SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
Balkisnoor1
, Ayuni2
, Li3
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia, Guilin University of Electronic Technology
Corresponding Author: 1
balkisnoor96@gmail.com 2
zatulayuni318@gmail.com
3
15953com@sina.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan sosial iaitu gejala bercinta dalam kalangan
anak remaja di Malaysia pada masa kini. Hal ini dipandang serius kerana rentetan gejala ini
membawa kepada peningkatan bilangan anak luar nikah di Malaysia. Dapatan kajian mendapati
remaja di SMK lebih ramai bercinta berbanding pelajar di SMKA, begitu juga pelajar di SMKA
lebih ramai bercinta berbanding SMAS. Manakala Selangor mencatatkan bilangan kelahiran bayi
luar nikah paling tinggi iaitu 12836 orang bayi dengan jumlah seluruh negara ialah 70430 bayi
luar nikah yang telah didaftarkan. Ini diikuti negeri Perak (9788), Kuala Lumpur (9439), Sabah
(8435), Negeri Sembilan (4108), Sarawak (617), dan Terengganu(574). Berdasarkan faktor yang
telah dibincangkan seperti faktor luaran iaitu perhatian ibu bapa dan faktor dalaman iaitu
bagaimana persepsi remaja itu sendiri tentang cinta, jelaslah pihak keluarga, sekolah dan pelajar
sendiri perlu mempersiapkan diri dalam menangani permasalahan sosial percintaan dalam
kalangan remaja. Isu sebegini memberi wajaran kepada masyarakat Malaysia untuk lebih peka
dan memberi perhatian terhadap remaja kerana mereka adalah aset yang bakal menerajui negara
pada masa hadapan.
Kata kunci : cinta, remaja, sosial, gejala, bayi luar nikah.
1.0 PENGENALAN
Masalah sosial dalam kalangan remaja masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan
masyarakat. Isu ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada ibu bapa, guru, kerajaan dan
masyarakat. Azizan (2015) menyatakan masalah sosial boleh diertikan sebagai perihal
kemasyarakatan yang memerlukan penyelesaian dan menimbulkan kesukaran dan kesulitan.
Azizi dah Rosnah (2007) melabel bahawa mereka yang melanggar norma masyarakat setempat
ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian. Terdapat pelbagai masalah sosial
yang melibatkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina
dan dadah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja adalah di kalangan yang berumur
10-19 tahun. Ia berbeza dengan dengan belia yang berumur 15 tahun sehingga 30 tahun
(Kerangka dan Konsep Dasar Belia Malaysia: 2015,54). Pada peringkat usia ini, mereka
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara yang baru terjadi di
sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu dalam diri. Secara tidak langsung
membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut.
Berdasarkan laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) 2006 mencatatkan
bahawa aktiviti seksual lebih cenderung melibatkan remaja berumur 13-15 tahun manakala
remaja berumur 18-20 tahun aktif melakukan hubungan seks. Hal ini menunjukkan risiko mereka
terdedah terhadap gejala tidak sihat seperti percintaan di awal usia boleh mengundang kepada
hubungan seksual.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah sosial yang dialami kebanyakan remaja adalah bercinta pada usia muda
(Nurzatil Ismah, 2015). Cinta ditakrifkan sebagai satu perasaan jiwa, sentuhan hati dan
dorongan dari dalam diri yang dialami oleh orang yang mengasihi terhadap orang yang
dikasihi dengan emosi yang tinggi dan perasaan yang halus. Memiliki teman wanita atau
lelaki pada usia remaja bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Fenomena ini biasanya berlaku
ketika usia meningkat 14 tahun dan 15 tahun dimana mereka mula tertarik antar satu sama
lain (Zulaiha, 2016) . Lazimnya, perasaan cinta ini bukan diundang, tetapi fitrah dalam
kalangan remaja. Menurut Robiah (1997), bercinta pada usia terlalu muda remaja lebih
mudah terperangkap dalam hubungan cinta yang tidak matang dan menjadi penjenayah seks.
Kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada
masalah remaja bercinta iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.
3.0 PENGUMPULAN DATA
Hasil dapatan kajian oleh Zulaiha Ali Othman (2016), mendapati SMAS mempunyai
paling kurang peratusan remaja bercinta (<10%) berbanding SMA (50%) dan SMK (80%) .
Remaja di SMK lebih ramai bercinta berbanding pelajar di SMKA, begitu juga pelajar di
SMKA lebih ramai bercinta berbanding SMAS. Walau bagaimanapun peratusan remaja
bercinta di SMK dan SMKA dikatakan tinggi berbanding dengan SMAS.
Manakala di dalam kajian Nurzatil Ismah (2015), Selangor mencatatkan bilangan anak
luar nikah paling tinggi iaitu 12836 orang bayi dengan jumlah seluruh negara ialah 70430
