SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
PJK2102W 
PENGHARGAAN 
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 
Puan Azizah Bte Mohamad, Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut 
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah memberikan saya galakan 
dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya 
sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. 
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih rakan-rakan yang banyak 
membantu dalam penghasilan kerja kursus ini. Mereka tanpa jemu telah memberikan 
bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya menjalankan kerja kursus. 
Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini. 
Hanya Tuhan sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang membantu 
secara langsung dan tidak langsung untuk penghasilan kerja kursus Pendidikan 
Jasmani dan Kesihatan (Gaya Hidup Sihat) 
Berkejar-kejar ombak di laut, 
Menyentuh pantai berpasir bersih, 
Budi Puan disebut-sebut, 
Kerja selesai dan terima kasih. 
1
PJK2102W 
Tugasan 1: Komponen Gaya Hidup Sihat 
Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang 
mengamalkan tata cara kehidupan yang aktif dan cergas. Menurut penyelidik-penyelidik 
di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang 
menjadi punca penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan 
kencing manis. 
Dengan mengambil kira lima (5) komponen gaya hidup sihat, huraikan serta berikan 
hujah-hujah yang relevan kearah membentuk individu yang sihat dan cergas. 
Jawapan : 
Definisi dan konsep Gaya Hidup Sihat 
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. 
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan 
agama, bangsa dan negara. Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan merangkumi kemajuan 
diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebesan memperolehi pengetahuan, taraf 
kehidupan yang melebihi keperluan asas individu untuk mencapai tahap kesejahteraan 
sosial yang setanding dengan aspirasi negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 
1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial 
yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit yang boleh 
memudaratkan manusia. Definisi ini menegaskan status gaya hidup yang sihat 
ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental yang sihat. Aspek kesihatan adalah fokus 
utama. 
Selain itu gaya hidup sihat juga didefinisikan sebagai tingkah laku dan amalan 
seseorang yang agak konsisten dan lama tempoh masanya. Ia meliputi status ekonomi, 
amalan makanan, merokok, amalan bersenam serta jenis personaliti dan cara 
mengawal tekanan emosi. 
2
PJK2102W 
Gaya hidup ditakrifkan sebagai “satu proses atau amalan kesihatan kearah 
perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah 
penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stress dan 
yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan 
berisiko. 
Gaya hidup sihat juga mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan 
jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh 
badan, persekitaran dan alam sekitar. Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan 
ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Dari aspek sosial dan 
rohani pula bermaksud menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan serta patuh 
kepada ajaran agama. 
Matlamat utama gaya hidup sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat 
dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit jangka 
masa panjang dan corak gaya hidup sihat yang diamalkan. Selain itu, akan melahirkan 
sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup 
sama ada tua taua muda, kaya atau miskin. 
Gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia juga dikategorikan 
sebagai satu kehidupan yang seimbang. Dua komponen kecergasan fizikal ialah 
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Hipertensi, obesiti dan stres adalah punca 
gaya hidup tidak atau kurang sihat. 
Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Salah 
satu promosi yang berkesan ialah Kempen Cara Hidup Sihat. Pelbagai tip untuk 
menikmati gaya hidup sihat juga disyorkan bagi menjamin kualiti hidup. 
Secara amnya gaya hidup sihat terdiri daripada lima komponen utama iaitu 
makanan seimbang, kebersihan diri, rehat yang cukup, senaman dan penyalahgunaan. 
Apabila seseorang individu mengamalkan kelima-lima perkara ini dengan teliti, maka 
individu tersebut memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. 
3
PJK2102W 
Gaya hidup sihat terhadap kesihatan individu 
Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza untik berlaianan individu. Ia 
sering ditakrifkan sebagai ‘ketiadaan penyakit’ yang membawa erti bahawa jika 
seseorang itu tiada mengalami sebarang kecederaan, kecacatan atau penyakit. 
Takrifan ini, walaupun biasa digunakan ia tidak menggambarkan maksud kesihatan 
secara menyeluruh. 
Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukan oleh 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai ‘suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental 
dan sosial yang mencukupi dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan’. 
Kesihatan terhasil dari suatu keadaan keseimbangan di antara seseoarang individu 
dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan 
individu tersebut berfungsi dengan baik. Maka takrifan ini menjelaskan bahawa individu 
yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan peranan dalam 
keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang 
mengejutkan. 
Apabila salah satu keadaan keseimbangan di antara individu dan persekitaran 
fizikal, biologi dan sosialnya tergugat, maka individu tersebut di dalam keadaan tercabar 
dan kemungkinan akan ditimpa penyakit. 
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan individu, yang pertama 
ialah baka atau keturunan ( genetik). Apabila seseorang individu dilahirkan, mereka 
dibekalkan dengan satu set baka dari kedua-dua ibu dan bapanya. Baka menentukan 
pelbagai sifat fizikal dan mental individu dan juga menentukan sama ada individu 
teresebut berkemungkinan mengalami penyakit-penyaki tertentu di sepanjang 
hayatnya. Terdapat penyakit-penyakit yang terhasil secara nyata dalam kalangan anak 
hasil dari gabungan baka ibu dan bapa. Namun, terdapat juga penyakit-penyakit yang 
dilahirkan hasil dari interaksi baka yang diwarisi oleh seseorang dengan 
persekitarannya. 
Faktor yang kedua pula ialah persekitaran fizikal. Manusia hidup dilingkupi oleh 
4
PJK2102W 
persekitaran. Persekitaran fizikalnya termasuklah segala benda yang tidak bernyawa 
yang terdapat di sekelilingnya. Aspek fizikal sekitaran termasuklah haba, bunyi, cahaya, 
sinaran, gravity, tekanan atmosfera dan pelbagai agen kimia. Di kawasan maju dalam 
bidang teknikal did dunia, manusia mempunyai kuasa untuk mengawal sekitaran fizikal 
melalui penyediaan tempat tinggal yang dapat menahan perubahan cuaca yang 
melampau, penulenan air minuman, pemprosesan kumbahan, kelembapan dan kawala 
suhu bilik. Tetapi masalah baru persekitaran tetap timbul setelah yang lama 
diselesaikan. Pada masa sekarang, pertumbuhan penduduk yang pesat, pertambahan 
sisa industri dalam pelbagai bentuk dan pertambahan bilangan kenderaan bermotor 
menimbulkan pencemaran udara, air, bunyi dan lain-lain. 
Faktor ketiga pula ialah persekitaran biologi. Persekitaran biologi yang 
melingkupi manusia bermaksud segala benda yang bernyawa yang berinteraksi 
dengannya. 
Faktor keempat ialah persekitaran sosial. Persekitaran sosial seseorang individu 
boleh ditakrifkan dari segi organisasi ekonomi dan politik sesuatu masyarakat dan juga 
dari segi institusi dalam individu itu disepadukan ke dalam masyarakat pada pelbagai 
peringkat hidupnya. Secara umum, organisasi sosioekonomi dan politik mempengaruhi 
paras teknikal jagaan perubatan, system perkhidmatannya, penyelidikannya dan 
kecukupan serta paras perlaksanaan kod dan undang-undang kawalan bahaya 
persekitaran yang berkaitan dengan kesihatan. Persekitaran sosial seseorang individu 
termasuk juga pekerjaan, status sosioekonomi, budaya, adat resam, kepercayaan 
agama, nilai, jaringan sosial yang melingkupinya. 
Faktor yang terakhir ialah tingkahlaku dan gaya hidup. Banyak masalah 
kesihatan dan penyakit moden adalah akibat dari tingkahlaku manusia sendiri dan 
dikenali sebagai penyakit-penyakit cara gaya hidup. Ini termasuklah segala masalah 
kesihatan yang berkaitan dengan penagihan rokok seperti barah paru-paru, penyakit 
kronik penyekatan paru-paru dan sebahagian daripada kes-kes penyakit jantung 
koronori. Selain itu, masalah-masalah ini juga termasuklah penyalahgunaan dadah dan 
alcohol, kecederaan dan kematian yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya, 
5
PJK2102W 
keganasan rumahtangga, barah system reproduktif, karies gigi dan kegemukan. 
Kajian demi kajian menunujukkan bahawa adalah sukar mengugah tingkahlaku 
kerana faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kurang difahami. Oleh itu, 
penekanan pada masakini ditumpukan terhadap tingkahlaku yang berkaitan dengan 
kesihatan iaitu menggalakkan individu dan populasi mengamalkan tingkahlaku yang 
sihat seperti mengamalkan senaman dan pengambilan diet yang sihat. Pendekatan 
sebegini mungkin memberikan hasil yang lebih baik daripada mencegah tingkahlaku 
yang tidak sihat. 
Gaya hidup merujuk kepada tabiat dan tingkahlaku yang biasa diamalkan oleh 
sesorang individu. Pelbagai kajian telah dapat menunjukkan bahawa gaya hidup 
manusia mempunyai pengaruh terhadap kesihatan. Tabiat-tabiat yang memudaratkan 
kesihatan mempunyai pengaruh yang jelas terhadap risiko penyakit, kecederaan dan 
kematian yang tidak dijangka. Tabiat-tabiat ini termasuk merokok, kehidupan tanpa 
senaman, menggunakan dadah dan alkohol, diet yang tidak seimbang sama ada 
berlebihan atau kurang daripada yang diperlukan, tidak menggunakan topi keledar 
semasa menunggang motosikal, tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa 
memandu kereta, tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mementingkan 
kesihatan. 
Gaya hidup sihat pula bermaksud mengamalkan tabiat-tabiat yang meningkatkan 
kesihatan dan meninggalkan tabiat-tabiat yang memudaratkan kesihatan. Contohnya, 
pengambilan diet makanan yang seimbang dan sederhana mempertimbangkan 
kesihatan dan boleh mengawal berat badan. Senaman yang diamalkan sebagai amalan 
harian mempertimbangkan kesihatan jantung dan paru-paru serta merehatkan diri 
individu. Menghindari diri dari merokok mencegah dari penyakit barah paru-paru, 
serangan jantung, serta penyakit-penyakit yang sering menjangkiti paru-paru. 
Mengawal dan mengurus tekanan membantu mengatasi masalah-masalah fizikal dan 
mental tang sering dikaitkan dengan tekanan hidup. 
Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia adalah kunci kepada 
6
PJK2102W 
kesihatan individu. Melalui gaya hidup sihat individu akan merasa sihat. Mereka akan 
merasa bertenaga, tidur nyenyak dan rileks. Selain itu akan kelihatan sihat. Mereka 
akan mempunyai bentuk tubuh yang sesuai, otot yang kuat dan cergas, kulit dan 
rambut yang sihat. Terakhir pula individu terasa gembira. Mereka akan mempunyai 
sikap yang positif terhadap hidup. 
Kepentingan makanan seimbang 
Makanan merupakan suatu keperluan hidup dan sekiranya diambil dengan kaedah yang 
betul berupaya menjadikan badan kita sihat dan cergas serta mempunyai postur yang menarik. 
Pemakanan sihat juga boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, 
penyakit jantung koronori dan kanser. Amalan pemakanan sihat boleh dilakukan dengan memilih 
dan menikmati pelbagai jenis makanan mengikut kadar keperluan zat makanan. Pengambilan 
makanan berpandukan piramid makanan penting bagi mendapatkan keperluan nutrien yang 
bersesuaian dengan usia. 
Pelbagai jenis makanan perlu dimakan walaupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja 
daripada setiap jenisnya supaya tubuh kita memperoleh kesemua zat makanan yang diperlukan. 
Makanan daripada kumpulan karbohidrat perlu dimakan dengan banyak kerana makanan tersebut 
membekalkan tenaga kepada tubuh. Bijirin ialah jenis karbohidrat yang baik untuk sarapan 
kerana makanan tersebut mengandungi serat dan vitamin. Makanan daripada kumpulan protein 
perlu diambil dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan pertumbuhan yang banyak 
bagi memenuhi keperluan pertumbuhan yang pesat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 
Makanan daripada kumpulan vitamin dan mineral perlu diambil dalam kuantiti yang 
banyak bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Pengambilan makanan daripada kumpulan 
lemak perlu dikurangkan kerana boleh mendatangkan kes negatif terhadap kesihatan. 
Pengambilan makanan tersebut disarankan agar tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah 
keseluruhan pengambilan kalori harian. Makanan yang banyak mengandungi serat biasanya kaya 
dengan vitamin dan zat galian serta mengandungi lemak yang rendah. 
Semua orang mengetahui akan kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih 
mudah diperkatakan daripada diamalkan terutama dalam kalangan warga kota yang sibuk. Kini, 
7
PJK2102W 
mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja namun ia 
turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung. Peningkatan kadar kegemukan dan 
obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan makanan terabai. Namun, 
perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada masalah berat tidak mengalami 
perkara ini. Bagi kebanyakan orang, asal dalam sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, 
buah-buahan, sumber protein, kalsium dan karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai individu 
lupa akan soal sukatan sayur dan buah iai sehari sekurang-kurangnya lima hidangan untuk 
mendapat semua khasiat yang diperlukan. 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan kesihatan, 
seseorang individu perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah setiap hari 
dengan mengurangkan jumlah lemak serta mengamalkan senaman secara tetap dan teratur. 
Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu dipelbagaikan. Lebih berwarna-warni seperti 
lampu isyarat, lebih baik kerana khasiat yang tiada pada sayuran hijau akan disumbangkan dari 
sayur berwarna merah atau kuning. Kesukaran mengamalkan pemakanan seimbang dialami 
kebanyakan orang termasuk pakar pemakanan dan pakar perubatan sendiri. Tanpa disedari gaya 
pemakanan yang kita amalkan kini secara perlahan-lahan akan membawa kita kepada masalah 
kekurangan zat. 
Kebaikan 
mengamalkan pemakanan 
seimbang ialah dapat 
mencegah penyakit 
berbahaya. Pengambilan 
makanan berkhasiat, berzat 
dan seimbang disarankan 
untuk memastikan anda sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Hal ini 
kerana, pengambilan pemakanan yang seimbang dalam diet seharian dapat membantu 
risiko beberapa penyakit termasuk kanser, serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, 
lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, 
8
PJK2102W 
ianya dapat membantu mengelakkan diri anda daripada didekati penyakit berbahaya. (Berita 
Minggu, 23 Mei 2004). 
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan yang disarankan oleh Jabatan 
Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28 peratus hingga 14 peratus pengurangan risiko 
terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti. Hal ini menunjukkan 
gaya pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Selain itu juga, 
pengambilan makanan yang seimbang dapat mengurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak 
tepu akan merendahkan lebihan kolesterol. Lemak tepu berkecenderungan untuk meningkatkan aras 
kolesterol darah, maka wajar sekali ianya dihindari sama sekali daripada pemakanan anda. Kebanyakkan 
orang Eropah dan Amerika memakan makanan yang diketahui tinggi kandungan lemak tepu 
kolesterolnya. Oleh sebab itulah, mereka yang mengambil makanan yang lebih berisiko tinggi untuk 
mendapat penyakit serangan jantung berbanding dengan mereka yang mengambil makanan yang 
rendah lemak dan kolesterol. (Jamaludin Mohamad:2003). 
Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam, 
mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. 
Gizi yang tidak seimbang juga menyebabkan kekurangan nutrient tertentu dalam malnutrisi 
makanan. 
Malnutrisi berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin, mineral, protein, 
karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakanan seseorang individu. Selain pengambilan makanan yang 
tidak seimbang, masalah penghadaman dan penyerapan makanan di dalam tubuh. Kesan akibat 
malnutrisi ialah tidak bermaya, mudah pitam, sembab dan kelihatan pucat. Keadaan ini akan 
menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap 
pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Malnutrisi juga boleh merencatkan proses 
tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian. Tindakan sebilangan 
pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh membawa kepada masalah 
malnutrisi. 
Pada umumnya , terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara, 
iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan), kemiskinan, 
9
PJK2102W 
tahap pendidikan yang rendah da kekurangan sumber makanan. Di Malaysia masalah nutrisi yang 
berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang. 
Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Penyakit 
Kwasyiorkor disebabkan oleh kekurangan protein, gejalanya ialah seperti perut buncit, pertumbuhan 
