Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Lmcp1552 pembanguan mapan dalam islam
1. LMCP1552 Pembanguan Mapan Dalam Islam
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Disediakan Oleh: IRWAN SHAH BIN SUMADI (A165358)
2. DEFINISI AMALAN TERBAIK
Amalan terbaik ialah amalan baik yang kebiasaannya dilakukan oleh
seseorang dengan berterusan sehingga diikuti oleh orang lain.
Pembangunan sosial pula adalah proses perubahan sosial yang terencana
yang direka untuk mengangkat kesejahteraan penduduk menyeluruh
dengan menggabungkannya dengan proses pembangunan ekonomi yang
dinamis.
4. MENJAGA HUBUNGAN PERSAUDARAAN
Menjaga hubungan persaudaraan adalah hubungan diantara
keluarga, sahabat dan masyarakat di sekeliling kita.
Menjaga hubungan antara saudara adalah penting kerana ia
salah satu perkara yang membawa kedamaian dan
kesejahteraan kepada diri.
Dengan kata lain, melalui penjagaan hubungan persaudaraan
antara masyarakat terutamanya yang berlainan agama dapat
mengelak dari permusuhan dan mereka juga lebih memahami
dan menghormati dalam aspek agama.
Menjaga hubungan juga dapat menjaga perpaduan yang terjalin
terutamanya dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum
dan agama.
5. MENJAGA PEMAKANAN DAN KESIHATAN
Menjaga pemakanan dan kesihatan adalah satu perbuatan yang
seringkali masyarakat tidak ambil peduli. Ini terbukti dengan
peningkatan bilangan masyarakat yang mempunyai penyakit
akibat dari tidak menjaga kesihatan seperti obesiti, kencing
manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Menjaga pemakanan dan kesihatan amat penting dalam
pembangunan sosial. Ia adalah sesuatu perkara baik yang dapat
diterapkan kepada masyarakat supaya mereka dapat menjalani
kehidupan ini dengan lebih baik.
Badan yang sihat serta minda yang cergas memberi
kebahagiaan dan kegembiraan kerana ia dapat melahirkan
perasaan dan fikiran yang positif.
6. KESIMPULAN
Pembangunan sosial seringkali terjadi dikalangan kita dan ia
tertakluk sama ada kita ingin menjaganya ataupun tidak. Akan
tetapi, tidak seseorang pun akan tidak termasuk dalam
pembangunan sosial kerana semua orang akan cuba bersosial
tidak kira bagaimanapun caranya. Tidak ada seseorang pun
manusia ingin bersendirian kerana keinginan untuk berteman itu
adalah fitrah manusia.
Menjaga hubungan persaudaraan itu penting tetapi menjaga
pemakanan dan kesihatan juga penting. Kita juga dapat
bersosial dengan menjaga pemakanan dan kesihatan kerana
dengan menjaganya kita dapat memberi contoh kepada
masyarakat yang ingin menjaga pemakanan dan kesihatan
mereka.