2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
KESEJAHTERAAN ROHANI DAN FIZIKAL
1. DEFINISI RODA KESEJAHTERAAN
Roda Kesejahteraan Ballard memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan
yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Untuk mencapai dan
mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian
kepada setiap enam dimensi kesejahteraan. Pengabaian atau penekanan yang terlampau
pada mana-mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang
tidak seimbang. Keseimbangan Roda Kesejahteraan bagi semua orang adalah berbeza. Ia
bergantung kepada keperluan, pengalaman, personality dan keadaan seseorang itu. Roda
Kesejahteraan ini membolehkan seseorang itu untuk menentukan apa bidang kehidupan
diayang dapat menyimbangkan dan apa bidang kehidupan anda mungkin memerlukan
pembaikan.
Menurut kepada World Health Organization (WHO) pula, Roda Kesejahteraan
merupakan “Satu keadaan yang lengkap dengan kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial ,
bukan hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan” Ini menyakinkan kesejahteraan hidup
bukanlah hanya ditumpukan kepada pelengkapan fizikal, ia juga melibatkan dimensi
yang berlainan.
Menurut kepada prinsip Calcin, Morrisseau, asas kehidupan bukanlah hanya untuk
mencapai ke hujung jalan, tetapi adalah untuk menghayatiperjalanan sepanjang
hidup.Kehidupan merupakan satu laluan yang mana pengembara dijemput oleh Pencipta
untuk membesar dan berkembang dalam semua aspek kehidupan supaya seseorang itu
dapat mencari identity sebenarnya serta menyedari dan menghormati maruah dan
kebaikan dalaman beliau di sepanjang jalan, dengan demikian, setiap individu mampu
mencapai kesejahteraan keseluruhannya.Menurut kepercayaan Amerika Utara Orang
Asle, manusia merupakan sebahagian alam yang telah dicipta oleh Roh Maha Terbesar,
setiap insan merupakan pendatang di bulatan hidup besar. Tujuannya manusia dicipta
adalah untuke mencapai kesejahteraan, keamanan dan kebahagian. Ini dapat dicapaikan
dengan berusaha kearah keseimbangan dan keharmonian roda kesejahteraan.
2. DEFINISI ENAM DIMENSI
a. Intellectual
Dimensi intelek menekankan kepada pembelajaran seumur hidup dan kemampuan
seseorang itu untuk membuka dan mencabar minda mereka dengan konsep baru, isu-isu,
dan pengalaman.Ia melibatkan penglibatan dalam aktiviti yang kreatif, aktiviti yang
merangsangkan mental, pengembangan pengetahuan dan kemahiran baru dan
menggunakan bakat tersebut untuk membantu orang lain dan menyelesaikan masalah.
Dimensi ini juga melibatkan peningkatan kemahiran lisan, pengetahuan tentang
perkembangan isu-isu sosial dan politik.
Seseorang itu haruslah meneroka dan membangunkan inteleknya.Seseorang itu haruslah
belajar atas kerelaannya, bukannya dipaksa atau disuruh.Selain itu, mereka haruslah
mengenalpastikan cara belajar yang sesuai dengan dia serta mendedahkan diri kepada
pengalaman baru.Sebagai contoh, seseorangnya boleh mempelajari atau mendapat
pengalaman baru dengan mengambil bahagian dalam pameran seni atau teater, membaca
atau menulis serta meneroka ke tempat-tempat yang berlainan.
b. Physical
Dimensi fizikal merujukkan kepada kesihatan fizikal.Seseorang itu dikatakan telah
mencapai kesejahteraan fizikal jika dia dapat mengekalkan tabiat makan yang sihat,
senaman dan kecergasan badan serta kebersihan diri dalam rutin harian mereka.
