkan supaya guru
menggunakan akibat logikal untuk membetulkan semula tingkah laku bermasalah. Akibat
logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberi pilihan untuk membetulkan
semula tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut peraturan
dan arahan. Hal ini boleh melatih murid untuk lebih bertanggungjawab atas perkara atau
tingkah laku yang dia lakukan.
Jadi, menjadikan cadangan Dreikurs ini sebagai satu panduan, saya berfikiran
seperti ingin memberikan peluang kepada murid tersebut untuk memilih sama ada untuk
membetulkan tingkah lakunya yang salah ataupun tidak. Jika dia tidak membetulkan tingkah
lakunya, saya akan memberikan sesuatu ataupun murid-murid di dalam kelas tersebut
mencadangkan untuk memberikan peneguhan kepada murid bermasalah tersebut. Jadi,
sebagai contoh, murid tersebut sedang bermain telefon bimbit dan mengganggu rakan
sekelasnya yang lain. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan kepada murid-murid yang lain
kerana mengganggu mereka untuk fokus di dalam kelas sewaktu guru mengajar di dalam
kelas. Sehubungan dengan itu, bagi membetulkan tingkah laku murid tersebut, saya akan
memberikan murid tersebut pilihan sama ada terus bermain dengan telefon bimbitnya
sewaktu guru sedang mengajar atau dikecualikan untuk mengikuti lawatan.
Bagi menyelesaikan kes kedua pula iaitu murid yang bermasalah tingkah laku
distruktif, model Akibat LogikalDreikurs juga adalah wajar digunakan. Hal ini demikian
kerana saya boleh mengaitkan masalah tingkah laku yang telah dilakukan oleh murid yang
terlibat dengan pergaduhan tersebut dengan hukuman atau tindakan yang bakal murid
tersebut terima daripada guru dan juga pihak sekolah. Saya juga boleh memberikan pilihan
kepada murid-murid yang bermasalah tersebut sama ada untuk terus melakukan masalah
dan dikenakan tindakan atau berhenti dan berdamai sesama sendiri. Melalui pilihan yang
telah saya berikan kepada mereka, hal ini sedikit sebanyak akan memberikan kesedaran
kepada mereka supaya dapat memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.
Saya yakin bahawa segala perbuatan masalah yang timbul dengan pergaduhan,
kebanyakannya mereka meniru aksi-aksi tersebut di dalam televisyen ataupun di dalam
cerita-cerita yang mengandungi unsur yang ganas dan pergaduhan. Jadi murid-murid ini
akan cuba untuk melakukan sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam cerita tersebut.
Jadi, saya berpendapat bahawa, saya boleh menunjukkan video-video mengenai keburukan
pergaduhan sama ada pergaduhan yang akhirnya menyebabkan kematian dan pergaduhan
yang berakhir dengan penangkapan oleh pihak polis. Di sini, saya akan menggunakan
kaedah psikologi di mana saya ingin membawa terus murid-murid menghayati akibat yang
bakal berlaku jika mereka bergaduh di sekolah. Hal ini dapat mengelakkan murid daripada
terus terjebak dengan masalah tingkah laku seperti pergaduhan. Selain itu, saya juga
berpendapat bahawa boleh menggunakan istilah pertandingan secara sihat di dalam kelas
iaitu saya akan mencabar murid-murid untuk bersaing sesama sendiri untuk mendapat
markah yang banyak di dalam peperiksaan.
Di samping menggunakan model Disiplin AsertifCanter dan juga model Akibat
LogikalDreikurs di dalam menguruskan tingkah laku murid bermasalah, saya juga boleh
menggunakan model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini telah dicipta oleh seorang
ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu JacobKounin. Buku yang berjudul
DisciplineandGroupManagement in Classrooms merupakan karya beliau mengenai
pengurusan tingkah laku berkesan. Model ini terkenal dengan „Konsep Riak‟ iaitu apabila
seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini
adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori
ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai iaitu seiring dan sehaluan.
Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin.
Perkara-perkara tersebut adalah bertindih atau overlapping di mana Ia merujuk kepada
kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa
yang sama. Seterusnya adalah merangkumi semua atau withitness di mana hal ini pula
merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai
sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Seterusnya adalah momentum. Hal ini merujuk
kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa
pelajaran. Kemudian adalah kelancaran ataupun smoothness iaitu Cirinya ialah kontinuiti
yang bermaksudkeberlangsungan tanpa sebarang gangguan. Seterusnya adalah Fokus
kumpulan iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid
sedang diberikan. Akhir sekali adalah menggalakkan akauntabiliti iaitu merujuk kepada
komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan
dan ditaksir.
Dalam kes murid yang menggunakan telefon bimbitnya untuk bermain sesama
sendiri dan mengganggu rakan-rakan di kelas, guru sepatutnya sedar bahawa tingkah laku
tersebut boleh menimbulkan kesan riak kepada murid-murid yang lain yang berada di dalam
kelas tersebut. Jadi, bagi membendung atau membetulkan semula tingkah laku bermasalah
ini, saya sebagai guru boleh memberikan sedikit teguran berbentuk amaran kepada mereka.
Dalam saya memerhatikan perlakuan murid yang terlibat dengan tingkah laku bermasalah
ini, saya juga memerhatikan keadaan murid-murid yang lain. Jika murid yang terlibat itu
masih bermain-main dengan telefon bimbit walaupun saya telah memberikan latihan, saya
akan pergi kepada mereka dan mengatakan bahawa mereka perlu menyiapkan latihan
tersebut dan hantar kepada saya jika markah ataupun bintang tidak akan diberikan kepada
mereka pada hari tersebut.
Jika mereka mendengar arahan, saya akan memberikan peneguhan positif dengan
memberikan pujian kepada mereka dan hal ini akan menggalakkan murid-murid yang lain di
