SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
EDU 3106

PENGENALAN

       Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada
penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia
sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus
warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri
daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain
(0.7%). Dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik
utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus
daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun
merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Dari segi agama, Islam merupakan
agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti
dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut
bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

       Kamus Dewan (2007), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap, dan nilai.

       Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap.
(Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al. (1994) dalam Yahya (2007),
menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai,
kepercayaan, dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya
ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut
masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya.




                                                                                    1
EDU 3106

PERANAN GURU DALAM MERIALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DALAM
MENERAPKAN NILAI-NILAI PERPADUAN

         Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia
yang keempat semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari
1991, telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke
Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat
Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 iaitu "Wawasan 2020".
Menjelang tahun 2020, beliau berhasrat Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang
bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi
oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama
ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Hal iniI bermakna
Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada
cara dan corak negara maju yang ada sekarang iaitu ingin mencapai kemajuan yang
seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan.

         Justeru, dalam mencapai wawasan 2020 itu, kerajaan telah menetapkan Misi
Nasional yang perlu dicapai. Dalam Misi Nasional 2006-2020 yang telah dirangka,
terdapat lima teras utama yang telah digariskan iaitu teras yang pertama ialah
meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi Negara; teras yang kedua ialah
meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk
‘minda kelas pertama’; teras yang ketiga ialah menangani masalah ketidaksamaan
sosioekonomi secara membina dan produktif; teras yang keempat ialah meningkatkan
tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan teras yang kelima ialah mengukuhkan
keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara (YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,
2006).




                                                                                  2
EDU 3106

         Y.B Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri perpaduan,
kebudayaan, kesenian dan warisan, Malaysia dalam buku yang bertajuk “Membina
Negara Bangsa” berkata :

“Perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan merupakan perjuangan yang tiada
bersempadan dan tiada penghujungnya. Malah , sebagai sebuah Negara yang sedang
dalam usaha memantapkan proses pembinaan Negara bangsanya, pelbagai usaha
sedang dan akan terus dilaksanakan untuk menjamin perpaduan kaum terus
dipertahan dan diperkukuhkan.”

        Pendidikan merupakan salah satu penggerak utama dalam mencapai Misi
Nasional tersebut ke arah mencapai perpaduan dan guru memainkan peranan penting
bagi memastikan kejayaan itu. Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan
mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke
arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

        Antara peranan guru ialah sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk memajukan
pendidikan. Menurut Shahril (2008), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 43,
729 juta untuk membangunkan dan mengurus pendidikan dan latihan. Ini membuktikan
betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan
pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan. Justeru, guru perlu
bersyukur dengan nikmat yang diperoleh dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini
dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

        Peranan guru sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat jelata. Jadi, guru perlu
memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati. Guru sepatutnya
menjadi suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru
mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh teladan yang baik, maka
masyarakat akan memandang tinggi kepada guru dan akan berusaha untuk mencontohi
guru.


                                                                                       3
EDU 3106

      Tugas guru yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai murni kepada
masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan
prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru
juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan
semangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu
dan   membimbing    mereka    untuk   menjadi   warganegara   yang   taat   setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.




                                                                                4
EDU 3106

IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

IMPLIKASI TERHADAP KERAJAAN

      Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha
untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di
sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM seperti Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada
tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan
identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum.untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
murid tanpa mengira kaum.

      Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah,
namun pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya
dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah
menengah. Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu “Membina Negara Bangsa”
dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan.

      Selain itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan
adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan
yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah dua
atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara
satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

      Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM menetapkan objektif untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latar
belakang; memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan
generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa
                                                                                   5
EDU 3106

penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan
memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang.

          Di samping itu, langkah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa
perhubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum dapat mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Justeru, KPM juga telah
melaksanakan       Dasar   Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan
penguasaan       Bahasa    Inggeris   (MBMMBI)   pada   tahun   2011.   Tujuan   untuk
memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa
ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia manakala
tujuan memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan
global.