anak luar nikah yang telah didaftarkan. Ini diikuti negeri Perak (9788), Kuala Lumpur
(9439), Sabah (8435), Negeri Sembilan (4108), Sarawak (617), dan Terengganu(574).
Tambahan lagi, kes anak luar nikah dicatatkan mengikut pecahan agama adalah 30978 Islam,
18085 Hindu, 17236 Buddha dan 3395 Kristian .
4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar bercinta adalah tertinggi iaitu
66% berbanding dengan tidak bercinta sebanyak 44%. Terdapat beberapa faktor utama yang
menyumbang kepada remaja bercinta iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Menurut Othman
(2016) faktor dalaman merujuk kepada keinginan diri sendiri remaja yang mencatatkan peratusan
paling tinggi berbanding faktor-faktor lain.
4.1 Faktor Remaja Bercinta
4.1.1 Diri Sendiri
Sebagai seorang remaja, mereka merasakan perasaan untuk disayangi dan dicintai
merupakan fitrah bagi setiap individu. Maka, remaja bercinta adalah disebabkan kurang
pemahaman dan pengetahuan akan hakikat cinta dalam mengurus rasa cinta pada usia
yang muda.
4.1.2 Kurang Perhatian Keluarga
Manakala faktor luaran seperti kurang perhatian daripada keluarga turut signifikan
dalam faktor penyumbang kepada remaja bercinta. Kesibukan ibu bapa dalam
menguruskan kerjaya dan tanggungjawab telah menyebabkan remaja memilih rakan yang
berlainan gender untuk berkongsi cerita, masalah dan aktiviti seharian. Tambahan lagi,
terdapat remaja memilih untuk bercinta adalah disebabkan perasaan memberontak kepada
ibu bapa. Lazimnya, remaja tidak gemar sekiranya ibu bapa mereka terlalu mengawal
mereka seperti kanak-kanak kecil dan terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi.
Mereka inginkan kebebasan seperti rakan-rakan lain dan sentiasa ingin mencuba sesuatu
yang baharu dalam kehidupan. Oleh itu, remaja yang mencari pasangan kekasih hanyalah
simbol protes terhadap ibu bapa mereka.
4.1.3 Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja untuk bercinta.
Remaja lebih gemar untuk mengamalkan sikap ‘terikut-ikut’ rakan yang lain untuk
bercinta. Kebiasaannya, terdapat golongan remaja berasa tertekan dan stress sekiranya
dikelilingi rakan-rakan yang sudah mempunyai pasangan kekasih manakala dirinya tiada
pasangan kekasih lagi. Situasi ini menggalakkan lagi remaja memilih pasangan kekasih
tanpa mengenalinya dengan lebih baik. Kesannya, remaja bercinta yang tidak dapat
mengawal diri akan mula terjebak dengan isu yang lebih berat seperti kes pembuangan
bayi.
4.1.4 Faktor Persekitaran
Seterusnya, faktor persekitaran seperti media massa media massa memainkan
peranan yang signifikan dalam mempengaruhi golongan remaja. Kecanggihan teknologi
menggalakkan lagi remaja terdedah kepada banyak informasi termasuk bahan yang tidak
sesuai dan mendatangkan kemudaratan. Bukan itu sahaja, adegan-adegan yang tidak
sesuai dalam sesebuah filem atau drama dari dalam negara atau luar negara mampu
menimbulkan perasaan yang ingin tahu yang sangat tinggi dalam diri remaja untuk
mencuba.
4.2 Faktor Masalah Anak Luar Nikah
Hasil kajian Azizan (2015) pada tahun 2000 hingga 2008 menunjukkan peningkatan masalah
anak luar nikah di negeri Selangor adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 12,836 , diikuti negeri
Perak 9,788 dan Kuala Lumpur 9,439 orang bayi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
masalah anak luar nikah berlaku iaitu melepak dan menonton bahan lucah.
4.2.1 Melepak
Secara amnya, masalah lepak merupakan pemangkin kepada pelbagai masalah
sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di negara Malaysia. Budaya melepak bukan
sahaja berlaku di bandar-bandar sahaja malah kawasan luar bandar turut berlaku secara
berleluasa. Aktiviti melepak mampu mendorong remaja untuk berkenalan dengan rakan-
rakan yang berlainan gender dan akhirnya mereka akan memulakan perhubungan
percintaan. Kesannya, melalui budaya melepak juga berlaku aktiviti seksual, kelakuan
sumbang mahram dan seks bebas yang menyumbang kepada masalah anak luar nikah.
4.2.2 Menonton Bahan Lucah
Seterusnya, lambakan pornografi melalui internet telah mendorong golongan
remaja untuk menonton bahan lucah dengan lebih mudah diakses. Ketagihan segelintir
golongan remaja yang gemar menonton pornografi bukan saja boleh meruntuhkan akhlak
dan nilai moral, tetapi juga cenderung membuatkan individu terbabit sebagai pemangsa
kes gejala sosial. Remaja biasanya bermula dengan melihat gambar lucah dan apabila ia
tidak lagi mendatangkan kepuasan, mereka berjinak-jinak menonton video. Ketagihan ini
bertambah parah apabila mereka menjadikan pornografi sebagai medium mencari
keseronokan dan mencuba untuk meniru dengan pasangan kekasih. Kesannya, kes