dalam kelas turut bersungguh-sungguh dalam menyiapkan latihan. Hal ini adalah disebutkan
sebagai riak di mana arahan yang digunakan kepada murid yang tertentu dipatuhi oleh
murid-murid yang lain pada masa yang sama. Sebagai guru, saya mestilah sentiasa
berwaspada terhadap perlakuan murid-murid yang terlibat dengan tingkah laku bermasalah
tersebut supaya dapat mengawal mereka dan tidak membiarkan mereka bermain telefon
bimbit di dalam kelas lagi.
Bagi kes kedua pula di mana murid-murid menunjukkan masalah tingkah laku
disruptif iaitu melalui pergaduhan, saya dapati bahawa model yang boleh digunakan juga
adalah model Terapi Realiti Glasser. Menurut pelan pengurusan bilik darjah Glasser, guru
hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid
tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu
berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang
menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus
mempertingkatkan cara soalan ditanya kepada murid. Di samping itu, guru juga perlu
mengadakan perbincangan dengan murid-murid dan lebih mengeratkan hubungan dengan
murid. Tambahan lagi, guru mestilah memberi ruang kepada murid untuk membentuk satu
pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru sendiri. Jika tidak
berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid
dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka.
Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah
sekolah. Jika masih serius, guru mestilah merujuk murid kepada pihak yang berkuasa.
Dalam elemen Disiplin yang berkesan yang dipelopori oleh Glassser, model ini boleh
membantu murid untuk membuat pilihan yang wajar dalam setiap tindakan. Selain itu, model
ini juga sedikit sebanyak mampu untuk mengajar murid memikul tanggungjawab secara
peribadi. Di samping itu, model ini juga dapat membantu guru dalam menangani tingkah
laku masa kini tetapi bukan masa lampau. Model ini juga memerlukan murid untuk membuat
penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka. Tambahan lagi, hal ini juga
mampu membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku yang lebih baik. Guru
juga seharusnya memiliki kepercayaan bahawa murid boleh berubah ke arah yang lebih baik
dan positif.
Di samping itu, saya juga boleh menggunakan model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner.Model ini menggunakan prinsip-prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen-
elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. Menurut Haliza Hamzah dan
Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah (2008), terdapat dua jenis
peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif yang dianjurkan di dalam model
ini. Hadiah, pujian dan sokongan misalnya merupakan jenis-jenis peneguhan positif dan
akan diberikan kepada murid apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini dan
positif. Di samping itu, peneguhan negatif pula diberikan kepada murid-murid yang
menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat seakan-akan mendenda tetapi
lebih kepada memberi motivasi kepada murid untuk memberikan yang terbaik dalam
peningkatan tahap disiplin.
Dalam kes yang kedua ini, saya juga akan menggunakan model modifikasi tingkah
laku di mana saya akan menggunakan kaedah peneguhan dan sebagainya yang ada di
dalam model ini. Apabila mendapati maklumat dan punca berlakunya pergaduhan,saya
sebagai guru akan cuba untuk mendekatkan diri dengan murid yang terlibat. Saya juga akan
memberikan peneguhan negatif seperti memberikan kerja rumah dan membuat karangan
berkaitan dengan salah laku di sekolah. Selain itu, saya juga akan meminta murid tersebut
untuk menulis sebab mereka bergaduh. Saya dapati bahawa tindakan sebegini dapat
membantu murid menyedari akan perbuatan mereka yang salah di sisi peraturan sekolah.
Di samping itu, saya juga boleh menggunakan teknik reversepsychology ataupun
psikologi berbalik terhadap murid-murid yang melakukan masalah tingkah laku ini. Dengan
kaedah ini, saya boleh menyoal murid terbabit jika perbuatannya itu berbaloi dan akan
mendatangkan kebaikan. Kemudian, saya juga akan meneka kepada murid tersebut
bahawa apakah yang akan berlaku kepadanya jika dia meneruskan tingkah laku yang boleh
memberikan masalah kepada orang lain. Di samping itu, jika murid bermasalah tersebut
menunjukkan peningkatan dalam disiplinnya, maka saya akan memberikan sedikit
peneguhan positif supaya dia berasa keberadaannya di dalam kelas.
RUJUKAN
Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program ijazah
sarjana muda perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.
Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.
Jacob Sebatian Kounin. (2007). Discipline and group management in claassrooms. New
York: Holt, Rinehart and Winston.
Juliette Louise Despert. (1965). The emotionally disturbed child, then and now. New York:
Robert Bruner. Inc.
Woody, R. H. (1969). Behavioral problem children in the schools: Recognition, diagnosis,
and behavioral modification. . New York: Appleton-Century-Crofts.
http://jiwamindapsikologi.blogspot.com/2012/08/tingkah-laku-bermasalah.html
http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/2010/04/isu-tingkahlaku-bermasalah-kanak-
kanak.html
http://tubelawak.blogspot.com/2011/02/reverse-psikologi-melalui-persoalan-dan.html
http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html
http://yonegaring.blogspot.com/2010/11/blog-oh-blog.html
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012Syafiq Shalehudin
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Wmr Ridza
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirIeta Yahya
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingHidayah Saufi
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRISiti Ayu Megawati
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025Raimi Syazwan Ruzaidi
 