badab dan otak terencat, kehilangan selera makan serta badan menjadi lemah. Manalaka Skurvi pula 
disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Kesannya ialah lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas, gusi 
membengkak dan mudah berdarah dan seterusnya menyebabkan serangan sakit jantung. Selain itu, 
boleh meyebabkan tekanan darah tinggi dan strok kerana pengambilan garam yang berlebihan juga 
meyebabkan ginjal gagal berfungsi. 
Isu kegendutan atau obesiti sejak dari dulu lagi menjadi topik perbualan. Namun, 
jika dulu, masalah kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini 
masalah sama dihadapi kanak-kanak dan ia bukanlah dianggap berita baik. 
Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri. Obesiti 
juga akan berlaku jika makan terlalu banyak. Berat badan ideal adalah 20 peratus melebihi dengan 
ketinggian. 
Dalam menangani isu obesiti, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan 
jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. 
Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk 
mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak. Obesiti meningkatkan risiko 
penyakit yang serius seperti penyakit jantung koronori, hipertensi, diabetes, strok dan penurunan fungsi 
organ. Obesiti juga mengehadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal. Pergerakan kita menjadi kurang 
tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung berat badan. Kita juga menghadapi peningkatan risiko 
kecederaan di bahagian sendi lutut sekiranya tubuh tidak bersedia dengan penambahan berat badan 
berlebihan. 
Masalah obesiti ini boleh diatasikan dengan mengamalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid 
aktiviti untuk meningkatkan penggunaan kalori. Juga patut amalkan pemakanan seimbang mengikut 
pyramid makanan. Kurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut keperluan kalori. Hadkan saiz 
hidangan yang dimakan. Disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis 
makanan yang diambil. Selain itu, amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. 
10
PJK2102W 
Makanan seimbang juga dapat elakkan Anemia. Anemia atau masalah kurang darah bukan 
perkara asing dalam masyarakat kita. Secara mudah, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. 
Darah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet dan plasma. Sel 
darah merah pula meliputi hemoglobin iaitu protein yang kaya zat besi dan berwarnamerah. Tugasnya 
ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk 
dibebaskan ke udara. Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan 
bahan asing ke dalam badan. Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka. Anemia 
bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami 
masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. 
Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami 
masalah kurang darah. Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan 
sumber protein. Ia penting kerana pemakanan seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. 
Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya 
pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperolehi dari sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging 
merah dan organ seperti dalaman seperti hati.. daging merah dan organ dalaman juga tidak boleh 
diambil berlebihan, terutamanya bagi individu uang mempunyai masalah jantung dan paras kolesterol 
tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati. . 
(Diperoleh dari Word Wide Web :http://pmr.penerangan.gov.my) 
Selain anemia, pesakit diabetes (kencing manis) juga harus merancang pengambilan makanan 
demi menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Penyakit diabetes atau kencing manis 
sehingga kini belum dapat disembuhkan, tetapi dapat dikendalikan. Cara yang lain harus ditempuh 
adalah dengan mengatur menu seimbang. Gaya hidup tidak sihat serta pola makan yang tidak seimbang 
akan menimbulkan pelbagai penyakit. Selain obesity atau masal kegemukan, berbagai penyakit juga 
timbul salah satunya adalah penyakit Diabetes Mellitus iaitu sindrom yang ditandai dengan adanya 
hiperglikemi kronis atau peningkatan kadar gula dalam darah secra terus menerus. 
Selain itu, dengan adanya Diabetes Mellitus akan menyebabkan gangguan pada metabolism 
karbohidrat., lemak dan protein yang berkaitan dengan kekurangan jumlah atau kerja insulin secara 
relatif. Pada keadaan biasa, kadar gula dalam darah adalah 110mg/dl (gula darah puasa) dan 140mg/dl 
11
PJK2102W 
(gula darh sewaktu). Namun, pesakit diabetes pula kadar gula darah puasanya lebih dari 126mg/dl dan 
gula darah sewaktu lebih dari 200mg/dl. Umumnya terjadinya diabetes disebabkan oleh gaya hidup yang 
tidak sihat. Hal ini diakibatkan tubuh terlalu banyak dibebabni karbohidrat, sehinggalah harus 
mengeluarkan insulin lebih tinggi supaya dapat mengambilnya. Akibatnya, kandungan gula dalam darah 
akan tinggi. Namun tidak dapat disembuhkan. 
Pesakit diabetes tidak perlu bersedih kerana sebenarnya mereka sama seperti orang sihat. 
Namun begitu, dengan mengikuti pola pemakanan seimbang, mereka juga sama seperti orang sihat. 
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah keteraturan waktu, keperluan kalori yang diberikan badan 
mereka. Komposisi makanan yang diperlukan oleh pesakit diabetes ialah10 hingga 15 peratus protein, 
20 hingga 25 peratus lemak dan 60 hingga 70 peratus karbohidrat. Hindari karbohidrat sederhana 
seperti makanan manis. Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi. Pesakit diabetes perlu 
menghindari pengambilan dengan banyak gula. Menurut American Diabetes Association, gula 
mengandung kalori dan zat-zat yang tidak bermanfaat, sehingga menyebabkan kegemukan dan karies 
gigi. Penggunaan gula yang diperlukan oleh pesakit diabetes ialah lima peratus dari keseluruhan kalori. 
Pesakit diabetes, satu senduk gula dapat menggantikan sebuah pisang. Serat juga hendaklah 
dimasukkan dalam kandungan menu harian agar ianya seimbang. Serat berguna untuk mengendalikan 
nafsu makan kerana ia akan membeuat perut terisi sehingga terasa kenyang. Serat dan berkhasiat untuk 
pesakit diabetes kerana ia jenis serat larut seperti oat bran, epal, jeruk serta kekacang dapat 
menurunkan glukosa darah. Pesakit Diabetes Mellitus juga disarankan mengurangkan pengambilan 
lemak, minyak dan santan. Ini kerana, mereka berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung. 
( Diperoleh dari Word Wide Web: http://www.gizi.net) 
Individu harus ikuti langkah-langkah yang disyorkan makanan mengikut piramid bagi 
mengamalkan gaya hidup sihat. Individu harus makan pelbagai makanan. Makan sekurang-kurangnya 
lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta tiga hingga enam hidangan roti berserat tinggi, 
bijirin dan kacang setiap hari. Kita harus kurangkan makanan yang diproses. Makanlah buah-buahan dan 
sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih. Dapatkan serat 
dari makanan dan tidak dari bentuk pil. Banyakkan minum air suam/ kosong iaitu lebih kurang enam 
hingga lapan gelas sehari. 
12
PJK2102W 
Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, kita harus mewujudkan suasana yang sihat dalam 
keluarga. Beberapa langkah harus diamalkan. Kita haruslah mengamalkan pemakanan sihat 
seperti buahan, sayuran dan bijirin untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu 
tertentu. Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan. Elakkan 
makan dengan tergesa-gesa kerana masalah pencernaan. Elakkan daripada 
melakukan aktiviti lain semasa makan seperti menonton televisyen. Elakkan makanan 
yang tinggi kalori, lemak dan gula. Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan 
berkhasiat seperti buahan, sayuran dan dadih. Elakkan menghidang makanan yang 
terlalu banyak. Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar. Hadkan 
pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu. 
Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan 
mengurangkan makanan sebagai suatu denda. 
Individu harus mengikuti panduan pemakanan yang selamat supaya dapat 
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan makanan dikendalikan dengan bersih 
dan selamat. Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri. Pastikan 
terdapat tanda halal yang diperakui oleh pihak berkuasa bagi penagnut agama Islam. 
Elakkan mengambil makan yang digoreng dengan minyak masak yang telag digunakan 
berulang kali. Elakkan pengambilan makanan yang terlalu masak. Elakkan pengambilan 
13
PJK2102W 
makanan yang mengandungi pewarna tiruan. Elakkan daripada makan makanan yang 
tamat tempohnya. 
Kebersihan Diri 
Kebersihan diri penting untuk setiap individu bagi mengamalkan gaya hidup yang 
sihat. Kebersihan penting kerana bagi mengelakkan dari terkena jangkitan penyakit. 
Selain itu kebersihan juga penting untuk menjamin keselesaan kepada diri sendiri. 
Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. 
Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan 
telinga. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri 
seseorang. Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial 
seseorang. Penjagaan kulit sangat penting. Individu perlu mengetahui cara-cara mandi 
dengan sabun dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyakit kulit dan badan 
berbau. 
Setiap individu harus mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka 
menjadi sihat dan selesa. Juga perlu menggosok badan dengan kain lembut supaya 
segala daki dan kuman dapat ditanggalkan. Bahagian celah-celah jari kaki perlu diberi 
perhatian supaya bersih. Individu yang sihat dan aktif akan sentiasa berpeluh tetapi 
kadang-kadang badan akan berbau akibat berpeluh, terutama di bahagian ketiak, maka 
pastikan dibersihkan dengan mandi bersabun dan keringkan dengan betul. Ini dapat 
mengelakkan penyakit dan bau yang kurang senang. Bulu ketiak hendaklah dibuang 
ataupun dicukur untuk mengelakkan ketiak yang lembap. Pastikan memakai pakaian 
yang bersih selepas mandi serta memakai losyen agar kulit tidak menjadi kering. 
Kebersihan gigi juga salah satu aspek yang dalam penjagaan kebersihan diri. 
Individu perlu menggosok gigi dua kali sehari dengan baik dan berkesan untik 
menghindari plak dan karies gigi. Jika tidak dapat menggosok gigi selepas makan, 
memadai dengan berkumur. Gigi yang rosak akan menyebabkan nafas yang berbau. 
Individu harus jumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. 
14
PJK2102W 
Individu juga perlu berhati-hati dalam pengambilan gula dalam pemakanan dan 
minuman. 
Penjagaan muka juga perlu diberikan perhatian, ini kerana ini menunjukkan imej 
kita. Harus membersihkan muka dengan cara yang betul. Kedua gunalah bahan yang 
sesuai dengan jenis kulit kita. Amalkan menggunakan tiga bahan rangkaian utama 
bahan iaitu pembersih, penyegar dan pelembap (biasanya wanita perlu mengamalkan 
bahan ini). Muka perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas 
bangun dari tidur dan sebelum tidur. 
Individu perlu menjaga kebersihan tangan, kaki dan kuku. Pastikan kuku 
sentiasa pendek dan bersih. Basuh tangan menggunakan sabun yang lembut jika 
terkena kotoran. Sapu krim atau losyen untuk melembutkan tangan. Basuh kaki setiap 
hari dan lapkan sehingga kering dicelah-celah kaki dan letakkan bedak talkum untuk 
menyegarkan. Potong kuku kaki secara repang untuk mengelakkan dari cengkam. 
Individu juga harus menjaga kebersihan rambut. Gunakanlah syampu rambut 
seminggu tiga kali atau apabila kotor. Bilas dengan bersih, jika rambut tidak dibasuh 
dengan bersih, ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi gatal atau berkelemumur. 
Urutlah kulit kepala semasa membasuh kepala bagi memperbaiki perjalanan darah di 
kepala. Gunakanlah sikat yang elok iaitu yang tidak rosak atau patah giginya. 
Selain itu penjagaan kebersihan diri, menjaga kebersihan pakaian juga amat 
penting. Tukar dan cuci pakaian setiap hari. Pakaian luar mesti longgar dan bersih dan 
ditukar setiap hari serta boleh ditembusi angin. Pakaian dalam mestilah bersih dan 
ditukar setiap hari serta sesuai dengan saiz badan. 
Akhirnya penjagaan kebersihan kasut dan sarung kaki juga harus diambil kira. 
Pakailah kasut yang sesuai dengan kaki. Pilih kasut yang selesa dan boleh ditembusi. 
Sarung kaki perlu ditukar dan dibasuh pada setiap hari. Rehatkan kaki dengan cara 
merendamkan dengan air suam. 
15
PJK2102W 
Setiap individu haruslah mengamalkan kesemua langkah-langkah penjagaan 
kebersihan diri agar dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan yang tidak 
dijangkiti penyakit yang boleh berjangkit dan penyakit-penyakit kulit. 
Definisi dan perbezaan antara ubat, racun dan dadah. 
Ubat, racun dan dadah adalah bahan yang patut kita mengetahui definisinya bagi 
memudahkan penggunaannya. 
Menurut Ruzita Mohktar (2005) definisi ubat ialah bahan yang digunakan untuk 
perubatan bagi mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh atau 
mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf kesihatan. Ubat boleh 
digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk iaitu boleh dimakan dan diminum. Selain 
itu, ia juga boleh digunajan dengan memasukkan melalui dubur (supositori), faraj 
(pesari), suntikan, ditanam bawah kulit, disapu dan sebagainya. 
Manakala racun pula didefinisikan sebagai adalah sebarang unsur yang boleh 
menyebabkan kecelakaan pada tubuh badan anda. Kecelakaan yang dimaksudkan 
ialah kecelakaan bersifat ringan contohnya sakit kepala atau rasa mual dan yang 
bersifat berat pula ialah sawan atau demam panas sehingga boleh menyebabkan 
kematian. 
16
PJK2102W 
Menurut Persatuan Pencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), dadah didefinisikan 
sebagai terdiri dari pelbagai jenis bahan kimia asli atau tiruan yang dimasukkan ke 
dalam tubuh sama ada dengan memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun 
suntikan bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan 
pengguna. 
Prof Madya Dzulkifli Abdul Razak (1995) menyatakan definisi dadah sebagai 
sejenis bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang 
dari segi jasmani (fizikal), mental (emosi dan rohani) serta tingkahlaku pengguna. 
Dadah juga mengakibatkan seseorang itu menglami ketagihan sehingga masyarakat 
menggelar sebagai penagih. 
Ruzita Mohktar (2005) pula mendefinisikan dadah sebagai bahan kimia psikoaktif 
yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan 
keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. 
Ciri-ciri dadah ialah mempunyai kesan yang ketara ke atas sistem saraf pusat 
(otak dan saraf tunjang). Kedua ialah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan 
penggunaannya dilarang. Ciri ketiga ialah diperolehi secara haram. Ciri keempat pula 
ialah mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahan 
terhadap dadah dan akhirnya ialah mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas 
kesihatan dan fungsi sosial. 
Secara umumnya terdapat perbezaan antara ubat, racun dan dadah. Racun dan 
dadah berada dalam kategori yang sama manakala ubat pula berbeza dengan racun 
dan dadah. Ubat sangat berguna untuk menyembuhkan dan merawat penyakit. 
Manakala racun dan dadah tidak bersifat sedemikian. Ubat akan memberikan kesan 
yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas 
badan dan mengantuk. Kesemua kesan sampingan ini akan reda atau hilang apabila 
pengambilan ubat itu diberhentikan. Manakala dadah akan memberikan kesan yang 
merbahaya yang berkekalan kerana ia akan mengakibatkan ketagihan yang terlampau 
17
PJK2102W 
walaupun telah dihentikan penggunaannya. Di samping itu racun pula mengancam 
nyawa. 
Bukan semua ubat berupaya mempengaruhi otak dan minda pengguna, 
manakala semua jenis racun dan dadah memberikan kesan yang mendalam terhadap 
otak dan minda manusia. Ubat dan racun tidak meninggalkan kesan ketagihan tetapi 
dadah pula meninggalkan kesan ketagihan dan diharamkan penggunaannya. 
Pengambilan dadah akan mengakibatkan kesan yang tidak baik kepada individu. 
Kesan pengambilan dadah secara suntikan akan mengakibatkan Meningitis iaitu 
penyakit jangkitan otak, Tetamus pula ialah penyakit kancing dagu, kesan yang ketiga 
ialah Endokarditis iaitu penyakit jangkitan jantung. Selain itu juga mengakibatkan 
penyakit AIDS,HIV, Hepatitis B, C dan D, bisul , kudis, kurap dan pelbagai penyakit 
kulit. 
Kesan pengambilan dadah melalui mulut pula akan mengakibatkan kerosakan 
paru-paru dan hati, kerosakan sisrem penghadaman makanan (zat makanan tidak 
mencukupi), kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut (badan lesu dan 
tidak bermaya), berat badan akan menurun dan berkemungkinan akan lumpuh dan 
wanita akan mengalami keguguran janin atau bayi serta lelaki pula akan mengalami 
kemandulan. 
Selain kesan-kesan tersebut, ada lagi tiga jenis kesan yang akan dialami oleh 
para penagih iaitu kesan fizikal, kesan sosial serta kesan mental dan emosi. Kesan-kesan 
fizikal yang pertama ialah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf, jantung, 
metabolisme dan otot-otot. Kesan kedua ialah penagih dadah menjadi tidak terurus dan 
tidak normal. Kesan yang ketiga pula ialah tubuh akan menggigil akibat daripada kadar 
metabolisme dalam badan. Kesan yang keempat ialah akan mengalami sawan dan 
gangguan fungsi otak. Kesan yang terakhir pula ialah sukar dipulihkan jika ia berlaku 
secara berterusan dan berulang kali. 
18
PJK2102W 
Seterusnya ialah kesan sosial, pertamanya ialah penagih akan hilang minat dan 
tidak mempedulikan tanggungjawabnya. Kesan yang kedua pula ialah prestasi dan 
