Gaya hidup sihat dapat dicapai dengan melakukan aktiviti bersama keluarga seperti bermain dan berkelah untuk meningkatkan hubungan antara ahli keluarga dan mengelakkan perasaan negatif. Amalan makan seimbang dan penjagaan kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan tahunan juga penting. Selain itu, aktiviti fizikal seperti bersukan dapat menjadikan tubuh lebih sihat dan cantik serta mengelakkan aktiviti
1. Gaya Hidup Sihat
Para Hadirin yangdikasihi,Frasa “gaya hidup”dapatdidefinisikan sebagai caratertentu seseorangindividu atau
sesuatu kumpulan menjalani kehidupan,manakala istilah “sihat”pula dapatditakrifkan sebagai tidak
menghidap sebarangpenyakit, tidak sakit-sakit,afiatdan segar.Tuntasnya,gaya hidup sihatbolehlah
ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yangmembawa impak positif kepada diri seseorang,keluarganya
dan masyarakat.Dalamkonteks pembentukan bangsa Malaysia yangsihatdan memiliki minda kelas pertama,
gaya hidup sihatharus kita tekankan dan amalkan sebagai satu asetyangpalingberharga dalamkehidupan.
Sidang Hadirin yang budiman,Seiring dengan pembangunan negara, masyarakat menjadi semakin
mementingkan material dan kebendaan, sekaligus mengabaikan gaya hidup sihat yang sememangnya penting
dalamkehidupan kita. Persoalannya, haruskah kita korbankan gaya hidup sihat semata -mata untuk mengejar
keselesaan hidup? Apakah yang boleh dan harus kita lakukan untuk mencapai gaya hidup yang sihat?
Sidang Hadirin sekalian,Sememangnya terdapat banyak langkah dan usaha yang dapat kita lakukan untuk
mencapai gaya hidup sihat. Pertama sekali, kita hendaklah memberikan tumpuan kepada aktiviti riadah
bersama-sama dengan keluarga kita.Sesungguhnya, ahli keluarga merupakan orang yang terdekat dengan kita
dan senantiasa memberikan dorongan dan semangat kepada kita. Apabila kita melakukan aktiviti -aktiviti
riadah dengan ahli keluarga seperti bermain, berkelah, memakan angin, dan sebagainya, ki ta akan berasa
gembira dan ceria.Lantas,perasaan-perasaan negatif seperti sedih,murung, dan sebagainya tidak akan timbul
dalamdiri kita.Pendek kata, kita dapatmengamalkan gaya hidup sihat dan merapatkan hubungan antara ahli
keluarga sekiranya kita melakukan aktiviti riadah dengan mereka.
Para Hadirin yang dimuliakan,Amalan permakanan yang seimbang juga amat ditekankan dalam usaha
memupuk gaya hidup sihat.Hal ini kerana jika kita tidak memakan makanan yang seimbang, maka badan kita
tidak dapat berfungsi dengan normal. Makanan yang seimbang adalah penting untuk membekalkan tenaga
dan mengekalkan kesihatan, sama ada dari segi mental dan fizikal. Namun, lebihan bahan-bahan tertentu
dalammakanan pula boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya, lebihan lemak akan mengakibatkan
obesiti manakala lebihan gula pula boleh menyebabkan diabetis. Jadi, kita memerlukan gizi makanan yang
seimbang agar kita dapat menjalani kehidupan yang produktif dan menjauhi kita daripada segala jenis
penyakit.
Hadirin dan Hadirat sekalian,Kita juga perlulah menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Kita
haruslah melakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap dan tetap, sekurang-kurangnya setahun sekali bagi
memastikan kita bebas daripada sebarang penyakit. Bak kata pepatah, “cegah sebelum parah.” Penggunaan
bahan-bahan kosmetik dan terapi kesihatan juga amat digalakkan, selagi bahan-bahan tersebut tidak
memudaratkan kesihatan dan tidak mendatangkan sebarangkesan sampingan. Malah, pengambilan makanan
suplemen seperti pil-pil vitamin sememangnya diperlukan, khususnya terhadap golongan yang kekurangan
bersenam dan aktiviti riadah. Dengan kata lain, kita haruslah menjaga kesihatan kita dengan pelbagai cara
untuk mencapai gaya hidup yang sihat.
SidangSaksi Bervisi,Kita juga boleh mempraktikkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti yang sihat.
Dalam konteks ini, bersukan menjadi fokus utama dalam bicara kata pada kali ini. Sememangnya bersukan
membawa seribu satu kebaikan kepada kita. Bersukan bukan sahaja dapat menjadikan kita lebih sihat, malah
gaya tubuh badan kita juga akan nampak lebih tampan dan cantik serta melambatkan proses pernuaan. Dari
perspektif lain, jika kita menggunakan segala masa lapang kita untuk bersenam atau melakukan kerja -kerja
amal, maka kita tidak akan mempunyai masa yang lebih untuk melakukan aktiviti -aktiviti yang tidak baik
seperti melepak, terlibat dalam vandalisme mahupun gangsterisme. Slogan “Katakan Tak Nak Kepada Rokok”
dan “Jauhi Dadah” juga haruslah sematkan selalu dalam hati supaya kita dapat menjalani gaya hidup yang
sihat.
SidangHadirin sekalian,Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk kita praktikkan dan amalkan gaya hidup
sihatdalamkehidupan kita.Sebelum saya mengundur diri,saya ingin menyeru semua orang untuk sama -sama
mengambil berat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dari pelbagai aspek. Ini penting demi memastikan
negara Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang sihat menjelang Wawasan 2020.
Sekian, terima kasih.