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projek
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projekPengenalan Pembelajaran berasaskan projek
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projeknursarina
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanfiro HAR
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 

What's hot (20)

Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
Sampel soalan kajian tindakan 1 2012
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
Dskp pendidikan islam kssr tahun 5
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Bilazim
BilazimBilazim
Bilazim
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projek
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projekPengenalan Pembelajaran berasaskan projek
Pengenalan Pembelajaran berasaskan projek
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 

Viewers also liked

27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
27268735 bilik-darjah-mesra-budaya27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
27268735 bilik-darjah-mesra-budayaFieza Rusli
 
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)naquiah
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGAinun Bariah Jaafar
 
RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6zerat88
 
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5Ismi Huda
 
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1Jiannifen Luwee
 
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2Shamrizal Fauzi
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012Farra Deena
 
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)Stephanie Unsil
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 

Viewers also liked (20)

27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
27268735 bilik-darjah-mesra-budaya27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
27268735 bilik-darjah-mesra-budaya
 
What you don't know can hurt you!
What you don't know can hurt you!What you don't know can hurt you!
What you don't know can hurt you!
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
 
Laporan pbs
Laporan pbsLaporan pbs
Laporan pbs
 
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANGCONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
CONTOH RPH MATEMATIK MENAMBAH NILAI WANG
 
RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6RPH SEJARAH TAHUN 6
RPH SEJARAH TAHUN 6
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
Assignment terapi
Assignment terapiAssignment terapi
Assignment terapi
 
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5
Rancangan pengajaran harian matematik tahun 5
 
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
 
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2
Modul pdp matematik kssr tahun 5 sk bhg 2
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
 
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah  - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
BM 3117E Kaedah Bahasa Melayu Sekolah Rendah - RPH KSSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 

Similar to Laporan kritikal

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahnikfaiznurfirda
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahPowerful Gurlz
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHNazri Halim
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersAtifah Ruzana Abd Wahab
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01Iffatul 'izzah
 
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxK6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxPJ0621MuhammadNaufal
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptCeramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptNuraishahZainudin
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 

Similar to Laporan kritikal (20)

Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5Tugasan gantian 5
Tugasan gantian 5
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Psikohbef2103
Psikohbef2103Psikohbef2103
Psikohbef2103
 
5masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp015masalah 121009085709-phpapp01
5masalah 121009085709-phpapp01
 
Punca
PuncaPunca
Punca
 
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptxK6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
K6. PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH.pptx
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.pptCeramah Buli & Gengsterism short.ppt
Ceramah Buli & Gengsterism short.ppt
 
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptxCeramah Buli _CGU zUL.pptx
Ceramah Buli _CGU zUL.pptx
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 