seksual seperti penderaan, rogol dan anak luar nikah semakin berleluasa.
Hakikatnya, dapatlah dilihat bahawa peningkatan masalah anak luar nikah turut
dipengaruhi oleh remaja yang bercinta. Meskipun terdapat kes anak luar nikah berlaku
adalah disebabkan oleh kes rogol, namun sikap remaja bercinta yang ‘suka sama suka’
adalah lebih banyak remaja terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana remaja
bercinta sering kali dikaitkan dengan menonton wayang bersama, bersiar-siar bersama
dan melihat video lucah.
4.3 Penyelesaian
4.3.1 Peranan sekolah
Terdapat beberapa cadangan yang perlu diketengahkan iaitu peranan pihak sekolah
dengan mengadakan ceramah yang berkaitan dengan keburukan seks bebas. Pendedahan
dari peringkat awal sejak di bangku sekolah membantu remaja untuk sedar akan
keburukan yang bakal diterima sekiranya dia tidak mampu mengurus perasaan cinta
dengan lebih baik.
4.3.2 Peranan Keluarga
Peranan keluarga adalah amat penting dalam memastikan remaja berakhlak mulia.
Sebagai seorang ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak dan
mengambil berat berkaitan masalah remaja agar remaja merasakan bahawa mereka
mempunyai tempat untuk meluahkan masalah dan perasaan yang dihadapi sepanjang
harian mereka.
4.3.3 Peranan Diri Sendiri
Selain itu, remaja itu sendiri berperanan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih
baik dengan mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh sekolah atau
badan-badan NGO di luar. Ilmu keagamaan yang diperoleh dapat dijadikan sebagai
benteng dalam diri.
5.0 KESIMPULAN
Setelah membincangkan gejala remaja bercinta, jelaslah isu ini membawa kepada
permasalahan sosial dimana salah satunya adalah peningkatan bilangan anak luar nikah di
Malaysia. Setelah mengambil kira faktor-faktor terhadap gejala remaja bercinta ini, pelbagai
pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan individu remaja sendiri perlu memainkan
peranan dalam permasalahan ini.
Oleh yang demikian, Ibu bapa sendiri perlu lebih mengambil berat dan seharusnya
boleh menjadi pendengar setia atau teman baik yang boleh dijadikan medium oleh anak
remaja untuk berkongsi cerita dan masalah. Hal ini kerana potensi untuk anak remaja
melakukan perkara yang salah boleh diminimakan dengan kawalan yang kondusif oleh ibu
bapa yang dianggap teman baik oleh golongan remaja.
Manakala, pihak sekolah berperanan menyediakan persekitaran yang baik untuk
pelajar. Kualiti kepada pemantauan dan bimbingan sangat penting bagi membolehkan pelajar
memahami dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan mereka seperti ilmu
keagamaan. Pendedahan yang luas terhadap ilmu keagamaan kepada pelajar membantu
mereka membezakan perkara yang perlu dihindari atau dipraktikkan dalam kehidupan.
Selain itu, remaja itu sendiri perlu memahami makna sebenar cinta dimana ia adalah
fitrah manusia yang dihadirkan oleh Allah hanya dengan satu tujuan iaitu mencari
keredhaan-Nya. Asas kefahaman ini menjadi garis panduan kepada remaja supaya tidak
bercinta sebelum ketika yang dibenarkan dalam syariat Islam.
RUJUKAN
AB. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. 2005. Permasalahan Pelajar-Pelajar Fakir
Miskin di Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan 30 : 21-33.
Arsaythamby Veloo & Ng Chooi Kim. 2014. Jenis Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Sabah. Asian Pacific Journal of Educators and
Education: 125-139.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli & Yusof Boon. n.d. Masalah Lepak di Kalangan Remaja di Johor
Bahru: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat.
Azizi Yahaya, Halimah Maalip & Mohamad Hasan Omar. 2011. Permasalahan yang
Mempengaruhi Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputra. Journal of
Education Psychology and Counselling: 2. 1-27.
Chin, Low & Vivian. 2005. Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan dan Penyelesaian.
Seminar Pendidikan. Fakulti Pendidikan UTM.
Nurzatil Ismah, Nazneen, Sahlawati, Zanariah & Asma’ Wardah. 2015. Permasalahan Sosial
dalam Kalangan Remaja di Selangor. International Conference on Aqidah, Dakwah and
Syariah.
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial. Journal of Education Psychology & Counseling:
115-140.
Zulaiha Ali Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzirah Ali Othman & Zurina Muda. 2016.
Remaja Bercinta : Kajian Terhadap Tiga Jenis Sekolah Menengah. Jurnal
Hadhari : 187-210.
Zulkifli, Jamilah, Aminah & Ismi Arif. 2011. Hubungan antara Penglibatan Ibubapa dan
Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic
Education: 3(2). 31-40.

