TAJUK 5 :
MODEL PENGAJARAN
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
Konsep Pengajaran
Pengajaran merupakan
satu proses yang
melibatkan sistem aktiviti
–aktiviti yang ditujukan
kepada murid dengan
tujuan membawa
perubahan-perubahan
tingkah laku di kalangan
mereka.
Proses pengajaran
merangkumi perancangan,
pengelolaan,
penyampaian, bimbingan
dan penilaian. Kesemua
langkah-langkah ini adalah
bertujuan untuk
menyebarkan ilmu dengan
berkesan.
P &P Yang Berjaya :
Mencapai objektif perubahan tingkah laku
Guru perlulah jelas dengan jenis perubahan
yang dikehendaki.
Kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk
menjayakannya.
Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki
ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan,
kemahiran dan perubahan sikap.
Melalui kaedah dan teknik tertentu yang
bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran murid-murid.
Apakah itu Model Pengajaran?
• Satu perihalan persekitaran pembelajaran
yang boleh dijadikan panduan guru semasa
merancang kurikulum, kursus dan unit
pengajaran serta menyediakan bahan-bahan
pengajaran, seperti program multi-media,
pengajaran berbantukan komputer, lembaran-
lembaran kerja dan sebagainya.
Model-Model Pengajaran
• Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan
oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009).
• Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model
pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia
dan cara manusia belajar.
1. Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Behavioral
3. Model Sosial
4. Model Personal
1. MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Pembentukan
konsep
Perolehan
konsep
Inkuiri
Synectics Implikasi
Model
Pemprosesan
Maklumat
terhadap
P & P
http://youtu.be/wBCLpVnai2c
http://youtu.be/GaucLgI9Hzo
• Model Pemprosesan Maklumat berfokus
kepada naluri semulajadi kita untuk
memahami dunia dengan lebih mendalam
melalui langkah-langkah bersistematik dan
berturutan iaitu:
– Kepekaan terhadap masalah yang timbul,
– Pemerolehan dan penyusunan maklumat,
– Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai,
– Pengembangan konsep yang berkenaan.
Model Pemprosesan Maklumat
• Konsep: menyamakan ingatan manusia sama seperti
komputer iaitu menggunakan model input-output.
• Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat
berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/
sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang.
• Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan
mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan
maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan.
• Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan
bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.
Pembentukan Konsep
• Ramai orang m’bandingkan sistem pemerosesan maklumat
manusia dengan komponen komputer.
• Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana
maklumat disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak
panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak diatas rajah
mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran
maklumat sistem berkenaan.
• “Perolehan Konsep” merujuk kepada usaha mencari,
kemudian menyenaraikan atribut @ ciri-ciri yg membezakan
contoh daripada bukan contoh bagi suatu kategori yg
dikenalpasti.
Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah:
Model ini sesuai di Prasekolah.
Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak
singkat masanya serta diarahkan oleh guru.
Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg terdapat
dalam bilik darjah.
Jawapan murid mungkin kepelbagaian:meja, kerusi, papan
tulis dll.
Perolehan Konsep
• Dipelopori oleh Joseph Schwab.
• Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan
murid-murid mempelajari dan seterusnya
mengembangkan konsep-konsep.
• Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran
melalui proses menyoal.
• Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang
logikal dan sistematik.
• Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan
pembelajaran melibatkan murid dalam memberi
pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka,
mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul
dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan
membuat inferens serta kesimpulan.
Inkuiri Saintifik
• Teknik Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi
kebebasan dalam penyelesaian masalah.
• Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek
seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang
seperti dua atau tiga minggu.
• Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa
unit konsep.
• Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik
penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan
terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.
• Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan.
• Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal
pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,
merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau
siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan
membuat rumusan.
• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat
dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan
‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru
membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
• Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah dan menengah.
• Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang
bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar
sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.
• Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam
pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
Kebaikan Model Inkuiri
• Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan
kemahiran pemikiran aras tinggi;
• Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran;
• Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid
memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau
penjelasan-penjelasan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan
membawa kepada inkuiri seterusnya; dan
• Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang
kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan
bergantung pada data yang sedia ada.
• Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid
mengenalpasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang
menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan
perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan
psikologi.
Synectics
• Dipelopori oleh Gordon (1961).
• Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu
perkaitan yang bersepadu.
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang
menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.
• Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di
mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah.
• Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk
struktur yang baru.
• Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.
• Satu pendekatan yg amat menarik untuk mencipta inovasi.
• Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah
tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yg
penting.
• Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.
• Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau
peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi
masalah dari perpektif baru.
Aplikasi Model Synectics Dalam Bilik Darjah
Penggunaan model ini merentasi keseluruhan
kurikulum.
Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan
sesuana yg kondusif.
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
• Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab
pemprosesan maklumat berasaskan psikologi kognitif.
• Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus
diberikan kepada cara mereka memperoleh maklumat,
menguruskan data, merangka masalah dan menjana
penyelesaian.
• Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah
yg sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka.
• Implikasi kedua: Pengetahuan dan kemahiran yg harus ada
pada guru supaya murid yakin dan kompeten untuk
melaksanakan model pengajaran.
• Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk
menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik
pengajaran.
• Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur
dengan baik.
• Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada
pelajar.
• Menambah konsep-konsep baharu ke dalam struktur
kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan
kembali konsep-konsep tersebut.
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
2. MODEL BEHAVIORAL
• Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur.
• Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas
terhadap sesuatu tugasan.
• Idea Skinner.
• Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan
sampaikannya langkah demi langkah mengikut kadar
penerimaan pelajar.
• Bila semua langkah dikuasai maka dapatlah menguasai
keseluruhan tajuk itu.
http://youtu.be/xQWSsPvVUaY
Model Behavioral Pelopor Tujuan
Pengajaran
Langsung
Thomas Good
Jere Brophy
Wes Becker
Siegfried
Englemann
Carl Bereiter
Penguasaan kandungan dan
kemahiran akademik dalam bidang
pengajian yang luas.
Pembelajaran
Masteri
Benjamin Bloom
James Block
Penguasaan kemahiran akademik
dan pelbagai jenis kandungan.
Simulasi Carl Smith
Mary Smith
Penguasaan kemahiran dan konsep
kompleks dalam bidang pengajian
yang luas.
Pembelajaran
Bersifat Program
B.F Skinner Penguasaan kemahiran, konsep
dan maklumat berbentuk faktor.
Pembelajaran
Sosial
Albert Bandura Pengurusan tingkahlaku, belajar
pola tingkahlaku yang baru dan
kawalan kendiri.
Pengajaran Langsung
• Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran
asas.
• Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran
pembelajaran adalah berstruktur.
• Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:
1. Jenis hasil pembelajaran pelajar.
2. Aliran aktiviti pengajaran.
3. Persekitaran pembelajaran.
• Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima
langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi,
praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/
praktis lanjutan.
• Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima
langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi,
praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis
lanjutan.
Pengajaran Langsung
• Proses Pengajaran Langsung
1. Pengenalan (Orientasi)
2. Perkembangan (Penyampaian)
3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)
4. Latihan terbimbing (Amalan Terbimbing)
5. Latihan kendiri (Amalan Berdikari)
6. Penilaian
Pengajaran Langsung
1. Pengenalan / Orientasi:
• Guru membentuk kerangka pengajaran dari segi:
i. Objektif dan tahap pencapaian.
ii. Isi kandungan dan hubungan dengan pengetahuan atau/dan
pengalaman sedia ada.
iii. Langkah-langkah dan peranan murid bagi aktiviti yang
dijalankan.
Pengajaran Langsung
2. Perkembangan (Penyampaian)
Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru melalui
contoh dan demonstrasi secara visual dan lisan.
3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)
Guru membimbing murid-murid dengan menggunakan
contoh-contoh dan memberi maklum balas kepada respons
mereka.
Pengajaran Langsung
4. Latihan Terbimbing (Amalan Terbimbing)
• Murid-murid berpeluang membuat latihan secara individu
dengan bimbingan guru.
5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari)
• Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid telah
mencapai tahap 85% hingga 90%, mereka laksana
latihan sendiri tanpa bimbingan guru.
Pengajaran Langsung
Kebaikan dan Keterbatasan Pengajaran Langsung
Kebaikan:
• Meningkatkan gred pencapaian
• Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar
• Berkesan untuk murid-murid yang kecerdasan sederhana dan lambat
Batasan:
• Hadkan pemikiran yang kritis dan kreatif
• Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri
• Kurang mencabar untuk pelajar yang cemerlang
Pengajaran Langsung
Aplikasi Model Pengajaran Langsung dalam bilik darjah:
• Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas
yang terkandung dalam kurikulum teras.
Pengajaran Langsung
• Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran secara
individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan
dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta
kemahiran yang akan dipelajari.
• Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan
murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
Pembelajaran Masteri
Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:
1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar
oleh guru.
2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unti kecil di mana
pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya
mudah difahami oleh murid.
3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel
untuk semua murid mencapai objektif pembelajaran.
Pembelajaran Masteri
Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri:
i. Satu matapelajaran mempunyai objektif utama tersendiri yang
mewakili objektif satu kursus atau unit.
ii. Satu unit besar dibahagikan kepada unit-unit kecil yang
mempunyai objektif masing-masing.
iii. Bahan pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model
pengajaran dipilih.
iv. Setiap unit disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang
mengukur kemajuan murid-murid secara berterusan serta
mengenalpasti masalah setiap murid.
v. Guru boleh merancang seterusnya melaksanakan pengajaran
tambahan untuk membantu murid-murid berkenaan
menyelesaikan masalah pembelajaran masing-masing.
Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program
(Penetapan Program Pengajaran Individu)
• Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif kendiri,
arah kendiri, penilaian kendiri dan motivasi terhadap
pembelajaran.
• Terdapat perbezaan antara murid-murid dari segi kuantiti
masa dan praktis yang diperlukan untuk menguasai
objektif-objektif pengajaran.
Pembelajaran Masteri
• Murid-murid belajar mengikut kadar masing-masing
dengan persekitaran yang kondusif dan pertimbangan
terhadap perbezaan masing-masing.
• Tahap penguasaan yang minimum bagi satu-satu unit
pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan unit
baru.
• Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan murid-
murid amat penting supaya dapat menjadi asas
membentuk pakej pembelajaran secara individu.
Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program
(Penetapan Program Pengajaran Individu)
Aplikasi Pembelajaran Masteri Dalam Bilik Darjah
• Sesuai digunakan bagi pelbagai jenis matapelajaran (BI, MT,
GEO, SN, Statistik)
• Sesuai bagi semua peringkat persekolahan bermula daripada
prasekolah hingga ke kolej.
• Juga diaplikasikan bagi mengajar pembentukan konsep,
hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah.
• Guru perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan
suatu sistem pembelajaran yang positif dan kondusif.
• Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu
sebagai pemangkin kepada harga diri positif murid-murid.
Pembelajaran Masteri
• Melibatkan murid-murid main peranan watak-watak
tertentu yang ada dalam kehidupan harian mereka.
• Penjelasan model simulasi akan dibuat berdasarkan
empat fasa :
i. Sinopsis
ii. Sistem sosial
iii. Prinsip reaksi
iv. Sistem sokongan
Simulasi
Sinopsis Model Pengajaran Langsung
Simulasi
Fasa 1: Orientasi
-Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu
disisipkan ke dalam aktiviti simulasi.
-Guru menerangkan tentang prosedur simulasi.
Fasa 2: Latihan Peserta
-Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu
dan mengadakan sesi latihan.
Fasa 3: Operasi Simulasi
-Guru melaksanakan aktiviti simulasi.
-Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian.
-Guru menjelaskan sebarang miskonsepsi yang timbul
-Aktiviti simulasi diteruskan.
Fasa 4: Debriefing Peserta
-Guru membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses,
membandingkan aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan
matapelajaran serta menilai dan merekabentuk semula aktiviti.
Sistem Sosial
• Suasana persekitaran yang bersifat koperatif dan
interaktif harus wujud.
• Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar
membentuk satu sistem sosial rakan sebaya.
Simulasi
Prinsip-prinsip Reaksi:
• Guru tidak menjalankan sebarang penilaian sepanjang
aktiviti simulasi.
• Guru hanya perlu membawa murid-murid yang kurang
berminat semasa aktiviti simulasi kembali ke pangkuan
simulasi tersebut.
Simulasi
Sistem Sokongan:
• Bahan-bahan simulasi khususnya dalam bidang sains
sosial.
• Berbentuk komputer
Simulasi
Aplikasi Model Simulasi Dalam Bilik Darjah
• Berupaya merangsang pembelajaran mengenai unsur-
unsur:
i. Persaingan
ii. Bekerjasama
iii. Empati
iv. Sistem sosial
v. Konsep
vi. Kemahiran
vii. dan lain-lain
Simulasi
Implikasi Model Behavioral Terhadap P&P
1. Guru harus berpegang kepada prinsip
rangsangan-gerakbalas.
2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam
kalangan murid-murid, maka tumpuan
diberikan kepada pengukuhan positif dan
bukannya pengukuhan negatif atau hukuman.
3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru
haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian
bagi memastikan penguasaan murid-murid.
4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah
mengajar dengan mengambil kira gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza.
5. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar berbeza
boleh menguasai apa-apa yang diajar.
6. Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah
pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-
apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.
3. MODEL SOSIAL
• Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun
maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk
menyelesaikan masalah.
• Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif
individu dan kumpulan dalam memperjelas dan
mengembangkan idea-idea.
• Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid
bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan.
• Contoh:
- mengumpul
- mengkaji dan menganalisis maklumat
- menilai dan mentafsir
- membuat kesimpulan
3. MODEL SOSIAL
• http://youtu.be/ikTxfIDYx6Q
• http://youtu.be/t6WX11iqmg0
Pembelajaran Koperatif
• Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen.
• Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara:
1. Pencapaian akademik,
2. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan
3. Perkembangan sosial.
• Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai
matlamat yang sama.
• Pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma
dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima
hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan
pembelajaran.
• Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar
berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka
menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama.
Pembelajaran Koperatif
Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:
1. Pasukan
2. Pengurusan pembelajaran koperatif
3. Keinginan untuk bekerjasama
4. Kemahiran untuk bekerjasama
5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif
Pembelajaran Koperatif
• Pelopor: Byron Massialas dan Benjamin Cox.