Laporan kritikal

  • 1. LAPORAN KRITIKAL Kebanyakan fakta menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai „ abnormalbehavior „ iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Menurut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), beliau mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu adalah sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Di dalam buku yang berjudul „TheBehavioralProblemChildren in TheSchools„ karangan Robert H Woody menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam pelbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Apabila berada di sekolah, kita akan dapati bahawa terdapat pelbagai jenis masalah tingkah laku yang ditunjuk oleh murid-murid. Antara masalah tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid-murid di sekolah termasuklah masalah tingkah laku disruptif dan masalah tingkahlaku distruktif. Kedua-dua masalah tingkahlaku ini adalah masalah tingkahlaku negatif yang biasanya berlaku di sekolah. Jadi, dalam tugasan ini, saya dikehendaki untuk menjelaskan dan menganalisis kedua-dua masalah tingkahlaku ini. Hal ini termasuklah dalam mengumpul maklumat dan isu yang berkaitan kedua-dua masalah tingkahlaku ini di mana saya perlu mengambil contoh situasi yang sesuai dengan kehendak soalan. Masalah tingkah lakudisruptif juga dikenali sebagai masalah tingkah laku mengganggu atau menghalang. Masalah tingkah laku ini boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara faktor yang menyebabkan tingkahlaku disruptif ini adalah kekurangan kematangan murid itu sendiri. Selain itu, masalah kesihatan murid disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya ataupun iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan tingkah lakudisruptif ini berlaku.
  • 2. Dalam sumber yang lain, antara ciri-ciri yang termasuk dalam kategori masalah tingkah lakudisruptif juga adalah hiperaktif. Hiperaktif adalah kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif. Selain itu. kelakuan nakal juga merupakan kategori masalah ini, iaitu murid-murid suka mengganggu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Tambahan lagi, murid yang bising dan mengganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap juga merupakan kategori ini . Selain itu, murid yang bergerak sesuka hati iaitu suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku dan melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa juga termasuk ke dalam kategori ini. Di samping itu lagi adalah murid yang sukaketawa dengan kuat iaitu ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Tambahan lagi, murid yang agresif secara lisan atau fizikal dengan menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan juga adalah salah satu ciri yang termasuk di dalam kategori disruptif. Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi „ neurotic „ atau „ psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil Selain masalah tingkah laku disruptif, masalah tingkah laku distruktif juga adalah termasuk di dalam masalah tingkah laku negatif. Masalah tingkah laku distruktif dan juga dikenali sebagai tingkah laku anti sosial adalahmerupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan juga masyarakat. Antara tingkah laku yang termasuk ke dalam kategori ini adalah permusuhan nyata di mana murid-murid berkelakuan suka bergaduh, berlawan, bertumbuk dan mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Seterusnya ialah vandalisme. Ini bermaksud kanak-kanak akan berkelakuan suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensel, penanda atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah dan menggores atau menconteng meja. Di samping itu juga adalah murid-murid yang mempunyai kumpulan dan menyertai kumpulan liar di mana mereka terlibat dengan kumpulan tidak bermoral dan melakukan pelbagai kesalahan. Seterusnya adalah klik iaitu murid-murid mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik. Akhir sekali ialah geng. Murid-murid menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau
  • 3. menakut-nakutkan murid-murid lain. Geng yang telah dicipta oleh murid-murid ini tidak ubah seperti yang telah kita tonton di dalam televisyen. Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, tingkah laku ini lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Murid-murid yang menunjukkan sikap atau ciri-ciri tingkah laku ini, seharusnya dibimbing oleh guru dan perlu diberi kaunseling. Hal ini demikian kerana tingkah laku seperti ini sedikit demi sedikit akan mempengaruhi peribadi seseorang murid tersebut pada masa yang akan datang.Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ thepotentialinfluenceofstudent’sfreewill “. Dalam menyelesaikan tugasan subjek EDU 3104 ini, saya dikehendaki untuk mengumpul maklumat dan memilih satu kes daripada kedua-dua masalah tingkah laku tersebut iaitu satu kes untuk masalah tingkah laku disruptif dan satu kes untuk masalah tingkah laku distruktif. Bagi kes masalah tingkah laku disruptif, saya telah memilih kes di mana mengikut pengalaman saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah atau PBS, di mana saya dapati ada masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah. Saya mendapat maklumat ini melalui temu bual saya dengan guru yang bertugas pada minggu tersebut. Masalah tingkah laku yang saya maksudkan ialah menggunakan telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah. Bagi mengumpul maklumat untuk kes distruktif pula, saya telah melayari Internet dan mendapati satu kes yang agak sesuai untuk saya kaji bersama. Antara kes yang telah saya selidiki dan dirasakan sesuai untuk dibuat laporan ialah masalah murid yang bergaduh di sekolah. Saya dapati maklumat tersebut melalui satu laman sesawang akhbar atas talian iaitu Utusan Malaysia Online yang bertarikh pada 8 April 2011. Menurut akhbar atas talian tersebut, kejadian gaduh itu berlaku di luar bilik darjah dan murid yang terlibat dalam pergaduhan itu menumbuk muka guru perempuan yang cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
  • 4. Melalui kedua-dua kes ini, saya dapati bahawa saya boleh membuat banding beza antara kes pertama dan kes kedua tersebut. Di bawah merupakan jadual yang telah saya sediakan untuk membuat banding beza antara kedua-dua kes. Kes 1 Perkara Kes 2 Disruptif Jenis masalah Distruktif Di dalam bilik darjah Lokasi Di koridor depan kelas. Murid menggunakan telefon bimbit sewaktu guru sedang mengajar di dalam kelas. Situasi Seorang murid bergaduh dengan murid yang lain sewaktu sesi persekolahan. Berlaku setiap kali murid bosan. Kekerapan Berlaku apabila seorang murid mengganggu murid yang lain. Murid kurang berminat dengan pelajaran yang diajari oleh guru. Punca penyebab Salah seorang daripada murid yang bergaduh mencari fasal dengan murid yang lain.
