SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Tingkah Laku Berisiko
Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bahari
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak : Artikel ini membincangkan tentang tingkah laku berisiko dikalangan pelajar. Tingkah
laku berisiko ini termasuklah penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan
alkohol, keganasan dan aktiviti seks bebas.
Katakunci : tingkah laku berisiko
Tingkah Laku berisiko
Ramai para psikologi percaya yang perkara utama remaja inginkan adalah mempunyai
personaliti yang berasingan dari ibu bapa mereka (Keating, 1990). Salah satu cara untuk
mencapai hasrat tersebut menyebabkan remaja terjebak dalam tingkah laku yang tidak seiring
dengan nilai dan norma ibu bapa dan masyarakat. Jessor (1992) berkata bahawa tingkah laku
berikut selalu “befungsi, bertujuan, penting dan berhala tuju”, dalam membantu remaja berpisah
dari ibu bapa dan menjadi lebih dekat dengan rakan rakan. Walaupun sebahagian dari tingkah
laku ini tidak membahayakan seperti fesyen pakaian dan rambut, tetapi kebanyakkannya
membawa kepada peningkatan hasil yang tidak dijangkakan, sesetengahnya juga menyebabkan
perubahan hidup yang serius. Tingkah laku ini sering dikaitkan dengan tingkah laku berisiko dan
termasuk penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan alcohol, keganasan dan
aktiviti seks bebas. Kajian yang berlainan mendefinasikan tingkah laku berisiko yang berlainan.
Jessor (1992), sebagai contoh, menambah diet yang tidak sihat, kurang senaman, dan kedegilan
menggunakan alatan keselamatan kereta sebagai tingkkah laku berisiko, tetapi tidak
memasukkan berjudi, atau perlakuan ganas sebagai tingkah laku berisiko. Lerner dan Simi
(2000) memasukkan dadah dan penggunaan alcohol, gejala seks bebas, jenayah dan keganasan,
dan juga pencapaian sekolah yang tidak bagus.
Mengenalpasti kepentingan hasil dari tingkah laku berisiko remaja , pengkaji mempunyai
peluang untuk mendedahkan kemungkinan yang dikenalpasti . Bukti menunjukkan terdapat
beberapa faktor seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh melihat perbuatan berisiko rakan,
pengaruh ibu bapadan pengaruh masyarakat dan deviant dilihat dapat mempengaruhi keputusan
remaja untuk terlibat atau tidak dalam tingkah laku berisiko (Byrnes, 2002; Jessor, 1992; Lerner
& Simi, 2000). Bagaimanapun, dinamik perhubungan antara factor kognitif individu dan tingkah
laku berisiko masih kabur (Furby & Beyth-Marom, 1992).
Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya
lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah
laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian
Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur
jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur
kelucahan. Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam
pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah,
vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.
Rekod Kementerian Pelajaran 2007 menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan
ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan
pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan
23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan
berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes
banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus)
pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod
18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun
sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan
penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.
Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah
juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku
disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan
perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes.
Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga
2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod
polis pada kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih
rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu
ditangani secara serius.
Kebanyakan takrifan mengenai remaja lebih menumpukan perhatian kepada ‘orang
muda’. Dalam masyarakat Barat, remaja dirujuk kepada tahap perkembangan seseorang apabila
bermulanya saat puberti (cukup umur), iaitu kira-kira pada usia antara dua belas ataupun tiga
belas tahun dan berterusan sehingga mencecah kehidupan dewasa.
Tidak kurang juga sebilangan orang yang memahami remaja berdasarkan pengaruh
televisyen, media cetak dan sebagainya. Atas sebab itu, setiap kali perkataan remaja disebut,
masyarakat umumnya lebih senang untuk mengaitkan remaja dengan pelajar sekolah. Untuk
lebih memudahkan, ada yang mengaitkan remaja sebagai golongan masyarakat yang berusia
belasan tahun sahaja. Malah pengkajian mengenai pertumbuhan remaja secara lebih bermakna
dikatakan hanya bermula pada abad ke-20 (Hamburg, 197). Sebagai satu istilah, ‘remaja’
merupakan tempoh kehidupan yang sangat penting dalam putaran hayat seseorang. Berdasarkan
padanan perkataan Inggeris, adolescence, ‘remaja’ dirujuk kepada tempoh peralihan antara
zaman kanak-kanak dengan zaman kedewasaan dalam kehidupan seseorang. Dalam huraian yang
mudah, remaja menggambarkan tahap perkembangan pesat yang berlaku antara kehidupan
kanak-kanak dan kedewasaan.
Delinkuensi, atau kenakalan remaja pula merujuk kepada perilaku tidak dewasa yang
melanggar norma-norma yang ditetapkan oleh badan pengawal (sama ada masyarakat atau
kerajaan). Ada juga yang berpendapat, misalnya oleh rice, (1990 The Adolescent, Massachusets:
Allyn & Bacon, hal. 268), bahawa delikuensi atau kenakalan merupakan perilaku bertentangan
dengan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh juvena, yang di kebanyakan negara, berusia
di bawah 18 tahun. Menurut perspektif undang-undang, istilah delinkuensi juvena dimaksudkan
kepada penceroboh undang-undang yang masih muda bagi mengelakkan mereka diberikan status
penjenayah dan juga untuk mengasingkan mereka yang di bawah umur daripada disamakan
dengan penjenayah dewasa.
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan
membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan
kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka
berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah
mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di
sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan
mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam
aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia
bertambah serius (Berita Harian , 12 Julai 2001).
Seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah
membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa
sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras
tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di
sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan
apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di
sekolah itu (Berita Harian , 12 Julai 2001) .
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, (Datuk Mat Zain Ibrahim, 2007)
jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat
sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul
kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja
pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan
mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis
bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di
seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat
berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Rujukan
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30, 607-610.
Lemert, E.M. (1972). Human Deviance : Social Problems and Social Control. Eaglewood Cliffs,
N.J. : Prentice Hall.
Beyth-Marom, R., & Fischhoff, B. (1997). Adolescents' decisions about risks: A cognitive
perspective. In J. Schulenberg, J. Maggs, & K. Hurrelmann (Eds.), Health risks and
developmental transitions during adolescence (pp. 110-135). Cambridge, MA:
Cambridge University Press.
Foster, E., dan Clark, F.S. (1989). Parental Influences on Adolescent Problem Behaviour:
Mediational and Moderational Models Involving Deviant Peers. Journal of Family
Psychology, 3, 39-60.
Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in The Study of Adolescence. Developmental
Psychology, 32, 777-780.

