Dokumen ini membahas tentang amalan terbaik dalam pembangunan sosial menurut Islam. Dua amalan terbaik yang disebutkan adalah menjaga hubungan persaudaraan dan menjaga pemakanan serta kesihatan. Hubungan persaudaraan penting untuk menciptakan perdamaian antaragama, sementara menjaga gizi dan kesehatan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
2. APA ITU PEMBANGUNGAN SOSIAL?
• Amalan terbaik ialah amalan baik yang kebiasaannya dilakukan oleh seseorang dengan
berterusan sehingga diikuti oleh orang lain.
• Pembangunan sosial adalah proses perubahan sosial yang terencana yang direka untuk
mengangkat kesejahteraan penduduk menyeluruh dengan menggabungkannya dengan
proses pembangunan ekonomi yang dinamis.
3. Amalan terbaik dalam pembangunan sosial dan antaranya ialah:
• Menjaga hubungan persaudaraan.
• Menjaga hubungan persaudaraan adalah hubungan diantara keluarga, sahabat dan masyarakat di sekeliling
kita.
• Menjaga hubungan antara saudara adalah penting kerana ia salah satu perkara yang membawa kedamaian
dan kesejahteraan kepada diri.
• Dengan kata lain, melalui penjagaan hubungan persaudaraan antara masyarakat terutamanya yang berlainan
agama dapat mengelak dari permusuhan dan mereka juga lebih memahami dan menghormati dalam aspek
agama.
• Menjaga hubungan juga dapat menjaga perpaduan yang terjalin terutamanya dalam suasana masyarakat yang
berbilang kaum dan agama.
4. Amalan terbaik dalam pembangunan sosial dan antaranya ialah:
• Menjaga pemakanan dan kesihatan
• Menjaga pemakanan dan kesihatan adalah satu perbuatan yang seringkali masyarakat tidak ambil peduli. Ini
terbukti dengan peningkatan bilangan masyarakat yang mempunyai penyakit akibat dari tidak menjaga
kesihatan seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya.
• Menjaga pemakanan dan kesihatan amat penting dalam pembangunan sosial. Ia adalah sesuatu perkara baik
yang dapat diterapkan kepada masyarakat supaya mereka dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih baik.
• Badan yang sihat serta minda yang cergas memberi kebahagiaan dan kegembiraan kerana ia dapat melahirkan
perasaan dan fikiran yang positif.
5. KESIMPULAN
• Pembangunan sosial seringkali terjadi dikalangan kita dan ia tertakluk sama ada kita
ingin menjaganya ataupun tidak. Akan tetapi, tidak seseorang pun akan tidak
termasuk dalam pembangunan sosial kerana semua orang akan cuba bersosial tidak
kira bagaimanapun caranya. Tidak ada seseorang pun manusia ingin bersendirian
kerana keinginan untuk berteman itu adalah fitrah manusia.
• Menjaga hubungan persaudaraan itu penting tetapi menjaga pemakanan dan kesihatan
juga penting. Kita juga dapat bersosial dengan menjaga pemakanan dan kesihatan
kerana dengan menjaganya kita dapat memberi contoh kepada masyarakat yang ingin
menjaga pemakanan dan kesihatan mereka.