  • 5. Menurut jadual yang telah saya sediakan, dapat dilihat bahawa untuk kes pertama, jenis masalah tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah masalah tingkah laku jenis disruptif. Hal ini demikian kerana bertepatan dengan konsep tingkah laku disruptif itu sendiri iaitu murid yang bertingkah laku mengganggu. Dalam situasi ini, murid seolah-olah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah tersebut. Sebelum saya meneruskan lagi, sekolah yang saya jalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Hamzah 1, murid-muridnya dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini kerana bagi memudahkan murid-murid untuk menghubungi ibu bapa sebaik sahaja sesi persekolahan tamat pada setiap hari. Hal ini seperti dicadangkan dan disarankan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato‟ Seri Muhyiddin bin Yassin. Menurut guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut, terdapat segelintir murid yang bermain dengan telefon bimbit mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Hal ini termasuklah bagi murid-murid yang berada di dalam kelas yang pandai. Walau bagaimanapun, hal ini mendapat perhatian guru besar sendiri dan juga guru disiplin. Menurut maklumat yang saya peroleh daripada guru-guru yang mengajar, murid-murid bertindak berkelakuan seperti bermain-main permainan di dalam telefon bimbit, membuat panggilan sesama murid di dalam kelas adalah kerap. Selain itu, kebanyakan murid yang bertindak sedemikian adalah pada waktu tengah hari di mana murid-murid berasa sedikit bosan dengan mata pelajaran yang diajari oleh guru. di samping itu, murid-murid yang pandai dan juga kurang disiplin juga selalu berkelakuan sebegini. Menurut guru yang mengajar lagi, murid-murid yang mereka mengajar dan terlibat dengan kelakuan sebegini kebanyakannya daripada murid yang tiada masalah dalam pelajaran. Guru berpendapat bahawa murid-murid pandai ini tidak perlu ditekankan disiplin yang ketat berbanding dengan murid yang agak kurang dalam pelajaran.Memandangkan murid tersebut tiada masalah dalam pelajaran, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan ataupun tiada dendaan. Namun begitu, tingkah laku sebegini tetap juga merupakan disruptif dan tetap juga mengganggu murid yang lain untuk belajar dan menumpukan perhatian semasa berada di dalam kelas. Di samping itu juga, perbuatan sebegini juga seolah-olah menampakkan guru tidak berperanan semasa berada di dalam kelas dan membiarkan murid tidak menghormati waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 6. Jika kes pertama adalah masalah tingkah laku jenis disruptif di mana murid-murid menggunakan telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah, kes kedua pula ialah berkaitan dengan kes gaduh iaitu merupakan masalah tingkah laku jenis distruktif. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri distruktif itu sendiri iaitu tingkah laku anti sosial di mana murid-murid berkelakuan merosakkan dan merupakan salah satu tindakan yang jatuh ke dalam kategori jenayah. Mengikut daripada sebuah sumber, terdapat dua sebab utama yang mempengaruhi tingkah laku distruktif ini, iaitu konsep kendiri dan kawalan kendiri yang rendah. Pendapat Freud ialah kanak-kanak yang mempunyai sifat agresif telah mempelajarinya daripada ibu bapa, masyarakat atau daripada televisyen di mana murid- murid mengambil contoh atau meniru gaya watak tersebut. Apabila saya meneliti dan membaca keratan akhbar tersebut, saya dapati beberapa ciri-ciri yang telah pun saya masukkan ke dalam jadual seperti yang telah sedia maklum. Dalam kes ini, guru juga merupakan salah seorang mangsa di mana guru perempuan yang ingin meleraikan pergaduhan tersebut, di tumbuk oleh salah seorang daripada murid tersebut pada bahagian hidung guru tersebut lalu menyebabkan kecederaan kepada guru tersebut. Guru itu mengalami patah hidung dan berdarah. Dalam jadual yang telah saya sediakan yang saya dapati daripada keratan akhbar Utusan Malaysia, lokasi di mana berlakunya pergaduhan tersebut adalah di koridor sekolah iaitu di luar bilik darjah. Waktu kejadian tersebut adalah pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba. Tetapi pada waktu itu, beberapa orang murid berkumpul seolah-olah berlaku sesuatu. Kebetulan pula, pada waktu tersebut juga, kebanyakan guru masih mengajar di dalam kelas masing-masing. Menurut laporan, salah seorang murid telah mencari fasal dengan murid yang lain dan salah seorang daripada murid yang terlibat mempelawa untuk bergaduh. Setelah pergaduhan bermula, pada waktu itu seorang guru perempuan yang ingin ke kelas lain untuk peralihan kelas, perasan akan kejadian itu dan cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Dalam usaha guru tersebut untuk meleraikan pergaduhan itu, guru tersebut telah ditumbuk. Hal ini demikian kerana guru perempuan tersebut ingin membawa murid tersebut berjumpa dengan guru disiplin kerana kesalahan mereka bergaduh di dalam kawasan sekolah. Namun secara tiba-tiba murid tersebut menumbuk muka guru terbabit.
  • 7. Melalui pemerhatian saya terhadap kes-kes yang telah dikemukakan, saya dapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah- masalah tingkah laku seperti ini. Hal ini termasuklah dengan menggunakan Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Dalam pengamatan saya terhadap kes-kes tersebut, mengenai lokasi, situasi, kekerapan dan punca isu ini berlaku, saya dapati bahawa ada kaedah yang sesuai dan terbaik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku seperti ini. Secara keseluruhannya, terdapat tiga perspektif mengenai dengan pengurusan bilik darjah, iaitu pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem dan pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran. Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, ahli-ahli teoris, para pendidik dan pengamal telah mengutarakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan darjat kawalan yang berbeza , iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri.Antara pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin adalah Pengurusan Behavioral atau Modifikasi Tingkah laku Skinner, Disiplin AsertifCanter, Akibat LogikalDreikurs, Disiplin Bilik Darjah Positif Jones dan Disiplin Koperatif LindaAlbert. Model-model yang dikemukakan ini adalah berkonsepkan guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah. Selain itu,guru juga perlu menetapkan bahawa pengajaran perlu didahului oleh disiplin. Kemudian, sebarang tingkah laku yang kurang sesuai yang ditunjukkan oleh murid perlu diberikan dendaan. Selain daripada pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin, terdapat juga pandangan bahawa pengurusan bilik darjah adalah sebagai satu sistem. Dalam pandangan ini, terdapat 4 contoh model yang