Untuk mencapai kesejahteraan fizikal, seseorang itu haruslah bersenam secara tetap iaitu
sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam setiap minggu dan melakukan senaman aerobic
seperti berjoging, senaman aerobic atau berenang. Selain itu, seseorang itu haruslah
mengekalkan diet yang seimbang dan mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak.Seseorang itu haruslah
mengamalkan tabiat yang sihat seperti menghindarkan dirinya daripada penggunaan
rokok, dadah dan pengambilan alcohol yang berlebihan juga.Akhir sekali, seseorang itu
haruslah melakukan pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa supaya boleh
3. mendapatkan rawatan dengan lebih awal jika seseorang itu menghidapi sebarang
penyakit.
c. Emotional
Kesejahteraan emosi menekankan kepada keupayaan untuk memahami, berkongsi, dan
menguruskan perasaan serta emosiseseorang itu.Ia juga dipengaruhi oleh sejauh mana
seseorang itu adalah positif dan bersemangat tentang kehidupan seseorang itu
sertakemampuan seseorang itu menghadapi cabaran hidup. Pembangunan dalam dimensi
ini termasuklah pengiktirafan perasaan dan keupayaan untuk mengawal perasaan dan
mengekalkan hubungan yang memuaskan dan keupayaan untuk menghadapi tekanan dan
cabaran hidup.
Untuk mencapai kesejahteraan emosi, seseorang itu haruslah bersikap prihatin dan
sensitif terhadap perasaan sendiri dan perasaan orang lain. Selain itu, seseorang itu
haruslah belajar bagaimana untuk menguruskan tekanan seperti mengambil bahagian
dalam program-program pengurusan tekanan, berekreasi dengan membaca atau bersenam
atau dengan berkomunikasi dengan kawan karib.Seseorang itu juga haruslah mengambil
tanggungjawab atas tindakan dan keputusan sendiri serta belajar berdikari tanpa
bergantung kepada orang lain. Namun, seseorang itu perlulah mencari bantuan dan
sokongan daripada orang lain jika diperlukan untuk meringankan beban dan tekanan
mereka.
d. Spiritual
Dimensi “spiritual” atau rohani menekankan kepada kepentingan untuk mencari tujuan
dalam hidup. Dimensi rohani lebih melibatkan kesefahaman kepercayaan dan nilai-nilai
seseorang itu, serta berkelakuan dengan cara yang konsisten dengan agama tersebut.
Dimensi rohani boleh dicapai dengan berfikiran secara terbuka kepada budaya dan agama
serta menghormati agama yang lain. Seseorang itu jugar haruslah menerapkan nilai murni
yang telah dipelajari melalui agama atau kepercayaan ke dalam rutin harian mereka.
Nilai-nilai murni yang haruslah diterapkan ke dalam rutin harian adalah seperti bersikap
simpati terhadap orang-orang yang memerlukan bantuan, menghormati orang-orang tua
4. dan orang lain serta beramanah. Di samping itu, seseorang yang ingin mencapai
kesejahteraan rohani juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti amal seperti
membantu anak-anak yatim atau orang tua.
e. Social
Dimensi sosial memberi tumpuan kepada keupayaan kita untuk berinteraksi dan
mengaitkan hubungan dengan orang lain. Ia dipengaruhi oleh sejauh mana kita boleh
mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang positif dengan orang di sekeliling kita dan
menyumbang ke kampus, masyarakat, dan alam sekitar.
Untuk mencapaikan kesejahteraan sosial, seseorang itu boleh mencuba berinteraksi
dengan orang-orang yang berbeza dari segi umur, latar belakang dan gaya hidup.Dengan
demikian, seseorang itu bolehlah mendapat pendapatan, pemikiran dan konsep kehidupan
yang berlainan. Mereka juga bolehlah mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti
kumpulan seperti acara olahraga, persatuan beruniform atau gotong-royong di kawasan
kejiranan mereka.Di samping itu, mereka juga bolehlah meluangkan masa melakukan
aktiviti yang berlainan bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
f. Environmental
Kesejahteraan alam sekitar menekankan percubaan untuk hidup dalam harmoni dengan
Bumi dengan memahami kesan interaksi seseorang itu dengan alam semula jadi dan
persekitaranperibadinya. Dengan demikian, seseorang itu bolehlah mengambil tindakan
untuk melindungi dunia di sekelilingnya dan meminimumkan kesan negative tingkah
laku seseorang itu terhadap alam sekitar. Di samping itu, seseorang itu juga bolehlah
melindungi diri daripada bahaya alam sekitar serta mengelakkan ancaman dan
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara, bunyi, air, tanah, penipisan lapisan
ozon dan lain-lain.