          Selain itu, pada tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar Satu Murid Satu
Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Antara objektif yang dihasratkan melalui
pelaksanaan Dasar 1M 1S di sekolah adalah bagi memupuk perpaduan antara kaum
(Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).




                                                                                     6
EDU 3106

IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH




      Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan
nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Menurut
Najeemah (2006), sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai
budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu,
pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan
dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan.




      Menurut Abdullah (2005), pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan
murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali
dan memahami budaya antara satu sama lain. Beliau menambah, melalui pemahaman
tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh
diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas.




      Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang,
mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Selain
itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan
tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat-
tempat bersejarah Negara.




      Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus
kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh
dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti
Bulan Kemerdekaan.


                                                                                      7
EDU 3106

      Selain itu, sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang
berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan
sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum.




                                                                                     8
EDU 3106

IMPLIKASI TERHADAP GURU

      Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain.
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan
bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri
personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin
Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah
laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu
dalam sesuatu kumpulan.

      Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu
memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa
kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti
Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik
yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan
individu dalam pendidikan.

      Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid
Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu
memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan
memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru
dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi
mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan
individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada
pelajaran dan rasa selamat di sekolah.




                                                                                       9
EDU 3106

      Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu
menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid
supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum
mereka   tertentu   sahaja.   Sebagai   contoh, guru   boleh   menggunakan    kaedah
pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati,
Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2011), melalui kaedah pembelajaran koperatif,
murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf
sosial dan pencapaian. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara
tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan
dalam masyarakat majmuk.

      Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.
Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat
dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Menurut
Noriati (2011), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf
sosioekonomi keluarga. Jadi, murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada
mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu
ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan
berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam
kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan perbezaan kelas sosial murid akan
mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan
pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.




                                                                                   10
EDU 3106

         Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan
membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Raja Permaisuri Perak, Tuanku
Bainun yang juga merangkap sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) bertitah semasa merasmikan Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 bahawa
pendidikan mesti menjurus kepada pembentukan nilai moral yang baik dan mulia bukan
semata-mata menyampaikan fakta-fakta isi pelajaran untuk persediaan peperiksaan.
Baginda menyeru agar para guru sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya
yang baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan murid-
murid seiring dengan konsep 1 Malaysia. Baginda juga bertitah bahawa kebencian
kaum boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan pembangunan Negara.

         Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam
semua mata pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’.
Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran
dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru
melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd
Najib, 2007). Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius
membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran.

         Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan
hasrat     yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai
seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya
kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia.

         "Pendidikan   di   Malaysia   adalah    satu   usaha   berterusan    ke   arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."



                                                                                      11
EDU 3106

      Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input
semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala
sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan
penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur
dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan.

      Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai
dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut
Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur
negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan
maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah
menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh
menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid.
Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur
sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa
kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011).

      Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid
supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa
berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata
kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi
antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat
memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid.




                                                                                   12
EDU 3106

RUMUSAN/CADANGAN

      Peranan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan Misi Nasional Negara.
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk,
memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa
ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan
agenda pembangunan Negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan.

      Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal
ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana
Transformasi Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai
cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja
yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara
kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena
Sambuatn Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat
kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan
sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu
transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi.

      Seterusnya, guru perlu mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang
atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru juga
perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid.
Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada
masa ini dan akan datang.




                                                                                   13
EDU 3106

      Selain itu, peranan guru sebagai suri teladan kepada murid dan masyarakat
perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang kepada perwatakan
seorang guru. Jadi, sekiranya seorang guru menunjukkan contoh teladan atau perangai
yang tidak baik akan mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan
kepercayaan kepada guru.

      Guru sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri murid-
murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur, perpaduan dan sebagainya.
Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri mereka, maka menjadi mudahlah
proses menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara kita.