boleh diguna pakai dan dikategorikan ke dalam pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem. Model-model yang dikategorikan ke dalam pandangan ini berkonsepkan pengurusan bilik darjah yang merupakan pengurusan yang sistematik. Selain itu, dalam pandangan ini juga boleh melibatkan perkaitan antara pengurusan dan juga pengajaran. Hal ini bermaksud pengurusan yang sistematik bakal menjamin pengajaran yang berkesan dan sangat efektif kepada murid-murid di dalam kelas. di samping itu, model-model ini juga khususnya memberikan fokus kepada pembentukan komuniti pembelajaran. Secara dalamnya, hal ini adalah kerana apabila komuniti pembelajaran itu terbentuk di dalam bilik darjah, hal ini sedikit sebanyak mampu membantu memudahkan urusan guru dalam menyampaikan pengajaran dan hal ini lebih menampakkan pengajaran yang sistematik. Antara model yang terlibat adalah Terapi Realiti dan Teori Pilihan Glasser, Disiplin dengan Digniti Curwin dan Mendler, Melangkah Disiplin Kohn serta Program Organisasi Bilik darjah dan Pengurusan Evertson.
  • 8. Akhir sekali, selepas kedua-dua pandangan yang telah dinyatakan, pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran juga merupakan salah satu daripada pandangan ahli-ahli teoris dalam menentukan kawalan dan pengurusan murid-murid dalam bilik darjah. Pandangan ini memberikan konsep bahawa murid-murid perlu difokuskan terhadap kemahiran prososial di mana murid-murid ni perlu dilatih untuk meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi di dalam kelas. selain itu, konsep pandangan ini juga adalah bermatlamatkan ke arah pembentukan amalan pendamaian. Seterusnya, ini juga menunjukkan konsep yang memerlukan program sekolah menumpukan kemahiran murid dalam menyelesaikan konflik serta mediasi rakan sebaya. Akhir sekali, konsep pandangan ini juga adalah murid-murid perlu dibantu oleh guru-guru dalam membuat penilaian dan keputusan beretika. Antara model yang terlibat adalah Disiplin dalaman Coloroso, Aliran Kemahiran Goldstein dan McGinnis serta Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan Crawford. Walau bagaimanapun, dalam menyelesaikan tugasan ini, saya akan memilih lima daripada model-model yang telah dinyatakan sebelum ini. Antara model yang akan saya pilih dan bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah saya pelajari adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Disiplin AsertifCanter, Akibat LogikalDreikurs, Pengurusan Kelompok Kounin dan Terapi Realiti WilliamGlasser. Dalam kes pertama iaitu murid yang menggunakan telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam kelas, saya dapati bahawa salah satu model yang boleh dilaksanakan di dalam kelas tersebut bagi membetulkan tingkah laku murid di dalam bilik darjah adalah dengan menggunakan model Disiplin AsertifCanter. Dalam pengamatan saya dan juga melalui pembacaan saya terhadap model ini, saya dapati model ini adalah berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Di samping itu, guru juga perlu menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dengan tegas serta memastikan murid-murid dapat mematuhi arahan. Tambahan lagi, model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertifoleh guru iaitu berkeyakinan dan tegas dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
  • 9. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Bagi menangani masalah tingkah laku murid di dalam kelas bagi kes pertama untuk murid yang bertingkah laku disruptif, saya sebagai guru haruslah menegur murid tersebut secara terus di hadapan murid-murid yang lain. Hal ini untuk menunjukkan kepada murid- murid yang lain bahawa perbuatan sedemikian adalah salah dan bertentangan dengan adab dalam menuntut ilmu. Jadi, bagi mengelakkan hal ini terus berlaku, saya akan menetapkan peraturan yang spesifik di dalam kelas. Dalam peraturan tersebut, saya akan nyatakan bahawa murid dilarang bermain telefon bimbit semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. apabila murid tersebut mematuhi peraturan di dalam kelas dan serta merta menghentikan tingkah laku tersebut, saya akan memberikan peneguhan yang positif seperti memujinya. Di samping itu, bagi mengekalkan suasana yang lebih berdisiplin, saya juga akan merancang untuk menggunakan satu lagi peneguhan positif di mana hal ini tidak ubah seperti model “Guli dalam Bekas”. Dalam aktiviti ini, saya akan menyediakan guli dan juga bekas yang kosong. Apabila saya berpuas hati dengan disiplin murid-murid di dalam kelas sewaktu saya mengajar, pada akhir sesi pengajaran tersebut saya akan masukkan sebiji guli ke dalam bekas. Jika sebaliknya yang berlaku, saya akan mengambil semula satu biji guli pada waktu tersebut. Apabila bekas tersebut penuh dengan guli, maka saya akan memberikan ganjaran atau bonus kepada murid-murid sama ada membawa mereka membuat lawatan atau belanja mereka makan dan sebagainya.
  • 10. Tambahan lagi, saya juga boleh mengambil tindakan terhadap murid yang bermasalah tersebut secara berperingkat-peringkat atau secara konsekuen. Maksudnya, kali pertama saya memberi amaran kepadanya tetapi masih melakukan perbuatan yang sama, saya akan memberikan tugasan tambahan kepadanya iaitu membuat satu karangan ringkas mengenai kesalahan di dalam kelas. jika masih berulang pada hari berikutnya, saya akan menambahkan lagi bilangan perkataan yang perlu dia tulis. Jika masih lagi melakukan hal yang sama, maka saya akan menghubungi ibu bapa murid tersebut untuk dimaklumkan mengenai salah laku murid tersebut. Saya juga mungkin merampas telefon bimbitnya pada konsekuen yang keempat untuk memberikan pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama. Saya juga akan meminta murid tersebut untuk berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Bagi kes kedua pula iaitu berkaitan dengan masalah tingkah laku distruktif yang melibatkan kes pergaduhan, saya juga menggunakan tiga model pengurusan bilik darjah yang dikira sesuai untuk dijadikan resolusi kepada masalah ini. Model disiplin AsertifCanter juga diguna pakai di dalam menyelesaikan masalah tingkah laku murid yang bergaduh ini. Apa yang saya boleh lakukan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku bergaduh ini adalah dengan memberikan amaran kepada murid-murid yang terlibat. Sebagai contoh, “Saya adalah guru kamu. Ini sebagai amaran atas perbuatan kamu bergaduh sesama sendiri. Jika kamu tidak berhenti daripada bergaduh, saya akan menghalang kamu untuk mengikuti pelajaran pada hari ini di dalam kelas.” Selain itu, saya juga boleh menetapkan peraturan bahawa tiada sebarang pergaduhan atau murid-murid tidak boleh mengusik sesama sendiri sewaktu guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana perbuatan mengganggu dan bergaduh boleh mendatangkan bahaya kepada harta benda dan nyawa murid sendiri. Melalui peraturan ini, sedikit sebanyak dapat melatih murid-murid untuk mengikuti peraturan. Jika berlaku juga masalah, saya akan mengenakan tindakan kepada murid yang terlibat mengikut konsekuen yang telah ditetapkan melalui pelan Disiplin Asertif. Jika capai pada satu tahap di mana murid tersebut tidak dapat ditahan melakukan tingkah laku bermasalah, saya akan membawanya berjumpa dengan kaunselor dan melaporkan kejadian yang berlaku kepada ibu bapa mereka. Saya juga boleh memberikan peneguhan yang positif kepada murid yang bermasalah tersebut jika prestasi disiplinnya semakin meningkat dan saya akan cuba untuk memberikan galakan kepadanya untuk teruskan kecemerlangan dalam disiplin.
