Amalan gaya hidup sihat penting untuk kesihatan manusia dan produktiviti negara. Ia melibatkan aktiviti senaman tiga kali seminggu, pemakanan seimbang yang kaya serat dan rendah lemak, serta pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit awal. Kementerian Kesihatan perlu mengambil langkah proaktif untuk memupuk budaya gaya hidup sihat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Amalan gaya hidup sihat
1. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu,
setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu
seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat
melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan
produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang
seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat
khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan
yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan
kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang,
dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui
peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat
dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan
sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk
melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang
proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,
sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi
kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti
jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.