                                                                                  14
EDU 3106

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007).
      Humor Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional

Abdullah Sani bin Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS
      Professional

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi
      Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada
      15 Mac 2012 daripada http://www.statistics.gov.my

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka




Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). 1 Murid 1 Sukan : Buku Panduan
      Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan(1M 1S). Putrajaya : Bahagian Sukan
      Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk
      Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya


Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
      Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris(MBMMBI). Unit Koperasi
      Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006). Psikologi
Pendidikan. Selangor : PTS Professional

Misi Nasional 2006-2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http://
      www3.pmo.gov.my/




                                                                               15
EDU 3106

Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan
      Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi
      Malaysia 12 : 99-118

Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi
      Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian
      Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan.

Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.
      Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor :
      Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Perspektif    Wawasan     2020      (t.t).   Dicapai   pada    10    Mac   2012   daripada
      http://pmr.penerangan.gov.my

Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan
      Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional

Sekolah      Wawasan    (t.t).   Dicapai      pada     13   Mac     2012   daripada   http://
      pmr.penerangan.gov.my

Shahril Marzuki (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional

Tuanku Bainun (13 Oktober 2010). Pembentukan Nilai Moral Penting Dalam
     Pendidikan.     Bernama. Dicapai pada  17    Mac   2012    daripada
     http://web6.bernama.com

Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan
      pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional

Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari
      Guru.     Mstar     Online.       Dicapai      pada     16    Mac    2012   daripada
      http://www.mstar.com.my/

                                                                                          16
EDU 3106

REFLEKSI

      Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang
dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini iaitu menulis sebuah esei yang
bertajuk “Peranan guru dalam merialisasikan misi nasional Negara dan implikasi dalam
pendidikan pelbagai budaya”.

      Penerangan yang diberikan semasa taklimat agak jelas tetapi saya kurang
faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Selepas meneliti
semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan,
akhirnya segala kekeliruan dapat saya atasi.

      Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk
esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya. Proses memngumpul
maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini
demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama. Ini
bagi memudahkan saya menulis rujukan.

      Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya
mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada
masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mempersiapkan diri untuk menjalani
praktikum. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan
pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa
pada waktu malam untuk menulis esei ini.

      Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya
ialah tentang teras dalam misi nasional. Sebelum ini, saya hanya sering mendengar
tentang misi nasional secara umum tanpa mengetahui teras-terasnya.

             Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik
demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara
terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya.




                                                                                   17
EDU 3106

      Saya juga sempat mengkaji pelbagai dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid.
Antara dasar yang telah saya membuat penelitian ialah dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S),
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris
(MBMMBI), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Rancangan Integrasi
Murid untuk Perpaduan (RIMUP).

      Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk
perpaduan kaum di Negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh
teladan dan sebagainya. Saya amat berharap saya akan dapat menjadi seorang guru
yang mampu mendokong aspirasi Negara ini untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu.




                                                                                  18

More Related Content

What's hot

Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel Ker0
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosialcikgutika
 
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanContoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanNEMOKUND
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaIrwan Nazarudin
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumHerney Aqilah Kay
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Zubidah Naim
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 

What's hot (20)

Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikel Ulasan artikel
Ulasan artikel
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti SosialTopik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
Topik 6 Stratifikasi Sosial & Mobiliti Sosial
 
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanContoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budayaImplikasi kepelbagaian-sosio-budaya
Implikasi kepelbagaian-sosio-budaya
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulum
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 

Viewers also liked

Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008PAKLONG CIKGU
 
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )Stephanie Unsil
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKANkuangwei94
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i thinkHazlee Gapal
 

Viewers also liked (8)

Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Peta pemikiran
Peta pemikiranPeta pemikiran
Peta pemikiran
 
i-THiNK
i-THiNKi-THiNK
i-THiNK
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think
 

Similar to EDU 3106 - KKP SEM 5

Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...Kalai Shan
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfHemarani Munisamy
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 

Similar to EDU 3106 - KKP SEM 5 (20)

Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
INTEGRASI NASIONAL PERLU DIPUPUK DI PERINGKAT PENDIDIKAN RENDAH HINGGA KE TAH...
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 