Untuk mencapai kesejahteraan alam sekitar, seseorang itu juga haruslah mengetuai gaya
hidup yang menghormati alam sekitar dan mengurangkan segala kemudaratan yang
dilakukan untuk mengancamkan kesihatan alam sekitar. Ini termasuklah mengurangkan
pembuangan sisa-sisa toksik, penebangan pokok dan pencemaran udara.
5. AKIBAT KETIDAKSEIMBANGAN DIMENSI-DIMENSI
Bayangkan roda kesejahteraan merupakan tayar yang terdiri daripada enam bahagian
yang berlainan, setiap bahagian melambangkan enam dimensi roda kesejahteraan. Jika
salah satu bahagian atau lebih daripada satu bahagiannya melambung atau kempis, roda
akan menjadi tidak seimbang dan jalan hidup akan menjadi beralun. Oleh itu, kita
haruslah mengimbangkan atau menyempurnakan hidup kita demi melalui kehidupan kita
dengan lebih lancar. Kekurangan dimensi yang berlainan akan memberikan kesan yang
berlainan kepada kita. Namun demikian, ia adalah relevan antara satu sama lain.
a. Intellectual
Jika keseimbangan intelek tidak dicapaikan, seseorang itu tidak akan berkembang atau
meningkatkan kebolehan mentalnya. Apabila menghadapi masalah, seseorang itu tidak
akan mampu menyelesaikannya tanpa ilmu pengetahuan atau pengalaman yang sesuai
dan mendalamkan. Dia akan menjadi kurang keyakinan dan berasa rendah diri sentiasa
masa. Seseorang itu juga boleh berasa takut untuk menghadapi cabaran baru dalam
hidupnya. Dia tidak akan berubah dan tidak dapat menerima perubahan pada masa depan.
Selain itu, dia juga akan disingkirkan daripada masyarakat atau pekerjaaannya kerana
kekurangan kemahiran yang diperlukan serta penerimaan informasi dan teknologi yang
baharu. Kekurangan keseimbangan intelek juga menjadikan seseorang itu berfikiran
sempit dan bertindak tanpa bertimbang atau berfikir dahulu.
b. Physical
Jika keseimbangan fizikal tidak dicapaikan, seseorang itu akan menjadi sakit atau letih
sentiasa masa. Tanpa bersenam, seseorang itu akan menghidapi pelbagai penyakit seperti
obesiti, sakit tulang belakang dan penyakit jantung.
Selain itu, dengan cara pemakanan yang tidak seimbang seperti mengambil makanan
yang berminyak, manis atau makanan yang mengandungi garam yang tinggi, seseorang
6. itu akan menghadapi penyakit darah tinggi, diabetes atau kegagalan buah pinggang. Ini
secara tidak langsung akan menyebabkan kematian jika tidak dirawati dengan serta merta
dan dengan prihatin.
Di samping itu, jika kebersihan diri tidak dijagakan, seseorang itu akan menghidapi
penyakit juga dan juga memberikan penampilan yang tidak baik kepada orang lain.
Misalnya, orang yang selalunya berkusut-masai tidak akan disukai atau mendapat
kepercayaan oleh orang lain.
