SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
PENDIDIKAN INKLUSIF : CABARAN ATAU PELUANG?
OLEH
SITI RUBIYANI BT OMAR
EMAIL : rubiyani76@gmail.com
Ruangan: Ruangan Rencana Umum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengamalkan prinsip
Pendemokrasian Pendidikan dalam merancang pendidikan untuk semua golongan
kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi
dan kecacatan mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan termasuk
kanak-kanak kurang upaya. Pendidikan inklusif adalah isu yang telah lama dibahaskan.
Ianya tidak bernoktah dan tidak berpenghujung.
Program Pendidikan inklusif (PPI) sudah lama diamalkan di negara kita yang
dikenali sebagai kelas percantuman pada tahun 1998. Kelas bercantum mula diamalkan
di kelas pendidikan khas bermasalah penglihatan di Kuala Lumpur. Pendidikan inklusif
bermaksud MBK (Murid Berkeperluan Khas) menyertai kelas arus perdana bersama
murid normal yang lain. MBK adalah murid yang disahkan oleh doktor sebagai kurang
upaya dari segi penglihatan, pendengaran dan ketidakupayaan fizikal. Mereka belajar
bersama-sama murid normal dan mengikuti silibus kurikulum perdana.
Buku garis panduan Pendidikan Inklusif (2013) menyatakan bahawa PPI
merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Deklarasi
antarabangsa seperti Pernyataan Salamanca yang mendukung prinsip pendidikan untuk
semua tanpa mengira sebarang kecacatan. Kriteria MBK yang layak mengikuti kelas
pendidikan inklusif ialah melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang telah
ditetapkan oleh KPM.
Umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid di arus perdana atau
tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana. MBK yang
ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas. MBK ditempatkan
di kelas yang setara dengan pencapaian mereka. Kelas PPI sebaik-baiknya berada di
aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda.
Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa
secara bertulis. Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah diberi
latihan dalam mengendali MBK. Bagi sekolah tanpa PPKI, pihak sekolah boleh
mendapatkan bantuan latihan daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai
di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian di Kementerian. Bagi sekolah yang
mempunyai PPKI, guru pendidikan khas memainkan peranan yang penting dalam
membantu guru aliran perdana menjayakan PPI.
PPI adalah satu lambang pendemokrasian pendidikan yang sebenar. Hak
kesamarataan pendidikan adalah isu yang diperjuangkan dalam konsep Program
Pendidikan Inklusif. PPI juga memberi peluang kepada MBK yang berpotensi untuk
belajar dan bersaing dengan murid normal dalam melalui proses pembelajaran di dalam
kelas.
PPI mampu memupuk nilai kolaborasi di antara satu sama lain. Kolaborasi yang
terlibat ialah kolaborasi guru perdana dan guru PPKI, kolaborasi guru dan ibubapa serta
kolaborasi guru dengan pentadbir. Kolaborasi guru dengan pentadbir adalah satu
elemen yang sangat penting. Hal ini kerana pentadbir di sekolah bertanggungjawab
menyelia guru supaya PPI berjalan lancar mengikut objektif yang sebenar.
Khidmat sokongan juga perlu disediakan untuk membantu murid dan guru yang
mengajar di kelas PPI. Khidmat sokongan yang diperlukan ialah seperti adanya guru
pendamping atau guru pembantu semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid.
Menggalakkan amalan perubahan tingkah laku positif di dalam kelas.
Membolehkan guru mengendalikan pelbagai aktiviti berfokus kepada keperluan dan
potensi individu murid.
Manfaat PPI kepada MBK ialah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada dua
orang guru samada di dalam atau luar kelas. Tumpuan dapat diberikan pada kumpulan
individu murid yang memerlukan perhatian. Murid dapat akses kepada kurikulum
kebangsaan tanpa persepsi yang negatif. MBK dapat mengembangkan potensi
setanding dengan murid normal yang lain.
Pelaksanaan PPI sering menimbulkan isu dan cabaran kepada guru mengajar.
Antaranya ialah isu komunikasi antara guru dan MBK. Guru tidak memahami ragam