• Tujuan:
– Penyelesaian masalah sosial melalui
pembelajaran kolektif dan penaakulan logikal.
Inkuiri Sosial
• Pelopor: James Shaver dan Donald Oliver.
• Tujuan:
– Analisis isu-isu polisi melalui kerangka
Jurisprudential (Realiti Berhemah).
– Pengumpulan data analisis soalan nilai, kajian
kepercayaan peribadi.
Inkuiri Jurisprudential
• Pelopor: Robert Salvin dan rakan-rakan.
• Tujuan:
– Fokus kepada inkuiri akademik dan
perkembangan sosial serta peribadi.
– Penggunaan strategi koperatif sebagai
pendekatan pengajian akademik.
Inkuiri Sosial Berstruktur
• Pelopor: David Johnson, Roger Johnson,
Elizabeth Cohen.
• Tujuan:
– Pembentukan strategi interaksi sosial yang
bersifat saling pergantungan.
– Pemahaman hubungan dan emosi kendiri-
orang lain.
Saling Pergantungan
• Pelopor: Fanny Shaftel.
• Tujuan:
– Kajian tentang nilai dan peranan dalam
interaksi sosial.
– Kefahaman peribadi tentang nilai dan
tingkahlaku.
Main Peranan
• Main peranan merupakan satu situasi yang
melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama
ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain.
• Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang
kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan
perbincangan.
• Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran
seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan
sebutan.
Main Peranan
• Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui
dalam lakonan dan perbincangan.
• Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif
melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan
seterusnya membina keyakinan diri mereka.
• Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.
• Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan
mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta
memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat
memahami diri sendri secara lebih mendalam
Main Peranan
• Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi
dalam pelbagai situasi.
• Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat
disampaikan dalam bentuk yang menarik dan
berkesan.
Main Peranan
Jenis-jenis Peranan
1. Memerihal
2. Demonstrasi
3. Latihan
4. Cerminan
5. Kepekaan
Main Peranan
• Simulasi boleh dalam bentuk permainan,
permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.
• Model ini terdapat empat fasa, iaitu:
1. Orientasi
2. Latihan peserta
3. Proses simulasi dan
4. Perbincangan.
Simulasi
Fasa 1:
• Guru akan megemukakan topik yang ingin diajar,
menerangkan konsep dalam simulasi dan pakah
sebenarnya semulasi serta gambaran umum
permainan tersebut.
Fasa 2:
• Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan
peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor,
jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat
simulasi.
Simulasi
Fasa 3:
• Pelajar melibatkan diri dalam simulasiu.
• Guru sebagai pengadil dan jurulatih.
• Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh
maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta
memperjelas salah tanggapan.
Fasa 4:
• Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang
hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara
simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan
kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka
cipta semula simulasi.
Simulasi
Implikasi Model Sosial Terhadap P & P
1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak
langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam
main peranan dan simulasi.
2. Peranan guru sebagai role model harus memastikan
dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang
positif supaya pelajar dapat menirunya.
3. Guru menasihati pelajar tentang program yang
sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak
sesuai ditonton oleh mereka.
• Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip
psikologikal dalam bilik darjah.
• Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid-
guru.
• Pola interaksi yang positif akan membawa
kepada peningkatan murid-murid daripada
aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.
4. MODEL PERSONAL
• http://youtu.be/FteC-XBE8BU
• http://youtu.be/FoDA9_q24oY
• Model personal adalah untuk membentuk personaliti
yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri.
• Model pembelajaran melalui kaunseling ingin
membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin
serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
Kesedaran Peribadi
• Pelopor: Carl Rogers.
• Tujuan:
– Membina kapasiti untuk perkembangan, pemahaman
kendiri, autonomi, dan harga diri.
• Model ini mementingkan peranan guru sebagai
fasilitator, di mana guru akan cuba melihat dunia dari
perspektif murid-murid, serta mewujudkan komunikasi
bersifat empati bertujuan memupuk dan
mengembangkan arah kendiri masing-masing.
• Persekitaran pembelajaran dapat membantu murid untuk
mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan
penilaian kendiri yang realistik.
• Pelopor: Abraham Maslow.
• Tujuan:
– Meningkatkan perkembagan pemahaman
personal dan kapasiti untuk berkembang.
Penyempurnaan Kendiri (Self-actualization)
• Pelopor: Fritz Perls.
• Tujuan:
– Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga
diri.
– Mengembangkan kepekaan interpersonal
sensitiviti dan empati.
Latihan Kesedaran
• Pelopor: William Glasser
• Tujuan:
– Meningkatkan pemahaman kendiri dan
tanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
Perjumpaan Kelas
Aplikasi Model Kesedaran Peribadi
Dalam Bilik Darjah
• Sesuai digunakan dalam beberapa jenis situasi
bermasalah seperti personal, sosial dan
akademik.