Penekanan yang terlampau kepada dimensi fizikal seperti bersenam dengan terlampau
atau masa yang berlebihan juga akan memberikan kesan yang negatif. Otot-otot
seseorang itu mungkin akan tercedera atau terkoyak kerana bersenam keterlaluan.
c. Emotional
Jika keseimbangan emosional tidak dicapaikan, seseorang itu akan sentiasa berasa
tertekan dan berasa tidak ada harapan dalam kehidupan. Dia akan mengalami penyakit
mental seperti tekanan, kemurungan, agresif atau berfikiran negatif. Ini akan
menyebabkan seseorang itu tidak dapat menjalankan kehidupan yang normal dan bahagia
serta meningkatkan peluang membunuhkan diri.
Orang sekelilingnya juga akan terjejas dan menjadi tidak selesa semasa berada di
sekelilingnya. Oleh sebab itu, seseorang yang tidak dapat mencapaikan keseimbangan
emosional juga akan berasa kesepian dan tidak mempunyai kawan karib yang banyak.
d. Spiritual
Tanpa kesejahteraan “spiritual” atau rohani, seseorang itu tidak akan mempunyai minda
yang sihat kerana dia tidak mampu bersefahaman dengan orang lain serta menerapkan
nilai-nilai murni melalui agama dan kepercayaan. Dengan demikian, seseorang itu
mungkin akan melakukan sesuatu yang membahayakan sendiri serta orang lain.
Seperti yang dikatakan oleh Charles Bukowski, "Orang yang tidak bermoral sering
menganggap diri mereka lebih bebas, tetapi kebanyakannya mereka tidak mempunyai
keupayaan untuk merasa atau kasih sayang."Seseorang yang tidak mempunyai
7. kesejahteraan rohani mempunyai sikap pentingkan diri, tidak mempunyai perasaan
simpati, kasih saying ataupun sikap prihatin.
Dia akan bertindak atas keinginan dan nafsu sendiri tanpa bertimbang rasa orang
lain.Orang yang demikian tercenderung untuk merosakkan barang awam, membuli orang
lain, mencuri ataupun melakukan jenayah yang serius seperti merogol atau membunuh.
e. Social
Seseorang yang tidak mempunyai keseimbangan sosial akan berasa sepi dan
keseorangan. Dia hanya mempunyai beberapa kawan sahaja dan tidak mempunyai
sesiapa untuk berbincang semasa berasa sedih atau menghadapi masalah.Selain itu, tanpa
keseimbangan sosial, kemahiran seseorang berinteraksi dengan orang lain akan kian
hilang. Dia akan berasa takut untuk menemui orang baru atau berkawan dengan mereka.
Seseorang itu juga tidak akan dapat mempelajari atau mendapatkan pengalaman yang
baru, fikiran mereka juga akan menjadi sempit dan mereka tidak dapat menerima
perubahan pada masa depan.
Namun demikian, jika seseorang yang terlalu mementingkan dimensi sosial, dia akan
mengabaikan perkara-perkara yang lain dalam hidupnya. Sebagai contoh, seseorang yang
selalunya berinteraksi dengan orang lain ataupun menghabiskan masanya bersama
kawannya akan mengabaikan pekerjaannya ataupun berasa tidak mempunyai masa yang
cukup untuk menyelesaikan perkara lain. Dia juga akan menghabiskan wang dan masa
untuk melayan kawan-kawannya. Ini akan menyebabkan krisis kewangan ataupun
terjebak ke dalam perhutangan kredit kad.
8. f. Environmental
Tanpa kesejahteraan alam sekitar, seseorang itu akan menjadi sakit dengan mudah.
Seperti contoh, jika seseorang itu tidak membersihkan takungan air di sekeliling
rumahnya, nyamuk akan membiak di dalam dan ini akan menyebabkan penyakit nyamuk
aedes.
Selain itu, pembalakan dan penerokaan hutan yang tidak dikawal akan menyebabkan
pemusnahan habitat flora dan fauna. Sumber-sumber dan bahan mentah yang berharga
akan dimusnahkan dan khazanah hutan-hutan tidak dapat dinikmati oleh generasi yang
akan datang.
Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar akan menjadi pupus pada masa yang akan
datang dan ini menyebabkan generasi yang akan datang hanya dapat melihat kehidupan
liar tersebut melalui buku ataupun museum sahaja.
Selain itu, penerokaan bahan mentah bumi yang berlebihan juga mendatangkan bencana
yang tidak disangkai.Sebagai contoh, pembalakan menyebabkan banjir kilat dan juga
kesan rumah hijau. Secara tidak langsung, suhu bumi akan meningkat dengan mendadak
dan menyebabkan ais di kutub utara dan selatan mencair. Ini akan menyebabkan
peningkatan paras air laut dan menyebabkan tsunami atau banjir di kawasan rendah.
9. PENGAMALAN GAYA HIDUP RODA KESEJAHTERAAN
DIMENSI GAYA HIDUP
Intellectual • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
• Menggunakan kreativiti
• Mengambil bahagian dalam aktiviti atau bengkel penyelesaian
masalah.
• Memerhati sekeliling mereka.
• Menggalakkan motivasi diri
• Mendengar, berkomunikasi dengan, dan belajar daripada orang lain
• Mengambil bahagian dalam pelbagai pengalaman
Physical • Mengekalkan gaya hidup aktif.
• Makan diet yang seimbang.
• Mendapatkan tidurdan rehat yang cukup.
• Memilih gaya hidup sihat.
• Mengawal berat badan.
• Selalu bersenam
• Menghindarikan rokok, dadah dan arak
• Pembelajaran menguruskan tekanan dengan berkesan
• Mengamalkan tabiat kebersihan yang sihat
Emotional • Mengekalkan sikap dan pemikiran yang positif.
• Sensitif kepada perasaan sendiri dan orang lain.
• Mampu untuk menghadapi tekanan.
• Tawaran dengan isu-isu peribadi dan kewangan secara realistik.
• Memperlihatkan cabaran sebagai peluang dan bukannya satu halangan.
• Menyatakan emosi dengan cara yang sihat.
• Mengekalkan hubungan yang memuaskan dengan orang lain.
10. • Meminta bantuan dalam mengendalikan emosi negatif
• Mengamalkankemahiran pengurusan tekanan yang berkesan.
Spiritual • Dapat menentukan nilai dan tujuan dalam hidup.
• Berfikiran terbuka kepada budaya dan agama
• Memberi masa anda secara sukarela atau menyertai aktiviti khidmat
masyarakat
• Menghabiskan masa bersendirian dalam refleksi peribadi
• Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti rohani dan aktiviti-aktiviti
yang melindungi alam sekitar
• Mengambil bahagian dalam program-program seperti Jin Shin Jyutsu
dan yoga yang membolehkan anda untuk menyambung semula rohani.
• Mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan bertindak ke atas
penjagaan itu.
Social • Berinteraksi dan mempelajari dengan orang dari pelbagai lapisan umur
pelbagai, latar belakang, gaya hidup, agama dan kaum.
• Membangun persahabatan dan berasa selesa semasa bersama mereka.
• Mengakui keperluan untuk bergembira dalam kehidupan mereka.
• Mengaturkan masa untuk memasukkan keseimbangan antara
tanggungjawab dan aktiviti menyeronokkan.
• Menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
Environmental • Menyedari alam semula jadi anda
• Jadilah sebahagian daripada proses kesihatan alam sekitar.
• Menghargai dan menghormati alam sekitar.
• Sama ada di rumah atau tempat kerja, mempunyai ruang mengalu-
alukan untuk anda dan membolehkan orang lain berasa selesa
• Menyedari peluang yang akan membawa anda ke kemahiran baru
dan bertindak atas peluang-peluang
• Berusaha untuk memastikan kestabilan dan jangka hayat sumber
semula jadi kami
11. • Mengurangkan bunyi bising dan pencemaran.
REKA CIPTA RODA KESEJAHTERAAN SENDIRI
Dimensi yang akan saya mencadangkan untuk ditambahkan ke dalam Roda
Kesejahteraan ialah dimensi kerjaya dan dimensi kewangan.