  • 11. Selain model Disiplin AsertifCanter, saya juga boleh menggunakan Model Akibat LogikalDreikurs. Model ini juga dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Fokus utama model akibat logikalDreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid merasakan bahawa mereka dipunyai. Oleh itu, guru yang menginginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak perlu menggunakan hukuman ke atas murid-murid yang melakukan kesalahan tingkah laku di dalam kelas. Selain itu, model ini juga menekankan guru untuk mengenal pasti punca salah laku yang ditimbulkan oleh murid dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan yang telah ditetapkan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Dalam kes ini, di mana murid menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar di dalam kelas, saya dapati bahawa murid ini berkemungkinan mempunyai beberapa motif utama yang mendorong dia untuk melakukan tindakan tersebut. Antara kemungkinan yang telah saya amati ialah murid tersebut mungkin ingin mendapatkan perhatian daripada guru. Inginkan perhatian adalah merupakan motif yang pertama dalam pembentukan masalah tingkah laku murid mengikut pengenalpastian model Akibat LogikalDreikurs. Murid tersebut sengaja membangkitkan kemarahan guru melalui cara bermain telefon bimbit iaitu tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar, bercakap-cakap dengan rakan dan malas membuat kerja. Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya. Bagi saya, apabila murid menunjukkan masalah tingkah laku yang sedemikian, saya akan cuba untuk mengalihkan perhatian murid tersebut kepada sesuatu yang lebih menarik. Seperti yang disarankan oleh Dreikurs dalam Choong (2009), saya akan cuba untuk berehat seketika daripada mengajar dan memasang lagu yang boleh dikaitkan dengan matapelajaran. Sebagai contoh, jika saya mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, saya boleh memasang lagu yang dikira bersesuaian dengan objektif pembelajaran seperti lagu “1 Malaysia” dan mengajak murid-murid untuk turut menyanyi bersama.
  • 12. Selain itu, saya juga boleh menayangkan video yang berkaitan dengan subjek. Contohnya jika saya mengajar matematik pada waktu itu, saya akan cuba untuk menayangkan video yang berkaitan seperti rancangan “Along” dalam segmen “Siti Sifir”. Saya rasakan kaedah ini boleh membantu murid untuk meningkatkan lagi tahap kepekaan dan fokus di dalam kelas. selain itu, Dreikurs juga ada mencadangkan supaya guru menggunakan akibat logikal untuk membetulkan semula tingkah laku bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberi pilihan untuk membetulkan semula tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut peraturan dan arahan. Hal ini boleh melatih murid untuk lebih bertanggungjawab atas perkara atau tingkah laku yang dia lakukan. Jadi, menjadikan cadangan Dreikurs ini sebagai satu panduan, saya berfikiran seperti ingin memberikan peluang kepada murid tersebut untuk memilih sama ada untuk membetulkan tingkah lakunya yang salah ataupun tidak. Jika dia tidak membetulkan tingkah lakunya, saya akan memberikan sesuatu ataupun murid-murid di dalam kelas tersebut mencadangkan untuk memberikan peneguhan kepada murid bermasalah tersebut. Jadi, sebagai contoh, murid tersebut sedang bermain telefon bimbit dan mengganggu rakan sekelasnya yang lain. Hal ini menimbulkan ketidakselesaan kepada murid-murid yang lain kerana mengganggu mereka untuk fokus di dalam kelas sewaktu guru mengajar di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, bagi membetulkan tingkah laku murid tersebut, saya akan memberikan murid tersebut pilihan sama ada terus bermain dengan telefon bimbitnya sewaktu guru sedang mengajar atau dikecualikan untuk mengikuti lawatan. Bagi menyelesaikan kes kedua pula iaitu murid yang bermasalah tingkah laku distruktif, model Akibat LogikalDreikurs juga adalah wajar digunakan. Hal ini demikian kerana saya boleh mengaitkan masalah tingkah laku yang telah dilakukan oleh murid yang terlibat dengan pergaduhan tersebut dengan hukuman atau tindakan yang bakal murid tersebut terima daripada guru dan juga pihak sekolah. Saya juga boleh memberikan pilihan kepada murid-murid yang bermasalah tersebut sama ada untuk terus melakukan masalah dan dikenakan tindakan atau berhenti dan berdamai sesama sendiri. Melalui pilihan yang telah saya berikan kepada mereka, hal ini sedikit sebanyak akan memberikan kesedaran kepada mereka supaya dapat memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.
  • 13. Saya yakin bahawa segala perbuatan masalah yang timbul dengan pergaduhan, kebanyakannya mereka meniru aksi-aksi tersebut di dalam televisyen ataupun di dalam cerita-cerita yang mengandungi unsur yang ganas dan pergaduhan. Jadi murid-murid ini akan cuba untuk melakukan sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam cerita tersebut. Jadi, saya berpendapat bahawa, saya boleh menunjukkan video-video mengenai keburukan pergaduhan sama ada pergaduhan yang akhirnya menyebabkan kematian dan pergaduhan yang berakhir dengan penangkapan oleh pihak polis. Di sini, saya akan menggunakan kaedah psikologi di mana saya ingin membawa terus murid-murid menghayati akibat yang bakal berlaku jika mereka bergaduh di sekolah. Hal ini dapat mengelakkan murid daripada terus terjebak dengan masalah tingkah laku seperti pergaduhan. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa boleh menggunakan istilah pertandingan secara sihat di dalam kelas iaitu saya akan mencabar murid-murid untuk bersaing sesama sendiri untuk mendapat markah yang banyak di dalam peperiksaan. Di samping menggunakan model Disiplin AsertifCanter dan juga model Akibat LogikalDreikurs di dalam menguruskan tingkah laku murid bermasalah, saya juga boleh menggunakan model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu JacobKounin. Buku yang berjudul DisciplineandGroupManagement in Classrooms merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Model ini terkenal dengan „Konsep Riak‟ iaitu apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai iaitu seiring dan sehaluan. Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut adalah bertindih atau overlapping di mana Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama. Seterusnya adalah merangkumi semua atau withitness di mana hal ini pula merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatu situasi yang tidak boleh dikawal. Seterusnya adalah momentum. Hal ini merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Kemudian adalah kelancaran ataupun smoothness iaitu Cirinya ialah kontinuiti yang bermaksudkeberlangsungan tanpa sebarang gangguan. Seterusnya adalah Fokus kumpulan iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan. Akhir sekali adalah menggalakkan akauntabiliti iaitu merujuk kepada