• Juga sesuai digunakan dalam bilik darjah di
mana murid-murid sudah kurang berminat
terhadap pengajaran yang disampaikan, dan
guru sedang mengahadapi masalah kawalan
murid.
Pemupukan Konsep Kendiri dan Harga Diri
• Ahli psikologi Maslow dan Rogers menegaskan bahawa
kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita
dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri.
• Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan
bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh
yakin diri.
• Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan
membantu perkembangan orang lain.
• Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung
kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi Model Personal Terhadap
Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang
berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan
kendiri.
2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati
dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan potensi
serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing.
3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran
berhubung dengan peranan mereka sebagai fasilitator
yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan
peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala
tuju pendidikan masing-masing.

model-model pengajaran

  • 1.
    TAJUK 5 : MODELPENGAJARAN Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh
  • 2.
    Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan satuproses yang melibatkan sistem aktiviti –aktiviti yang ditujukan kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Proses pengajaran merangkumi perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu dengan berkesan.
  • 3.
    P &P YangBerjaya : Mencapai objektif perubahan tingkah laku Guru perlulah jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki. Kemudian merancang aktiviti yang sesuai untuk menjayakannya. Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap. Melalui kaedah dan teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-murid.
  • 4.
    Apakah itu ModelPengajaran? • Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran, seperti program multi-media, pengajaran berbantukan komputer, lembaran- lembaran kerja dan sebagainya.
  • 5.
    Model-Model Pengajaran • Model-modelini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009). • Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia dan cara manusia belajar. 1. Model Pemprosesan Maklumat 2. Model Behavioral 3. Model Sosial 4. Model Personal
  • 6.
    1. MODEL PEMPROSESANMAKLUMAT Pembentukan konsep Perolehan konsep Inkuiri Synectics Implikasi Model Pemprosesan Maklumat terhadap P & P
  • 7.
  • 8.
    • Model PemprosesanMaklumat berfokus kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah bersistematik dan berturutan iaitu: – Kepekaan terhadap masalah yang timbul, – Pemerolehan dan penyusunan maklumat, – Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai, – Pengembangan konsep yang berkenaan. Model Pemprosesan Maklumat
  • 9.
    • Konsep: menyamakaningatan manusia sama seperti komputer iaitu menggunakan model input-output. • Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia terdiri daripada daftar deria/ sensori, ingatan jangka pendek dan jangka panjang. • Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan mendapatkan maklumat apabila diperlukan. • Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem. Pembentukan Konsep
  • 11.
    • Ramai orangm’bandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia dengan komponen komputer. • Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumat disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan pengaliran maklumat. Kotak diatas rajah mewakili proses kawalan yang mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.
  • 12.
    • “Perolehan Konsep”merujuk kepada usaha mencari, kemudian menyenaraikan atribut @ ciri-ciri yg membezakan contoh daripada bukan contoh bagi suatu kategori yg dikenalpasti. Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah: Model ini sesuai di Prasekolah. Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak singkat masanya serta diarahkan oleh guru. Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg terdapat dalam bilik darjah. Jawapan murid mungkin kepelbagaian:meja, kerusi, papan tulis dll. Perolehan Konsep
  • 13.
    • Dipelopori olehJoseph Schwab. • Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan murid-murid mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep. • Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui proses menyoal. • Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal dan sistematik. • Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan membuat inferens serta kesimpulan. Inkuiri Saintifik
  • 14.
    • Teknik Inkuiridireka bentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. • Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. • Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. • Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.
  • 15.
    • Model Inkuiripula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. • Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. • Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian.
  • 16.
    • Inkuiri jenisini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. • Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. • Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
  • 17.
    Kebaikan Model Inkuiri •Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras tinggi; • Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran; • Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin; perasaan ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya; dan • Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada. • Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah. Guru mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi.
  • 18.
    Synectics • Dipelopori olehGordon (1961). • Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu perkaitan yang bersepadu. • Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora) yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif. • Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah. • Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk struktur yang baru. • Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.
  • 19.
    • Satu pendekatanyg amat menarik untuk mencipta inovasi. • Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yg penting. • Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada. • Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi masalah dari perpektif baru.
  • 20.
    Aplikasi Model SynecticsDalam Bilik Darjah Penggunaan model ini merentasi keseluruhan kurikulum. Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan sesuana yg kondusif.
  • 21.
    Implikasi Model PemprosesanMaklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran • Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab pemprosesan maklumat berasaskan psikologi kognitif. • Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus diberikan kepada cara mereka memperoleh maklumat, menguruskan data, merangka masalah dan menjana penyelesaian. • Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah yg sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka. • Implikasi kedua: Pengetahuan dan kemahiran yg harus ada pada guru supaya murid yakin dan kompeten untuk melaksanakan model pengajaran.
  • 22.
    • Guru harusmenggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pengajaran. • Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. • Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. • Menambah konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Implikasi Model Pemprosesan Maklumat Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
  • 23.