More Related Content

What's hot

PIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNGPIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNGmmansyur
 
Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPutri Tampubolon
 
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)Nurul Mu'minin MZ
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniRizal Abdullah
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaLeyla Adrianti Hermina
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMAAgnes Yodo
 
Jurnal medias imroni. perilaku merokok
Jurnal medias imroni. perilaku merokokJurnal medias imroni. perilaku merokok
Jurnal medias imroni. perilaku merokokMedias Imroni
 
Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Jamal Ahmad
 

What's hot (20)

Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 
PIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNGPIK SAHABAT LAMPUNG
PIK SAHABAT LAMPUNG
 
Pergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remajaPergaulan bebas dikalangan remaja
Pergaulan bebas dikalangan remaja
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
yuli
yuliyuli
yuli
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Asg3
Asg3Asg3
Asg3
 
karya ilmiah populer
karya ilmiah populerkarya ilmiah populer
karya ilmiah populer
 
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
Isu mutakhir pada masa dewasa awal (psikologi)
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Makalah kenalakan remaja 3
Makalah kenalakan remaja 3Makalah kenalakan remaja 3
Makalah kenalakan remaja 3
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai smaTanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
Tanggung jawab negara terhadap pendidikan kespro siswai sma
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
 
Jurnal medias imroni. perilaku merokok
Jurnal medias imroni. perilaku merokokJurnal medias imroni. perilaku merokok
Jurnal medias imroni. perilaku merokok
 
Gengsterisme ppt
Gengsterisme pptGengsterisme ppt
Gengsterisme ppt
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remaja
 
Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)
 

Similar to TingkahLakuBerisiko

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remajahellohary
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...Anto Apriyanto, M.E.I.
 