murid Autisme yang sering bercakap sendirian. Murid autisme juga tidak memahami
arahan guru kecuali guru yang diminati sahaja. Namun begitu, murid autisme ini
mempunyai kelebihan menguasai aspek membaca, menulis dan mengira malah lebih
baik daripada murid normal yang lain.
Cabaran kedua ialah kompetensi guru yang mengajar MBK. Kompetensi yang
dimaksudkan ialah pengetahuan kandungan tentang PPI, pedagogi serta amalan
pengajaran yang berkesan. Kebanyakan guru PPI menyamakan kaedah pengajaran
MBK dengan murid normal yang lain dengan anggapan MBK menumpang untuk
belajar bersama dan tiada fokus akademik.
Cabaran ketiga ialah guru PPI terpaksa mengajar dalam bilangan murid yang
terlalu ramai sehingga mencapai 40 murid sekelas. Hal ini adalah tidak selari dengan
garis panduan Pendidikan Inklusif. Bilangan murid yang ramai ini menyukarkan guru
untuk menumpukan kepada murid inklusif tersebut.
Isu bias guru juga sering dibincangkan sebagai cabaran dalam pelaksanaan PPI.
Guru yang mengajar tidak mengendahkan kehadiran murid PPI dalam kelas mereka
kerana beranggapan MBK tersebut hadir untuk bersosial serta tiada fokus akademik.
Hal ini akan menyebabkan MBK berasa bebas melakukan apa sahaja dan tingkah laku
akan menjadi lebih agresif.
Namun begitu, adakah PPI ini memberi peluang yang sebenarnya kepada MBK
untuk belajar dengan lebih sempurna atau sekadar memberi cabaran kepada guru
semata-mata? Hal ini kerana dikatakan terdapat kekangan ketidakupayaan MBK itu
sendiri. Contohnya, murid tidak mahu berada di kelas arus perdana kerana menuntut
untuk lebih fokus semasa guru mengajar, perlu sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi
guru.
Guru juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi lebih perhatian
kepada MBK kerana mengajar murid hampir 40 orang sekelas. Guru PPI juga
mempunyai bebanan tugas pentadbiran sedia ada yang banyak. Akhirnya MBK terbiar
tanpa perhatian dan potensi yang dimiliki akhirnya terkubur begitu sahaja.
Pendidikan inklusif adalah satu istilah yang tidak asing lagi dalam kalangan para
guru di sekolah. Namun begitu, pelaksanaannya masih lagi tidak mencapai seperti apa
yang diharapkan. Kajian Hanafi (2016) mendapati hanya 12% sahaja MBK yang
mengikuti program pendidikan inklusif di Malaysia dan tidak dilaksanakan dengan
sempurna.
Menurutnya pelaksanaan PPI di Malaysia belum mencapai objektif sebenar.
Permasalahan ini memberi cabaran baru kepada semua guru terutama guru pendidikan
khas untuk menyahut cabaran dan meningkatkan kemenjadian murid setanding murid
normal yang lain.
Kekangan kepada keberkesanan PPI antaranya adalah sikap negatif guru
sekolah rendah terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif ini (Supiah, 2010
dan Amin, 2017). Masalah ini akan memberi kesan dan menjejaskan dasar kerajaan
yang telah dibentuk malah akan melibatkan kerugian masa dan tenaga pengajar. Hal ini
jika tidak dibendung akan membantutkan potensi kemenjadian MBK. Potensi dan bakat
yang ada akan terkubur dan terbiar tanpa sebarang usaha oleh guru dan masyarakat
sekeliling.
Sungguhpun menggabungkan pendidikan khas dan kelas biasa nampak seperti
menarik pada luarannya namun pelaksanaannya adalah satu cabaran untuk guru yang
terlibat. Sistem pelaksanaan yang tidak jelas dan samar-samar adalah antara penyebab
menjadi tamparan hebat untuk memenuhi keperluan semua murid yang pelbagai.
Kerjasama pentadbir untuk menyokong PPI dilaksanakan dengan sempurna di
sekolah adalah sangat penting. Pentadbir di peringkat Jabatan Pelajaran dan juga di
sekolah perlu membantu guru PPI dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
Perbincangan pelaksanaan PPI di peringkat atasan sangat penting untuk menyelesaikan
masalah yang berlaku ini secara jelas.
Kejayaan pentadbir merungkai masalah yang berlaku dalam PPI akan mampu
membantu guru untuk bekerja dengan penuh komitmen dan semangat yang tinggi.
Kejayaan ini akan memberi erti pendemokrasian pendidikan yang sebenar kepada MBK
yang berpotensi untuk meraih kejayaan setanding murid normal yang lain.