  • 14. komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir. Dalam kes murid yang menggunakan telefon bimbitnya untuk bermain sesama sendiri dan mengganggu rakan-rakan di kelas, guru sepatutnya sedar bahawa tingkah laku tersebut boleh menimbulkan kesan riak kepada murid-murid yang lain yang berada di dalam kelas tersebut. Jadi, bagi membendung atau membetulkan semula tingkah laku bermasalah ini, saya sebagai guru boleh memberikan sedikit teguran berbentuk amaran kepada mereka. Dalam saya memerhatikan perlakuan murid yang terlibat dengan tingkah laku bermasalah ini, saya juga memerhatikan keadaan murid-murid yang lain. Jika murid yang terlibat itu masih bermain-main dengan telefon bimbit walaupun saya telah memberikan latihan, saya akan pergi kepada mereka dan mengatakan bahawa mereka perlu menyiapkan latihan tersebut dan hantar kepada saya jika markah ataupun bintang tidak akan diberikan kepada mereka pada hari tersebut. Jika mereka mendengar arahan, saya akan memberikan peneguhan positif dengan memberikan pujian kepada mereka dan hal ini akan menggalakkan murid-murid yang lain di dalam kelas turut bersungguh-sungguh dalam menyiapkan latihan. Hal ini adalah disebutkan sebagai riak di mana arahan yang digunakan kepada murid yang tertentu dipatuhi oleh murid-murid yang lain pada masa yang sama. Sebagai guru, saya mestilah sentiasa berwaspada terhadap perlakuan murid-murid yang terlibat dengan tingkah laku bermasalah tersebut supaya dapat mengawal mereka dan tidak membiarkan mereka bermain telefon bimbit di dalam kelas lagi. Bagi kes kedua pula di mana murid-murid menunjukkan masalah tingkah laku disruptif iaitu melalui pergaduhan, saya dapati bahawa model yang boleh digunakan juga adalah model Terapi Realiti Glasser. Menurut pelan pengurusan bilik darjah Glasser, guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara soalan ditanya kepada murid. Di samping itu, guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid dan lebih mengeratkan hubungan dengan murid. Tambahan lagi, guru mestilah memberi ruang kepada murid untuk membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru sendiri. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka.
  • 15. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, guru mestilah merujuk murid kepada pihak yang berkuasa. Dalam elemen Disiplin yang berkesan yang dipelopori oleh Glassser, model ini boleh membantu murid untuk membuat pilihan yang wajar dalam setiap tindakan. Selain itu, model ini juga sedikit sebanyak mampu untuk mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi. Di samping itu, model ini juga dapat membantu guru dalam menangani tingkah laku masa kini tetapi bukan masa lampau. Model ini juga memerlukan murid untuk membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka. Tambahan lagi, hal ini juga mampu membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku yang lebih baik. Guru juga seharusnya memiliki kepercayaan bahawa murid boleh berubah ke arah yang lebih baik dan positif. Di samping itu, saya juga boleh menggunakan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner.Model ini menggunakan prinsip-prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen- elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel dalam Pengurusan Bilik Darjah (2008), terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif yang dianjurkan di dalam model ini. Hadiah, pujian dan sokongan misalnya merupakan jenis-jenis peneguhan positif dan akan diberikan kepada murid apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini dan positif. Di samping itu, peneguhan negatif pula diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat seakan-akan mendenda tetapi lebih kepada memberi motivasi kepada murid untuk memberikan yang terbaik dalam peningkatan tahap disiplin. Dalam kes yang kedua ini, saya juga akan menggunakan model modifikasi tingkah laku di mana saya akan menggunakan kaedah peneguhan dan sebagainya yang ada di dalam model ini. Apabila mendapati maklumat dan punca berlakunya pergaduhan,saya sebagai guru akan cuba untuk mendekatkan diri dengan murid yang terlibat. Saya juga akan memberikan peneguhan negatif seperti memberikan kerja rumah dan membuat karangan berkaitan dengan salah laku di sekolah. Selain itu, saya juga akan meminta murid tersebut untuk menulis sebab mereka bergaduh. Saya dapati bahawa tindakan sebegini dapat membantu murid menyedari akan perbuatan mereka yang salah di sisi peraturan sekolah. Di samping itu, saya juga boleh menggunakan teknik reversepsychology ataupun psikologi berbalik terhadap murid-murid yang melakukan masalah tingkah laku ini. Dengan kaedah ini, saya boleh menyoal murid terbabit jika perbuatannya itu berbaloi dan akan mendatangkan kebaikan. Kemudian, saya juga akan meneka kepada murid tersebut
  • 16. bahawa apakah yang akan berlaku kepadanya jika dia meneruskan tingkah laku yang boleh memberikan masalah kepada orang lain. Di samping itu, jika murid bermasalah tersebut menunjukkan peningkatan dalam disiplinnya, maka saya akan memberikan sedikit peneguhan positif supaya dia berasa keberadaannya di dalam kelas. RUJUKAN Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku untuk program ijazah sarjana muda perguruan. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar. Jacob Sebatian Kounin. (2007). Discipline and group management in claassrooms. New York: Holt, Rinehart and Winston. Juliette Louise Despert. (1965). The emotionally disturbed child, then and now. New York: Robert Bruner. Inc. Woody, R. H. (1969). Behavioral problem children in the schools: Recognition, diagnosis, and behavioral modification. . New York: Appleton-Century-Crofts. http://jiwamindapsikologi.blogspot.com/2012/08/tingkah-laku-bermasalah.html http://sharidahipgmkbm.blogspot.com/2010/04/isu-tingkahlaku-bermasalah-kanak- kanak.html http://tubelawak.blogspot.com/2011/02/reverse-psikologi-melalui-persoalan-dan.html http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html http://yonegaring.blogspot.com/2010/11/blog-oh-blog.html