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remaja
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remajaMencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remaja
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remajaAhmad Yanwar
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfImanSetiawan26
 
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxMAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxjefer19
 
Masalah kesehatan remaja
Masalah kesehatan remajaMasalah kesehatan remaja
Masalah kesehatan remajapjj_kemenkes
 
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa  Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa  Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...Padjadjaran University
 
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...Operator Warnet Vast Raha
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Mengatasi Kenakalan Remaja
Mengatasi Kenakalan Remaja Mengatasi Kenakalan Remaja
Mengatasi Kenakalan Remaja Azizahluthfi
 

Similar to TingkahLakuBerisiko (20)

Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...
Konsep Islam Dalam Pendidikan Anak, Mengurai Sekularisasi dan Liberalisasi Da...
 
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remaja
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remajaMencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remaja
Mencegah perilaku seks yang tidak sehat pada remaja
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
 
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxMAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
 
Kasus pendidikan
Kasus pendidikanKasus pendidikan
Kasus pendidikan
 
Aisy makalah
Aisy makalahAisy makalah
Aisy makalah
 
Masalah kesehatan remaja
Masalah kesehatan remajaMasalah kesehatan remaja
Masalah kesehatan remaja
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa  Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa  Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...
Pendidikan Seksual secara Formal bagi Siswa Sekolah Menengah Atas di Kota Ba...
 
pak remajaa.docx
pak remajaa.docxpak remajaa.docx
pak remajaa.docx
 
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...
Hubungan tingkat pengetahuan tentang kesehatan reproduksi dengan perilaku sek...
 
kenakalan remaja
kenakalan remaja kenakalan remaja
kenakalan remaja
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
355 692-1-sm
355 692-1-sm355 692-1-sm
355 692-1-sm
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Artikel 1
Artikel 1Artikel 1
Artikel 1
 
Mengatasi Kenakalan Remaja
Mengatasi Kenakalan Remaja Mengatasi Kenakalan Remaja
Mengatasi Kenakalan Remaja
 

More from Kandidat guru BK Profesional

Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02
Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02
Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02Kandidat guru BK Profesional
 

More from Kandidat guru BK Profesional (20)

Buku pedoman arah peminatan
Buku pedoman arah peminatan Buku pedoman arah peminatan
Buku pedoman arah peminatan
 
Buku panduan-bk-dirjen-dikdas
Buku panduan-bk-dirjen-dikdasBuku panduan-bk-dirjen-dikdas
Buku panduan-bk-dirjen-dikdas
 
Bahan belajar bk pra sekolah
Bahan belajar bk pra sekolahBahan belajar bk pra sekolah
Bahan belajar bk pra sekolah
 
Revisi print
Revisi printRevisi print
Revisi print
 
Motivasi Islam untuk Perubahan
Motivasi Islam untuk PerubahanMotivasi Islam untuk Perubahan
Motivasi Islam untuk Perubahan
 
Kunci sukses menjadi mahasiswa
Kunci sukses menjadi mahasiswaKunci sukses menjadi mahasiswa
Kunci sukses menjadi mahasiswa
 
Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02
Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02
Anekaobattradisionaluntukanak 111028021250-phpapp02
 
Sahabat
SahabatSahabat
Sahabat
 
Konseling lintas budaya
Konseling  lintas budayaKonseling  lintas budaya
Konseling lintas budaya
 
Psikologi abnormal
Psikologi abnormalPsikologi abnormal
Psikologi abnormal
 
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buatDoa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
Doa nuurun-nubuwwah-1-nur-buat
 