More Related Content

What's hot

Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuitiNad0209
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranSuziana Kamaruddin
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridVince Here
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Zauhari Hussein
 
Program pendidikan inklusif (ppi) KPM
Program pendidikan inklusif (ppi) KPMProgram pendidikan inklusif (ppi) KPM
Program pendidikan inklusif (ppi) KPMNURLIDYAWATI JASMIN
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmsedihnya
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1iniaron
 

What's hot (20)

Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 
Sekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang MuridSekolah Kurang Murid
Sekolah Kurang Murid
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Program pendidikan inklusif (ppi) KPM
Program pendidikan inklusif (ppi) KPMProgram pendidikan inklusif (ppi) KPM
Program pendidikan inklusif (ppi) KPM
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Transformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtpTransformasi pendidikan dtp
Transformasi pendidikan dtp
 

Similar to PENDIDIKAN INKLUSIF

36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusifSalleh Loki
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Pei Wen Tan
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptwaniesegar
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdfMUHAMADAIZATBINMDYUS
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahAbdul Karim Kamaruzaman
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 

Similar to PENDIDIKAN INKLUSIF (20)

Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 

Recently uploaded

RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDWanHaniff4
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasariffalias2
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 

Recently uploaded (8)

RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

PENDIDIKAN INKLUSIF

  • 1. PENDIDIKAN INKLUSIF : CABARAN ATAU PELUANG? OLEH SITI RUBIYANI BT OMAR EMAIL : rubiyani76@gmail.com Ruangan: Ruangan Rencana Umum. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengamalkan prinsip Pendemokrasian Pendidikan dalam merancang pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak. Semua kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi dan kecacatan mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan termasuk kanak-kanak kurang upaya. Pendidikan inklusif adalah isu yang telah lama dibahaskan. Ianya tidak bernoktah dan tidak berpenghujung. Program Pendidikan inklusif (PPI) sudah lama diamalkan di negara kita yang dikenali sebagai kelas percantuman pada tahun 1998. Kelas bercantum mula diamalkan di kelas pendidikan khas bermasalah penglihatan di Kuala Lumpur. Pendidikan inklusif bermaksud MBK (Murid Berkeperluan Khas) menyertai kelas arus perdana bersama murid normal yang lain. MBK adalah murid yang disahkan oleh doktor sebagai kurang upaya dari segi penglihatan, pendengaran dan ketidakupayaan fizikal. Mereka belajar bersama-sama murid normal dan mengikuti silibus kurikulum perdana. Buku garis panduan Pendidikan Inklusif (2013) menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan pendidikan yang terbaik bagi MBK. Deklarasi antarabangsa seperti Pernyataan Salamanca yang mendukung prinsip pendidikan untuk semua tanpa mengira sebarang kecacatan. Kriteria MBK yang layak mengikuti kelas pendidikan inklusif ialah melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • 2. Umur MBK hendaklah mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana. MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas. MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka. Kelas PPI sebaik-baiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda. Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa secara bertulis. Guru arus perdana yang mengajar di kelas inklusif hendaklah diberi latihan dalam mengendali MBK. Bagi sekolah tanpa PPKI, pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan latihan daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Bahagian di Kementerian. Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas memainkan peranan yang penting dalam membantu guru aliran perdana menjayakan PPI. PPI adalah satu lambang pendemokrasian pendidikan yang sebenar. Hak kesamarataan pendidikan adalah isu yang diperjuangkan dalam konsep Program Pendidikan Inklusif. PPI juga memberi peluang kepada MBK yang berpotensi untuk belajar dan bersaing dengan murid normal dalam melalui proses pembelajaran di dalam kelas. PPI mampu memupuk nilai kolaborasi di antara satu sama lain. Kolaborasi yang terlibat ialah kolaborasi guru perdana dan guru PPKI, kolaborasi guru dan ibubapa serta kolaborasi guru dengan pentadbir. Kolaborasi guru dengan pentadbir adalah satu elemen yang sangat penting. Hal ini kerana pentadbir di sekolah bertanggungjawab menyelia guru supaya PPI berjalan lancar mengikut objektif yang sebenar.
