1. LMCP1552
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
TAJUK : AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
NAMA : AHMAD NASRUL MUIZZ BIN AHMAD NAZRI (A164175)
2. Definisi
Amalan terbaik ialah amalan baik
yang kebiasaannya dilakukan oleh
seseorang dengan berterusan
sehingga diikuti oleh orang lain.
Pembangunan sosial adalah
proses perubahan sosial yang
terencana yang direka untuk
mengangkat kesejahteraan penduduk
menyeluruh dengan
menggabungkannya dengan proses
pembangunan ekonomi yang dinamis.
3. Terdapat pelbagai amalan terbaik
dalam pembangunan sosial dan
antaranya ialah:
Menjaga hubungan persaudaraan
Menjaga pemakanan dan kesihatan
4. Menjaga hubungan
persaudaraan
Menjaga hubungan persaudaraan adalah
hubungan diantara keluarga, sahabat dan
masyarakat di sekeliling kita.
Menjaga hubungan antara saudara adalah
penting kerana ia salah satu perkara yang
membawa kedamaian dan kesejahteraan kepada
diri.
Dengan kata lain, melalui penjagaan hubungan
persaudaraan antara masyarakat terutamanya
yang berlainan agama dapat mengelak dari
permusuhan dan mereka juga lebih memahami
dan menghormati dalam aspek agama.
Menjaga hubungan juga dapat menjaga
perpaduan yang terjalin terutamanya dalam
suasana masyarakat yang berbilang kaum dan
agama.
5. Menjaga pemakanan dan
kesihatan
Menjaga pemakanan dan kesihatan adalah satu
perbuatan yang seringkali masyarakat tidak
ambil peduli. Ini terbukti dengan peningkatan
bilangan masyarakat yang mempunyai penyakit
akibat dari tidak menjaga kesihatan seperti
obesiti, kencing manis, darah tinggi, sakit buah
pinggang dan sebagainya.
Menjaga pemakanan dan kesihatan amat
penting dalam pembangunan sosial. Ia adalah
sesuatu perkara baik yang dapat diterapkan
kepada masyarakat supaya mereka dapat
menjalani kehidupan ini dengan lebih baik.
Badan yang sihat serta minda yang cergas
memberi kebahagiaan dan kegembiraan kerana
ia dapat melahirkan perasaan dan fikiran yang
positif.
6. Kesimpulan
Pembangunan sosial seringkali terjadi
dikalangan kita dan ia tertakluk sama ada kita
ingin menjaganya ataupun tidak. Akan tetapi,
tidak seseorang pun akan tidak termasuk dalam
pembangunan sosial kerana semua orang akan
cuba bersosial tidak kira bagaimanapun caranya.
Tidak ada seseorang pun manusia ingin
bersendirian kerana keinginan untuk berteman
itu adalah fitrah manusia.
Menjaga hubungan persaudaraan itu penting
tetapi menjaga pemakanan dan kesihatan juga
penting. Kita juga dapat bersosial dengan
menjaga pemakanan dan kesihatan kerana
dengan menjaganya kita dapat memberi contoh
kepada masyarakat yang ingin menjaga
pemakanan dan kesihatan mereka.