More Related Content

What's hot

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakMiss Miaa
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngoPusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngoAlecis Alex
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahMaizatul Malik
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
What's hot (20)

Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngoPusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
Pusat pendidikan kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (ngo
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Kaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalahKaedah penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Similar to Masalah sosial remaja bercinta dan anak luar nikah di Malaysia

Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Cikgu Sivam sivam
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaUbaidillah Muhammad
 
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaLeyla Adrianti Hermina
 
Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPutri Tampubolon
 
Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasAiman_hakimi00
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
KTI BK SMP Perilaku Seks Pranikah
KTI BK SMP Perilaku Seks PranikahKTI BK SMP Perilaku Seks Pranikah
KTI BK SMP Perilaku Seks PranikahLidya Ardiyan
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newDaengsMuslihah
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Similar to Masalah sosial remaja bercinta dan anak luar nikah di Malaysia (20)

Isu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayiIsu pembuangan bayi
Isu pembuangan bayi
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannyaAzizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
Azizi yahaya persekitaran_keluarga_dan_kesannya
 
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
 
Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remaja
 
Naskah publikasi
Naskah publikasi Naskah publikasi
Naskah publikasi
 
Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 
Esei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebasEsei masalah pergaulan bebas
Esei masalah pergaulan bebas
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
KTI BK SMP Perilaku Seks Pranikah
KTI BK SMP Perilaku Seks PranikahKTI BK SMP Perilaku Seks Pranikah
KTI BK SMP Perilaku Seks Pranikah
 
karya ilmiah populer
karya ilmiah populerkarya ilmiah populer
karya ilmiah populer
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 new
 
tingkah laku berisiko
tingkah laku berisikotingkah laku berisiko
tingkah laku berisiko
 
Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 
Aisy makalah
Aisy makalahAisy makalah
Aisy makalah
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
seks bebas
seks bebasseks bebas
seks bebas
 
More from zatul ayuni

NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITE
NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITENARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITE
NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITEzatul ayuni
 
