Terdapat beberapa amalan terbaik dalam pembangunan sosial menurut dokumen ini, termasuk menjaga hubungan persaudaraan dan menjaga pemakanan serta kesihatan. Menjaga hubungan yang erat antara keluarga dan masyarakat dapat meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan. Selain itu, mengambil berat terhadap pemakanan sihat dan kesihatan badan juga penting bagi memastikan penduduk dapat menjalani kehidupan
1. D I S E D I A K A N :
F A T I N N U R U L A I N B I N T I M A S R O N
A 1 6 3 8 1 2
LMCP1552 Pembanguan Mapan Dalam
Islam
Amalan Terbaik dalam Pembangunan
Sosial
2. DEFINISI
Amalan terbaik ialah amalan baik yang kebiasaannya
dilakukan oleh seseorang dengan berterusan
sehingga diikuti oleh orang lain.
Pembangunan sosial adalah proses perubahan sosial
yang terencana yang direka untuk mengangkat
kesejahteraan penduduk menyeluruh dengan
menggabungkannya dengan proses pembangunan
ekonomi yang dinamis
3. Terdapat pelbagai amalan terbaik dalam
pembangunan sosial dan antaranya ialah:
Menjaga hubungan persaudaraan
Menjaga pemakanan dan kesihatan
4. MENJAGA HUBUNGAN PERSAUDARAAN
Menjaga hubungan persaudaraan adalah hubungan diantara
keluarga, sahabat dan masyarakat di sekeliling kita.
Menjaga hubungan antara saudara adalah penting kerana ia
salah satu perkara yang membawa kedamaian dan
kesejahteraan kepada diri.
Dengan kata lain, melalui penjagaan hubungan persaudaraan
antara masyarakat terutamanya yang berlainan agama dapat
mengelak dari permusuhan dan mereka juga lebih memahami
dan menghormati dalam aspek agama.
Menjaga hubungan juga dapat menjaga perpaduan yang
terjalin terutamanya dalam suasana masyarakat yang
berbilang kaum dan agama.
5. MENJAGA PEMAKANAN DAN KESIHATAN
Menjaga pemakanan dan kesihatan adalah satu
perbuatan yang seringkali masyarakat tidak ambil
peduli. Ini terbukti dengan peningkatan bilangan
masyarakat yang mempunyai penyakit akibat dari tidak
menjaga kesihatan seperti obesiti, kencing manis, darah
tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Menjaga pemakanan dan kesihatan amat penting dalam
pembangunan sosial. Ia adalah sesuatu perkara baik
yang dapat diterapkan kepada masyarakat supaya
mereka dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih
baik.
Badan yang sihat serta minda yang cergas memberi
kebahagiaan dan kegembiraan kerana ia dapat
melahirkan perasaan dan fikiran yang positif.
6. KESIMPULAN
Pembangunan sosial seringkali terjadi dikalangan kita
dan ia tertakluk sama ada kita ingin menjaganya ataupun
tidak. Akan tetapi, tidak seseorang pun akan tidak
termasuk dalam pembangunan sosial kerana semua
orang akan cuba bersosial tidak kira bagaimanapun
caranya. Tidak ada seseorang pun manusia ingin
bersendirian kerana keinginan untuk berteman itu
adalah fitrah manusia.
Menjaga hubungan persaudaraan itu penting tetapi
menjaga pemakanan dan kesihatan juga penting. Kita
juga dapat bersosial dengan menjaga pemakanan dan
kesihatan kerana dengan menjaganya kita dapat
memberi contoh kepada masyarakat yang ingin menjaga
pemakanan dan kesihatan mereka.