SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
KONSEP
KLASIFIKASI
FAKTORTEORI
IMPLIKASI
TERHADAP
P&P PERSON
ALITI
KONSEP
PERSONALITI
 personaliti berasal dari perkataan Latin “persona”
yang bermaksud topeng muka. Tafsiran kepada
maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia
ingin menonjolkan perilaku baik dan
menyembunyikan yang buruk.
( Mohd. Saleh,1999)
 Gordon Allport ( 1961 ) menjelaskan personaliti
sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik
dalam jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan
ciri-ciri tingkah laku individu dan penyesuaiannya
dengan persekitaran.
 Michel ( 1981 ) menyatakan bahawa personaliti
adalah susunan pola tingkah laku manusia yang
disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka.
 Huffman ( 2004 ) menjelaskan personaliti sebagai
“an individual „s unique and relatively stable
pattern of thoughts, feelings and actions. Personality
describes you as a person : how are you different
from other people and what patterns of behaviour
are typical of you”
 Santrock ( 2001 ) menjelaskan “personality refers to
distinctive thoughts, emotions and behaviours that
characterize the way individual adapts to the world”
Rogers ( 1951 ) menyatakan bahawa personaliti
merupakan sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi
yang memboehkan dirinya dibezakan dengan
individu lain.
Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai
sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang
individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang
boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk
kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh
seseorang dalam dirinya sendiri.
KLASIFIKASI
PERSONALITI
CARL GUSTAV JUNG
( 1875-1961 )
 Dilahirkan di Kesswil, Switzerland.
 Anak kepada seorang paderi.
 seorang graduan perubatan dan
memulakan karier sebagai doktor
sakit jiwa.
 meminati kerja-kerja Sigmund
Freud.
 membina teori berasaskan
pengalaman peribadinya.
 mengkaji pelbagai budaya manusia
seperti budaya hidup orang di
Amerika Syarikat, Afrika Dan India
untuk memahami sifat-sifat manusia.
 mendapat gelaran profesor daripada
University Of Basel.
Menurut Carl Jung ( 1923 ), terdapat tiga jenis personaliti iaitu :
 EKSTROVET
Individu yang bersifat ini lebih kepada dunia luaran
berbanding dengan dunia dalamannya. Personaliti jenis ini lebih
kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan
orang lain. Menurut Slater ( 1962 ), kebebasan adalah salah satu
ciri ekstrovet.
Ciri –ciri individu ekstrovet ialah : peramah, tidak mudah
risau, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, aktif,
suka bersosial, responsif terhadap persekitaran, dan bertindak
mengikut impuls. Mereka tidak suka belajar atau bekerja secara
berseorangan. Mereka cepat marah tetapi tidak menyimpan
kemarahan itu lama.
 INTROVET
Lebih tertumpu kepada aspek dalaman.
Introvet bermakna mengambil berat terhadap diri
sendiri. Mereka mempunyai ciri-ciri individu yang
mempamerkan ciri yang
pasif, pemalu, sensitif, sentiasa berfikir dahulu
sebelum bertindak dan bersedia menanggung
risiko. Mereka juga berupaya untuk meneliti dan
menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak
memerlukan rangsangan luaran. Mereka suka
merancang perkara akan datang.
 AMBIVET
Individu ini mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua
jenis personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Mereka
merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan
personaliti. Sifat yang mungkin ada ialah akti, sensitif,
optimistik dan gemar berseorangan.
Eduard Spranger
adalah seorang
ahli falsafah
Jerman dan
psikologi.
Seorang pelajar
Wilhelm Dilthey
dilahirkan di
Berlin pada 27
jun, 1882
meninggal dunia
di Tubingen pada
17 September, 1963
EDUARD SPRANGER
Menurut Eduard Spranger , tiada seorang pun yang mempunyai satu jenis
personaliti sahaja, tetapi meliputi enam jenis falsafah hidup iaitu :
 jenis kognitif : individu jenis ini adalah merupakan seorang yang intelek
yang sentiasa menaakul dan menganalisa masalah yang dihadapi.
 jenis berekonomi : individu jenis ini cenderung kepada aspek hidup
yang praktik.
 jenis keindahan : cenderung kepada menghayati kehidupan, mencapai
keharmonian dan kepuasan dalam hidup.
 jenis bermasyarakat : suka berkawan dan berperikemanusiaan.
 jenis berkuasa politik : menunjukkan kemahuan menguasai orang lain.
 jenis beragama : serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan
sesama manusia dan alam
FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERSONALITI
- Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan
fizikal, kecerdasan dan emosi.
- Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal khasnya
penyakit seperti cacat pendengaran akan mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak ini
kemungkinan besar akan mempunyai ciri-ciri personaliti
introvet, bersifat pendiam dan pemalu.
- kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan
dan perkembangan personaliti seseorang.
FAKTOR BAKA
• contoh, orang yang mempunyai darjah kecerdasan
yang tinggi biasanya menonjolkan personaliti yang
berkeyakinan, berbudi bicara, bijaksana, berani atau
bersifat angkuh.
• emosi turut dipengaruhi oleh baka ibu bapa. Jika
seseorang individu mempunyai emosi tidak seronok
akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan
pemarah.
FAKTOR PERSEKITARAN
 LATAR BELAKANG SEKOLAH
- Suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi, sosial
menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif.
- sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti.
- Pihak pentadbir sekolah, guru, kaunselor memainkan peranan penting
dalam pembentukan personaliti.
- sekiranya keadaan sekolah tidak selamat, takut dan terancam
menyumbang kepada personaliti individu yang tidak stabil.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gerak kerja kokurikulum,
penerapan nilai murni dan budaya sekolah yang sihat akan membantu
pembentukan peribadi yang baik
 PENGARUH KELUARGA.
- Keluarga yang dapat mewujudkan suasana
mesra, kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan santun
akan mempengaruhi perkembangan personaliti
individu yang baik.
- ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan memilih
apa yang dimiliki bagi membina keyakinan diri
seterusnya membantu perkembangan personaliti yang
positif.
 PERANAN MEDIA
- Peranan media seperti televisyen turut menyumbang
kepada perkembangan personaliti individu.
- maklumat yang disampaikan secara terus akan
mempengaruhi minda kanak-kanak yang
menyebabkan mereka mudah terikut dan cuba
mengadaptasi dalam diri mereka.
- Ibu bapa harus menerangkan implikasi dan motif yang
betul dalam maklumat yang disampaikan menerusi
televisyen.
 PENGARUH SOSIOBUDAYA
- Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh,
individu mudah terdedah dengan budaya masyarakat
yang negatif.
- Ia akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti
individu.
- Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut
dengan pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskan
kehidupan individu.
 PEMAKANAN
- Individu digalakkan makan makanan yang berzat,
bersih dan halal.
- elakkan makanatau minum yang boleh mengancam
dan menjejaskan kesihatan mental, fizikal dan emosi.
- ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan
personaliti seseorang.
TEORI PERSONALITI
PSIKODINAMIK
TEORI PERSONALITI
CARL JUNG
TEORI PERSONALITI
ALFRED ADLER
TEORI TRAIT
GORDON ALLPORT
TEORI PERSONALITI
TRAIT RAYMOND
CATTELL
TEORI PERSONALITI
DAN TIPOLOGI
TUBUH SHELDON
TEORI PERSONALITI
FENOMENOLOGI-
HUMANISTIK
TEORI
PERSONALITI
TEORI PERSONALITI PSIKODINAMIK
SIGMUND FREUD ( 1856-1939 )
 Freud mengemukakan teori personaliti dengan andaian bahawa
pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada 3 alam kesedaran iaitu :
- alam sedar
- alam prasedar
- tidak sedar
 dalam menerangkan 3 alam kesedaran ini, Freud telah mengambil iceberg
sebagai analogi. Beliau menjelaskan bahawa bahagian pemikiran sedar
manusia ialah bahagian iceberg yang timbul sementara sebahagian besar
iceberg yang berada di bawah permukaan air adalah bahagian pemikiran
manusia yang tidak sedar. Dalam model personaliti, beliau mnerangkan
struktur personaliti manusia terbahagi kepada 3 :
- id
- ego
superego
STRUKTUR
PERSONALITI
MANUSIA
ID
Bahagian pemikiran
manusia yang terletak
dibahagian tidak sedar.
Sifat ID adalah primitif.
EGO
Terletak dalam tiga alam
kesedaran, iaitu sebahagian
dalam alam sedar, sebahagian
dalam alam prasedar dan
sebahagian lagi alam tidak
sedar. Beroperasi atas prinsip
realiti
SUPEREGO
Struktur personaliti
yang terletak dalam
tiga alam
kesedaran. Superego
adalah struktur
personaliti bermoral
yang terbentuk
daripada norma
masyarakat, nilai
moral dan
pendidikan agama.
TAHAP PERKEMBANGAN PSIKOSEKSUAL FREUD
MEKANISME BELA DIRI (DEFENCE MECHANISM )
TEORI PERSONALITI CARL JUNG
INTROVERT
Trait personaliti yang
menggambarkan ciri seperti:
Pemalu
Pendiam
Tidak suka bersosial
Tenang
AMBIVERT
Digambarkan mempunyai
sebahagian ciri-ciri personaliti
introvert dan ciri-ciri personaliti
extrovert.
EXTROVERT
Menggambarkan ciri personaliti
seperti:
Berani
Petah berbicara
Popular di kalangan rakan
Mempunyai potensi untuk
menjadi pemimpin
Contohnya :