EDU 3106 - KKP SEM 5

  • 1. EDU 3106 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang sangat unik kerana terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, banci penduduk di Malaysia sehingga tahun 2010 ialah seramai 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%). Dalam kalangan warganegara Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5 peratus di Sabah. Dari segi agama, Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus diikuti dengan agama Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Justeru, kita patut bersyukur kerana kita masih boleh hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kamus Dewan (2007), mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Selain itu, budaya menggambarkan cara hidup, nilai, kepercayaan dan sikap. (Yahya, Aziah dan Yaakob, 2007). Sagor et al. (1994) dalam Yahya (2007), menjelaskan bahawa budaya sebagai sistem sosial yang diintegrasi oleh nilai-nilai, kepercayaan, dan peraturan bertingkah laku. Beliau juga menjelaskan bahawa budaya ialah kajian tentang tingkah laku manusia dalam satu kumpulan yang berbeza mengikut masyarakat, kumpulan etnik, suku dan lain-lain sub budaya. 1
  • 2. EDU 3106 PERANAN GURU DALAM MERIALISASIKAN MISI NASIONAL NEGARA DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI PERPADUAN Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 iaitu "Wawasan 2020". Menjelang tahun 2020, beliau berhasrat Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Hal iniI bermakna Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju yang ada sekarang iaitu ingin mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan. Justeru, dalam mencapai wawasan 2020 itu, kerajaan telah menetapkan Misi Nasional yang perlu dicapai. Dalam Misi Nasional 2006-2020 yang telah dirangka, terdapat lima teras utama yang telah digariskan iaitu teras yang pertama ialah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi Negara; teras yang kedua ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’; teras yang ketiga ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif; teras yang keempat ialah meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; dan teras yang kelima ialah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara (YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, 2006). 2
  • 3. EDU 3106 Y.B Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan, Malaysia dalam buku yang bertajuk “Membina Negara Bangsa” berkata : “Perjuangan untuk memperkukuhkan perpaduan merupakan perjuangan yang tiada bersempadan dan tiada penghujungnya. Malah , sebagai sebuah Negara yang sedang dalam usaha memantapkan proses pembinaan Negara bangsanya, pelbagai usaha sedang dan akan terus dilaksanakan untuk menjamin perpaduan kaum terus dipertahan dan diperkukuhkan.” Pendidikan merupakan salah satu penggerak utama dalam mencapai Misi Nasional tersebut ke arah mencapai perpaduan dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan itu. Justeru, guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Antara peranan guru ialah sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk memajukan pendidikan. Menurut Shahril (2008), kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 43, 729 juta untuk membangunkan dan mengurus pendidikan dan latihan. Ini membuktikan betapa bersungguh-sungguhnya pihak Kerajaan dalam memastikan pembangunan pendidikan terus berjalan seperti yang dirancang dan disasarkan. Justeru, guru perlu bersyukur dengan nikmat yang diperoleh dengan dan menunjukkan rasa kesyukuran ini dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Peranan guru sentiasa diperhati dan dinilai oleh rakyat jelata. Jadi, guru perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati. Guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada murid khususnya dan masyarakat amnya. Apabila guru mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dan menunjukkan contoh teladan yang baik, maka masyarakat akan memandang tinggi kepada guru dan akan berusaha untuk mencontohi guru. 3
  • 4. EDU 3106 Tugas guru yang seterusnya ialah menyemai nilai-nilai murni kepada masyarakat. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat kebangsaan dalam kalangan murid. Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 4
  • 5. EDU 3106 IMPLIKASI DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA IMPLIKASI TERHADAP KERAJAAN Pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Antara program yang telah dijalankan oleh KPM seperti Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program RIMUP mula diperkenalkan oleh KPM pada tahun 1986. RIMUP merupakan satu program yang bertujuan untuk membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Pada asalnya RIMUP hanya dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah, namun pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah. Pelaksanaan RIMUP akhirnya diteruskan di bawah Teras Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 -2010, iaitu “Membina Negara Bangsa” dan juga di bawah Program Transformasi Kerajaan. Selain itu, KPM telah menubuhkan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Konsep Sekolah Wawasan adalah dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung. Dengan penubuhan Sekolah Wawasan ini, KPM menetapkan objektif untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang; memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran; melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Di sini jelas menunjukkan bahawa 5