disiplin kerja mereka akan merosot. Kesan yang ketiga ialah tingkahlaku dan sikap 
mereka akan berubah, kesan yang seterusnya ialah tidak menghiraukan kesihatan diri 
dan keluarga serta akhirnya keadaan mereka akan diibaratkan hidup segan, mati tak 
mahu. 
Akhirnya kesan yang diakibatkan oleh mental dan emosi ialah kesan psikologi 
iaitu yang berpunca dari dadah yang mempengaruhi otak dan minda. Ini termasuklah 
mula berasa seronok, terangsang dan berkhayal. Seterusnya mereka akan hilang 
kawalan diri dan pemikiran. 
Penyalahgunaan Bahan 
Definisi penyalahgunaan bahan ialah menggunakan bahan-bahan yang boleh 
menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan 
sebenarnya. Penyalahgunaan dadah juga adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan 
kepentingan rawatannya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, 
gam, turpentin, tembakau, marijuana (ganja), kokain, ubat batuk dan dadah-dadah 
perangsang. Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah 
kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan 
itu dihasilkan secara semulajadi seperti candu yang tidak boleh digunakan oleh manusia seperti 
menghidu gam. 
Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan 
tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang 
pertimbangan. 
Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan 
mineral. 
19
PJK2102W 
Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan 
atau sintetik. 
Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada 
Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, 
candu, ganja dan kodein. Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau 
dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan 
penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol. Sebarang dadah boleh 
digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. 
Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit 
kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga 
dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok 
diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan 
sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. 
Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi 
atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai 
salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh 
mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku 
termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. 
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia 
juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah 
terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, 
emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan 
boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan 
memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang 
terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam 
menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. 
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia 
juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak 
berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko 
penyalahgunaan dadah. 
20
PJK2102W 
Faktor yang pertama ialah faktor biologi. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep 
kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 
'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, 
perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja 
boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan 
ubat-ubatan. 
Faktor yang kedua pula ialah faktor psikososial. Kehidupan moden sangat sibuk dan 
merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang 
mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. 
Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk 
menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. 
Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam 
permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa 
diterima ramai. 
Faktor yang terakhir pula ialah faktor sosial. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang 
ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk 
menyedari bahawa perkara yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan 
tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman 
yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di 
tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok 
ataupun peminum arak. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam 
dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan 
untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan 
masyarakat zaman ini. 
Terdapat beberapa faktor yang lain yang mengakibatkan penyalahgunaan bahan 
iaitu terpengaruh dengan iklan, pengaruh internet, cabaran daripada rakan sebaya, 
terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah, keinginan untuk 
mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya, ingin menonjolkan kehebatan 
diri antara rakan sebaya, ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi. 
Tanda –tanda dan gejala penyalahgunaan dadah dapat dikesan melalui fizikal ialah berpeluh, 
21
PJK2102W 
meremang bulu roma, pening kepala dan menggigil (tremor). Tanda-tanda gejala psikologi ialah 
keresahan, Insomnia (tidak dapat tidur), kerisauan serta gangguan emosi dan perasaan. Dan yang 
terakhirnya ialah tanda-tanda gejala perlakuan ialah sentiasa ponteng kerja, penurunan prestasi kerja, 
digantung atau dibuang sekolah, mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan 
jalanraya,ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam dan mencuri. 
Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, 
ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah gangguan 
koordinasi, mata merah, Insomnia (tidak dapat tidur), hilang selera makan, penurunan berat badan, 
kemurungan, cakap banyak, tidak dapat mengimbang diri, loya dan muntah, mengetap gigi dan rahang, 
peningkatan tenaga, kerap menggosok hidung, berpeluh berlebihan, mengantuk dan menggunakan 
tandas terlalu lama. Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. 
Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai ‘cocaine bug’ iaitu rasa sesuatu merayap di 
atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga. 
Penggunaan dadah dan 
alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol 
terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol 
kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada 
dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan 
mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. 
Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami 
kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang 
tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. 
Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. 
22
PJK2102W 
Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh 
menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur 
darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. 
Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency 
Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS. 
Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan 
gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke 
otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut. 
Kesan-kesan yang ketara penyalahgunaan bahan terhadap individu akibat 
merokok ialah barah paru-paru, kes sakit jantung, kes penyakit saluran pernafasan dan 
85 peratus kes remaja menjadi perokok tetap. 
Penyalahgunaan bahan juga memberikan kesan yang negatif terhadap individu dan negara. 
Kesan yang pertama ialah keruntuhan akhlak. Contohnya penagih terdorong untuk melakukan 
perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri, mengugut ibu bapa dan ahli keluarga, 
merosakkan harta awam dan berkelakuan sumbang. Kesan yang kedua pula ialah 
gagal dalam pelajaran. Dadah menyebabkan khayal dan boleh merosakkan minda 
seseorang. Akibatnya individu tersebut tidak dapat belajar dengan sempurna. Kesan 
yang ketiga pula ialah prestasi kerja akan terjejas. Dadah menyebabkan tumpuan 
terhadap tugas semakin berkurangan, tidak dapat menjalankan tugas dengan 
sempurna. Akibatnya majikan mungkin akan memecat individu tersebut. 
Kesan yang seterusnya ialah tersisih daripada masyarakat. Penagih dadah 
sering menjauhkan diri daripada masyarakat, mereka suka bergaul sesama mereka. 
Kesan yang keempat ialah keruntuhan institusi keluarga. Masalah penagihan dadah 
boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar-kacir dan berlakunya penceraian antara 
suami isteri. Kesan yang terakhir ialah terdedah kepada jangkitan HIV. Jangkitan HIV 
melalui jarum suntikan yang digunakan. Jangkitan ini membawa penyakit AIDS yang 
membawa maut. 
23
PJK2102W 
Penyalahgunaan bahan ini juga memberikan kesan yang sangat buruk kepada 
wanita mengandung. Akibat pengambilan bahan ini, wanita mengandung akan 
mengalami Keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi 
semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan. Kesan yang kedua 
ialah akan melemahkan aktiviti otak terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara 
dan penganalisaan. Kesan yang terakhir ialah melemahkan dan merosakkan daya 
pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan 
masalah. 
Penyalahgunaan bahan juga memberi kesan negatif kepada negara seperti 
peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial, menanggung kos tinggi untuk pengurusan 
penagih, menjatuhkan martabat negara, kehilangan bakal pemimpin negara dan 
kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda. 
Peranan ibubapa adalah sangat penting untuk membasmi aktiviti 
penyalahgunaan bahan. Jika ibubapa memainkan peranannya , kemungkinan besar 
penyalahgunaan bahan ini boleh dielakkan sama sekali. Ibubapa harus mengamalkan 
hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga, memberi kasih sayang yang sama rata 
kepada semua ahli keluarga, menjadikan diri sebagai contoh yang baik, meluangkan 
masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga, sentiasa bersedia berkomunikasi 
dan mendengar masalah anak-anak, peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan 
rakan sebayanya, menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari doktor 
atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan, peka 
terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis 
dadah, melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan 
dan memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan 
ahli-ahli keluarga. 
Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui 
pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang 
disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini 
adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes 
penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan 
24
PJK2102W 
pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa 
yang panjang. 
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. 
Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan 
yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. 
Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh 
bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan 
terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada 
penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh 
kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko 
mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan 
bahan-bahan lain. 
Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah 
disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi 
ketakupayaan mereka seterusnya. 
Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi 
tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga 
dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula 
dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada 
memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah 
amat penting. 
Definisi dan konsep rehat, istirehat, tidur dan senggang 
Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil dari sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental 
ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta 
menghilangkan rasa lapar dan dahaga menurut Shamsudin, Sharizad dan Mohd Sofian (2002). 
Selain itu rehat juga bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada 
25
PJK2102W 
melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. 
Contohnya waktu rehat di sekolah dan di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan 
untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi 
merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti 
membaca, bermain catur atau permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat 
berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar. 
Istirehat pula bermaksud dapat member kelegaan dan ketenangan di waktu 
ketegangan dan stress. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan 
melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis, melihat 
pemandangan flora dan lain-lain. 
Maksud kedua istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan 
aktiviti ringan dan tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak. 
Semasa istirehat, kita dapat melegakan ketegangan dan stres. 
Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa yang kita boleh melelapkan 
mata dan merehatkan badan sepenuhnya. 
Tidur juga bermaksud rehat yang lebih panjang seperti tidur dapat menurunkan 
kadar denyutan jantung dan tekanan darah menurun. Semasa tidur, otak menjadi tidak 
aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini 
dapat merehatkan badan sepenuhnya. Apabila bangun tidur, badan akan berasa segar 
dan fikiran menjadi lebih tenang. 
Konsep tidur ialah satu proses yang kita melelapkan mata dan merehatkan 
badan sepenuhnya. Tidur adalah satu fasa yang manusia tidak sedarkan diri buat 
sementara waktu. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku 
pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan 
kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi rendah lalu 
menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006) 
Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang 
26
PJK2102W 
diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti yang digemari oleh seseorang individu. 
Ia mempunyai fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan 
badan dan otak yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu 
senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti membaca, mengubah lagu, 
bermain alat muzik dan berhobi. 
Faedah-faedah rehat, istirehat, tidur dan kesenggangan ialah memberi peluang 
kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supaya badan dapat berfungsi 
dalam keadaan yang optimum, menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang 
dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien, 
menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan dan akhirnya fungsi-fungsi 
biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem saraf 
dapat disusun semula. 
Terdapat dua jenis rehat iaitu rehat pasif dan rehat aktif. Rehat pasif ialah rehat 
tanpa melakukan pergerakan badan iaitu tiada aktiiviti regangan oto berlaku. Tiga jenis 
rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan 
gambaran dan istirehat jasmani. Individu boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam 
keadaan pasif dalam kedudukan postur tubuh yang selesa. 
Rehat aktif pula adalah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang 
masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan aktiviti-aktiviti 
senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama 
keluarga adalah contoh rehat aktif. 
Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti mendengar 
muzik, membaca majalah atau surat khabar, bermain congkak dan carom, bersiar-siar 
di taman atau berjogging. 
Semasa beristirehat individu digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ringan 
dan tidak aktif seperti melukis, menyanyi, menggubah lagu, melihat gelagat burung atau 
binatang lain di taman, tidur sekejap 
27
PJK2102W 
Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta menghasilkan 
sedikit tenaga untuk keperluan metabolism dalam badan. Otak tidak aktif membuatkan 
badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu membuat 
persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang 
cukup tanpa sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses semasa tidur 
berjalan dengan lancar. 
Secara amnya, keperluan seseorang individu itu tidur secukupnya adalah 
berbeza. Bayi memerlukan tidur selama 16 jam sehari. Remaja pula memerlukan tidur 7 
jam sehari. Orang dewasa memerlukan tidur 7 hingga 8 jam sehari. 
Senaman 
Senaman satu aktiviti fizikal yang dirancang pergerakan struktur oleh badan 
bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Salah satu dari aktiviti yang 
diperlukan dengan kerap dalam jangka masa tertentu secara berulang dengan 
matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. (Pathmanathan, 2007) 
Senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam 
bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam 
kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan 
yang sebenar. Kepentingan bersenam ialah senaman boleh meningkatkan 
penghantaran oksigen ke seluruh badan, senaman menguatkan jantung, membina 
kekuatan dan daya tahan otot, senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim 
tulang dan sendi. 
28
PJK2102W 
Bagi mendapat faedah dari senaman yang dilakukan individu perlu bersenam 
sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi. 