Hamid ialah seorang penulis
novel (ciri introvert) tetapi
dia juga petah bercakap ,
mempunyai ciri pemimpin
dan sukakan aktiviti luar.
Sekiranya perasaan rendah
diri seseorang melampau ,
dia akan mengalami
kompleks melampau
TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER
(1870-1937)
Dinamakan
psikologi
individu
Adler percaya bahawa manusia
bermotivasi untuk :
Menyesuaikan diri
Memperbaiki diri
Menangani cabaran
Mencapai kecemerlangan
adalah fitrah manusia
Menurut Adler
semua manusia
terlibat dalam proses
kompensasi untuk
mengatasi perasaan
rendah diri
Proses kompensasi membolehkan
manusia menangani perasaan
rendah diri sebenar atau dalam
imaginasi
TEORI TRAIT
GORDON ALLPORT
(1897 -1967)
Allport melihat
manusia mempunyai
trait dan sifat-sifat
tertentu
Trait manusia menjadi
asas pembinaan
personaliti mereka
Trait ialah sifat semula jadi
yang mengarah tingkah laku
individu dengan kadar yang
konsisten dan melalui
penonjolan sifat-sifat
tertentu
Allport mengenal pasti 3 jenis
trait dalam personaliti manusia :
1. Trait cardinal
2. Trait pusat
3. Trait sekunder
TEORI PERSONALITI TRAIT RAYMOND
CATTELL (1905-1998)
Menyifatkan personaliti
manusia sebagai gabungan
beberapa trait khusus yang
berupaya menghasilkan
tingkah laku yang konsisten 2 JENIS TRAIT
Trait Permukaan
Satu sifat yang dapat
dikenal pasti daripada
tingkah laku manusia
secara langsung
Trait Sumber
Sifat-sifat yang tidak dapat
dilihat secara terus terang
daripada tingkah laku
manusia tetapi dapat
dikenal pasti melalui teknik
analisis faktor
Cattell juga mengkategorikan
kecerdasan kepada dua.
Kecerdasan Cair
Merujuk kepada kebolehan memberi
sebab-musabab, ingatan dan ketepatan
seseorang memproses maklumat
Kecerdasan Kristal
Merujuk kepada pengetahuan
yang diperoleh melalui
pengalaman atau pembelajaran.
TEORI PERSONALITI & TIPOLOGI TUBUH
SHELDON (1942)
Mengemukakan teori personaliti
yang mengaitkan tipologi tubuh
badan dengan trait personaliti
Mengklasifikasikan manusia kepada
3 bentuk tubuh/ somatotip
1. ENDOMORF
• Mereka yang bertubuh gemuk dan
pendek
• Trait personaliti mereka ialah:
 periang
 Suka bergaul
 Suka menjamu makan
 Ekstrovert
 tenang
2. MESOMORF
•Bentuk tubuh badan tegap, keras dan kuat
•Trait personaliti seperti:
Tegas
Bertenaga agresif
Berani
3.EKTOMORF
•Orang yang mempunyai bentuk
badan kurus, tinggi dan lembut.
•Trait personaliti seperti:
Pendiam
Tidak suka bergaul
Beremosi
Introvert
Pemalu
Cerdik
TEORI PERSONALITI
FENOMENOLOGI-HUMANISTIK
Carl Rogers (1902-1987)
Manusia boleh dan sepatutnya
difahami dari perspektif bagaimana
mereka melihat kepada diri mereka
sendiri dan persekitaran yang ada di
sekeliling mereka
Carl Rogers juga telah
mempelopori Teori
Pemusatan Insan
Falsafah Kaunseling pemusatan
insan- pertumbuhan
psikologikal akan berlaku
sekiranya individu/kumpulan
mendapat layanan yang jujur ,
mesra dan empati
Menaruh sepenuh
kepercayaan kepada
kaunselor menjadi asas
kaunseling pemusatan insan
Rogers percaya bahawa setiap manusia
mempunyai kecenderungan ingin memenuhi
potensi yang ada pada dirinya sendiri
(to self-actualize)
Dengan itu, setiap manusia akan bergerak
menuju ke hadapan untuk memenuhi
kecenderungan ini.
Teori Personaliti aliran humanistik adalah seperti
berikut:
• Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan
manusia lebih kepada kesempurnaan
kendiri, kemantapan dan bersosialisasi
• Rogers tidak bersetuju dengan pandangan agama
Kristian bahawa manusia cenderung membuat dosa
• Beliau tidak setuju dengan Freud yang menganggap
manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas, dan suka
merosak diri sendiri.
Konsep utama yang
dipelopori Rogers
1. Fenomenologi
2.Konsep mengetahui
Ada 3 cara:
a) Subjektif
b) objektif
c) interpersonal
7. Kecelaruan
psikologi
3. Struktur
personaliti
Terbahagi kepada 2
bahagian:
a) Organisma
b) Kendiri
4.
Perkembangan
Personaliti
5. Proses
Subception
6.
Perkembangan
Personaliti
IMPLIKASI
TERHADAP
P&P
Guru perlu sentiasa berjumpa dan berbincang dengan
ibu bapa tentang perkembangan dan personaliti murid
Guru perlu memahami tingkah laku murid, dimana ia
berperanan dalam membentuk perkembangan
personaliti murid tersebut.
Guru perlu menggunakan segala ilmu dan kemahiran
dalam psikologi pendidikan untuk memahami
personaliti murid.
Guru harus memberi bimbingan yang betul yang akan
membantu individu menjadi lebih berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Guru perlu menyedari bahawa setiap murid unik dan
berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal, dan personaliti
diri.
Membantu guru dalam mengenal pasti punca tingkah
laku atau personaliti murid dalam bilik darjah
TERIMA KASIH