  • 6. EDU 3106 penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi akan memudahkan integrasi yang wujud dalam kalangan mereka pada masa akan datang. Di samping itu, langkah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara pelbagai kaum dapat mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Justeru, KPM juga telah melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2011. Tujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia manakala tujuan memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global. Selain itu, pada tahun 2011, KPM telah melaksanakan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) yang mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Antara objektif yang dihasratkan melalui pelaksanaan Dasar 1M 1S di sekolah adalah bagi memupuk perpaduan antara kaum (Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). 6
  • 7. EDU 3106 IMPLIKASI TERHADAP SEKOLAH Sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman murid pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Menurut Najeemah (2006), sekolah perlu perihatin dengan keperluan masyarakat pelbagai budaya dan menggambarkan kepelbagaiannya melalui struktur organisasi. Oleh itu, pendidikan pelbagai budaya mesti menjadi sebahagian daripada program pendidikan dan sebahagian daripada falsafah pendidikan, meliputi daya usaha pendidikan. Menurut Abdullah (2005), pihak sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan kaum dengan melibatkan murid daripada pelbagai kaum bagi member peluang kepada mereka untuk mengenali dan memahami budaya antara satu sama lain. Beliau menambah, melalui pemahaman tentang budaya etnik lain adalah diharapkan satu situasi asimilasi dan toleransi boleh diwujudkan supaya ruang untuk perpaduan lebih terbuka luas. Antara program yang boleh dijalankan ialah acara mengibarkan Jalur Gemilang, mengadakan pertandingan fotografi dan melukis sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada pengenalan tokoh-tokoh dan pemimpin negara daripada pelbagai kaum serta mengetahui tempat- tempat bersejarah Negara. Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai program yang menjurus kepada penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kelab Rukun Negara perlu ditubuh dan diaktifkan bagi mengendalikan pelbagai program berkaitan aktiviti patriotik seperti Bulan Kemerdekaan. 7
  • 8. EDU 3106 Selain itu, sekolah perlu menganjurkan pertandingan reka cipta yang berunsurkan budaya pelbagai kaum seperti reka cipta tanglung, wau, kaligrafi, khat dan sebagainya bagi memupuk integrasi antara kaum. 8
  • 9. EDU 3106 IMPLIKASI TERHADAP GURU Pertama, guru perlulah memberi layanan yang sama rata kepada semua murid. Seperti yang kita sedia maklum, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006), perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Menurut Mahani (2006), dalam konteks Negara Malaysia, perbezaan individu memang menjadi suatu perkara yang jelas. Rakyat Malaysia terdiri daripada beberapa kaum yang utama seperti Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain seperti Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang tersendiri. Perkembangan ini menunjukkan guru-guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan. Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007), guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid. Guru perlu memahami perbezaan murid secara individu dalam kelasnya. Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid, kemudian baru guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran. Dengan memberi perhatian kepada perbezaan individu murid, guru akan berjaya membimbing pelajar membina rasa yakin kepada pelajaran dan rasa selamat di sekolah. 9
  • 10. EDU 3106 Bagi memastikan layanan yang diberikan adalah adil, guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik dan kaedah bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak ada seorang pun murid dalam kelas dikebelakangkan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noriati, Boon Pong Ying, Sharifah dan Zuraidah (2011), melalui kaedah pembelajaran koperatif, murid dibahagikan kepada kumpulan yang daripada pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian. Jadi, mereka dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung serta dapat mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Menurut Noriati (2011), kelas sosial wujud hasil daripada taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Jadi, murid perlu dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan perbezaan kelas sosial murid akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. 10