Penemuan terbaru menyatakan, individu juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan 
sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan 
kerja-kerja rumah dan berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti sebanyak 3 
kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda 
sudah memenuhi kehendak senaman. 
Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan jangka 
hayat dan kualiti hidup seseorang individu. Ia juga membantu mencegah dan mengawal 
penyakit jantung koronori, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis) 
dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan dalam kalangan orang 
yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalann biasa, kadar kematian 
yang berkaitan dengan jantung koronori adalah lebih rendah berbanding dalam 
kalangan orang yang tidak mengamalkan senaman. 
29
PJK2102W 
Kelebihan senaman adalah menambahkan kekuatan jantung dan paru-paru, 
menurunkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes, 
meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah, membakar lemak dan membantu 
mengekalkan berat badan yang sesuai, memperkuatkan tulang dan mengurangkan 
risiko terhadap osteoporosis, member perassan tenaga, membentuk tubuh badan elok, 
meningkatkan kecergasan diri, membantu rehat dan tidur, memperbaiki postur dan 
ketrampilan diri serta memperbaiki emosi dan tumpuan mental. 
Walaupun diketahui kebaikan yang diperolehi melalui aktiiviti fizikal dan 
senaman, tidak ramai orang dewasa yang mengamalkan senaman sekurang-kurangnya 
30 minit dan 3 hingga 4 kali seminggu. Kebanyakan orang dewasa tidak langsung 
terlibat did ala aktiviti fizikal atau senaman yang diamalkan selalu dan bilangan ini 
meningkat dengan semakin meningkat umurnya. Senaman yang berterusan dan 
dikekalkan untuk satu tempoh yang boleh mencabar sistem jantung adalah yang paling 
disarankan. 
Nasihat pakar perubatan adalah penting. Individu perlu mendapatkan nasihat 
doktor sebelum memulakan aktiviti senaman, terutamanya jika lelaki berumur 35 tahun 
ke atas atau wanita 40 tahun ke atas, memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg 
ke atas, tidak jelas kedudukan kesihatan anda, memiliki sejarah perubatan atau sedang 
dalam rawatan dan tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak 
melakukannya secara tekal. 
Individu tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih 
senaman mengikut kemampuan. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat 
jika dilakukan dengan betul. 
Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi 
lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan 
penghasilan hormon testoren. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada 
jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul. Mengamalkan senaman di luar juga 
adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong 
30
PJK2102W 
sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman. 
Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman terutama dari segi 
keseimbangan, tenaga, ketangkasan termasuk kadar tindakbalas, koordinasi, ketepatan dan konsisten 
serta kepekaan kinestetik. Bagi mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari 
teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 
hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 
25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita. Bagi keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan 
serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau 
persekitaran tidak mengizinkan. 
Segala senaman boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu senamrobik dan 
kalistenik. Senamrobik adalah senaman-senaman atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan 
pengambilan oksigen untuk proses metabolism bagi menghasilkan tenaga yang 
diperlukan semasa melakukannya. Ia dapat dikenali melalui pengecutan kumpulan otot-otot 
besar secara sederhana sepanjang tempoh melakukan senaman tersebut. 
Contoh-contoh senamrobik ialah berjalan dengan pantas, tarirobik, joging, lari 
setempat, berbasikal setempat, berbasikal, berenang, lompat tali, berlari atas ‘tread 
mill’, memanjat tangga, bermain bola sepak dan bermain bola keranjang. 
Jika senamrobik diamalkan selalu, ia berfaedah terhadap system kardiovaskular 
dan sistem paru-paru khususnya dan terhadap daya tahan fizikal amnya. 
Kalistenik merupakan sejenis senaman yang meningkatkan kelembutan dan 
kelenturan sendi dan keadaan otot. Senaman-senaman ini adalah baik untuk sesi 
memanaskan badan sebelum memulakan senaman aerobik dan sesi menyejukkan 
badan setelah menjalankan senaman aerobik. Contoh –contoh senaman kalistenik ialah 
regangan dan Tai chi. 
Melakukan senaman kalistenik semasa memanaskan badan akan membantu 
melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti-aktiviti aerobik. 
31
PJK2102W 
Melakukan kalistenik semasa menyejukkan badan akan membantu mencegah pening 
atau pitam atau kesakitan otot disebabkan menghentikan senaman dengan terlalu 
cepat. 
Terdapat empat prinsip asas senaman iaitu kekerapan, keamatan (intensiti), 
jenis dan masa. Kekerapan dalam prinsip asas senaman ialah 3 hingga 5 kali 
seminggu. Keamatan ialah bersenam sehingga berpeluh dan menarik nafas tanpa 
merasa sesak dan tidak selesa ataupun sehingga individu mencapai 60 peratus hingga 
90 peratus denyutan jantung maksimum. In adalah denyutan jantung sasaran anda. 
Jenis prinsip asas senaman ialah kombinasi senamrobik dan kalistenik. Prinsip asas 
senaman terakhir ialah masa. Setiap sesi senaman mempunyai 3 bahagian. 
Pertamanya ialah kalistenik memanaskan badan selama 5 minit. Kedua ialah 
senamrobik selama 15 hingga 30 minit. Terakhir ialah kalistenik menyejukkan badan 
selama 5 minit. 
Terdapat beberapa langkah berjaga semasa bersenam. Harus pilih program 
senaman yang bersesuaian dengan status kesihatan individu, tahap kecergasan 
individu dan keupayaan individu. Gunakan pakaian da kasut yang bersesuaian semasa 
bersenam. Jangan bersenam apabila merasa tidak sihat, apabila merasa sakit-sakit 
sendi dan kaki, apabila baru selesai makan ( sekurang-kurangnya 2 jam), dalam cuaca 
panas misalnya pada waktu tengah hari dan seterusnya jangan mandi air panas sebaik 
selepas bersenam, tunggu seketika ataupun mandi menggunakan air sejuk. 
Selain itu, panaskan badan sebelum bersenam. Mulakan senaman dan 
tingkatkan keamatannya secara perlahan-lahan. Gunakan 4 hingga 6 minggu pertama 
dengan melakukan senaman berkeamatan rendah. Minum sebelum, semasa dan 
selepas bersenam untuk menggantikan air yang akan kehilangan. 
Berhenti bersenam jka merasa terlalu letih, sesak nafas atau jika merasa sakit di 
dada atau pening kepala. Gunakan ujian BERCAKAP, jika merasa terlalu sesak untuk 
bercakap, perlahankan senaman anda. Sejukkan badan anda selepas senaman 
32
PJK2102W 
dengan berjalan atau melakukan regangan untuk mengelakkan pening kepala dan 
merasa hendak muntah. Jangan berhenti tiba-tiba. 
Jika tercedera, gunakan langkah-langkah berikut iaitu rehatkan bahagian yang 
tercedera, kedua gunakan ais pada tempat yang cedera untuk 15 hingga 30 minit, 
ketiga ialah gunakan pembalut mampatan dan akhirnya tinggikan bahagian yang 
tercedera, seboleh-bolehnya melebihi paras jantung anda. Jika ada pendarahan, tekan 
dengan menggunakan kain bersih. Pergi berjumpa doktor jika merasa sangsi mengenai 
kecederaan anda. 
Kesimpulannya setiap individu memerlukan pengambilan dalam jumlah yang 
berbeza mengikut umur dan jantina seperti yang disarankan dalam pengambilan 
nutrient untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan negara memupuk 
patriotism membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Juga yang 
mampu memgukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat. Amalan gaya 
hidup sihat member faedah kepada kecergasan fizikal dan seterusnya memanfaatkan 
diri sendiri, organisasi dan negara. Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta 
berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih produktif. Kesihatan 
mental akan lebih stabil di sampingtekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi 
serta berfikiran positif. Secara tidak langsungamalan sukan dan gaya hidup sihat dalam 
kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama. 
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidkan 
Jasmani dan Kesihatan di sekolah-sekolah perlu diberikan penekanan dan keutamaan 
seperti mata pelajaran yang lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat penting 
bagi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama 
ialah bagi mencapai matlamat yang digariskan. Masyarakat mesti memberikan 
sokongna ynag sepenuhnya bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan 
seharian. 
Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada 
33
PJK2102W 
amalan hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlaku 
sebarang gejala penyakit. Bukannya mustahil bagi seseorang individu untuk menikmati 
kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya 
hidup sihat segalanya boleh dan mampu untuk dicapai oleh mana-mana individu. Gaya 
hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa halangan usia, latar belakang 
kehidupan, perkauman, agama dan status kehidupan. 
Lampiran 
INFO TAMBAHAN 
Setiap individu harus dididik supaya memahami konsep bersenam. Konsep 
bersenam adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak anda betapa 
pentingnya menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya 
melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. 
Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain 
permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah 
34
PJK2102W 
dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. 
Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh. 
Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan 
aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman. 
Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika 
anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara. 
Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu 
komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut 
serta dalam menjalankan aktiviti bersenam. 
Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda 
memakan makanan ringan. Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. 
Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak. Namun sebagai ibu bapa, perlu 
kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini. 
Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 
minit dan lakukan bersama anak-anak anda. 
Definisi Merokok 
Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi 
oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah 
tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun 
pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. 
Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah 
dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus 
saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan 
remaja termasuklah pelajar. 
35
PJK2102W 
Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan 
nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya 
kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat 
sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan 
kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.(Ini adalah contoh gambar)- Ini 
merupakan bahan-bahan yang ada dalam rokok. Menunjukkan betapa bahayanya 
rokok dan merokok itu sendiri. 
Diambil pada http://www.google.com 
Gaya hidup yang tidak sihat 
Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku 
akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, ribuan 
rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Berikut 
adalah enam cara hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat masa kini. 
Amalan tidak bersarapan pagi 
Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil 
36
PJK2102W 
berat tentang kepentingan mengambil sarapan pagi. Mereka meninggalkan sarapan 
pagi dengan pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak 
sempat untuk menyediakan sarapan pagi.Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia 
telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan 
makanan untuk otak. Otak kita akan menjadi lebih cergas,peka dan fokus dengan 
bersarapan secara tetap. Seterusnya,secara tidak langsung mendatangkan pengaruh 
yang positif kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang 
mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka 
menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih 
baik.Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan 
merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. 
Penyalahgunaan dadah 
Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini. Dadah 
mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan. Malah dadah telah 
disalahgunakan oleh masyarakat.Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah 
morfin, heroin, kokain, ganja dan amfetamia. Penyalahgunakan dadah yang berterusan 
akan menjejaskan kesihatan mental seseorang. Berat badan seseorang yang 
menyalahgunakan dadah secara berterusan akan semakin berkurangan akibat 
daripada tidak berselera untuk makan. Selain itu, mata sering berair dan kelihatan 
merah. Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih kecil daripada keadaan 
normal. 
Ketagihan alkohol 
Pengambilan sedikit alkohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika 
diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkohol dan seterusnya boleh 
membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol akan menjejaskan kesihatan 
seseorang. Kesan kepada ketagihan alkohol ialah alkohol akan merosakkan tindak 
balas reflex mental, fizikal dan organ hati. Masalah jantung dan tekanan darah akan 
terjadi akibat ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol juga akan menyebabkan penyakit 
kongenital dan sindrom otak organik. 
37
PJK2102W 
Perlakuan seks bebas 
Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di 
kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengaruh budaya barat yang berfikiran 
terbuka telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks 
bebas. Amalan gaya hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama 
kepada pelbagai penyakit jangkitan seks. Perlakuan seks bebas akan menyebabkan 
jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhea, Chlamydia, herpes, syphilis, AIDS dan 
sebagainya. 
Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur 
Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan 
masa tidur mereka. Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam 
boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan 
badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi. 
Tempoh tidur yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan 
jam. Tempoh masa tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina 
sel-sel baru dan proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar. 
Tabiat buruk merokok 
Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia 
memberi impak negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara 
saintifik mampu mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar 
kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser 
paru-paru.Selain itu,perokok juga strok mudah mendapat dan menghidap penyakit 
jantung. Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada 
kesihatan kita.Dengan ini,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai 
sekarang.Gaya hidup sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit. 
Tip Gaya Hidup Sihat 
38
PJK2102W 
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin 
dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam 
badan. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit 
sehari. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. Pastikan tidur anda 
benar benar berkualiti. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan 
(terutama malam). Kulit juga perlu bernafas. Makan yang cukup tetapi bukan 
berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Luangkan 
masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi 
untuk ramuan mandian. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. 
Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan. 
39
PJK2102W 
Rujukan 
Borhannudin. (2006).Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa 
Dan Pustaka. Kuala Lumpur 
Luqman Hakim. (2008). Tip Penjagaan Makanan & Kesihatan. Al-Hidayah Publications. 
Melati Mohd. Ariff. (2009, Mac 18). Bendung generasi makanan ringan. Kosmo, m.s. 20. 
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti 
Teknologi Malaysia. 
Nor Shamsinor Baharin. (2009, Februari). Haram rokok : Tiada alasan lagi!. al-Islam, 
m.s. 64. 
Osman Ali et al. (1997). Isu-isu Kesihatan Masyarakat. Selangor: Penerbit Universiti 
Kebangsaan Malaysia.Publication & Distributors Sdn. Bhd.. 
http://cikgushahrul.wikispaces.com/2012 
http://cikgushahrul.wikispaces.com/2012 
http://wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 
http://wikipedia indonesia eksiklopedia bebas.htm/2012 
http://rokok wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 
http://arak wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 
http://tidur wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN 
40
PJK2102W 
http://www.muscle-fitness.com/2012 
Khang Wei ( 2010 ) Esei Gaya Hidup Sihat. Kuala Lumpur: PHPBB Creating Com. 
Nusa ( 2001 ) Akibat Rokok. Kuala Lumpur: Nusaindah Tripod 
Wan Mahani Binti Wan Hassan ( 2009 ) Senaman Lelaki. Selangor: Buku Prima Bhd. 
41