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...zatul ayuni
 
MANAGING CHANGE & INNOVATIONS
MANAGING CHANGE & INNOVATIONSMANAGING CHANGE & INNOVATIONS
MANAGING CHANGE & INNOVATIONSzatul ayuni
 
BOOK REVIEW: HALA TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARA
BOOK REVIEW: HALA  TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARABOOK REVIEW: HALA  TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARA
BOOK REVIEW: HALA TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARAzatul ayuni
 
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORY
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORYTEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORY
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORYzatul ayuni
 
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYA
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYABUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYA
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYAzatul ayuni
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORzatul ayuni
 
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)zatul ayuni
 
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPY
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPYFORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPY
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPYzatul ayuni
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINzatul ayuni
 
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYA
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYAADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYA
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYAzatul ayuni
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAzatul ayuni
 
More from zatul ayuni (14)

NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITE
NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITENARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITE
NARRATIVE THEORY - MICHAEL WHITE
 
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
SOLUTION FOCUS BRIEF THERAPY (SFBT) a.k.a TERAPI RINGKAS BERFOKUS KEPADA PENY...
 
MANAGING CHANGE & INNOVATIONS
MANAGING CHANGE & INNOVATIONSMANAGING CHANGE & INNOVATIONS
MANAGING CHANGE & INNOVATIONS
 
BOOK REVIEW: HALA TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARA
BOOK REVIEW: HALA  TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARABOOK REVIEW: HALA  TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARA
BOOK REVIEW: HALA TUJU SISTEM PENAKSIRAN NEGARA
 
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORY
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORYTEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORY
TEORI EKSPERIENSIAL a.k.a EXPERIENTIAL THEORY
 
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYA
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYABUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYA
BUDAYA KELOMPOK PELARIAN ETNIK ROHINGYA
 
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELORMASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM KALANGAN PELAJAR DAN PERANAN KAUNSELOR
 
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)
NEUROCOGNITIVE DISORDER (NCD)
 
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPY
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPYFORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPY
FORMULA KEJAYAAN USAHAWAN: PERNIAGAAN GOLDEN TAKOYAKI & BEE HAPPY
 
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAINHUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
HUBUNGAN DENGAN PROFESIONAL-PROFESIONAL LAIN
 
AMALGAMASI
AMALGAMASIAMALGAMASI
AMALGAMASI
 
Composting
CompostingComposting
Composting
 
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYA
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYAADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYA
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DAN PENGARUHNYA
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
 
Recently uploaded

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Masalah sosial remaja bercinta dan anak luar nikah di Malaysia

  • 1. PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA Balkisnoor1 , Ayuni2 , Li3 Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Guilin University of Electronic Technology Corresponding Author: 1 balkisnoor96@gmail.com 2 zatulayuni318@gmail.com 3 15953com@sina.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan sosial iaitu gejala bercinta dalam kalangan anak remaja di Malaysia pada masa kini. Hal ini dipandang serius kerana rentetan gejala ini membawa kepada peningkatan bilangan anak luar nikah di Malaysia. Dapatan kajian mendapati remaja di SMK lebih ramai bercinta berbanding pelajar di SMKA, begitu juga pelajar di SMKA lebih ramai bercinta berbanding SMAS. Manakala Selangor mencatatkan bilangan kelahiran bayi luar nikah paling tinggi iaitu 12836 orang bayi dengan jumlah seluruh negara ialah 70430 bayi luar nikah yang telah didaftarkan. Ini diikuti negeri Perak (9788), Kuala Lumpur (9439), Sabah (8435), Negeri Sembilan (4108), Sarawak (617), dan Terengganu(574). Berdasarkan faktor yang telah dibincangkan seperti faktor luaran iaitu perhatian ibu bapa dan faktor dalaman iaitu bagaimana persepsi remaja itu sendiri tentang cinta, jelaslah pihak keluarga, sekolah dan pelajar sendiri perlu mempersiapkan diri dalam menangani permasalahan sosial percintaan dalam kalangan remaja. Isu sebegini memberi wajaran kepada masyarakat Malaysia untuk lebih peka dan memberi perhatian terhadap remaja kerana mereka adalah aset yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Kata kunci : cinta, remaja, sosial, gejala, bayi luar nikah.
  • 2. 1.0 PENGENALAN Masalah sosial dalam kalangan remaja masih lagi hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat. Isu ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada ibu bapa, guru, kerajaan dan masyarakat. Azizan (2015) menyatakan masalah sosial boleh diertikan sebagai perihal kemasyarakatan yang memerlukan penyelesaian dan menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Azizi dah Rosnah (2007) melabel bahawa mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian. Terdapat pelbagai masalah sosial yang melibatkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja seperti pembuangan bayi, rogol, zina dan dadah. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), remaja adalah di kalangan yang berumur 10-19 tahun. Ia berbeza dengan dengan belia yang berumur 15 tahun sehingga 30 tahun (Kerangka dan Konsep Dasar Belia Malaysia: 2015,54). Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara yang baru terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu dalam diri. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Berdasarkan laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) 2006 mencatatkan bahawa aktiviti seksual lebih cenderung melibatkan remaja berumur 13-15 tahun manakala remaja berumur 18-20 tahun aktif melakukan hubungan seks. Hal ini menunjukkan risiko mereka terdedah terhadap gejala tidak sihat seperti percintaan di awal usia boleh mengundang kepada hubungan seksual.
  • 3. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Masalah sosial yang dialami kebanyakan remaja adalah bercinta pada usia muda (Nurzatil Ismah, 2015). Cinta ditakrifkan sebagai satu perasaan jiwa, sentuhan hati dan dorongan dari dalam diri yang dialami oleh orang yang mengasihi terhadap orang yang dikasihi dengan emosi yang tinggi dan perasaan yang halus. Memiliki teman wanita atau lelaki pada usia remaja bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Fenomena ini biasanya berlaku ketika usia meningkat 14 tahun dan 15 tahun dimana mereka mula tertarik antar satu sama lain (Zulaiha, 2016) . Lazimnya, perasaan cinta ini bukan diundang, tetapi fitrah dalam kalangan remaja. Menurut Robiah (1997), bercinta pada usia terlalu muda remaja lebih mudah terperangkap dalam hubungan cinta yang tidak matang dan menjadi penjenayah seks. Kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah remaja bercinta iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. 3.0 PENGUMPULAN DATA Hasil dapatan kajian oleh Zulaiha Ali Othman (2016), mendapati SMAS mempunyai paling kurang peratusan remaja bercinta (<10%) berbanding SMA (50%) dan SMK (80%) . Remaja di SMK lebih ramai bercinta berbanding pelajar di SMKA, begitu juga pelajar di SMKA lebih ramai bercinta berbanding SMAS. Walau bagaimanapun peratusan remaja bercinta di SMK dan SMKA dikatakan tinggi berbanding dengan SMAS. Manakala di dalam kajian Nurzatil Ismah (2015), Selangor mencatatkan bilangan anak luar nikah paling tinggi iaitu 12836 orang bayi dengan jumlah seluruh negara ialah 70430 anak luar nikah yang telah didaftarkan. Ini diikuti negeri Perak (9788), Kuala Lumpur (9439), Sabah (8435), Negeri Sembilan (4108), Sarawak (617), dan Terengganu(574). Tambahan lagi, kes anak luar nikah dicatatkan mengikut pecahan agama adalah 30978 Islam, 18085 Hindu, 17236 Buddha dan 3395 Kristian .