    2. MODEL BEHAVIORAL •Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur. • Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas terhadap sesuatu tugasan. • Idea Skinner. • Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan sampaikannya langkah demi langkah mengikut kadar penerimaan pelajar. • Bila semua langkah dikuasai maka dapatlah menguasai keseluruhan tajuk itu.
  • 24.
  • 25.
    Model Behavioral PeloporTujuan Pengajaran Langsung Thomas Good Jere Brophy Wes Becker Siegfried Englemann Carl Bereiter Penguasaan kandungan dan kemahiran akademik dalam bidang pengajian yang luas. Pembelajaran Masteri Benjamin Bloom James Block Penguasaan kemahiran akademik dan pelbagai jenis kandungan. Simulasi Carl Smith Mary Smith Penguasaan kemahiran dan konsep kompleks dalam bidang pengajian yang luas. Pembelajaran Bersifat Program B.F Skinner Penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat berbentuk faktor. Pembelajaran Sosial Albert Bandura Pengurusan tingkahlaku, belajar pola tingkahlaku yang baru dan kawalan kendiri.
  • 26.
    Pengajaran Langsung • Satupendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas. • Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur. • Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek: 1. Jenis hasil pembelajaran pelajar. 2. Aliran aktiviti pengajaran. 3. Persekitaran pembelajaran. • Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan.
  • 27.
    • Pengajaran jenisini berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi, praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis lanjutan. Pengajaran Langsung
  • 28.
    • Proses PengajaranLangsung 1. Pengenalan (Orientasi) 2. Perkembangan (Penyampaian) 3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur) 4. Latihan terbimbing (Amalan Terbimbing) 5. Latihan kendiri (Amalan Berdikari) 6. Penilaian Pengajaran Langsung
  • 29.
    1. Pengenalan /Orientasi: • Guru membentuk kerangka pengajaran dari segi: i. Objektif dan tahap pencapaian. ii. Isi kandungan dan hubungan dengan pengetahuan atau/dan pengalaman sedia ada. iii. Langkah-langkah dan peranan murid bagi aktiviti yang dijalankan. Pengajaran Langsung
  • 30.
    2. Perkembangan (Penyampaian) Gurumenerangkan konsep atau kemahiran baru melalui contoh dan demonstrasi secara visual dan lisan. 3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur) Guru membimbing murid-murid dengan menggunakan contoh-contoh dan memberi maklum balas kepada respons mereka. Pengajaran Langsung
  • 31.
    4. Latihan Terbimbing(Amalan Terbimbing) • Murid-murid berpeluang membuat latihan secara individu dengan bimbingan guru. 5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari) • Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid telah mencapai tahap 85% hingga 90%, mereka laksana latihan sendiri tanpa bimbingan guru. Pengajaran Langsung
  • 32.
    Kebaikan dan KeterbatasanPengajaran Langsung Kebaikan: • Meningkatkan gred pencapaian • Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar • Berkesan untuk murid-murid yang kecerdasan sederhana dan lambat Batasan: • Hadkan pemikiran yang kritis dan kreatif • Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri • Kurang mencabar untuk pelajar yang cemerlang Pengajaran Langsung
  • 33.
    Aplikasi Model PengajaranLangsung dalam bilik darjah: • Sesuai bagi pengajaran maklumat dan kemahiran asas yang terkandung dalam kurikulum teras. Pengajaran Langsung
  • 34.
    • Pembelajaran masteriialah satu kaedah pengajaran secara individu yang menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari. • Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Pembelajaran Masteri
  • 35.
    Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri: 1.Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru. 2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unti kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid. 3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran Masteri
  • 36.
    Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri: i.Satu matapelajaran mempunyai objektif utama tersendiri yang mewakili objektif satu kursus atau unit. ii. Satu unit besar dibahagikan kepada unit-unit kecil yang mempunyai objektif masing-masing. iii. Bahan pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model pengajaran dipilih. iv. Setiap unit disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang mengukur kemajuan murid-murid secara berterusan serta mengenalpasti masalah setiap murid. v. Guru boleh merancang seterusnya melaksanakan pengajaran tambahan untuk membantu murid-murid berkenaan menyelesaikan masalah pembelajaran masing-masing. Pembelajaran Masteri
  • 37.
    Individually Prescribed InstructionalProgram (Penetapan Program Pengajaran Individu) • Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif kendiri, arah kendiri, penilaian kendiri dan motivasi terhadap pembelajaran. • Terdapat perbezaan antara murid-murid dari segi kuantiti masa dan praktis yang diperlukan untuk menguasai objektif-objektif pengajaran. Pembelajaran Masteri
  • 38.
    • Murid-murid belajarmengikut kadar masing-masing dengan persekitaran yang kondusif dan pertimbangan terhadap perbezaan masing-masing. • Tahap penguasaan yang minimum bagi satu-satu unit pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan unit baru. • Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan murid- murid amat penting supaya dapat menjadi asas membentuk pakej pembelajaran secara individu. Pembelajaran Masteri Individually Prescribed Instructional Program (Penetapan Program Pengajaran Individu)
  • 39.