More Related Content

What's hot

Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatnoor hasikim
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardTan Fen
 
Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2Iss Che Ma
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatone piece
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriFLORINA SIGAY
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanTeacher Nasrah
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)Teacher Nasrah
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
psikologi kesihatan
psikologi kesihatanpsikologi kesihatan
psikologi kesihatanziemaimuthy
 
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatCeramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatSafiah Sulaiman
 
Konsep kesihatan
Konsep kesihatanKonsep kesihatan
Konsep kesihatanJason Lam
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 

What's hot (20)

8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
psikologi kesihatan
psikologi kesihatanpsikologi kesihatan
psikologi kesihatan
 
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatCeramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
 
Konsep kesihatan
Konsep kesihatanKonsep kesihatan
Konsep kesihatan
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
KEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATANKEMPEN KESIHATAN
KEMPEN KESIHATAN
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 

Viewers also liked

Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskuler
Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskulerNutrisi pada gangguan sistem kardiovaskuler
Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskulerCahya
 
Soalan gaya hidup sihat
Soalan gaya hidup sihatSoalan gaya hidup sihat
Soalan gaya hidup sihatNazzha Hasniem
 
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetikhairul azlan taib
 
Makanan dan Amalan Pemakanan
Makanan dan Amalan PemakananMakanan dan Amalan Pemakanan
Makanan dan Amalan PemakananSyaza Yasmin
 
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Norazuren Johari
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5slnair
 
Cadangan bahan rujukan
Cadangan bahan rujukanCadangan bahan rujukan
Cadangan bahan rujukanjea1079kamal
 
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARICARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARIMuhammad Nasrullah
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72Farihah Ha
 
Wanita dan sukan
Wanita dan sukanWanita dan sukan
Wanita dan sukanIzzat Najmi
 

Viewers also liked (20)

Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskuler
Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskulerNutrisi pada gangguan sistem kardiovaskuler
Nutrisi pada gangguan sistem kardiovaskuler
 
Soalan gaya hidup sihat
Soalan gaya hidup sihatSoalan gaya hidup sihat
Soalan gaya hidup sihat
 
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokinetiBab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
Bab 1 pengenalan aktiviti, kesihatan dan penyakit hipokineti
 
Malnutrisi f1
Malnutrisi f1Malnutrisi f1
Malnutrisi f1
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Makanan dan Amalan Pemakanan
Makanan dan Amalan PemakananMakanan dan Amalan Pemakanan
Makanan dan Amalan Pemakanan
 
Patah
PatahPatah
Patah
 
Makalah ispa
Makalah ispaMakalah ispa
Makalah ispa
 
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2Geografi alam sekitar manusia kertas 2
Geografi alam sekitar manusia kertas 2
 
Nutrition
NutritionNutrition
Nutrition
 
Rptting5
Rptting5Rptting5
Rptting5
 
Mm pemakanan seimbang
Mm pemakanan seimbangMm pemakanan seimbang
Mm pemakanan seimbang
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Cadangan bahan rujukan
Cadangan bahan rujukanCadangan bahan rujukan
Cadangan bahan rujukan
 
Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015Senarai alamat jabatan april2015
Senarai alamat jabatan april2015
 
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARICARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
CARA HIDUP SIHAT - SISTEM ALIMENTARI
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
 
Modul jatuh
Modul jatuhModul jatuh
Modul jatuh
 
Karies
KariesKaries
Karies
 
Wanita dan sukan
Wanita dan sukanWanita dan sukan
Wanita dan sukan
 

Similar to PJK2102W

Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiWarnet Raha
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatanpjj_kemenkes
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 
Makalah Kesehatan
Makalah KesehatanMakalah Kesehatan
Makalah KesehatanEqa Saputra
 
Konsep Dasar Kesehatan Masyarakat
Konsep Dasar Kesehatan MasyarakatKonsep Dasar Kesehatan Masyarakat
Konsep Dasar Kesehatan MasyarakatFransiska Oktafiani
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belumSeptian Muna Barakati
 
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxResume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxCitaZulviani
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahWarnet Raha
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahWarnet Raha
 
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...Pangestu S
 

Similar to PJK2102W (20)

Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Teori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi KesehatanTeori Dasar Promosi Kesehatan
Teori Dasar Promosi Kesehatan
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Makalah Kesehatan
Makalah KesehatanMakalah Kesehatan
Makalah Kesehatan
 
Konsep Dasar Kesehatan Masyarakat
Konsep Dasar Kesehatan MasyarakatKonsep Dasar Kesehatan Masyarakat
Konsep Dasar Kesehatan Masyarakat
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxResume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
 
Wellness beauty 2
Wellness beauty 2Wellness beauty 2
Wellness beauty 2
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
 
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikahAkalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
Akalah promosi kesehatan upaya promosi kesehatan pranikah
 
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...
Makalah sosilogi Perilaku Sehat Sakit Masyarakat Melayu Kepulauan Riau By Pan...
 

Recently uploaded

PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMRiniGela
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 

Recently uploaded (20)

Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 

PJK2102W

  • 1. PJK2102W PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Azizah Bte Mohamad, Pensyarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah memberikan saya galakan dan motivasi untuk menyiapkan kerja kursus ini. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih rakan-rakan yang banyak membantu dalam penghasilan kerja kursus ini. Mereka tanpa jemu telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sepanjang saya menjalankan kerja kursus. Tanpa bantuan mereka semua, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini. Hanya Tuhan sahajalah yang membalas budi baik pihak-pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung untuk penghasilan kerja kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Gaya Hidup Sihat) Berkejar-kejar ombak di laut, Menyentuh pantai berpasir bersih, Budi Puan disebut-sebut, Kerja selesai dan terima kasih. 1
  • 2. PJK2102W Tugasan 1: Komponen Gaya Hidup Sihat Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tata cara kehidupan yang aktif dan cergas. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Dengan mengambil kira lima (5) komponen gaya hidup sihat, huraikan serta berikan hujah-hujah yang relevan kearah membentuk individu yang sihat dan cergas. Jawapan : Definisi dan konsep Gaya Hidup Sihat Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebesan memperolehi pengetahuan, taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit yang boleh memudaratkan manusia. Definisi ini menegaskan status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental yang sihat. Aspek kesihatan adalah fokus utama. Selain itu gaya hidup sihat juga didefinisikan sebagai tingkah laku dan amalan seseorang yang agak konsisten dan lama tempoh masanya. Ia meliputi status ekonomi, amalan makanan, merokok, amalan bersenam serta jenis personaliti dan cara mengawal tekanan emosi. 2
  • 3. PJK2102W Gaya hidup ditakrifkan sebagai “satu proses atau amalan kesihatan kearah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stress dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko. Gaya hidup sihat juga mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan serta patuh kepada ajaran agama. Matlamat utama gaya hidup sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit jangka masa panjang dan corak gaya hidup sihat yang diamalkan. Selain itu, akan melahirkan sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua taua muda, kaya atau miskin. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia juga dikategorikan sebagai satu kehidupan yang seimbang. Dua komponen kecergasan fizikal ialah berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Hipertensi, obesiti dan stres adalah punca gaya hidup tidak atau kurang sihat. Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Salah satu promosi yang berkesan ialah Kempen Cara Hidup Sihat. Pelbagai tip untuk menikmati gaya hidup sihat juga disyorkan bagi menjamin kualiti hidup. Secara amnya gaya hidup sihat terdiri daripada lima komponen utama iaitu makanan seimbang, kebersihan diri, rehat yang cukup, senaman dan penyalahgunaan. Apabila seseorang individu mengamalkan kelima-lima perkara ini dengan teliti, maka individu tersebut memang mengamalkan gaya hidup yang sihat. 3
  • 4. PJK2102W Gaya hidup sihat terhadap kesihatan individu Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza untik berlaianan individu. Ia sering ditakrifkan sebagai ‘ketiadaan penyakit’ yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tiada mengalami sebarang kecederaan, kecacatan atau penyakit. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan ia tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh. Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai ‘suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan’. Kesihatan terhasil dari suatu keadaan keseimbangan di antara seseoarang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Maka takrifan ini menjelaskan bahawa individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan peranan dalam keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan. Apabila salah satu keadaan keseimbangan di antara individu dan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya tergugat, maka individu tersebut di dalam keadaan tercabar dan kemungkinan akan ditimpa penyakit. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan individu, yang pertama ialah baka atau keturunan ( genetik). Apabila seseorang individu dilahirkan, mereka dibekalkan dengan satu set baka dari kedua-dua ibu dan bapanya. Baka menentukan pelbagai sifat fizikal dan mental individu dan juga menentukan sama ada individu teresebut berkemungkinan mengalami penyakit-penyaki tertentu di sepanjang hayatnya. Terdapat penyakit-penyakit yang terhasil secara nyata dalam kalangan anak hasil dari gabungan baka ibu dan bapa. Namun, terdapat juga penyakit-penyakit yang dilahirkan hasil dari interaksi baka yang diwarisi oleh seseorang dengan persekitarannya. Faktor yang kedua pula ialah persekitaran fizikal. Manusia hidup dilingkupi oleh 4
  • 5. PJK2102W persekitaran. Persekitaran fizikalnya termasuklah segala benda yang tidak bernyawa yang terdapat di sekelilingnya. Aspek fizikal sekitaran termasuklah haba, bunyi, cahaya, sinaran, gravity, tekanan atmosfera dan pelbagai agen kimia. Di kawasan maju dalam bidang teknikal did dunia, manusia mempunyai kuasa untuk mengawal sekitaran fizikal melalui penyediaan tempat tinggal yang dapat menahan perubahan cuaca yang melampau, penulenan air minuman, pemprosesan kumbahan, kelembapan dan kawala suhu bilik. Tetapi masalah baru persekitaran tetap timbul setelah yang lama diselesaikan. Pada masa sekarang, pertumbuhan penduduk yang pesat, pertambahan sisa industri dalam pelbagai bentuk dan pertambahan bilangan kenderaan bermotor menimbulkan pencemaran udara, air, bunyi dan lain-lain. Faktor ketiga pula ialah persekitaran biologi. Persekitaran biologi yang melingkupi manusia bermaksud segala benda yang bernyawa yang berinteraksi dengannya. Faktor keempat ialah persekitaran sosial. Persekitaran sosial seseorang individu boleh ditakrifkan dari segi organisasi ekonomi dan politik sesuatu masyarakat dan juga dari segi institusi dalam individu itu disepadukan ke dalam masyarakat pada pelbagai peringkat hidupnya. Secara umum, organisasi sosioekonomi dan politik mempengaruhi paras teknikal jagaan perubatan, system perkhidmatannya, penyelidikannya dan kecukupan serta paras perlaksanaan kod dan undang-undang kawalan bahaya persekitaran yang berkaitan dengan kesihatan. Persekitaran sosial seseorang individu termasuk juga pekerjaan, status sosioekonomi, budaya, adat resam, kepercayaan agama, nilai, jaringan sosial yang melingkupinya. Faktor yang terakhir ialah tingkahlaku dan gaya hidup. Banyak masalah kesihatan dan penyakit moden adalah akibat dari tingkahlaku manusia sendiri dan dikenali sebagai penyakit-penyakit cara gaya hidup. Ini termasuklah segala masalah kesihatan yang berkaitan dengan penagihan rokok seperti barah paru-paru, penyakit kronik penyekatan paru-paru dan sebahagian daripada kes-kes penyakit jantung koronori. Selain itu, masalah-masalah ini juga termasuklah penyalahgunaan dadah dan alcohol, kecederaan dan kematian yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya, 5
  • 6. PJK2102W keganasan rumahtangga, barah system reproduktif, karies gigi dan kegemukan. Kajian demi kajian menunujukkan bahawa adalah sukar mengugah tingkahlaku kerana faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku kurang difahami. Oleh itu, penekanan pada masakini ditumpukan terhadap tingkahlaku yang berkaitan dengan kesihatan iaitu menggalakkan individu dan populasi mengamalkan tingkahlaku yang sihat seperti mengamalkan senaman dan pengambilan diet yang sihat. Pendekatan sebegini mungkin memberikan hasil yang lebih baik daripada mencegah tingkahlaku yang tidak sihat. Gaya hidup merujuk kepada tabiat dan tingkahlaku yang biasa diamalkan oleh sesorang individu. Pelbagai kajian telah dapat menunjukkan bahawa gaya hidup manusia mempunyai pengaruh terhadap kesihatan. Tabiat-tabiat yang memudaratkan kesihatan mempunyai pengaruh yang jelas terhadap risiko penyakit, kecederaan dan kematian yang tidak dijangka. Tabiat-tabiat ini termasuk merokok, kehidupan tanpa senaman, menggunakan dadah dan alkohol, diet yang tidak seimbang sama ada berlebihan atau kurang daripada yang diperlukan, tidak menggunakan topi keledar semasa menunggang motosikal, tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa memandu kereta, tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mementingkan kesihatan. Gaya hidup sihat pula bermaksud mengamalkan tabiat-tabiat yang meningkatkan kesihatan dan meninggalkan tabiat-tabiat yang memudaratkan kesihatan. Contohnya, pengambilan diet makanan yang seimbang dan sederhana mempertimbangkan kesihatan dan boleh mengawal berat badan. Senaman yang diamalkan sebagai amalan harian mempertimbangkan kesihatan jantung dan paru-paru serta merehatkan diri individu. Menghindari diri dari merokok mencegah dari penyakit barah paru-paru, serangan jantung, serta penyakit-penyakit yang sering menjangkiti paru-paru. Mengawal dan mengurus tekanan membantu mengatasi masalah-masalah fizikal dan mental tang sering dikaitkan dengan tekanan hidup. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia adalah kunci kepada 6
  • 7. PJK2102W kesihatan individu. Melalui gaya hidup sihat individu akan merasa sihat. Mereka akan merasa bertenaga, tidur nyenyak dan rileks. Selain itu akan kelihatan sihat. Mereka akan mempunyai bentuk tubuh yang sesuai, otot yang kuat dan cergas, kulit dan rambut yang sihat. Terakhir pula individu terasa gembira. Mereka akan mempunyai sikap yang positif terhadap hidup. Kepentingan makanan seimbang Makanan merupakan suatu keperluan hidup dan sekiranya diambil dengan kaedah yang betul berupaya menjadikan badan kita sihat dan cergas serta mempunyai postur yang menarik. Pemakanan sihat juga boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung koronori dan kanser. Amalan pemakanan sihat boleh dilakukan dengan memilih dan menikmati pelbagai jenis makanan mengikut kadar keperluan zat makanan. Pengambilan makanan berpandukan piramid makanan penting bagi mendapatkan keperluan nutrien yang bersesuaian dengan usia. Pelbagai jenis makanan perlu dimakan walaupun dalam kuantiti yang sedikit sahaja daripada setiap jenisnya supaya tubuh kita memperoleh kesemua zat makanan yang diperlukan. Makanan daripada kumpulan karbohidrat perlu dimakan dengan banyak kerana makanan tersebut membekalkan tenaga kepada tubuh. Bijirin ialah jenis karbohidrat yang baik untuk sarapan kerana makanan tersebut mengandungi serat dan vitamin. Makanan daripada kumpulan protein perlu diambil dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan pertumbuhan yang banyak bagi memenuhi keperluan pertumbuhan yang pesat terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Makanan daripada kumpulan vitamin dan mineral perlu diambil dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Pengambilan makanan daripada kumpulan lemak perlu dikurangkan kerana boleh mendatangkan kes negatif terhadap kesihatan. Pengambilan makanan tersebut disarankan agar tidak melebihi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pengambilan kalori harian. Makanan yang banyak mengandungi serat biasanya kaya dengan vitamin dan zat galian serta mengandungi lemak yang rendah. Semua orang mengetahui akan kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih mudah diperkatakan daripada diamalkan terutama dalam kalangan warga kota yang sibuk. Kini, 7
  • 8. PJK2102W mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja namun ia turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung. Peningkatan kadar kegemukan dan obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan makanan terabai. Namun, perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada masalah berat tidak mengalami perkara ini. Bagi kebanyakan orang, asal dalam sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kalsium dan karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai individu lupa akan soal sukatan sayur dan buah iai sehari sekurang-kurangnya lima hidangan untuk mendapat semua khasiat yang diperlukan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan kesihatan, seseorang individu perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah setiap hari dengan mengurangkan jumlah lemak serta mengamalkan senaman secara tetap dan teratur. Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu dipelbagaikan. Lebih berwarna-warni seperti lampu isyarat, lebih baik kerana khasiat yang tiada pada sayuran hijau akan disumbangkan dari sayur berwarna merah atau kuning. Kesukaran mengamalkan pemakanan seimbang dialami kebanyakan orang termasuk pakar pemakanan dan pakar perubatan sendiri. Tanpa disedari gaya pemakanan yang kita amalkan kini secara perlahan-lahan akan membawa kita kepada masalah kekurangan zat. Kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang ialah dapat mencegah penyakit berbahaya. Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang disarankan untuk memastikan anda sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Hal ini kerana, pengambilan pemakanan yang seimbang dalam diet seharian dapat membantu risiko beberapa penyakit termasuk kanser, serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. Dengan mengamalkan pemakanan seimbang, 8
  • 9. PJK2102W ianya dapat membantu mengelakkan diri anda daripada didekati penyakit berbahaya. (Berita Minggu, 23 Mei 2004). Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan yang disarankan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28 peratus hingga 14 peratus pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti. Hal ini menunjukkan gaya pemakanan memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Selain itu juga, pengambilan makanan yang seimbang dapat mengurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu akan merendahkan lebihan kolesterol. Lemak tepu berkecenderungan untuk meningkatkan aras kolesterol darah, maka wajar sekali ianya dihindari sama sekali daripada pemakanan anda. Kebanyakkan orang Eropah dan Amerika memakan makanan yang diketahui tinggi kandungan lemak tepu kolesterolnya. Oleh sebab itulah, mereka yang mengambil makanan yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit serangan jantung berbanding dengan mereka yang mengambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. (Jamaludin Mohamad:2003). Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam, mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. Gizi yang tidak seimbang juga menyebabkan kekurangan nutrient tertentu dalam malnutrisi makanan. Malnutrisi berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam pemakanan seseorang individu. Selain pengambilan makanan yang tidak seimbang, masalah penghadaman dan penyerapan makanan di dalam tubuh. Kesan akibat malnutrisi ialah tidak bermaya, mudah pitam, sembab dan kelihatan pucat. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan boleh membawa kematian. Tindakan sebilangan pelajar yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan pagi boleh membawa kepada masalah malnutrisi. Pada umumnya , terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah negara, iaitu tahap kesihatan yang rendah (masalah penghadaman dan penyerapan makanan), kemiskinan, 9
  • 10. PJK2102W tahap pendidikan yang rendah da kekurangan sumber makanan. Di Malaysia masalah nutrisi yang berlaku hanyalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pemakanan yang seimbang. Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Penyakit Kwasyiorkor disebabkan oleh kekurangan protein, gejalanya ialah seperti perut buncit, pertumbuhan badab dan otak terencat, kehilangan selera makan serta badan menjadi lemah. Manalaka Skurvi pula disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Kesannya ialah lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas, gusi membengkak dan mudah berdarah dan seterusnya menyebabkan serangan sakit jantung. Selain itu, boleh meyebabkan tekanan darah tinggi dan strok kerana pengambilan garam yang berlebihan juga meyebabkan ginjal gagal berfungsi. Isu kegendutan atau obesiti sejak dari dulu lagi menjadi topik perbualan. Namun, jika dulu, masalah kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini masalah sama dihadapi kanak-kanak dan ia bukanlah dianggap berita baik. Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri. Obesiti juga akan berlaku jika makan terlalu banyak. Berat badan ideal adalah 20 peratus melebihi dengan ketinggian. Dalam menangani isu obesiti, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak. Obesiti meningkatkan risiko penyakit yang serius seperti penyakit jantung koronori, hipertensi, diabetes, strok dan penurunan fungsi organ. Obesiti juga mengehadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal. Pergerakan kita menjadi kurang tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung berat badan. Kita juga menghadapi peningkatan risiko kecederaan di bahagian sendi lutut sekiranya tubuh tidak bersedia dengan penambahan berat badan berlebihan. Masalah obesiti ini boleh diatasikan dengan mengamalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid aktiviti untuk meningkatkan penggunaan kalori. Juga patut amalkan pemakanan seimbang mengikut pyramid makanan. Kurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut keperluan kalori. Hadkan saiz hidangan yang dimakan. Disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis makanan yang diambil. Selain itu, amalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. 10
  • 11. PJK2102W Makanan seimbang juga dapat elakkan Anemia. Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita. Secara mudah, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet dan plasma. Sel darah merah pula meliputi hemoglobin iaitu protein yang kaya zat besi dan berwarnamerah. Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara. Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan. Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka. Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah. Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperolehi dari sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ seperti dalaman seperti hati.. daging merah dan organ dalaman juga tidak boleh diambil berlebihan, terutamanya bagi individu uang mempunyai masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati. . (Diperoleh dari Word Wide Web :http://pmr.penerangan.gov.my) Selain anemia, pesakit diabetes (kencing manis) juga harus merancang pengambilan makanan demi menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Penyakit diabetes atau kencing manis sehingga kini belum dapat disembuhkan, tetapi dapat dikendalikan. Cara yang lain harus ditempuh adalah dengan mengatur menu seimbang. Gaya hidup tidak sihat serta pola makan yang tidak seimbang akan menimbulkan pelbagai penyakit. Selain obesity atau masal kegemukan, berbagai penyakit juga timbul salah satunya adalah penyakit Diabetes Mellitus iaitu sindrom yang ditandai dengan adanya hiperglikemi kronis atau peningkatan kadar gula dalam darah secra terus menerus. Selain itu, dengan adanya Diabetes Mellitus akan menyebabkan gangguan pada metabolism karbohidrat., lemak dan protein yang berkaitan dengan kekurangan jumlah atau kerja insulin secara relatif. Pada keadaan biasa, kadar gula dalam darah adalah 110mg/dl (gula darah puasa) dan 140mg/dl 11