  • 11. EDU 3106 Seterusnya, guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun yang juga merangkap sebagai Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah semasa merasmikan Istiadat Konvokesyen UPSI ke-12 bahawa pendidikan mesti menjurus kepada pembentukan nilai moral yang baik dan mulia bukan semata-mata menyampaikan fakta-fakta isi pelajaran untuk persediaan peperiksaan. Baginda menyeru agar para guru sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya yang baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan murid- murid seiring dengan konsep 1 Malaysia. Baginda juga bertitah bahawa kebencian kaum boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan pembangunan Negara. Dalam membentuk nilai murid, guru perlu sentiasa menerapkan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran yang diajar. Inilah yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran telah menerbitkan buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai merentas kurikulum KBSR dan KBSM bagi membantu guru-guru melaksanakan penerapan nlai murni dalam pengajaran dengan lebih efektif (Mohd Najib, 2007). Hal ini menunjukkan betapa Kementerian Pelajaran begitu serius membantu guru untuk menerapkan nilai merentas kurikulum dalam pengajaran. Penerapan nilai ini juga sangat penting bagi seseorang guru bagi merialisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai seorang guru, kita perlulah memahami dan menghayati FPK sedalam - dalamnya kerana FPK merupakan tunjang utama kepada sistem pendidikan di Malaysia. "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." 11
  • 12. EDU 3106 Daripada FPK tersebut, jelaslah bahawa tugas guru bukan sahaja memberi input semata - mata malah mendidik murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sekiranya nilai - nilai telah tertanam dalam kalangan murid, maka gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan. Selain itu, dengan penerapan nilai ini, budaya hormat-menghormati, sayang - menyayangi, bertolak ansur dan sebagainya antara kaum dapat diamalkan. Di samping itu, guru perlulah bijak memilih bahan sumber untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai dapat mengelakkan seseorang guru menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Menurut Noriati (2011), guru hendaklah mengelakkan daripada menggunakan unsur - unsur negatif dan sensitif bagi mana-mana etnik. Jadi, guru perlu sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Sebagai contoh, guru perlulah menghormati adat resam dan kepercayaan murid-murid. Jadi, guru tidak boleh menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Seterusnya, guru mesti menggunakan bahasa yang sesuai yang tidak menyentuh unsur sensitif dari aspek gender, etnik dan kepercayaan murid kerana boleh membawa kepada salah faham antara guru dan murid. (Noriati, 2011). Selain itu, guru perlu sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada murid supaya sentiasa menggunakan bahasa yang standard iaitu bahasa Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Jadi, interaksi antara murid pelbagai kaum akan terbuka luas dan secara tidak langsung dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid. 12
  • 13. EDU 3106 RUMUSAN/CADANGAN Peranan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan Misi Nasional Negara. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah untuk memupuk, memelihara dan menjaga perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa ini. Justeru, tugas seorang guru sememangnya sangat penting dalam menjayakan agenda pembangunan Negara ke arah mencapai Wawsan 2020 yang dihasratkan. Seseorang guru perlulah menjadi penjana transformasi pendidikan Negara. Hal ini bertepatan dengan pemilihan tema Hari Guru tahun 2011 iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Tanpa guru, sudah tentu tidak akan lahir ramai cendakiawan, golongan profesional, usahawan, peniaga dan seluruh warga pekerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan kemajuan negara kita selama ini. Muhyiddin Yassin (2011) semasa menyampaikan ucapan sempena Sambuatn Hari Guru 2011 meletakkan harapan yang tinggi kepada guru untuk melihat kualiti pendidikan negara melonjak ke tahap yang terbaik, dan dengan itu memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk memacu transformasi negara ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya, guru perlu mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Guru juga perlu bijak menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. 13
  • 14. EDU 3106 Selain itu, peranan guru sebagai suri teladan kepada murid dan masyarakat perlulah dihidupkan. Setiap masa, masyarakat akan memandang kepada perwatakan seorang guru. Jadi, sekiranya seorang guru menunjukkan contoh teladan atau perangai yang tidak baik akan mengakibatkan masyarakat akan hilang rasa keyakinan dan kepercayaan kepada guru. Guru sepatutnya sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik ke dalam diri murid- murid seperti nilai toleransi, kerjasama, bertolak ansur, perpaduan dan sebagainya. Sekiranya nilai-nilai ini telah tertanam dalam diri mereka, maka menjadi mudahlah proses menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di Negara kita. 14