DIBALIK KONFLIK SYEH SITI JENAR
DIBALIK KONFLIK SYEH SITI JENARDIBALIK KONFLIK SYEH SITI JENAR
DIBALIK KONFLIK SYEH SITI JENAR
 
Konseling lintas budaya
Konseling lintas budayaKonseling lintas budaya
Konseling lintas budaya
 
Adab pergaulan
Adab pergaulanAdab pergaulan
Adab pergaulan
 
Permendiknas no.-27-tahun-2008
Permendiknas no.-27-tahun-2008 Permendiknas no.-27-tahun-2008
Permendiknas no.-27-tahun-2008
 
Panduan cinta bahagia
Panduan cinta bahagiaPanduan cinta bahagia
Panduan cinta bahagia
 
Kode etik -bimbingan-dan-konseling-di-sekolah
Kode etik -bimbingan-dan-konseling-di-sekolahKode etik -bimbingan-dan-konseling-di-sekolah
Kode etik -bimbingan-dan-konseling-di-sekolah
 
Jadwal kuliah
Jadwal kuliahJadwal kuliah
Jadwal kuliah
 
KOMITMEN TERPROGAM
KOMITMEN TERPROGAMKOMITMEN TERPROGAM
KOMITMEN TERPROGAM
 
Teori karen horney ( Psikologi Kepribadian)
Teori  karen horney ( Psikologi Kepribadian)Teori  karen horney ( Psikologi Kepribadian)
Teori karen horney ( Psikologi Kepribadian)
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 