  • 12. PJK2102W (gula darh sewaktu). Namun, pesakit diabetes pula kadar gula darah puasanya lebih dari 126mg/dl dan gula darah sewaktu lebih dari 200mg/dl. Umumnya terjadinya diabetes disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Hal ini diakibatkan tubuh terlalu banyak dibebabni karbohidrat, sehinggalah harus mengeluarkan insulin lebih tinggi supaya dapat mengambilnya. Akibatnya, kandungan gula dalam darah akan tinggi. Namun tidak dapat disembuhkan. Pesakit diabetes tidak perlu bersedih kerana sebenarnya mereka sama seperti orang sihat. Namun begitu, dengan mengikuti pola pemakanan seimbang, mereka juga sama seperti orang sihat. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah keteraturan waktu, keperluan kalori yang diberikan badan mereka. Komposisi makanan yang diperlukan oleh pesakit diabetes ialah10 hingga 15 peratus protein, 20 hingga 25 peratus lemak dan 60 hingga 70 peratus karbohidrat. Hindari karbohidrat sederhana seperti makanan manis. Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi. Pesakit diabetes perlu menghindari pengambilan dengan banyak gula. Menurut American Diabetes Association, gula mengandung kalori dan zat-zat yang tidak bermanfaat, sehingga menyebabkan kegemukan dan karies gigi. Penggunaan gula yang diperlukan oleh pesakit diabetes ialah lima peratus dari keseluruhan kalori. Pesakit diabetes, satu senduk gula dapat menggantikan sebuah pisang. Serat juga hendaklah dimasukkan dalam kandungan menu harian agar ianya seimbang. Serat berguna untuk mengendalikan nafsu makan kerana ia akan membeuat perut terisi sehingga terasa kenyang. Serat dan berkhasiat untuk pesakit diabetes kerana ia jenis serat larut seperti oat bran, epal, jeruk serta kekacang dapat menurunkan glukosa darah. Pesakit Diabetes Mellitus juga disarankan mengurangkan pengambilan lemak, minyak dan santan. Ini kerana, mereka berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung. ( Diperoleh dari Word Wide Web: http://www.gizi.net) Individu harus ikuti langkah-langkah yang disyorkan makanan mengikut piramid bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Individu harus makan pelbagai makanan. Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta tiga hingga enam hidangan roti berserat tinggi, bijirin dan kacang setiap hari. Kita harus kurangkan makanan yang diproses. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kulit sekali tetapi pastikan makanan yang dibasuh dengan bersih. Dapatkan serat dari makanan dan tidak dari bentuk pil. Banyakkan minum air suam/ kosong iaitu lebih kurang enam hingga lapan gelas sehari. 12
  • 13. PJK2102W Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, kita harus mewujudkan suasana yang sihat dalam keluarga. Beberapa langkah harus diamalkan. Kita haruslah mengamalkan pemakanan sihat seperti buahan, sayuran dan bijirin untuk seluruh keluarga, tidak hanya untuk individu tertentu. Makan bersama keluarga di meja dan pada masa yang ditetapkan. Elakkan makan dengan tergesa-gesa kerana masalah pencernaan. Elakkan daripada melakukan aktiviti lain semasa makan seperti menonton televisyen. Elakkan makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula. Sediakan makanan ringan yang kurang lemak dan berkhasiat seperti buahan, sayuran dan dadih. Elakkan menghidang makanan yang terlalu banyak. Elakkan memaksa kanak-kanak makan jika dia tidak lapar. Hadkan pengambilan makanan ringan pada hanya tidak lebih daripada sekali seminggu. Elakkan amalan menjadikan makanan sebagai suatu hadiah, atau dengan mengurangkan makanan sebagai suatu denda. Individu harus mengikuti panduan pemakanan yang selamat supaya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pastikan makanan dikendalikan dengan bersih dan selamat. Pastikan pengendali makanan mengamalkan kebersihan diri. Pastikan terdapat tanda halal yang diperakui oleh pihak berkuasa bagi penagnut agama Islam. Elakkan mengambil makan yang digoreng dengan minyak masak yang telag digunakan berulang kali. Elakkan pengambilan makanan yang terlalu masak. Elakkan pengambilan 13
  • 14. PJK2102W makanan yang mengandungi pewarna tiruan. Elakkan daripada makan makanan yang tamat tempohnya. Kebersihan Diri Kebersihan diri penting untuk setiap individu bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kebersihan penting kerana bagi mengelakkan dari terkena jangkitan penyakit. Selain itu kebersihan juga penting untuk menjamin keselesaan kepada diri sendiri. Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. Kebersihan diri merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri seseorang. Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial seseorang. Penjagaan kulit sangat penting. Individu perlu mengetahui cara-cara mandi dengan sabun dengan cara yang betul bagi mengelakkan penyakit kulit dan badan berbau. Setiap individu harus mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa. Juga perlu menggosok badan dengan kain lembut supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan. Bahagian celah-celah jari kaki perlu diberi perhatian supaya bersih. Individu yang sihat dan aktif akan sentiasa berpeluh tetapi kadang-kadang badan akan berbau akibat berpeluh, terutama di bahagian ketiak, maka pastikan dibersihkan dengan mandi bersabun dan keringkan dengan betul. Ini dapat mengelakkan penyakit dan bau yang kurang senang. Bulu ketiak hendaklah dibuang ataupun dicukur untuk mengelakkan ketiak yang lembap. Pastikan memakai pakaian yang bersih selepas mandi serta memakai losyen agar kulit tidak menjadi kering. Kebersihan gigi juga salah satu aspek yang dalam penjagaan kebersihan diri. Individu perlu menggosok gigi dua kali sehari dengan baik dan berkesan untik menghindari plak dan karies gigi. Jika tidak dapat menggosok gigi selepas makan, memadai dengan berkumur. Gigi yang rosak akan menyebabkan nafas yang berbau. Individu harus jumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. 14
  • 15. PJK2102W Individu juga perlu berhati-hati dalam pengambilan gula dalam pemakanan dan minuman. Penjagaan muka juga perlu diberikan perhatian, ini kerana ini menunjukkan imej kita. Harus membersihkan muka dengan cara yang betul. Kedua gunalah bahan yang sesuai dengan jenis kulit kita. Amalkan menggunakan tiga bahan rangkaian utama bahan iaitu pembersih, penyegar dan pelembap (biasanya wanita perlu mengamalkan bahan ini). Muka perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Individu perlu menjaga kebersihan tangan, kaki dan kuku. Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih. Basuh tangan menggunakan sabun yang lembut jika terkena kotoran. Sapu krim atau losyen untuk melembutkan tangan. Basuh kaki setiap hari dan lapkan sehingga kering dicelah-celah kaki dan letakkan bedak talkum untuk menyegarkan. Potong kuku kaki secara repang untuk mengelakkan dari cengkam. Individu juga harus menjaga kebersihan rambut. Gunakanlah syampu rambut seminggu tiga kali atau apabila kotor. Bilas dengan bersih, jika rambut tidak dibasuh dengan bersih, ini boleh menyebabkan kulit kepala menjadi gatal atau berkelemumur. Urutlah kulit kepala semasa membasuh kepala bagi memperbaiki perjalanan darah di kepala. Gunakanlah sikat yang elok iaitu yang tidak rosak atau patah giginya. Selain itu penjagaan kebersihan diri, menjaga kebersihan pakaian juga amat penting. Tukar dan cuci pakaian setiap hari. Pakaian luar mesti longgar dan bersih dan ditukar setiap hari serta boleh ditembusi angin. Pakaian dalam mestilah bersih dan ditukar setiap hari serta sesuai dengan saiz badan. Akhirnya penjagaan kebersihan kasut dan sarung kaki juga harus diambil kira. Pakailah kasut yang sesuai dengan kaki. Pilih kasut yang selesa dan boleh ditembusi. Sarung kaki perlu ditukar dan dibasuh pada setiap hari. Rehatkan kaki dengan cara merendamkan dengan air suam. 15
  • 16. PJK2102W Setiap individu haruslah mengamalkan kesemua langkah-langkah penjagaan kebersihan diri agar dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan yang tidak dijangkiti penyakit yang boleh berjangkit dan penyakit-penyakit kulit. Definisi dan perbezaan antara ubat, racun dan dadah. Ubat, racun dan dadah adalah bahan yang patut kita mengetahui definisinya bagi memudahkan penggunaannya. Menurut Ruzita Mohktar (2005) definisi ubat ialah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan taraf kesihatan. Ubat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan bentuk iaitu boleh dimakan dan diminum. Selain itu, ia juga boleh digunajan dengan memasukkan melalui dubur (supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam bawah kulit, disapu dan sebagainya. Manakala racun pula didefinisikan sebagai adalah sebarang unsur yang boleh menyebabkan kecelakaan pada tubuh badan anda. Kecelakaan yang dimaksudkan ialah kecelakaan bersifat ringan contohnya sakit kepala atau rasa mual dan yang bersifat berat pula ialah sawan atau demam panas sehingga boleh menyebabkan kematian. 16
  • 17. PJK2102W Menurut Persatuan Pencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), dadah didefinisikan sebagai terdiri dari pelbagai jenis bahan kimia asli atau tiruan yang dimasukkan ke dalam tubuh sama ada dengan memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun suntikan bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan kelakuan pengguna. Prof Madya Dzulkifli Abdul Razak (1995) menyatakan definisi dadah sebagai sejenis bahan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), mental (emosi dan rohani) serta tingkahlaku pengguna. Dadah juga mengakibatkan seseorang itu menglami ketagihan sehingga masyarakat menggelar sebagai penagih. Ruzita Mohktar (2005) pula mendefinisikan dadah sebagai bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Ciri-ciri dadah ialah mempunyai kesan yang ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Kedua ialah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya dilarang. Ciri ketiga ialah diperolehi secara haram. Ciri keempat pula ialah mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahan terhadap dadah dan akhirnya ialah mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Secara umumnya terdapat perbezaan antara ubat, racun dan dadah. Racun dan dadah berada dalam kategori yang sama manakala ubat pula berbeza dengan racun dan dadah. Ubat sangat berguna untuk menyembuhkan dan merawat penyakit. Manakala racun dan dadah tidak bersifat sedemikian. Ubat akan memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk. Kesemua kesan sampingan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat itu diberhentikan. Manakala dadah akan memberikan kesan yang merbahaya yang berkekalan kerana ia akan mengakibatkan ketagihan yang terlampau 17
  • 18. PJK2102W walaupun telah dihentikan penggunaannya. Di samping itu racun pula mengancam nyawa. Bukan semua ubat berupaya mempengaruhi otak dan minda pengguna, manakala semua jenis racun dan dadah memberikan kesan yang mendalam terhadap otak dan minda manusia. Ubat dan racun tidak meninggalkan kesan ketagihan tetapi dadah pula meninggalkan kesan ketagihan dan diharamkan penggunaannya. Pengambilan dadah akan mengakibatkan kesan yang tidak baik kepada individu. Kesan pengambilan dadah secara suntikan akan mengakibatkan Meningitis iaitu penyakit jangkitan otak, Tetamus pula ialah penyakit kancing dagu, kesan yang ketiga ialah Endokarditis iaitu penyakit jangkitan jantung. Selain itu juga mengakibatkan penyakit AIDS,HIV, Hepatitis B, C dan D, bisul , kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit. Kesan pengambilan dadah melalui mulut pula akan mengakibatkan kerosakan paru-paru dan hati, kerosakan sisrem penghadaman makanan (zat makanan tidak mencukupi), kerosakan buah pinggang, otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya), berat badan akan menurun dan berkemungkinan akan lumpuh dan wanita akan mengalami keguguran janin atau bayi serta lelaki pula akan mengalami kemandulan. Selain kesan-kesan tersebut, ada lagi tiga jenis kesan yang akan dialami oleh para penagih iaitu kesan fizikal, kesan sosial serta kesan mental dan emosi. Kesan-kesan fizikal yang pertama ialah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot. Kesan kedua ialah penagih dadah menjadi tidak terurus dan tidak normal. Kesan yang ketiga pula ialah tubuh akan menggigil akibat daripada kadar metabolisme dalam badan. Kesan yang keempat ialah akan mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Kesan yang terakhir pula ialah sukar dipulihkan jika ia berlaku secara berterusan dan berulang kali. 18
  • 19. PJK2102W Seterusnya ialah kesan sosial, pertamanya ialah penagih akan hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawabnya. Kesan yang kedua pula ialah prestasi dan disiplin kerja mereka akan merosot. Kesan yang ketiga ialah tingkahlaku dan sikap mereka akan berubah, kesan yang seterusnya ialah tidak menghiraukan kesihatan diri dan keluarga serta akhirnya keadaan mereka akan diibaratkan hidup segan, mati tak mahu. Akhirnya kesan yang diakibatkan oleh mental dan emosi ialah kesan psikologi iaitu yang berpunca dari dadah yang mempengaruhi otak dan minda. Ini termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan berkhayal. Seterusnya mereka akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Penyalahgunaan Bahan Definisi penyalahgunaan bahan ialah menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya. Penyalahgunaan dadah juga adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, tembakau, marijuana (ganja), kokain, ubat batuk dan dadah-dadah perangsang. Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi seperti candu yang tidak boleh digunakan oleh manusia seperti menghidu gam. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral. 19
  • 20. PJK2102W Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kodein. Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol. Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah. 20
  • 21. PJK2102W Faktor yang pertama ialah faktor biologi. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. Faktor yang kedua pula ialah faktor psikososial. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Faktor yang terakhir pula ialah faktor sosial. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa perkara yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini. Terdapat beberapa faktor yang lain yang mengakibatkan penyalahgunaan bahan iaitu terpengaruh dengan iklan, pengaruh internet, cabaran daripada rakan sebaya, terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya, ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya, ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi. Tanda –tanda dan gejala penyalahgunaan dadah dapat dikesan melalui fizikal ialah berpeluh, 21
  • 22. PJK2102W meremang bulu roma, pening kepala dan menggigil (tremor). Tanda-tanda gejala psikologi ialah keresahan, Insomnia (tidak dapat tidur), kerisauan serta gangguan emosi dan perasaan. Dan yang terakhirnya ialah tanda-tanda gejala perlakuan ialah sentiasa ponteng kerja, penurunan prestasi kerja, digantung atau dibuang sekolah, mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan jalanraya,ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman awam dan mencuri. Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah gangguan koordinasi, mata merah, Insomnia (tidak dapat tidur), hilang selera makan, penurunan berat badan, kemurungan, cakap banyak, tidak dapat mengimbang diri, loya dan muntah, mengetap gigi dan rahang, peningkatan tenaga, kerap menggosok hidung, berpeluh berlebihan, mengantuk dan menggunakan tandas terlalu lama. Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai ‘cocaine bug’ iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga. Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. 22
  • 23. PJK2102W Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS. Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut. Kesan-kesan yang ketara penyalahgunaan bahan terhadap individu akibat merokok ialah barah paru-paru, kes sakit jantung, kes penyakit saluran pernafasan dan 85 peratus kes remaja menjadi perokok tetap. Penyalahgunaan bahan juga memberikan kesan yang negatif terhadap individu dan negara. Kesan yang pertama ialah keruntuhan akhlak. Contohnya penagih terdorong untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri, mengugut ibu bapa dan ahli keluarga, merosakkan harta awam dan berkelakuan sumbang. Kesan yang kedua pula ialah gagal dalam pelajaran. Dadah menyebabkan khayal dan boleh merosakkan minda seseorang. Akibatnya individu tersebut tidak dapat belajar dengan sempurna. Kesan yang ketiga pula ialah prestasi kerja akan terjejas. Dadah menyebabkan tumpuan terhadap tugas semakin berkurangan, tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Akibatnya majikan mungkin akan memecat individu tersebut. Kesan yang seterusnya ialah tersisih daripada masyarakat. Penagih dadah sering menjauhkan diri daripada masyarakat, mereka suka bergaul sesama mereka. Kesan yang keempat ialah keruntuhan institusi keluarga. Masalah penagihan dadah boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar-kacir dan berlakunya penceraian antara suami isteri. Kesan yang terakhir ialah terdedah kepada jangkitan HIV. Jangkitan HIV melalui jarum suntikan yang digunakan. Jangkitan ini membawa penyakit AIDS yang membawa maut. 23
  • 24. PJK2102W Penyalahgunaan bahan ini juga memberikan kesan yang sangat buruk kepada wanita mengandung. Akibat pengambilan bahan ini, wanita mengandung akan mengalami Keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan. Kesan yang kedua ialah akan melemahkan aktiviti otak terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan. Kesan yang terakhir ialah melemahkan dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah. Penyalahgunaan bahan juga memberi kesan negatif kepada negara seperti peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial, menanggung kos tinggi untuk pengurusan penagih, menjatuhkan martabat negara, kehilangan bakal pemimpin negara dan kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda. Peranan ibubapa adalah sangat penting untuk membasmi aktiviti penyalahgunaan bahan. Jika ibubapa memainkan peranannya , kemungkinan besar penyalahgunaan bahan ini boleh dielakkan sama sekali. Ibubapa harus mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga, memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga, menjadikan diri sebagai contoh yang baik, meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga, sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak, peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya, menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari doktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan, peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah, melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan dan memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga. Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan 24
  • 25. PJK2102W pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain. Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting. Definisi dan konsep rehat, istirehat, tidur dan senggang Rehat bermaksud suatu tempoh yang diambil dari sesuatu aktiviti sama ada aktiviti fizikal, mental ataupun aktiviti ringan. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan rasa penat dan letih serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga menurut Shamsudin, Sharizad dan Mohd Sofian (2002). Selain itu rehat juga bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada 25
  • 26. PJK2102W melakukan sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya waktu rehat di sekolah dan di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi merehatkan badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain catur atau permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar. Istirehat pula bermaksud dapat member kelegaan dan ketenangan di waktu ketegangan dan stress. Ia membawa erti satu tempoh masa terluang yang diisi dengan melakukan aktiviti ringan yang tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis, melihat pemandangan flora dan lain-lain. Maksud kedua istirehat ialah satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak. Semasa istirehat, kita dapat melegakan ketegangan dan stres. Tidur pula ditakrifkan sebagai satu jangka masa yang kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Tidur juga bermaksud rehat yang lebih panjang seperti tidur dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah menurun. Semasa tidur, otak menjadi tidak aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan rehat. Keadaan ini dapat merehatkan badan sepenuhnya. Apabila bangun tidur, badan akan berasa segar dan fikiran menjadi lebih tenang. Konsep tidur ialah satu proses yang kita melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya. Tidur adalah satu fasa yang manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu. Di dalam fasa ini, badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru. Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah. Semasa tidur, keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah. (Norlaila Hamima Jamaluddin, 2006) Senggang atau kesenggangan boleh didefinisikan sebagai waktu terluang yang 26
  • 27. PJK2102W diisi dengan melakukan sebarang jenis aktiviti yang digemari oleh seseorang individu. Ia mempunyai fungsi yang sama dengan rehat dan tidur iaitu memulihkan keadaan badan dan otak yang sudah letih bekerja. Kebanyakan orang suka menggunakan waktu senggang untuk pelbagai aktiviti yang proaktif seperti membaca, mengubah lagu, bermain alat muzik dan berhobi. Faedah-faedah rehat, istirehat, tidur dan kesenggangan ialah memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supaya badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum, menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien, menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan dan akhirnya fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumat dalam sistem saraf dapat disusun semula. Terdapat dua jenis rehat iaitu rehat pasif dan rehat aktif. Rehat pasif ialah rehat tanpa melakukan pergerakan badan iaitu tiada aktiiviti regangan oto berlaku. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat jasmani. Individu boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dalam kedudukan postur tubuh yang selesa. Rehat aktif pula adalah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh rehat aktif. Waktu rehat boleh diisi dengan melakukan aktiviti ringan seperti mendengar muzik, membaca majalah atau surat khabar, bermain congkak dan carom, bersiar-siar di taman atau berjogging. Semasa beristirehat individu digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti ringan dan tidak aktif seperti melukis, menyanyi, menggubah lagu, melihat gelagat burung atau binatang lain di taman, tidur sekejap 27
  • 28. PJK2102W Oksigen digunakan untuk memulihkan tisu-tisu pada otot serta menghasilkan sedikit tenaga untuk keperluan metabolism dalam badan. Otak tidak aktif membuatkan badan kita berehat sepenuhnya. Namun, ketika ini otak terlebih dahulu membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Oleh itu, tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan amatlah penting agar segala proses semasa tidur berjalan dengan lancar. Secara amnya, keperluan seseorang individu itu tidur secukupnya adalah berbeza. Bayi memerlukan tidur selama 16 jam sehari. Remaja pula memerlukan tidur 7 jam sehari. Orang dewasa memerlukan tidur 7 hingga 8 jam sehari. Senaman Senaman satu aktiviti fizikal yang dirancang pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Salah satu dari aktiviti yang diperlukan dengan kerap dalam jangka masa tertentu secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan. (Pathmanathan, 2007) Senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar. Kepentingan bersenam ialah senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan, senaman menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot, senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi. 28
  • 29. PJK2102W Bagi mendapat faedah dari senaman yang dilakukan individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi. Penemuan terbaru menyatakan, individu juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan kerja-kerja rumah dan berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti sebanyak 3 kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman. Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup seseorang individu. Ia juga membantu mencegah dan mengawal penyakit jantung koronori, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis) dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan dalam kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalann biasa, kadar kematian yang berkaitan dengan jantung koronori adalah lebih rendah berbanding dalam kalangan orang yang tidak mengamalkan senaman. 29
  • 30. PJK2102W Kelebihan senaman adalah menambahkan kekuatan jantung dan paru-paru, menurunkan risiko terhadap penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes, meningkatkan kolesterol ‘baik’ di dalam darah, membakar lemak dan membantu mengekalkan berat badan yang sesuai, memperkuatkan tulang dan mengurangkan risiko terhadap osteoporosis, member perassan tenaga, membentuk tubuh badan elok, meningkatkan kecergasan diri, membantu rehat dan tidur, memperbaiki postur dan ketrampilan diri serta memperbaiki emosi dan tumpuan mental. Walaupun diketahui kebaikan yang diperolehi melalui aktiiviti fizikal dan senaman, tidak ramai orang dewasa yang mengamalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit dan 3 hingga 4 kali seminggu. Kebanyakan orang dewasa tidak langsung terlibat did ala aktiviti fizikal atau senaman yang diamalkan selalu dan bilangan ini meningkat dengan semakin meningkat umurnya. Senaman yang berterusan dan dikekalkan untuk satu tempoh yang boleh mencabar sistem jantung adalah yang paling disarankan. Nasihat pakar perubatan adalah penting. Individu perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman, terutamanya jika lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas, memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas, tidak jelas kedudukan kesihatan anda, memiliki sejarah perubatan atau sedang dalam rawatan dan tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara tekal. Individu tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih senaman mengikut kemampuan. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika dilakukan dengan betul. Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong 30
  • 31. PJK2102W sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman. Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan termasuk kadar tindakbalas, koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik. Bagi mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita. Bagi keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan. Segala senaman boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu senamrobik dan kalistenik. Senamrobik adalah senaman-senaman atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengambilan oksigen untuk proses metabolism bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan semasa melakukannya. Ia dapat dikenali melalui pengecutan kumpulan otot-otot besar secara sederhana sepanjang tempoh melakukan senaman tersebut. Contoh-contoh senamrobik ialah berjalan dengan pantas, tarirobik, joging, lari setempat, berbasikal setempat, berbasikal, berenang, lompat tali, berlari atas ‘tread mill’, memanjat tangga, bermain bola sepak dan bermain bola keranjang. Jika senamrobik diamalkan selalu, ia berfaedah terhadap system kardiovaskular dan sistem paru-paru khususnya dan terhadap daya tahan fizikal amnya. Kalistenik merupakan sejenis senaman yang meningkatkan kelembutan dan kelenturan sendi dan keadaan otot. Senaman-senaman ini adalah baik untuk sesi memanaskan badan sebelum memulakan senaman aerobik dan sesi menyejukkan badan setelah menjalankan senaman aerobik. Contoh –contoh senaman kalistenik ialah regangan dan Tai chi. Melakukan senaman kalistenik semasa memanaskan badan akan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti-aktiviti aerobik. 31
  • 32. PJK2102W Melakukan kalistenik semasa menyejukkan badan akan membantu mencegah pening atau pitam atau kesakitan otot disebabkan menghentikan senaman dengan terlalu cepat. Terdapat empat prinsip asas senaman iaitu kekerapan, keamatan (intensiti), jenis dan masa. Kekerapan dalam prinsip asas senaman ialah 3 hingga 5 kali seminggu. Keamatan ialah bersenam sehingga berpeluh dan menarik nafas tanpa merasa sesak dan tidak selesa ataupun sehingga individu mencapai 60 peratus hingga 90 peratus denyutan jantung maksimum. In adalah denyutan jantung sasaran anda. Jenis prinsip asas senaman ialah kombinasi senamrobik dan kalistenik. Prinsip asas senaman terakhir ialah masa. Setiap sesi senaman mempunyai 3 bahagian. Pertamanya ialah kalistenik memanaskan badan selama 5 minit. Kedua ialah senamrobik selama 15 hingga 30 minit. Terakhir ialah kalistenik menyejukkan badan selama 5 minit. Terdapat beberapa langkah berjaga semasa bersenam. Harus pilih program senaman yang bersesuaian dengan status kesihatan individu, tahap kecergasan individu dan keupayaan individu. Gunakan pakaian da kasut yang bersesuaian semasa bersenam. Jangan bersenam apabila merasa tidak sihat, apabila merasa sakit-sakit sendi dan kaki, apabila baru selesai makan ( sekurang-kurangnya 2 jam), dalam cuaca panas misalnya pada waktu tengah hari dan seterusnya jangan mandi air panas sebaik selepas bersenam, tunggu seketika ataupun mandi menggunakan air sejuk. Selain itu, panaskan badan sebelum bersenam. Mulakan senaman dan tingkatkan keamatannya secara perlahan-lahan. Gunakan 4 hingga 6 minggu pertama dengan melakukan senaman berkeamatan rendah. Minum sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk menggantikan air yang akan kehilangan. Berhenti bersenam jka merasa terlalu letih, sesak nafas atau jika merasa sakit di dada atau pening kepala. Gunakan ujian BERCAKAP, jika merasa terlalu sesak untuk bercakap, perlahankan senaman anda. Sejukkan badan anda selepas senaman 32
  • 33. PJK2102W dengan berjalan atau melakukan regangan untuk mengelakkan pening kepala dan merasa hendak muntah. Jangan berhenti tiba-tiba. Jika tercedera, gunakan langkah-langkah berikut iaitu rehatkan bahagian yang tercedera, kedua gunakan ais pada tempat yang cedera untuk 15 hingga 30 minit, ketiga ialah gunakan pembalut mampatan dan akhirnya tinggikan bahagian yang tercedera, seboleh-bolehnya melebihi paras jantung anda. Jika ada pendarahan, tekan dengan menggunakan kain bersih. Pergi berjumpa doktor jika merasa sangsi mengenai kecederaan anda. Kesimpulannya setiap individu memerlukan pengambilan dalam jumlah yang berbeza mengikut umur dan jantina seperti yang disarankan dalam pengambilan nutrient untuk memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan negara memupuk patriotism membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Juga yang mampu memgukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat. Amalan gaya hidup sihat member faedah kepada kecergasan fizikal dan seterusnya memanfaatkan diri sendiri, organisasi dan negara. Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja yang lebih produktif. Kesihatan mental akan lebih stabil di sampingtekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif. Secara tidak langsungamalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidkan Jasmani dan Kesihatan di sekolah-sekolah perlu diberikan penekanan dan keutamaan seperti mata pelajaran yang lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat penting bagi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama ialah bagi mencapai matlamat yang digariskan. Masyarakat mesti memberikan sokongna ynag sepenuhnya bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada 33
  • 34. PJK2102W amalan hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlaku sebarang gejala penyakit. Bukannya mustahil bagi seseorang individu untuk menikmati kesihatan yang berpanjangan dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya boleh dan mampu untuk dicapai oleh mana-mana individu. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa halangan usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama dan status kehidupan. Lampiran INFO TAMBAHAN Setiap individu harus dididik supaya memahami konsep bersenam. Konsep bersenam adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak anda betapa pentingnya menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah 34
  • 35. PJK2102W dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh. Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman. Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara. Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam. Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan. Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini. Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda. Definisi Merokok Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar. 35
  • 36. PJK2102W Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.(Ini adalah contoh gambar)- Ini merupakan bahan-bahan yang ada dalam rokok. Menunjukkan betapa bahayanya rokok dan merokok itu sendiri. Diambil pada http://www.google.com Gaya hidup yang tidak sihat Trend semasa menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit merbahaya berlaku akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi. Berikut adalah enam cara hidup yang tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat masa kini. Amalan tidak bersarapan pagi Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil 36
  • 37. PJK2102W berat tentang kepentingan mengambil sarapan pagi. Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi.Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan makanan untuk otak. Otak kita akan menjadi lebih cergas,peka dan fokus dengan bersarapan secara tetap. Seterusnya,secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Penyalahgunaan dadah Bilangan penagih dadah telah semakin bertambah pada masa ini. Dadah mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan. Malah dadah telah disalahgunakan oleh masyarakat.Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan ialah morfin, heroin, kokain, ganja dan amfetamia. Penyalahgunakan dadah yang berterusan akan menjejaskan kesihatan mental seseorang. Berat badan seseorang yang menyalahgunakan dadah secara berterusan akan semakin berkurangan akibat daripada tidak berselera untuk makan. Selain itu, mata sering berair dan kelihatan merah. Saiz mata berbeza sama ada lebih besar ataupun lebih kecil daripada keadaan normal. Ketagihan alkohol Pengambilan sedikit alkohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkohol dan seterusnya boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol akan menjejaskan kesihatan seseorang. Kesan kepada ketagihan alkohol ialah alkohol akan merosakkan tindak balas reflex mental, fizikal dan organ hati. Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan sindrom otak organik. 37
  • 38. PJK2102W Perlakuan seks bebas Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang. Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas. Amalan gaya hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit jangkitan seks. Perlakuan seks bebas akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhea, Chlamydia, herpes, syphilis, AIDS dan sebagainya. Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa tidur mereka. Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi. Tempoh tidur yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam. Tempoh masa tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar. Tabiat buruk merokok Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara saintifik mampu mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser paru-paru.Selain itu,perokok juga strok mudah mendapat dan menghidap penyakit jantung. Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan kita.Dengan ini,kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.Gaya hidup sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit. Tip Gaya Hidup Sihat 38
  • 39. PJK2102W Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan. 39
  • 40. PJK2102W Rujukan Borhannudin. (2006).Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur Luqman Hakim. (2008). Tip Penjagaan Makanan & Kesihatan. Al-Hidayah Publications. Melati Mohd. Ariff. (2009, Mac 18). Bendung generasi makanan ringan. Kosmo, m.s. 20. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Nor Shamsinor Baharin. (2009, Februari). Haram rokok : Tiada alasan lagi!. al-Islam, m.s. 64. Osman Ali et al. (1997). Isu-isu Kesihatan Masyarakat. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Publication & Distributors Sdn. Bhd.. http://cikgushahrul.wikispaces.com/2012 http://cikgushahrul.wikispaces.com/2012 http://wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 http://wikipedia indonesia eksiklopedia bebas.htm/2012 http://rokok wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 http://arak wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 http://tidur wikipedia bahasa melayu eksiklopedia bebas.htm/2012 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/SENAMANDANKECERGASAN 40
  • 41. PJK2102W http://www.muscle-fitness.com/2012 Khang Wei ( 2010 ) Esei Gaya Hidup Sihat. Kuala Lumpur: PHPBB Creating Com. Nusa ( 2001 ) Akibat Rokok. Kuala Lumpur: Nusaindah Tripod Wan Mahani Binti Wan Hassan ( 2009 ) Senaman Lelaki. Selangor: Buku Prima Bhd. 41