  • 15. EDU 3106 RUJUKAN Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, Abdul Rashid Mohamed (2007). Humor Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Abdullah Sani bin Yahaya (2005). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) (t.t). Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia : Sumber Statistik Rasmi Malaysia. Dicapai pada 15 Mac 2012 daripada http://www.statistics.gov.my Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011). 1 Murid 1 Sukan : Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan(1M 1S). Putrajaya : Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 – Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010). Putrajaya Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris(MBMMBI). Unit Koperasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2006). Psikologi Pendidikan. Selangor : PTS Professional Misi Nasional 2006-2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http:// www3.pmo.gov.my/ 15
  • 16. EDU 3106 Mohd Najib A. Ghafar & Ali Harun (2007). Perbezaan antara Pengetahuan dan Amalan Konsep KBSM di Kalangan Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12 : 99-118 Mohd Shafie bin Haji Apdal (2008). Membina Bangsa Malaysia Jilid 4 Integrasi Nasional. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudyaan, Kesenian dan Warisan. Najeemah Md. Yusof (2007). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid, (2011). Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Perspektif Wawasan 2020 (t.t). Dicapai pada 10 Mac 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai- Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Sekolah Wawasan (t.t). Dicapai pada 13 Mac 2012 daripada http:// pmr.penerangan.gov.my Shahril Marzuki (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Tuanku Bainun (13 Oktober 2010). Pembentukan Nilai Moral Penting Dalam Pendidikan. Bernama. Dicapai pada 17 Mac 2012 daripada http://web6.bernama.com Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud (2007). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Selangor : PTS Professional Muhyiddin Yassin (16 Mei 2011). Teks Ucapan Penuh Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru. Mstar Online. Dicapai pada 16 Mac 2012 daripada http://www.mstar.com.my/ 16
  • 17. EDU 3106 REFLEKSI Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang dan kesempatan untuk saya menyiapkan tugasan ini iaitu menulis sebuah esei yang bertajuk “Peranan guru dalam merialisasikan misi nasional Negara dan implikasi dalam pendidikan pelbagai budaya”. Penerangan yang diberikan semasa taklimat agak jelas tetapi saya kurang faham kehendak soalan yang diutarakan untuk menulis esei ini. Selepas meneliti semula soalan beberapa kali dan berbincang dengan pensyarah dan kawan-kawan, akhirnya segala kekeliruan dapat saya atasi. Perkara pertama yang saya lakukan ialah membuat pembacaan tentang tajuk esei ini dalam buku, jurnal, artikel dalam internet dan sebagainya. Proses memngumpul maklumat ini berlaku sepanjang masa sehingga saya menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana saya menulis esei sambil membuat rujukan pada masa yang sama. Ini bagi memudahkan saya menulis rujukan. Dari segi peruntukan masa bagi menyiapkan esei ini, secara jujur saya mengatakan tidak cukup memandangkan banyak aktiviti yang perlu dilakukan pada masa yang sama. Antaranya ialah saya terpaksa mempersiapkan diri untuk menjalani praktikum. Namun, masalah ini telah berjaya diatasi kerana saya telah menggunakan pelbagai strategi dalam mengurus masa. Sebagai contoh, saya mengambil lebih masa pada waktu malam untuk menulis esei ini. Melalui penulisan esei ini, banyak input baru yang telah saya peroleh. Antaranya ialah tentang teras dalam misi nasional. Sebelum ini, saya hanya sering mendengar tentang misi nasional secara umum tanpa mengetahui teras-terasnya. Di samping itu, saya juga sempat mencari maklumat tentang statistik demografi penduduk di Malaysia. Melalui dapatan ini, saya dapat mengetahui secara terperinci bilangan penduduk di Malaysia berdasarkan kaum, agama dan sebagainya. 17
  • 18. EDU 3106 Saya juga sempat mengkaji pelbagai dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memupuk nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid. Antara dasar yang telah saya membuat penelitian ialah dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Selain itu, saya juga sedar betapa pentingnya peranan guru dalam memupuk perpaduan kaum di Negara ini melalui penerapan nilai-nilai murni, menjadi contoh teladan dan sebagainya. Saya amat berharap saya akan dapat menjadi seorang guru yang mampu mendokong aspirasi Negara ini untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. 18