Dimensi kerjaya
Dimensi kerjaya memberikan tumpuan kepada kepuasan peribadi seseorang melalui
pekerjaan.Dimensi kerjaya juga melibatkan kemampuan untuk mencapai keseimbangan
antara kerja dan kehidupan peribadi melalui pembangunan kemahiran dan pembelajaran
aktif.
Untuk mencapai kesejahteraan dimensi kerjaya, seseorang itu haruslah mencari pekerjaan
yang memuaskan dan memberi ganjaran di mana seseorang itu mampu menyumbangkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalamannya.
12. Seseorang itu boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan menggunakan sumber kampus
yang menawarkan bantuan dan sumber untuk memilih pekerjaan yang berkaitan dengan
kebolehan, minat, dan nilai-nilai Di samping itu, seseorang itu boleh menghadiri program
kepimpinan dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis latihan atau bengkel untuk
mendapat pengalaman yang akan membantu anda untuk membangunkan kemahiran yang
diperlukan oleh majikan. Tambahan pula, mengambil bahagian dalam bengkel akan
membantu anda untuk membangunkan kemahiran pencarian kerja serta membolehkan
seseorang itu mendapat peluang pekerjaan yang berpotensi.
Dimensi kewangan
Dimensi kewangan menumpukan kepada kepentingan mengekalkan diri kita dari segi
kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.Melalui pencapaian dimensi
kewangan, seseorang itu bolehlah mengelakkan krisis kewangan semasa kecemasan atau
semasa dia tidak berupaya untuk bekerja lagi. Selain itu, melalui pengurusan kewangan,
dia boleh mengelakkan hutang-hutang dan boleh menggunakan wangnya untuk
melakukan aktiviti atau membeli barang yang disukainya
Untuk mencapai kesejahteraan kewangan, seseorang tu haruslah belajar bagaimana untuk
menguruskan wangnya dan mewujudkan bajet peribadi untuk kegunaan masa depan. Di
samping itu, seseorang itu haruslah mengelakkan kehidupan di luar kemampuan
kewangannya dan belajar biarkan wang menjadi daya penggerak dalam hidupnya. Dia
juga haruslah mengelakkan hutang kad kredit dengan cuba untuk membayar keseluruhan
baki setiap bulan untuk mengelakkan faedah.
Selain itu, seseorang itu haruslah merancangkan kehidupannya selepas bersara. Dia
haruslah merancangkan wang yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti hidupnya
selepas bersara dan wang yang diperlukan untuk menyokongkan kos pembelajaran dan
perubatan keluarganya. Akhirnya, seseorang itu haruslah berfikir jangka panjang dengan
menyediakan akaun simpanan untuk masa depan.
13. RUJUKAN
Canda, E.R. & Furman, L.D. (1999(. Spiritual Diversity in Social Work Practice: The
Heart of Helping. N.Y.: The Free Press.
Charles Bukowski, Women, Retrieved February 10, 2014from Good
Reads :http://www.goodreads.com/quotes/21505-people-with-no-morals-often-considered-
themselves-more-free-but
Duran, E. & Duran, B. (1995).Native American Postcolonial Psychology. Albany: State
University of New York Press.
Loiselle, Margot, PhD, s.w. & Mc Kenzie Lauretta Msw University, (2006), The
Medicine Wheel, University of Waterloo, Renison Collehe, in Waterloo, Ontario.
Johns Hopkins, (2013), The Health Benefits of Spirituality: A Complex
Subject.Retreived 1 February, 2014 from Johns Hopkins Health
Alerts :http://www.johnshopkinshealthalerts.com/alerts/depression_anxiety/Health-Benefits-
of-Spirituality_6449-1.html
Wellness Wheel, Retreived, February 2, 2014 from Clarion
Edu :http://www.clarion.edu/114413/
WHO (World Health Organization) (2006). About WHO.