  • 4. 4.0 PERBINCANGAN Kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar bercinta adalah tertinggi iaitu 66% berbanding dengan tidak bercinta sebanyak 44%. Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada remaja bercinta iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Menurut Othman (2016) faktor dalaman merujuk kepada keinginan diri sendiri remaja yang mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding faktor-faktor lain. 4.1 Faktor Remaja Bercinta 4.1.1 Diri Sendiri Sebagai seorang remaja, mereka merasakan perasaan untuk disayangi dan dicintai merupakan fitrah bagi setiap individu. Maka, remaja bercinta adalah disebabkan kurang pemahaman dan pengetahuan akan hakikat cinta dalam mengurus rasa cinta pada usia yang muda. 4.1.2 Kurang Perhatian Keluarga Manakala faktor luaran seperti kurang perhatian daripada keluarga turut signifikan dalam faktor penyumbang kepada remaja bercinta. Kesibukan ibu bapa dalam menguruskan kerjaya dan tanggungjawab telah menyebabkan remaja memilih rakan yang berlainan gender untuk berkongsi cerita, masalah dan aktiviti seharian. Tambahan lagi, terdapat remaja memilih untuk bercinta adalah disebabkan perasaan memberontak kepada ibu bapa. Lazimnya, remaja tidak gemar sekiranya ibu bapa mereka terlalu mengawal mereka seperti kanak-kanak kecil dan terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Mereka inginkan kebebasan seperti rakan-rakan lain dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupan. Oleh itu, remaja yang mencari pasangan kekasih hanyalah simbol protes terhadap ibu bapa mereka. 4.1.3 Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja untuk bercinta. Remaja lebih gemar untuk mengamalkan sikap ‘terikut-ikut’ rakan yang lain untuk bercinta. Kebiasaannya, terdapat golongan remaja berasa tertekan dan stress sekiranya dikelilingi rakan-rakan yang sudah mempunyai pasangan kekasih manakala dirinya tiada
  • 5. pasangan kekasih lagi. Situasi ini menggalakkan lagi remaja memilih pasangan kekasih tanpa mengenalinya dengan lebih baik. Kesannya, remaja bercinta yang tidak dapat mengawal diri akan mula terjebak dengan isu yang lebih berat seperti kes pembuangan bayi. 4.1.4 Faktor Persekitaran Seterusnya, faktor persekitaran seperti media massa media massa memainkan peranan yang signifikan dalam mempengaruhi golongan remaja. Kecanggihan teknologi menggalakkan lagi remaja terdedah kepada banyak informasi termasuk bahan yang tidak sesuai dan mendatangkan kemudaratan. Bukan itu sahaja, adegan-adegan yang tidak sesuai dalam sesebuah filem atau drama dari dalam negara atau luar negara mampu menimbulkan perasaan yang ingin tahu yang sangat tinggi dalam diri remaja untuk mencuba. 4.2 Faktor Masalah Anak Luar Nikah Hasil kajian Azizan (2015) pada tahun 2000 hingga 2008 menunjukkan peningkatan masalah anak luar nikah di negeri Selangor adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 12,836 , diikuti negeri Perak 9,788 dan Kuala Lumpur 9,439 orang bayi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah anak luar nikah berlaku iaitu melepak dan menonton bahan lucah. 4.2.1 Melepak Secara amnya, masalah lepak merupakan pemangkin kepada pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di negara Malaysia. Budaya melepak bukan sahaja berlaku di bandar-bandar sahaja malah kawasan luar bandar turut berlaku secara berleluasa. Aktiviti melepak mampu mendorong remaja untuk berkenalan dengan rakan- rakan yang berlainan gender dan akhirnya mereka akan memulakan perhubungan percintaan. Kesannya, melalui budaya melepak juga berlaku aktiviti seksual, kelakuan sumbang mahram dan seks bebas yang menyumbang kepada masalah anak luar nikah.
  • 6. 4.2.2 Menonton Bahan Lucah Seterusnya, lambakan pornografi melalui internet telah mendorong golongan remaja untuk menonton bahan lucah dengan lebih mudah diakses. Ketagihan segelintir golongan remaja yang gemar menonton pornografi bukan saja boleh meruntuhkan akhlak dan nilai moral, tetapi juga cenderung membuatkan individu terbabit sebagai pemangsa kes gejala sosial. Remaja biasanya bermula dengan melihat gambar lucah dan apabila ia tidak lagi mendatangkan kepuasan, mereka berjinak-jinak menonton video. Ketagihan ini bertambah parah apabila mereka menjadikan pornografi sebagai medium mencari keseronokan dan mencuba untuk meniru dengan pasangan kekasih. Kesannya, kes seksual seperti penderaan, rogol dan anak luar nikah semakin berleluasa. Hakikatnya, dapatlah dilihat bahawa peningkatan masalah anak luar nikah turut dipengaruhi oleh remaja yang bercinta. Meskipun terdapat kes anak luar nikah berlaku adalah disebabkan oleh kes rogol, namun sikap remaja bercinta yang ‘suka sama suka’ adalah lebih banyak remaja terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana remaja bercinta sering kali dikaitkan dengan menonton wayang bersama, bersiar-siar bersama dan melihat video lucah. 4.3 Penyelesaian 4.3.1 Peranan sekolah Terdapat beberapa cadangan yang perlu diketengahkan iaitu peranan pihak sekolah dengan mengadakan ceramah yang berkaitan dengan keburukan seks bebas. Pendedahan dari peringkat awal sejak di bangku sekolah membantu remaja untuk sedar akan keburukan yang bakal diterima sekiranya dia tidak mampu mengurus perasaan cinta dengan lebih baik. 4.3.2 Peranan Keluarga Peranan keluarga adalah amat penting dalam memastikan remaja berakhlak mulia. Sebagai seorang ibu bapa hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak dan mengambil berat berkaitan masalah remaja agar remaja merasakan bahawa mereka
  • 7. mempunyai tempat untuk meluahkan masalah dan perasaan yang dihadapi sepanjang harian mereka. 4.3.3 Peranan Diri Sendiri Selain itu, remaja itu sendiri berperanan untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dengan mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh sekolah atau badan-badan NGO di luar. Ilmu keagamaan yang diperoleh dapat dijadikan sebagai benteng dalam diri. 5.0 KESIMPULAN Setelah membincangkan gejala remaja bercinta, jelaslah isu ini membawa kepada permasalahan sosial dimana salah satunya adalah peningkatan bilangan anak luar nikah di Malaysia. Setelah mengambil kira faktor-faktor terhadap gejala remaja bercinta ini, pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan individu remaja sendiri perlu memainkan peranan dalam permasalahan ini. Oleh yang demikian, Ibu bapa sendiri perlu lebih mengambil berat dan seharusnya boleh menjadi pendengar setia atau teman baik yang boleh dijadikan medium oleh anak remaja untuk berkongsi cerita dan masalah. Hal ini kerana potensi untuk anak remaja melakukan perkara yang salah boleh diminimakan dengan kawalan yang kondusif oleh ibu bapa yang dianggap teman baik oleh golongan remaja. Manakala, pihak sekolah berperanan menyediakan persekitaran yang baik untuk pelajar. Kualiti kepada pemantauan dan bimbingan sangat penting bagi membolehkan pelajar memahami dan mempraktikkan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan mereka seperti ilmu keagamaan. Pendedahan yang luas terhadap ilmu keagamaan kepada pelajar membantu mereka membezakan perkara yang perlu dihindari atau dipraktikkan dalam kehidupan. Selain itu, remaja itu sendiri perlu memahami makna sebenar cinta dimana ia adalah fitrah manusia yang dihadirkan oleh Allah hanya dengan satu tujuan iaitu mencari keredhaan-Nya. Asas kefahaman ini menjadi garis panduan kepada remaja supaya tidak bercinta sebelum ketika yang dibenarkan dalam syariat Islam.
  • 8. RUJUKAN AB. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. 2005. Permasalahan Pelajar-Pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan 30 : 21-33. Arsaythamby Veloo & Ng Chooi Kim. 2014. Jenis Amaran dan Faktor Ponteng Sekolah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Sabah. Asian Pacific Journal of Educators and Education: 125-139. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli & Yusof Boon. n.d. Masalah Lepak di Kalangan Remaja di Johor Bahru: Sejauhmanakah Remaja Melayu Terlibat. Azizi Yahaya, Halimah Maalip & Mohamad Hasan Omar. 2011. Permasalahan yang Mempengaruhi Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputra. Journal of Education Psychology and Counselling: 2. 1-27. Chin, Low & Vivian. 2005. Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan dan Penyelesaian. Seminar Pendidikan. Fakulti Pendidikan UTM. Nurzatil Ismah, Nazneen, Sahlawati, Zanariah & Asma’ Wardah. 2015. Permasalahan Sosial dalam Kalangan Remaja di Selangor. International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah. Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial. Journal of Education Psychology & Counseling: 115-140. Zulaiha Ali Othman, Roslan Ahmad, Umi Nadzirah Ali Othman & Zurina Muda. 2016. Remaja Bercinta : Kajian Terhadap Tiga Jenis Sekolah Menengah. Jurnal Hadhari : 187-210. Zulkifli, Jamilah, Aminah & Ismi Arif. 2011. Hubungan antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic Education: 3(2). 31-40.