More Related Content

What's hot

Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri@f!Q@H @F!N@
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaAsmaroni Rahman
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyAmin Upsi
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerardiya_izwani
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 

What's hot (20)

teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Teori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinnerTeori tingkah laku skinner
Teori tingkah laku skinner
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 

Similar to Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)

Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriasihwiniy viniy
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakLinda Zain
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remajawinkycheezie
 
Slide perbezaan individu
Slide perbezaan individuSlide perbezaan individu
Slide perbezaan individulove8586
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxd
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxdawdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxd
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxdFerdinandYori1
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPieja Hanhae
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & modenwananip
 
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxBAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxsitifatimah624480
 
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxBAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxsitifatimah624480
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmumyfaisal
 
Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Kamarudin Jaafar
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiVennella Sandah
 
BAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptxBAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptxalihafiz5577
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permataNooraidy
 

Similar to Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak) (20)

Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
 
Slide definisi personaliti
Slide definisi personalitiSlide definisi personaliti
Slide definisi personaliti
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif RemajaPerkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
Perkembangan Biologi Dan Kognitif Remaja
 
Slide perbezaan individu
Slide perbezaan individuSlide perbezaan individu
Slide perbezaan individu
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxd
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxdawdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxd
awdadawdawdRdawwadawdawdawdadadwadawdaw.pptxd
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden(C) falsafah tradisional & moden
(C) falsafah tradisional & moden
 
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxBAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
 
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptxBAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
BAB 2 KAJIAN MASYARAKAT.pptx
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1Teori transaksional analisis 1
Teori transaksional analisis 1
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosiPerkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
BAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptxBAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptx
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 

Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)

  • 1.
  • 3. KONSEP PERSONALITI  personaliti berasal dari perkataan Latin “persona” yang bermaksud topeng muka. Tafsiran kepada maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku baik dan menyembunyikan yang buruk. ( Mohd. Saleh,1999)  Gordon Allport ( 1961 ) menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik dalam jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku individu dan penyesuaiannya dengan persekitaran.
  • 4.  Michel ( 1981 ) menyatakan bahawa personaliti adalah susunan pola tingkah laku manusia yang disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka.  Huffman ( 2004 ) menjelaskan personaliti sebagai “an individual „s unique and relatively stable pattern of thoughts, feelings and actions. Personality describes you as a person : how are you different from other people and what patterns of behaviour are typical of you”  Santrock ( 2001 ) menjelaskan “personality refers to distinctive thoughts, emotions and behaviours that characterize the way individual adapts to the world”
  • 5. Rogers ( 1951 ) menyatakan bahawa personaliti merupakan sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang memboehkan dirinya dibezakan dengan individu lain. Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.
  • 6. KLASIFIKASI PERSONALITI CARL GUSTAV JUNG ( 1875-1961 )  Dilahirkan di Kesswil, Switzerland.  Anak kepada seorang paderi.  seorang graduan perubatan dan memulakan karier sebagai doktor sakit jiwa.  meminati kerja-kerja Sigmund Freud.  membina teori berasaskan pengalaman peribadinya.  mengkaji pelbagai budaya manusia seperti budaya hidup orang di Amerika Syarikat, Afrika Dan India untuk memahami sifat-sifat manusia.  mendapat gelaran profesor daripada University Of Basel.
  • 7. Menurut Carl Jung ( 1923 ), terdapat tiga jenis personaliti iaitu :  EKSTROVET Individu yang bersifat ini lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya. Personaliti jenis ini lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. Menurut Slater ( 1962 ), kebebasan adalah salah satu ciri ekstrovet. Ciri –ciri individu ekstrovet ialah : peramah, tidak mudah risau, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, aktif, suka bersosial, responsif terhadap persekitaran, dan bertindak mengikut impuls. Mereka tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan. Mereka cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.
  • 8.  INTROVET Lebih tertumpu kepada aspek dalaman. Introvet bermakna mengambil berat terhadap diri sendiri. Mereka mempunyai ciri-ciri individu yang mempamerkan ciri yang pasif, pemalu, sensitif, sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak dan bersedia menanggung risiko. Mereka juga berupaya untuk meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan rangsangan luaran. Mereka suka merancang perkara akan datang.
  • 9.  AMBIVET Individu ini mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua jenis personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Mereka merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan personaliti. Sifat yang mungkin ada ialah akti, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan.
  • 10. Eduard Spranger adalah seorang ahli falsafah Jerman dan psikologi. Seorang pelajar Wilhelm Dilthey dilahirkan di Berlin pada 27 jun, 1882 meninggal dunia di Tubingen pada 17 September, 1963 EDUARD SPRANGER
  • 11. Menurut Eduard Spranger , tiada seorang pun yang mempunyai satu jenis personaliti sahaja, tetapi meliputi enam jenis falsafah hidup iaitu :  jenis kognitif : individu jenis ini adalah merupakan seorang yang intelek yang sentiasa menaakul dan menganalisa masalah yang dihadapi.  jenis berekonomi : individu jenis ini cenderung kepada aspek hidup yang praktik.  jenis keindahan : cenderung kepada menghayati kehidupan, mencapai keharmonian dan kepuasan dalam hidup.  jenis bermasyarakat : suka berkawan dan berperikemanusiaan.  jenis berkuasa politik : menunjukkan kemahuan menguasai orang lain.  jenis beragama : serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan sesama manusia dan alam
  • 12. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI - Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi. - Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal khasnya penyakit seperti cacat pendengaran akan mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak ini kemungkinan besar akan mempunyai ciri-ciri personaliti introvet, bersifat pendiam dan pemalu. - kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. FAKTOR BAKA