TingkahLakuBerisiko

  • 1. Tingkah Laku Berisiko Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bahari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Artikel ini membincangkan tentang tingkah laku berisiko dikalangan pelajar. Tingkah laku berisiko ini termasuklah penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan alkohol, keganasan dan aktiviti seks bebas. Katakunci : tingkah laku berisiko Tingkah Laku berisiko Ramai para psikologi percaya yang perkara utama remaja inginkan adalah mempunyai personaliti yang berasingan dari ibu bapa mereka (Keating, 1990). Salah satu cara untuk mencapai hasrat tersebut menyebabkan remaja terjebak dalam tingkah laku yang tidak seiring dengan nilai dan norma ibu bapa dan masyarakat. Jessor (1992) berkata bahawa tingkah laku berikut selalu “befungsi, bertujuan, penting dan berhala tuju”, dalam membantu remaja berpisah dari ibu bapa dan menjadi lebih dekat dengan rakan rakan. Walaupun sebahagian dari tingkah laku ini tidak membahayakan seperti fesyen pakaian dan rambut, tetapi kebanyakkannya membawa kepada peningkatan hasil yang tidak dijangkakan, sesetengahnya juga menyebabkan perubahan hidup yang serius. Tingkah laku ini sering dikaitkan dengan tingkah laku berisiko dan termasuk penyalahgunaan dadah, berjudi, penggunaan tembakau dan alcohol, keganasan dan aktiviti seks bebas. Kajian yang berlainan mendefinasikan tingkah laku berisiko yang berlainan. Jessor (1992), sebagai contoh, menambah diet yang tidak sihat, kurang senaman, dan kedegilan menggunakan alatan keselamatan kereta sebagai tingkkah laku berisiko, tetapi tidak memasukkan berjudi, atau perlakuan ganas sebagai tingkah laku berisiko. Lerner dan Simi (2000) memasukkan dadah dan penggunaan alcohol, gejala seks bebas, jenayah dan keganasan, dan juga pencapaian sekolah yang tidak bagus. Mengenalpasti kepentingan hasil dari tingkah laku berisiko remaja , pengkaji mempunyai peluang untuk mendedahkan kemungkinan yang dikenalpasti . Bukti menunjukkan terdapat beberapa faktor seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh melihat perbuatan berisiko rakan, pengaruh ibu bapadan pengaruh masyarakat dan deviant dilihat dapat mempengaruhi keputusan remaja untuk terlibat atau tidak dalam tingkah laku berisiko (Byrnes, 2002; Jessor, 1992; Lerner & Simi, 2000). Bagaimanapun, dinamik perhubungan antara factor kognitif individu dan tingkah laku berisiko masih kabur (Furby & Beyth-Marom, 1992). Ponteng sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah
  • 2. laku itu serta akibatnya. Daripada lapan jenis salah laku disiplin disenaraikan Kementerian Pelajaran, ponteng berada di tangga kedua terbanyak selepas kurang sopan, diikuti berunsur jenayah, tidak pentingkan masa, kekemasan diri, kenakalan, laku musnah dan berunsur kelucahan. Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak. Rekod Kementerian Pelajaran 2007 menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006. Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006. Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya. Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius. Kebanyakan takrifan mengenai remaja lebih menumpukan perhatian kepada ‘orang muda’. Dalam masyarakat Barat, remaja dirujuk kepada tahap perkembangan seseorang apabila bermulanya saat puberti (cukup umur), iaitu kira-kira pada usia antara dua belas ataupun tiga belas tahun dan berterusan sehingga mencecah kehidupan dewasa. Tidak kurang juga sebilangan orang yang memahami remaja berdasarkan pengaruh televisyen, media cetak dan sebagainya. Atas sebab itu, setiap kali perkataan remaja disebut, masyarakat umumnya lebih senang untuk mengaitkan remaja dengan pelajar sekolah. Untuk lebih memudahkan, ada yang mengaitkan remaja sebagai golongan masyarakat yang berusia belasan tahun sahaja. Malah pengkajian mengenai pertumbuhan remaja secara lebih bermakna
  • 3. dikatakan hanya bermula pada abad ke-20 (Hamburg, 197). Sebagai satu istilah, ‘remaja’ merupakan tempoh kehidupan yang sangat penting dalam putaran hayat seseorang. Berdasarkan padanan perkataan Inggeris, adolescence, ‘remaja’ dirujuk kepada tempoh peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman kedewasaan dalam kehidupan seseorang. Dalam huraian yang mudah, remaja menggambarkan tahap perkembangan pesat yang berlaku antara kehidupan kanak-kanak dan kedewasaan. Delinkuensi, atau kenakalan remaja pula merujuk kepada perilaku tidak dewasa yang melanggar norma-norma yang ditetapkan oleh badan pengawal (sama ada masyarakat atau kerajaan). Ada juga yang berpendapat, misalnya oleh rice, (1990 The Adolescent, Massachusets: Allyn & Bacon, hal. 268), bahawa delikuensi atau kenakalan merupakan perilaku bertentangan dengan undang-undang jenayah yang dilakukan oleh juvena, yang di kebanyakan negara, berusia di bawah 18 tahun. Menurut perspektif undang-undang, istilah delinkuensi juvena dimaksudkan kepada penceroboh undang-undang yang masih muda bagi mengelakkan mereka diberikan status penjenayah dan juga untuk mengasingkan mereka yang di bawah umur daripada disamakan dengan penjenayah dewasa. Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius (Berita Harian , 12 Julai 2001). Seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu (Berita Harian , 12 Julai 2001) . Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, (Datuk Mat Zain Ibrahim, 2007) jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan
  • 4. mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Rujukan Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610. Lemert, E.M. (1972). Human Deviance : Social Problems and Social Control. Eaglewood Cliffs, N.J. : Prentice Hall. Beyth-Marom, R., & Fischhoff, B. (1997). Adolescents' decisions about risks: A cognitive perspective. In J. Schulenberg, J. Maggs, & K. Hurrelmann (Eds.), Health risks and developmental transitions during adolescence (pp. 110-135). Cambridge, MA: Cambridge University Press. Foster, E., dan Clark, F.S. (1989). Parental Influences on Adolescent Problem Behaviour: Mediational and Moderational Models Involving Deviant Peers. Journal of Family Psychology, 3, 39-60. Hoffman, L. (1996). Progress and Problems in The Study of Adolescence. Developmental Psychology, 32, 777-780.