    Aplikasi Pembelajaran MasteriDalam Bilik Darjah • Sesuai digunakan bagi pelbagai jenis matapelajaran (BI, MT, GEO, SN, Statistik) • Sesuai bagi semua peringkat persekolahan bermula daripada prasekolah hingga ke kolej. • Juga diaplikasikan bagi mengajar pembentukan konsep, hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah. • Guru perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan suatu sistem pembelajaran yang positif dan kondusif. • Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu sebagai pemangkin kepada harga diri positif murid-murid. Pembelajaran Masteri
  • 40.
    • Melibatkan murid-muridmain peranan watak-watak tertentu yang ada dalam kehidupan harian mereka. • Penjelasan model simulasi akan dibuat berdasarkan empat fasa : i. Sinopsis ii. Sistem sosial iii. Prinsip reaksi iv. Sistem sokongan Simulasi
  • 41.
    Sinopsis Model PengajaranLangsung Simulasi Fasa 1: Orientasi -Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu disisipkan ke dalam aktiviti simulasi. -Guru menerangkan tentang prosedur simulasi. Fasa 2: Latihan Peserta -Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu dan mengadakan sesi latihan. Fasa 3: Operasi Simulasi -Guru melaksanakan aktiviti simulasi. -Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian. -Guru menjelaskan sebarang miskonsepsi yang timbul -Aktiviti simulasi diteruskan. Fasa 4: Debriefing Peserta -Guru membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses, membandingkan aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan matapelajaran serta menilai dan merekabentuk semula aktiviti.
  • 42.
    Sistem Sosial • Suasanapersekitaran yang bersifat koperatif dan interaktif harus wujud. • Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar membentuk satu sistem sosial rakan sebaya. Simulasi
  • 43.
    Prinsip-prinsip Reaksi: • Gurutidak menjalankan sebarang penilaian sepanjang aktiviti simulasi. • Guru hanya perlu membawa murid-murid yang kurang berminat semasa aktiviti simulasi kembali ke pangkuan simulasi tersebut. Simulasi
  • 44.
    Sistem Sokongan: • Bahan-bahansimulasi khususnya dalam bidang sains sosial. • Berbentuk komputer Simulasi
  • 45.
    Aplikasi Model SimulasiDalam Bilik Darjah • Berupaya merangsang pembelajaran mengenai unsur- unsur: i. Persaingan ii. Bekerjasama iii. Empati iv. Sistem sosial v. Konsep vi. Kemahiran vii. dan lain-lain Simulasi
  • 46.
    Implikasi Model BehavioralTerhadap P&P 1. Guru harus berpegang kepada prinsip rangsangan-gerakbalas. 2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan murid-murid, maka tumpuan diberikan kepada pengukuhan positif dan bukannya pengukuhan negatif atau hukuman. 3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian bagi memastikan penguasaan murid-murid.
  • 47.
    4. Guru harusmerancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. 5. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. 6. Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa- apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.
  • 48.
    3. MODEL SOSIAL •Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk menyelesaikan masalah. • Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. • Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan. • Contoh: - mengumpul - mengkaji dan menganalisis maklumat - menilai dan mentafsir - membuat kesimpulan
  • 49.
    3. MODEL SOSIAL •http://youtu.be/ikTxfIDYx6Q • http://youtu.be/t6WX11iqmg0
  • 50.
    Pembelajaran Koperatif • Pelopor:John Dewey dan Herbert Thelen. • Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara: 1. Pencapaian akademik, 2. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan 3. Perkembangan sosial. • Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat yang sama.
  • 51.
    • Pembelajaran koperatifberhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan pembelajaran. • Model ini dapat memanfaatkan kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran bersama. Pembelajaran Koperatif
  • 52.
    Konsep Utama PembelajaranKoperatif: 1. Pasukan 2. Pengurusan pembelajaran koperatif 3. Keinginan untuk bekerjasama 4. Kemahiran untuk bekerjasama 5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif Pembelajaran Koperatif
  • 53.
    • Pelopor: ByronMassialas dan Benjamin Cox. • Tujuan: – Penyelesaian masalah sosial melalui pembelajaran kolektif dan penaakulan logikal. Inkuiri Sosial
  • 54.
    • Pelopor: JamesShaver dan Donald Oliver. • Tujuan: – Analisis isu-isu polisi melalui kerangka Jurisprudential (Realiti Berhemah). – Pengumpulan data analisis soalan nilai, kajian kepercayaan peribadi. Inkuiri Jurisprudential
  • 55.
    • Pelopor: RobertSalvin dan rakan-rakan. • Tujuan: – Fokus kepada inkuiri akademik dan perkembangan sosial serta peribadi. – Penggunaan strategi koperatif sebagai pendekatan pengajian akademik. Inkuiri Sosial Berstruktur
  • 56.