  • 3. Khidmat sokongan juga perlu disediakan untuk membantu murid dan guru yang mengajar di kelas PPI. Khidmat sokongan yang diperlukan ialah seperti adanya guru pendamping atau guru pembantu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menggalakkan hubungan baik antara guru dan murid. Menggalakkan amalan perubahan tingkah laku positif di dalam kelas. Membolehkan guru mengendalikan pelbagai aktiviti berfokus kepada keperluan dan potensi individu murid. Manfaat PPI kepada MBK ialah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada dua orang guru samada di dalam atau luar kelas. Tumpuan dapat diberikan pada kumpulan individu murid yang memerlukan perhatian. Murid dapat akses kepada kurikulum kebangsaan tanpa persepsi yang negatif. MBK dapat mengembangkan potensi setanding dengan murid normal yang lain. Pelaksanaan PPI sering menimbulkan isu dan cabaran kepada guru mengajar. Antaranya ialah isu komunikasi antara guru dan MBK. Guru tidak memahami ragam murid Autisme yang sering bercakap sendirian. Murid autisme juga tidak memahami arahan guru kecuali guru yang diminati sahaja. Namun begitu, murid autisme ini mempunyai kelebihan menguasai aspek membaca, menulis dan mengira malah lebih baik daripada murid normal yang lain. Cabaran kedua ialah kompetensi guru yang mengajar MBK. Kompetensi yang dimaksudkan ialah pengetahuan kandungan tentang PPI, pedagogi serta amalan pengajaran yang berkesan. Kebanyakan guru PPI menyamakan kaedah pengajaran MBK dengan murid normal yang lain dengan anggapan MBK menumpang untuk belajar bersama dan tiada fokus akademik.
  • 4. Cabaran ketiga ialah guru PPI terpaksa mengajar dalam bilangan murid yang terlalu ramai sehingga mencapai 40 murid sekelas. Hal ini adalah tidak selari dengan garis panduan Pendidikan Inklusif. Bilangan murid yang ramai ini menyukarkan guru untuk menumpukan kepada murid inklusif tersebut. Isu bias guru juga sering dibincangkan sebagai cabaran dalam pelaksanaan PPI. Guru yang mengajar tidak mengendahkan kehadiran murid PPI dalam kelas mereka kerana beranggapan MBK tersebut hadir untuk bersosial serta tiada fokus akademik. Hal ini akan menyebabkan MBK berasa bebas melakukan apa sahaja dan tingkah laku akan menjadi lebih agresif. Namun begitu, adakah PPI ini memberi peluang yang sebenarnya kepada MBK untuk belajar dengan lebih sempurna atau sekadar memberi cabaran kepada guru semata-mata? Hal ini kerana dikatakan terdapat kekangan ketidakupayaan MBK itu sendiri. Contohnya, murid tidak mahu berada di kelas arus perdana kerana menuntut untuk lebih fokus semasa guru mengajar, perlu sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi guru. Guru juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi lebih perhatian kepada MBK kerana mengajar murid hampir 40 orang sekelas. Guru PPI juga mempunyai bebanan tugas pentadbiran sedia ada yang banyak. Akhirnya MBK terbiar tanpa perhatian dan potensi yang dimiliki akhirnya terkubur begitu sahaja. Pendidikan inklusif adalah satu istilah yang tidak asing lagi dalam kalangan para guru di sekolah. Namun begitu, pelaksanaannya masih lagi tidak mencapai seperti apa yang diharapkan. Kajian Hanafi (2016) mendapati hanya 12% sahaja MBK yang mengikuti program pendidikan inklusif di Malaysia dan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
  • 5. Menurutnya pelaksanaan PPI di Malaysia belum mencapai objektif sebenar. Permasalahan ini memberi cabaran baru kepada semua guru terutama guru pendidikan khas untuk menyahut cabaran dan meningkatkan kemenjadian murid setanding murid normal yang lain. Kekangan kepada keberkesanan PPI antaranya adalah sikap negatif guru sekolah rendah terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif ini (Supiah, 2010 dan Amin, 2017). Masalah ini akan memberi kesan dan menjejaskan dasar kerajaan yang telah dibentuk malah akan melibatkan kerugian masa dan tenaga pengajar. Hal ini jika tidak dibendung akan membantutkan potensi kemenjadian MBK. Potensi dan bakat yang ada akan terkubur dan terbiar tanpa sebarang usaha oleh guru dan masyarakat sekeliling. Sungguhpun menggabungkan pendidikan khas dan kelas biasa nampak seperti menarik pada luarannya namun pelaksanaannya adalah satu cabaran untuk guru yang terlibat. Sistem pelaksanaan yang tidak jelas dan samar-samar adalah antara penyebab menjadi tamparan hebat untuk memenuhi keperluan semua murid yang pelbagai. Kerjasama pentadbir untuk menyokong PPI dilaksanakan dengan sempurna di sekolah adalah sangat penting. Pentadbir di peringkat Jabatan Pelajaran dan juga di sekolah perlu membantu guru PPI dengan memberi bantuan yang sewajarnya. Perbincangan pelaksanaan PPI di peringkat atasan sangat penting untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini secara jelas. Kejayaan pentadbir merungkai masalah yang berlaku dalam PPI akan mampu membantu guru untuk bekerja dengan penuh komitmen dan semangat yang tinggi.
  • 6. Kejayaan ini akan memberi erti pendemokrasian pendidikan yang sebenar kepada MBK yang berpotensi untuk meraih kejayaan setanding murid normal yang lain.