  • 13. • contoh, orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, bijaksana, berani atau bersifat angkuh. • emosi turut dipengaruhi oleh baka ibu bapa. Jika seseorang individu mempunyai emosi tidak seronok akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.
  • 14. FAKTOR PERSEKITARAN  LATAR BELAKANG SEKOLAH - Suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi, sosial menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif. - sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti. - Pihak pentadbir sekolah, guru, kaunselor memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti. - sekiranya keadaan sekolah tidak selamat, takut dan terancam menyumbang kepada personaliti individu yang tidak stabil. - Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gerak kerja kokurikulum, penerapan nilai murni dan budaya sekolah yang sihat akan membantu pembentukan peribadi yang baik
  • 15.  PENGARUH KELUARGA. - Keluarga yang dapat mewujudkan suasana mesra, kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan santun akan mempengaruhi perkembangan personaliti individu yang baik. - ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan memilih apa yang dimiliki bagi membina keyakinan diri seterusnya membantu perkembangan personaliti yang positif.
  • 16.  PERANAN MEDIA - Peranan media seperti televisyen turut menyumbang kepada perkembangan personaliti individu. - maklumat yang disampaikan secara terus akan mempengaruhi minda kanak-kanak yang menyebabkan mereka mudah terikut dan cuba mengadaptasi dalam diri mereka. - Ibu bapa harus menerangkan implikasi dan motif yang betul dalam maklumat yang disampaikan menerusi televisyen.
  • 17.  PENGARUH SOSIOBUDAYA - Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh, individu mudah terdedah dengan budaya masyarakat yang negatif. - Ia akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti individu. - Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskan kehidupan individu.
  • 18.  PEMAKANAN - Individu digalakkan makan makanan yang berzat, bersih dan halal. - elakkan makanatau minum yang boleh mengancam dan menjejaskan kesihatan mental, fizikal dan emosi. - ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan personaliti seseorang.
  • 19. TEORI PERSONALITI PSIKODINAMIK TEORI PERSONALITI CARL JUNG TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER TEORI TRAIT GORDON ALLPORT TEORI PERSONALITI TRAIT RAYMOND CATTELL TEORI PERSONALITI DAN TIPOLOGI TUBUH SHELDON TEORI PERSONALITI FENOMENOLOGI- HUMANISTIK TEORI PERSONALITI
  • 20. TEORI PERSONALITI PSIKODINAMIK SIGMUND FREUD ( 1856-1939 )  Freud mengemukakan teori personaliti dengan andaian bahawa pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada 3 alam kesedaran iaitu : - alam sedar - alam prasedar - tidak sedar  dalam menerangkan 3 alam kesedaran ini, Freud telah mengambil iceberg sebagai analogi. Beliau menjelaskan bahawa bahagian pemikiran sedar manusia ialah bahagian iceberg yang timbul sementara sebahagian besar iceberg yang berada di bawah permukaan air adalah bahagian pemikiran manusia yang tidak sedar. Dalam model personaliti, beliau mnerangkan struktur personaliti manusia terbahagi kepada 3 : - id - ego superego
  • 21.
  • 22. STRUKTUR PERSONALITI MANUSIA ID Bahagian pemikiran manusia yang terletak dibahagian tidak sedar. Sifat ID adalah primitif. EGO Terletak dalam tiga alam kesedaran, iaitu sebahagian dalam alam sedar, sebahagian dalam alam prasedar dan sebahagian lagi alam tidak sedar. Beroperasi atas prinsip realiti SUPEREGO Struktur personaliti yang terletak dalam tiga alam kesedaran. Superego adalah struktur personaliti bermoral yang terbentuk daripada norma masyarakat, nilai moral dan pendidikan agama.
  • 23. TAHAP PERKEMBANGAN PSIKOSEKSUAL FREUD MEKANISME BELA DIRI (DEFENCE MECHANISM )
  • 24. TEORI PERSONALITI CARL JUNG INTROVERT Trait personaliti yang menggambarkan ciri seperti: Pemalu Pendiam Tidak suka bersosial Tenang AMBIVERT Digambarkan mempunyai sebahagian ciri-ciri personaliti introvert dan ciri-ciri personaliti extrovert. EXTROVERT Menggambarkan ciri personaliti seperti: Berani Petah berbicara Popular di kalangan rakan Mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin Contohnya : Hamid ialah seorang penulis novel (ciri introvert) tetapi dia juga petah bercakap , mempunyai ciri pemimpin dan sukakan aktiviti luar.
  • 25. Sekiranya perasaan rendah diri seseorang melampau , dia akan mengalami kompleks melampau TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER (1870-1937) Dinamakan psikologi individu Adler percaya bahawa manusia bermotivasi untuk : Menyesuaikan diri Memperbaiki diri Menangani cabaran Mencapai kecemerlangan adalah fitrah manusia Menurut Adler semua manusia terlibat dalam proses kompensasi untuk mengatasi perasaan rendah diri Proses kompensasi membolehkan manusia menangani perasaan rendah diri sebenar atau dalam imaginasi
  • 26. TEORI TRAIT GORDON ALLPORT (1897 -1967) Allport melihat manusia mempunyai trait dan sifat-sifat tertentu Trait manusia menjadi asas pembinaan personaliti mereka Trait ialah sifat semula jadi yang mengarah tingkah laku individu dengan kadar yang konsisten dan melalui penonjolan sifat-sifat tertentu Allport mengenal pasti 3 jenis trait dalam personaliti manusia : 1. Trait cardinal 2. Trait pusat 3. Trait sekunder
  • 27. TEORI PERSONALITI TRAIT RAYMOND CATTELL (1905-1998) Menyifatkan personaliti manusia sebagai gabungan beberapa trait khusus yang berupaya menghasilkan tingkah laku yang konsisten 2 JENIS TRAIT Trait Permukaan Satu sifat yang dapat dikenal pasti daripada tingkah laku manusia secara langsung Trait Sumber Sifat-sifat yang tidak dapat dilihat secara terus terang daripada tingkah laku manusia tetapi dapat dikenal pasti melalui teknik analisis faktor Cattell juga mengkategorikan kecerdasan kepada dua. Kecerdasan Cair Merujuk kepada kebolehan memberi sebab-musabab, ingatan dan ketepatan seseorang memproses maklumat Kecerdasan Kristal Merujuk kepada pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman atau pembelajaran.
  • 28. TEORI PERSONALITI & TIPOLOGI TUBUH SHELDON (1942) Mengemukakan teori personaliti yang mengaitkan tipologi tubuh badan dengan trait personaliti Mengklasifikasikan manusia kepada 3 bentuk tubuh/ somatotip 1. ENDOMORF • Mereka yang bertubuh gemuk dan pendek • Trait personaliti mereka ialah:  periang  Suka bergaul  Suka menjamu makan  Ekstrovert  tenang 2. MESOMORF •Bentuk tubuh badan tegap, keras dan kuat •Trait personaliti seperti: Tegas Bertenaga agresif Berani 3.EKTOMORF •Orang yang mempunyai bentuk badan kurus, tinggi dan lembut. •Trait personaliti seperti: Pendiam Tidak suka bergaul Beremosi Introvert Pemalu Cerdik
  • 29. TEORI PERSONALITI FENOMENOLOGI-HUMANISTIK Carl Rogers (1902-1987) Manusia boleh dan sepatutnya difahami dari perspektif bagaimana mereka melihat kepada diri mereka sendiri dan persekitaran yang ada di sekeliling mereka Carl Rogers juga telah mempelopori Teori Pemusatan Insan Falsafah Kaunseling pemusatan insan- pertumbuhan psikologikal akan berlaku sekiranya individu/kumpulan mendapat layanan yang jujur , mesra dan empati Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor menjadi asas kaunseling pemusatan insan Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualize) Dengan itu, setiap manusia akan bergerak menuju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini.
  • 30. Teori Personaliti aliran humanistik adalah seperti berikut: • Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri, kemantapan dan bersosialisasi • Rogers tidak bersetuju dengan pandangan agama Kristian bahawa manusia cenderung membuat dosa • Beliau tidak setuju dengan Freud yang menganggap manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas, dan suka merosak diri sendiri.
  • 31. Konsep utama yang dipelopori Rogers 1. Fenomenologi 2.Konsep mengetahui Ada 3 cara: a) Subjektif b) objektif c) interpersonal 7. Kecelaruan psikologi 3. Struktur personaliti Terbahagi kepada 2 bahagian: a) Organisma b) Kendiri 4. Perkembangan Personaliti 5. Proses Subception 6. Perkembangan Personaliti
  • 32. IMPLIKASI TERHADAP P&P Guru perlu sentiasa berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa tentang perkembangan dan personaliti murid Guru perlu memahami tingkah laku murid, dimana ia berperanan dalam membentuk perkembangan personaliti murid tersebut. Guru perlu menggunakan segala ilmu dan kemahiran dalam psikologi pendidikan untuk memahami personaliti murid.
  • 33. Guru harus memberi bimbingan yang betul yang akan membantu individu menjadi lebih berkeyakinan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup Guru perlu menyedari bahawa setiap murid unik dan berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal, dan personaliti diri. Membantu guru dalam mengenal pasti punca tingkah laku atau personaliti murid dalam bilik darjah