    • Pelopor: DavidJohnson, Roger Johnson, Elizabeth Cohen. • Tujuan: – Pembentukan strategi interaksi sosial yang bersifat saling pergantungan. – Pemahaman hubungan dan emosi kendiri- orang lain. Saling Pergantungan
  • 57.
    • Pelopor: FannyShaftel. • Tujuan: – Kajian tentang nilai dan peranan dalam interaksi sosial. – Kefahaman peribadi tentang nilai dan tingkahlaku. Main Peranan
  • 58.
    • Main perananmerupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain. • Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan. • Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan. Main Peranan
  • 59.
    • Pelajar dapatmemahami tingkah laku orang lain melalui dalam lakonan dan perbincangan. • Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya membina keyakinan diri mereka. • Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial. • Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami diri sendri secara lebih mendalam Main Peranan
  • 60.
    • Pelajar jugadapat mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. • Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat disampaikan dalam bentuk yang menarik dan berkesan. Main Peranan
  • 61.
    Jenis-jenis Peranan 1. Memerihal 2.Demonstrasi 3. Latihan 4. Cerminan 5. Kepekaan Main Peranan
  • 62.
    • Simulasi bolehdalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif. • Model ini terdapat empat fasa, iaitu: 1. Orientasi 2. Latihan peserta 3. Proses simulasi dan 4. Perbincangan. Simulasi
  • 63.
    Fasa 1: • Guruakan megemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi dan pakah sebenarnya semulasi serta gambaran umum permainan tersebut. Fasa 2: • Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat simulasi. Simulasi
  • 64.
    Fasa 3: • Pelajarmelibatkan diri dalam simulasiu. • Guru sebagai pengadil dan jurulatih. • Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh maklum balas, menilai prestasi dan keputusan serta memperjelas salah tanggapan. Fasa 4: • Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar, hubung kait aktiviti dengan kandungan kursus atau pelajaran dan menilai serta mereka cipta semula simulasi. Simulasi
  • 65.
    Implikasi Model SosialTerhadap P & P 1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. 2. Peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. 3. Guru menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak sesuai ditonton oleh mereka.
  • 66.
    • Berfokus kepadapenggunaan prinsip-prinsip psikologikal dalam bilik darjah. • Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid- guru. • Pola interaksi yang positif akan membawa kepada peningkatan murid-murid daripada aspek akademik, sikap, dan konsep kendiri.
  • 67.
    4. MODEL PERSONAL •http://youtu.be/FteC-XBE8BU • http://youtu.be/FoDA9_q24oY • Model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri. • Model pembelajaran melalui kaunseling ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
  • 68.
    Kesedaran Peribadi • Pelopor:Carl Rogers. • Tujuan: – Membina kapasiti untuk perkembangan, pemahaman kendiri, autonomi, dan harga diri. • Model ini mementingkan peranan guru sebagai fasilitator, di mana guru akan cuba melihat dunia dari perspektif murid-murid, serta mewujudkan komunikasi bersifat empati bertujuan memupuk dan mengembangkan arah kendiri masing-masing. • Persekitaran pembelajaran dapat membantu murid untuk mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan penilaian kendiri yang realistik.
  • 69.
    • Pelopor: AbrahamMaslow. • Tujuan: – Meningkatkan perkembagan pemahaman personal dan kapasiti untuk berkembang. Penyempurnaan Kendiri (Self-actualization)
  • 70.
    • Pelopor: FritzPerls. • Tujuan: – Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga diri. – Mengembangkan kepekaan interpersonal sensitiviti dan empati. Latihan Kesedaran
  • 71.
    • Pelopor: WilliamGlasser • Tujuan: – Meningkatkan pemahaman kendiri dan tanggungjawab terhadap diri dan orang lain. Perjumpaan Kelas
  • 72.
    Aplikasi Model KesedaranPeribadi Dalam Bilik Darjah • Sesuai digunakan dalam beberapa jenis situasi bermasalah seperti personal, sosial dan akademik. • Juga sesuai digunakan dalam bilik darjah di mana murid-murid sudah kurang berminat terhadap pengajaran yang disampaikan, dan guru sedang mengahadapi masalah kawalan murid.
  • 73.
    Pemupukan Konsep Kendiridan Harga Diri • Ahli psikologi Maslow dan Rogers menegaskan bahawa kompetensi kita untuk berinteraksi dengan persekitaran kita dipengaruhi oleh pandangan kita terhadap diri. • Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan bertindakbalas terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin diri. • Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan membantu perkembangan orang lain. • Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung kepada perasaan kecewa dan enggan untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 74.
    Implikasi Model PersonalTerhadap Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan kendiri. 2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai kawalan ke atas hidup masing-masing. 3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung dengan peranan mereka sebagai fasilitator yang akan mendorong murid-murid untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing.